• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kemahiran employability di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kemahiran employability di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DI

KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MALAYSIA

AHMAD RIZAL MADAR

MALYIA AFZAN ABD AZIZ

MOHAMAD ZAID MUSTAFA

SEMINAR KEBANGSAAN KEMAHIRAN

INSANIAH DAN KERJA SOSIAL

24-26 JULAI 2009

(2)

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DI KALANGAN PELAJAR

KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MALAYSIA

'Ahmad Rizal Madar, 2Malyia Afzan Abd Aziz, 3Mohamad Zaid Mustafa & 4Yahya Buntat (Dr.)

1 , 2'3Fakluti Pendidikan Teknikal

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja Batu Pahat Johor

Malaysia

rizalm@uthm.edu.my, audra_alya@yahoo. com & 3mzaid@uthm.edu.my

4Jabatan Pendidikan Teknik & Vokasional

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Skudai, Johor Malaysia

4p-yahya@utm.my

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti elemen-elemen kemahiran "employability" yang telah diterapkan oleh tenaga pengajar kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan kepentingannya bagi majikan industri di Malaysia. Sampel kajian adalah terdiri daripada tenaga pengajar kolej komuniti KPTM dan majikan industri merangkumi di zon selatan iaitu seramai270 orang. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan sampel bertujuan {purposive sampling).

Kajian ini lakukan dengan menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Data-data kajian diperolehi melalui soal selidik. Dua set soal selidik yang mempunyai kandungan yang sama tetapi berlainan format disediakan. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik min dan rank digunakan untuk melaporkan data deskriptif. Statistik ujian-T tidak bersandar pula digunakan untuk menentukan perbezaan kemahiran "employability" antara persepsi majikan industri dan persepsi tenaga pengajar kolej komuniti KPTM. Hasil analisis data didapati tenaga pengajar Kolej Komuniti KPTM memberikan persetujuan bahawa mereka telah menerapkan elemen kemahiran "employability" . Hasil dari analisis juga didapati kedua-dua belah pihak iaitu tenaga pengajar Kolej Komuniti KPTM dan majikan industri bersetuju bahawa ketiga-tiga elemen kemahiran "employability" (kemahiran komunikasi, kemahiran kerja kumpulan,kemahiran ICT secara keseluruhan). ini adalah penting.

(3)

1.0 Pengenalan

Permintaan terhadap tenaga buruh yang berkualiti telah menjadi semakin kritikal dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat pada masa kini. Sistem pendidikan dan latihan perlu diorientasikan semula dan industri pula perlu mempergiatkan latihan semula pekerja mereka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya cipta supaya sepadan dengan kemajuan teknologi pengeluaran dan perkhidmatan untuk memenuhi hasrat tersebut. Berikutan itu, Kementerian Pengajian Tinggi telah disarankan untuk melaksanakan program yang menjurus kepada kerjaya di institusi pengajian tinggi (IPT). Ia adalah bagi menangani isu pengangguran siswazah yang dikaitkan dengan faktor tidak serasi antara penawaran dan tenaga kerja yang diperlukan oleh persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi (Khairina, 2004). Oleh itu, pihak Pendidikan Teknik & Vokasional perlu memberi penekanan dalam hal ini supaya produknya lebih berkualiti dan mampu memenuhi keperluan industri negara.

The Conference Board of Canada" (2000) telah mendefinisikan kemahiran "employability" sebagai satu istilah yang digunakan untuk menjelaskan kemahiran dan juga kualiti individu yang dikehendaki oleh para majikan terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja. Kemahiran "employability" merupakan kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu bidang kerja lain. Ia tidak mengkhusus kepada satu bidang pekerjaan sahaja, malah merangkumi semua bidang kerjaya.

Kemahiran "employability" ini perlu, kerana individu yang berkemahiran teknikal yang baik, tanpa memiliki kemahiran "employability" adalah dianggap tidak berkualiti. Pada masa kini penempatan diri dan persaingan dalam pasaran pekerjaan global memerlukan para graduan yang mampu mengaplikasikan elemen-elemen kemahiran "employability" di samping cemerlang dalam bidang akademik.

Perkembangan dunia pada masa kini dan dalam era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal atau " hard skills" sahaja tetapi juga kepada kemahiran "employability" atau "soft skills" agar pekerja mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan juga dalam masa yang sama memiliki kedua-duanya kemahiran atau "multi

skills" tersebut. Menurut Sharil(2000), pihak industri masa kini juga sangat memerlukan pekerja bukan sahaja mempunyai kemahiran teknik dan vokasional tetapi perlu memiliki kemahiran "employability".

2.0 Pernyataan Masalah

Kolej Komuniti merupakan sebuah Institusi Pendidikan yang menyediakan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam pelbagai bidang kemahiran. Penubuhan Kolej Komuniti ini memberikan impak yang besar kepada negara dalam melahirkan tenga kerja yang mempunyai kemahiran tinggi.

Berdasarkan kepada kajian literatur, kebanyakan majikan masa kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tetapi juga memiliki pelbagai kemahiran pekerjaan termasuklah kemahiran "employability" bagi meningkatkan produktiviti syarikat dan berdaya saing (Nurahimah & Rosmawati, 2002). Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai masalah dalam mengintegrasikan kemahiran "employability" oleh tenaga pengajar dan juga para majikan industri terhadap graduan institusi latihan vokasional yang diambil sebagai pekerja mereka.

(4)

3.0 Persoalan Kajian

a) Apakah elemen-elemen kemahiran "employability" yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar kepada pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi?

b) Apakah elemen-elemen kemahiran "employability" yang dianggap penting oleh pihak industri?

c) Apakah ciri-ciri kemahiran terbaik yang dikehendaki oleh industri terhadap graduan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi?

d) Apakah cabaran Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha mengintegrasikan kemahiran "employability" dengan industri?

e) Adakah terdapat perbezaan elemen kemahiran "employability" antara persepsi majikan industri dan persepsi tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi?

4.0 Kerangka Teori Kajian

Model kerangka teori kajian ini (Rajah 1.1) adalah hasil adaptasi model Kerangka Teori oleh Yahya (2004).

(5)

Model kerangka teori dalam kajian ini menerangkan cabaran yang dihadapi oleh kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengintegrasikan kemahiran "employability" dan kemahiran "employability" yang dianggap penting serta ciri-ciri kemahiran pekerja yang diperlukan oleh industri. Penyelidik hanya memfokuskan kepada tiga kemahiran sahaja iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran ICT dan kemahiran kerja kumpulan bagi mengenai pasti setiap persoalan kajian yang dikaji.

5.0 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan di mana sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan majikan industri sekitar zon selatan.

Populasi kajian terdiri daripada dua kumpulan yang berasingan iaitu tenaga pengajar di sembilan (9) buah kolej komuniti di negeri Johor, Negeri Sembilan dan juga Melaka serta majikan industri. Sampel kajian adalah terdiri daripada tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dalam kursus teknikal sekitar zon selatan iaitu Johor, Melaka dan N.Sembilan serta majikan majikan industri. Pemilihan kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi sekitar zon selatan sahaja disebabkan dari pelbagai faktor iaitu kekangan masa, kewangan penyelidik serta terdapat banyak industri.

Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik. Melalui kajian rintis yang dijalankan maka kebolehpercayaannya dan nilai Alpha Cronbach adalah melebihi 0.6 yang membuktikan soal selidik ini boleh diterima pakai.

6.0 Dapatan Kajian

Hasil analisis tenaga pengajar berdasarkan jantina, kursus, bidang yang diajar dan pengalaman mengajar seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Taburan Responden Tenaga Pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi mengikut Jantina, Kursus, Bidang Yang Diajar, Pengalaman Mengajar

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 57 47.9 %

Perempuan 62 52.1 %

Jumlah 119 100 %

Kursus Kekerapan Peratus Kekerapan (%)

Diploma 25 21.0%

Sarjana Muda 70 58.8 %

Sarjana 24 20.2 %

Jumlah 119 100 %

Bidang Yang Diajar Kekerapan Peratusan Kekerapan (%)

Teknologi Elektrik 35 29.4 %

Penyamanan Udara 17 14.3 %

Teknologi Pembuatan 11 9.2 %

Penyenggaraan Bangunan 10 8.4 %

(6)

Lain-Lain 34 28.6 %

Jumlah 119 100 %

Pengalaman Mengajar Kekerapan Peratus Kekerapan

Kurang daripada 1 tahun 6 5.0 %

1 - 4 tahun 52 43.7 %

5 - 10 tahun 45 37.8 %

Lebih daripada 10 tahun 16 13.4%

Jumlah 119 100 %

Hasil analisis majikan industri berdasarkan jantina, kursus, bidang yang diajar dan pengalaman mengajar seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Taburan Responden Tenaga Pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi mengikut Jantina, Kursus, Bidang Yang Diajar, Pengalaman Mengajar

Jantina Kekerapan Peratus Kekerapan (%)

Lelaki 66 61.1 %

Perempuan 42 38.9 %

Jumlah 108 100 %

Jawatan Kekerapan Peratus Kekerapan

Pengurus 7 6.5 %

Penyelia 48 44.4 %

Lain-lain 53 49.1 %

Jumlah 108 100 %

Jenis Industri Kekerapan Peratus Kekerapan (%)

Pembuatan 39 36.1 %

Pembinaan 28 25.9 %

Lain-lain 41 38.0 %

Jumlah 108 100 %

Jenis Industri Kekerapan Peratus Kekerapan (%)

1-4 tahun 61 56.5 %

5- 10tahun 30 27.8 %

Lebih dari 10 tahun 17 15.7%

Jumlah 108 100 %

Analisis persoalan kajian 1 dan persoalan kajian 2 :

Skor min dan rank seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3 menunjukan kemahiran "employability" yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan dianggap penting oleh industri melalui kemahiran komunikasi.

Jadual 3 : Taburan Kemahiran "Employability" Kemahiran Komunikasi

N o . I t e m E l e m e n K e m a h i r a n " E m p l o y a b i l i t y " K e m a h i r a n K o m u n i k a s i K o l e j K o m u n i t i M a j i k a n I n d u s t r i N o . I t e m E l e m e n K e m a h i r a n " E m p l o y a b i l i t y " K e m a h i r a n K o m u n i k a s i M i n R a n k M i n R a n k Q 6 M a m p u b e r i n t e r a k s i d e n g a n b e r k e s a n 4 . 2 9 11 3 . 9 9 9 Q 7 M e r a n c a n g kerja b e r d a s a r k a n objektif 4 . 2 4 12 2 . 5 9 13 Q 8 M a m p u m e n g h u r a i k a n s e s u a t u i d e a d e n g a n j e l a s 4 . 3 5 7 4 . 1 7 2 Q 9 M a m p u b e r u c a p di k h a l a y a k o r a n g 4 . 3 7 5 4 . 0 6 8 Q 1 0 M a m p u b e r t u t u r b a h a s a m e l a y u d e n g a n b a i k 4 . 4 6 3 4 . 0 7 7

(7)

Q l l B e r u p a y a m e n y a m p a i k a n m a k l u m a t d e n g a n b a i k 4 . 3 6 6 4 . 0 9 5.5 Q 1 2 M a m p u m e n j a d i p e n d e n g a r d e n g a n b a i k 4 . 5 0 1 3.98 10 Q 1 3 M a m p u m e n a r i k p e r h a t i a n p e n d e n g a r a p a b i l a b e r t u t u r 4.31 9 4 . 1 2 4 Q 1 4 M u d a h m e m b e r i a r a h a n k e p a d a o r a n g lain 4 . 2 9 10 3.90 12 Q 1 5 M e m a s t i k a n diri b e r a d a d a l a m k e a d a a n s e d i a 4 . 4 4 4 4 . 1 9 1 Q 1 6 M u d a h b e r g a u l d e n g a n o r a n g lain 4 . 4 9 2 4 . 0 9 5.5 Q 1 7 M a m p u b e r t u t u r b a h a s a i n g g e r i s d e n g a n b a i k 4 . 1 5 13 3.92 11 Q 1 8 M u d a h m e m u l a k a n p e r b u a l a n 4 . 3 4 8 4 . 1 6 3

Skor min dan rank seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4 menunjukan kemahiran "employability" yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan dianggap penting oleh industri melalui kemahiran kerja kumpulan.

Jadual 4 : Taburan Kemahiran "Employability" Kemahiran Kerja Kumpulan

N o . I t e m E l e m e n K e m a h i r a n " E m p l o y a b i l i t y " K e m a h i r a n K e r j a K u m p u l a n K o l e j K o m u n i t i M a j i k a n I n d u s t r i N o . I t e m E l e m e n K e m a h i r a n " E m p l o y a b i l i t y " K e m a h i r a n K e r j a K u m p u l a n M i n R a n k M i n R a n k Q 1 9 M a m p u m e m b e r i k a n s e m a n g a t k e p a d a o r a n g lain 4 . 4 5 1 4 . 1 5 5 Q 2 0 M a m p u m e n y a k i n k a n diri d a l a m m e m b u a t k e p u t u s a n 4 . 3 9 5 4 . 1 8 2 d a l a m p e l b a g a i kerja Q 2 1 B e r u p a y a m e n c a r i j a l a n t e r b a i k b a g i setiap konflik 4 . 3 7 8 4 . 0 9 8 y a n g d i h a d a p i Q 2 2 B e r u p a y a m e m b e n t u k k e y a k i n a n diri 4 . 3 4 9 4 . 1 4 6 Q 2 3 D a p a t m e n d i s p l i n k a n diri 4 . 2 2 11 4 . 0 7 10 Q 2 4 Berfikir s e c a r a k r i t i k a l d a n b e r t i n d a k s e c a r a m u n a s a b a h 4 . 2 1 12 4 . 0 2 11 Q 2 5 M e m b e r i s e m a n g a t d a n g a l a k a n k e p a d a o r a n g lain 4 . 3 8 6 4 . 1 7 3.5 Q 2 6 M e n g h a r g a i diri s e n d i r i 4 . 4 0 3 4 . 0 8 9 Q 2 7 S e d i a u n t u k m e n e r i m a c a b a r a n 4 . 4 0 4 4 . 1 7 3.5 Q 2 8 T e k u n d a l a m m e n y i a p k a n kerja y a n g d i t e t a p k a n 4 . 4 4 2 4 . 3 1 1 Q 2 9 B e r u p a y a m e m b e n t u k p e m i k i r a n k r e a t i f d a l a m 4 . 1 4 13 4 . 0 0 12 m e n y e l e s a i k a n m a s a l a h Q 3 0 Bersifat j u j u r d a n ikhlas d a l a m m e l a k s a n a k a n t u g a s 4 . 3 0 10 3.97 13 Q 3 1 M e n e r i m a p a n d a n g a n o r a n g lain d e n g a n t e r b u k a 4 . 3 7 7 4.11 7

Skor min dan rank seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5 menunjukan kemahiran "employability" yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan dianggap penting oleh industri melalui kemahiran ICT.

(8)

Jadual 5 : Taburan Kemahiran "Employability" Kemahiran ICT N o . I t e m E l e m e n K e m a h i r a n " E m p l o y a b i l i t y " K e m a h i r a n I C T K o l e j K o m u n i t i M a j i k a n I n d u s t r i N o . I t e m E l e m e n K e m a h i r a n " E m p l o y a b i l i t y " K e m a h i r a n I C T M i n R a n k M i n R a n k Q 3 2 M a m p u m e n i n g k a t k a n k e f a h a m a n I C T d e n g a n 4 . 2 6 1 3.94 10.5 b e r k e s a n Q 3 3 M a m p u m e r a n g s a n g k e m a h i r a n I C T d a l a m m e r a n c a n g , 4 . 0 8 7 4 . 1 2 1 m e n g a n a l i s a serta m e m p r o s e s d a t a Q 3 4 B e r u p a y a m e n g g u n a k a n m e l e l e k t r o n i k d e n g a n b a i k 4 . 1 8 3 3.95 9 Q 3 5 M e n g e n a i pasti s u m b e r m a k l u m a t d e n g a n b a i k 4 . 0 6 10 3.98 8 Q 3 6 M a h i r m e n c a r i m a k l u m a t m e n g g u n a k a n l a m a n w e b 4 . 0 9 6 3.90 13 Q 3 7 M e n g g u n a k a n m e l e l e k t r o n i k b a g i m e n g g a l a k k a n 4 . 0 7 8 4.01 7 interaksi d e n g a n o r a n g lain Q 3 8 M e n g g u n a k a n t e k n o l o g i d e n g a n b e r k e s a n 4 . 1 7 4 3.91 12 Q 3 9 M e n g g u n a k a n t e k n o l o g i t a n p a b a n t u a n s o k o n g a n 4 . 0 4 11 4 . 0 9 4 Q 4 0 M a m p u m e n g h a s i l k a n l a p o r a n kerja d e n g a n b a i k 4 . 0 7 9 4 . 0 4 6 m e n g g u n a k a n k o m p u t e r Q 4 1 B e r u p a y a d a l a m m e n g e n d a l i k a n p e n g g u n a a n 4.11 5 4 . 1 0 2.5 k o m p o n e n m u l t i m e d i a Q 4 2 M a m p u m e n g u a s a i p e n g g u n a a n p e r i s i a n k o m p u t e r 3 . 9 7 13 4 . 0 5 5 d e n g a n b a i k Q 4 3 M a m p u m e n g g u n a k a n s i s t e m r a n g k a i a n p e m b e l a j a r a n 4 . 0 3 12 3.94 10.5 e l e k t r o n i k d e n g a n b a i k

Q 4 4 M e n g g u n a k a n internet b a g i berfikir secara kritis d a n 4 . 2 5 2 4 . 1 0 2.5 k r e a t i f

Analisis persoalan kajian 3 :

Skor min dan rank seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6 menunjukan ciri-ciri kemahiran pekerja terbaik yang dikehendaki oleh Industri terhadap graduan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi.

Jadual 6 : Taburan Kemahiran "Employability" (Ciri-Ciri Kemahiran Pekerja Terbaik) Bagi Majikan / Industri

N o . I t e m E l e m e n K e m a h i r a n " E m p l o y a b i l i t y " M i n R a n k Q 4 5 M e n e t a p i m a s a 4 . 6 8 2 Q 4 6 M e n u n j u k k a n m i n a t d a l a m kerja 4 . 7 6 1 Q 4 7 M e m b e r i t u m p u a n t e r h a d a p kerja 4 . 4 6 9 Q 4 8 B e r m o t i v a s i t i n g g i 4 . 5 8 5 Q 4 9 M e n j a g a k e s e l a m a t a n diri d a n j u g a o r a n g lain 4 . 5 5 7 Q 5 0 M e n g a m b i l b e r a t t e r h a d a p kerja 4 . 4 9 8 Q 5 1 B e r s u n g g u h - s u n g g u h 4 . 6 3 4 Q 5 2 B e r h a t i - h a t i d a l a m kerja 4 . 4 1 10 Q 5 3 C e k a p d a l a m m e l a k s a n a k a n t u g a s 4 . 6 4 3 Q 5 4 M e n g h a s i l k a n m u t u kerja y a n g tinggi 4 . 5 7 6

Analisis persoalan kajian 4 :

Skor min dan rank seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 7 menunjukan cabaran yang dihadapi usaha mengintegrasikan elemen kemahiran "employability" dengan industri.

(9)

Jadual 7 : Taburan Kemahiran "Employability" ( Cabaran Dalam Mengintegrasikan Kemahiran) Bagi Tenaga Pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian

, T i ng g » . .

No. Elemen Kemahiran "Employability" Min Rank

Item Q 4 5 T i a d a k a n d u n g a n e l e m e n k e m a h i r a n " e m p l o y a b i l i t y " d a l a m k u r s u s y a n g diajar 3.05 3 Q 4 6 K a n d u n g a n k u r i k u l u m t i d a k m e n i t i k b e r a t k a n e l e m e n k e m a h i r a n " e m p l o y a b i l i t y " 3.04 4 Q 4 7 T i d a k a d a p e p e r i k s a a n b e r k a i t a n k e m a h i r a n " e m p l o y a b i l i t y " 2 . 9 0 7 Q 4 8 T i a d a a r a h a n dari p i h a k atasan u n t u k m e n g i n t e g r a s i k a n e l e m e n k e m a h i r a n " e m p l o y a b i l i t y " d a l a m p e n g a j a r a n 2.75 10 Q 4 9 T i a d a p a n d u a n d a l a m m e n g i n t e g r a s i k a n e l e m e n k e m a h i r a n " e m p l o y a b i l i t y " 2 . 7 6 9 Q 5 0 T i a d a k e f a h a m a n y a n g j e l a s b e r k a i t a n d e n g a n e l e m e n k e m a h i r a n " e m p l o y a b i l i t y " 2 . 9 4 6 Q 5 1 T i d a k t a h u k e p e n t i n g a n y a n g j e l a s b e r k a i t a n e l e m e n k e m a h i r a n " e m p l o y a b i l i t y " 2 . 8 4 8 Q 5 2 K e s u n t u k a n m a s a u n t u k m e n g i n t e g r a s i k a n e l e m e n k e m a h i r a n " e m p l o y a b i l i t y " s e m a s a p e m b e l a j a r a n 3.13 1 Q 5 3 T i a d a s u k a t a n y a n g k h u s u s u n t u k m e n g i n t e g r a s i k a n k e m a h i r a n " e m p l o y a b i l i t y " s e m a s a p e n g a j a r a n 3.12 2 Q 5 4 T i a d a p e n d e d a h a n b e r k a i t a n d e n g a n e l e m e n k e m a h i r a n " e m p l o y a b i l i t y " 3.01 5

Analisis persoalan kajian 5 :

Hasil ujian-t tidak bersandar ( Jadual 8) menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara persepsi majikan industri dan persepsi tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi.

Jadual 8 : Taburan Elemen Kemahiran "Employability" Yang Telah Diintegrasikan Oleh Tenaga Pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Dengan Industri

Min Sisihan Piawai Ujian - t P

T e n a g a P e n g a j a r ( n = l 19) 4 . 4 0 3 0 . 2 1 1 7 8

. 2 7 0 .000

M a j i k a n Industri ( n = 1 0 8 ) . 2 7 0 .000

*Signifikanpada arasp>0.05

7.0 Perbincangan Dan Kesimpulan

Secara keseluruhannya, hasil analisis melalui kajian adalah berdasarkan kepada lima objektif. Hasil analisis data didapati tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi memberikan persetujuan bahawa mereka telah mengintegrasikan elemen kemahiran "employability" yang diajar di Kolej Komuniti. Ini dapat dilihat melalui purata min kemahiran "employability" yang telah diintegrasikan berdasarkan keutamaan yang ditujukan didapati kemahiran "employability" yang mendapat perhatian utama ialah a) kemahiran komunikasi(4.35), b) kemahiran kerja kumpulan(4.34) dan c) kemahiran ICT(4.11).

(10)

Secara amnya elemen kemahiran "employability" yang dianggap penting oleh majikan industri mengikut purata min adalah : a) kemahiran kerja kumpulan(4.11), b) kemahiran ICT(4.01) dan c) kemahiran komunikasi(3.95). Oleh yang demikian, kedua-dua belah pihak iaitu tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan majikan industri bersetuju bahawa ketiga-tiga elemen kemahiran "employability" ini adalah penting.

Dari segi ciri-ciri kemahiran terbaik yang dikehendaki oleh majikan industri terhadap para pekerjanya pula, kajian mendapati empat ciri kemahiran terbaik pekerja yang diperlukan oleh majikan industri mengikut keutamaan iaitu: a) Menunjukkan minat dalam kerja(4.76), b) menetapi masa(4.68), c) cekap dalam melaksanakan tugas(4.64) dan d) bersungguh-sungguh(4.63).

Dari segi cabaran yang dihadapi tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha mereka mengintegrasikan elemen kemahiran "employability" dalam bidang yang diajar, kajian ini mendapati tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi menghadapai beberapa cabaran yang memberi kesan kepada usaha pengintegrasian yang dilaksanakan. Lima cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar mengikut keutamaan iaitu : a) kesuntukan masa untuk mengintegrasikan elemen kemahiran"employability" semasa pembelajaran(3.13), b) Tiada sukatan yang khusus untuk mengintegrasikan kemahiran"employability" semasa pengajaran(3.12), c) tiada kandungan elemen kemahiran"employability" dalam kursus yang diajar(3.05), d) kandungan kurikulum tidak menitikberatkan elemen kemahiran"employability" dan e) tiada pendedahan berkaitan dengan elemen kemahiran"employability"(3.01).

Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan (signifikan) antara persepsi tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan persepsi majikan industri terhadap ketiga-tiga elemen kemahiran"employability".

Kesimpulannya,melalui kajian yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa kemahiran "employability" merupakan salah satu daripada kategori kemahiran pekerjaan yang penting dan harus diberi perhatian dalam sistem pendidikan di pelbagai peringkat di negara kita. Kemahiran "employability" adalah merupakan kemahiran bukan teknikal yang sangat penting dalam pembangunan diri dan sahsiah pelajar dan berguna untuk melahirkan insan yang mempunyai ketrampilan diri dan berdaya saing dalam kehidupan. Dalam aspek pembangunan diri para pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi, aspek kemahiran "employability" ini harus diberi perhatian yang sewajarnya selaras dengan wawasan negara bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak perancang pendidikan khususnya perancang kurikulum pendidikan negara untuk memperluaskan lagi usaha memperkenalkan elemen kemahiran "employability" dan amalan penerapannya di dalam sistem pendidikan negara hari ini.

RUJUKAN

Kementerian Sumber Manusia, (2001). "Laporan Pasaran Buruh Tahun 2000." Jabatan Tenaga Rakyat. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Khairina Yasin. (2004). Wujud program pendidikan menjurus kepada kerjaya. Berita Harian, 16 Julai:12.

(11)

Educational and Psychological Measurement, 30: 607-610.

Nurahimah Mohd Yusoff & Rosmawati Mamat (2002) Employers' perceptions of the Quality of the Malaysian business graduates. Jurnal Penyelidikan Pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Dasar pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, 4. 65-76.

Seo, Andy K.H (2003). Smart - "Partnership Between Vocational And Technical Tranning Institution In Creating Skill Workes", Persidangan Kebangsaan Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional 2003.

Shahril (2000). Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan Sumber Manusia Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020. Jurnal Pendidikan.

Stewart, J. & Knowles, V. (2000). Graduate recruitment and selection: implications for H E . graduates and small business recruiters. Career Development International 5(2): 65-80 The Conference Board of Canada (2000). Employability skills profile: The critical

skills required of the Canadian workforce. The Corporate Council on Education, a program of the National Business and Education Center. Ottawa Ontario.

Referensi

Dokumen terkait

Tokoh cerita merupakan orang-orang yang ditampilkan dalam suatu karya naratif atau drama oleh pembaca kualitas moral dan kecenderungan- kecenderungan tertentu

Pompa moyno digunakan untuk mendistribusikan minyak mentah (crude oil) sebagai kebutuhan industri perminyakan, dimana pompa tersebut dapat memindahkan minyak mentah dari suatu tempat

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Artinya, tauhīd dalam pandangannya adalah akar dari prinsip akhlak orang beriman yang tidak akan dapat dicabut oleh kekuatan manapun; Ketiga , manakala perasaan alam bawah

Hubungan timbal balik yang terjadi pada masyarakat pemulung merupakan modal bagi mereka karena akan terjalin saling membutuhkan satu sama lain yang dalam

sumber daya yang dibutuhkan dalam mendukung proses  produksi pengolahan  bahan pangan nabati dan hewani menjadi  produk pembersih 3.7 Memahami proses  pengolahan bahan  pangan

Kegiatan operasional pengembagan budidaya kelinci tahun 2016 dituangkan dalam pedoman pelaksanaan yang disusun oleh tim pusat yang ditandatangani oleh Dirjen PKH sedangkan

: KALIMANTAN BARAT : KOTA PONTIANAK 3 184 184 168 Jumlah Akhir Jumlah Akhir Jumlah Akhir 168 LAMPIRAN Model DB-1 DPRD KABUPATEN/KOTA... PARTAI KEDAULATAN 282 9 Jumlah Akhir 282