Cadangan untuk Meningkatkan prestasi semasa dan
Jangka Panjang perniagaan
Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan ialah meningkatkan tahap jualan. Peniaga boleh mengadakan promosi dan memberi diskaun kepada pelanggan tetap yang mempunyai rekod pembayaran yang baik.Selain itu, cadangan lain ialah mengubah stategi jualan. Peniaga boleh meningkatkan jualan tunai dan mengurangkan jualan kredit. Hal ini dapat meningkatkan aliran tunai perniagaan dan mengurangkan risiko hutang lapuk. Di samping itu, antara cadangannya ialah mengurangkan perbelanjaan. Peniaga boleh mengurangkan pembelian inventori secara pukal. Hal ini dapat mengurangkan risiko kerosakan stok. Peniaga harus mencari pembekal yang dapat membeli harga dan kualiti barangan yang terbaik.