• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN SEJARAH ISLAM DI CINA DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERKEMBANGAN SEJARAH ISLAM DI CINA DALAM"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

1

KURSUS :

ISEU2106

SEJARAH ISLAM DI

ASIA DAN NUSANTARA

SEMESTER/SESI :

1, 2014/2015

TAJUK :

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI CHINA DALAM ASPEK PENDIDIKAN

PENSYARAH :

DR. NORHAYATI BINTI HAJI HAMZAH

NAMA PELAJAR :

MUNIFAH BT MUSTAPA

(2)

2

ISI KANDUNGAN

1.

PENDAHULUAN……….2

2.

SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ………..3

3.

INSITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI CINA 3.1.MASJID………...6

3.1.1. ALIRAN-ALIRAN DALAM PENGAJIAN ISLAM………….7

3.1.2. TAHAP RENDAH (SEKOLAH RENDAH)………8

3.1.3. TAHAP TINGGI ( UNIVERSITI)………8

3.1.4. SISTEM PENDIDIKAN UNTUK BAKAL IMAM…………....9

3.2.SEKOLAH AGAMA………..10

3.2.1. PENGAJIAN TAHAP RENDAH………10

3.2.2. PENGAJIAN DI UNIVERSITI ………...12

3.2.3. SISTEM PENDIDIKAN DI BEIJING………...13

4.

SUMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP KEMAJUAN UMAT ISLAM DI CINA………..14

5.

KESIMPULAN……….15

(3)

3

PENDAHULUAN

China dalam bahasa Mandarin ialah “Zhong Guo” yang bermaksud Negara Tengah.

Jumlah keluasan negeri China dalam lingkungan 9.6 juta kilometer persegi.Negeri China bukan

sahaja sebuah negara yang besar tetapi juga mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai.

Di antara 56 kumpulan etnik manusia yang beragama Islam, etnik Han merupakan yang paling

besar iaitu sebanyak 93.3% dari jumlah keseluruhan penduduk di China yang melebihi 1.3

billion. Terdapat 10 golongan etnik minoriti iaitu golongan Hui, Uygur, Kazakh, Tajik, Uzbek,

Dong Xiang, Salar, Bonan, Tartar dan Kirgiz.

Di China,terdapat lebih dari 4 bahasa bertulis di China selain bahasa Cina sendiri dan

juga bahasa etnik Ughur yang menggunakan abjad Arab. Berdasarkan rekod sejarah, Islam mula

diperkenalkan di China pada tahun 613-614 masihi,walau bagaimanapun sebelum abad pertama

lagi telah wujud hubungan China dan Negara Arab dan kini penganutnya sudah melebihi 20

juta.1

Penyebaran agama Islam di China bermula apabila Rasulullah s.a.w telah mengutuskan

para sahabatnya supaya berdakwah di sana. Diantaranya ialah Saad bi Abi Waqqas, Qais bin

Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman, dan Abu Qais bin al-Harith.

Pada zaman kontemporari, negeri china mengamalkan dasar “Pintu Terbuka” dan

seterusnya umat Islam Cina dapat menikmati kebebasan beragama.2

1 Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Muslim di China, Kuala Lumpur : Jabatan Muzium Dan Antikuiti, 2002,13 dan 21.

(4)

4 Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda : Tuntutlah Ilmu walaupun ke negara China . Di

dalam bahasa Indonesia China bermaksud Tiongkok manakala di dalam bahasa Arab pula di

sebut Sien dan dalam bahasa bangsa Monggol Turki di gelar Cina. Di dalam bahasa Siam

Melayu ia digelar “China” (Chi Na) bermaksud Chi ialah ‘Petunjuk’ dan ‘Na’ ialah Datuk.

Dalam bahasa mudahnya “Datuk Yang Memberi Petunjuk” iaitu ‘ Pendakwah Islam yang

memberi petunjuk ke jalan Allah yang lurus.3

SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI CINA

DINASTI MING (1368-1644CE)

Pada dinasti ini juga tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh

para saintis Islam digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Pada saat orang

Eropah masih mempercayai dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah maju kedepan

sebagaimana dilakukan oleh langsamana Cheng Ho yang menjelajah laut sebanyak 7 kali

mendahului orang Eropah.

DINASTI YUAN(1279-1368)

Pada Dinasti Yuan, menggunakan kepakaran orang Islam bagi membina pusat kajian

bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik bagi melakukan kajian yang

berkaitan dengan peredaran bintang. Salah seorang daripada ilmuan itu adalah Jamaludin atau

Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Beliau menterjemahkan banyak penemuan dari bahasa Arab ke

bahasa Cina. Jamaludin juga memperkenalkan calendar 10 ribu tahun yang juga dikenali sebagai

Wan Nein Li dan akhirnya menjadi takwim rasmi kerajaan Dinasti Yuan.Terdapat juga dinasti

3China ,Empayar Islam yang telah disembunyikan, dicapai Khamis, 28 Februari 2013,

(5)

5 yang menggunakan kepakaran ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai peralatan pelayaran dan

meramalkan cuaca kerana mereka telah maju dalam bidang tersebut.

Dalam bidang sastera pula, pengaruh ilmu Islam dapat dibuktikan pada pengkhasilan

karya-karya falsafah dan sastera yang berkualiti tinggi. Antaranya ialah Shih Ching atau Classic of

songs yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis

oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya besar dalam bahasa Cina.4

DINASTI MANCHU(1644-1911CE)

Pada dinasti ini merupakan zaman kejatuhan Islam seiring dengan pendidikan di mana

segala kegiatan orang Islam disekat dan ini menjadikan pendidikan Islam terbatas dan tidak

berkembang. Kesannya,pengetahuan tentang ilmu agama Islam semakin berkurangan dan terhad

kepada asas sahaja.

REPUBLIK CHINA(1912-1949)

Pada saat ini berlaku kebangkitan pendidikan Islam di sana apabila negara tersebut

memggunakan corak pendidikan barat dan sistem pendidikan Islam diketepikan. Implikasinya,

pendidikan Islam di sana bangkit dan proses pemulihannya berlaku secara sederhana dan terus

berkembang sehingga ke hari ini.

4 Pusat pemikiran dan kefahaman islam,Ustaz Abd Aziz bin Harijn, dicapai 25 Mei 2012,

(6)

6

Faktor Kebangkitan pendidikan Islam di China

5

Faktor utama kenapa berlakunya kebangkitan ini, pemimpin agama, guru-guru, pelajar

dan ahli-ahli masyarakat memetik dua sebab utama: keinginan untuk membina semula apa yang

telah diambil daripada mereka, dan harapan bahawa kepercayaan agama yang kuat akan

membantu melindungi masyarakat mereka daripada pelbagai masalah sosial yang kini melanda

China dalam tempoh pembangunan ekonomi yang pesat.

Selepas sedekad peristiwa yang dikenali sebagai Revolusi Kebudayaan (1966-1976),

penganiayaan intensif terhadap umat Islam di China dan serangan ganas oleh kuasa-kuasa

kerajaan di mana segala bentuk ungkapan agama telah diharamkan dan beratus-ratus pemimpin

agama telah dipenjarakan, umat Islam di seluruh China perlahan-lahan memulihkan institusi

agama mereka dan menghidupkan semula aktiviti keagamaan mereka. Penubuhan semula

institusi pendidikan yang sedang berkembang dari semasa ke semasa.

5https://openaccess.leidenuniv.nl/bitstream/handle/1887/17351/ISIM_4_Resurgence_of_Islamic_Education_in_C

(7)

7 ABAD 16

Pendidikan Islam di China mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-16. Pada awalnya

pendidikan diajar di Masjid yang dicetuskan oleh Encik Hu Dengzhou seawal tahun 1522-1579

lagi.Kemudian,pendidikan ini mengalami perubahan sedikit demi sedikit seiring dengan arus

masa dan zaman dan kini wujudnya sistem pendidikan di Sekolah Agama.

Pendidikan di masjid

Sistem pendidikan di masjid ini sangat relevan pada masa dahulu dan menjadi pilihan dihati

masyarakat Cina-Muslim disebabkan beberapa faktor iaitu, :

 Lokasi masjid yang strategik iaitu dibina di kawasan-kawasan yang penduduknya Islam.

Ini bermaksud di mana sahaja ada masjid adanya penempatan orang Islam tetapi tidak

semestinya adanya orang Islam ada masjid.

 Kaedah pendidikan yang terbuka kepada semua orang Islam

 Disediakan kemudahan penginapan yang percuma.

 Pengajaran yang diajar secara percuma oleh imam.

 Budaya dan tradisi pendidikan yang hampir sama antara cina dan negara-negara Arab

amnya,dan Islam khususnya.

 Sesuai dengan suasana sosial dan kedudukan masyarakat Islam kerana mempunyai

(8)

8

Aliran-aliran Dalam Pengajian Islam6

A. Pada peringkat awal, mazhab (sect) Shanxi oleh Feng Yangwu dan Zhang Shaoshan

menfokuskan pada ilmu Kalam dan Tafsir.

B. Mazhab Shandong oleh Chang Zhimei,Li Yanling dan She Qiling member tumpuan

kepada ilmu Sufi dan pengajian 13 kitab bahasa Arab dan Parsi.

C. Mazhab Yunnan memperkenalkan cara baru iaitu mengajar kitab dalam bahasa Arab dan

juga bahasa Cina.

D. Mazhab Hezhou di Linxi Hezhou dan di barat daya Cina membawakan kitab Mishkat

al-Masabih dan Ihya ulum al-Masabih sebagai panduan pembelajaran disana.

E. Masjid besar di Xinjiang menggunakan kaedah pendidikan yang sama di Asia Tengah.

Ini kerana telah wujud hubungan yang rapat antara umat Islam di Xinjiang dengan umat

islam di Asia Tengah.

Kaedah pendidikan di Masjid dulu dan kini

 Dulu

Pelbagai masalah yang dihadapi pada masa dahulu antaranya bilangan kitab yang tidak

mencukupi dan jumlah pelajar yang tidak ramai menyebabkan lokasi pembelajaran hanya

berlangsung di kediaman tenaga pengajar sebelum sepenuhnya beralih ke masjid.

 Kini

Dua atau tiga abad yang lalu, baru diperkenalkan sistem pendidikan yang berperingkat

peringkat dan lebih teratur dengan kelas-kelas yang tetap.

(9)

9 Tahap pendidikan di masjid

 Tahap pertama di peringkat sekolah rendah

 Tempoh pembelajaran antara 3 atau 4 tahun.

 Ilmu asas yang diajar

o Membaca ayat-ayat al-Quran

o Ilmu tauhid

o Asas solat

 Tahap kedua di peringkat Universiti Islam

 Tenaga pengajar ialah para imam

 Imu yang dituntut untuk belajar ialah

o ilmu keagamaan

o perinsip-perinsip akhlak

 Tempoh pembelajaran antara 6 ke 7 tahun lamanya

 Kursus-kursus yang ditawarkan :

o Asas

 Bahasa Arab dan Parsi

 Penggunaan bahasa retorik dan logik

o Professional

 Ilmu al-Tafsir

 Ilmu al-Kalam

(10)

10

 Syariah

 Falsafah Sufi

o 13 kitab yang digunakan

Peringkat pengajian di masjid ini ditamatkan dengan mendapat kelulusan daripada guru-guru

mereka iaitu imam-imam di masjid dan seterusnya berpeluang menyandang jawatan sebagai

imam.

Sistem pengajian untuk bakal imam.

Kelas pengajian al-quran telah lama wujud untuk melatih bakal-bakal imam,dimana

masjid dijadikan tempat untuk belajar dan imam-imam menyampaikan ilmu agama dan juga

kelas tilawah al-quran untuk golongan yang baru belajar.

Untuk peringkat awal,pelajar akan belajar bahasa Arab dan asas pengajian ilmu Islam sebelum memasuki “kolej” di peringkat yang lebih tinggi untuk belajar membaca 30 juzuk al

-quran.

Apabila tamat,mereka akan memakai uniform iaitu jubah labuh menandakan mereka

adalah garaduan dalam pendidikan agama. Sistem pengajian tradisional ini masih diamalkan di

bebarapa masjid sehingga hari ini.7

7 ,Islam in Beijing, Brunei Darussalam : Islamic Da'wah Centre Ministry of Religious Affairs, 1990?,

(11)

11

Pendidikan di Sekolah Agama/ Insitusi

ABAD 20

Pada tahun 4 Mei 1919, telah muncul satu pergerakan yang mempengaruhi konsep

budaya baru oleh intelek dan aktivis sosial muslim dan seterusnya memperkenalkan sistem

pendidikan Islam yang moden iaitu pendidikan di sekolah dan menubuhkan sekolah - sekolah

agama antaranya di Beijing,Shanghai,Sichuan,Jinan,Yunnan,Ningxian Wuzkong Chinese dan

Arabic Normal School.Perkembangan ini tidak berhenti dengan membina sekolah-sekolah agama

sahaja tetapi meningkatkan sistem pendidikan dengan mengambil tenaga pengajar yang mahir

dalam dalam ilmu agama,fasih berbahasa arab dan juga ilmu saintifik.8

Persatuan Islam china memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan ilmu

agama Islam. Ianya mula ditubuhkan pada tahun 1953 dan berhasil munubuhkan sebanyak 420

buah persatuan Islam di Negara ini. Persatuan ini ibarat sumber ilmu kerana persatuan inilah

yang menyediakan dan mengeluarkan kitab-kitab agama,tafsir Al-Quran,terjemahan hadith yang

telah berhasil menerbitkan 6 buah buku termasuklah Bukhari dan Muslim. Semua ilmu ini

menjadi rujukan dan digunakan di institusi-institusi.

Pengajian tahap rendah

Pada umumnya, Peringkat Pengajian kebangsaan bagi semua rakyat di china adalah

sama iaitu 6 tahun di sekolah rendah dan 6 tahun di sekolah menengah. Pengajian agama

berpusat di sekitar masjid untuk semua golongan dan pada masa cuti sekolah disediakan kursus

intensif. Ceramah agama selama sejam sebelum khutbah jumaat yang menjadi amalan di semua

(12)

12 masjid di Negara tersebut merupakan salah satu intensif untuk meningkatkan tahap pemahaman

ilmu agama kepada masyarakat.9

. Bermula era 1920 ke 1930an kaedah pendidikan di sekolah mula diwujudkan, dan pada

tahun 1955,iaitu pada zaman Republik Rakyat China telah ditubuhkan sekolah-sekolah

menengah agama ( Chinese Islamic Institute) di bawah sokongan dan pengawasan kerajaan

rakyat.10

Pengajiann tahap tinggi

Institusi terbahagi kepada dua jenis institut iaitu yang pertama, Institut Islam China

yang terbuka kepada semua pelajar Islam di seluruh Negara. Institut ini di bawah kelolaan

persatuan Islam china ini sendiri dimana proses pembelajaran mengambil masa selama 4 tahun

dan berupaya melahirkan ramai imam,guru,pengurus syarikat,pemimpin persatuan.

Kedua,institut Islam di ibu kota yang penduduk Islam yang majorit dan penawaran

kursus yang lebih lama iaitu dalam tempoh 5 tahun.11 Sekarang, banyak institut yang berhasil

ditubuhkan antaranya 9 institut sahaja di

Beijing,Urumqui,Shenyang,Xining,Lanzhou,Zhengzhou,Kunminng,wilayah Hebei dan wilayah

autonomi Ningxia Hui.Institut ini tidak lain melainkan bertujuan menghasilkan

pemimpin-pemimpin Islam yang dapat menguasai ilmu agama dengan tahap terbaik,menguasai bahasa Arab

dan Cina dengan fasih, mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan berprinsip sosialis.

9 Kembara bahasa, Kajian Islam di China: Sistem dan Perkembangan Pendidikan, dicapai 30 April 2010,

http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/04/kajian-islam-di-china-sistem-dan.html

10Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Muslim di China,67-70

11 Kembara bahasa, Kajian Islam di China: Sistem dan Perkembangan Pendidikan, dicapai 30 April 2010,

(13)

13 Cirri-ciri Institut

 Institut ini menawarkan 2 kursus iaitu kursus Islam dan kursus kesusasteraan.

 Syarat Kemasukan institut ialah Islam, lulus ujian sekolah menengah dan juga

berdasarkan kelulusan menduduki ujian khas.

 Jenis pengajian ditawarkan ialah kursus peringkat ijazah, ijazah politeknik,kelas-kelas

penyelidikan,kelas bimbingan imam,kelas tambahan bagi penuntut luar negeri.

 70% kuliah agama iaitu Al Quran,Hadith,Tauhid,Feqah,Sirah dan Bahasa Arab

 30% ilmu kenegaraan antaranya geografi,politik,undang-undang,bahasa inggeris,bahasa

Cina, sejarah islam di zaman dinasti-dinasti cina dan subjek sains social yang

lain,kitab-kitab juga turut dipelajari oleh penuntut.

 Matlamat institut ini seperti, setiap pelajar yang tamat pengajian disini dapat menguasai

urusan-urusan di masjid,luar Negara, menguasai ilmu teori dan budaya untuk

membolehkan mereka menjawat jawatan yang penting seperti pegawai kanan agama dan

seterusnya berbakti kepada masyarakat

Pengajian Di luar Negara

Universiti tempatan menjalinkan hubungan kerjasama dengan universiti luar Negara dari

tahun 1930an lagi12. Di mana lulusan di universiti tempatan berpeluang menyambung pengajian

di university Al-Azhar,Mesir,Libya,Pakistan dan Malaysia. Dari sudut kos pengajian, bukan

sahaja persatuan Islam china yang menaja bahkan juga di Malaysia ditawarkan biasiswa

Yayasan Al-Bukhari untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

12 Islam in China,laman sesawang Islamic education in China, dicapai 28 ogos 2010, http: //www. Islamhk.

(14)

14 Paling penting, peranan mereka dalam bidang ilmu agama dan kajian ilmiah sangat penting

untuk disebarkan dan untuk dimanfaatkan dibumi mereka kelak.13

Beijing

Pada Dinasti Qing,beberapa jenis pendidikan agama yang baru di perkenalkan buat

pertama kali di Beijing pada tahunn 1900. Pendidikan baru yang di perkenalkan bukan sahaja

belajar tentang cina tetapi belajar bahasa arab,sains dan pengetahuan agama,ini menjadikan

pelajar serba boleh dan tidak hanya terhad kepada ilmu tertentu sahaja.

Antara institusi-instiusi di china

 Institut Peking ditubuhkan pada tahun 1949 untuk golongan Hui dan melebihi 1000

pelajar yang berdaftar.

 Institut Sinkiang yang ditubuhkan untuk melatih kemahiran diri sebelum menceburi

dalam bidang kerja-kerja pembinaan di Sinkiang, dimana pelajarnya melebihi 800 orang

dan kebanmyakkannya orang Islam.

 Sekolah Menengah Tunhua di Shanghai hanya untuk pelajar Hui.14

Kesimpulan,kebangkitan pendidikan Islam di Cina memberi sumbangan yang penting

kepada pemahaman kita terhadap masyarakat Islam di China.

13 Ibid.

(15)

15

SUMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI CINA

MATEMATIK (Dinasti Tang dan Sung)

 Diperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu),

 kaedah 60 darjah, algebra dan trigonometri

PERUBATAN ( Dinasti Tang & Dinasti Sung)

 Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu

perubatan China.

 Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan.

PEMBINAAN

 Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian

keadaan di situ.

 Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).

PELAYARAN

 Sumbangan Islam dalam mencipta dan memajukan pelbagai peralatan pelayaran seperti

kompas dan kaedah ukuran air, dan meramalkan cuaca.

 Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China.15

IMAM ABAD 20-21

 Lebih 50000 imam telah dilahirkan

 Berperanan mengembangkan dan memelihara ilmu agama di negara tersebut

EKONOMI 20-21

 Lulusan yang memiliki ilmu agama sekarang serba boleh dan boleh memasuki pelbagai

bidang kerja

 Perniagaan makanan halal dikawal oleh orang Islam

15 Pusat pemikiran dan kefahaman islam,Ustaz Abd Aziz bin Harijn, dicapai 25 Mei 2012,

(16)

16

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perkembangan islam di china dalam aspek pendidikan menyentuh

mengenai kepercayaan agama,nilai dan pandangan,etika dan prinsip moral serta budaya dan

pengetahuan tentang islam.

Berdasarkan kajian penulis, penulis mendapati kaedah dan sisitem pendidikan di masjid

dulu dan kini berbeza dan Institut di china jauh lebih hebat daripada di Malayisa dan setanding

dengan universiti-universiti di negara-negara Islam.

Sejarah telah memperlihatkan kita dunia pendidkan merupakan cara yang penting dan

berkesan untuk meningkatkan kedudukan umat Islam ke peringkat yang jauh lebih tinggi dan

(17)

17

Pendidikan islam di masjid

Masjid Xian

(18)

18

Pendidikan islam di Institut

(19)

19

Bibliograpi

1- Ann Wan Seng, Mencari Islam Di China,kuala lumpur: must read sdn bhd 2010

2- China,Empayar Islam yang telah disembunyikan, dicapai Khamis, 28 Februari 2013,

http://kedahcybersyburi.blogspot.com/2013/02/china-empayar-islam-yang-di-sembunyikan_28.html

3- China Islamic Association, Moslems in China, Peking : Foreign Languages Press,

1953.

4- Haji Yusuf Liu Baojun, Perkembangan masyarakat China Muslim di Dunia,Kuala

Lumpur : Pusat Penyelidikan Ensiklopedia Malaysia.

5- https://openaccess.leidenuniv.nl/bitstream/handle/1887/17351/ISIM_4_Resurgence_o f_Islamic_Education_in_China.pdf?sequence=1

6- Islam in China,laman sesawang Islamic education in China, dicapai 28 ogos 2010,

http://www.islamhk.com/en/?p=12&a=view&r=50

7- Islam In China by Yusuf Abdul Rahman

http://www.teachislam.com/dmdocuments/182/ISLAM%20IN%20CHINA.pdf

8- Kembara bahasa, Kajian Islam di China: Sistem dan Perkembangan Pendidikan,

dicapai 30 April 2010,

http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/04/kajian-islam-di-china-sistem-dan.html

9- Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Muslim di China,

Kuala Lumpur : Jabatan Muzium Dan Antikuiti, 2002.

10-Penulis tidak diketahui,Islam in Beijing, Brunei Darussalam : Islamic Da'wah Centre Ministry of Religious Affairs, 1990

11-Pusat pemikiran dan kefahaman islam,Ustaz Abd Aziz bin Harijn, dicapai 25 Mei 2012,

Referensi

Dokumen terkait

Selanjutnya terpetakan literasi media yang dilakukan para narasumber khususnya pada remaja keturunan Tionghoa yang bermukim di wilayah Pasar Lama kota Tangerang, dalam proses

Dari data diatas dapat disimpulkan bahwa dalam kelompok X1 item X1.1 responden banyak yang memilih sangat setuju dengan jumlah 48 responden atau 52% dari total responden, dan

dimanfaatkan sebagai obat tradisional oleh masyarakat Kecamatan Bangun Purba suku Mandailing dan untuk mengetahui pemanfaatan tumbuhan obat yang meliputi bagian organ

instrumen derivatif yang tepat untuk meminimalisasi risiko-risiko yang akan terjadi dan.. dapat mengurangi kerugian

PRAJNYA PARAMITA. Program Studi : Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan, Jurusan Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial, Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan,

dari ketentuan pasal tersebut, dapat ditarik kesimpulan bahwa peran Dinas Perhubungan (DLLAJR) dalam menertibkan aturan lalu lintas angkutan umum adalah suatu

LAMAN INI DIPERUNTUKKAN BAGI JURNAL YANG AKAN KE ARAH AKREDITASI NASIONAL DAN BEREPUTASI INTERNASIONAL (TERINDEKS SCOPUS). JURNAL UNAIR YANG MASIH MEMPERSIAPKAN DIRI DAPAT DI