ةممراقرتمسحلماور ىورقحتررلابم اهربرلحقر لحمحاور نمامريحلما رموحنمبم اهرسرفحنر نحيرمزرور اهرقرلرخحأر
ترمارحلماصررلا نرمم اهرلحعرجحاور امرهملر قردآعر رريحغر اهريحدرلماورلم اررنابر اهرلحعرجحاور
.
نريحدمسماحرلحا رررشر اهرفمكحاور
ت
ر نحأر ،هماكررزر نحمر رريحخر ترنحأرور همكرمزرور اهراورقحتر همايررإمور انرسروحفمنم تمار مررهملرلار
.
نريحمملراعرلحا برررر اير هملروحمرور هميررلمور
انرلرمماعرتم نحأرور رميحخرلحا لمهحأر نحمم انرلحعرجحاور رريحخرلحا كرلمأرسحنر انررإم مررهملرلار
)
مان نكتوبس ظرفرححترور انرظرفرححتر نحأرور رميحخرلحا لمهحلر م كرترلرمراعرمم
غروا
غي
(
ىرملمور كرنررإم ،رديحضرور ةدنرتحفمور ةدنرححممور ءدوحسم لرمكم نحمم نكيعارد
يفم انرلر كحرمابر مررهملرلار ،رديحخر لرركم ىطمعحممور رديحخر لرمكمبم لرضرمفرترممور رديحخر لرمكم
كرنررإم انريحلرعر بحتمور انرتمايررررمذمور انرجماورزحأرور انربموحلمقمور انررماصربحأرور انرعمامرسحأر
.
مميححمرررلا بماوررتررلا ترنحأر
انريحدملماور ىلرعرور انريحلرعر ترمحعرنحأر يتملررا كرترمرعحنم رركمشحنر نحأر انرعحزموحأر برمرر
كردمابرعم يفم كرتممرححرربم انرلحخمدحأرور هماضررحتر احنلماصر لرمرعحنر نحأرور
.
انرلحعرجحاور نديمعحأر ةررررقم انرتمايررررمذمور انرجماورزحأر نحمم انرلر بحهر انربرررر نريححملماصررلا
انربرررر يتميررررمذم نحممور ةملرصررلا مريحقممم ينملحعرجحا برمرر ،امنامرإم نريحقمتررمملحلم
مموحقمير مروحير نريحنمممؤحمملحلمور يرردرلماورلمور يلمرحفمغحا انربرررر ،ءرآعردم لحبررقرترور
.
بماسرحملحا
.
رانررلا براذرعر انرقمور ةننرسرحر ةمررخملا يفمور ةننرسرحر ايرنحدرملا يفم انرتمأ انربرررر
Ertinya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih.
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .
Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami mohon pemeliharaanMu dan penjagaanMu.... .(sebutkan nama orang yang diraikan) terhadap agama kami, keimanan kami, diri kami, ahli-ahli keluarga kami, anak-anak kami, harta-benda kami, negeri kami dan kediaman kami serta segala sesuatu yang Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, mohon jadikan kami dan segala yang telah kami sebutkan tadi di dalam kawalanMu, di dalam keamananMu, di dalam dampinganMu dan di dalam lindunganMu daripada syaitan yang derhaka lagi degil itu dan
daripada bencana �ain (tikaman pandangan mata yang merbahaya)
dan daripada yang mempunyai kezaliman serta daripada kejahatan tiap-tiap yang mempunyai kejahatan. Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah, mohon teguhkan kami dengan ketakwaan dan kekuatan pendirian di jalan yang lurus dan mohon lindungi kami daripada yang membawa kepada penyesalan di dunia dan di akhirat bahawa sesungguhnya Engkau adalah Maha memperkenankan segala doa. Ya Allah, perbaikilah hasil urusan kami dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat.
Ya Allah, bantulah, panjangkanlah umur, berikanlah petunjuk serta peliharakanlah dari perkara yang haram....(sebutkan nama orang yang
diraikan) dan bentuklah ia dengan perkembangan yang sihat dan
dirinya dan akhlaknya, hiasilah jiwanya dengan cahaya keimanan dan penuhi hatinya dengan ketaqwaan serta berpendirian teguh. Dan jadikan ia seorang yang berbakti kepada kedua ibubapanya bukan seorang yang derhaka terhadap keduanya, dan jadikannya dari kalangan orang-orang yang salih. Dan hindari ia dari orang-orang yang berhasad dengki.
Ya Allah berikan pada jiwa-jiwa kami ketaqwaan kepadaMu dan sucikannya, Engkaulah sebaik-baik Zat Yang Menyucikan jiwa. Engkaulah Pelindung dan Penolongnya,, Wahai Tuhan Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.
Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang baik, dan Engkau berurusanlah dengan kami seperti Engkau berurusan dengan orang-orang yang baik, dan Engkau peliharalah kami dan ia...(sebutkan nama orang yang diraikan) daripada segala keburukan, ujian, fitnah dan kemudharatan. Ya Allah berkatilah bagi kami pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, isteri-isteri kami, zuriat keturunan kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhan kami, ilhamkan kami supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan pada kami dan kepada kedua ibubapa kami, dan supaya kami tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai. Dan masukkan kami dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan orang-orang yang salih. Ya Tuhan kami kurniakanlah kami dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami yang menyenangkan hati kami melihatnya dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Wahai Tuhan, jadikan aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa kami. Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.