• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nama Ahli:Fauzul Azim b. Abdul Jalil ( ) Muhammad Faidz b. Zalani ( ) Fadhlan Syahidi b. Shaari ( )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Nama Ahli:Fauzul Azim b. Abdul Jalil ( ) Muhammad Faidz b. Zalani ( ) Fadhlan Syahidi b. Shaari ( )"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Nama Pensyarah: Ustazah Rohida Binti Ismail Nama Kumpulan: Al-Jabar

Nama Ahli:Fauzul Azim b. Abdul Jalil (2010875404)

Muhammad Faidz b. Zalani (2010856318)

Fadhlan Syahidi b. Shaari (2010472266)

(2)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan

1. Al-Quran 1

1.1 Maksud 1

1.2 Dalil Al-Quran 1

1.3 Nama-Nama Al-Quran 2

1.4 Sifat-Sifat Al-Quran 3

2. Al-Hadith 4

2.1 Maksud 4

2.2 Contoh-Contoh Sunnah 4

2.3 Kitab-Kitab Hadis 4

2.4 Jenis Hadis 5

2.5 Kedudukan Hadis Dalam Islam 5

3. Ijmak 6

3.1 Maksud 6

3.2 Kesepakatan Para Ulama 6

3.3 Dalil-Dalil Al-Quran 7

3.4 Rukun-Rukun Ijmak 7

3.5 Jenis-Jenis Ijmak 8

3.6 Perkara Berlakunya Ijmak 9

4. Qiyas 9

4.1 Maksud 9

4.2 Rukun Qiyas 9

4.3 Contoh Pembinaan Hukum 10

4.4 Bahagian Qiyas 10

4.5 Jenis-Jenis Qiyas 10

Penutup Rujukan

(3)

PENGENALAN

Perundangan Islam adalah suatu perundangan "Rabbani" yang tidak semestinya semua yang wujud didalamnya dapat difahami dan diketahui falsafahnya oleh manusia di suatu zaman.

Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya. Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya. Kemampuan manusia untuk menyelami hakikat yang tersembunyi di sebalik perundangan itu dibatasi oleh persekitaran dan keadaan hidup manusia itu sendiri.

Kelangsungan pelaksanaan undang-undang Islam memberi keuntungan duniawi dan ukhrawi kepada orang-orang Islam. Jika tidak, iman seseorang itu boleh dipertikaikan tentang mengapa mereka lebih suka memilih dan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia dengan

membelakangkan undang-undang Allah s.w.t. Apakah undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai daripada undang-undang Allah? Adakah peraturan-peraturan yang direka oleh manusia lebih mulia dan lebih baik daripada undang-undang Allah? Apakah sistem hidup ciptaan manusia lebih mulia dan lebih praktis daripada undang-undang "Rabbani" yang diturunkan oleh Allah?

Disebabkan itu semualah, maka persoalan pelaksanaan undang-undang illahi bagi orang-orang Islam bukanlah suatu persoalan dolak-dalik, tetapi persoalan sebenar yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan untuk pelaksanaan undang-undang itu.

Perundangan Islam sebagai suatu realiti

Undang-undang Islam sebagai suatu undang-undang negara adalah didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, walaupun masih banyak orang-orang Islam sendiri meragui kewibawaannya malah banyak yang mempersendakan tentang kemampuannya untuk menyelesaikan masalah negara dan kesesuaiannya dengan zaman.

Sebenarnya sengaja dilupai bahawa undang-undang itu telah membuktikan kemampuannya menghadapi segala macam rintangan sejak daripada tahun pertama Hijrah hinggalah ke hari ini.

Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan undang-undang itu dalam sepanjang hidup baginda di Madinah yang disambung pula oleh khulafa' ar-Rasyidin selepas kewafatan baginda.

Kemudian diambil alih oleh Daulah Umawiyyah, Abbasiyyah dan sebagainya hinggalah berterusan ke zaman Daulah Othmaniah. Para sejarawan sering menyebut bahawa kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki ke tangan Mustafa Kamal Atarturk dalam tahun 1924 M telah melenyapkan kekuasaan Islam dalam segala lapangan terutamanya dalam bidang pelaksanaan undang-undangnya.

(4)

Mengapa Umat Islam Bersikap "Salbi"

Oleh sebab hanya beberapa buah sahaja negara umat Islam yang sedang mempertingkat daya pelaksanaan undang-undang Islam di negara masing-masing, sedangkan bilangan umat Islam keseluruhannya sudah meningkat ke angka billion sekarang ini, menunjukkan betapa "salbi"

(negatif) umat Islam terhadap undang-undang agamanya.

Orang Islam lebih gemar dan suka melaksanakan undang-undang ciptaan manusia daripada melaksanakan undang-undang yang diciptakan oleh Allah, Tuhan yang dipercayainya, Yang Disembah pagi dan petang, Allah yang dipanjatkan doa kepada-Nya selalu. Wujudnya keadaan yang disebutkan itu antara lainnya adalah kerana undang-undang Islam itu sendiri tidak

didedahkan kepada golongan yang berkuasa dengan cara yang sesuai dengan keadaan mereka untuk difahami oleh mereka dengan sebaik-baiknya.

Antara sebabnya juga adalah kerana kuatnya pengaruh undang-undang ciptaan setelah undang- undang Islam menjadi momokan dan difitnahkan dengan berbagai-bagai tohmahan, seperti tuduhan kononnya undang-undang Islam itu beku, keras, kejam dan lain-lain lagi. Kerana berleluasanya kejahilan menyeluruh tentang Islam itu sendiri dan tabiatnya sebagai "ad-Deen"

yang berteraskan kepada "tasawwur Rabbani", umat Islam diarahkan pandangan dan fikirannya kepada sesuatu yang tidak Islam, lalu dibiasakan dengan hidup yang tidak seiring dengan Islam itu sendiri dalam kebanyakan kegiatan hidup, hingga jadilah umat Islam itu di sebelah pihak dan Islam itu pun di pihak yang lain tanpa disedari. Perkara ini terjadi kerana tidak terdedahnya falsafah dan rahsia undang-undang Islam itu kepada pihak-pihak yang berwajib bagi dilihat Islam itu dari yang "ijabi" (positif), agar ianya lebih banyak daripada pandangan "salbi"

(negatif), bagi tujuan menarik minat kepada undang-undang Islam sendiri.

Kerana sebab-sebab yang tersebut di atas dan banyak lagi sebab lain yang tidak perlu disebutkan kesemuanya di sini, maka perbincangan keunggulan Perundangan Islam perlu diberi perhatian yang lebih. Malah selagi undang-undang Islam tidak dihayati sepenuhnya oleh masyarakat Islam, maka selama itulah keunggulan Perundangan Islam dengan metode yang boleh menyakinkan umat Islam terhadap undang-undang agamanya perlu ditingkatkan. Sesungguhnya telah menjadi kenyataan bahawa "Manusia itu menjadi musuh kepada sesuatu yang dia tidak tahu (jahil)".

Mungkin kerana kejahilan sesetengah pihak terhadap undang-undang Islam, maka mereka menjadi musuh kepada undang-undang itu. Permusuhan tersebut telah dimulakan oleh musuh- musuh Islam yang terdahulu menyebabkan berlakulah peperangan demi peperangan hingga ke Peperangan Salib dan sebagainya. Atas kebijaksanaan musuh, dipindahkan permusuhan yang sedia ada di dalam hati mereka ke dalam hati orang-orang Islam yang jahil tentang Islam, lalu berlakulah permusuhan di dalam barisan Islam itu sendiri seperti yang berlaku sekarang ini.

(5)

1. Al-Quran

1.1 Maksud

Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: al-Qur'an) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui

perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

“Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan

bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;” (surah al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.

1.2 Dalil Al-Quran

Mengenai bukti bahawa Al-Quran itu datang dari Allah, dapat dilihat dari kenyataan bahawa Al- Quran adalah sebuah kitab berbahasa Arab yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dalam

menentukan dari mana asal Al-Quran, akan kita dapatkan tiga kemungkinan.

* Pertama, kitab itu merupakan karangan orang Arab.

* Kedua, karangan Muhammad SAW.

* Ketiga, berasal dari Allah SWT saja.

Tidak ada lagi kemungkinan selain dari yang tiga ini. Sebab Al-Quran adalah khas Arab, baik dari segi bahasa maupun gayanya.

Kemungkinan pertama yang mengatakan bahwa Al-Quran adalah karangan orang Arab

merupakan kemungkinan yang tertolak. Dalam hal ini Al-Quran sendiri telah menentang mereka untuk membuat karya yang serupa. Sebagaimana tertera dalam ayat :

"Katakanlah: 'Maka datangkanlah sepuluh surat yang (dapat) menyamainya" (Surah Hud 13).

(6)

Di dalam ayat lain :

"Katakanlah: ('Kalau benar apa yang kamu katakan), maka cubalah datangkan sebuah surat yang menyerupainya" (Surah Yunus 38).

Satu-satunya tuduhan yang mereka lontarkan adalah bahawa Al-Quran itu dicipta Nabi Muhammad s.a.w dari seorang pemuda Nasrani yang bernama Jabr. Tuduhan ini pun telah ditolak keras oleh Allah SWT dalam firman-Nya :

"(Dan) Sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: 'Bahawasanya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami (bukan-Arab), sedangkan Al- Quran itu dalam bahasa arab yang jelas" (Surah An-Nahl 103).

Jika telah terbukti bahwa Al-Quran itu bukan karangan bangsa Arab, bukan pula karangan Nabi Muhammad s.a.w., maka sesungguhnya Al-Quran itu adalah firman Allah, kalamullah, yang menjadi mukjizat bagi orang yang membawanya.

1.3 Nama-nama Al-Quran

 al-Kitab(با تﻛﻟا) bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:

Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 1:1-2)

 al-Furqaan bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:

Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)

 adz-Dzikr (ﺮﻛذﻟا)bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)

 at-Tanzil bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:

Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah Asy-Syuara 26:192)

(7)

1.4 Sifat-Sifat Al-Quran

 an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)

 al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak

mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maa'idah 5:15)

 al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

 ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

(8)

2. Al-Hadith

2.1 Maksud

Hadith atau hadis ; adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.

2.2 Contoh-Contoh Sunnah 1. Perkataan (Qauliyyah)

Setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasul s.a.w. seperti hadis berikut :

"Sesungguhnya setiap amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu mengikut apa yang diniatkannya" (Hadis Riwayat Bukhari).

2.3Kitab-Kitab Hadis

Ada ramai ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i dan Imam Ibnu Majah.Ada beberapa buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia. Enam kitab pertama di bawah ini dikenali sebagai enam kitab hadis utama:

i. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari atau nama sebenar beliau adalah Muhammda bin Ismail

ii. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim atau nama sebenarnya muslim bin al-Hajjaj al-Nasaburi

iii. Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i atau nama sebenar beliau adalah Abu Abdul Rahman bin Shuib

iv. Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Imam Abu Daud atau nama sebenar beliau adalah Abu Daud Sulaiman

v. Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam Tirmidzi atau nama sebenar beliau adalah Abu Esa Muhammad bin Ishak Asalmi

vi. Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu Majah atau nama sebenar beliau adalah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid al-Quzwini

vii. Kitab Musnad - karya Imam Ahmad

(9)

2.4 Jenis Hadis 1. Hadis Mutawatir 2. Hadis Sahih 3. Hadis Hasan 4. Hadis Dha'if 5. Hadis Maudhuk 6. Hadis Ahad

2.5 Kedudukan Hadis Dalam Islam

Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti ;

Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman”

(surah al Anfal : ayat 1)

Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)

Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.

Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama – dalam sesetengah buku cuma disebut 5 – iaitu ;

a. Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.

b. Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.

c. Menjadi keterangan tasyri‟ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti

(10)

anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.

d. Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah hal Ra‟y

berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.

e. Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.

Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.

Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang

larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.

3. Ijmak

3.1 Maksud

Ijma' atau Ijmak dari segi makna bahasa adalah azam atau tekad.

Manakala dari segi istilah syara‟ pula, Ijmak adalah kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasululullah S.A.W.

3.2 Kesepakatan Para Ulama

Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad

(mujtahidin) pada sesuatu zaman tanpa kecuali seorang pun dari kalangan mereka. Ini bermakna, jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijmak. Para mujtahidin biasanya

(11)

berselisih pendapat dalam sesuatu hukum, tetapi dalam sesuatu hukum tertentu, tidak seorang pun di kalangan mereka yang berbeza pendapat, maka terjadilah ijmak.

Dalam kitab Mirah al-Usul disebut

“Mestilah mendapat persetujuan seluruh para mujtahidin”.

Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijma‟. Bayangkan, para mujtahidin biasanya berkhilaf dalam sesuatu hukum syar`i tetapi dalam hukum berkenaan tidak seorang pun di kalangan mereka yang berkhilaf mengenainya.

3.3 Dalil Al-Quran

Salah satu dalil daripada Al-Quran mengenai ijmak sebagai sumber hukum yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada

Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. ”

(Surah an-Nisa ayat 59)[1]

3.4 Rukun-Rukun Ijmak

Rukun-rukun ijmak menurut pendapat ulama‟ usul fiqh adalah seperti berikut:-

i. Harus ada beberapa orang mujtahid dikala terjadinya peristiwa dan para mujtahid itulah yang melakukan kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu) Seandainya tidak ada beberapa orang mujtahid di waktu terjadinya suatu peristiwa tentulah tidak akan terjadi ijmak, kerana ijmak itu harus dilakukan oleh beberapa orang.

ii. Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam dunia Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada suatu tempat sahaja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan suatu ijmak.

iii. Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syara') dari suatu peristiwa yang terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali tersirat dalam kesepakatan itu

(12)

unsur-unsur paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada suatu keadaan, sehingga ia harus menerima suatu keputusan.

iv. Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan berbagai cara, seperti dengan pernyataan lisan, dengan perbuatan atau dengan suatu sikap yang menyatakan bahawa ia setuju atas suatu keputusan hukum yang telah disetujui oleh para mujtahid yang lain. Tentu saja

keputusan yang terbaik ialah keputusan sebagai hasil suatu musyawarah yang dilakukan para mujtahid.

v. Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang bulat dari seluruh mujtahid.

Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang ada, maka keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijmak. Ijmak yang demikian belum dapat dijadikan sebagai hujjah syariah.

3.5 Jenis-Jenis Ijmak

Dalam beberapa kitab usul fiqh terdapat beberapa jenis ijmak yang dihubungkan dengan masa terjadi, tempat terjadi atau orang yang melaksanakannya. Ijmak-ijmak itu adalah:

a. Ijmak Sahabat - iaitu ijmak yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah.

b. Ijmak Khulafaurrasyidin - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar, Khalifah Utsman dan Khalifah Ali bin Abi Thalib. Tentu saja hal ini hanya dapat dilakukan pada masa keempat orang itu hidup, iaitu pada masa Khalifah Abu Bakar. Setelah Abu Bakar meninggal dunia ijmak tersebut tidak dapat dilakukan lagi.

c. Ijmak Shaikhan - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar bin Khattab.

d. Ijmak ahli Madinah - iaitu ijmak yang dilakukan oleh ulama-ulama Madinah. Ijmak ahli Madinah merupakan salah satu sumber hukum Islam menurut Mazhab Maliki, tetapi Mazhab Syafie tidak mengakuinya sebagai salah satu sumber hukum Islam.

e. Ijmak ulama Kufah - iaitu ijma' yang dilakukan oleh ulama-ulama Kufah. Mazhab Hanafi menjadikan ijmak ulama Kufah sebagai salah satu sumber hukum Islam.

(13)

3.6 Perkara Berlaku Ijmak

Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T seperti sistem pendidikan, pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal yang

berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan Hadis.

Contoh-Contoh Ijmak:

Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T seperti sistem pendidikan, pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal yang

berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan Hadis.

4. Qiyas

4.1 Maksud

Qiyas atau Qias atau Kias makna (bahasa) adalah ukuran; persamaan; perbandingan kadar;

persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat dengan tempat lain; iktibar atau ambil pengajaran.

Qiyas makna (syarak) adalah perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang baru wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya sebelumnya di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Ia adalah proses (Ijtihad) berasaskan analogi daripada ayat Al-Quran dan Sunnah atau perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi illat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

4.2 Rukun Qiyas

Qiyas ialah menetapkan hukum sesuatu yang tertentu, pada masa yang lain kerana persamaan kedua-duanya dari segi Illat. Definisi Qiyas ini juga sekaligus menunjukkan adanya 4 rukun Qiyas, iaitu:

1. Masalah utama (al-ashl) 2. Masalah cabang (al-far„u)

(14)

3. Hukum masalah utama (al-hukmu) 4. Alasan (as-sabab)

4.3 Contoh Pembinaan Hukum

Qiyas bermaksud perbandingan dan di dalam konteks pembinaan hukum, ia bermaksud

mengeluarkan sesuatu hukum dengan cara membandingkan perkara yang belum pasti hukumnya dengan sesuatu hukum yang sudah pasti berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai contoh, dalil yang terdapat di dalam hadis mewajibkan seseorang mengeluarkan zakat gandum. Jika sesuatu kawasan padi pula, maka zakat padi diwajibkan kerana terdapat banyak persamaan atau illat di antara padi dengan gandum selepas perbandingan atau Qiyas dilakukan.

Hadis Rasulullah s.a.w:

Hadis riwayat Ibnu Umar ra yang bermaksud: " Bahawa Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadan kepada manusia, iaitu satu sha` (gantang) kurma atau satu sha`

(gantang) gandum atas setiap muslim, merdeka atau budak, lelaki maupun wanita" (Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1635)[1]

Contoh penggunaan Qiyas,

* misalnya gandum, seperti disebutkan dalam hadis sebagai yang utama (al-ashlu)-nya.

* lalu al-far‟u-nya adalah padi (tidak tercantum dalam Al-Quran dan Hadis).

* al-hukmu, atau hukum gandum itu wajib zakatnya.

* as-sabab atau alasan hukumnya kerana padi dan gandum adalah makanan utama.

4.4 Bahagian Qiyas

Ada dua bahagian Qiyas, iaitu : 1. Qiyas Jaliy (yang amat ketara) 2. Qiyas Khafiy (yang tersembunyi) 4.5 Jenis-Jenis Qiyas

Qiyas ada tiga jenis, iaitu:

1. Qiyas Aula (Utama) 2. Qiyas Musawi (Ketara) 3. Qiyas Adna (Rendah)

(15)

Penutup

Demikianlah indahnya apabila perundangan Islam serta syariatnya dilaksanakan secara menyeluruh. Sifat dan juga fitrah kejadian setiap manusia adalah sama. Samada daripada kalangan Islam mahupun golongan yang selainnya. Keadilan, kebenaran, kemuliaan peribadi, kedamaian dan apa jua yang berteras kebaikan adalah merupakan satu keperluan di dalam perjalanan hidup mereka di dunia ini.

Islam bukanlah kaum yang dahagakan pertumpahan darah sebagaimana yang disebarkan oleh sesetengah pihak. Islam juga bukan satu ajaran yang ekstrem dan pelopor keganasan.

Sesungguhnya Islam itu harmoni dan mencintai kedamaian. Nasihat-menasihati serta mengingatkan antara satu sama lain demi kebaikan adalah prinsip keperibadian Islam.

Firman Allah Taala bagi menyatakan sikap toleransi Islam terhadap non-muslim yang berbunyi:

(“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti (dari permusuhan) maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim”) Jika Islam diberi peluang memerintah serta mengamalkan semua yang dianjurkan oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW di dalam seluruh aspek kehidupan, nescaya tiada lagi kerosakan dan keamanan sejagat akan dinikmati bersama. – sa

Rujukan

1. Buku Rujukan CTU101(Prinsip-Prinsip Asas Islam)

2. Mustafa „Abdul Rahman (1996), Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahnya, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar

3. www.wikipedia.com.my

4. http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=ind&ID=524 5. Ustaz Ismail Kamus

6. Harun Din

7. Risalah La Tahzan

8. Mohd Sanusi Awang Hassan(Syariah Dalam Kehidupan Manusia)

9. Abdullah al Qari Haji Salleh (t.t), Memahami Nilai Hadith dan Sunnah Nabi saw, Kelantan : Pustaka Asa Kenali.

10. http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/istinbat.PDF

11. Ilyas, Yunahar. 1997. Feminisme dalam Kajian Tafsir Al-Qur'an Klasik dan Kontemporer. Yogyakarta. Pustaka Pelajar.

12. ash Shiddieqy,Teungku Muhammad Hasbi. 2002, Ilmu-ilmu Al Qur'an: Ilmu-ilmu Pokok dalam Menafsirkan Al Qur'an,Semarang, Pustaka Rizki Putra

Referensi

Dokumen terkait

Preparasi sampel dilakukan dengan cara penggerusan dengan crusher dan diskmill untuk membuat bijih besi dengan ukuran -200 mesh. Proses leaching menggunakan asam HCl dengan

Pada paruh kedua akan dibahas mengenai pelaku-pelaku bisnis di Indonesia seperti perusahaan, BUMN/BUMD, koperasi, UKM, ekonomi desa, serta CSR dan tantangan yang

Meningkat­ nya gugus hidroksipropil dan MS disebabkan karena granula pati makin mudah untuk menggelembung pada suasana al­ kalis selama hidroksipropilasi berlangsung,

hasil tersebut didukung oleh Cheung.et.al (2009) bahwa E-wom telah menjadi saluran dominan yang mempengaruhi keputusan berkunjung dengan mempermudah pertukaran

LKJIPDinas Kearsipan dan Perpustakaan Kabupaten Kebumen merupakan bentuk pertanggung jawaban atas perjanjian kinerja Dinas Kearsipan dan Perpustakaan Kabupaten

Berdasarkan identifikasi terhadap ketiga elemen utama metafora di atas, dalam kajian ini dapat dijelaskan makna metafora beras beserta hal-hal yang bertalian dengan beras

diindikasikan karena penataan letak rak yang satu dengan yang lain kurang teratur, kurang adanya pameran atau sale diskon barang untuk menarik konsumen dalam membeli produk

\DQJ OHELK EHURULHQWDVL SDGD YLVL GDQ PLVL \DQJ WHODK GLHP EDQQ\D GHPL OXOXVDQ \DQJ VLDS NHUMD SURIHVVLRQDO GDQ GDSDW EHUVDLQJ GLSDVDU JOREDO 3HQHOLWLDQ LQL EHUWXMXDQ XQWXN