• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. GARISAN PENGENALAN GARISAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1. GARISAN PENGENALAN GARISAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1. GARISAN

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

PENGENALAN GARISAN

Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia. i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia :-

Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.

ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:

Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

JENIS-JENIS GARISAN Garisan Halus Garisan Tebal Garisan Beralun Garisan Berpancar Garisan Berlingkar Garisan Berserabut Garisan Bersudut-sudut Garisan Bergerigi Garisan Berbiji Garisan Berbulu Garisan Putus-putus Garisan Berduri FUNGSI GARISAN

1. Garisan menimbulkan rupa. 2. Garisan menimbulkan bentuk.

3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang. 4. Garisan mewujudkan ruang.

5. Garisan menghasilkan jalinan.

6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak. 7. Garisan mewujudkan ton.

(2)

8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid. GARISAN, TON & RUANG

1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.

2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.

3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

APLIKASI GARISAN DALAM KARYA SENI 1. Lukisan 2. Catan 3. Anyaman 4. Tenunan 5. Kolaj 6. Pualaman 7. Arca 8. Gurisan 9. Cetakan

10. Resis (batik / ikat celup) 2. JALINAN

APA ITU JALINAN

Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

JENIS-JENIS JALINAN Jalinan Sentuh

a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

b.Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya.

(3)

Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

FUNGSI JALINAN

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang. 2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut.

3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding. 4. Pengaliran air dan udara.

CONTOH PENGHASILAN KARYA BERJALINAN TAMPAK i. Gosokan

Teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.

ii. Capan

Kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan

bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

iii. Ikat dan celup

Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki.

iv. Pualaman

Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

v. Batik

Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya. vi. Lukisan dan catan

Menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan. KAEDAH PENGHASILAN KARYA BERJALINAN SENTUH

(4)

Penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya. ii. Tenunan

Jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh. iii. Sulaman

Semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh.

iv. Kolaj

Merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

3. RUPA PENGENALAN

Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

JENIS-JENIS RUPA 1. Rupa Geometri

Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.

dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu 2. Rupa Organik

Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.

Dihasilkan secara sepontan

RUPA POSITIF DAN RUPA NEGATIF

Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

RUPA DALAM AKTIVITI MENCORAK

Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).

Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.

Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif. Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.

(5)

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM MENCORAK Susunan selang-seli

Susunan turun separa Susunan batu-bata. Susunan orgee Susunan cerminan Susunan sisik ikan

RUPA DAN LAMBANG / LOGO

Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

RUPA DAN MUKA TAIP

Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf. Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.

Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif ( tidak berekor ). 4. BENTUK

PENGENALAN

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)

Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.

Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. CIRI-CIRI BENTUK

Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman

Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna

Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang

JENIS-JENIS BENTUK A. Bentuk Konkrit

Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut. Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata).

Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya. B. Bentuk Ilusi

Bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain

(6)

Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)

Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.

Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

MEMBINA BENTUK KONKRIT Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai).

Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi) Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

5. RUANG

PENGENALAN RUANG & PERSPEKTIF

Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.

Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.

Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara iaitu :-

a. Perspektif 1 titik lenyap b. Perspektif 2 titik lenyap c. Perspektif 3 titik lenyap

PANDUAN MENGHASILKAN LUKISAN Perspektif 1 titik lenyap

Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.

Perspektif 2 titik lenyap

Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan. Perspektif 3 titik lenyap

Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi 6. WARNA

PENGENALAN

Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;

Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu.

Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.

(7)

Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna JENIS-JENIS WARNA

Warna Asas

Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna

Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga

Mempunyai kuasa yang hebat

Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya Warna Sekunder

Juga dipanggil warna kedua

Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas. Warna sekunder = warna asas + warna asas

Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau a. Jingga = merah + kuning

b. ungu = merah + biru c. hijau = kuning + biru Warna Tertier

Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna Warna tertier = warna asas + warna sekunder

Warna tertier terdiri daripada a. biru ungu = biru + ungu b. biru hijau = biru + hijau

c. kuning jingga = kuning + jingga d. kuning hijau = kuning + hijau e. merah jingga = merah + jingga f. merah ungu = merah + ungu WARNA PANAS & WARNA SEJUK Warna Panas

Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.

Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan

Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.

Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas iaitu kumpulan warna merah dari cili dan bunga yang berwarna merah.

Contoh karya yang menggunakan warna-warna panas. Penggunaan warna-warna merah, hitam jingga dan kuning menimbulkan suasana panas pada karya-karya berikut.

Warna Sejuk

Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi

(8)

Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran.

Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti laut dan langit, permandangan di kawasan laut, warna biru dan ungu serta warna biru dan hijau di dasar laut.

Contoh karya seni yang menggunakan kumpulan warna sejuk seperti penggunaan warna biru dan kesan sewarna serta campuran warna biru , hijau dan ungu menimbulkan suasana sejuk

PENGENALAN WARNA BERTINDAK

Pengetahuan tentang warna bertindak amat penting dalam menghasilkan seni dan komunikasi (grafik) seperti logo, poster, kulit buku, corak dan sebagainya agar kesan yang tertentu dapat dihasilkan. Bagi menghasilkan seni grafik, sekiranya pemilihan warna pada sesebuah karya yang tidak sesuai akan mengakibatkan karya tersebut gagal menarik perhatian dan menyampaikan mesej daripada seni grafik tersebut.

Contohnya jika sebuah poster menggunakan warna latar belakang serta ilustrasi yang seakan-akan sama dengan kapsyen/muka taip (tajuk poster) sudah pasti poster tersebut gagal memperlihatkan mesej yang hendak disampaikan disamping gagal menarik perhatian orang ramai dan hanya merugikan. Warna yang bertindak negatif juga akan menyebabkan tiada kesan keterbacaan jika dilihat dari jarak yang jauh. Ini menyebabkan penonton tidak akan membaca poster tersebut sekaligus poster tersebut gagal berfungsi bagi menyampaikan mesej.

MAKSUD WARNA BERTINDAK

1. Warna yang sama pada latar belakang yang berlainan akan menimbulkan kesan yang berbeza.

2. Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas dan ketara, tindakan positif dihasilkan. 3. Apablia dua warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang hampir sama, tindakan negatif dihasilkan.

4. Contoh kesan-kesan terhadap pemilihan warna-warna yang bertindak negatif dan positif jika diaplikasi pada kapsyen poster. Cuba kecilkan sedikit mata anda bagi membaca kapeyen BELIA BENCI DADAH di bawah bagi mendapatkan kesan seperti melihat dari jarak jauh.

Referensi

Dokumen terkait

Larutan NaOh : warna mula-mula Biru, Hijau lumut, hijau toska, kuning menjadi Ungu, biru, merah, orange dengan pH=14 maka kesimpulannya adalah

Penggunaan warna warna seperti merah, coklat, hitam dan biru yang akan memberikan kesan modern dan vintage selain itu ingin menciptakan suasana ruang yang cozy dan terlihat

Warna yang disukai mempunyai urutan seperti berikut: merah, biru, ungu, hijau, jingga, kuning.. Breeds dan SE, Katz warna merah lebih popular untuk wanita dan biru

Warna kuning dan coklat merupakan warna dasar dari logo Bernardi, sedang warna merah dipakai untuk memberi kesan sosis dan untuk kesan “peringatan” Warna biru dan hijau

3.12-4.12 Bermain arisan kata warna –warna pelangi ; dapat memasangkan tulisan warna pelangi merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila , ungu

12 Warna Daun Warna helaian daun pertama setelah daun bendera dikelompokkan menjadi hijau pucat, hijau, hijau tua, ungu pada bagian ujung, ungu pada bagian garis tepi daun,

Setelah dilakukan pengujian pada sistem pendeteksian warna menggunakan Neural Network, warna Merah, Hijau, Biru, Biru tua, Cyan, Magenta dan Zaitun memiliki

Data citra yang digunakan pada busana tradisonal aceh yang terdiri dari 5 katagori warna yaitu warna merah, warna biru, warna hijau, warna hitam dan warna campuran.. Type