• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mal Mutaqawwim Menurut Perundangan Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Mal Mutaqawwim Menurut Perundangan Islam"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

430

MAL MUTAQAWWIM

MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN

IMPLIKASINYA DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Mohd Asyadi Redzuan & Mohd Zaki Razaly

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Johor mohda131@johor.uitm.edu.my & moham694@johor.uitm.edu.my

ABSTRAK

Allah SWT menjadikan setiap sesuatu di atas muka bumi ini untuk dimanfaatkan oleh manusia dengan sebaik-baiknya. Kajian ini akan membincangkan pandangan para fuqaha’ daripada empat mazhab yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali berkaitan konsep harta bernilai (Mal Mutaqawwim) menerusi perbahasan mereka di dalam kitab-kitab warisan mereka yang terulung. Kajian ini juga akan menggariskan kepentingan konsep ini terhadap kehidupan manusia terutamanya di dalam aktiviti muamalat. Konsep harta bernilai ini menjadi salah satu daripada dasar utama bagi menentukan hukum terhadap transaksi yang melibatkan harta sama ada di dalam urusan jual beli, zakat, kes jenayah mahu pun pemberian mahar di dalam perkahwinan. Apabila harta yang didagangkan tidak memenuhi syarat mutaqawwam, maka implikasinya membawa kepada pembatalan sesuatu kontrak. Justeru, amat penting untuk menentukan parameter bagi harta yang boleh dikategorikan sebagai mal mutaqawwim, agar segala bentuk urusan yang melibatkan harta mematuhi piawaian yang ditetapkan syarak.

Pendahuluan

Harta merupakan anugerah serta amanah daripada Allah SWT kepada manusia untuk diuruskan dan ditadbir dengan baik demi mencapai kesejahteraan hidup duniawi dan ukhrawi. Allah SWT telah menjadikan segala ciptaanNya di atas muka bumi ini untuk keperluan dan kesejahteraan hamba-hambaNya. Firman Allah SWT dalam al-Quran:

Maksudnya: Dialah yang telah menjadikan segala apa yang ada di bumi ini untuk kamu.

(al-Baqarah: 29)

Allah SWT telah memberi keizinan kepada manusia untuk menggunakan segala hasil bumi dan ciptaanNya demi kesejahteraan hidup mereka. Untuk mencapai matlamat tersebut, syariat Islam telah mengiktiraf pemilikan terhadap harta oleh manusia. Syariat Islam telah mengharuskan jual beli serta pelbagai jenis kontrak muamalat yang lain bukan hanya untuk memenuhi keperluan manusia, malah mengiktiraf kehendak manusia untuk mengumpul harta kekayaan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Syariat Islam juga telah menetapkan hanya harta-harta tertentu sahaja yang boleh dimiliki dan digunakan dalam kehidupan seharian. Firman Allah SWT yang bermaksud:

(2)

431

dan janganlah engkau melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan”. (al-Qassas: 77)

Salah satu ciri-ciri harta yang dibincangkan oleh para fuqaha‟ ialah sifat taqawwum (موقتلا) iaitu kewujudan sifat nilai pada sesuatu harta. Walaubagaimanapun dalam hal ini mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Justeru penulisan ini bertujuan untuk membincangkan konsep harta mutaqawwim (موقتم لام) iaitu harta yang mempunyai nilai dalam konteks perundangan Islam. Perbahasan dalam penulisan ini dimulakan dengan mengemukakan definisi harta oleh para fuqaha, diikuti dengan konsep taqawwum, kemudian perbincangan dilanjutkan kepada kepentingan serta implikasinya terhadap kehidupan manusia dari aspek perundangan Islam khususnya yang berkaitan dengan harta.

Definisi Harta

a) Dari Sudut Bahasa

Perkataan al-mal ( لاملا ) berasal daripada tiga huruf bahasa Arab iaitu huruf mim, wau dan lam.

Al-Mal merupakan satu istilah yang diketahui umum yang merujuk kepada pemilikan manusia terhadap sesuatu (Ibnu Manzur, 1999). Ibn Athir menyatakan mal pada asalnya merujuk kepada emas dan perak. Kemudian istilah ini digunapakai untuk benda-benda lain yang disimpan atau dimiliki. Dalam percakapan Arab, perkataan ini banyak digunakan dengan merujuk kepada unta atau binatang ternakan kerana pada ketika itu unta dan haiwan ternakan merupakan harta terpenting atau paling terbesar dimiliki oleh masyarakat Arab (Ibnu Manzur, 1999 & as-Syarbashi, 1981).

Al-Mal juga dikatakan digunakan pada peringkat awalnya dengan merujuk kepada tanah atau bumi kerana ia merupakan harta pertama yang dimiliki oleh manusia. Ini kerana manusia memperoleh serta menikmati rezeki dengan bercucuk tanam, menternak serta mengutip hasil-hasil bumi yang lain. Perkataan ini juga turut terpakai kepada hamba (az-Zuhaili, 1985 & as-Syarbashi, 1981). Menurut Kamus al-Munjid pula, harta bererti sesuatu yang dimiliki dan dipakai oleh orang-orang Badwi kepada haiwan ternakan seperti kambing biri-biri dan unta sama ada jantan ataupun betina (Kamus al-Munjid, 1975).

b) Dari Sudut Istilah

Para fuqaha‟ telah memberikan pelbagai takrifan yang berbeza mengenai mal atau harta. Menurut Ibn Abidin (1995), harta adalah sesuatu yang menjurus terhadap kecenderungan manusia secara

tabi‟i atau semulajadi serta boleh disimpan dan digunakan pada waktu yang dihajatkan. Imam

az-Zaila‟i yang merupakan pengarang kitab Tabyin al-Haqaiq pula mentakrifkan harta sebagai sesuatu yang pada kebiasaannya boleh diambil manfaat daripadanya dan boleh dikawal serta disimpan untuk digunakan pada waktu yang diperlukan (az-Zaila‟i, 1896 & as-Sarkhasi, ).

(3)

432

al-Quran‟ telah mendefinisikan harta sebagai sesuatu yang dimiliki oleh manusia dan dapat memberikankan manfaat kepada pemiliknya (Ibnu Arabi, 2003 & al-Qurtubi, 2002).

Fuqaha‟ Mazhab Syafi‟i pula berpendapat bahawa tidak dinamakan sesuatu itu sebagai mal

kecuali ia mempunyai nilai yang boleh dijual dengannya dan diganti apabila berlaku kerosakan padanya. Termasuk di dalam sesuatu yang dikategorikan sebagai mal itu walaupun sedikit dan tidak diabaikan oleh manusia seperti fils (duit syiling) dan yang seumpama dengannya (as-Syafi‟i, 2001 & as-Suyuti, 2001).

Manakala harta menurut Ibn Najjar al-Futuhi membawa maksud sesuatu yang harus dimanfaatkan secara mutlak iaitu pada bila-bila masa atau harus dihimpun dan diperolehi selain daripada waktu yang diperlukan (al-Buhuti, 2000). Pengarang kitab Iqna‟ pula mentakrifkan mal sebagai sesuatu yang ada manfaat padanya yang harus selain daripada manfaat hajat dan darurat (as-Syirbini, 1994 & al-Buhuti, 1997). Sebahagian fuqaha‟ Mazhab Maliki berpendapat bahawa sesuatu yang boleh dikelaskan sebagai mal adalah yang boleh digunakan oleh pemiliknya sahaja dan ia mestilah diperolehi dengan cara yang betul berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak (Ahmad Yusuf, 1990).

Justeru, berdasarkan definisi-definisi yang telah dinyatakan, al-mal dapat dikategorikan kepada dua pandangan utama:

Pandangan Pertama:

Pendapat pertama dipelopori oleh fuqaha‟ mazhab Hanafi. Berdasarkan takrifan yang dikemukakan oleh Ibn Abidin, fuqaha‟ Hanafi telah meletakkan beberapa kriteria yang perlu ada pada al-mal iaitu:

a) Boleh disimpan, dikawal atau dijaga untuk suatu tempoh tertentu yang mana ianya boleh digunakan apabila diperlukan. Sesuatu yang tidak boleh disimpan dan dipelihara seperti ilmu, kesihatan, kemuliaan, udara, haba matahari dan cahaya bulan tidak boleh disebut sebagai harta.

b) Sesuatu yang mempunyai manfaat serta boleh dimanfaatkan menurut uruf atau kebiasaan manusia. Setiap sesuatu yang tidak memberikan manfaat kepada manusia seperti daging bangkai dan nasi basi tidak boleh dikategorikan sebagai harta. Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak boleh dimanfaatkan seperti sebiji gandum atau setitis air, juga tidak boleh dinamakan sebagai harta kerana nilainya yang terlalu kecil serta tidak dapat dimanfaatkan oleh manusia menurut kebiasaannya (Ahmad Yusuf, 1990 & Zaidan, 1986).

(4)

433

Manfaat tidak dianggap sebagai harta menurut pendapat Mazhab Hanafi kerana ia tidak boleh disimpan, dipelihara serta tidak kekal. Ini disebabkan manfaat tidak mempunyai zat serta tidak dapat ditanggapi oleh penglihatan kasar manusia sepertimana harta fizikal atau ayn. Ini bertitik tolak daripada sifat harta yang bertunjangkan kepada kewujudan harta tersebut, sekiranya sesuatu itu tidak wujud pada zahirnya seperti manfaat, maka ia tidak menepati kriteria untuk dinamakan sebagai harta (Ala al-Din al-Bukhari, 1997 & az-Zaila‟i, 1896). Selain itu, kewujudan manfaat adalah disebabkan wujudnya zat. Nilainya juga bersandarkan kepada zat aynnya. Manakala nilai ayn terletak pada zatnya sendiri berbeza dengan manfaat yang mana nilainya bergantung kepada zat aynnya (Ala al-Din al-Bukhari, 1997). Berdasarkan hujah-hujah inilah fuqaha‟ mazhab Hanafi telah membezakan di antara ayn dan manfaat.

Walaupun begitu, manfaat akan bertukar statusnya menjadi harta setelah ia melalui proses aqad serta mampu untuk diserahkan, misalnya kontrak al-ijarah, atas dasar untuk menolak kemudharatan sekaligus memenuhi keperluan manusia (Az-Zaila‟i, 1896). Walaubagaimanapun

dalam konteks ini fuqaha‟ mazhab Hanafi berpendapat ketetapannya berdiri di atas asas wujudnya asset atau ayn, bukannya disebabkan manfaat itu sendiri. Manfaat apabila diiktibarkan sebagai harta mutaqawwim maka ianya adalah berlawanan dengan qiyas, justeru itu ia tidak boleh diqiyaskan dengan perkara yang lain (Ala al-Din al-Bukhari, 1997).

Jika dilihat dari sudut yang berbeza, takrifan di atas yang diberikan oleh fuqaha‟ mazhab Hanafi tidak menetapkan keizinan syarak sebagai asas pertimbangan dan piawaian dalam mengkategorikan sesuatu itu sebagai harta atau pun sebaliknya. Oleh itu, tidak ada halangan menurut mereka bagi sesuatu yang telah jelas pengharamannya seperti khamar (arak) dan khinzir untuk dianggap sebagai harta. Walaubagaimanapun, harta itu hanya boleh dimiliki oleh ahl zimmi (orang kafir yang tinggal di dalam Negara Islam dan mematuhi peraturan dan undang-undang Islam) sahaja tetapi tidak bagi orang Islam (Ibnu Abidin, 2003, al-Musolim t.t & Az-Zaila‟i, 1896).

Pandangan Kedua:

Pendapat kedua didokong oleh majoriti fuqaha‟ yang menegaskan mal merujuk kepada sesuatu yang bernilai, boleh diambil manfaat dan ianya terdiri daripada ayn dan manfaat (al-Qairawani, 1998, Ibnu Arabi, 2003, as-Syarbaini, 1997 & al-Buhuti, 2000). Ini jelas dapat dilihat daripada takrifan yang dikemukakan oleh Imam as-Syatibi dan Imam Syafie. Kewujudan sifat harta pada manfaat ini dapat dilihat melalui pandangan dan hujah Imam Syafie (Ala al-Din al-Bukhari, 1997):

a) Kewujudan maslahah disebabkan manfaat bukannya zat harta atau ayn. Pada hakikatnya, harta benda atau ayn diciptakan untuk kemaslahatan manusia. Maslahah hanya akan dapat direalisasikan sekiranya ayn tersebut mempunyai manfaat. Ini kerana maslahah itu wujud disebabkan manfaat yang ada pada harta tersebut bukannya zat harta tersebut.

(5)

434

c) Syarak memperakui manfaat sebagai harta yang tersendiri. Ini dapat dilihat dalam banyak kes-kes membabitkan harta seperti sulh terhadap mahar serta wajib menggantikan barang yang telah rosak atau hilang.

Pengertian manfaat menurut para fuqaha‟ merujuk kepada faedah atau kegunaan yang terhasil daripada sesuatu benda atau barang seperti rumah yang boleh didiami atau kenderaan yang boleh dinaiki (Rahman Syafei, 2006). Adapun hak yang merupakan penguasaan seseorang terhadap sesuatu dikira sebagai harta sekiranya ia dikaitkan dengan harta, tetapi sebaliknya ke atas hak yang tidak berkenaan dengan harta seperti hak minum, hak melintas jalan dan hak penjagaan anak (Zaidan, 1986). Jika seseorang itu dihalang daripada menggunakan hak untuk tinggal di rumahnya, maka dia boleh menuntut ganti rugi berdasarkan hak tersebut yang berhubung dengan hartanya (Ahmad Ibrahim et al, 1991). Justeru, manfaat menepati dan memenuhi karakteristik untuk diklasifikasikan sebagai harta kerana ia mendatangkan maslahah serta kemudahan di dalam kehidupan manusia. Malah, manfaat merupakan objektif utama dalam suatu aktiviti ekonomi kerana harta-harta fizikal yang diperdagangkan di pasaran adalah bertujuan untuk mengambil serta menikmati manfaat yang terhasil daripada penggunaan harta-harta tersebut.

Selain daripada konsep mal yang lebih luas, jumhur fuqaha‟ mensyaratkan keizinan syarak sebagai pertimbangan utama dalam menentukan status sesuatu yang dinilai itu sebagai mal atau tidak. Oleh itu, pada pandangan jumhur fuqaha‟antaranya Imam Syafi‟i, Ibnu al-Thauri dan Ibnu Hazm, khamar dan khinzir tidak dianggap sebagai harta kerana ianya tidak dibenarkan oleh syarak walaupun ianya dimiliki oleh golongan bukan Islam (az-Zuhaili, 1985 & Muhammad Yusuf, 1952). Ini selaras dengan firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, infaqkan harta kamu daripada sumber yang baik (halal) daripada apa yang kamu usahakan dan daripada apa yang Kami (Allah) keluarkan untuk kamu daripada perut bumi…..”.

(al-Baqarah: 267)

Majoriti di kalangan mufassirun mentakwilkan perkataan „at-tayyibat‟ dalam ayat di atas sebagai sesuatu yang baik dan halal yang diusahakan daripada titik peluh seseorang (al-Qurtubi, 2002).

Imam Syafi‟i dan Imam Ahmad berpendapat bahawa sesuatu yang haram, apabila dinisbahkan

kepada orang bukan Islam, ia tidak boleh dikelaskan sebagai harta yang bernilai kerana orang bukan Islam yang tinggal dalam Negara Islam, maka apa yang dikenakan ke atas orang Islam akan dikenakan juga kepada orang bukan Islam (az-Zuhaili, 1985). Mazhab Hanafi pula berbeza

pendapat dengan jumhur fuqaha‟ kerana telah mengiktiraf sesuatu yang haram itu sebagai harta

jika ia dinisbahkan kepada orang bukan Islam. Namun, sebaliknya jika ia dinisbahkan kepada orang Islam. Fuqaha‟ mazhab Hanafi berhujah bahawa Islam memerintahkan umatnya untuk menghormati ahl zimmi bersama dengan apa yang dianutinya. Justeru, wajib ke atas kita untuk mengiktiraf harta yang dimiliki oleh orang bukan Islam (Fatimah Sulaiman, 1999).

Kesimpulannya, perbezaan pendapat tentang takrifan mal di antara fuqaha‟ Hanafi dengan jumhur fuqaha‟ dapat dilihat daripada dua aspek penting:

(6)

435

abstrak seperti manfaat tidak dikategorikan sebagai harta tetapi lebih cenderung untuk dinisbahkan kepada pemilikan.

b) Selain daripada dapat memberikan manfaat, jumhur fuqaha‟ meletakkan keizinan syarak merupakan piawaian utama dalam menentukan sesuatu itu sama ada harta atau pun tidak. Manakala bagi fuqaha‟ Hanafi pula, uruf masyarakat menjadi salah satu asas yang penting dalam menentukan status sesuatu itu sebagai harta.

Konsep Taqawwum Menurut Pandangan Fuqaha’

Perkataan taqawwum merupakan kata sandaran kepada taqawwama yang merujuk kepada perbuatan menilai sesuatu atau menjelaskan nilainya (Ibnu Manzur, 1999 & Mu‟jam al-Wasit, 2004). Taqawwum atau mutaqawwim mempunyai hubungan yang istimewa dengan al-mal. Al-mal yang mempunyai sifat taqawwum memberikan implikasi perundangan yang berbeza daripada mal yang tidak mempunyai sifat taqawwum. Dalam perbahasan fiqh, al-mal yang mempunyai sifat taqawwum diistilahkan sebagai mal mutaqawwim manakala mal yang tidak mempunyai sifat taqawwum dinamakan sebagai mal ghair mutaqawwim.

Fuqaha‟ Hanafi menjelaskan taqawwum merupakan ibarah an I’tidal al-ma’ani(Ala Din al-Bukhari, 1997). Mereka menjelaskan mal mutaqawwim ialah harta yang menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh mereka sebagaimana yang telah dibincangkan di atas iaitu boleh disimpan serta dimanfaatkan oleh manusia secara adatnya. Taqawwum sesuatu harta tersebut bersandarkan kepada kewujudan yang membolehkan sesuatu itu dapat dikawal atau disimpan (Ala Din al-Bukhari, 1997). Selain itu ianya juga hendaklah diharuskan oleh syarak. Keizinan syarak merupakan satu-satunya syarat dalam menentukan sesuatu mal itu mutaqawwim atau ghair mutaqawwim. Sekiranya ia tidak diharuskan oleh syarak maka ia tidak dikira sebagai mal mutaqawwim walaupun ia menepati semua kriteria harta sebagaimana yang telah dibincangkan di atas. Justeru, perkara yang membezakan di antara mal mutaqawwim dengan mal ghair mutaqawwim menurut fuqaha‟ Hanafi ialah pengiktiran syarak terhadap keharusan menggunakan harta tersebut. Hal ini dapat dilihat dengan jelas daripada kata-kata Ibn Abidin (1995) di dalam kitabnya Hasyiah Rad al-Mukhtar:

“Sifat kehartaan dapat disabitkan apabila ianya disimpan dan dipelihara oleh setiap manusia atau sebahagiannya, sifat taqawwum itu dapat disabitkan apabila adanya keizinan syarak untuk mengguna dan memanfaati harta tersebut, sesuatu yang harus di sisi syarak tetapi tidak dapat disimpan dan dipelihara maka ianya bukan harta misalnya sebutir gandum, dan sesuatu yang dapat disimpan dan dijaga tetapi ia tidak diharuskan di sisi syarak maka ia merupakan harta yang tidak mempunyai ciri mutaqawwim misalnya arak, sekiranya sesuatu itu tiada dua perkara tersebut maka ia bukanlah harta contohnya seperti darah”.

Daripada perbincangan di atas, dapat difahami sesuatu benda yang menepati kriteria harta tidak semestinya bersifat mutaqawwim. Ini bererti, mal lebih umum daripada mal mutaqawwim. Hal ini turut diulas dengan jelas oleh Ibn Abidin (1995) di dalam kitabnya yang sama:

(7)

436

minuman arak, akan tetapi mal mutaqawwim merujuk kepada sesuatu yang boleh

disimpan dengan keizinan daripada syarak”.

Maka dapat dirumuskan mal mutaqawwim menurut mazhab Hanafi merupakan harta yang boleh disimpan melalui perbuatan manusia serta boleh dimanfaatkan menurut pandangan syarak dan adat. Justeru, ikan di lautan dan burung di langit tidak boleh dikira sebagai mal mutaqawwim kerana ia belum dimiliki atau ditangkap oleh manusia. Begitu juga arak dan khinzir tidak dianggap sebagai mal mutaqawwim bagi orang Islam kerana syarak tidak membenarkan penggunaannya.

Bagi jumhur fuqaha‟ pula, konsep mal mutaqawwim adalah selari dengan konsep mal secara umum. Justeru itu, tidak timbul keperluan untuk membahagikan harta kepada mal mutaqawwim serta mal ghair mutaqawwim. Jumhur fuqaha‟ menjadikan keizinan syarak sebagai unsur penting dalam meletakkan sesuatu itu sebagai harta (Ibnu Arifah, 1993, Ibnu Arabi, 2003 & al-Qurtubi, 2002). Justeru itu, mal mutaqawwim menurut jumhur fuqaha‟ ialah harta yang dibenarkan oleh syarak untuk diambil manfaat serta mempunyai nilai pada uruf manusia. Ia merangkumi ayn dan manfaat. Oleh itu, sesuatu yang tidak menepati ciri-ciri ini maka ia tidak dianggap sebagai mal mutaqawwim contohnya seperti khamar dan khinzir. Menurut Muhammad Abu Zahrah (1976) pula, orang-orang Islam tidak boleh mengambil manfaat daripada khamar dan babi, apatah lagi untuk dijadikan sebaga hak milik. Harta jenis ini dikenali sebagai harta yang tidak ada nilai pada pandangan syarak (mal ghair mutaqawwim). Orang-orang Islam tidak boleh mengambil manfaatnya kecuali di dalam keadaan darurat. Juga termasuk di dalam kategori ini ialah setiap

sesuatu yang najis atau kotor, yang diistilahkan oleh syarak sebagai „najisun bi ‘ainihi‟ seperti

bangkai haiwan, makanan yang merosakkan kesihatan dan sebagainya. Orang-orang Islam ditegah untuk memilikinya dan ia dianggap tidak mempunyai nilai oleh syarak (Ahmad Ibrahim et al, 1991).

Daripada perbincangan di atas, parameter yang mungkin dapat diambil dalam mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai mal mutaqawwim atau sebaliknya dapat diringkaskan seperti berikut:

a) Diizinkan oleh syarak untuk dimiliki serta diambil manfaatnya – justeru benda-benda bernajis, memudaratkan manusia serta harta benda yang telah dinyatakan pengharamannya oleh nas maka ia tidak dianggap sebagai harta.

b) Sesuatu yang bernilai pada pandangan manusia – asas kepada nilai ini adalah dengan merujuk kepada uruf manusia.

c) Dimiliki secara sah – harta-harta mubah yang belum dimiliki seperti burung-burung berterbangan di udara, ikan di lautan serta segala hasil hutan tidak dianggap sebagai mal mutaqawwim. Sesuatu yang menepati kriteria mal akan menjadi mutaqawwim sekiranya ia berada dalam pemilikan manusia melalui cara perolehan yang dibenarkan oleh syarak. Individu yang memiliki harta ini mempunyai hak mutlak terhadap harta tersebut dari sudut penggunaan, pemberian dan sebagainya. Sebarang urusan berkaitan dengan harta tersebut perlulah mendapat keizinan daripada pemiliknya. Walaubagaimanapun, menurut fuqaha‟ Hanafi status ghair mutaqawwim tidak menafikan hak pemilikan sesesorang terhadap harta tersebut.

(8)

437

Mal mutaqawwim menjadi salah satu pertimbangan penting para fuqaha‟ dalam menentukan suatu hukum bagi kebanyakan perkara. Berikut merupakan antara contoh kepentingan konsep ini dari aspek perundangan Islam:

a) Aspek jual beli

Status sesuatu harta amat penting dalam menentukan kesahihan sesuatu urusan jual beli. Harta yang bernilai sah dilakukan semua jenis kontrak ke atasnya seperti kontrak jual beli, sewa, hibah, pinjaman, wasiat, syarikat dan sebagainya. Shariah telah mensyaratkan mutaqawwim ke atas barang pertukaran atau dagangan dalam kontrak jual beli. Sekiranya harta yang didagangkan itu tidak menepati syarat mutaqawwim, kontrak tersebut akan terbatal secara sendirinya. Namun bagi fuqaha mazhab Hanafi, sekiranya bayaran atau tukaran yang diberikan terhadap pembelian sesuatu barang tersebut tidak memenuhi syarat mal mutaqawwim, kontrak tersebut akan menjadi fasid. Ini kerana mabi’ (barang yang dijual) merupakan syarat in‟iqad (termetrinya kontrak) manakala thaman (harga) merupakan syarat sihhah kerana ia hanya perantaraan yang tidak dimaksudkan zatnya (az-Zuhaili, 1985). Ini dapat dilihat dalam kata-kata Ibn Abidin (1995):

“thaman bukanlah matlamat (dalam suatu kontrak) tetapi ia merupakan wasilah untuk mencapai matlamat (iaitu untuk mendapat manfaat), ini kerana manfaat itu diperoleh daripada zat bukannya thaman, oleh itu disyaratkan perlu wujudnya barang yang dijual berbanding thaman, maka dengan kenyataan ini thaman telah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat jual beli atas dasar ianya umpama alat pertukangan”.

b) Aspek jaminan atau ganti rugi (dhaman)

Status harta mutaqawwim memberikan hak kepada pemiliknya untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap individu yang bertanggungjawab merosakkan atau menghilangkan harta tersebut. Sekiranya seseorang itu merosakkan mal mutaqawwim milik orang lain, maka ia wajib menggantikan harta tersebut dengan jenis harta tersebut atau nilainya. Ini merupakan salah satu daripada Maqasid as-Shariah (objektif shariah) iaitu memelihara harta. Harta manusia dapat dipelihara dengan pensyariatan dhaman dan hudud. Ini dapat dilihat daripada kata-kata Imam al-Razi (1992):

“al-mal fahua mahfuz bisyar’i dhamanat wa hudud”.

Sekiranya harta yang dirosakkan itu tidak bernilai, maka tidak perlu untuk membayar ganti rugi jika ia dimiliki oleh seorang Islam. Justeru, seseorang yang memecahkan botol arak atau membunuh babi yang dimiliki oleh orang Islam, maka dia tidak perlu membayar ganti rugi tersebut. Tetapi jika seseorang memusnahkan arak atau membunuh babi kepunyaan ahl zimmi,

maka wajib ke atasnya untuk membayar ganti rugi kepada mereka menurut pendapat fuqaha‟ mazhab Hanafi. Namun, bagi jumhur fuqaha‟ tidak perlu untuk menggantinya kerana arak dan

babi tidak diiktiraf sebagai harta oleh syarak (az-Zuhaili, 1985).

c) Aspek jenayah melibatkan harta

(9)

438

merupakan mal mutaqawwim yang dimiliki oleh seseorang. Sekiranya barang yang dicuri itu tidak tergolong dalam jenis yang bernilai, maka pencuri itu tidak akan dipotong tangannya melainkan akan dihukum dengan hukuman takzir. Contohnya pencuri muslim yang mencuri sebotol arak tidak akan dijatuhkan hukuman had potong tangan ke atasnya (Kasani, 2000, al-Ramli, 1993, Ibnu Qudamah, 1996 & az-Zuhaili, 1985). Tangan pencuri juga tidak akan dipotong sekiranya harta itu adalah ghair mutaqawwim seperti anjing, alat-alat hiburan, bangkai binatang, rumput, batu dan sebagainya (Abdul Qadir Audah, 1964 & Mat Saad, 1993).

d) Mahar dalam perkahwinan

Jumhur fuqaha‟ mensyaratkan benda atau barang yang ingin digunakan bagi tujuan mahar

perkahwinan mestilah daripada jenis Mal mutaqawwim. Justeru, tanah, darah, bangkai, arak, babi serta yang seumpama dengannya tidak boleh dijadikan mahar kerana tidak tergolong di dalam kumpulan tersebut. Sekiranya suatu pernikahan berlaku dengan menjadikan sebotol arak sebagai mahar perkahwinan, maka sah perkahwinan tersebut, tetapi wajib ke atas suami menggantikan mahar kepada isterinya daripada jenis harta yang mutaqawwim (Syirbini, t.t, Ibnu Qudamah, 1996, Ibnu Rushd, 1981 & al-Kasani, 2000).

Kesimpulan

Status suatu harta sama ada ia mutaqawwim atau ghair mutaqawwim memberikan impak yang sangat besar dalam menentukan kesahihan sesuatu kontrak. Justeru, hanya harta yang bernilai (mutaqawwim) sahaja yang diiktiraf oleh syarak serta memberikan kesan dari aspek perundangan terhadap sesuatu kontrak atau transaksi yang berlaku di kalangan manusia. Kelekaan manusia dalam mengenalpasti dan membezakan harta yang mutaqawwim dan ghair mutaqawwim menyebabkan sesuatu kontrak atau transaksi itu menjadi batal dan tidak sah menurut syarak. Oleh itu, parameter yang telah diberikan bertindak sebagai garis panduan atau piawaian dalam menentukan sama ada sesuatu itu dapat diklasifikasikan sebagai mal mutaqawwim atau sebaliknya.

Daripada perbincangan di atas, dapat difahami bahawa pembinaan konsep harta dalam mazhab Hanafi adalah berasaskan kepada tabiat dan uruf manusia. Peranan syarak pula ialah untuk menentukan sama ada ianya boleh digunakan untuk kehidupan manusia atau sebaliknya. Manakala pembinaan konsep harta bagi jumhur fuqaha pula ialah dengan menjadikan perakuan syarak sebagai satu indikator dalam menentukan sesuatu itu harta atau sebaliknya. Walaupun fuqaha mazhab Hanafi mengemukakan konsep harta yang sedikit berbeza daripada jumhur fuqaha, namun mereka bersepakat menyatakan bahawa hanya mal mutaqawwim sahaja yang boleh dijadikan sebagai barang yang dikontrakkan (ma’qud ‘alaihi) atau dengan kata lain ianya digunakan dalam sebarang kontrak jual beli atau kontrak yang melibatkan harta.

(10)

439

gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat serta berupaya untuk membina parameter dan jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu yang melibatkan aspek perundangan.

RUJUKAN

Abdul Rahman, Mat Saad. (1993). Undang-Undang Jenayah Islam-Jenayah Hudud. Shah Alam: Penerbit Hizbi.

Abu Zahrah, Muhammad. (1976). Al-Milkiyyah wa Nazariyyah al-Aqd fi as-Shariah al-Islamiyah. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi.

Ahmad Ibrahim et al. (1991). Undang-Undang Harta Dalam Islam. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Yusuf. (1990). Al-Mal fi as-Shariah al-Islamiyah bayn al-Kasb wa al-Infaq wa at-Tawrith. Kaherah: Dar as-Saqafah Li Nasyr wa at-Tauzi‟.

Ala al-Din al-Bukhari. (1997). Kasyf al-asrar. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah

Al-Buhuti, Mansur Bin Yunus. (2000). Syarh muntaha al-Iradat. Kaherah: Muassasah al-Risalah Nasyirun

Al-Buhuti, Mansur Bin Yunus. (1997). Kasyaf al-Qina’. Beirut: Alam al-Kutub.

Al-Kasani, Abu Bakar Bin Mas‟ud. (2000). Badai’ Sanai’ Fi Tartib As-Syarai’. Beirut: Dar

al-Ihya‟ at-Turath al-Arabi.

Al-Qairawani, Abi Zaid. (1998). al-Fawakih al-Dawani. Beirut: Dar al-Kutub Ilmiyah.

Al-Qurtubi, Muhammad Bin Ahmad. (2002). al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadis.

Ar-Ramli, Shamsuddin. (1993). Nihayah al-Muhtaj. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

Ar-Razi, Fakhr ad-Din. (1992). Mahsul fi Ilmi al-Usul. Beirut: Muassasah al-Risalah.

As-Sarkhasi, Shamsuddin. (t.t) Mabsut. Beirut: Dar al-Makrifah.

As-Suyuti, Jalaluddin. (2001). Asybah wa an-Nazaair. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

(11)

440

As-Syarbashi, Ahmad. (1981). Al-Mu’jam al-Iqtisadi al-Islami. Dar al-Jil.

As-Syatibi, Abu Ishaq. (2003). Al-Muwafaqat. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

As-Syirbini, Shamsuddin. (1994). al-Iqna’ fi Hilli Alfaz Abi Shuja’. Beirut: Dar al-Fikr.

As-Syirbini, Shamsuddin. (t.t). Mughni al-Muhtaj. Kaherah: Maktabah at-Taufiqiyah.

Audah, Abdul Qadir. (1964). Tashri’ al-Jina’i al-Islami. Kaherah: Maktabah Dar al-Urubah.

Az-Zaila‟i, Fakhr ad-Din. (1896). Tabyiin Haqaiq Syarh Kanz ad-Daqaiq. Kaherah: Dar al-Kutub al-Islami

Az-Zuhaily, Wahbah. (1985). Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Dimashq: Dar al-Fikr.

Fatimah Sulaiman. (1999). Tegahan Pengurusan Harta: Kajian Perbandingan antara Syariat Islam dengan Undang-Undang Sivil. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibn Abidin, Muhammad Amin. (1995). Hasyiah Rad al-Mukhtar. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Arabi, Abi Bakar Muhammad. (2003), Ahkam al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub Ilmiyah

Ibn Arifah. (1993). Syarh Hudud. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.

Ibn Manzur, Muhammad Bin Mukarram. (t.t), Lisan al-Arab. Kaherah: Dar Ma‟arif.

Ibnu Qudamah, Abu Muhammad. (1996). Al-Mughni. Kaherah: Dar al-Hadith.

Ibnu Rushd, Taqiyuddin. (1981). Bidayatul Mujtahid. Kaherah: Maktabah Mustafa Bab al-Halabi wa-Awladuh.

Kamus Al-Munjid fi al-Lughah wa al-„Alam. (1975). Beirut: Dar al-Masyriq.

Muhammad Yusuf Musa. (1952), Al-Amwal wa Nazariyat al-Aqd fi Fiqh al-Islami ma’a Madkhal li Dirasat al-Fiqh wa al-Falsafah: Dirasah Muqaranah. Kaherah: Dar al-Kitab al-Arabi.

Rahman Syafie. (2006). Fiqh Mua’malah. Bandung: Pustaka Setia.

Referensi

Dokumen terkait

At-takharuj dalam hukum waris Islam ialah berdamainya salah seorang ahli waris untuk keluar (tidak mengambil) tirkah (harta peninggalan), sebagai Imbalannya dari harta yang

Namun belakangan ini pengertian muamalah lebih banyak dipahami sebagai aturan-aturan Allah yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dalam memperoleh dan mengembangkan harta

Sedangkan prinsip-prinsip penggantian benda wakaf menurut Undang-Undang Nomor 41 Tahun 2004 tentang wakaf yaitu apabila harta benda wakaf yang telah diwakafkan digunakan

Harta gono gini adalah harta benda dalam perkawinan yang dihasilkan oleh pasangan suami istri secara bersama-sama selama masa perkawinan masih berlangsung.Konsep harta

Mahkamah Agung Republik Indonesia telah mendukung ketentuan yang tercantum dalam Pasal 96 dan Pasal 97 Kompilasi Hukum Islam tentang pembagian harta bersama serta

Hanya yang menjadi permasalahan adalah mengenai data yang akurat tentang kondisi harta yang dimiliki seseorang. Si pemilik tentu berpikir bahwa harta tersebut merupakan miliknya

Seorang wakif haruslah memenuhi syarat untuk mewakafkan hartanya, karena pada hakekatnya amalan wakaf adalah tindakan tabbaru’(mendermakan harta benda). Saiful

Sedangkan secara istilah, zakat yaitu hak yang wajib diambil dari harta yang banyak bagi seorang muslim untuk diberikan kepada kelompok tertentu mustahik yang telah ditentukan dalam