• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA 2018 PERATURAN PERTANDINGAN KAROM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA 2018 PERATURAN PERTANDINGAN KAROM"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA 2018 PERATURAN PERTANDINGAN KAROM

1. TEMPAT

Educity Iskandar Putri. 2. TARIKH PERTANDINGAN

Pada 28 April 2018 sehingga 30 April 2018.

3. PERATURAN AM

Selain daripada peraturan-peraturan terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Karom sebagaimana yang telah ditetapkan oleh PERSEKUTUAN KAROM SEDUNIA (ICF).

4. PAKAIAN

Semua pasukan hendaklah memakai pakaian berkolar seragam pasukan serta kemas sepanjang pertandingan, pakaian berlengan panjang kecuali ‘inner’, ‘jeans’ dan selipar tidak dibenarkan.

5. ACARA - ACARA

5.1 Pertandingan dijalankan secara berpasukan dan dilangsungkan serentak. 5.2 Susunan Acara Perlawanan :

6.3 Pertandingan yang dijalankan adalah mengikut kaedah 3 perlawanan yang terbaik (best of three games). Pemain yang menang 3 perlawanan akan dikira menang.

(2)

6. CARA PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan ini adalah dijalankan diantara berpasukan.

6.2 Semua perlawanan diperingkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan. Semua permainan hendaklah dijalankan sehingga tamat dan mengikut Peraturan-Peraturan (ICF).

6.3 Pasukan-pasukan yang menduduki tempat teratas pada kejohanan yang lepas akan mengetuai kumpulan masing-masing. Pasukan-pasukan lain akan diundi untuk menentukan kedudukan mereka .

6.4 Di mana penyertaannya terdiri lebih daripada sebelas (11) pasukan, pertandingan di peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam empat kumpulan iaitu kumpulan 'A', 'B', 'C' dan "D'.

6.4.1 Johan dan naib johan dalam kumpulan 'A', 'B', 'C' dan ‘D' layak memasuki peringkat suku akhir yang akan dijalankan secara kalah mati.

6.4.2 Pemenang pertama dalam kumpulan 'A', 'B', 'C' dan 'D' akan dimasukan ke dalam nombor 1, 3, 5 dan 7 mengikut proses undian, Naib Juara dalam setiap kumpulan akan dimasukan ke dalam nombor 2, 4, 6 dan 8. Rujuk lampiran 1.

6.4.3 Semasa proses undian, pasukan Naib Juara dalam kumpulan TIDAK akan bertemu Juara kumpulan masing-masing di peringkat suku akhir dan separuh akhir.

6.4.4 Pemenang-pemenang dalam perlawanan tersebut akan memasuki pertandingan akhir bagi menentukan Pasukan Johan dan Naib Johan. Pasukan-pasukan yang kalah akan bermain bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.

(3)

6.4.5 Dimana penyertaannya terdiri daripada lapan (8) hingga sepuluh (10) pasukan, pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam dua kumpulan iaitu kumpulan 'A' dan 'B' .

6.4.6 Pemenang-pemenang tempat pertama dan kedua dalam kumpulan 'A' dan 'B' layak memasuki peringkat separuh akhir. 6.4.7 Pemenang-pemenang dalam perlawanan tersebut akan

memasuki pertandingan akhir bagi menentukan Pasukan Johan dan Naib Johan. Pasukan-pasukan yang kalah akan bermain bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.

6.5 Senarai pemain bagi setiap perlawanan hendaklah diserahkan kepada Referi Kehormat tiga puluh (30) minit sebelum waktu perlawanan dimulakan.

6.6 Senarai nama pemain yang telah diserahkan itu tidak boleh diubah walaupun berlaku keuzuran.

6.7 Pertandingan di dalam kumpulan yang dijalankan secara liga, sistem kemenangan akan mengikut peraturan (ICF).

7. PERALATAN PERTANDINGAN 8.1 Papan Karom (Carrom Board)

i. Mengikut piawaian yang telah disahkan oleh Persekutuan KaromMalaysia.

ii. Ukuran papan karom 29” X 29”

iii. Permukaan papan karom daripada plywood atau kayu.

(4)

i. Berat tidak melebihi 15 gram.

ii. Garis pusat tidak melebihi 4.13 cm.

iii. Boleh memasuki keempat-empat poket melalui permukaan papan

karom.

iv. Tidak boleh letakkan benda bagi menambahkan berat timbangan

kecuali sebagai tanda dengan syarat mendapat kebenaran daripada

pengadil / penganjur pertandingan.

8.3 Buah Karom (Carrommen)

i. Buah putih atau hitam – Carrommen (c/m).

ii. Buah merah – Queen Carrommen (qc/m).

8. SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Sistem pertandingan akan mengikut Sistem Pertandingan Kebangsaan. 9.2 Pihak penganjur akan menetapkan format pertandingan bergantung kepada jumlah pasukan yang bertanding.

9.3 Semua perlawanan diperingkat awal akan dijalankan secara liga. 9.4 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan diperingkat liga akan layak ke pusingan seterusnya.

9.5 Bagi pusingan separuh akhir hingga akhir, perlawanan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan akan berakhir apabila satu pasukan

memperolehi kemenangan dengan kira 3-0 atau 3-1. 9.6 Pemain menggunakan 18 c/m + 1qc/m.

(5)

Lawannya menggunakan 9 buah c/m hitam.

9.8 Buah merah akan dikeluarkan oleh pengadil selepas pecahan pertama dimulakan bagi setiap permainan.

9.9 Cara bermain dinamakan ‘SABOTAJ’ atau mematikan buah lawan secara terus atau sebaliknya.

9.10 Mana-mana pemain yang memasukkan buah karom ke dalam poket dan habis dahulu dikira sebagai pemenang bagi frame tersebut.

9.11 Setiap perlawanan ada dua (2) frame. Jika berlaku seri (perlawanan terikat satu sama), perlawanan penentuan akan diadakan iaitu frame ke

tiga (3) untuk menentukan pemenang.

10. MEMBUAT PUKULAN

10.1 Hanya pergelangan tangan dibenarkan berada di atas bingkai tetapi tidak memasuki permukaan board dan kedudukan striker mesti menyentuh 2 garisan ufuk.

10.2 Siku atau badan tidak boleh melebihi UFUK (MOON) ketika membuat pukulan.

10.3 Bila menggunakan bulatan UFUK (MOON) pemain mestilah menutupi bulatan penuh (FULL MOON) dan tidak menyentuhi garisan ARROW. 10.4 Kerusi tempat duduk tidak boleh dialihkan semasa membuat pukulan. 10.5 Pemain diberi masa 20 saat untuk membuat pukulan, jika melebihi masa

tersebut pemain akan kehilangan giliran

11. BUAH KAROM TERPELANTING KELUAR

11.1 Semasa permainan, sekiranya terdapat buah yang terpelanting keluar, buah tersebut mestilah diletakkan di bulatan merah tengah.

(6)

mestilah diletakkan di atas buah yang sedia ada.

11.3 Buah Karom keluar dan meniti di atas bingkai lalu jatuh semula ke dalam permukaan board dikira dalam permainan.

12. DENDA

12.1 Jika striker masuk poket sedangkan buah pemain masih maksima (9 biji) tiada denda dikenakan (jika tiada buah yang telah masuk sebelumnya dan denda dikenakan akibat mana-mana kesalahan menjadikan jumlah

sembilan biji semula).

12.2 Denda satu (1) biji dan hilang giliran apabila memasukkan buah striker serentak ke dalam poket termasuk buah karom yang terakhir.

12.3 Denda satu (1) biji dan hilang giliran sekiranya striker masuk ke dalam poket.

12.4 Denda satu (1) biji dan hilang giliran jika memukul buah karom yang sedia ada MATI dengan tiada ‘connection’.

12.5 Denda satu (1) biji dan hilang giliran jika tersentuh mana-mana buah sama ada hidup atau mati semasa dalam permainan.

12.6 Buah denda hendaklah diletakkan oleh pihak lawan atau pengadil dalam ruang bulatan MERAH tetapi tidak ditengah bulatan merah. Jarak meletak buah DENDA adalah sekadar tidak menyentuhi buah lain yang sedia ada

diruang tengah.

13. HAD MASA PERMAINAN

Tiada masa yang ditetapkan untuk setiap set bagi semua acara.

(7)

14.1 Penggunaan Powder Karom dibenarkan semasa dalam perlawanan dijalankan dengan persetujuan pihak lawan.

14.2 Ujian striker tidak dibenarkan semasa permainan sedang berlangsung. 14.3 Pemain tidak dibenarkan meniup buah semasa permainan sedang dijalankan.

14.4 Jika pemain terlepas strikernya ketika hendak membuat pukulan tetapi tidak melepasi dua (2) garisan ufuk, ia diberi peluang sekali lagi untuk meneruskan gilirannya.

14.5 Pemain tidak dibenarkan menukar buah karom kecuali buah karom itu terpelanting keluar dari permukaan board.

14.6 Buah karom atau set yang ada di dalam permainan tidak boleh disentuh atau diubah daripada tempat asal kecuali pengadil sahaja yang berhak membuat begitu atas sebab-sebab tertentu.

14.7 Jawatankuasa Pertandingan berhak menentukan dan meminda sebarang syarat / undang-undang / peraturan karom, maka keputusan dirujuk

kepada jemaah pengadil yang mana keputusannya adalah muktamad.

15. DISPLIN

15.1 Pemain dilarang merokok.

15.2 Telefon dibimbit hendaklah ditutup sepanjang perlawanan berlangsung. 15.3 Pemain akan dikira kalah jika meninggalkan meja tanpa kebenaran pengadil.

15.4 Pemain akan dikira kalah jika tidak menyambung permainannya.

15.5 Pertukaran pemain tidak dibenarkan semasa perlawanan sudah bermula. 15.6 Pemain yang berniat menganggu tumpuan pihak lawan secara sengaja atau tidak sengaja akan didenda hilang satu pusing atau giliran. Pengadil berhak membuat amaran terlebih dahulu.

(8)

16. PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN.

Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan berikut:

(i) Menunjuk ajar pemain lawan atau rakan dalam permainan bergu (ii) Bangun semasa pihak lawan hendak membuat pukulan.

(iiv) Menukar gundu (striker) dalam permainan kecuali dibenarkan oleh pengadil

(iv) Mengerakkan/mengalihkan kerusi semasa hendak membuat pukulan.

17. LARANGAN, KESALAHAN DAN DENDA

Setiap kesalahan pemain, akan didenda hilang satu pusingan (lost one turn)

18. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN 18.1 Dalam sistem liga, pemberian mata adalah seperti berikut: (i) Menang - 2 mata

(ii) Kalah - 0 mata

18.2 Pasukan yang memperolehi mata terbanyak akan diisytiharkan sebagai johan kumpulan. Sekiranya terdapat persamaan jumlah mata, maka

penentuan pasukan yang layak ke separuh akhir adalah berdasarkan turutan berikut:

(i) Perbezaan bilangan set yang menang dan kalah (ii) Perbezaan bilangan mata menang dan kalah

(iii) Cabutan undi. 19. MENARIK DIRI

(9)

19.1. Pasukan yang terlewat lima belas (15) minit dari masa yang dijadualkanbermain adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding pada keseluruhan perlawanan.

19.2. Menarik diri (walk over) tidak dibenarkan.Jika ianya berlaku, pasukan atau peserta yang berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan.

19.3. Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulunya bagi pasukan atau peserta yang berkenaan tidak diambil kira.

20. PENGADILAN

20.1 Pengadil mempunyai kuasa mutlak mendenda pemain tanpa sebarang amaran atau teguran

20.2 Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan adalah terletak pada budi bicara pengadil

20.3 Keputusan pengadil adalah muktamad.

20.4 Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh pihak penganjur.

21.PERKARA AM

Jika terdapat sebarang masalah atau kerumitan yang tidak diperuntukkan dalam peraturan-peraturan pertandingan kejohanan ini, Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Karom Johor 2018 akan memutuskannya dan keputusan adalah muktamad.

Referensi

Dokumen terkait

Siregar (2004), manajemen aset lebih ditujukan untuk menjamin pengembangan kapasitas yang berkelanjutan dari pemerintah sehingga dapat meningkatkan pendapatan, yang akan digunakan

Pada pasien dewasa, propofol yang diberikan secara intravena dapat digunakan cepat untuk menginisiasi atau pemeliharaan sedasi Monitoring Anesthesia Care (MAC) selama... Propofol bisa

(1) Izin termaksud dalam pasal 3 hanja berlaku bagi pemegang izin jang namanja tertjantum dalam surat izin dan tidak dapat diserahkan kepada orang lain serta hanja

8-9 Syatibi membagi tingkatan kebutuhan manusia menjadi 3 (tiga) yaitu, kebutuhan primer (daruriyat), sekunder (hajiyat) dan tertier (tahsiniyat). Kebutuhan primer

Jasa sebelum membina hubungan usaha dengan calon Pengguna Jasa. Pertemuan langsung/tatap muka dengan calon Pengguna Jasa yang pertama kali melakukan hubungan usaha

Hal ini disebabkan karena adanya penambahan pada tepung angkak sebesar 3% yang menjadikan elastisitas berkurang dan juga dipengaruhi adanya substitusi pasta waluh pada

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui jenis dan potensi Mollusca di zona pasang surut zona pasang surut tipe subtrat berbatu pantai Gatra Kabupaten

Konotasi baru yang sangat kuat dari ayat Qur’an, hadis Nabi, qaul sahabat, pendapat ulama, yang ditampilkan dalam meme itu sudah sangat kuat mengarah dan berbicara, bahwa bencana