• Tidak ada hasil yang ditemukan

Senyuman. Ceria yang Sihat. Senarai Semak Kesihatan Mulut. untuk Ibu Bapa kepada Kanak-kanak. Dibawa kepada anda oleh: Disokong oleh:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Senyuman. Ceria yang Sihat. Senarai Semak Kesihatan Mulut. untuk Ibu Bapa kepada Kanak-kanak. Dibawa kepada anda oleh: Disokong oleh:"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Ceria yang Sihat

Senarai Semak Kesihatan Mulut untuk Ibu Bapa kepada Kanak-kanak

Dibawa kepada anda oleh:

Senyuman

Disokong oleh:

(2)

Gigi Susu

Mengenai

Mengapakah Gigi Susu Penting

Apabila mereka berada di prasekolah, kebanyakan kanak-kanak akan mempunyai 20 gigi susu – sepuluh di bahagian atas dan sepuluh di bahagian bawah. Awasi penjagaan gigi susu anak anda supaya menuju ke penjagaan kesihatan mulut yang baik untuk sepanjang hayat!

Menjimatkan ruang untuk membantu pertumbuhan gigi kekal yang sihat dan selari, dan

membenarkan mereka bergerak ke ruang gigi susu yang tersedia!

Membantu kanak-kanak membentuk bunyi and perkataan. Jika seorang kanak-kanak hilang gigi susunya pada peringkat pramatang disebabkan penyakit pergigian atau trauma, pertuturan mungkin akan terjejas.

Membentuk wajah muka. Ini membantu anak anda senyum dan menggalakkan keyakinan diri yang positif.

Ceritakan kepada anak anda tentang betapa hebat dan bangganya seseorang apabila memiliki senyuman yang sihat berseri.

Walaupun gigi susu akan digantikan dengan gigi kekal, ia adalah sangat penting untuk perkembangan sihat anak anda. Gigi susu:

Mengenai Kerosakan Gigi Awal Kanak-kanak

Terdapat satu penyakit yang digelar sebagai Karies (Kaviti) Awal Kanak-kanak yang menjejaskan kesihatan anak kecil. Ia berlaku apabila cairan gula meliputi gigi terlalu kerap.

Karies Awal Kanak-kanak akan menyebabkan kesakitan dan kerosakan gigi yang teruk pada gigi susu seorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, berita baiknya ialah kerosakan gigi ini dapat dielakkan.

Jangan benarkan anak anda meminum minuman manis atau memakan gula-gula berulang kali sepanjang hari. Sebaliknya, galakkan anak anda meminum air kosong dan hadkan pengambilan snek.

(3)

Beritahu anak anda bahawa orang dewasa juga menggunakan ubat gigi berfluorida!

Penggunaan Jumlah Fluorida yang Betul

Fluorida sangat penting bagi mencegah kerosakan gigi – tetapi kanak-kanak boleh juga mendapat terlalu banyak fluorida jika air di kawasan anda mengandungi kandungan fluorida yang tinggi. Tanyalah doktor gigi anda tentang potensi fluorosis, keadaan yang menyebabkan kecacatan pada enamel gigi, seperti kesan putih. Fluorosis kerap memberi kesan kepada gigi kekal.

Doktor gigi anda dapat membantu anak anda mendapat fluorida yang mencukupi – tidak terlalu banyak, mahupun terlalu sedikit.

Fluorida

Memahami

Cara terbaik untuk melindungi gigi dan membantu melawan kerosakan gigi ialah dengan menggunakan fluorida. Fluorida ialah unsur semula jadi yang menguatkan gigi apabila bergabung dengan enamel gigi. Ia penting untuk mengekalkan gigi yang sihat!

Sumber Fluorida untuk Kanak-kanak

Ubat gigi berfluorida

Varnis berfluorida (digunakan di klinik pergigian) Air minuman berfluorida

(4)

Doktor Gigi

Mengunjungi

Semasa Mengunjungi Klinik Pergigian

Pemeriksaan gigi yang kerap adalah penting bagi kesihatan mulut. Doktor gigi adalah teman kesihatan mulut anak anda sepanjang hayat. Jangan tunggu sehingga anak anda mengalami kesakitan! Sebaliknya, kunjungilah doktor gigi secara kerap bagi

mengelakkan masalah.

Doktor gigi atau jururawat pergigian akan memeriksa gigi dan gusi anak anda dan menjawab sebarang pertanyaan. Mereka juga mungkin:

Senarai Semak Kunjungan Pergigian

Membersih dan mengilatkan gigi.

Memberi rawatan fluorida (dengan varnis pada gigi).

Mengambil x-ray gigi atau rahang jika perlu.

Flos gigi anak anda apabila gigi susu bersentuhan.

Memberi pendidikan kesihatan untuk anda dan anak anda.

Tanyakan doktor gigi anda tentang fluorida dan penggunaan varnis berfluorida untuk mencegah karies.

Jika anak anda menghisap ibu jari, tanya tentang strategi menghentikan tabiat ini.

Terokai rawatan pengedap gigi untuk anak anda apabila gigi molarnya tumbuh seawal umur 6-tahun.

Pastikan anda juga mengunjungi doktor gigi secara kerap dan berjadual, dan jangan biarkan anak anda meluahkan rasa takut terhadap doktor gigi. Sebaliknya, beritahunya bahawa doktor gig ialah “teman” kesihatan mulut. Jadikan amalan pemeriksaan gigi sebagai satu tradisi keluarga yang menyeronokkan - contohnya berkunjung ke taman atau menonton wayang selepas pemeriksaan gigi!

(5)

Tarikh Mula

Hari 3 Hari 7

Hari 8

Hari 9

Hari 10

Hari 14 Hari 13

Hari 12

Hari 11 Hari 15

Hari 16

Hari 21 Hari 22

Hari 23

Hari 24

Hari 28 Hari 29 Hari 20

Hari 27 Hari 26

Hari 25

Hari 17 Hari 18

Hari 19 Hari 20

Ingat untuk memberus gigi anda dengan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutamanya selepas sarapan pagi dan sebelum tidur malam.

Kanak-kanak:

Dengan menggunakan krayon atau pensel warna, tandakan setiap kali anda memberus pada waktu pagi dan sebelum tidur waktu malam.

Hari 1

Hari 2

Hari 4 Hari 5

Hari 6

Carta Memberus

Hari 30

(6)

Hadkan kekerapan anda memakan snek. Sertai bersama-sama anak anda dalam pemilihan snek yang sihat!

Pilihan Makanan & Snek

Terdapat bakteria dalam plak di dalam mulut semua orang – termasuk mulut anak kecil anda. Apabila makanan (atau minuman selain daripada air) bergabung dengan plak, ia menghasilkan asid yang menyerang gigi dan menyebabkan kerosakan gigi.

Kekerapan Anak Anda

Memakan Snek adalah Penting!

Hadkan pengambilan makanan dan minuman bergula tidak melebihi tiga kali sehari. Kebanyakan kanak-kanak suka snek yang manis, tetapi penyelidikan telah membuktikan bahawa gula mengakibatkan serangan asid pada gigi. Sebaiknya, snek manis diberikan sebagai makanan sampingan dalam hidangan utama. Elakkan ia dimakan sebagai hidangan yang berasingan pada waktu siang hari.

Galakkan pemilihan makanan, snek dan minuman yang sihat. Berikan pilihan makanan rendah gula untuk membantu mengelakkan terlalu banyak pendedahan terhadap snek manis.

Snek rendah lemak seperti sayur-sayuran, buah-buahan segar, keju rendah lemak, dadih (yogurt) dan susu, biskut, tortilla atau roti gandum penuh adalah pilihan yang baik.

Elakkan anak anda daripada menghisap, memakan atau meminum makanan berasid seperti lemon, limau, soda dan jeruk.

Bantu elakkan kerosakan gigi dengan mengehadkan kekerapan anak anda memakan snek sepanjang hari!

(7)

Kecederaan

Mengelakkan

Ikuti Strategi Keselamatan Berikut

Kecederaan gigi dan mulut biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Walau

bagaimanapun, dengan menjaga dan mengikuti panduan keselamatan yang ringkas di rumah, anda dapat mengelakkannya.

Didik anak anda supaya berwaspada di taman permainan dan elakkan melalui kawasan buaian, gelongsor atau permainan yang menggunakan pemukul.

Pastikan anak anda memakai tali pinggang keledar atau menggunakan kerusi keselamatan kereta.

Cuba elakkan anak anda daripada mengunyah benda keras seperti pensel, ais atau kacang berkulit keras.

Sama ada atas basikal roda tiga atau dua (atau duduk di belakang anda), pastikan anak anda memakai topi keledar.

Kunci bahan pencuci dan bahan lain yang

berbahaya. Jika ditelan, ia boleh menghakis lapisan mulut dan memudaratkan kesihatan anak kecil.

Simpan nombor kecemasan, termasuk nombor doktor gigi jika terdapat kecederaan mulut.

Jika gigi anak anda patah atau tertanggal, hubungi doktor gigi anda dengan segera! Jika ianya gigi kekal, letakkan di dalam air atau susu dan bawa ke doktor gigi bersama-sama. Jangan cuba meletakkan kembali gigi susu ke dalam soketnya! Ia boleh menimbulkan infeksi yang tidak diingini.

Pastikan anak anda melihat anda memakai topi keledar juga!

(8)

Semasa anak anda membesar, anda boleh mengambil tindakan yang wajar dan mudah di rumah untuk membantu melindungi gigi dan gusi mereka.

Kesihatan mulut ialah unsur utama kesihatan menyeluruh anak anda. Bacalah seterusnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh membantu anak anda

mempunyai gigi sihat dan hidup ceria bagi tahun - tahun yang akan datang!

Berus gigi anak anda dengan teliti dengan menggunakan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya dua kali sehari.

- Selepas sarapan pagi - Sebelum tidur waktu malam

- Selepas makan ubat cecair yang manis, kerana kebanyakannya mengandungi gula

Anda digalakkan untuk memflos gigi anak anda sekali sehari apabila gigi susu tumbuh bersentuhan antara satu sama lain.

Penggunaan flos akan

menanggalkan “plak” di celah gigi dan di bahagian yang mungkin sukar dicapai oleh berus gigi.

Gunakan ubat gigi berukuran sebesar kacang pea, dan pastikan anak anda meludah sebaik memberus (dan tidak menelannya sahaja).

Perhatikan anak anda semasa memberus gigi sehingga mereka berumur 7-8 tahun supaya ia dilakukan dengan betul dan selamat.

Tukar berus gigi anak anda setiap 3 bulan, atau apabila bulu berus mula kembang atau haus.

di Rumah

Penjagaan Mulut

Salah satu fakta penting tentang kerosakan gigi ialah ia boleh dielakkan. Anda boleh melindungi gigi anak anda dan melawan kerosakan gigi pada setiap hari!

Kesihatan mulut yang baik adalah sama pentingnya bagi gigi susu dan gigi kekal! Dengan membantu anak anda menjaga giginya sekarang, anda dapat memastikan senyumannya kekal sihat sepanjang hayat.

Sebagai ibu bapa, ANDA adalah guru terbaik bagi anak anda!

Pendekatan positif anda dapat menjadikan mereka memiliki senyuman ceria sepanjang hayat.

© Colgate-Palmolive Company. Hak Cipta Terpelihara. Suatu Inisiatif Kesihatan Mulut Global.

Jadilah Contoh

Memberus Gigi adalah Penting

Memflos Gigi Anak Anda

Referensi

Dokumen terkait

Diperlukan perasaan yang baik bagi animator dalam menganimasikan objeknya, sehingga mereka perlu melatih diri mereka dengan melakukan akting didepan kaca atau mengambil kelas

[r]

Analisis jumlah, kekerapan dan keamatan hujan diurnal memperlihatkan 4 peristiwa hujan diurnal yang utama, iaitu: kejadian hujan petang maksimum semasa musim peralihan monsun di

terdapat dua tujuan yang ingin di capai yakni tujuan pembangunan dan pegawai. Menganalisis Pekerjaan, mengrekrutmen, serta menyeleksi calon pegawai di MTs Negeri

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan YME karena hanya dengan rahmat dan karunia-Nya, penulis dapat menyelesaikan tugas akhir berjudul Perancangan Buku

Hal ini dapat dikatakan bahwa kadar Pb dalam Leachate tanpa melalui pengolahan dengan tawas dan kapur pada variasi waktu tinggal tidak ada perbedaan penurunannya, sedangkan

Hasil penelitian dari pemberitaan yang sering diberitakan Metro TV mengenai berita positif lebih banyak pemberitaan mengenai Jokowi-JK (44,08%) dibandingkan Prabowo- Hatta

Koperasi merupakan salah satu sarana perekonomian yang difungsikan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat khususnya masyarakat kalangan menengah ke bawah. Oleh karena