• Tidak ada hasil yang ditemukan

Asas Bentuk dan Ruang 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Asas Bentuk dan Ruang 2"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

RIS

KOD & NAMA KURSUS

KRM3063- ASAS BENTUK DAN RUANG

TAJUK

KUMPULAN: Group UPSI 03 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN D20102046027

NAMA PENSYARAH E-LEARNING: DR. MOHD UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH: 21 OKTOBER 2012

PEMARKAHAN

1. TUGASAN 1

JUMLAH

(2)

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

AKTIVITI PENGAJARAN 1 3

LAMPIRAN AKTIVITI PENGAJARAN 1 7

AKTIVITI PENGAJARAN 2 17

(3)

I. Tema: Bentuk Di Sekelilingku

II. Tajuk: Bentuk 3 Dimensi

III. Hasil Pembelajaran:

IV. Pengetahuan Sedia Ada:

V. Langkah-langkah: Langkah 1

1. Murid memerhati bentuk bola dan bentuk papan dart mainan (Lampiran 1) pada bahagian depan dan apabila objek-objek tadi dipusing 90o.

2. Murid dibimbing menyatakan perbezaan kedua-dua objek melalui soal jawab lisan: a. Adakah sama bentuk bola apabila di pandang di bahagian hadapan dan setelah dipusing?

b. Bagaimana pula dengan bentuk papan dart mainan dari hadapan dan setelah dipusing?

3. Murid dibimbing untuk memahami maksud tiga dimensi melalui jawapan yang diberikan dalam langkah 2.

Langkah 2

1.Murid membuat pemerhatian terhadap objek tiga dimensi yang yang ditunjukkan oleh guru dan menjawab soalan-soalan lisan. (Lampiran 1)

2. Guru mengaitkan objek tadi dengan bongkah, gambar rajah dan nama bentuk tiga dimensi. Murid diminta mengeja nama bentuk-bentuk tiga dimensi.

3. Guru melekatkan 6 gambar bentuk-bentuk tiga dimensi (Lampiran 3) dan namanya (Lampiran 4) pada kertas majong berlabel (Lampiran 5).

(4)

Langkah 3

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sehelai rangka kerja kumpulan(Lampiran 6) dan 1 set gambar bentuk-bentuk 3D (Lampiran 7).

2. Setiap ahli kumpulan diminta melekatkan gambar bentuk tiga dimensi mengikut namanya.

3. Murid diingatkan bahawa kumpulan yang melekatkan gambar dengan betul dalam masa yang paling singkat serta berdisiplin dianggap sebagai pemenang.

4. Wakil kumpulan mempamerkan hasil kerja di hadapan kelas dan dibincangkan Langkah 4

1. Murid diedarkan Lembaran Kerja 1.

2. Murid memadankan bentuk tiga dimensi kepada namanya. 3. Hasil kerja murid dibincangkan

Langkah 5

1. Kertas majong yang telah dilengkapkan dalam fasa 1 ditunjukkan semula.

2. Murid dibimbing untuk merumuskan pembelajaran dengan bantuan BBM tersebut. 3. Murid diberikan Lembaran Kerja 2 sebagai kerja rumah.

VI. Bahan Pengajaran:

Bahan Konkrit yang digunakan sebagai bahan pengajaran ialah: Objek 3 Dimensi (Lampiran 1)

Bongkah 3 Dimensi (Lampiran 2)

Kad Gambar Bentuk-bentuk 3 Dimensi (Lampiran 3) Kad Perkataan Bentuk-bentuk 3 Dimensi (Lampiran 4) Kertas Majong Berlabel (Lampiran 5)

Rangka Kerja Kumpulan (Lampiran 6)

Set Gambar Bentuk-bentuk 3 Dimensi (Lampiran 7) VII. Penilaian:

(5)

Kubus dadu VIII. Jangkaan Refleksi:

Kesukaran yang biasa dihadapi oleh murid-murid tahun 1 yang baru mengenal bentuk 3-Dimensi dalam menguasai tajuk ini ialah mengingati tertukar di antara bentuk-bentuk juga nama-namanya. Misalnya, bentuk kubus dikatakan kuboid. Cara yang berkesan untuk membolehkan murid mengingati setiap bentuk dengan tepat ialah murid mewakilkan setiap bentuk 3 dimensi dengan membayangkan objek sebenar yang disukainya. Contohnya, seperti di bawah

Nama-nama bentuk ini mungkin agar sukar untuk diingat dan dieja dengan betul oleh murid. Penyediaan kad poket yang boleh dibawa ke mana-mana dan dirujuk pada bila-bila masa dapat membantu murid mengingati bentuk dan namanya dengan lebih berkesan. Contoh kad poket yang boleh disediakan adalah seperti berikut:

(6)

Cara menyediakan Kad Poket:

1. Gunting setiap kad menjadi 6 kepingan berasingan.

2. ‘Laminate’keenam-enam kepingan kad untuk tahan lebih lama. 3. Tebuk 2 lubang pada bahagian kiri setiap kepingan kad.

4. Susun setiap kepingan secara bertindih.

(7)

Lampiran 1

: Objek 3 Dimensi

Lampiran 2

: Bongkah 3 Dimensi

Lampiran 3

: Kad Gambar Bentuk-bentuk 3 Dimensi

Lampiran 4

: Kad Perkataan Bentuk-bentuk 3 Dimensi

Lampiran 5

: Kertas Majong Berlabel

Lampiran 6

: Rangka Kerja Kumpulan

Lampiran 7

: Set Gambar Bentuk-bentuk 3 Dimensi

(8)
(9)
(10)

Lampiran 3

: Kad Gambar Bentuk-bentuk 3 Dimensi

(akan dilekatkan pada Kertas Majong Berlabel)

(11)

Lampiran 4

: Kad Perkataan Bentuk-bentuk 3 Dimensi

(akan dilekatkan pada Kertas Majong Berlabel)

sfera

kubus

silinder

kon

kuboid

(12)
(13)

Lampiran 6:

Rangka Kerja Kumpulan

KUMPULAN

BENTUK 3 DIMENSI

kubus

sfera

silinder

kuboid

(14)
(15)

Lembaran Kerja 1

TAJUK: BENTUK TIGA DIMENSI

NAMA: __________________________________________ KELAS: ______________

Suaikan nama bentuk tiga dimensi di bawah kepada gambarnya.

kubus

silinder

kon

sfera

piramid

(16)

Lembaran Kerja 2

NAMA: _________________________________________

KELAS: ______________

ARAHAN: Pilih dan tulis bentuk tiga dimensi yang betul.

kubus

kon

silinder

piramid

(17)

I. Tema: Bentuk dan Ruang

II. Tajuk: Luas

III. Hasil Pembelajaran: Membanding dengan menggunakan segiempat unit saiz bagi: Segiempat tepat

Segi empat sama

IV. Pengetahuan Sedia Ada: Murid tahu bagaimana bentuk segiempat sama dan segiempat tepat.

V. Langkah-langkah: Langkah 1

1. Murid membandingkan rajah-rajah yang dipaparkan pada slaid powerpoint dan menjawab soalan yang guru ajukan. (Rujuk Slaid 1)

Soalan: Adakah bentuk rajah-rajah ini sama?

Bagaimana pula dengan saiznya? Adakah sama atau berbeza? Berikan alasannya.

2. Murid diminta mengira petak yang menbina setiap rajah dan membandingkannya antara satu sama lain. Murid menyatakan hasil perbandingan.

Hasil perbandingan yang sepatutnya:

Kesemua rajah terbina dari 10 petak kecil segiempat sama. Kempat-empat rajah mempunyai saiz yang sama.

3. Guru menegaskan bahawa kawasan yang dipenuhi oleh sesuatu bentuk merupakan luasnya. Segiempat unit boleh digunakan untuk menentukan luas sesuatu bentuk. Bilangan segiempat unit yang ada pada sesuatu bentuk adalah sama dengan luas bentuk tersebut.

4. Guru menerangkan unit bagi luas ialah unit persegi (unit2). Jika unit sentimeter (cm) digunakan, maka unit luas objek yang dicara ialah sentimeter persegi atau cm2. (Slaid 2).

(18)

Langkah 2

1. Murid diedarkan Lembaran Kerja dan pada masa yang sama guru menayangkan Slaid 3 yang sama seperti lembaran kerja tersebut.

2. Murid mencari dan menulis luas bagi setiap rajah pada Lembaran Kerja.

3. Murid membandingkan jawapan mereka dengan jawapan pada paparan Slaid 4. 4. Murid mencari luas bagi rajah-rajah pada Slaid 5 dan menjawabnya secara lisan

untuk meneguhkan lagi penguasaan murid dalam tajuk ini.

Langkah 3

1. Murid membentuk kumpulan kecil. Setiap kumpulan diedarkan dengan Lembaran Kerja Kumpulan (Helaian 1 dan Helaian 2).

2. Murid mendengar arahan guru di mana murid dikehendaki:

Bina seberapa banyak segiempat sama dan segiempat tepat yang berbeza saiz pada grid di bawah.

Kira dan tulis nilai luas setiap bentuk yang dibina.

3. Setiap wakil kumpulan membentang hasil kerja masing-masing di hadapan kelas 4. Kumpulan yang paling banyak membina segiempat sama dan segiempat tepat

yang berbeza saiz akan diberikan token ekonomi.

Langkah 4

1. Murid dibimbing untuk merumuskan pelajaran pada sesi ini iaitu:

Luas sesuatu bentuk ialah jumlah segiempat unit yang membinanya. Bentuk yang berbeza mungkin mempunyai saiz atau luas yang sama. Pengiraan luas melibatkan bentuk dua dimensi maka unitnya ialah

unit persegi iaitu unit2.

VI. Bahan Pengajaran:

Bahan pengajaran utama bagi sesi ini ialah teknologi iaitu persembahan powerpoint

kerana rajah-rajah dapat ditunjukkan dengan lebih mudah. Persembahan pengajaran juga menjadi lebih teratur kerana penggunaan animasi yang membolehkan langkah-langkah pengajaran disusun atur mengikut turutan yang tepat. Slaid-slaid powerpoint

yang digunakan adalah seperti dalam Lampiran Aktiviti Pengajaran 2.

(19)

Lembaran Kerja Individu dan Lembaran Kerja Kumpulan (Helaian 1 dan Helaian 2) adalah seperti dalam Lampiran Aktiviti Pengajaran 2.

VIII. Jangkaan Refleksi:

Jangkaan kesilapan yang mungkin dilakukan oleh murid dalam tajuk ini ialah menganggap bentuk-bentuk yang berbeza mempunyai saiz yang berbeza. Sedangkan bentuk yang berbeza boleh mempunyai saiz yang sama. Guru perlu mengingatkan murid bahawa saiz sesuatu bentuk adalah sama dengan luasnya dan ia adalah bergantung kepada jumlah segiempat unit yang membinanya. Jika bentuk-bentuk mempunyai jumlah segiempat unit sama banyak, maka bentuk-bentuk-bentuk-bentuk itu juga sama dari segi luas. Guru bolehlah memberikan latihan membina pelbagai bentuk yang sama saiz pada kertas grid sebagai latihan tambahan pada murid. Misalnya, dengan menggunakan kertas grid yang diberikan murid dikehendaki membina seberapa banyak bentuk yang berbeza tetapi mempunyai luas yang sama iaitu 12 unit2.

Kesilapan kedua yang mungkin dilakukan oleh murid ialah menulis unit bagi

luas sebagai unit asas iaitu tanpa ‘persegi’ atau ‘2’. Guru bol

eh menunjukkan perbandingan antara penentuan panjang bagi satu garisan dan penentuan luas bagi satu segiempat sama seperti rajah di bawah supaya murid dapat lihat dengan jelas

mengapa unit bagi luas perlu ada ‘persegi’ atau ‘2’.

Menentukan panjang garisan Menentukan luas segiempat

4 cm

(20)

Lampiran 1

: Slaid-slaid Persembahan

Powerpoint

Lembaran Kerja Individu

Lembaran Kerja Berkumpulan (Helaian 1)

(21)

LAMPIRAN 1: SLAID-SLAID PERSEMBAHAN POWERPOINT

10unit2

10 unit2

10 unit2

Adakah bentuk-bentuk tersebut sama

saiz? Mengapa?

10 unit2

(22)

Kesimpulannya, luas sesuatu bentuk

adalah jumlah bilangan segi empat

yang bernilai 1 unit persegi.

Jika 1 cm

1 cm

Luas segiempat unit = 1 cm x 1 cm

= 1 cm2

Maka, luas segiempat di atas ialah 42 cm2

Kira luas dan tulis pada setiap bentuk. Jawab soalan diberi.

(23)

Berapakah luas segiempat sama dan segiempat tepat berikut?

Kira pada lembaran kerja anda.

Cuba yang ini pula!

(24)

Nama: ___________________________________________ Kelas: ______________

KIRA LUAS DAN TULIS PADA SETIAP BENTUK. JAWAB SOALAN YANG DIBERI.

LEMBARAN KERJA INDIVIDU

Bentuk mana yang

paling besar?

(25)

LEMBARAN KERJA BERKUMPULAN (HELAIAN 1)

NAMA KUMPULAN: __________________________________________________

ARAHAN:

1. Bina seberapa banyak segiempat sama dan segiempat tepat yang berbeza

saiz pada grid di bawah.

2. Kira dan tulis nilai luas setiap bentuk yang dibina.

(26)

LEMBARAN KERJA BERKUMPULAN (HELAIAN 2)

JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT DALAM RUANG YANG DISEDIAKAN

Berapakah bilangan

semua bentuk yang

dibina?

Berapakah bilangan segiempat sama

yang dibina?

Berapakah bilangan

segiempat tepat yang

dibina?

Berapakah luas bentuk paling kecil

yang dibina?

Berapakah luas bentuk paling

besar yang dibina?

5

3

4

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

Seperti yang telah dilakukan oleh ( Patel , 2011), ( Krishnaswamy , 2009) dan ( Lester , 2005), selama ini penelitian tentang algoritma A-Star (A*) lebih banyak berfokus

Marpoyan Pekanbaru berpedoman pada rubrik penilaian yang di dalamnya mencakup tiga belas aspek penilaian yaitu kepala surat, tanggal surat, nomor surat, lampiran

Minggu ini fokus pelaku pasar tertuju atas data CPI yang menjadi syarat kedua jika FFR akan naik serta Minute Meeting FOMC untuk mengeta- hui perkembangan terbaru ekonomi AS

Evaluasi penggunaan alat elektronik dalam kelas ini dilakukan dengan kelas yang memiliki kesamaan dalam menggunakan alat elektronik. Alat elektronik yang dimaksud adalah RFID

Desentralisasi dalam Sistem Kesehatan dan Desentralisasi Bagaimana dampaknya Dalam bentuk berbagai peraturan hukum Lembaga Pemerintah Status Kesehatan Masyarakat Input y

Pengamatan yang dilakukan terhadap pertumbuhan tanaman yaitu tinggi tanaman, jumlah anakan, jumlah daun saat tanaman berumur 35 hari setelah tanam (HST), sedangkan

Siswa diharapkan lebih aktif di dalam proses pembelajaran serta dapat lebih memahami bidang studi tertentu, khususnya dalam materi PKn dalam hal ini indikator yang