• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rajah 2.1 : Kamera Fokus tetap

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Rajah 2.1 : Kamera Fokus tetap"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 2

Prinsip Asas Fotografi

Cuba anda fikirkan

Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej.

Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring (disk), kamera segera (instant), kamera katrij ( cartridge), kamera pembalikan (reflects) dan kamera format besar (large format view).

Semakin kompleks binaan/struktur sesebuah kamera, semakin lengkap mekanismanya. Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi kesan terhadap hasil fotograf yang dihasilkan.

Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai :

a. Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan kamera itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik pandang.

b. Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke dalam kamera.

c. Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem.

d. Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter.

e. Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat imej ke atas filem.

f. Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa.

(2)

h. Mekanisma fokus untuk mengubah lensa ke belakang dan ke depan supaya ia dapat memancar imej dengan terang.

2.1 Jenis-jenis kamera

Kamera Fokus Tetap

Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus. Yang ada hanya sebuah penilik pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi ada juga kamera jenis ini yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan dengan lambang-lambang seperti berikut:

Rajah 2.1 : Kamera Fokus tetap

Untuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang

dan bayang- bayang yang nyata.

Untuk mengambil gambar dalam cahaya terang

bermega dengan bayang-bayang samar

(3)

Rujuk cakera padat yang dibekalkan

Klik start dan cari program fotocop dan klik fotografi kemudian pilih menu utama fotografi dan lihat penjelasan mengenai jenis-jenis kamera dan sejarah ringkas mengenai kamera. Kemudian anda bincangkan dengan rakan anda jenis-jenis kamera yang terdapat di pasaran masa kini.

Kamera Pencari Jarak Padu

Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama dengan kemara fokus tetap. Mekanisma fokus membolehkan jurufoto mengubahsuai lensa untuk mendapkan imej yang jelas dan tajam.

Rajah 2.2 : Kamera Pencari Jarak Padu

Kamera Satu Lensa Refleks (SLR)

(4)
(5)

Kamera Format Sederhana

Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 120 atau 220 yang mempunyai ukuran bidang 60 mm x 60 mm. Bentuk kamera adalah besar dan berat. Ia boleh terdapat dalam jenis SLR dan TLR ( Twin Lens Reflex). Jenis TLR mempunyai dua kanta serupa yang dipasang di atas satu sama lain. Kanta teratas digunakan sebagai pemidang tilik dan kanta dibawahnya bertugas sebagai kanta objektif.

Rajah 2.4 : Kamera Format Sederhana Sumber : Razali Nor (1996 )

(6)

Kamera Format Besar

Kamera format besar ialah kamera yang menggunakan filem yang lebih besar daripada 120/220. Oleh kerana bentuk kameranya besar, maka kamera jenis ini selalunya digunakan oleh jurugambar profesional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto yang maksimum.

Kamera Format Besar

Rajah 2.6 : Kamera Format Besar

Rehat

(7)

Kamera Segera

Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat, iaitu antara satu hingga dua minit sahaja. Permukaan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan capat.

Rajah 2.7 : Kamera Segera ( Polaroid) Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

Latihan 2.1.

(8)

2.2 Bahagian- bahagian kamera disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan. Jarak fokus normal adalah berbeza mengikut saiz filem masing-masing:

Saiz filem Jarak fokus normal

110 25 mm pemandangan atau tempat-tempat keluasannya terhad bagi jurukamera. Pemandangan jauh yang luas.

b. Lensa biasa ( Standard/ Normal Lens)

Ukurannya 43 mm – 50 mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan disesuaikan dengan pandangan biasa mata.

c. Lensa Foto Jauh ( Telefoto)

85 mm – 120 mm Untuk gambar potret. 135 mm – 200 mm Sesuai untuk sukan

300 mm – 600 mm pergerakan, alam semulajadi, penghidupan liar

d. Lensa Zoom

(9)

Rajah 2.8 : Lensa Zoom Sumber : Cakera padat

Pengatup / shutter

Penngatup atau shutter adalah sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapatkan gambarfoto yang baik.

Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan nagka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk membenarkan cahaya daripada apertur masuk ke adalam filem. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih lama dedahan dibenarkan.

(10)

Apertur ( Dedahan Cahaya)

Apertur ialah gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Skil di gelang apertur ini berukuran / ditanda dengan f atau f/stops. Skil pada gegelang akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22. Skil bergantung kepada lensa yang digunakan. Nombor yang kecil saiz bukaannya besar, sementara nombor yang besar (f22) zaiz bukaannya kecil.

F2.8/3.8 f4 f5.6 f8 f11 f16 f22 Rajah 2.10 : Aperture (Dedahan Cahaya)

Rajah 2.11 : Skala Apertur

Fokus

(11)

Rajah 2.12 : Skala Fokus Filem

Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA ( American Standard Association), JIS ( Japan Industrial Standards), DIN ( Deutche Industrie Norme) dan ISO ( International Standards organisations).

(12)

Jenis-jenis Filem

Filem hitam-putih Negatif hitam putih membuat gambar hitam putih

Filem Warna Negatif warna untuk membuat

gambar foto berwarna warni atau hitam putih

Filem Slaid Juga dipanggil filem Positif. Untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.

Kepekaan Filem

Filem sangat peka kepada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Semakin nombornya tinggi kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya sekiranya nombor kecil kepekaannya semakin rendah.

Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/terik, filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana adalah sesuai. Filem ASA 100, 125 atau kurang adalah sesuai.

Jika mengambil gambar dibilik gelap, cahaya lampu biasa ( lilin, pelita, lampu warna atau mengambil gambar dengan cahaya imbasan bagi pementasan, filem dengan kepekaan tinggi perlu digunakan. Misalnya Filem ASA 400 hingga 1000

1000 500 250 125 64 32 16 8 4 ASA ISO

31 28 25 22 19 16 13 10 7 DIN

Kelajuan Tinggi Kelajuan rendah

(13)

Meter Dedahan

Cara yang tepat untuk menentukan pendedahan ialah dengan menggunakan jangka cahaya. Jangka cahaya ialah alat yang kecil yang terdiri dari sel fotoelektrik, skala cahaya dan skala pelaras kamera.

Rajah 2.14 : Meter Dedahan Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff

2.3 Teknik mengambil gambar

Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran gambar foto. Antaranya ialah

(14)

Rajah 2.16 : Fokus Jarak Sederhana

(15)

Rajah 2.18 : Teknik Panning

(16)

Rajah 2.20 : Teknik Perspektif

(17)

Rajah 2.22 : Teknik Pembekuan

(18)

Rajah 2.24 : Teknik Simetri

Sila rujuk cakera padat yang dibekalkan untuk mendapatkan gambar yang jelas

Pastikan anda melihat cakera padat untuk mendapat kejelasan gambar dan teknik yang betul dalam pengabaran gambar.

Latihan 2.2

Anda dikehendaki mengambil gambar dengan menggunakan teknik B-Stop, Imej tindanan, Fokus sederhana, Fokus jauh dan fokus dekat. Pastikan anda berbincang dengan rakan anda untuk memudahkan anda mempelajari kaedah pengambilan gambar.

2.4 Rumusan

Pembelajaran fotografi adalah penting dikalangan guru khasnya kerana kita dapat mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat dimanafaatkan kemudian hari. Sejauhmana jenis kamera digunakan adalah tidak penting tetapi yang paling penting ialah mutu dan mekanisma gambar yang jelas. Modul ini akan membantu anda mempelajari secara asas pengenalan dan teknik fotografi.

(19)

2.5 Bacaan Asas

Rasali Nor (1995). Teknologi pendidikan : media unjuran dan media elektronik. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber : Kompenan teknologi pendidikan. Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

2.7 UNIT 4 : Soalan Tutorial

1. Menyediakan satu cerita dengan menggunakan slaid berdasarkan langkah-langkah penghasilan papan cerita dan masa pengajaran 30 minit. Teknik fotografi hendaklah digunakan. Bincangkan dengan tutor anda untuk penerangan yang lebih lanjut.

Gambar

gambar hitam putih
gambar.

Referensi

Dokumen terkait

enyimpanan sarana dan prasarana kantor adalah kegiatan yang dilakukan oleh satuan kerja atau petugas gudang untuk menampung hasil pengadaan barang atau bahan kantor baik

Dalam hal aset keuangan atau liabilitas keuangan tidak diukur pada nilai wajar melalui laba rugi, nilai wajar tersebut ditambah biaya transaksi yang dapat diatribusikan secara

Dengan pembentukan dan konsultasi untuk IT Platform, sebuah sistem operasi logistik untuk perusahaan-perusahaan kurir, dan berdasarkan pengetahuan mengenai layanan logistik setelah

bahwa sehubungan dengan perkembangan yang tidak sesuai dengan asumsi Kebijakan Umum Anggaran Pendapatan Dan Belanja Daerah, keadaan yang menyebabkan pergeseran

Tujuan penelitian ini ialah untuk mengetahui kondisi perusahaan perkebunan teh Kemuning pada masa revolusi sosial di Surakarta tahun 1945-1946.. Penelitian ini menggunakan

Näiden vaikutukset liittyvät pääosin keräimien ja paneeleiden valmistuk- sessa käytettävien raaka-aineiden tuotantoon ja hankintaan, joista ilmastonmuutos,

Senyawa Aurivillius telah umum disintesis dengan metode reaksi kimia padatan, namun penggunaan suhu yang terlalu tinggi, homogenitas campuran reaktan yang rendah,

Dapat disimpulkan bahwa menyederhanakan pecahan dapat dilakukan dengan membagi dilakukan dengan membagi pembilang dan penyebut dari suatu pecahan dengan bilangan yang sama hingga