• Tidak ada hasil yang ditemukan

4.0 STRATEGI PENGURUSAN DIRI SEBAGAI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "4.0 STRATEGI PENGURUSAN DIRI SEBAGAI"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

4.0 STRATEGI PENGURUSAN DIRI SEBAGAI PELAJAR

4.1 SIKAP YANG POSITIF.

Pelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka haruslah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan.

4.2 DISIPLIN MASA

Proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan yang baik. Fikirkan perkara ini.

• adakan jadual waktu harian dan mingguan

• ambil pendekatan 'pengurusan mengikut objektif' terhadap kerja-kerja akademik

• menggunakan konsep-konsep pengurusan masa yang lain dengan cara yang teratur dan terancang seperti penggunaan diari

4.3 MERANCANG PENGGUNAAN MASA

Pelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari dalam waktu yang singkat. Oleh itu pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara yang efisien.

4.4 MENDAHULUKAN YANG UTAMA

Melalui perancangan, pelajar dapat mengimbangi pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Keutamaan diberikan kepada pelajaran yang pelajar rasakan dia lemah serta memberikan masa yang lebih kepada pelajaran yang sukar. Pelajar juga tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat hanya kepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti ko-kurikulum yang lain. Tidak wajar juga bagi pelajar menumpukan perhatian kepada sukan sahaja.

4.5 TABIAT DALAM BILIK DARJAH

(2)

Pejar-pelajar mungkin hadir dalam bilik darjah tetapi mereka berkhayal dan tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Mereka ini dikira sebagai 'ponteng psikologi' atau 'psycological truancy'. Dengan itu, perkara berikut harus dilakukan dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya 'kesegaran' dalam pembelajaran. • sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran

• tunjukkan minat terhadap subjek yang sedang diajar walaupun ia adalah subjek yang tidak disukai

• berikan perhatian dan penumpuan terhadap apa yang diperkatakan oleh guru • sentiasa bersikap ingin tahu, ini akan membuat anda berani untuk bertanya atau mengemukakan pandangan/pendapat

• memainkan peranan yang dinamis dalam bilik darjah • melibatkan diri dalam perbincangan yang diadakan

4.6 BAGAIMANA MEMBUAT PERSEDIAAN PEMBELAJARAN

Penyelidikan (di Amerika Syarikat) telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja belajar bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan. Persediaan yang perlu bagi seseorang pelajar ialah:

• membaca topik/tajuk yang akan diajar oleh guru keesokannya • menulis nota dalam bilik darjah

• melengkapkan nota-nota dengan segera di perpustakaan agar tidak terlupa • siapkan kerja rumah dengan segera

4.7 MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER

Ramai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Perpustakaan dan pusat sumber bukanlah stor buku tetapi adalah tempat menyimpan buku untuk dipinjam. Gunakan kemudahan ini sebaik mungkin dengan meminjam buku-buku akademik, artikel-artikel atau majalah-majalah yang berkaitan dengan pelajaran.Perpustakaan juga mempunyai:

• keratan-keratan akhbar yang menarik dan amat berguna • majalah lama dari dalam dan luar negeri

• alamat-alamat organisasi penting, dan banyak lagi...

4.8 MENJAGA KESIHATAN DIRI

(3)

Kejayaan tidak akan dapat dicapai sekiranya badan lemah atau kesihatan mental terganggu. Langkah-langkah berikut dapat membantu pelajar.

• sentiasa bersikap tenang

• memakan makanan yang berkhasiat • mengadakan senaman yang berterusan

• sentiasa bersikap positif dan rasional dalam kehidupan • riangkan hati anda dengan senyuman di bibir

3.0 STRATEGI MENGUATKAN INGATAN

(4)

3.1 Strategi yang boleh diikuti bagi menguatkan daya ingatan pelajar dan dapat dijadikan sebagai panduan. Bahan ini diambil dari Buku How To Teach So Students RememberMarilee Sprenger.

3.1.1 Reach

Iaitu berusaha untuk melibatkan pelajar-pelajar dalam proses

pembelajaran.Pelajar mempunyai peribadi yang pasif, namun mereka perlu terlibat dalam proses pertumbuhan diri. Beberapa contoh metode pembelajaran yang melibatkan murid adalah Discovery learning, problem-based learning, project-based learning, dan inquiry learning dll. Penting juga bagi guru untuk mempertimbangkan perhatian, motivasi, gaya belajar dan emosi.

3.1.2 Reflect

Pemerhatian memberi kesempatan kepada pelajar untuk menghubungkan sesuatu yang baru diberikan oleh guru dengan pemahaman yang sedia ada dalam diri pelajar.

3.1.3 Recode

Cara untuk mengolah pengetahuan yang baru dalam pemahaman murid secara keseluruhan, dan memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengadaptasikannya dengan cara yang baru iaitu secara visual, pemahaman abstrak, idea-idea dan lain-lain. Dengan cara ini,pelajar dapat mengetahui dan memperoleh pengalaman yang baru.

3.1.4 Reinforce

Pengukuhan melalui maklum balas. Sebagai saringan untuk membetulkan apa yang salah dan menguatkan yang telah dikuasai, sehingga apa yang masuk pada ingatan jangka panjang merupakan pengetahuan yang telah terseleksi.

3.1.5 Rehearse

Pengulangan yang berfungsi untuk menaruh pengetahuan dalam ingatan jangka panjang.

3.1.6 Review

(5)

Pemprosesan pengetahuan yang telah ada dalam ingatan jangka panjang untuk melihat apakah pelajar telah menguasai bahan dengan baik dan benar.

3.1.7 Retrieve

Memilih penanda dan penolong ingatan agar boleh menggunakan kembali pengetahuan yang telah ada di ingatan jangka panjang. Kadang-kadang ada hal-hal yang boleh menghalang usaha murid untuk mengingat kembali. Gunanya penanda dan penolong ingatan adalah untuk mengatasi hal ini.

3.2. Pelajar sering mempunyai masalah untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.Menurut Barry Gordon , MD. , Ph.D.,dalam bukunya intelegent Memory: A Prescription for Improving Your Memory , keadaan ini normal dan bukan kerana ada masalah. Penyebabnya adalah kehidupan yang penat dan sibuk, dan terlalu banyak yang perlu diingat.Penyelidikan menunjukkan gaya hidup boleh mempengaruhi fungsi otak, termasuk risiko mengembangkan Alzheimer. Mengendalikan faktor -faktor berikut ini dapat secara bermakna memperbaiki ingatan. Terdiri dari: 3.2.1 Pemeriksaan Kesihatan

Hipertensi , kolesterol tinggi , merokok , kelebihan berat badan, buruk untuk pembuluh- pembuluh darah yang memberi makan pada otak. Dalam sebuah study terkini, orang -orang yang menjalani prosedur memperlebar arteri utama di otak mereka mengalami peningkatan aliran darah yang memperbaiki ingatan dan pemikiran.Kelenjar thyroid di bawah aktif juga boleh mengganggu ingatan dengan menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid yang membantu mengatur fungsi otak. Kemurungan yang disebabkan ketidak seimbangan bahan kimia otak membuat sel -sel saraf yang berkaitan dengan ingatan sukar untuk berkomunikasi. Beberapa ubat gastrointestinal , kardiovaskular , dan ubat antianxiety juga boleh melemahkan ingatan.

3.2.2 Redakan Tekanan

(6)

Para penyelidik Yale Medical School mencari , stres mengaktifkan enzim yang disebut protein kinace C , yang mengganggu bahagian otak yang bertanggung jawab untuk pemikiran tahap tinggi. Tapi stres juga boleh mencabar keupayaan anda untuk membentuk ingatan -ingatan baru kerana pemikiran yang terganggu lebih sukar menyatukan maklumat baru. Salah satu cara untuk meredakan stres adalah menulis jurnal yang cenderung menenangkan dan membantu anda memproses dan mengingat pengalaman- pengalaman anda.

3.2.3 Sukan

Sebuah kajian terhadap lebih daripada 18,000 wanita mendapati , yang jalan kaki secara teratur lebih muda 3 tahun secara mental berbanding yang tidak jalan kaki . Dalam penyelidikan lain , orang- orang setengah baya yang latihan aerobik 20 hingga 30 minit setiap hari berisiko lebih rendah 60% mengembangkan penyakit Alzheimere .

Ujian pada haiwan menunjukkan , aktif secara fizikal membuat sel -sel saraf lebih cepat menggandakan diri , menguatkan hubungan mereka dan melindungi mereka daripada kerosakan.

3.2.4 Stimulir Otak

Orang- orang yang secara aktif memberi cabaran kepada otak dengan permainan kata- kata , mengisi sudoku, teka teki silang, cenderung boleh

mempertahankan ingatan secara lebih baik dibanding yang melakukan aktiviti yang kurang mencabar otak seperti nonton TV.

Sebuah kajian terkini terhadap 22 kajian yang diterbitkan dalam Psychological Medicine mencari , aktiviti mental pada setiap tahap kehidupan menurunkan risiko dementia sampai separuhnya . Menurut kajian Sweden , rangsangan terbaik berasal dari menggabungkan cabaran mental dengan aktiviti fizikal dalam suasana informal seperti tarian , main alat muzik di band.

3.2.5 Makanan untuk otak

(7)

Diet buruk boleh mengganggu ingatan. Pastikan untuk mengambil makanan berikut:

• Padi -padian yang diperkaya

Mendapatkan terlalu sedikit folic acid, seperti vitamin B yang ditemui dalam roti dan bijirin , dikaitkan dengan pengurangan sel -sel saraf dibahagian otak di mana kehilangan ingatan akibat usia menua terjadi untuk pertama kalinya.

• Blueberry

Kajian haiwan mencari , beri ini dapat meningkatkan ingatan dan fungsi mental yang lain. Khasiat ini diduga berasal dari kandungan antioksidan tinggi yang boleh

melindungi sel -sel otak dari kerosakan . • Sayuran daun hijau

Dalam sebuah kajian Harvard , perempuan yang makan lebih banyak sayur-sayuran kaya akan antioksidan seperti bayam, chycori , mengerjakan ujian mental secara lebih baik dibanding yang makan sedikit.

• Buah- buah sitrus

Mengambil vitamin C ( dalam makanan seperti oren ) dapat mencegah dementia . Pertimbangkan juga untuk mendapatkan dos suplemental : 500 mg.

• Kacang- kacangan ( nut )

Vitamin E, sejenis antioksidan yang dijumpai di dalam badam dan walnut , juga dapat menurunkan risiko mengembangkan dementia . Dalam sebuah kajian, tambahan 400 IU dijumpai berkhasiat.

• Ikan

Orang- orang yang makan ikan dengan asam lemak omega-3 , paling sedikit sekali seminggu berisiko lebih rendah 60% mengembangkan penyakit Alzhei

2.0 MEMBANGUNKAN PERBENDAHARAAN KATA

(8)

2.1.1 MEMBACA

Membaca adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Keupayaan kanak-kanak ini untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara akan bertambah-tambah jika mereka dapat

mencuba dengan cepat dan berkesan. Justeru itu, terdapat kata-kata mutiara yang sangat bererti, "Membaca adalah hak setiap kanak-kanak." Ibu bapa yang gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan kemahiran membaca akan melihat anak-anak mereka kelak tertinggal dalam dunia persaingan hari ini. Apatah lagi, pelbagai mata pelajaran dan bahan rujukan di sekolah, maktab hinggalah institusi pengajian tinggi banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

Mengajar membaca kepada anak-anak bukan sekadar bahasa ibunda, malah sebaiknnya dikembangkan kepada bahasa-bahasa yang lain juga. Sekiranya ibu bapa sering membimbing, mengajar dan mendidik anak-anak belajar membaca sudah tentu anak-anak kita akan dapat membina struktur ayat yang gramatis dan bertatasusila dalam konteks ayat yang betul.

Kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak lagi amat penting kerana keupayaaan membaca menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif dan bertenaga. Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa. Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.

2

Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat mempelajari bahasa.

Keupayaan mereka menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap

(9)

hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka. Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh diperhati daripada

keupayaan dalam memilih perkataan tertentu dan menyusunnya supaya menjadi struktur ayat yang difahami. Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan betul sebelum berumur lima tahun dengan bimbingan darpada ibu bapa. Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal dapat

mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak. Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting dan perlu dipelajari walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan

perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasai

kemahiran membaca. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah rendah.

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan "ummi" dan "abah". Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan

penggunaannya dalam kehidupan seharian. Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa. Kanak-kanak yang berusia 2 tahun juga dapat membentuk dan menyebut beberapa kumpulan perkataan dengan sebutan yang jelas dan fasih.

(10)

Walaupun masih di peringkat awal, kanak-kanak yang berusia 2 tahun ini

mampu bertutur denga baik sekiranya ibu bapa membantu anak-anak untuk belajar menguasai kemahiran membaca.

2.1.2 MEMBACA LANTANG

Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan.

Aktiviti membaca lantang (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.Bacaan lantang merupakan bacaan

daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca.Kanak-kanak boleh menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru.

Aktiviti membaca secara lantang ini sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca.Guru perlu merancang dahulu bahan yang akan diceritakan kepada kanak-kanak.Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham.Guru perlu memainkan peranan dengan berinteraksi dengan kanak-kanak.

2.1.3 PUISI

Puisi amat berguna untuk membina perbendaharaan kata.Ia juga memberi makna perkataaan melalui konteks yang disampaikan oleh puisi-puisi tersebut dan juga menerangkan maksud dan maknanya.Menyusun kegiatan amat penting.Setiap kegiatan harus merangkum beberapa kemahiran umpamanya kemahiran

mendengar,bercakap dan juga melihat perkataan.Ia juga harus memberi ruang kepada kanak-kanak untuk terlibat sama.

(11)

2.2 PERBENDAHARAAN KATA

Perbendaharaan kata daripada segi individu ialah set perkataan yang

diketahuinya dalam sesebuah bahasa. Biasanya, perbendaharaan kata bertumbuh dan berkembang melalui usia, serta merupakan satu alat komunikasi dan perolehan pengetahuan yang asas dan berguna.

2.2.1 MENGETAHUI DAN MENGGUNAKAN PERKATAAN

Perbendaharaan kata ditakrifkan sebagai "semua perkataan yang dikenali dan digunakan oleh seseorang yang tertentu".]Bagaimanapun, perkataan-perkataan yang

dikenali dan digunakannya tidak merangkumi kesemua perkataan yang pernah terdedahnya. Mengikut takrif, "perbendaharaan kata" hanya merangkumi kedua-dua kategori yang tersenarai di bawah:

1. Tidak pernah menemui perkataan itu;

2. Pernah mendengar perkataan itu, tetapi tidak dapat mentakrifkannya; 3. Mengenal perkataan itu, berdasarkan konteks atau nada suara;

4. Berupaya menggunakan perkataan itu tetapi tidak dapat menerangkannya dengan jelas;

5. Fasih dengan perkataan itu daripada segi penggunaan dan takrifnya

2.2.2 JENIS-JENIS PERBENDAHARAAN KATA

a)Perbendaharaan kata bacaan

Perbendaharaan kata bacaan seseorang ialah kesemua perkataan yang dikenalnya semasa membaca. Jenis perbendaharaan kata ini merupakan jenis perbendaharaan kata yang terbesar kerana ia merangkumi tiga jenis perbendaharaan kata yang lain.

b)Perbendaharaan kata dengar

Perbendaharaan kata dengar seseorang ialah kesemua perkataan yang dikenalnya semasa mendengar pertuturan. Saiznya perbendaharaan kata ini diperluas oleh konteks dan nada suara.

(12)

c)Perbendaharaan kata bertulis

Perbendaharaan kata bertulis seseorang ialah kesemua perkataan yang digunakannya semasa menulis. Berbeza dengan kedua-dua jenis

perbendaharaan kata yang tersebut di atas, perbendaharaan kata bertulis dicetuskan oleh pengguna.

d)Perbendaharaan kata pertuturan

Perbendaharaan kata pertuturan seseorang ialah kesemua perkataan yang digunakannya semasa bertutur. Disebabkan oleh sifat spontan

perbendaharaan pertuturan, perkataan seringnya salah digunakan.

Bagaimanapun, salah guna perkataan, jika ringan dan tidak sengaja, dapat diimbangi dengan ekspresi muka, nada suara, atau gerak isyarat tangan

2.2.3.PERBENDAHARAAN KATA TUMPUAN

"Perbendaharaan kata tumpuan" ialah sekumpulan istilah dan perbezaan yang khusus dan sangat penting kepada kumpulan yang menumpukan pengalaman atau kegiatan yang tertentu.Leksikon atau perbendaharaan kata ialah kamus bahasa, iaitu ia merangkumi satu set nama untuk benda,peristiwa dan gagasan.

Sesetengah ahli bahasa percaya bahawa leksikon

mempengaruhi tanggapan seseorang terhadap sesuatu perkara (hipotesis Sapir-Whorf),misalnya orang Nuer di Sudan memiliki perbendaharaan kata yang besar untuk memerikan lembu. Mereka mempunyai berpuluh-puluh nama untuk lembu, berdasarkan sejarah,ekonomi dan persekitaran lembu itu. Jenis perbandingan ini telah menimbulkan sesetengah kontroversi linguistik, seperti dengan kes bilangan "perkataan Eskimo untuk salji". Para penutur bahasa Inggeris kekadang juga meluaskan perbendaharaan kata salji dan lembu, apabila diperlukan

2.2.4 PERKEMBANGAN PERBENDAHARAAN KATA

Pada awalnya, dalam fasa masa bayi, perkembangan perbendaharaan kata berlaku tanpa memerlukan sebarang usaha. Bayi mendengar perkataan dan

menirunya, lalu beransur-ansur mengaitkan perkataan yang dibelajar dengan benda atau perbuatan yang sepadan.Ini merupakan perbendaharaan kata dengar yang disusuli pula dengan perbendaharaan bacaan apabila seseorang

kanak-kanak semakin bergantung kepada keupayaannya untuk menyatakan pendapat

(13)

tanpa membatas diri kepada gerak isyarat dan bunyi sahaja. Sebaik sahaja perbendaharaan kata bacaan dan perbendaharaan kata bertulis diperoleh — menerusi soalan dan pendidikan — kejanggalan dan ketaknalaran bahasa dapat ditemui.

Sewaktu menyertai darjah satu, seseorang murid yang kenal huruf akan memahami sekitar dua kali lebih banyak perkataan daripada yang tidak kenal huruf. Umumnya, jurang perbezaan ini tidak disempitkan. Ini mengakibatkan perbezaan saiz perbendaharaan kata yang amat besar menjelang umur lima atau enam tahun, dengan kanak-kanak berbahasa Inggeris mengetahui sekitar 2,500–5,000 patah perkataan. Setiap murid yang sederhana akan mempelajari sekitar 3,000 perkataan setahun, atau lebih kurang lapan perkataan setiap hari.

Selepas tamat sekolah, pengembangan perbendaharaan kata mencapai tahap mendatar. Namun demikian, setiap orang masih dapat memperluas perbendaharaan kata mereka dengan membaca, bermain permainan kata, menyertai program

perbendaharaan kata, dan sebagainya

2.2.5 PENTINGNYA PERBENDAHARAAN KATA

 Perbendaharaan kata yang luas membantu pengungkapan dan komunikasi;

 Saiz perbendaharaan kata telah dikaitkan secara langsung dengan kefahaman membaca;

 Perbendaharaan kata linguistik ialah sinonim kepada pembendaharaan kata pemikiran;

 Seseorang mungkin akan dinilai oleh orang yang lain, berdasarkan perbendaharaan katanya

2.2.6 PERBENDAHARAAN BAHASA IBUNDA DAN BAHASA ASING

Perbendaharaan kata bahasa ibunda

Perbendaharaan kata penutur asli amat berbeza dalam setiap bahasa dan bergantung terutamanya kepada tahap pendidikan penutur. Satu kajian 1995

(14)

menganggarkan saiz perbendaharaan kata pelajar kolej pada sekitar 17,000 famili kata, dan pelajar sekolah tinggi pada sekitar 12,000 famili kata.

Perbendaharaan kata bahasa asing

Kesan saiz kosa kata pada pemahaman bahasa

Francis dan Kucera mengkaji teks sejumlah sejuta perkataan dan mendapati bahawa jika seseorang mengetahui perkataan yang paling kerap ditemui, dia akan memahami kebanyakan perkataan dalam sesebuah teks dengan segeranya:

Saiz perbendaharaan

kata Liputan Teks Bertulis

0 perkataan 0%

1000 72.0

2000 79.7

3000 84.0

4000 86.8

5000 88.7

6000 89.9

15,851 97.8

Dengan memahami 2,000 perkataan yang paling umum digunakan, seseorang akan dapat memahami 80% daripada perkataan di dalam sesebuah teks. Peratusan itu akan meningkat sehingga 96% jika kita merangkumi perkataan yang pernah kita temui dalam kontek pertuturan tak formal.Gambaran tersebut harus menggalakkan para pelajar bahasa yang baharu, khususnya kerana angka di dalam jadual di atas adalah untuk lema perkataan dan mengetahui banyak keluarga kata akan

memberikan liputan yang lebih tinggi. Tetapi sebelum anda mula berfikir bahawa

(15)

anda dapat belajar sesuatu bahasa dengan cepat, fikirlah adakah anda dapat

memahami sebuah buku dalam bahasa anda sendiri jika setiap perkataan kelimanya dihitamkan. Kita biasanya tidak dapat meneka makna daripada konteksnya apabila perkataaan sebanyak itu hilang.Justera, kita perlu memahami sekitar 95% daripada semua perkataan di dalam sesuatu teks supaya dapat memahami hampir seluruh teks itu. Namun demikian, kita kelihatan perlu memahami melebihi 10,000 untuk mencapai matlamat tersebut.

Perolehan Kosa Kata Bahasa Kedua

Belajar perbendaharaan kata ialah salah satu langkah pertama untuk mempelajari sesuatu bahasa kedua. Walaupun demikian, peringkat terakhir pemerolehan perbendaharaan kata, baik dalam bahasa ibunda sendiri mahupun dalam bahasa kedua, jarang dicapai kerana pemerolehan perbendaharaan kata merupakan satu proses yang berterusan. Bagaimanapun, terdapat banyak kaedah yang dapat membantu seseorang memperoleh perbendaharaan kata yang baharu.

Penghafalan

Meskipun penghafalan boleh dilihat sebagai sesuatu perbuatan yang

menjemukan, mengaitkan satu perkataan dalam bahasa ibunda dengan perkataan padanannya dalam bahasa kedua sehingga perkataan itu dapat dihafaz masih merupakan salah satu kaedah pemerolehan perbendaharaan kata yang terbaik. Menjelang waktu seseorang pelajar mencapai kedewasaan, dia umumnya telah mengumpulkan sebilangan kaedah penghafalan peribadi. Walaupun banyak orang berpendapat bahawa penghafalan biasanya tidak memerlukan pemprosesan kognitif yang rumit yang dapat meningkatkan simpanan ingatan,[15] hal ini biasanya memerlukan sejumlah besar pengulangan. Sebaliknya, kaedah yang lain biasanya memerlukan lebih banyak masa dan lebih lama untuk mengingat.

Sesetengah perkataan tidak dapat dikaitkan dengan mudah melalui perkaitan kata atau kaedah yang lain. Apabila sepatah perkataan dalam bahasa kedua adalah mirip dengan perkataan dalam bahasa ibunda daripada segi fonologi atau tampak, pelajarnya sering menganggap kedua-dua perkataan itu sebagai mempunyai makna yang sama. Walaupun ini biasanya tidak salah, ia tidak sentiasa benar. Apabila menghadapi kognat palsu, penghafalan dan pengulangan ialah kunci penguasaan. Jika seorang pelajar bahasa kedua hanya bergantung kepada perkaitan kata untuk mempelajari perbendaharaan kata yang baharu, orang itu akan mengalami banyak

(16)

masalah untuk menguasai kognat palsu. Penghafalan ialah kaedah yang terbaik untuk:

 memperoleh banyak perbendaharaan kata dalam tempoh yang singkat;

 mengingat maklumat dengan pantas;

 mempelajari perkataan yang melambangkan konsep yang abstrak atau yang terlalu susah untuk mencipta imej mentalnya; dan

 membezakan kognat-kognat palsu.

Kaedah Kata Kunci

Salah satu kaedah yang berguna untuk membina perbendaharaan kata dalam bahasa kedua ialah kaedah kata kunci. Apabila ada masa yang lebih atau jika seseorang hendak menegaskan sebilangan kata kunci, dia boleh mencipta

alat mnemonik atau perkaitan kata. Walaupun strategi ini cenderung memerlukan lebih banyak masa serta lebih banyak masa untuk mengingat kembali, ia dapat mencipta hubungan yang baharu atau hubungan yang luar biasa yang dapat meningkatkan simpanan.Kaedah ini adalah sepadan dengan teori

pengekodan duaan Paivio (1986) kerana ia menggunakan kedua-dua sistem ingatan lisan dan sistem ingatan imej. Bagaimanapun, kaedah ini harus digunakan hanya untuk perkataan yang melambangkan benda yang fizikal atau benda yang dapat digambarkan. Konsep dan perkataan yang abstrak yang tidak dapat menghasilkan imej yang jelas dalam fikiran sangat susah untuk dikaitkan. Tambahan lagi, kajian menunjukkan bahawa pembelajaran perbendaharaan kata perkaitan adalah lebih berkesan bagi pelajar yang lebih mudah.Apabila pelajar maju dan semakin berusia, mereka cenderung tidak begitu bergantung kepada perkaitan kata untuk mengingat perbendaharaan kata.

Kosa kata Bahasa Inggeris Asas

Sebilangan senarai kata telah dibangunkan untuk membekalkan

perbendaharaan kata yang terbatas, baik untuk mencapai kemahiran bahasa dengan pantas mahupun untuk memberikan cara komunikasi yang berkesan. Pada 1930, Charles Kay Ogden mencipta Bahasa Inggeris Asas (Basic English) yang terdiri daripada 850 perkataan. Senarai kata yang lain termasuk:

 Bahasa Inggeris Ringkas (Simplified English), dengan 1,000 perkataan;

(17)

 Bahasa Inggeris Khas (Special English), dengan 1,500 perkataan;

 Senarai Perkhidmatan Am (General Service List), dengan 2,000 perkataan.

5.0

BIBLIOGRAFI

 http://puisiberirama.fies..wrdpress.cwm/2008/11/penggunaan-ppuisi-p

dan-ppantun-pdi-pdaiam-ppembeiajaran-pbahasa-pmeiayu-puntuk-pkanak.pdf

 http://cikguhijau.biwgspwt.cwm/2013/08/aktiviti-pmembaca-piantang-p

dapat.htmi

 http://mahirbahasameiayu.biwgspwt.cwm/2011/12/kebaikan-pmembaca-p

pada-pperingkat-pa.ai.htmi

 http://hikmatpembaharuan..wrdpress.cwm/2010/03/14/strategi-p

pembeiajaran-p7-piangkah-pmemperkuat-pdaya-pingat-pmurid/

 http://mufradbiwg..wrdpress.cwm/2012/10/21/strategi-pmenguatkan-p

ingatan/

 http://....wwcities.wrg/athens/sparta/9780/pengurusan.htm

 http://....scribd.cwm/dwc/48366837/Unit-p5-pPengurusan-pJati-pDiri

(18)

1.0 PENGENALAN

(19)

6.0 KESIMPULAN

(20)

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PERBENDAHARAAN KATA 2-4

Referensi

Dokumen terkait

Petunjuk praktikum Biologi (LKS) di SMA Muhammadiyah 1 Surakarta memiliki persentase sebesar 97,3% dengan kategori sangat baik dan sudah memenuhi standar panduan

Suatu karya sastra Melayu klasik dapat disebut sebagai sastra sejarah karena dalam karya sastra tersebut ditemukan adanya informasi mengenai latar atau tempat terjadinya peristiwa

Sensor load cell bekerja jika bagian lain yang lebih elastik mendapat tekanan, maka pada sisi lain akan mengalami perubahan regangan yang sesuai dengan

Untuk membantu penentuan dalam menetapkan perusahaan yang layak melaksananakan pekerjaan perencanaan maka dibutuhkan sebuah sistem pendukung keputusan.Pada penelitian

variabel independen yaitu dana pihak ketiga (DPK), risiko kredit (NPL), risiko likuiditas (LDR) dan risiko kecukupan modal (CAR) berpengaruh signifikan terhadap variabel

(4)Napas pendek saat istirahat atau pada saat kerja: tidak ada (5)Kesulitan bernapas: klien mengalami kesulitan bernafas karena.. adanya

berbagi ruang dengan rata-rata bangunan dihuni oleh delapan orang (dua kepala keluarga), mempunyai tingkat kepadatan bangunan yang tinggi dan hunian yang belum layak

Semua pihak yang tidak dapat kami sebutkan satu persatu yang telah membantu kami dalam penyusunan Laporan Tugas Akhir ini.. Semoga bimbingan dan bantuan yang diberikan kepada