• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

MANUAL PENGUMPULAN

SPESIMEN PRIMER

MAKMAL PATOLOGI

HOSPITAL UNIVERSITI SAINS

MALAYSIA

Sumber Rujukan : HUSM/PATH/MPSP

Versi

: 2

(2)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT PERKARA

i Isi Kandungan 1 Definisi

2 Singkatan

3 Tujuan, Skop dan Dokumen Rujukan

4 Maklumat Am

5 Ujian-Ujian yang Ditawarkan dan Tempoh Masa Keputusan 9 Tatacara Mengisi Borang Permohonan dan Label Spesimen 10 Kriteria Penolakan Spesimen

11 - 13 Tatacara Pengumpulan Spesimen Ujian Histopatologi 14 - 16 Tatacara Pengumpulan Spesimen Ujian Sitopatologi

17 Permohonan Kes Segera (Urgent Case)

(3)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

MAKMAL PATOLOGI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER

(HUSM/PATH/MPSP)

Muka surat 1/17

Versi 2

1. DEFINISI

a. Pengumpulan Spesimen Primer: Pengambilan sampel daripada pesakit di wad/klinik/bilik bedah Hospital USM atau organisasi luar bagi tujuan menjalankan ujian di Makmal Patologi, USM Kampus Kesihatan.

b. Pemohon: Pakar Perubatan/Pegawai Perubatan daripada klinik/wad/bilik bedah Hospital USM atau organisasi luar yang memohon ujian Makmal Patologi, USM Kampus Kesihatan.

c. Petugas: Pembantu Makmal/Juruteknologi Makmal Perubatan yang bertugas di Unit Penerimaan Spesimen dan Pengurusan Laporan, Makmal Patologi.

d. Histopatologi: ialah cabang patologi yang berkaitan dengan kajian penyakit ke atas hirisan tisu. Tisu perlu melalui beberapa peringkat proses seperti pengawetan/fiksasi, pemeriksaan makroskopik (grossing), pemprosesan tisu (dehiderasi, clearing, infiltrasi), embedding, mikrotomi dan pewarnaan rutin (H&E) sebelum patologis melakukan pemeriksaan mikroskopik dan diagnosis jenis penyakit yang khusus.

e. Fiksatif: Bahan kimia yang digunakan untuk mengawet dan memelihara struktur tisu dan sel daripada rosak.

f. Sitopatologi: Sitopatologi kajian berhubung dengan sel. Ia secara meluas di

bahagikan kepada sitologi exfoliative dan aspirasi sitologi. Sitologi exfoliative melibatkan pemeriksaan spesimen yang mengandungi sel-sel exfoliated dari rongga badan dan permukaan. Aspirasi sitologi melibatkan pemeriksaan sel-sel yang diperolehi secara aktif dengan aspirasi jarum.

g. Autolisis: Struktur tisu dan sel menjadi rosak disebabkan tindakan enzim yang dikeluarkan oleh organ tersebut kerana kelewatan memasukkan fiksatif.

(4)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

1. SINGKATAN PP P MO PS JTMP J LA AK Po Pt LIS ACH HVS RN Pakar Patologi Pakar (Perubatan) Pegawai Perubatan Pegawai Sains

Juruteknologi Makmal Perubatan Jururawat

Lab Assistant

Atendan Kesihatan Polis

Pesakit

Laboratory Information System

Acethyl Cholinesterase High Vaginal Swab

(5)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

MAKMAL PATOLOGI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER

(HUSM/PATH/MPSP)

Muka surat 3/17

Versi 2

2. TUJUAN

Dokumen ini digunakan sebagai rujukan kepada pemohon di wad/klinik/bilik bedah Hospital USM dan organisasi luar mengenai tatacara pengumpulan spesimen pesakit yang memenuhi spesifikasi sebelum dihantar ke Makmal Patologi supaya ujian dapat di jalankan dengan betul dan tepat.

3. SKOP

Skop ini merangkumi perkhidmatan histopatologi/enzim ACH/biopsi ginjal/biopsi otot/hirisan beku/sitopatologi.

4. DOKUMEN RUJUKAN

a) HUSM/LCD/LQM : Laboratory Quality Manual

b) HUSM/PATH/MKPOL : Maklumat dan Polisi Jabatan Patologi c) HUSM/PATH/QP-01 : Penerimaan dan Penolakan Spesimen

d) HUSM/PATH/QP-02 : Perkhidmatan Rutin Pemeriksaan Histopatologi (HPE) e) HUSM/PATH/QP-03 : Perkhidmatan Ujian Sitopatologi

f) HUSM/PATH/QP-02/STM-04 : Perkhidmatan Hirisan Beku (Frozen Section) g) HUSM/PATH/QP-02/STM-05 : Perkhidmatan Biopsi Ginjal

h) HUSM/PATH/QP-02/STM-06 : Perkhidmatan Penganalisaan Spesimen untuk Enzim Acetyl

Cholinesterase (ACH)

(6)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

5. MAKLUMAT AM 6.1 Lokasi Makmal Patologi

Makmal Patologi berada di bangunan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) kod G090-00b. Peta seperti dibawah:

Dari Hospital

6.2 Waktu Perkhidmatan Makmal Patologi

WAKTU PERKHIDMATAN MAKMAL PATOLOGI

Unit Penerimaan Spesimen dan Pengurusan Laporan (UPSPL)

Perkhidmatan Fine Needle Aspiration

Cytology (FNAC)

Perkhidmatan

Seminal Fluid Analysis (SFA)

Ahad dan Selasa Isnin di Klinik Surgeri di Bilik Ultrasound

Ahad hingga Rabu Ahad hingga Rabu

Pagi 8.10 am – 1.00 pm 10.30 am – 12.30 pm 9.30 am -12.30 pm 8.10 am – 12.10 pm Petang 2.00 pm – 5.10 pm 2.30 pm – 4.30 pm Tiada 2.00 pm – 4.10 pm

Khamis - - Khamis

Pagi 8.10 am – 1.00 pm - - 8.10 am – 12.10 pm

Petang 2.00 pm – 3.40 pm - - 2.00 pm – 2.40 pm

Nota: Waktu penerimaan spesimen sehingga jam 4.30 petang (Hari Ahad - Rabu) dan jam 3.00

petang (Hari khamis).Tiada perkhidmatan untuk pelanggan semasa hari minggu, cuti umum dan kelepasan am. Dataran Pelajar Jabatan Patologi Parking Lot Jabatan/Makmal Imunologi Makmal Patologi X Jabatan Hematologi

(7)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

MAKMAL PATOLOGI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER

(HUSM/PATH/MPSP)

Muka surat 5/17

Versi 2

6.3 Nombor Telefon Untuk Dihubungi

SENARAI NOMBOR TELEFON DI MAKMAL PATOLOGI

Bil. Nama Unit/Makmal No. Sambungan (Ext)

1 Unit Penerimaan Spesimen dan Pengurusan Laporan (UPSPL) 4009

2 Makmal Histopatologi 6454

3 Makmal Sitopatologi 6456

4 Makmal Imunohistokimia dan Makmal Ujian Khas 6462

5 Bilik MO 6453

6 Pejabat Jabatan Patologi 6441

7 Bilik Pegawai Sains 4007/4008

8 Bilik Seminar Makmal Patologi 6468

6.4 Borang Permohonan Yang Digunakan

a) Cetakan terus daripada LIS

i. Histopathology Request Form RM029/01/13(P1) ii. Frozen Section Request Form

iii. Pap Smear Request Form - RM044/11/10 iv. Cytology Request Form

v. Seminal Fluid Analysis (SFA) Form RM030/01/11(P1) vi. FNAC Request Form

b) Borang Manual Lama

(Tiada cetakan baru, tamat digunakan jika borang telah habis.) i. Histopathology Request/Report – RM029/08/94 (warna hijau) ii. Frozen Section Request/Report - RM032/08/94 (warna kuning) iii. Cytology Request/Report - RM030/08/94 (warna pink)

iv. FNAC Request/Report - RM031/08/94 (warna putih) c) Borang Manual Baru

i. Histopathology Request Form - RM029/01/13(P1) (warna hijau) ii. Renal Biopsy Request Form - RM036/11/10(P1) (warna kuning) iii. Cytology Request Form - RM030/01/11 (P1) (warna pink) iv. Pap Smear Request Form – RM044/11/10 (warna putih)

Nota:

1) Untuk kes Biopsi Ginjal, Biopsi Rektal (Enzim ACH), External dan Kes Rogol (HVS) tidak menggunakan LIS.

(8)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

6.5 Clinical Advice

Jabatan Patologi mengadakan Clinico-Pathological Meeting bersama-sama dengan pelanggan dari jabatan lain sekiranya ada kes-kes yang perlu dibincangkan bersama Pakar Patologi dan Pegawai Perubatan Patologi.

Nota: Semua permohonan dan pertanyaan tentang Clinico-Pathological Meeting ini boleh

menghubungi terus Pejabat Patologi.

6.6 Petunjuk Kualiti

BIL. PROSES PETUNJUK KUALITI

1. Pre-examination Peratusan penolakan semua spesimen tidak melebihi 3%.

2. Examination Pencapaian 95% untuk semua slaid ujian yang dihasilkan memenuhi kualiti yang ditetapkan.

3. Post- examination Pencapaian 80% bagi laporan ujian kes segera tidak rumit yang selesai dalam tempoh 4 hari bekerja dan laporan ujian kes segera rumit yang selesai dalam tempoh 15 hari bekerja bagi uijian HISTOPATOLOGI. Pencapaian 80% bagi laporan ujian kes segera tidak rumit yang selesai dalam tempoh 4 hari bekerja dan laporan ujian kes segera rumit yang selesai dalam tempoh 13 hari bekerja bagi uijian SITOPATOLOGI.

(9)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

MAKMAL PATOLOGI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER

(HUSM/PATH/MPSP)

Muka surat 7/17

Versi 2

6.7 Objektif Kualiti

BIL. OBJEKTIF KUALITI

1. At least 80% of laboratories achieve their rejection rate according to their quality indicator.

2. At least 80% of complaints are attended with corrective actions taken within 2 months.

3. At least 80% of participations in proficiency testing are satisfactory for all accredited scope.

4. At least one awareness programme on the quality system conducted at department level in a year

6.8 Maklum Balas Pelanggan

Pihak Makmal sangat mengharapkan maklum balas dan cadangan daripada pihak pelanggan untuk penambahbaikan berterusan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Sebarang maklum balas dan cadangan boleh dilakukan secara lisan/bertulis menggunakan borang berkaitan, email, telefon dan sebagainya. Alamat seperti di bawah:

Ketua Jabatan Patologi Jabatan Patologi Hospital USM

16150 Kubang Kerian, Kelantan.

6.9 Semua staf Makmal Perubatan Hospital USM adalah tertakluk kepada Surat Aku Janji

(10)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

6. UJIAN YANG DITAWARKAN 7.1 Histopatologi

a) Pemeriksaan Histopatologi Rutin (Rutin HPE) b) Hirisan Beku (Frozen Section)

c) Biopsi Ginjal (Renal Biopsy) d) Enzim ACH (Rectal Biopsy) e) Biopsi Otot (Muscle Biopsy) f) Pewarnaan Khas (Special Stain) g) Imunohistokimia (IHC)

7.2 Sitopatologi

a) Gynaecology (conventional pap smear and liquid-based preparation) b) Non-Gynaecology (i.e. body fluids, sputum, brushing)

c) Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC) d) Seminal Fluid Analysis (SFA)

e) High Vaginal Swab (HVS) for Spermatozoa Examination (medico-legal)

7. TEMPOH MASA KEPUTUSAN

TEMPOH MASA KEPUTUSAN

Bil. Jenis Ujian Tempoh Masa (hari bekerja)

Kes Biasa Kes Rumit/ Memerlukan Ujian

Lanjutan

1 Histopatologi (Rutin HPE) 10 hari 20 hari

2 Hirisan Beku (Frozen Section) 1 jam (secara lisan) 2 jam (secara lisan)

3 Biopsi Ginjal dan Biopsi Otot 20 hari

4 Enzim ACH (Biopsi Rektal) 10 hari 20 hari

5 Sitopatologi 7 hari 20 hari

6 Kes Segera HISTOPATOLOGI 4 hari 15 hari

(11)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

MAKMAL PATOLOGI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER

(HUSM/PATH/MPSP)

Muka surat 9/17

Versi 2

8. TATACARA MENGISI BORANG PERMOHONAN

Semua spesimen yang dihantar untuk ujian Makmal Patologi hendaklah disertakan dengan borang permohonan yang betul (rujuk prosedur 6.4, muka surat 5/17) dan dihantar dalam satu salinan untuk permohonan melalui LIS dan dua salinan (duplicate) untuk permohonan menggunakan borang manual. Maklumat berikut mestilah diisi dengan lengkap oleh pemohon ujian.

a) Nama pesakit, nombor pendaftaran (R/N), tarikh lahir/nombor kad pengenalan (I/C), jantina, alamat (wad/kilinik)

b) Riwayat klinikal yang lengkap c) Jenis spesimen

d) Nama Pakar/Pegawai Perubatan yang memohon e) Tarikh/Masa spesimen diambil/permohonan

Nota: Untuk borang cetakan LIS, tandatangan dan cop Pakar/Pegawai Perubatan yang memohon

ujian tidak diperlukan TETAPI untuk borang manual masih diperlukan.

9. LABEL SPESIMEN

Label pada bekas spesimen hendaklah lengkapi dengan maklumat berikut: a) Nama pesakit

b) Nombor pendaftaran (R/N) c) Alamat (wad/klinik)

d) Jenis spesimen e) Jenis ujian dipohon

(12)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

10. KRITERIA PENOLAKAN SPESIMEN

Permohonan ujian yang tidak memenuhi spesifikasi berikut akan ditolak.

a) Butir-butir pesakit pada borang permohonan tidak sama dengan label pada bekas spesimen.

b) Borang permohonan/ label pada bekas spesimen tidak lengkap. c) Tiada spesimen/label pada bekas spesimen.

d) Jenis borang permohonan yang digunakan salah.

e) Jenis spesimen tidak sama antara borang dan label spesimen. f) Fiksatif yang digunakan salah.

g) Slaid pap smear kering tanpa bahan fiksatif.

h) Spesimen medico-legal (kes rogol) tidak dimetri dan bercop di atasnya, borang tidak diisi dengan lengkap dan spesimen tidak dihantar oleh polis.

i) Spesimen air mani melebihi 1 jam dari masa pengambilan. j) Spesimen tidak mencukupi/ sesuai untuk diproses.

(13)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

MAKMAL PATOLOGI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER

(HUSM/PATH/MPSP)

Muka surat 11/17

Versi 2

11. TATACARA PENGUMPULAN SPESIMEN UJIAN HISTOPATOLOGI

Bil Jenis Ujian Jenis Spesimen Tatacara 1 Rutin HPE Semua jenis tisu

manusia

1. Semua spesimen mesti difiksasikan dengan fiksatif

10% Neutral Buffered Formalin (NBF) pada kadar

SEGERA (sebaik sahaja spesimen dikeluarkan daripada pesakit).

2. Isipadu fiksatif sekurang-kurangnya 10 kali ganda isipadu spesimen atau spesimen mesti terendam sepenuhnya di dalam fiksatif.

Nota: KELEWATAN memasukkan spesimen dalam

fiksatif akan menyebabkan AUTOLISIS.

2 Hirisan Beku (Frozen Section)

Tisu Segar (Tanpa Fiksatif)

1. Dapatkan panduan dan temujanji daripada MO Jabatan Patologi sekurang-kurangnya satu hari sebelum prosedur dijalankan.

2. Anggaran masa untuk menghantar spesimen mestilah diberitahu kepada MO/PP Makmal Patologi. 3. Spesimen mesti dihantar SEGERA ke makmal dalam keadaan segar (fresh) iaitu tanpa bahan pengawet (tidak perlu fiksasi).

Nota: Jika berlaku kelewatan atas sebab-sebab

munasabah, pihak makmal menerima spesimen sehingga jam 5.00 petang.

3 Biopsi Ginjal (Renal Biopsy)

Tisu Biopsi Ginjal 1. Temujanji perlu dilakukan dengan JTMP di Makmal Ujian Khas, Makmal Patologi sekurang-kurangnya satu hari sebelum prosedur dijalankan.

2. Sekurang-kurangnya dua (2) strip spesimen tisu diambil. Setiap strip secara optimum dikehendaki mencapai 2 cm panjang. Satu (1) strip tisu dimasukan ke dalam fiksatif 10% NBF. Untuk strip kedua, glomeruli dikenal pasti dan cebisan tisu yang mempunyai

glomeruli dimasukkan ke dalam Phopshate Buffer

Saline (PBS). Tisu selebihnya daripada strip kedua

dimasukan ke dalam 10% NBF.

4 Enzim ACH (Rectal Biopsy)

Tisu Biopsi Rektal 1. Temujanji perlu dilakukan dengan JTMP di Makmal Ujian Khas, Makmal Patologi sekurang-kurangnya satu hari sebelum prosedur dijalankan.

2. Sekurang-kurangnya dua (2) spesimen biopsi tisu diambil. 1 tisu biopsi dimasukan ke dalam 10% NBF manakala 1 tisu lagi dihantar ke makmal dalam keadaan segar (fresh) tanpa pengawet. Tetapi, jika MO/Pakar (Perubatan) memperolehi hanya SATU spesimen biopsi sahaja, maka tisu tersebut hendaklah dihantar dalam keadaan segar tanpa pengawet ke makmal dengan segera.

(14)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

Bil Jenis Ujian Jenis Spesimen Tatacara 5 Biopsi Otot

(Muscle Biopsy)

Tisu Biopsi Otot 1. Temujanji perlu dilakukan dengan JTMP di Makmal Ujian Khas, Makmal Patologi terlebih dahulu sekurang-kurangnya satu hari sebelum prosedur dijalankan. 2. Spesimen mesti dihantar SEGERA ke makmal dalam keadaan segar (fresh) iaitu tanpa bahan pengawet (tidak perlu fiksasi).

3. Lokasi Pengambilan Biopsi Otot

a) Elakkan daripada kawasan yang menunjukkan tanda klinikal yang maksima, iaitu bahagian yang selalunya menggambarkan ‘peringkat akhir’ sesuatu penyakit di mana hanya tisu lemak dan tisu konektif fibrous sahaja kelihatan. b) Sebaliknya, kawasan dengan klinikal sederhana biasanya menunjukkan perubahan primer yang membantu menjelaskan keadaan/sebab kerosakan.

c) Kawasan yang telah disuntik dengan dadah atau trauma, juga perlu dielakkan, dan kajian jarum EMG hendaklah dilakukan pada sisi bahagian kaki , untuk mengelakkan berlaku inflammasi.

d) Pemilihan tempat bergantung kepada maklumat norrosakf yang diperolehi, dan kaedah teknikal yang terlibat. (contohnya biopsi terbuka atau biopsi conchotome)

e) Kebiasaannya, spesimen diperolehi daripada kawasan yang bebas daripada salur darah besar dan saraf contohnya, bahagian atas paha atau sebelah sisi bahagian atas bersempadan dengan lutut.

f) Tempat lain seperti bahu (deltoid), lengan (bicep branchii) atau otot betis (tibialis anterior) boleh juga dipilih bergantung kepada

persembahan klinikal. 4. Biopsi otot kaedah terbuka

a) Melaluinya, spesimen yang besar boleh diperolehi dan diproses secara berasingan dalam ujikaji biokimia, immunoblotting, mikroskop cahaya dan mikroskop elektron. b) Pastikan ubat pelali tidak meresap ke dalam

otot.

c) Penggunaan teknik steril, gurisan selari dengan otot yang mengelembung lebih kurang 3-4cm panjang pada kulit.

d) Otot berbentuk selinder dikeluarkan dengan bantuan pengepit yang direka khas untuk orientasi serat otot di samping membantu menghalang pengecutan dan pembentukkan artefak.

(15)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

MAKMAL PATOLOGI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER

(HUSM/PATH/MPSP)

Muka surat 13/17

Versi 2

Bil Jenis Ujian Jenis Spesimen Tatacara 5 Sambungan:

Biopsi Otot (Muscle Biopsy)

e) Hujung tisu yang dikepit hendaklah dibuang semasa pemeriksaan mikroskopik, tetapi boleh digunakan untuk immunoblotting dan ujian biokimia. Kaedah yang sama pada spesimen autopsi digunakan.

Kelemahan teknik ini, ialah saiz spesimen otot yang besar, mungkin menyebabkan parut pada tisu, dan menimbulkan masalah pada pelali keseluruhan. Bagaimanapun, teknik ini masih diperlukan pada otot selain ‘quadricep’ yang hendak dibiopsikan

5. Penghantaran Biopsi Otot

a) Pastikan tisu otot diletakkan di atas “tongue depressure” dan diikat di kedua hujung sampel dan diletakkan ke dalam bekas dengan kain kasa yang dibasahkan dengan salin berisotonik. b) Spesimen kecil hendaklah dilindungi daripada

kekeringan yang melampau dengan melindunginya dengan aluminium foil. c) Dalam keadaan apa sekalipun elakkan

penggunaan fiksatif.

d) Sebaiknya, spesimen hendaklah dibiarkan mengendur selama 10-15 minit sebelum dibekukan, di mana sepatutnya ia berlaku sendiri dalam masa 1 jam selepas dikeluarkan. e) Jika berlaku kelewatan, sejukkan spesimen

dalam peti ais (bukan peti sejuk dingin). f) Guna cecair kultur tisu sebagai media

pengangkut.

g) Pembungkusan dengan ais kering tidak digalakkan kerana ais akan merosakkan tisu.

(16)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

12. TATACARA PENGUMPULAN SPESIMEN UJIAN SITOPATOLOGI

Bil Jenis Ujian Bekas Spesimen Kuantiti Spesimen Tatacara 1. Gynaecology Cervical/Vault/Vaginal (PAP Smear) a) Smear Konvensional Botol Pap Smear yang mengandungi larutan 95% alkohol 1-2 smear

Smear dilabelkan dengan dua (2) identifikasi (Nama dan RN) pada slaid frosted-end. Smear direndamkan

sepenuhnya di dalam larutan 95% alkohol dengan SEGERA dan dihantar ke makmal. b) Liquid Based

Preparation

Vial Thin Prep/Path Tezt yang dibekalkan

Hantar spesimen ke makmal untuk diproses. Elakkan penggunaan lubricant ketika pengambilan spesimen.

2. Non-Gynaecology

Ascitic fluid (Peritoneal fluid/washing)

Botol Steril 20-50ml atau sebanyak

yang dikumpul

Hantar spesimen ke makmal dengan SEGERA untuk diproses. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (24-48 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

3. Pleural fluid Botol Steril 20-50ml atau sebanyak

yang dikumpul

Hantar spesimen ke makmal dengan SEGERA untuk diproses. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (24-48 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

4. Pericardial fluid Botol Steril 20-50ml atau sebanyak

yang dikumpul

Hantar spesimen ke makmal dengan SEGERA untuk diproses. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (24-48 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

5. Peritoneal fluid Botol Steril 20-50ml atau sebanyak

yang dikumpul

Hantar spesimen ke makmal dengan SEGERA untuk diproses. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (24-48 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

(17)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

MAKMAL PATOLOGI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER

(HUSM/PATH/MPSP)

Muka surat 15/17

Versi 2

Bil Jenis Ujian Bekas Spesimen

Kuantiti Spesimen

Tatacara

6. Sputum Botol Steril Sebanyak

yang terkumpul

Spesimen hendaklah

dikumpulkan pada AWAL PAGI. Hantar spesimen ke makmal dengan SEGERA untuk diproses. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (12-24 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

7. Cerebrospinal fluid (CSF)

Botol Steril Sekurang-kurangnya

0.5ml

Hantar spesimen ke makmal dalam tempoh 1-2 jam setelah diambil. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (12-24 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

8. Cyst fluid Botol Steril 20-50ml atau sebanyak

yang dikumpul

Hantar spesimen ke makmal dengan SEGERA untuk diproses. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (24-48 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

9. Urine (air kencing) Botol Steril 10-20ml atau sebanyak

yang dikumpul

Hantar spesimen ke makmal dalam tempoh 1-2 jam setelah diambil. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (12-24 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

10. Bronchial brushing Botol Pap Smear yang mengandungi

larutan 95% alkohol

1-2 smear Smear dilabel dengan dua (2) identifikasi (Nama dan RN) pada slaid frosted-end.

Smear direndam sepenuhnya di dalam larutan 95% alkohol dengan SEGERA dan dihantar ke makmal.

11. Bronchial washing Botol Steril 10-20ml atau sebanyak

yang dikumpul

Hantar spesimen ke makmal dengan SEGERA untuk diproses. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (12-24 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

12. Bronchial alveolar lavage

Botol Steril 10-20ml atau sebanyak

yang dikumpul

Hantar spesimen ke makmal dengan SEGERA untuk diproses. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (12-24 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

(18)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

Bil Jenis Ujian Bekas Spesimen Kuantiti Spesimen Tatacara 13. Eye fluids/Eye washing Botol Steril/Picagari yang digunakan untuk mengambil spesimen Sebanyak mana yang terkumpul

Hantar spesimen ke makmal dengan SEGERA untuk diproses. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (12-24 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

14. Synovial fluid Botol Steril Sebanyak mana yang

terkumpul

Hantar spesimen ke makmal dengan SEGERA untuk diproses. Jika tidak, simpan di dalam peti sejuk antara suhu 2-8°C (12-24 jam) sahaja. Jika tidak sel akan rosak.

15. Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC)

- - Dapatkan temujanji daripada

MO Jabatan Patologi sekurang-kurangnya satu hari sebelum prosedur dijalankan. Borang kebenaran prosedur hendaklah dikepilkan bersama-sama borang permohonan ujian.

16. Seminal Fluid Analysis (SFA)

Botol Steril 5ml atau sebanyak

yang dikumpul

Hantar spesimen ke makmal dalam tempoh satu (1) jam selepas spesimen diambil. Jika tidak sperma akan rosak.

17. High Vaginal Swap (HVS) for

Spermatozoa

Examination (medico-legal)

Botol Pap Smear yang mengandungi

larutan 95% alkohol

1 smear a) Smear dilabel dengan dua (2) identifikasi (Nama dan RN) pada slaid frosted-end. b) Pastikan slaid terendam sepenuhnya di dalam larutan 95% alkohol dan dihantar terus ke makmal.

c) Bekas spesimen ‘swab’ mestilah di metri (sealed) dengan lilin khas dan bercop di atasnya.

d) Butir-butir pesakit/ mangsa, maklumat ringkas kejadian serta tarikh dan masa spesimen diambil hendaklah ditulis dengan jelas pada borang permohonan.

e) Semua spesimen yang dihantar mesti dihantar oleh pihak polis, dicatatkan nama, nombor staf dan nombor telefon polis berkenaan.

(19)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

MAKMAL PATOLOGI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MANUAL PENGUMPULAN SPESIMEN PRIMER

(HUSM/PATH/MPSP)

Muka surat 17/17

Versi 2

13. PERMOHONAN KES SEGERA (URGENT CASE)

a) Permohonan hanya boleh dibuat oleh Doktor yang merawat. Kes berkenaan mestilah diberitahu melalui telefon kepada Patologis atau Pegawai Perubatan (MO) bertugas terlebih dahulu. Setiap maklumat akan diisi melalui Laboratory Information System (LIS).

b) Perkataan Kes Segera (Urgent Case), MO Pathology Contacted, Time Contacted dan Reason permohonan hendaklah dicatatkan pada borang permohonan melalui LIS oleh Doktor yang merawat.

Penting : Jika tidak terdapat maklumat seperti (b), maka spesimen tersebut tidak di kira

sebagai kes segera.

c) Tempoh masa keputusan diketahui adalah 4 hari bekerja kecuali jika kes tersebut kes rumit/memerlukan ujian lanjutan (keputusan dalam tempoh 15 hari) bagi ujian Histopatologi. d) Tempoh masa keputusan diketahui adalah 4 hari bekerja kecuali jika kes tersebut kes

(20)

TIDAK BOLEH DICETAK – HAK CIPTA TERPELIHARA MAKMAL PATOLOGI

1. MASA PENGHANTARAN SAMPEL (WAKTU PEJABAT SAHAJA) DAN PADA HARI BEKERJA

SAHAJA.

HARI BEKERJA WAKTU PERKHIDMATAN

Ahad – Rabu 10.00 pagi – 12:30 tengah hari dan 2.30 petang – 3.30 petang Khamis 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

2. CARTA ALIR PENGHANTARAN SAMPEL

Triple Layer Packaging

Lapisan pertama Botol Spesimen (tidak perlu seal penutup botol dengan salotape/ kain gauze, tutup seperti biasa)

 Label dengan nama, RN pesakit, jenis sampel dan tarikh sampel diambil

 Sanitasi dengan 70% alkohol.  Letakkan di dalam plastik biohazard

tertutup.

Lapisan kedua Plastik biohazard tertutup tahan bocor

 Letakkan di dalam plastik biohazard tertutup.

 Sanitasi dengan 70% alkohol.

Lapisan ketiga  Bekas/ Polisterin berlabel “SARI/ PUI/ POSITIF COVID-19” Makmal Patologi  Sanitasi dengan 70% alkohol.

Borang permohonan Sitopatologi dan Histopatologi dicetak melalui LIS Histopath (1 copy)

Label sebagai “SARI/ PUI/ COVID-19”

- Dimasukkan ke dalam plastik biohazard yang berasingan dan di’staple’ bersama plastik sampel.

Kenalpasti keperluan ujian Histopatologi dan Sitopatologi

Tindakan: Staf Wad/ Klinik/ OT

Hubungi UPSPL, Makmal Patologi sebelum penghantaran sampel (Ext: 4009) dan datang mengambil bekas/ polisterin yang berlabel “SARI/ PUI/ COVID-19” Makmal Patologi.

Tindakan: Staf Wad/ Klinik/ OT

Ambil sampel pesakit dengan tatacara yang ditetapkan

Tindakan: Staf Wad/ Klinik/ OT

Hantar sampel ke Makmal Patologi dan letak sampel di atas troli yang disediakan khas di sebelah pintu masuk Makmal Patologi

Referensi

Dokumen terkait

Pola arsitektur jaringan NN backpropagation (jumlah neuron input layer jumlah neuron hidden layer-output layer ) 15-16-1 yang merupakan pola arsitektur jaringan terbaik yang

Perbedaan penelitian ini adalah Dewi dan Jati (2014) meneliti pengaruh karakter eksekutif Karakteristik Perusahaan, Dan Dimensi Tata Kelola Perusahaan yang baik

Tujuan dari penilitian ini adalah untuk mengetahui jumlah jalur distribusi kubis ( Brassica Oleracea Var Capitata ), jenis jalur distribusi dan penanganan

Struktur dengan beban yang merata dan berdiri diatas tanah lunak yang diasumsikan sebagai tumpuan pegas akan menghasilkan nilai settlement pada tanah yang berbeda

Untuk menguji signifikansi pengaruh positif manfaat yang dirasakan terhadap. penggunaan e-money Bank Mandiri

Band filter berhenti dapat ditemukan (sering dalam kombinasi dengan band pass filter) pada frekuensi antara (IF) amplifier radio tua dan penerima TV, di mana

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui karakteristik mutu ikan Bilih (Mystacoleucus padangensis) asap di beberapa pasar kota Padang ditinjau dari kandungan

(S /kecil < 5 g yang tertinggi pada kontrol (tanpa isolat rizobakteri dan tanpa coumarin), klasifikasi umbi Large (L)/ besar > 20 g yang terbaik dihasilkan