• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENJADI BAHA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CABARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENJADI BAHA"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

CABARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENJADI BAHASA DUNIA

Juliana Osong¹ (Ph.D), George, T.², Tengku Zahiri Tengku Abd Wahab³, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

88805 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Corresponding author: juliana.osong@ipgm.edu.my

Abstrak

Bahasa jiwa bangsa. Bahasa merupakan alat komunikasi dalam masyarakat, di samping menjadi cermin kehidupan sesebuah bangsa. Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi jiwa bangsa Melayu. Sehubungan itu, kertas ilmiah ini bertujuan untuk membicarkan tentang kedudukan bahasa Melayu dari aspek (i) penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa ekonomi, dan bahasa sosial, (ii) relevansi penggunaanya, dan (iii) keupayaan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa antarabangsa. Senerio semasa menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu untuk menjadi bahasa utama di institusi pengajian tinggi, IPTA dan IPTS semakin sukar berbanding bahasa Inggeris. Walaupun bahasa Melayu menduduki tempat ke-enam dalam senarai jumlah penutur paling ramai di dunia, namun bahasa Melayu tidak tersenarai dalam 10 bahasa yang paling meluas penggunaannya dalam bidang ekonomi, sosial dan perundangan serta politik antarabangsa. Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 telah menetapkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Persekutuan namun peranan bahasa Inggeris masih mengatasi peranan bahasa Melayu. Tidak dinafikan terdapat pelbagai usaha dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu, namun perkembangan bahasa Melayu semakin diuji dengan badai globalisasi, liberalisasi dan pengaruh modenisasi yang semakin sukar. Ini jelas apabila sehingga hari ini bahasa Melayu masih belum mempunyai satu kerangka standard bahasa Melayu (KSBM) yang boleh digunakan secara piawai di seluruh dunia berbanding bahasa Inggeris yang mempunyai 'Common European Framework of Reference for Languages (CEFR)', iaitu piawai antarabangsa untuk menerangkan keupayaan berbahasa penutur bahasa Inggeris.

▸ Baca selengkapnya: maka sembah laksamana bahasa melayu standard

(2)

1 Pengenalan

Bahasa dunia merupakan bahasa yang dituturkan di peringkat antarabangsa dan dipelajari oleh ramai orang sebagai bahasa kedua. Penentuan sesuatu bahasa untuk menjadi bahasa dunia ditentukan berdasarkan jumlah penutur, taburan lokasi geografi dan hubungan diplomatik. Manakala bahasa Melayu pula merupakan bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga Austronesia yang digunakan secara meluas di negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia dan persekitarannya sejak 1,000 tahun yang lampau (Noresah Baharum dalam Kamus Dewan Edisi ke empat, 2007).

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kepada negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Ianya juga ditutur oleh penduduk Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Bahasa Melayu di negara Indonesia dikenali sebagai bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia, iaitu Sumpah Pemuda pada tahun 1928 (Hassan Ahmad, 2007). Manakala di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di negara Brunei seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959. Di Singapura pula, Bahasa Melayu mengekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi, iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India dan Melayu [CITATION Sin14 \l 1033 ].

(3)

2 Latar Belakang Penggunaan Bahasa Dunia

Menurut Summer Institute of Linguistics (SIL) International and Internet World Stats, Bahasa Melayu berada dalam senarai 10 bahasa utama dunia yang mempunyai bilangan penutur paling ramai (Pusat Bahasa Al-Azhar, 2013), dan menduduki tangga kelapan sebagai bahasa utama paling banyak digunakan di laman sesawang [ CITATION Utu16 \l 1033 ]. Akhbar Sinar Harian (2014) melaporkan terdapat lebih 300 juta penutur bahasa Melayu di dunia, manakala Awang Sariyan (2013), menyatakan penutur bahasa Melayu adalah sejumlah 350 juta di peringkat antarabangsa.

Kajian terkini menjelaskan bahawa kedudukan bahasa Melayu berada di kedudukan ke-enam sebagai bahasa yang paling banyak penuturnya di dunia [ CITATION Adi17 \l 1033 ]. Namun begitu, bahasa Melayu masih tidak tersenarai dalam 10 bahasa yang paling meluas penggunaannya sebagai bahasa ekonomi, bahasa Sains & Teknologi, bahasa bahasa sosial dan bahasa ilmu serta perundangan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1

Senerio Kedudukan Bahasa Melayu di Dunia

Bil. Fungsi Bahasa Jumlah Penutur (Juta) Kedudukan

1 Bahasa

pertuturan Bahasa Cina - 955 (PJ); 194 (BPJ)Bahasa Inggeris - 360 (PJ); 604 (BPJ)

Bahasa Melayu - 77; 170 - Bahasa Indonesia = 247

Bahasa Melayu menduduki tempat ke-enam dalam senarai jumlah penutur dunia. 2 Bahasa Dagang Didahului dengan Bahasa Inggeris, Bahasa

Sepanyol, Bahasa Cina, Bahasa Arab... Bahasa Melayu tidak dalam 3 Bahasa Ilmu Bahasa Inggeris (21.8%), Bahasa Cina (11%),

Bahasa Jerman (9.2%)...

Ilmiah Bahasa Inggeris (45.2%), Bahasa Jerman (11%), Bahasa Cina (6.5%), Bahasa Sepanyol (5.6%)...

6 Bahasa Internet Bahasa Inggeris (56%), Bahasa Jerman (7.7%), Bahasa Perancis (5.6%), Bahasa Jepun (4.9%)...

7 Bahasa Filem &

Video Bahasa Inggeris (34.9%), Bahasa Sepanyol (5.1%), Bahasa Jerman (3.7%), Bahasa Perancih (3.3%)...

* PJ = Penutur jati * BPJ = Bukan Penutur jati

(4)

Berdasarkan sorotan literatur menunjukkan bahawa bahasa yang paling ramai jumlah penuturnya ialah bahasa Cina, iaitu kira-kira satu per lima (1/5), penduduk di bumi bertutur dalam bahasa Cina sebagai bahasa ibunda. Negara China sendiri mempunyai jumlah penduduk sekitar 1.3 bilion dengan Mandarin merupakan bahasa rasmi negara China. Pada masa yang sama bahasa Mandarin juga merupakan bahasa rasmi di beberapa buah negara dan organisasi antarabangsa di dunia, menjadikan jumlah penutur bahasa Cina di dunia seramai 1.6 bilion (Pusat Bahasa Al-Azhar, 2013; Adi Badiozaman Tuah, 2017).

Seterusnya tangga kedua diduduki oleh bahasa Inggeris. Kajian menunjukkan sekitar 500 juta menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda, dan lebih kurang 800 juta orang yang menjadikannya bahasa kedua, menjadikan jumlah penutur bahasa Inggeris ialah lebih kurang 1.3 bilion orang di seluruh dunia [ CITATION Dav97 \l 1033 ]. Bahasa Inggeris semakin meluas penggunaannya dengan adanya teknologi internet dan media antarabangsa. Didakwa bahawa sebanyak 53 buah negara dan 10 organisasi antarabangsa mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, hampir semua negara di dunia menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selepas bahasa kebangsaan masing-masing [ CITATION Pus \l 1033 ].

Bahasa Arab (fusaha), turut menjadi bahasa dunia disebabkan oleh faktor faktor peluasan agama Islam yang membawa sama bahasa Arab ke seluruh Timur Tengah, utara Afrika dan negara yang mempunyai penduduk yang beragama Islam di luar dunia Arab. Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan merupakan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an dengan jumlah penutur seramai ialah lebih kurang 300 juta orang.

(5)

sebahagian dari Swiss, Luxembourg, Lichtenstein, beberapa bandar di Ceko, Hungaria, Polandia, Denmark dan Belanda. Sejarah pernah mencatatkan yang bahasa Jerman pernah menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan di akhir abad ke-19.

Bahasa kedua yang berkembang pesat di benua Eropah ialah bahasa Sepanyol. Ianya telah tersebar luas hasil daripada penjajahan Sepanyol di Amerika Tengah, Amerika Selatan dan sedikit di Filipina. Bahasa Spanyol merupakan bahasa keempat yang paling banyak digunakan di dunia dengan jumlah penutur disekitar 500 juta orang di dunia, dan mengambil kira penutur yang menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa kedua menjadikan jumlah penutur bahasa ini seramai 600 juta orang. Rekod semasa menunjukkan majoriti penutur bahasa Spanyol berada di Amerika Latin dengan jumlah penutur di sekitar 400 juta orang [ CITATION Pus \l 1033 ].

Bahasa terakhir yang dirujuk dalam kajian ini ialah bahasa Perancis, yang dianggap sebagai bahasa diplomatik dan meletakkan bahasa Perancis sebagai bahasa dunia. Bahasa Perancis (le français, la langue française) adalah salah satu bahasa penting dari kelompok bahasa Roman. Bahasa Perancis berada pada tangga ke-11 sebagai bahasa yang paling banyak dituturkan di dunia dan sehingga tahun 1999, bahasa ini dituturkan oleh lebih dari 77 juta penduduk di dunia sebagai bahasa ibunda dan seramai 128 juta penutur sebagai bahasa kedua. Bahasa Perancis juga adalah salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB) selain bahasa Inggeris, Mandarin, Rusia, Sepanyol dan Arab.

Berbalik kepada kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu yang berada di kedudukan ke-enam dalam senarai bahasa yang paling banyak penuturnya di dunia. Bahasa Melayu telah diperkenalkan dan dipelajari oleh orang Cina seawal kurun ke-15, apabila dinasti Ming di China menubuhkan jabatan bahasa asing termasuk bahasa Melayu [ CITATION Sin14 \l 1033 ]. Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa & Pustaka dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABBIM) pernah mencadangkan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Asean memandangkan lebih separuh jumlah penduduk Asean mampu bertutur dalam bahasa Melayu, (Utusan Online, 2016; Wikipedia Ensiklopedia Bebas, 2017). Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan muktamad mengenai perkara tersebut.

(6)

terancang selaras dengan pengaplikasian kecanggihan Sains dan Teknologi, perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu dalam membina pangkalan data bagi menyimpan segala hasil penyelidikan untuk kegunaan pada masa akan datang. Jika perkara ini dapat dijadikan kenyataan maka bahasa Melayu boleh menjadi bahasa Ilmu, bahasa Sains dan Teknologi.

3. Konteks Penggunaan Bahasa Melayu

Daripada sorotan literatur, dapat dirumuskan bahawa peranan bahasa Melayu pada konteks penggunaannya boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu;

3.1. Bahasa Bangsa Melayu

Penggunaan bahasa Melayu dari aspek kearifan lokal, jiwa bangsa, aspirasi bangsa, adap budi dan budaya bangsa Melayu. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa jiwa bangsanya. Penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai perisian dengan kesantunan bahasa itu sendiri membolehkan seseorang menilai dan mengukur tingkat ilmu dan nilai estetika keluwesan bahasa Melayu itu sendiri. Bangsa Malaysia dan semua penutur bahasa Melayu perlu menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan terus memelihara nilai estetika, kesantunan bahasa Melayu bagi membolehkan ianya diterima dan dipandang tinggi oleh bangsa bukan Melayu [ CITATION Adi17 \l 1033 ].

3.2. Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kepada penduduk negara Malaysia, iaitu lambang identiti kenegaraan, bahasa perpaduan dan juga pernah menjadi bahasa lingua franca di tanah Melayu. Bahasa Melayu mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai statusnya sebagai bahasa ilmu melalui gabungan kerjasama semua pihak. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dan kepelbagaian cara hidup dan budaya membolehkan bahasa Melayu bahasa yang berdaya saing dan boleh menjadi bahasa ilmu, namun ianya memerlukan gabungan kerjasama dari semua pihak (Baharuddin Salleh dalam portal USM, 2012)

(7)

Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda boleh digunakan di Sabah dan Sarawak (Perkara 161 (1) Bahagian XII(A), iaitu perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak (Percetakan Negara, 1983).

Seterusnya bahasa Melayu telah dikenal pasti sebagai alat perpaduan dan ianya merupakan salah satu strategi untuk meyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik sejak zaman sebelum merdeka lagi. Perkara ini juga telah membawa kepada penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Malaysia. Penyata Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan (1963;1967), Akta Pelajaran (1972;1996) digubal bagi tujuan untuk membentuk identiti kebangsaan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, bangsa dan agama (Arkib Negara Malaysia, 2017).

Sejarah pernah mencatatkan bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua-franca (bahasa perantaraan) di zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan terkenal pada abad ke-15. Ramai pedagang dari seluruh dunia seperti Timur Tengah, Arab, India, China, Inggeris, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jawa, Bugis datang berdagang dan telah menngujudkan masyarakat majmuk di Melaka pada masa itu. Pada masa itulah bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi dalam kalangan pedagang berkenaan. Hal ini kerana bahasa Melayu mudah difahami dan ianya juga bahasa dinamik yang banyak meminjam daripada perkataan bahasa lain seperti bahasa Arab, Jawa, Inggeris.

3.3. Bahasa Dunia

(8)

Melayu sebagai bahasa perhubungan (A. Aziz Deraman, 2001; Ku Hasnan Ku Halim, 2005; Abdul Aziz Bari, 2006).

Perkara ini juga menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan individu yang berpengaruh dengan sendirinya akan mengangkat bahasa Melayu itu sendiri. Jestru, adalah disarankan agar ahli politik, ahli korporat, golong profesional, ilmuan dan ahli akademik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengambil bahagian dengan aktif dalam menggunakan dan memperkembangkan pengguna bahasa Melayu bagi membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa yang berkuasa dalam bidang penggunanya.

Perkembangan bahasa Melayu di dunia, memperlihatkan betapa meluasnya pengajaran dan pembelajaran bahasa ini di seluruh dunia seperti di Australia, Perancis, Belanda, Jerman dan Amerika Syarikat (Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad dalam portal USM, 2012). Malah subjek bahasa Melayu dan Pengajian Melayu turut diajar di dunia eropah seperti di Universiti Moscow, Universiti Amur dan Universiti Timur Jauh. Manakala di negara China bahasa Melayu dan Pengajian Melayu diiktiraf dengan adanya Kursi Pengajian Melayu yang disandang oleh Prof. Dr. Awang Sariyan, bertempat di Pusat Pengajian Asing Malaysia-China yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 di Universiti Tienjen Beijing [ CITATION Vic11 \l 1033 ]. Program bahasa Melayu di China telah melewati 50 tahun dan telah melahirkan ramai pegawai diplomat, jurubahasa serta penyiar yang menguasai bahasa Melayu [ CITATION Awa \l 1033 ]. Universiti Tienjen Beijing yang bertanggungjawab ke atas Kursi Pengajian Melayu-China telah berjaya menyebarluaskan bahasa Melayu ke seluruh negara China dan ini terbukti dengan wujudnya tiga buah universiti di China yang mempunyai Program bahasa Melayu sendiri, iaitu di Universiti Peking, Universiti Komunikasi dan Universiti Bangsa-bangsa Guan Xi [ CITATION Awa \l 1033 ].

(9)

Hala tuju Bahasa Melayu di persada antarabangsa menjadi isu yang hangat dibincangkan dalam Persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM, DBP dan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Perlaksana Dasar Bahasa USM. Seramai 200 orang peserta persidangan menyatakan hasrat untuk melihat pemimpin negara menggunakan bahasa Melayu ketika berucap di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu. Kumpulan pejuang Bahasa Melayu ini juga mencadangkan agar Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu yang pernah ditubuhkan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1997 dihidupkan semula. Persidangan ini turut mencadangkan untuk membawa resolusi persidangan kepada Jawatankuasa Naib-naib Canselor IPTA untuk mengadakan Persidangan Bahasa Melayu Dunia sebagai kesinambungan dari persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu.

Rumusannya usaha untuk memertabatkan bahasa Melayu adalah usaha semua rakyat Malaysia agar mahu menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi harian mereka. Media elektronik dan semua media massa hendaklah menjadi role-model dalam penggunaan bahasa Melayu tinggi kerana ianya membawa impak yang besar terhadap penguasaan dan penggunaan bahasa kanak-kanak dan remaja (Portal USM, 2012). Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu menuntut visi dan tekad politik terutama di pihak tiga negara (Indonesia, Malaysia, Brunei), bagi membolehkan bahasa Melayu digunakan di forum antarabangsa termasuk dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (Awang Sariyan, 2013).

4 Relevansi dan Keupayaan Bahasa Melayu

Relevansi dan kelangsungan bahasa Melayu untuk dipelajari dan dikuasai bergantung kepada beberapa faktor, antara lain ialah;

(10)

Penggunaan bahasa Melayu dalam ajaran Islam turut memberi implikasi postitif ke atas perkembangan kosa kata bahasa Melayu. Sorotan literatur menunjukkan kewujudan perkataan-perkataan baharu bagi menerangkan konsep tauhid, syariah, undang-undang dan tasawuf seperti perkataan wajib, sunat, hukum, harus, kitab, qadhi, subuh (Noresah Baharum, 2005). Perkara ini merupakan proses yang positif dan dinamik ke arah pengayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu. b. Keupayaan untuk menjana dan menggabungkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang kehidupan dan disiplin ilmu, terutama sekali dalam penyelidikan Sains dan Teknologi. Kegiatan penterjemahan karya-karya bahasa Melayu seperti muzik, buku, jurnal dan teknologi ke dalam bahasa asing seperti bahasa Rusia dan bahasa China membolehkan karya Melayu disebar luas di seluruh dunia dan sumbangan rumpun Melayu dalam aspek adab, ilmu dan tamadun dapat mencorak dunia ilmu. Ini membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa yang setanding dengan bahasa pertuturan antarabangsa seperti bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Rusia, Arab [ CITATION Zal11 \l 1033 ].

c. Keupayaan untuk memelihara nilai-nilai murni yang mencirikan bahasa dan budaya Melayu, di samping memiliki daya upaya untuk berkembang dan dibina menjadi bahasa dinamik.

d. Kesedaran dalam kalangan pengguna bahasa tentang penguasaan teknikal bahasa perlu dilengkapi dengan kefahaman mengenai nilai serta adab budi bahasa penutur jati.

5 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Menjadi Bahasa Dunia

(11)

sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris juga masih kukuh dalam sebarang perjanjian yang memerlukan pelanggan merujuk kepada versi bahasa Inggeris jika sekiranya terdapat percanggahan dalam nota perjanjian berkenaan [ CITATION Per83 \l 1033 ]. Kajian Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor (2015) yang melibatkan 13 kes kluster di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) pada tahun 2014 merumuskan bahawa penerbitan ilmiah, iaitu buku, monograf, bab dalam buku, artikel dalam jurnal dan artikel dalam prosiding masih diungguli oleh penerbitan dalam bahasa Inggeris, iaitu 86% berbanding bahasa Melayu yang hanya 14%. Secara detailnya bagi kategori penerbitan buku, penggunaan bahasa Melayu hanya mencakupi 34%, manakala bahasa Inggeris sebanyak 66%. Bagi kategori jurnal dan prosiding pula masing-masing 8% dan 11% dalam bahasa Melayu berbanding dalam bahasa Inggeris 92% dan 89% masing-masingnya (Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor, 2015).

Kajian lepas juga menunjukkan bahawa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia tidak memberi sumbangan yang sepatutnya untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang penerbitan (Ibrahim Komoo, 2014), tidak yakin keatas keupayaan bahasa melayu untuk menjadi bahsa penyampaian ilmu (Noraien & Noor Rohana, 2013). Ketidakyakinan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dapat dilihat dalam beberapa konteks pendidikan negara khususnya selepas era tahun 2003, ini terbukti apabila beberapa dasar kerajaan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa Sains dan Teknologi (Ibrahim Komoo, 2014; Sharifah Darmia Sharif Adam, 2014).

(12)

masuk sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET dan Band 5 untuk kursus Sains dan Teknologi [ CITATION KuH13 \l 1033 ].

Isu seterusnya ialah penggunaan bahasa rojak dan bahasa pasar yang meluas mengakibatkan hilangnya jati diri bahasa Melayu. Perkara ini menjadi semakin teruk dengan adanya dunia internet dan teknologi maklumat sebagai komunikasi. Penggunaan bahasa rojak, bahasa pasar dan bahasa Indonesia berlaku dengan sewenang-wenangnya menyebabkan kemurnian dan kesantunan bahasa Melayu dinodai (A. Aziz Deraman, 2001; Ku Hasnan Ku Halim, 2005).

Laporan Jawatankuasa Eksekutif Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABBIM) ke-6 (2005), oleh Profesor Dr. Bernd Nothofer, anggota MABBIM yang mewakili Eropah dan Profesor Dr. Uli Kozok yang mewakili Amerika Syarikat, menjelaskan walaupun terdapat 100 buah institusi di luar negara yang mengajarkan bahasa Melayu namun hampir kesemuanya mengajarkan bahasa Indonesia.

Cabaran sikap liberalisme masyarakat Melayu, yang lebih percaya bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu bertaraf global, malah ada juga golongan Melayu elite yang yakin hanya bahasa Inggeris yang dapat memacu kemajuan negara (Nik Safiah Karim, 2013; Safiah Ahmad, Shahdatulakma Ahmad, & Azlina Md Sadik, 2016). Senerio ini menjadi lebih teruk apabila terdapat segelintir pemimpin masyarakat, yang berkompromi tentang isu bahasa jiwa bangsa apabila ianya dilibatkan dengan kompromi politik (Ku Hasnan Ku Halim, 2005; Sharifah Darmia Sharif Adam, 2014; Safiah Ahmad, Shahdatulakma Ahmad, & Azlina Md Sadik, 2016). Jelasnya halangan kepada usaha untuk memertabatkan bahasa Melayu di persada dunia ialah tindakan masyarakat Melayu itu sendiri yang tidak melihat kepada kepentingan bahasa Melayu sebagai jati diri untuk diwariskan kepada generasi masa hadapan (Fatimah Busu dalam portal USM, 2012; Rasdan Ahmad, 2014).

(13)

European Framework of Reference for Languages (CEFR), yang digunakan diseluruh dunia untuk menerangkan kemahiran bahasa penutur.

Pengujudan satu kerangka standard Bahasa Melayu perlu sebagai rujukan tentang penguasaan dan kemahiran penuturnya, diselaras merentas penutur di seluruh dunia pada peringkat yang berbeza, iaitu dari penutur asas (penutur jati dan bukan) kepada penutur pakar. Sehubungan dengan itu, usaha yang dijalankan oleh Institut Pendidikan Guru Bahasa Melayu dengan kerjasama pakar-pakar bahasa Melayu dari UPM, UPSI dan DBP dalam membina Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) perlulah disokong oleh semua pihak terutama pihak (terutama penentu dasar) bagi membolehkan satu rujukan piawai antarabangsa untuk menerangkan keupayaan & kemahiran bahasa Melayu dalam kalangan penuturnya di seluruh dunia.

6 Kesimpulan dan Perbincangan

Harapan untuk melihat bahasa Melayu menjadi bahasa yang digunakan dalam semua mesyuarat dan acara rasmi negara seperti mana yang termaktub dalam akta yang ada dan seterusnya dalam mesyuarat dan majlis di peringkat antarabangsa memerlukan usaha strategik yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak terutama negara-negara di dunia Melayu. Untung nasib bahasa Melayu terletak pada usaha dan sejauh mana bangsanya mempertahankannya (Hassan Ahmad, 2007).

(14)

Rujukan

A. Aziz Deraman. (2001). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Abdul Aziz Bari. (2006). Politik Perlembagaan. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar & Konrad Adenauer Foundation.

Adi Badiozaman Tuah. (2017). Kepentingan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Seminar Kerangka Standard Bahasa Melayu, (pp. 1 - 5). Kuching. Arkib Negara Malaysia. (2017, Jun 16). Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia.

Retrieved Ogos 20, 2017 from Persada Kegemilangan Bahasa Melayu: http://www.arkib.gov.my/web/guest/persada-kegemilangan-bahasa-melayu? Awang Abd Rahman Nawi. (2015). Memperkukuhkan peranan bahasa Melayu

sebagai penghela dan wahana Ilmu pengetahuan. Seminar Kebahasaan sempena Sidang ke-54 MABBIM. Bandar Seri Begawan, Brunei: MABBIM. Awang Sariyan. (2011). Klikweb.dbp. Retrieved Ogos 21, 2017 from Pengajian

Melayu di China (Bahagian 1) Hubungan Ketamadunan Melayu-China: http://klikweb.dbp.my/?p=1799

Hashim Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan menghadapi cabaran Abad ke-21. Serdang, Selangor, Malaysia: UPM.

Hassan Ahmad. (2008, Mac 19). Bahasa Melayu Bahasa Indonesia. Berita Harian , 3. Kuala Lumpur, Malaysia.

Ibrahim Komoo. (2014). Istilah Sains dan Teknologi: Pembinaan, Penggunaan dan Penerimaan di IPT Malaysia. Jakarta, Indonesia.

Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim, & Mohd Hafiz Sulaiman. (2013). Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa. International Journal of the Malay World and Civilisation, 1 (1), 55-65.

Lokman Abd Wahid. (2017). Kerangka Standard Bahasa Melayu untuk Semua: Satu Analisis Empirikal. Seminar Kerangka Standard Bahasa melayu. Johor Baharu: IPGK Bahasa Melayu.

Nik Safiah Karim. (2013, November 13). Bahasa Melayu di Pesisir Wilayah Timur. Kuala Terengganu, Malaysia.

Noraien Mansor, & Noor Rohana Mansor. (2015). Penerbitan Ilmiah Bahasa Melayu Dalam Kalangan Ilmuan Negara. Journal of Business and Social Development, 3 (1), 25 - 32.

Noresah Baharum. (2005, Ogos 15). Antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu.

Berita Harian , 2. Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Harian.

Percetakan Negara. (1983, Julai 15). Akta 32: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 .

Undang-undang Malaysia . Percetakan Negara.

Pusat Bahasa Al-Azhar. (2013). Pusat Bahasa Al-Azhar: Pengkaji Bahasa & Sastera. Retrieved Julai 21, 2017 from Bahasa dengan penutur terbanyak di dunia: https://pusatbahasaalazhar.wordpress.com/2013/02/04/bahasa-dengan-penutur-terbanyak-di-dunia/.

Safiah Ahmad, Shahdatulakma Ahmad, & Azlina Md Sadik. (2016). Kelestarian Bahasa melayu pada papan kenyataan. Journal of Education and Social Sciences, 5 (2), 66-72.

Sharifah Darmia Sharif Adam. (2014). Cabaran dan reaksi pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di Malaysia 1957-1966. Procedia- Social and Behavioural Sciences. 134, pp. 305-315. Kota Kinabalu: Elsevier Ltd.

(15)

melayu-perlukan-kesungguhan

Utusan Online. (2016, April 7). Bahasa Melayu tersenarai antara paling ramai penutur. Bahasa Melayu tersenarai antara paling ramai penutur. Kuala Lumpur, Malaysia.

Victor, P. (2011). Bahasa Melayu merentas sempadan. Dewan Bahasa, 3(11), 52-55. Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (2017, Mei 21). Wikipedia Bahasa Melayu.Retrieved

Ogos 6, 2017, from Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu Zalika Adam, & Faridah Kassim. (2011). Perkembangan bahasa di Malaysia dan

Referensi

Dokumen terkait

Pada model struktur dengan konfigurasi segi delapan dapat dipilih karena alasan arsitektural dan struktur yang lebih tahan terhadap gempa, tetapi model struktur dengan

karena majas merupakan gaya bahasa dalam bentuk tulisan maupun lisan yang dipakai dalam suatu karangan yang bertujuan untuk mewakili perasaan dan pikiran dari pengarang.. Dari

Peserta didik dapat melakukan penyelidikan untuk menentukan keuntungan mekanis pada pesawat

(3) Usulan kebutuhan tenaga paramedik dan nonmedik yang jenis kepegawaiannya Pegawai Negeri Sipil Daerah diajukan Gubernur Kepala Daerah Tingkat I kepada Menteri Dalarn

Jalur hijau pada segmen I berada pada tingkatan sedang (44,4% kriteria terpenuhi) untuk fungsi pereduksi polusi; tingkatan buruk hingga sedang (35,0-45,0% kriteria terpenuhi)

Padahal kalau melihat dari jumlah Link yang ada, cukup banyak halaman pada situs sehingga akan jauh lebih baik jika terdapat Link yang menuju site map.. 2.2 Analisis Halaman

Diharapkan kepada Pembaca yang melakukan proses enkripsi dan dekripsi file ataupun teks untuk menggunakan kunci yang lebih panjang dan lebih variatif antara huruf dan angka

Jadi tujuan pembelajaran harus menunjukkan tingkah laku akhir atau hasil belajar yang dituntut dapat dilakukan siswa sebagai bukti usaha belajarnya telah berhasil.. KD