• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP AKHLAK MENURUT PANDANGAN IMAM AL- GHAZALĪ

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KONSEP AKHLAK MENURUT PANDANGAN IMAM AL- GHAZALĪ"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

KONSEP AKHLAK MENURUT PANDANGAN IMAM

AL- GHAZALĪ

Nurul Syifaq binti Ruslan1 Mohd Radhi bin Ibrahim2 Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak

Akhlak merupakan aspek yang sangat penting dan merupakan salah satu ajaran dari Islam yang harus dimiliki bagi setiap individu muslim khususnya. Rujukan utama bagi Umat Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah juga banyak menekankan aspek akhlak dalam kehidupan di dunia. Kajian ini memfokuskan berkenaan pandangan Imam ‘Abu Hamīd al-Ghazalī tentang falsafah akhlak dalam kitabnya Ihya Ulum Addīn.Di samping itu, antara buku yang menjadi rujukan dalam kajian ini adalah Al-Akhlak īnda al- Ghazalī )يلازغلا دنع قلاخلأا(. Kajian ini adalah bertujuan untuk memahami konsep akhlak yang dibawa oleh Imam al- Ghazalī sebagai garis panduan dan contoh dalam membina peribadi muslim. Beliau juga menyatakan banyak aspek penting berkaitan akhlak dalam

Fasal Al-Adat, Al-Muhlīkat dan Al-Munjīyat. Hasil kajian menunjukkan bahawa Imam

al- Ghazalī mendefinisikan akhlak dalam kitabnya Ihya Ulum Addin adalah suatu perangai (watak, tabiat) yang fitrah dalam jiwa seseorang dan merupakan sumber lahirnya perbuatan-perbuatan tertentu dari dirinya, secara mudah dan spontan tanpa perlu memikirkan atau merancang.3 Apabila tabiat tersebut menimbulkan perbuatan yang baik menurut akal dan syara` maka perbuatan tersebut dinamakan ahklak baik. Dan apabila tabiat tersebut menimbulkan perbuatan yang tidak baik maka disebut ahklak yang tidak baik.

Kata kunci: Imam al- Ghazalī, Akhlak

1 Pelajar sarjana Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

nurulsyifaq94@gmail.com.

2 Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

3 Al-Ghazali, 2000 Mengubati penyakit Hati terjemahan Ihya``Ulum Addin, dalam Tahdzib al-Akhlaq wa Mu`alajat Amradh Al-Qulub, Bandung, hlm 31

(2)

Pendahuluan

Rasulullah SAW membangunkan sahsiah umatnya dengan komponen asas Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ini menunjukkan kedudukan akhlak amat penting sebagai salah satu daripada tunjang Islam. Rasulullah SAW apabila ditanya “Apakah al-Din itu?” lalu Baginda menjawab ‘Al-Din’ ialah akhlak yang baik. (al-Subki,1992).

Dalam mendepani era globalisasi, masalah akhlak terus menjadi topik yang selalu diperbincangkan oleh berbagai golongan, khususnya golongan agamawan. Mereka tidak jemu-jemu membahaskan masalah akhlak kerana menurut mereka, salah satu penyebab utama kepada masalah lain ialah masalah berkaitan akhlak. Masyarakat Islam sekarang mendepani pelbagai masalah akhlak yang sangat serius khususnya golongan remaja. Akhlak setiap individu semakin terhakis sama ada dari perbuatan dan perkataan dalam kehidupan seharian. Gejala sosial yang berlaku juga disebabkan oleh keruntuhan akhlak.

Berbicara mengenai akhlak, nama al- Ghazalī atau Imam Ghazalī selalu dikaitkan dengan perbahasannya dalam banyak karya beliau. Ulama yang diberi gelar hujjāt al-Islām ini sangat mengambil perhatian terhadap masalah akhlak. Justeru itu konsep akhlak al- Ghazalī sangat menarik untuk dikaji secara mendalam, dengan harapan kita mampu mengetahui hakikat akhlak yang sebenarnya

Biografi Imam Al- Ghazalī

Al- Ghazalī adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Beliau merupakan tokoh di dunia akademik antarabangsa. Nama sebenar Imam al- Ghazalī ialah Abu Hamīd bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al- Ghazalī al-Tusī al-Syafī’(Ibn Khallikan, 1994). Beliau mendapat gelaran sebagai Hujjatul Islam. Dilahirkan pada tahun 450H/ 1058M di sebuah kampung bernama Ghazalah, Thusia, terletak di Kota di Khurasan, Persia. Beliau berketurunan Persia dan mepunyai hubungan kelurga dengan raja-raja Saljuk yang memerintah Khurasan, Jibal, Iraq, Jazirah, Persia dan Ahwaz (Zainuddin, 1971).

(3)

Ayahnya seorang miskin yang jujur, hidup dengan bekerja sendiri sebagai penenun kain bulu. Beliau seringkali mengunjungi rumah alim ulama’. Ayahnya juga merupakan pengikut tasawuf yang soleh dan meninggal dunia ketika Imam al- Ghazalī masih kecil. Sebelum ayahnya meninggal, ia telah mengamanahkan anaknya kepada seorang guru sufi untuk mendapatkan pemeliharaan dan bimbingan dalam hidup (Shafique Ali Khan,2005).

Imam al- Ghazalī mendapat pendidikan dalam bidang spiritual dan tasawuf daripada seorang guru bernama Yusuf al-Nassaj di Jurjan sehingga beliau mampu membiasakan diri dengan kehidupan spiritual dan kebaikan malah mencapai tahap

arifun dalam ilmu sufi (al-Quasem, 1975).

Sewaktu di Naysabur pula, beliau turut didedahkan tentang ilmu-ilmu kerohanian dan spiritual dengan seorang guru bernama Abu A’lī al-Farmadhī (m.477H/1084 M), seorang Profesor di Naysabur dan bekas anak murid bapa saudara Imam al- Ghazalī (al-Subki,1992). Justeru, bukanlah suatu perkara ganjil jika kehidupan seterusnya Imam al- Ghazalī lebih menumpukan teori dan amalannya dalam bidang spiritual kerana semenjak kecil beliau telah banyak mendapat pendedahan dalam bidang tersebut.

Imam al- Ghazalī mempelajari ilmu usuluddin dan fikh Syafi’e daripada Syeikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radzakani di Kota Thusī. Kemudian beliau pergi ke Jurjan untuk berguru dengan Imam Abu Nasral-Ismaīlī dan menulis buku At-Ta’liqat. Kemudian beliau pulang ke Thusī semula (al-Subki,1992). Walaupun begitu, guru yang paling banyak berjasa kepada beliau adalah Imam Haramain al-Juwaini, seorang ahli teologi Asyairah yang terkemuka pada masa itu. Sehingga beliau akhirnya dapat menguasai dengan sangat baik fiqh mazhab Syafi’e dan fiqh khilaf, ilmu perdebatan, ushul, mantiq, hikmah dan falsafah. Beliau juga memahami pandangan para ahli ilmu tersebut (al-Subki, 1992).

Kecintaan Imam al- Ghazalī terhadap ilmu pengetahuan telah mendorong beliau mengembara dan merantau ke serata tempat dan negeri untuk berguru dengan ulama-ulama besar yang hidup sezaman dengannya.

(4)

Kerjaya

Pada tahun 475 H pada usia 25 tahun, Imam al- Ghazalī dilantik menjadi ketua dibawah pimpinan gurunya iaitu Imam Haramain al-Juwaīnī. Ini telah menaikkan nama dan menjadi mashur. Sambil belajar, beliau diangkat pula menjadi Penolong Profesor oleh Imam Haramain al-Juwaīnī. Setelah gurunya meninggal dunia pada tahun 478 h, beliau telah dilantik menjadi rector bagi menggantikan gurunya (al- Ghazalī, 2000).

Atas desakan penguasa pada masa itu, Imam al- Ghazalī kembali mengajar di Sekolah Nizamiyah di Naysabur pada tahun 499 H selama dua tahun. Beliau kemudiaannya mendirikan sebuah sekolah untuk para fuqaha’ atau ahli-ahli fiqh dan sebuah pusat untuk mutasawwifin atau ahli- ahli tasawuf (al- Ghazalī, 2000).

Di antara karya-karya Imam al- Ghazalī yang terkenal ialah: (1) bidang falsafah seperti Maqasid Al-Falasifah, Tahafutal-Falasifah dan Ma’arij ul- Aqaliyah ; (2) bidang pembangunan agama dan akhlak seperti Ihya’ Ulum Din, Al- Munqiz Min

al-Dhalal, Mizan al-Amal, Kimiya al-Sa’adah, Minhaj al-Abidin, Kitab al-Arbain, Misykatul Anwan, Ayuhal Walad dan Ar-Risalah al-Laduniyyah ; (3) bidang politik

yang berkaitan dengan kenegaraan seperti Al-Munqiz min al-Dhalal, Sirr al-Alamain

dan Fatihat al-Ulum. Manakala yang berkaitan politik pemerintahan adalah Al-Iqtisad fi al-I’tikad, Bidayat al-Hidayah serta; (4) bidang usuluddin dan akidah seperti Arba’in fi Ushuliddin yang merupakan juz kedua dari kitab beliau Jawahirul Quran, Qawa’idul Aqa’id yang beliau satukan dengan Ihya’ Ulumuddin pada jilid pertama.

Beliau meninggal dunia di Kota Thusī pada hari isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505 H pada usia 54 tahun dan dikuburkan di perkuburan Ath Thabaran (al-Subki, 1992).

(5)

Definisi Akhlak secara Umum dan Dalil daripada Al-Quran dan Hadis

Dari segi Bahasa, perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab iaitu isim

mashdar dari perkataan akhlaqa, yukhlīqa, ikhlaqan yang bermaksud al-saljiyah

(perangai), att-thabī’ah (kelakuan), al-‘adat (kebiasaan), al- murunah (peradaban yang baik) dan ad-dīn (agama) (Abuddin Nata, 2012).

Dari segi istilah, tokoh- tokoh Islam berbeza pendapat dalam mendefinisikan akhlak, namun perkara utama sama iaitu tingkah laku manusia. Pendapat-pendapat ahli tersebut dihimpun oleh M. Yatimin Abdullah dalam bukunya yang berjudul Studi Akhlak dalam perspektif Al-Quran antaranya ialah:

a. Abdul Hamid mengatakan akhlak ialah ilmu tentang keutamaan yang harus dilakukan dengan cara mengikutinya sehingga jiwa terisi dengan kebaikan dan tentang keburukan yang harus dihindari sehingga jiwa bersih dari sifat keburukan

b. Hamzah Ya’qub mengemukan pengertian akhlak seperti berikut:

1) Akhlak ialah ilmu yang menentukan perbezaan antara baik dan buruk, antara terpuji dan tercela, tentang perkataan atau perbuatan manusia zahir dan batin.

2) Akhlak ialah ilmu pengetahuan yang memberikan pengertian tentang baik dan buruk, ilmu yang mengajarkan pergaulan manusia dan menyatakan tujuan yang terakhir dari seluruh usaha dan pekerjan mereka.

c. Farid Ma’ruf mendefinisikan akhlak sebagai kehendak jiwa manusia yang menzahirkan perbuatan dengan mudah kerana kebiasaan tanpa memerlukan pertimbangan akal fikiran.

d. Prof. Dr. Ahmad Amin memberi definisi bahawa yang disebut akhlak “Adatul

iradah, atau kehendak yang dibiasakan”.

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menjelaskan tentang akhlak baik mahupun akhlak yang buruk. Berikut merupakan ayat al-Quran tentang akhlak.

ةَقَدَص نِ م ۡيَۡخ ٌةَرِف

ۡغَمَو فوُرۡعَّم لۡوَ ق

ميِلَح ٌِّنَِغ َُّللَّٱَو ۗىذَأ ٓاَهُعَ ب ۡ تَ ي

(6)

Maksudnya: Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun (Q.S Al-Baqarah: 263)

Hadis berkaitan dengan akhlak

Dari Abu Ad-Darda' radiyallahu 'anhu; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

«

َةَجَرَد ِهِب ُغُلْ بَ يَل ِقُلُلخا ِنْسُح َبِحاَص َّنِإَو ،ِقُلُلخا ِنْسُح ْنِم ُلَقْ ثَأ ِناَزيِلما ِفِ ُعَضوُي ٍءْيَش ْنِم اَم

ِبِحاَص

حيحص :يذمترلا ننس[ »ِة َلََّصلاَو ِمْوَّصلا

]

Tidak ada sesuatu yang diletakkan pada timbangan hari kiamat yang lebih berat daripada akhlak yang mulia, dan sesungguhnya orang yang berakhlak mulia boleh mencapai kedudukan orang yang berpuasa dan solat. [Sunan Tirmidzi: Sahih]

Konsep Akhlak menurut Imam Al- Ghazalī

Di dalam buku Ihya’ Ulumuddin, al- Ghazalī mengatakan bahawa akhlak berasal daripada perkataan al-khalqu (kejadian) dan al-khuluqu (akhlak atau tingkah laku) yang dimaksudkan al-khalqu adalah bentuk zahir dan al-khuluqu adalah bentuk batin. Hal ini kerana kejadian manusia yang tersusun dari jasad yang dapat dilihat dengan mata kasar serta unsur ruh dan jiwa yang hanya dapat dilihat dengan mata hati. Hal ini bertepatan dengan Firman Allah dalam surah al-Shad ayat 71-72 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah dan ketika dia telah Kubentuk dengan sempurna dan telah Kutitipkan ke dalamnya ruhKu, hendaklah kamu tunduk

(7)

Akhlak menurut Imam al- Ghazalī adalah:

قللخاف

ةلوهسب لاعفلآا ردصت اهنع ةخسار سفنلا فى ةئيه نع ةرابع

ةيورو ركف لىا ةجاح يرغ نم رسيو

“suatu perangai (watak, tabiat) yang fitrah tertanam dalam jiwa seseorang dan

merupakan sumber lahirnya perbuatan-perbuatan tertentu dari dirinya, secara mudah dan spontan tanpa perlu memikirkan atau merancang. Apabila tabiat tersebut menimbulkan perbuatan yang baik menurut akal dan syara` maka perbuatan tersebut dinamakan ahklak baik. Dan apabila tabiat tersebut menimbulkan perbuatan yang tidak baik maka disebut ahklak yang tidak baik. (al- Ghazalī, 2000).

Contohnya, dalam kehidupan seharian, seseorang yang memberi bantuan hanya kerana keinginan yang muncul secara tiba-tiba saja, maka orang tersebut tidak dapat dikatakan pemurah kerana belum tentu sifat tersebut tertanam di dalam jiwanya (Agus Salim Lubis,2012).

Akhlak itu dapat dikatakan ibarat jiwa yang bentuknya bersifat batin. Akhlak membawa pengertian menyeluruh iaitu perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah dalam jiwa manusia (Ab. Aziz Mohd Zain, 2006). Akhlak itu bukanlah perbuatan melainkan gambaran atas jiwa yang tersembunyi. Akhlak boleh dikatakan nafsiah (bersifat kejiwaan) dan yang dapat dilihat dinamakan tindakan. Oleh itu, akhlak ialah sumber manakala tindakan ialah bentuknya.

Al- Ghazalī berpendapat bahawa akhlak bukan sekadar perbuatan, kemampuan melakukan sesuatu ataupun pengetahuan tetapi akhlak harus menggabungkan dirinya dengan keadaan jiwa yang bersedia untuk melakukan perbuatan dan ia bersifat kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kesempurnaan akhlak tidak hanya bergantung kepada suatu aspek peribadi akan tetapi bergantung kepada empat kekuatan didalam diri manusia yang menjadi unsur terbentuknya akhlak baik dan buruk. Kekuatan-kekuatan itu ialah Kekuatan-kekuatan ilmu, nafsu syahwat, amarah dan Kekuatan-kekuatan keadilan (al- Ghazalī, 2000).

(8)

(a) Konsep Baik dan Jahat

Imam al- Ghazalī membahagikan akhlak kepada dua jenis: akhlak yang baik (mahmudah) dan akhlak yang buruk (mazmumah). Dalam Ihya’ Ulum al-Din, Imam al- Ghazalī membincangkan tentang akhlak yang menghancurkan (muhlikat) dan akhlak yang menyelamatkan (munjiyat).

Akhlak yang buruk adalah seperti nafsu makan, banyak bercakap, dengki, kikir, cinta dunia, sombong, ujub dan takbur serta riak. Manakala akhlak yang baik adalah seperti taubat, khauf, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, dan jujur, tawakal, cinta, reda dan ingat mati. Seseorang itu hendaklah melatih dirinya bagi membiasakannya dengan budi pekerti yang baik dan meninggalkan kebiasaan yang buruk melalui bimbingan dan latihan. Selanjutnya, Imam al- Ghazalī menyatakan bahawa semua etika keagamaan tidak mungkin akan dapat meresap masuk ke dalam jiwa sebelum jiwa itu sendiri dibiasakan dengan kebiasaan baik dan dijauhkan daripada kebiasaan yang buruk.

(b) Rasulullah sebagai Ikutan yang Baik

َمْوَ يْلاَو ََّللَّا وُجْرَ ي َناَك ْنَمِل ٌةَنَسَح ٌةَوْسُأ َِّللَّا ِلوُسَر ِفِ ْمُكَل َناَك ْدَق

اًيِۡثَك ََّللَّا َرَكَذَو َر ِخ ْلْا

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (Al-Ahzab: 21)

Nabi Muhammad SAW merupakan sumber rujukan dan ikutan terbaik bagi setiap manusia yang bergelar Muslim. Ini disebabkan:

i. Baginda telah mengamalkan dan menjalani kehidupan berasaskan didikan al-Quran.

Ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT dalam surah al-A’raf yang bermaksud:

(9)

“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil

dengan kejahilannya)”

ii. Pengiktirafan, pujian dan anjuran Allah SWT supaya berakhlak sebagaimana akhlak Rasulullah SAW.

Ciri-ciri Akhlak Mulia

Dalam kitab “Ihya ‘Ulumuddin” jilid 3, Imam al- Ghazalī menerangkan bahawa ada 26 ciri-ciri orang yang berakhlak mulia, iaitu: (1) Merasa malu melakukan perbuatan buruk (ءايحلا ريثك) ; (2) Tidak menyakiti atau menyinggung perasaan orang lain (ىذلأا ليلق) ; (3) Selalu bersikap baik kepada orang lain (حلاصلاريثك) ; (4) Berkata jujur (نلسللا قودص) ; (5)Tidak banyak berbicara (ملاكلا ليلق) ; (6)Banyak berkarya (لمعلا ريثك) ; (7)Sedikit melakukan kesalahan (للزلا ليلق) ;(8)Tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu, baik dalam perkataan mahupun perbuatan (لوضفلا ليلق) ; (9) Berbuat kebajikan kepada sesama makhluk, khususnya manusia. Sedekah, Hasil tulisan yg bermanfaat (اراب); (10) Menyambung tali silaturrahim (لاوصو).

Seterusnya ,(11) Menghormati orang lain, sama ada yang masih muda mahupun yang sudah tua (اروقو) ; (12) Selalu bersyukur kepada Allah SWT (اروكش) ; (13) Bersabar menghadapi segala ujian hidup (اروبص) ; (14) Redha terhadap apa yang diberikan Allah SWT (ايضر) ; (15) Tidak mudah marah terhadap orang lain (murah hati: ميلح) ; (16)Belas kasihan kepada sesama makhluk, khususnya manusia (اقيفر) ; (17) Memelihara diri dari perbuatan maksiat (افيفع) ; (18) Kasih sayang terhadap sesama makhluk (اقيفش) ;(19) Tidak sembarangan melaknat sesuatu atau orang lain kalau belum jelas permasalahan dan hukumnya (اناعل لا) ; (20) Tidak suka mencela orang lain (ابابس لا) ;(21) Tidak suka mengadu domba kepada orang lain (امامن لا) ; (22) Tidak melakukan ghibah (mengumpat-ngumpat) orang lain (اباتغم لا) ; (23) Tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu (لاوجع لا) ;(24) Tidak kikir terhadap harta yang dimiliki untuk menolong kesusahan orang lain (لايخب لا) ; (25) Tidak dengki kepada orang lain (ادوقح لا); (26) Tidak hasad kepada orang lain (ادوسحلا).

(10)

Kaedah Pemupukan Akhlak Muslim menurut pandangan Imam al- Ghazalī

Tujuan akhlak adalah untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat bagi setiap muslim sesuai dengan ajaran Al Qur’an dan Hadith. Imam al- Ghazalī menyatakan bahawa ketinggian akhlak merupakan kebaikan tertinggi. Kebaikan-kebaikan kehidupan semuanya bersumber pada empat perkara:

1. Kebaikan jiwa, iaitu ilmu, bijaksana, berani dan adil. 2. Kebaikan dan keutamaan badan, iaitu sihat dan kuat

3. Kebaikan luaran (al kharijiyah), iaitu harta, keluarga, pangkat, dan nama baik (kehormatan).

4. Kebaikan tuhan, iaitu bimbingan (rusyd), petunjuk (hidayah), pertolongan (taufiq) dan kepercayaan (tasdiq).

Berkaitan kaedah membentuk akhlak manusia, al Ghazalī mengambil perumpamaan antara guru dengan seorang doktor, seorang doktor mengubati pesakitnya sesuai dengan penyakit yang dideritanya. Tidak mungkin ia mengubati pelbagai penyakit dengan satu jenis ubat. Begitu juga seorang guru, ia tidak akan berhasil dalam menghadapi permasalahan akhlak dan pelaksanaan pendidikan anak murid secara umum dengan hanya menggunakan satu kaedah sahaja, guru harus memilih kaedah pendidikan yang sesuai dengan usia dan keadaan anak murid tersebut.

Imam al- Ghazalī meletakkan lima faktor yang boleh mempengaruhi pembangunan akhlak seseorang iaitu: (1) Tazkiyah al-Nafs atau pembersihan jiwa; (2)

Mujahadah atau melawan hawa nafsu; (3) Melazimi amalan kebaikan; (4) Membuat

sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk; dan (5) Muraqabatullah atau pengawasan diri terhadap Allah SWT (al-Ghazali, 2003).

Tazkiyah al-Nafs atau Pembersihan Jiwa

Pertama, kaedah tazkiyah al-nafs. Dari sudut Bahasa, tazkiyah bermaksud

penucian, pembersihan dan penyuburan diri sera penyingkiran segala bentuk perkembangan yang tidak dikehendaki dan segala perkara yang tidak baik (Ansari,

(11)

1983). Dari segi istilah, tazkiyah ialah suatu usaha gigih dan bersunggguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan diri seseorang manusia dari sifat-sifat buruk yang menjadi penghalang kepada penyuburan akhlak mulia.

Kaitanya dengan pembinaan akhlak, al- Ghazalī menganalogikan kaedah ini dengan kaedah pembinaan badan. Untuk menghindarkan badan dari rasa sakit iaitu dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan badan sakit, demikian pula dengan jiwa. Untuk menghindarkan jiwa dari penyakit maka haruslah menjauhi perkara yang menjadi penyakit jiwa Jiwa yang sakit harus disucikan sepertimana pengubatan bagi badan yang sakit. Kaedah ini terdiri dari dua langkah iaitu takhliyah al-nafs dan

tahliyah al-nafs. Takhliyah al-nafs adalah usaha mengosongkan diri daripada sifat-sifat

tercela. Manakala tahliyah al-nafs menghiaskan diri dengan akhlak dan sifat terpuji.

Justeru itu, tazkiyah al-Nafs adalah proses pembersihan jiwa yang merupakan kunci utama dalam pembentukan akhlak yang baik. Hati manusia ibarat raja di dalam badan dan anggota lain, umpama tentera yang bersedia menerima arahan untuk bertindak. Jika hati manusia bersih, maka sudah tentu arahan yang baik sahaja dikeluarkan. Jika tidak, pasti arahan tersebut akan dikuasai unsur negatif maka bertindaklah anggota melakukan keburukan dan kejahatan (al- Ghazalī,2003).

Mujahadah atau Melawan Hawa Nafsu

Kedua, Mujahadah (bersungguh-sungguh), adalah melawan hawa nafsu

daripada sifat mazmumah agar ia menjadi stabil dan dapat membina peribadi yang luhur. Imam al- Ghazalī memberi perhatian yang sangat mendalam untuk melakukan

mujahadah yang berterusan berteraskan kekuatan jiwa yang jitu untuk menghadapi

sifat mazmumah tersebut berdasarkan keluasan ilmu pengetahuan dan pengendalian yang berhikmah serta tahap kesabaran yang tinggi (al-Ghazali, 2003).

Melazimi Amalan Kebaikan

Riyadhah secara bahasa bererti latihan jiwa. Secara istilah seperti mana digunakan oleh al- Ghazalī, bererti memperbaiki akhlak dan mengubati penyakit hati

(12)

atau batin agar jiwa menjadi bersih atau sihat. Seperti doktor mengubati penyakit (badan) para pesakit. Penyakit hati lebih berbahaya daripada penyakit badan. Penyakit badan jika tidak diubati hanya akan mengakibatkan sakit yang berpanjangan atau kematian, sedangkan penyakit hati jika tidak diubati maka akan mendatangkan kecelakaan hidup di dunia mahupun di akhirat. Penyakit hati itu berpangkal pada nafsu.

Bagi al- Ghazalī, nafsu mempunyai kecenderungan kuat ke arah hal-hal yang buruk tetapi pada nafsu pula terdapat suatu kekuatan hidup manusia. Oleh kerana itu, menundukkan nafsu bukanlah bererti menghilangkannya secara keseluruhan dari hidup manusia, tetapi mengembalikannya kepada jalan yang lurus, tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

Peribadi muslim dapat dibentuk dengan melakukan amal kebaikan secara konsisten dan berterusan. Setelah melakukan mujahadah, ia perlu disusuli dengan melakukan kebaikan secara berterusan agar ia menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi tabiat dalam kehidupan. Imam al- Ghazalī menegaskan bahawa langkah utama dalam menggerakkan adalah dengan menanamkan kecintaan kepada Allah SWT dalam jiwa manusia (al- Ghazalī, 2003).

Membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk

Membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk adalah seperti bersikap sabar daripada sifat marah, amanah daripada khianat, syukur daripada sombong, pemurah daripada kedekut, rajin daripada malas dan lain-lain lagi (al- Ghazalī, 2003).

Muraqabatullah atau Pengawasan diri terhadap Allah SWT

Imam al- Ghazalī menyatakan bahawa muraqabatullah adalah merasakan diri diawasi oleh zat yang menjaga dirinya dan menumpukan perhatian yang bersungguh-sungguh kepada-Nya (al- Ghazalī, 2003). Ini kerana, ia merupakan salah satu cara efektif untuk seseorang individu sentisa mengingati Allah dalah setiap perkara. (al- Ghazalī,2003).

(13)

Aplikasi Pandangan Al- Ghazalī Tentang Akhlak Dalam Kehidupan Semasa

Analisis terhadap pemikiran Imam al- Ghazalī berkaitan konsep akhlak sangat fleksibel dan sesuai diamalkan sepanjang zaman mengikut situasi-situasi yang digariskan oleh beliau dalam banyak karyanya. Konsep akhlak yang dibawa oleh Imam al- Ghazalī boleh diterapkan dalam sistem pendidikan khususnya di Malaysia semenjak dari peringkat sekolah sehinggalah peringkat pengajian tinggi. Imam al- Ghazalī juga menekankan peri pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak dan menerapkan nilai-nilai baik dalam kehidupan seharian supaya menjadi kebiasaan bagi anak-anak. Malangnya, zaman sekarang ibu bapa lebih melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah untuk membentuk akhlak anak mereka. Pemikiran tersebut adalah salah kerana ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak- anak.

Oleh itu, konsep yang dibawa oleh Imam al- Ghazalī dapat meningkatkan peribadi muslim serta dapat mengurangkan masalah moral. Dengan adanya konsep Pendidikan akhlak di era globalisasi ini mampu menjadi rujukan semua pihak. Konsep akhlak menurut Imam al- Ghazalī yang berlandaskan al-Quran dan Hadis yang dijadikan sumber untuk petunjuk atau pedomen manusia untuk memiliki budi pekerti yang baik.

Peranan Ibu-bapa

Anak-anak lahir dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang mencorakkan dan mempengaruhi peribadi anak mereka. Imam al- Ghazalī menekankan peri pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak dan menerapkan nilai-nilai baik dalam kehidupan seharian supaya menjadi kebiasaan bagi anak-anak. Usaha untuk menerapkan akhlak mulia dalam kehidupan seharusnya menjadi sebahagian yang tidak boleh terpisah dari proses pendidikan akhlak dalam keluarga.

Hal ini dapat dicontohi melalui pendidikan Luqmanul Hakim terhadap anak-anaknya sebagaimana dinyatakan dalam surah Al-Luqman: 12-19. Pengajaran akhlak

(14)

dalam ayat tersebut adalah berkaitan larangan menyekutukan Allah, memuliakan ibu bapa, merasa diawasi oleh Allah, mengerjakan solat dan menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah perbuatan mungkar. Akhlak- akhlak tersebut amat penting untuk diamalkan sepanjang hayat.

Peranan Individu

Sebagai Muslim yang mukallaf, kita mestillah menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan dalam kehidupan. Rasullullah merupakan insan terbaik yang boleh kita jadikan idola dengan mencontohi sifat peribadi Rasulullah dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, kita akan memberikan gambaran kepada masyarakat bukan Islam bahawa akhlak yang dibawa oleh Islam adalah akhlak mulia. Selain itu, ia juga merupakan salah satu jalan dakwah untuk menyebarkan ajaran Agama Islam kepada masyarakat.

Sistem Pendidikan

Pendidikan akhlak menurut Imam al- Ghazalī merupakan satu proses pembentukan manusia yang memiliki jiwa yang suci keperibadian yang luhur yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pendidikan akhlak merupakan tonggak pertama perubahan masyarakat. Oleh itu, sistem Pendidikan haruslah menerapkan sistem yang lebih praktikal sejak dari pendidikan sekolah rendah sehinggalah peringkat yang lebih tinggi.

(15)

Kesimpulan

Imam al- Ghazalī sangat menekankan aspek akhlak dalam pendidikannya kerana menurutnya tujuan pendidikan agama adalah untuk pendidikan akhlak itu sendiri. Pendidikan akhlak menurut Imam al- Ghazalī merupakan satu proses pembentukan manusia yang memiliki jiwa yang suci keperibadian yang luhur yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.Sumber pendidikan akhlak adalah wahyu iaitu Al-Quran dan Hadis dengan perantaraan bimbingan dari guru rohani (syeikh).

Menurut Imam al- Ghazalī pendidikan akhlak merupakan tonggak pertama perubahan masyarakat. Bagi Imam al- Ghazalī pendidikan akhlak atau pendidikan budi pekerti yang berdasarkan agama haruslah dimulai oleh ibu bapa di rumah. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan persekitaran dan perkara yang baik dalam diri anak-anak. Menurut Imam al- Ghazalī, rumah merupakan tempat dominan dalam membina pendidikan akhlak kerana anak-anak kecil lebih banyak dalam lingkungan keluarga berbanding di luar (Sholeh, 2016).

Akhlak yang baik perlu dibentuk sejak dari kecil kerana kualiti akhlak bangsanya menentukan kemajuan sesuatu bangsa. Freud mengatakan bahawa “kegagalan dalam menanamkan peribadi yang baik pada usia muda akan membentuk peribadi yang bermasalah pada masa depannya.

Kesimpulannya, konsep akhlak al- Ghazalī lebih menekankan pada sesuatu yang batiniah yang mempunyai hubungan erat dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya, khususnya pengetahuan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah. Matlamat yang perlu dicapai dari akhlak adalah kebaikan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, semua orang harus memiliki al-akhlaq al-karimah, sehingga ia mampu menikmati kebahagiaan tersebut, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri diutuskan oleh Allah untuk memperbaiki akhlak manusia.

(16)

BIBLIOGRAFI

Ab. Aziz Mohd. Zain et al., 2006. “Isu-isu Tamadun Islam” dalam Tamadun Islam

dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Al-Ghazali, Abu Hamid. 2000. Ihya Ulum Al-Din. Al-Qahirah: Dar Al-Taqwa.

Al-Ghazali, 2000. Mengubati penyakit Hati terjemahan Ihya’ ‘Ulum Addin, dalam

Tahdzib al-Akhlaq wa Mu`alajat Amradh Al-Qulub, Bandung.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhamed bin Muhammad Imam. 2003. Ihya’ Ulum ad-Dīn, Jilid 2 dan 4. Kaherah: Maktabah as Safa

Al-Quasem, Muhammad Abul. 1975. The Ethics of al-Ghazali: A Composite Ethics in

Islam with a Foreword by Montgomery Watt. Petaling Jaya: Central Printing.

Al-Subki, Taj al-Din Abi Nasr ‘Abd al-Wahhab bin Ali bin Abd al-Kafi.1992. Tabaqat

al-Shafi‘iyyah al-Kubra. Beirut: Dar al-Nashr.

Agus Salim Lubis, 2012.Konsep Akhlak dalam Pemikiran al-Ghazali. Majalah Hikmah: Indonesia.

Abuddin Nata, 2012. Akhlak Tasawuf. Pt Raja Grafindo Persada: Jakarta

Danial Zainal Abidin, 2003. Empayar minda muslim, Modul Tarbiah asas alaf ketiga. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Eis Dahlia,2017. Konsep Pendidikan Akhlak Perspektif Imam al-Ghazali. Raden Intan Lampung; Indonesia.

Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Hasrul Shuhari.2001. al-Asma‟ al-Husna dan Modal

(17)

Mohd. Sulaiman bin Hj. Yasin, 1992. Akhlak dan Tasawuf. Bangi: Yayasan Salman.Selangor.

Mohd Nasir Omar,2005. Akhlak dan kaunseling Islam. Utusan Publication: Kuala Lumpur.

Shafique Ali Khan, 2005. Filsafat Pendidikan al-Ghazali. Pustaka Setia: Bandung, Indonesia.

Syed Muhammad Naquib al-Attas,1977. Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak Kuala Lumpur: ABIM.

Sholeh, 2016. Pendidikan Akhlak dalam Lingkungan Keluarga Menurut Imam Ghazali. Pekan Baru, Indonesia.

Zaki Mubarak, 2012. Akhlak Munurut al-Ghazali. Madinah Nasr, Kaherah; Mesir.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian ini adalah adanya perbedaan dari kedua tokoh (Imam Ghazali dan K.H. Imam Zarkasyi) dalam perumusan pengertian hakikat pendidikan akhlak dan metode

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui aspek-aspek pembentuk akhlak terpuji maupun akhlak tercela dalam pandangan Imam Ibnu Qayyim Al- Jauziyyah, penelitian ini merupakan

Dari hasil penelitian diketahui bahwa pemikiran Imam Al-Ghazali terkait dengan konsep pendidikan akhlak untuk mengatasi degradasi moral saat ini dapat dilakukan

, Imam Kristen , PT BPK Gunung Mulia, Jakarta, 1995, hlm.. karena Adam dan Hawa sebagai manusia pertama telah membuat dosa. Semua manusia diciptakan menurut gambar dan rupa Allah

Dengan adanya beberapa sifat yang harus dimiliki dari seorang pendidik ataupun dari seorang peserta didik yang sudah dijelas- kan oleh Imam Al-Ghazali maka akan tercipta

Akhlak juga memiliki 3 ciri, yaitu; pertama, akhlak adalah perbuatan yang telah tertanam kuat dalam jiwa seseorang, sehingga sudah menjadi karakternya; kedua,

faktor-faktor pendidikan menurut Al Ghozali dalam kitab Ihya' Ulumuddin. secara khusus kemudian ditarik kesimpulan yang bersifat

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan Imam Nawawi yang dinyatakan ini serta metodologi berinteraksi dengan kitab-kitab beliau seperti yang digariskan oleh para ulama, penulis mendapati