• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA tinggi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA tinggi"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB

JAWATANKUASA SYARIAH DALAM

MENGURUSKAN RISIKO KETIDAKPATUHAN

SYARIAH: TINJAUAN AWAL TERHADAP INDUSTRI

TAKAFUL DI MALAYSIA

Mohd Faiz Mohamed Yusof1, Nurhanani Romli2 and Joni Tamkin Borhan3

1,2,3

Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

1

mrfaizyusof@gmail.com; 2nurhanani_romli@um.edu.my; 3joni@um.edu.my

ABSTRACT

This study identifiesthe potentials of Shariah non-compliance risk exposures of takaful industry in Malaysia based on previous studies.Besides, this study also examines the areas of expertise of the Shariah Committee ofthe Takaful Operator (TO) in Malaysia with a total of 62 members. Bank Negara Malaysia (2003) requires the expertise and experience in fiqh and usul fiqh, or Fiqh Muamalat among the Shariah Committee in TO. The expertise and experience in the field of fiqh and usul fiqh or fiqh muamalat are extremely important in managing Shariah non-compliance risk.

Keyword: Shariah non-compliance risk; Shariah non-compliance risk management; Shariah

committee; takaful operators; takaful industry.

ABSTRAK

(2)

Kata kunci: risiko ketidakpatuhan Syariah; pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah;

jawatankuasa Syariah; syarikat pengendali takaful; industri takaful.

1. PENGENALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

Malaysia merupakan antara negara pertama di Asia yang memulakan insurans secara Islam atau takaful dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) pada tahun 1984. Sehingga kini sebanyak 12 SPT ditubuhkan sama ada dengan pemilikan tempatan mahupun asing. Berikut adalah senarai Syarikat Pengendali Takaful(SPT) di Malaysia:

Bil. Nama Syarikat Pemilikan

1. AIA Public Takaful Bhd. Asing

2. AmFamily Takaful Berhad Tempatan

3. CIMB Aviva Takaful Berhad Tempatan

4. Etiqa Takaful Berhad Tempatan

5. Great Eastern Takaful Sdn Bhd Asing 6. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd Tempatan 7. Hong Leong MSIG Takaful Berhad Tempatan

9. MAA Takaful Berhad Tempatan

10. Prudential BSN Takaful Berhad Tempatan 11. Syarikat Takaful Malaysia Berhad Tempatan

12. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Tempatan

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM, 2012)

Penubuhan industri takaful di Malaysia adalah hasil laporan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (1984)yang telah mengeluarkan fatwa bahawa amalan insurans konvensional di Malaysia adalah haram diamalkan oleh orang Islam. Antara sebab pengharaman tersebut adalah kerana ia melibatkan amalan riba dan mempunyai unsur gharar (ketidaktentuan) yang membawa kepada amalan perjudian.

Perkembangan industri takaful di Malaysia adalah selaras dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah memperkenalkan Malaysia sebagai hub pasaran kewangan Islam di peringkat global dengan menggunakan temabaru iaitu "Malaysia: World's Islamic Finance Marketplace".Malaysia telah menyediakan pasaran kewangan Islam yang komprehensif dan progresif yang telah berkembang denganpesat sepanjang 30 tahun lalu.Peserta industri global dan peserta pasaran mestilah bijak merebut peluang daripada inovasi, kepakaran dan manfaat pasaran kewangan Islam Malaysia bagi menjalankan urusniaga perniagaan kewangan Islam dari mana-mana tempat di dunia (BNM, 2013b).

2. METODOLOGI KAJIAN

(3)

3. ELEMEN-ELEMEN KETIDAKPATUHAN SYARIAH DALAM INDUSTRI TAKAFUL

Secara asasnya, elemen-elemen ketidakpatuhan Syariah dalam industri takaful melibatkan 3 elemen yang utama iaitu riba, gharar dan perjudian.

3.1 Riba

Riba dari sudut bahasa bermaksud pertambahan atau lebihan (Ibn Manzur, 1994, p. 304-305).Pertambahan atau lebihan yang dimaksudkan adalah dalam pinjaman. Menurut riwayat al-Tabari (1995), riba yang biasa berlaku sewaktu zaman jahiliyah antaranya adalah dalam bentuk transaksi jual beli secara hutang.Setelah sampai tempoh pembayaran dan pembeli tidak dapat membayar, penjual akan memanjangkan tempoh masa pembayaran dan menambah jumlah hutang yang mesti dibayar (Al-Tabari, 1995, p. 140). Berikut adalah antara dalil dari Al-Quran dan Hadith yang menjelaskan mengenai larangan riba:

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba yang berganda dan berlipat ganda dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu

mendapat keuntungan”.

(Surah Ali ‘Imran: 130)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T dan tinggalkanlah saki-baki riba (yang belum diambil) jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak berbuat demikian (meninggalkan saki baki riba) maka ketahuilah bahawa Allah S.W.T dan Rasulnya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (daripada mengambil riba) maka bagi kamu modal kamu, kamu tidak

menganiaya dan tidak pula dianiayai”.

(Surah al-Baqarah: 278-279)

Terdapat hadith mengenai larangan terhadap riba sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a yang bermaksud:

Bahawa Rasulullah S.A.W melaknat pengambil dan pemberi riba, penulis yang mencatat transaksi riba dan saksi-saksi kedua-duanya dan Rasulullah S.A.W mengatakan mereka semua adalah sama. (Muslim, 1981, p. 26).

Berdasarkan dalil terhadap larangan riba. Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (2006, p. 206) telah memutuskan bahawa elemen riba menyebabkan sesuatu sekuriti menjadi tidak patuh Syariah.Oleh yang demikian, larangan terhadap riba turut menjadi satu elemen ketidakpatuhan Syariah dalam industri Takaful.

3.2 Gharar

(4)

Berikut adalah antara dalil daripada Al-Qur’andan Al-Hadith tentang keperluan mengelakkan

gharar yangmenjadi punca perselisihan dalam kontrak muamalat:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan cara yang dilarang, sebaliknya berurusniagalah antara kamu dengan saling redha meredhai…”

(Surah Al-Nisa’: 29)

“Celakalah bagi mereka yang terlibat dengan penipuan, mereka yang ingin ketepatan

semasa orang lain menimbang bagi mereka tetapi mengurangkan timbangan apabila

menimbang untuk orang lain.”

(Surah Al-Mutaffifin: 1-3)

Seterusnya, antara dalil daripada Hadith ialah:

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah jual beli secara melontar anak batu dan jual beli gharar. (Muslim, 1981, p. 155).

Berdasarkan hadith ini, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (2006, p. 111) menyatakan bahawa elemen gharar adalah tidak patuh Syariah dan ini bermaksud elemen

gharar dalam industri takaful adalah elemen ketidakpatuhan Syariah.

3.3 Perjudian

Perjudian bermaksud apa jua aktiviti yang melibatkan pertaruhan di mana pihak yang menang akan mengambil semua pertaruhan dan pihak yang kalah akan kehilangan pertaruhannya. Berikut adalah antara dalil larangan terhadap elemen perjudian:

Maksudnya:“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,

(Surah Al-Baqarah: 219)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, menilik nasib adalah perbuatan keji yang termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah tersebut agar kamu mendapat kemenangan.Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah S.W.T dan sembahyang; maka berhentilah kamu.”

(Surah al-Maidah: 90-91)

(5)

Elemen-elemen riba, gharar dan perjudian merupakan elemen-elemen ketidakpatuhan Syariah yang agak kompleks. Penilaian elemen ketidakpatuhan Syariah meliputi setiap operasi SPT sama ada secara teoretikal mahupun praktik sebenar dalam operasi SPT. Namun, operasi industri takaful yang kompleks menyebabkan elemen ketidakpatuhan Syariah menjadi lebih meluas dan teknikal, bukan sahaja sekadar elemen riba, gharar dan perjudian semata-mata. Penilaian elemen-elemen lainyang membawa kepada risiko ketidakpatuhan Syariah sentiasa berubah dari masa ke semasa.Keadaan ini memerlukan kepakaran Jawatankuasa Syariah dalam menguruskan risiko ketidakpatuhan Syariah.

4. RISIKO KETIDAKPATUHAN SYARIAH

Risiko Ketidakpatuhan Syariah ialah risiko operasi institusi kewangan Islam yang disebabkan oleh elemen-elemen ketidakpatuhan Syariah atau elemen-elemen lain yang berkaitan. Risiko ini akan menyebabkan pendapatan atau keuntungan SPT tidak diiktiraf oleh Syariah dan menyebabkan SPT menanggung kerugian (Frenz & Soulhi, 2010). Menurut Shaikh dan Jalbani (2009), risiko ketidakpatuhan Syariah merupakan risiko yang berkaitan dengan struktur dan fungsi Jawatankuasa Syariah Institusi Kewangan Islam.Secara umumnya, impak maksimum risiko ketidakpatuhan Syariah masih belum berlaku secara langsung dalam industri takaful di Malaysia. Walaubagaimanapun, keperluan terhadap pematuhan Syariah yang merupakan keunikkan dalam institusi kewangan Islam menyebabkan industri takaful turut terdedah kepada risiko ketidakpatuhan Syariah.

Pematuhan Syariah merupakan proses yang menyeluruh secara berterusan. SPT perlu memastikan pematuhan Syariahsentiasa dipraktikkan di dalam semua aspek termasuklah model takaful, produk takaful, pelaburan, akad perjanjian, pemasaran, perkongsian lebihan dan struktur yuran. Ketidakpatuhan syariah akan memberi risiko yang membawa kepada kerugian (Ahmaed, 2010). Terdapat kes-kes berkaitan risiko ketidakpatuhan Syariah yang berlaku dalam industri kewangan Islam seperti sukuk 2008, pertikaian kontrak BBA dan The Investment Dar (Frenz & Soulhi, 2010).

Risiko ketidakpatuhan Syariah turut berlaku dalam pembangunan produk kewangan Islam yang melibatkan isu-isu seperti penstrukturan produk-produk yang tidak memenuhi prinsip pematuhan Syariah, kelemahan melaksanakan produk kewangan Islam di pasaran dan salah faham oleh pihak yang terlibat dalam keseluruhan proses daripada permulaan pembentukkan produk sehingga pelaksanaankajian semula produk dalam pasaran. Risiko ketidakpatuhan Syariah turut didapati dalam 3 aspek iaitu (1) proses yang tidak mematuhi Syariah, (2) produk yang tidak mematuhi Syariah dan (3) ketidakpatuhan Syariah dalam dokumentasi kontrak (Ibrahim, 2009).

4.1 Potensi Risiko Ketidakpatuhan Syariah Dalam Industri Takaful

(6)

Seterusnya, kajian oleh Htay, Jawahir dan Salman (2013) menjelaskan bahawa terdapat kekurangan pengetahuan aspek penarafan risiko dan pengunderaitan di kalanganpakar Syariah dalam industri takaful. Dapatan kajian ini mendapati hanya 2 daripada 5 responden yang ditemubual mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai penarafan risiko dan pengunderaitan. Kajian Htay, Jawahir dan Salman (2013) menimbulkan persoalan tentang sejauh mana kemampuan kepakaran Syariah memutuskan status patuh Syariah dalam penarafan risiko dan pengunderaitan.

Daud (2009) berpendapat bahawa terdapat isu pematuhan Syariah dalam proses pengunderaitan dalam SPT. Salah satu yang menjadi amalan SPT untuk proses pengunderitan ialah ujian kesihatan yang dilihat tidak selari dengan prinsip ta’awun atau saling bantu-membantu. Daud (2009) menyatakan praktik pengunderaitan yang dilakukan oleh SPT diambil dan diadaptasi daripada praktik insurans konvensional yang menyebabkan persoalan ketidakadilan dalam insurans konvensional turut timbul dalam kontrak takaful.Ini mempunyai pertentangan dengan kontrak takaful yang menekankan kepada aspek kesaksamaan dan keadilan.

Abu Kasim (2012) mengkaji aspek pendedahan pematuhan Syariah dalam industri takaful di Malaysia dan dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penjelasan laporan pendedahan Syariah adalah terlalu umum dan tidak jelas serta hanya sekadar memenuhi kehendak Bank Negara Malaysia semata-mata. Ahmad dan Md Hashim (2011) pula menjelaskan terdapat kekurangan kajian dan penjelasan mengenai risiko yang diterima dalam industri takaful yang memerlukan aspek pematuhan Syariah.Mohd Noor (2009) membincangkan penilaian semula beberapa aspek pematuhan Syariah mengenai pelaburan berkaitan takaful yang perlu dipertimbangkan. Potensi risiko ketidakpatuhan Syariah turutdidapati dalam perbezaan praktis dalam industri takaful contohnyaAb Rahman, Wan Ahmad,MohamaddanMuhamad (2012)menyatakan bahawa bahawa penerima hibah atau keluarga peserta yang membunuh diri layak untuk menerima hibah kontrak takaful dan ini bertepatan dengan pembuktian melalui Al-Quran. Bagaimanapun, terdapat produk takaful sepertimana produk HLMT i-Save, HLMT i-Grad, HLMT i-Ihsan, HLMT i-Cash dan HLMT i-Invest yang menolak praktis pembayaran hibah terhadap peserta yang membunuh diri (Hong Leong MSIG Takaful, 2013). Haron dan Taylor (2009) turut menjelaskan bahawa pandangan seorang sarjana mungkin berbeza dengan sarjana lain dan ini akan mendedahkannya terhadap risiko ketidakpatuhan Syariah.

Kajian-kajian di atas menunjukkan terdapat potensi berlaku risiko ketidakpatuhan Syariah dalam industri takaful di Malaysia.Walaupun masih belum berlakukejadian risiko ketidakpatuhan Syariah yang memberikan impak risiko yang besar contohnya menyebabkan penutupan syarikat atau penarikan lesen perniagaan institusi kewangan Islam dan lain-lain.Setiap pengamal dalam industri takaful perlu mempunyai sikap berhati-hati (awareness)

terhadap risiko ketidakpatuhan Syariah yang telah melanda institusi kewangan Islam yang lain seperti sukuk 2008, pertikaian kontrak BBA dan The Investment Dar (Frenz & Soulhi, 2010).

5. JAWATANKUASA SYARIAH DALAM INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

(7)

untuk memastikan bahawa kewangan Islam mematuhi prinsip dan perundangan Syariah. Seksyen 51 Akta Bank Negara 2009 pula menyatakan, Jawatankuasa Syariah hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi menentukan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam. Hammad (2006) pula mendefinisikan Jawatankuasa Syariah sebagai Jawatankuasa yang menjaga dan memastikan keseluruhan aktiviti sesebuah institusi kewangan beroperasi berdasarkan pematuhan Syariah sama ada dalam muamalat, perkhidmatan yang diberikan dan transaksi dengan institusi kewangan lain untuk mendapatkan keuntungan dan pelaburan.

5.1 Peranan Utama Jawatankuasa Syariah Dalam Menguruskan Risiko Ketidakpatuhan Syariah

Setiap operasi institusi kewangan Islam mestilah berdasarkan kepada prinsip Syariah. Jawatankuasa Syariah mempunyai peranan yang khusus untuk memastikan dan memantau institusi kewangan Islam. Peranan utama Jawatankuasa Syariah adalah tertumpu kepada perkara-perkara berikut (Hasan, 2006):

1. Untuk menasihati institusi kewangan Islam berkaitan pematuhan Syariah termasuk konsep, struktur dan perkhidmatan produk kewangan Islam yang baru atau sedia ada,

2. Untuk memastikan setiap dokumen yang digunakan oleh institusi kewangan Islam bertepatan dengan keperluan Syariah,

3. Untuk membantu pihak berkaitan yang memerlukan pandangan berkaitan Syariah sama ada bergantung kepada permintaan atau apa sahaja yang dirujuk kepada Jawatankuasa Syariah,

4. Untuk menasihati institusi kewangan Islam berkaitan operasi urusniaga bertujuan memastikan setiap urusniaga mematuhi Syariah,

5. Tugasan lain-lain secara umum.

Peranan Jawatankuasa Syariah mempunyai perspektif yang lebih luas sepertimana Hassan dan Chaowdhury (2004) yang memberi pandangan yang lebih terperinci iaitu Jawatankuasa memainkan peranan yang sangat pentingdalam pelbagai dimensi yang berkaitan antaranya hubungan antara bank dan pelanggan, bank dan pendeposit, bank dan pemegang saham dan pengurusan.Tanggungjawab Jawatankuasa Syariah dilihat sebagai suatu bentuk jaminan dan sokongan bahawa wang yang dilaburkan dalam institusi kewangan Islam digunakan dengan sewajarnya dengan mematuhi perundangan Syariah dan menghapuskan elemen-elemen haram. (Van & Zamir, 2008).

(8)

6. KEPAKARAN JAWATANKUASA SYARIAH SPT DI MALAYSIA

Setiap ahli Jawatankuasa Syariah sepatutnya perlu menguasai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam bidang Syariah iaitu fiqh dan usul al-fiqh atau transaksi dalam perundangan Islam iatu (fiqh al-mu’amalat).Walaubagaimanapun, BNM (2003) tidak mewajibkan bukti sijil secara bertulis untuk melantik ahli Jawatankuasa Syariah.Merekahanya memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam bidang fiqh dan usul al-fiqh atau fiqh

al-mu’amalat untuk menjadi sebahagian daripada ahli Jawatankuasa Syariah.

Dalam realiti semasa, kebanyakan ahli Jawatankuasa Syariah mempunyai dua atau lebih bidang kepakaran. Kebanyakan ahli Jawatankuasa Syariah mempunyai kepakaran asas sama ada dalam bidang Syariah (usul al-fiqh) atau transaksi dalam perundangan Islam (fiqh

al-mu’amalat) atau kedua-duanya. Seterusnya, kebanyakan ahli Jawatankuasa Syariah mempunyai kepelbagaian latarbelakang pendidikan secara bertulis di peringkat Doktor Falsafah, Sarjana dan sekurang-kurang Sarjana Muda dalam bidang fiqh dan usul fiqh atau

fiqh muamalat atau kewangan Islam atau melibatkan bidang-bidang lain antaranya ekonomi Islam, tadbir urus institusi kewangan Islam, analisis pengurusan risiko kewangan Islam, perakaunan Islam, etika urusniaga Islam, tanggungjawab sosial korporat Islam, perundangan sivil, perundangan perbandingan, pasaran modal Islam dan bidang-bidang dalam pengajian Islam.

Jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Syariah SPT di Malaysia ialah sebanyak 62 ahli iaitu 5 ahli bagi setiap 11 SPT dan 1 SPT mempunyai 7 ahli. Jadual 1 menunjukkan jumlah ahli Jawatankuasa SPT bagi setiap bidang kepakaran berkaitan dalam industri takaful di Malaysia(BNM, 2013a):

Jadual 1: Jumlah Kepakaran Jawatankuasa Syariah SPT Mengikut Bidang.

Bil Berdasarkan bidang pengajian dan kajian-kajian lepas Jumlah kepakaran ahli. (Bilangan kepakaran daripada jumlah keseluruhan ahli)

1. Fiqh dan usul fiqh 54 daripada 62 ahli

2. Transaksi dalam perundangan Islam (fiqh al-muamalat) 56 daripada 62 ahli 3. Perbankan, Takaful dan Kewangan Islam 45 daripada 62 ahli 4. Perundangan Perbandingan 10 daripada 62 ahli

5. Ekonomi Islam 13 daripada 62 ahli

6. Tadbir Urus Kewangan Islam 2 daripada 62 ahli 7. Perakaunan dalam Kewangan Islam 2 daripada 62 ahli 8. Pengurusan Risiko Kewangan Islam 3 daripada 62 ahli 9. Etika Urusniaga Islam 2 daripada 62 ahli 10. Tanggungjawab Sosial Korporat 2 daripada 62 ahli

11. Pasaran Modal Islam 10 daripada 62 ahli

12 Bidang lain dalam pengajian Islam seperti Usuluddin, Tafsir, Hadith dan lain-lain

2 daripada 62 ahli

(9)

Tanggungjawab Sosial Korporat, Pasaran Modal Islam dan Bidang lain dalam pengajian Islam seperti Usuluddin, Tafsir, Hadith serta lain-lain.

Dapatan ini juga menunjukkan kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah dalam pengurusan risiko agak minimum iaitu 2 daripada 62 orang ahli.Walaubagaimanapun, ini bukanlah kekangan terhadap Jawatankuasa Syariah untuk menguruskan risiko ketidakpatuhan Syariah.Ini kerana setiap SPT mempunyai Jabatan Pengurusan Risiko di peringkat dalaman untuk menguruskan isu berkaitan pengurusan risiko termasuk risiko ketidakpatuhan Syariah.Ini bersesuaian dengan bidang keutamaan SPTiaitu dalam menilai tahap dan profil risiko setiap peserta sebelum menyertai kontrak takaful. BNM (2011) turut menunjukkan Bahagian Kawalan Pengurusan Risiko Syariah atau Shariah Risk Management Control Function akan melalui proses membawa hasil keputusan kepada Jawatankuasa pengurusan risiko dalam proses tadbir urus Syariah untuk mengukuhkan aspek pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah bagi SPT.

Rajah 1: Carta fungsi pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah.

Sumber: BNM (2011) 7. CADANGAN DAN KESIMPULAN

Dalam aspek kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah, peranan utama Jawatankuasa Syariah adalah untuk memastikan operasi SPT patuh Syariah.Dalam situasi keadaan pasaran kewangan Islam yang terbuka dan mencabar, kepakaran Jawatankuasa Syariah dalam bidang

fiqh dan usul fiqhataufiqh muamalat adalah satu kemestian bagi memenuhi keperluan pasaran produk kewangan patuh Syariah. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar SPT memberi penekanan terhadap keperluan kepakaran fiqh dan usul fiqh dalam ahli Jawatankuasa Syariah bagi menghadapi persoalan, isu, pertikaian yang timbul dalam pasaran kewangan Islam berkaitan pematuhan Syariah. Ini kerana aspek pematuhan Syariah merupakan permintaan utama khususnya oleh pasaran umat Islam.Pematuhan Syariah merupakan suatu keunikkan dalam kewangan Islam yang membezakannya dengan kewangan konvensional. Oleh itu, kepakaran fiqh dan usul fiqh dalam ahli Jawatankuasa Syariah adalah satu kemestian. Manakala, kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah dalam bidang-bidang lain seperti analisis pengurusan risiko kewangan Islam, ekonomi Islam, tadbir urus institusi kewangan Islam, perakaunan Islam, etika urusniaga Islam, tanggungjawab sosial korporat Islam, perundangan perbandingan, pasaran modal Islam dan bidang-bidang dalam pengajian Islam adalah merupakan nilai tambah dalam kepakaran kepada industi takaful untuk bersaing dengan produk konvensional yang ada di pasaran. Selain itu, kepakaran Jawatankuasa Syariah dalam aspek pengurusan risiko juga merupakan nilai tambah kepada kepakaran Jawatankuasa

Jawatankuasa Pengurusan Risiko

Lembaga Pengarah

Jawatankuasa Syariah

Bahagian Kawalan Pengurusan Risiko Syariah

(10)

Syariah tetapi ia masih memerlukan sokongan daripada kepakaran khusus dalam bidang pengurusan risiko.

Nota

1. Sila rujuk laman sesawang rasmi setiap SPT di Malaysia untuk mendapatkan rujukan profil ahli Jawatankuasa Syariah.

2. Bidang kepakaran adalah penilaian penulis berdasarkan bidang pendidikan dan kajian-kajian oleh ahli-ahli Jawatankuasa Syariah SPT yang boleh didapati melalui laman sesawang sehingga 1 Februari 2014. Tidak dinafikan terdapat ralat dalam menilai kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah. Kebanyakkan ahli mempunyai 2 atau lebih bidang kepakaran berdasarkan latar belakang pengajian dan kajian-kajian ahli Jawatankuasa Syariah.

3. Istilah lain Jawatankuasa Syariah adalah Badan Penasihat Syariahdigunapakai oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

4. Isu Sukuk 2008 berdasarkan isu penghujung tahun 2007, sarjana Syariah berkaitan menyatakan sebanyak 85% terbitan sukuk berdasarkan perjanjian pembelian balik yang tidak mematuhi syariah. Kesannya pada 2008, penerbitan sukuk mengalami kejatuhan. Syarikat terlibat dalam isu sukuk turut mengambil tindakan memberhentikan operasi mereka tapi tidak mendedahkan sebab-sebab tertentu. Reuter juga melaporkan bahawa kebanyakkan kakitangan telah berpindah ke Khalij Islamic iaitu sebuah lagi badan penasihat dan pelaburan yang berada di London dan Dubai (Davies, 2013).

5. BBA dikenali sebagai Bay’ Bithaman Ajil. Terdapat pertikaian mengenai status kontrak menggunakan BBA sehingga perbicaraan mahkamah. Sila rujuk (Markom, 2011).

6. The Investment Dar (TID) ialah kes berkaitan perjanjian Master Wakala antara TID dan Blom yang bermula pada Oktober 2007. Blom bersetuju membuat pelaburan dengan TID dengan anggaran Dolar US100 juta berdasarkan pematuhan syariah. TID membuat perjanjian untuk menjelaskan jumlah modal beserta jumlah keuntungan yang telah dipersetujui. Walaubagaimanapun, TID gagal untuk memenuhi perjanjian dan kemudiannya menyatakan ketidakpatuhan Syariah dalam kontrak Master Wakala yang menyebabkan Blom membawa isu tersebut ke mahkamah Inggeris (Hawladar, 2010).

RUJUKAN

Ab Rahman,A., Wan Ahmad,W. M., Mohamad,S., & Muhamad. R.(2012) . Insurability and Suicide: Shariah Issues in Underwriting. Procedia Social and Behavioural Sciences, 65,

593-601.

(11)

Ahcene, L. (2010) .Introduction to Fatwa, Syariah Supervision & Governance in Islamic Finance. Kuala Lumpur: CERT Publication.

Ahmad, M. A. J., & Md Hashim,A. (2011) . The Parameter of Permissible Risks in Takaful.

ISRA International Journal of Islamic Finance, 3(2), 159-160.

Ahmaed, P. (2010) . Risk Management in Takaful: What Makes the Difference?. Fifth Annual World Takaful Coference, Dusit Thani Dubai UAE.

Al-Tabari, Ibnu Jarir. (1995) .Jami’ al-Bayan. Beirut: Dar al-Fikr.

Bank Negara Malaysia (2009, September 3). Central Bank of Malaysia Act 2009, Act 701. Retrieved from http://www.bnm.gov.my/documents/act/cba2009_01.pdf.

Bank Negara Malaysia. (2003) .Guidelines on the Governance of Shariah CommitteeBNM/RH/GL/005-6. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia. (2011) .Shariah Governance Framework for Islamic Financial InstitutionsBNM/RH/GL_012_3. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia.(2012). List of Licensed Insurance Company and Takaful Operator in

Malaysia. Retrieved from

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=li&cat=insurance&type=TKF&lang=en.

Bank Negara Malaysia (2013a). List of Shariah Committee approved by SAC.Retrieved from http://www.bnm.gov.my/?ch=7&pg=1039&ac=346&bb=file1

Bank Negara Malaysia(2013b). Malaysia: World’s Islamic Finance Marketplace.Retrieved fromhttp://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press_all&ac=2855.

Bryman. A.(2008) .Social Research Methods (3rd ed). Oxford: Oxford University Press.

Daud, R. (September 2009) .Underwriting Family Takaful Scheme. ICMIF: ICMIF Takaful.

Davies, A. (2013).One Of The Most High-Profile Advisory Firms In Islamic Finance, Dar Al Istithmar, Which Advised Goldman Sachs On A Controversial $2 Billion Sukuk Programme, Has Closed Down With Most Of Its Staff Moving To Another Company, Reuters. Retrieved fromhttp://www.reuters.com/article/2013/01/29/islamic-finance-daridUSL5N0AYD5C20130129

Fraser, J. R.S. (2010) .How to Prepare a Risk Profile. In Fraser, J. & Simkins, B.J. (eds.),Enterprise Risk Management: Today’s Leading Research and Best Practices (pp. 171-188) . New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.

Frenz, T., & Soulhi, Y.(2010) .Takaful and Retakaful: Advanced Principles & Practices, 2nd Ed. Kuala Lumpur: IBFIM & Munich Re.

(12)

Haron, A. & Taylor, D. (2009) .Risk Management in Takaful. In Simon Acher, Rifaat Ahmed Abdel Karim & Volker Nienhausn (Eds.), Takaful Islamic Insurance: Concepts and Regulatory Issues (pp. 189-190). Singapore: John Wiley & Sons (Asia) Pte. Ltd.

Hasan, Z.(2006) .The Roles and Responsibilities of the Shariah Committee of the Islamic Financial Institution in Malaysia. Shariah Journal, 14(1), 77-91.

Hassan M.K & Chowdhury M.A.M. (2004).Islamic Banking Regulations in Light of Basel II. Proceedings of the Fifth Harvard Research Forum on Islamic Finance, Harvard University: Boston.

Hassan, H.A. @ A.(2008) . Akta Takaful 1984: Satu Analisisa. InAsmak Ab Rahman et al., (eds.),Sistem Takaful di Malaysia: Isu-Isu Komtemporari(pp. 103-117) Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hawladar, K. (10 May 2010) .Shariah Risk: Understanding Recent Compliance Issues in Islamic Finance. Structured Finance. Moody’s Investor Services, 3-5.

Hong Leong MSIG Takaful.(2013) . HLMT i-Save, HLMT Grad, HLMT Ihsan, HLMT

i-Cash and HLMT i-Invest. Retrieved

fromhttp://www.hlmsigtakaful.com.my/takaful/btkisav3.htm.

Htay, S. N. N., Jawahir,M. K., & Salman.S. A.(2013) .Shariah Scholar’s Viewpoints on the

Practice of Underwriting and Risk Rating for Individual Participants in Family Takaful.Asian Social Science, 9(9), 280-286.

Ibn Manzur. (1994) .Lisan al-‘Arab.Vol. 14. Dar Sadir: Beirut.

Ibrahim,M. (2009) .Managing Shariah Risk through Shariah Governance. Keynote Address, A Joint Conference between International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) together with Institute of Islamic Banking and Insurance London (IIBI) and Thomson Reuters.

Islamic Financial Services Board (IFSB). (2005) .Guiding Principles Of Risk Management For Institutions (Other Than Insurance Institutions) Offering Only Islamic Financial Services. Kuala Lumpur: IFSB.

Islamic Financial Services Board (IFSB). (2013) .Standard On Risk ManagementFor Takāful (Islamic Insurance) Undertakings. Kuala Lumpur: IFSB.

Markom.R., Pitchay.S. A., Zainol. Z. A., Rahim,A. A., & Merican, R. M. A. R. (2011) .Adjuction of Islamic Banking and Finance Cases in the Civil Courts of Malaysia.European Journal of Law and Economics, 1-34.

Mohd Noor,A.(2009) . A Shari’ah Compliance Review on Investment Linked Takaful in

Malaysia.Islamic Economic Studies, 17(1), 1-20.

Muslim, Ibn Hajjaj al-Qusayri.(1981) .Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi.11. Mesir:

(13)

Sabitha Marican. (2009) .Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik (2nd Ed). Batu Caves, Selangor: EduSystem Sdn Bhd.

Shaikh,S. A.&Jalbani,A. A.(2009) . Risk Management in Islamic and Conventional Bank: A Differential Analysis. Journal of Independent Studies and Research, 7(2), 67-77.

Suruhanjaya Sekuriti. (2006). Keputusan Majlis Penasihat Syariah (2nd ed.) . Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.

Takaful Malaysia Berhad. (1984) Laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam Di Malaysia: Penubuhan Syarikat Takaful. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Referensi

Dokumen terkait

Saya senang jika dapat mengerjakan tugas dengan cara yang berbeda dari teman

Abstract: The Development of Computer Based Simulation Program On Learning Wave And Optics Subject to Enhance Concept Understanding of Physics Teacher Candidates.

1) Variabel independen Return On Assets (ROA), Net Profit Margin (NPM), Debt to Equity Ratio (DER) dan Price to Book Value (PBV) secara simultan berpengaruh signifikan

Dengan cara demikian, setiap manusia akan dapat mengambil hikmahnya untuk menikmati kebahagiaan yang telah terjalin berkelindan satu sama lain di dalam kebersamaan, dan

maka pemberian makanan alternatif pada predator harus sesuai dengan grafik kendali optimal seperti yang bditunjukkan pada Gambar3. Awalnya jumlah

Perubahan warna kulit bu- ah tomat dan penampang melintang buah to- mat dapat dilihat pada Gambar 1 dan 2, yang menunjukkan bahwa selama proses pematang- an buah tomat

Untuk setiap kajian atau kompetensi yang diharapkan, dosen akan memberikan beberapa paper yang berkaitan dengan kajian atau kompetensi tersebut.. UTS tidak diselenggarakan,

Penelitian ini menggabungkan pendekatan ACO dalam deteksi tepi dengan teori Neutrosophy, suatu cabang dari teori filosofi, yang telah banyak digunakan dalam