• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGURUSAN HAJI TANAH AIR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGURUSAN HAJI TANAH AIR"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN HAJI TANAH AIR

PERANAN TABUNG HAJI

Tabung Haji (TH) adalah satu-satunya badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan keberangkatan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan fardhu haji. Perancangan dan strategi yang baik sentiasa diatur bagi membolehkan hasrat para bakal haji melaksanakan rukun Islam yang kelima dengan sempurna serta kos yang efektif.

Bagi setiap musim haji, perancangan yang rapi bermula daripada sesi percambahan fikiran dan sesi penilaian operasi haji tahun sebelumnya. Perancangan operasi haji adalah meliputi aspek bimbingan jemaah haji, penyediaan petugas haji, penyediaan prasarana dan logistik Tanah Air dan Tanah Suci dan mesyuarat penyelarasan dengan pihak-pihak berkuasa berkaitan.

PENDAFTARAN HAJI

Setiap warganegara Malaysia yang beragama Islam boleh membuat pendaftaran haji di mana-mana Pejabat TH Cawangan di seluruh negara atau melalui laman web di alamat www.tabunghaji.gov.my. Syarat pendaftaran adalah mereka hendaklah menjadi pendeposit TH terlebih dahulu dan mempunyai akaun simpanan tidak kurang daripada RM1,300.00.

TH mengamalkan konsep Sistem Pendaftaran Haji Terbuka (SPHT). Melalui sistem ini ianya membolehkan pendeposit membuat pendaftaran haji pada bila-bila masa. Namun demikian, sekiranya pendaftaran untuk tahun yang dipilih telah penuh yakni telah mencapai jumlah kuota jemaah haji semasa, bakal haji akan ditentukan pilihan berikutnya yang masih kosong. SPHT juga membolehkan bakal haji merancang tahun pemergiannya ke Tanah Suci bagi menunaikan fardhu haji.

(2)

BIMBINGAN

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, bakal haji perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal serta pengisian rohani yang mantap agar pelaksanaan ibadah haji dapat dihayati. Setiap rukun dan wajib haji yang dikerjakan haruslah difahami tujuannya yang mana ianya mengandungi makna yang tersirat. Atas kesedaran itu, TH mengambil inisiatif bagi memberikan panduan dan tunjuk ajar yang berkesan kepada setiap bakal haji yang telah terpilih untuk menunaikan fardhu haji bagi tahun semasa. Bimbingan haji ini telah diatur dengan terperinci sejak dari awal tahun lagi yang merangkumi program kursus haji, penerbitan haji, bimbingan melalui media massa dan pembangunan pembimbing ibadat haji dan guru agama.

Bagi program kursus haji ianya terbahagi pula kepada empat (4) jenis iaitu Kursus Haji Bersiri, Kursus Haji Intensif, Kursus Haji Khas dan Kursus Haji Perdana.

Kursus Haji Bersiri

Kursus ini adalah merupakan pengenalan dan pendedahan awal kepada ibadat haji dan umrah. Ianya juga dikenali sebagai Kursus Haji Mingguan kerana diadakan pada setiap hari Ahad selama 4 bulan 1 minggu iaitu 17 siri berturut-turut bermula dari bulan Rabiulawal hingga Jamadilakhir. Kursus haji ini terbuka kepada semua umat Islam yang berminat samada yang telah mendaftar, bakal haji „standby‟ ataupun yang belum membuat pendaftaran haji. Ianya juga tidak dihadkan kepada umur dan jantina.

(3)

Kursus Haji Intensif

Kursus ini adalah merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Haji Bersiri. Ianya dilaksanakan selama dua hari untuk setiap kumpulan jemaah haji yang tidak melebihi 100 – 150 orang bagi tiap-tiap kumpulan. Penekanan yang diberikan dalam kursus haji ini tertumpu kepada pelaksanaan ibadah haji secara teori dan praktikal. Kursus diadakan pada bulan Rejab dan Syaaban yang terdiri daripada mereka yang terpilih dan „standby‟ untuk menunaikan fardhu haji pada tahun semasa.

Kursus Haji Khas

Ianya merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Haji Intensif. Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang tidak tahu membaca dan menulis serta gagal dalam ujian Kursus Haji Intensif.

Kursus Haji Perdana

Ianya merupakan kursus terakhir sebagai pendedahan kepada suasana dan persekitaran jemaah yang ramai semasa melaksanakan praktikal ibadat haji. Kursus ini melibatkan bakal-bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja dan dilaksanakan selama 1 ½ hari (2 hari 1 malam) di masjid atau tempat yang bersesuaian di setiap negeri dalam bulan Syawal. Kursus menjurus kepada praktikal ibadah tawaf, saie, melontar, bermabit di Muzdalifah dan Mina secara beramai-ramai.

(4)

PEMILIHAN KELAYAKAN

Sistem komputer akan memilih 27,000 orang yang terawal mendaftar untuk menunaikan fardhu haji sebagai jemaah haji terpilih dan bakinya akan ditawarkan sebagai bakal haji „standby‟. Pemilihan dari kalangan bakal haji „standby‟ menjadi terpilih bergantung kepada kekosongan kuota berikutan pembatalan/penarikan diri bakal haji terpilih atau sekiranya Malaysia mendapat tambahan kuota yang mencukupi.

PASPORT HAJI

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan penggunaan pasport antarabangsa kepada semua jemaah haji seluruh dunia mulai musim haji 1430H. Jemaah haji hendaklah berurusan sendiri di Pejabat Imigresen untuk membuat Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan membawa Surat Tawaran Menunaikan Fardhu Haji 1430H.

Sebelum bakal haji membuat permohonan PMA, mereka hendaklah membuat semakan senarai syak (halangan meninggalkan Malaysia). Semakan tersebut boleh dibuat dengan memilih mana-mana satu daripada kaedah berikut:-

 semakan di mana-mana Pejabat Imigresen

 semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Caranya:- Taip “REQSSP nombor kad pengenalan” dan hantar SMS ke nombor 019-2772497. Nombor kad pengenalan tidak perlu tanda sengkang (-). Jawapan akan diterima melalui sms

(5)

Setelah PMA diperolehi, bakal haji hendaklah terus menghantar PMA ke pejabat cawangan TH (tempat pendaftaran masing-masing).

Bagi mereka yang sudah terlebih dahulu mempunyai PMA, sebelum menghantar PMA ke pejabat cawangan TH mereka hendaklah memastikan perkara berikut:-

 tempoh sahlaku PMA hendaklah sehingga 16 Julai 2010

 terdapat 4 muka surat kosong secara berturutan sebelah-menyebelah

 tiada larangan meninggalkan Malaysia

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pemeriksaan kesihatan bagi musim haji 1430H sedang berjalan mulai bulan Mei hingga Ogos 2009 (sebelum Ramadhan). Bakal haji warga emas dan yang bermasalah kesihatan dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan lebih awal dan berulang kali bagi tujuan pengesanan awal dan seterusnya diberikan rawatan yang sempurna sebelum jemaah haji tersebut disahkan layak ke Tanah Suci.

Pemeriksaan kesihatan dijalankan di hospital, pusat kesihatan Kerajaan di peringkat negeri/ daerah dan juga di Klinik Panel TH. Jika terdapat bakal haji membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Swasta (bukan di Klinik Panel TH), bakal haji tersebut dikehendaki membuat pemeriksaan semula di hospital/ klinik kerajaan atau di Klinik Panel TH.

(6)

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-84 yang bersidang pada 15 Disember 2008 merumuskan:-

 pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji

 pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan

 sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan

PENERBANGAN DAN ALOKASI

Bakal haji boleh memilih lapangan terbang/ tempat „check-in‟ di tujuh (7) lokasi mengikut kesesuaian untuk berlepas ke Tanah Suci iaitu di KLIA (Sepang), Senai (Johor), Bayan Lepas (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Alor Setar (Kedah). Jadual penerbangan kepada semua bakal haji dikeluarkan secara berperingkat.

Penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci adalah dijangka pada 20 Oktober 2009 (1 Zulkaedah) dan akan berakhir pada 17 November 2009 (29 Zulkaedah). Manakala bagi penerbangan balik jemaah haji adalah bermula pada 3 Disember 2009 (16 Zulhijjah) yang dijangka selesai pada 1 Januari

(7)

PEMEROSESAN VISA

Visa haji dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. Pasport akan mula divisakan pada 3 Syawal 1430H.

RUMUSAN

Semua bakal haji adalah dinasihatkan menjaga kesihatan diri masing-masing baik daripada segi mental mahupun fizikal. Banyakkan bersenam yang boleh meningkatkan stamina supaya dapat melakukan ibadat haji seperti tawaf, sai‟e dan melontar dengan bertenaga.

Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa memakai gelang pengenalan haji bagi mengenalpasti identiti sekiranya berlaku sebarang insiden atau kejadian yang tidak diingini. Jemaah haji hendaklah sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan semasa berada di Tanah Suci kerana keadaan yang bersesak-sesak di sana menuntut tahap kesabaran yang sangat tinggi. Banyakkan berdoa supaya segala urusan dapat dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Anggaplah apa yang berlaku adalah sebagai musibah, ujian dan cabaran kepada kita untuk menguji keimanan dan ketakwaan terhadapNya.

Referensi

Dokumen terkait

Maka dari itu evaluasi yang dilaksanakan sepanjang program pendidikan dan juga yang bernilai positif, yaitu yang mampu mendorong dengan mengembangkan kemampuan belajar siswa

Program engagement dapat berhasil dengan baik, mempunyai hubungan yang erat dengan pemimpin, bagaimana pemimpin memotivasi, bagaimana pemimpin dalam pengembangan karyawan, bagaimana

Metode penelitian yang digunakan adalah kualitatif Alat pengumpulan datanya adalah panduan observasi, panduan wawancara, dan dokumentasi Dari hasil penelitian diperoleh

Untuk itu, semakin tinggi konsentrasi siklodekstrin pada susu kedelai akan memberikan kemampuan yang lebih besar dalam membentuk suatu kompleks dengan kompenen

Dalam hal ini juga sering kelompok kehilangan arah untuk memecahkan masalah dan mereka juga kehilangan kesempatan menemukan cara yang lebih baik maka dari itu

Teknik analisis data hasil belajar pada aspek kognitif atau penguasaan konsep menggunakan analisis deskriptif dengan menggunakan teknik persentase dari setiap siklus

Pendekatan Linear Programming yang diformulasikan dengan satu fungsi tujuan untuk minimasi biaya distribusi dan dibatasi beberapa fungsi kendala terkait kapasitas

 Inflasi Kota Cilacap bulan Mei 2016 terjadi terutama disebabkan oleh adanya kenaikan indeks pada lima kelompok pengeluaran yaitu kelompok makanan jadi, minuman,