1
Penghargaan
Alhamdullihah selesai sudah tugasan yang telah diberikan kepada saya. Dengan terhasilnya
tugasan ini membolehkan saya memahami betapa agungnya ciptaan Ilahi terhadap umat
manusia ini yang tidak berbelah bahagi dimana setiap yang dilakukan sentiasa mendapat
ganjaran dariNya,
Oleh itu dengan rasa rendah diri saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz yang
tidak jemu mengajar saya di kuliah dan memberikan input-input yang amat berguna untuk
diaplikasikan didalam tugasan ini.
Begitu juga dengan keluarga, sahabat-sahabat sekuliah yang sentiasa memberikan sokongan
moral kepada kami amat lah dihargai.
Marilah kita bersama-sama mendapat manafaat dari hasil tugasan ini...
2
FIQH MUNAKAHAT II
1.0 'KEHARMONIAN DIANTARA TUNTUTAN NIKAH DAN KEHARUSAN TALAQ’
1.1 KEHARMONIAN DIANTARA TUNTUTAN NIKAH
Dalam konsep ajaran islam, perkahwinan itu merupakan suatu ikatan antara rasa cinta kasih. Hubungan
mereka tidak hanya menyangkut persoalan jasmaniah sahaja tetapi meliputi segala macam keperluan
hidup manusia dalam suatu rumah tanga yang mereka bina.
Nikah iaitu akad yan g menghalalkan pergaulan dan membatasi hak dan kewajipan serta saling
membantu antara seorang lelaki dan seorang perempuan di mana keduanya bukan mahram.
Firman Allah SWT:
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
(surah an-nisa’’:3)
Nikah adalah merupakan asas hidup yang terutama dalam pergaulan yang sempurna. Bukan saja perkahwinan itu jalan yang amat mulia untuk mengatur kehidupan rumahtangga dan keturunan, tetapi perkahwinan itu juga dipandang sebagai satu jalan menuju pintu perkenalan antara satu kaum denga yang lain. Akhirnya perkenalan itu akan menjadi jalan ke arah saling tolong menolong antara satu dengan yang lainnya.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(Surah al-hujurat:13)
Faedah yang terbesar dalam perkahwinan ialah untuk menjaga dan memelihara wanita dari sifat
kewanitaan supaya tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Nikah juga dipandang sebagai kebaikan umum,
kerana jika tidak ada nikah atau perkahwinan ini tentu manusia akan menurut hawa nafsunya. Pada
akhirnya akan timbul perselisihan faham,bencana dan pemusuhan antara sesame manusia.
3
1.1.1 TUJUAN NIKAH
Pernikahan itu merupakan bahagian dari kehidupan manusia tentulah tujuannya sama dengan kehidupan
manusia itu sendiri,iaitu mencari keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Keluarga
merupakan pusat aktiviti seseorang.
Dalam usaha mewujudkan kebahagiaan di dunia ini, sebuah keluarga bukan saja di bina hanya
sekadar ingin berkumpul bersama-sama selanjutnya melahirkan anak-anak mereka yang ramai. Namun
lebih jauh dari itu pernikahan mengandungi erti jika pasangan suami isteri ingin mencari keberkatan dan
keredhaan Allah SWT.
Memang tidak semua manusia dapat mewujudkan keluarga sakinah atau keluarga yang penuh
ketenteraman,namun tidak mustahil kalau kita berusaha dalam keluarga yang kita bina dan berusaha
sekuat tenaga dengan jalan memperhatikan dan memenuhi keperluan-keperluan berumahtangga.
Allah menciptakan bumi untuk menjadi tempat mengumpulkan manusia, yang beerti bahawa
manusia yang hidup di atas bumi ini melanjutkan keturunan dan pengumpulan sampai pada waktu dan
ketika Allah menetapkan terjadinya kiamat kelak. Oleh kerana itu islam mengharuskan kepada setiap
orang, selama ia mampu dan sihat, untuk menikah, dan di larang membujang.
1.1.2 UNTUK NIKAH
Islam dalam menganjurkan perkahwinan melalui berbagai cara di antaranya ialah :-)
i.
Perkahwinan itu sunnah
Perkahwinan itu merupakan sunnah para Nabi dan Sunnah Rasulullah SAW di mana mereka
merupakan contoh tauladan yang harus dituruti.
ii.
Sebagai rahmat dan pengembangkan keturunan.
Setiap manusia yang normal memiliki nafsu syahwat yang mendorongnya untuk melaksanakan
perkahwinan. Bukan lantaran ada unsur paksaan, tetapi memang sudah menjadi fitrahnya demikian.
iii.
Dapat mententeramkan jiwa
4
1.1.3 PENSYARIATAN NIKAH
Sesungguhnya islam telah memperundangkan hukum perkahwinan dengan peraturan yang cukup
sistematik dan berdasarkan prinsip-prinsip yang kukuh serta lebih menjaminkan ketahanan masyarakat,
kebahagiaan keluarga,melaluinya tersebar kebaikan,terpelihara akhlak dan kekal berterusan zuriat
manusia.
Didalam alquran
,hadith dan ijma‟
juga ada menerangkan pensyariatan atau perkahwinan antara
tuntutan perkahwinan. Islam menyuruh dan menggesa umatnya supaya berkahwin, kerana ada beberapa
kebaikan dan faedah kepada individu itu sendiri dan juga masyarakat. Dalam hal ini, baginda Rasulullah
s.a.w bersabta antara lain ialah:
Maksudnya: “Dunia itu harta,dan sebaik
-
baik harta dunia ialah wanita(isteri) yang solehah.”
(Riwayat Muslim)
Maksudnya: “ Ada empat perkara yang menjadi sunnah para Rasul,iait
u malu,berwangi-wangian,bersugi
dan berkahwin.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mengharapkan kebahagiaan dan akan menjadikan
5
2.0 ISLAM MENGHARUSKAN TALAK ATAU PENCERAIAN.
Allah mensyariatkan perkahwinan adalah sebagai satu cara untuk memperolehi ketenteraman dan
keturunan. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan kahwin sementara dan mut‟ah,
perkahwinan seperti ini tidak akan menghasilkan ketenteraman dan tidak akan mendapat cinta
kasih antara kedua isteri.
Menurut pandangan islam harus mendapat persetujuan yang menyeluruh. Kerana itu
masing-masing dai kedua belah pihak di beri kebebasan untuk memilih dan wali bagi si anak
gadis diberi hak menolak perkahwinan yang diadakan tanpa persamaan taraf agama dan social
antara suami atau isteri, demi mewujudkan kebahagiaan dan ketenteraman abadi.
Islam membenarkan penceraian apabila nasihat dan pendamaian tidak lagi berkesan. Oleh
itu talak atau penceraian merupakan ubat yang diwujudkan bagi menghilangkan penderitaan
suami isteri, apabila mereka ditimpa suatu penderitaan atau sulit untuk menyusun hidup bersama
sehinggalah mengharuskan penceraian.
2.1.1 DALIL-DALIL
Islam memerintahkan pasangan suami isteri supaya bergaul dengan baik bagi
menghindarkan diri dari penceraian yang dibenci Allah, sekalipun ia dihalalkan. Dalam hal ini
Allah berfirman melalui surah an-
nisa‟ ayat 19 :
6
melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara Yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi Yang ada pada manusia. dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka Sesungguhnya Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa Yang kamu lakukan.”7
Ayat Al-Quran menjelaskan dalam ayat berikut:
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”
(Surah An-Nisa’:35)
Ayat di atas member maksud, sekiranya pertelingkahan atau pergaduhan berlaku di antara suami isteri, si suami atau
si isteri berhak untuk mengadukan pada Kadi. Kadi akan melantik 2 orang sebagai orang tengah,satu bagi pihak
suami dan satu pihak isteri. Kedua-dua orang tengah tersebut, jika dirasakan boleh, hendaklah berusaha untuk
mendamaikan mereka berdua. Ini adalah kata pendapat sepakat para fuqaha. Jika orang tengah tersebut tidak
berupaya untuk mendamaikan mereka berdua malahan berpendapat yang pasangan tersebut patut bercerai.
2.1.2 CONTOH-CONTOH ISLAM MENGHARUSKAN TALAK ATAU PENCERAIAN
Islam membenarkan dan mengharuskan talak dengan melihat situasi-situasi pasangan suami isteri tidak boleh
bersama lagi. Contoh-contoh sebahagian talak yang mengharuskan dalam islam:-)
a. Suami nusyuz
b. Isteri nusyuz
c. Terlalu cemburu
d. Fasakh
e. Lian
f. Suami tidak menjalankan tanggungjawabnya.
g. Isteri tidak dalam kemampuan seksual.
Dalam keadaan seperti ini, seringkali perkahwinan tidak boleh berterusan dengan aman, rasa cinta kasih menjadi
pudar dan kententeraman jiwa tidak tercapai. Selain daripada itu, banyak factor-faktor yang melibatkan penceraian
8
Kadangkala berhadapan dengan masalah yang dapat menghalang tercapainya cita-cita
perkahwinan,misalnya salah satu pihak daripada suami isteri itu ada yang mandul atau alat kelaminnya itu cacat dan
tidak dapat melakukan hubungan kelamin.
2.1.3 SYARAT DAN KELAYAKAN PENCERAIAN DARI SUDUT SYARA’
Disyaratkan sesuatu penceraian itu sah jika sekiranya ia dilakukan oleh seorang yang baligh dan berakal. Oleh itu,
adalah tidak sah jika tidak dilakukan oleh seseorang suami yang gila atau suami yang masih kecil maksudnya belum
baligh.
Sebagaimana yang dipersetujui oleh para fuqaha dan Khulafa‟ al-Rasyidin, seorang suami yang menceraikan isterinya walaupun secara gurauan, talaknya jatuh sama halnya seperti nikah dan rujuk. „Umar dan „Ali telah
menghukumkan sedemikian kerana mereka berdua berpegang kepada hadis nabi yang bermaksud, Tiga perkara
menjadi benar, iaitu talak,rujuk dan nikah.” Ini bermakna bahawa seorang suami yang melafazkan talak kepada
isterinya walaupun dilakukan secara bergurau talaknya jatuh.”