Vol. 1, No. 1, (October, 2020)
Pencapaian teknologi alam Melayu dan kesannya terhadap politik ekonomi antarabangsa
Technological achievements of Malay world and its impact on international political economy
Mohd Hasanuddin Mohd Yusof
11
Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara. Emel: [email protected]
ABSTRAK
Berdasarkan bukti arkeologi dan catatan sejarah, bangsa Melayu telah mencapai kemajuan teknologi dalam pelbagai lapangan seperti perkapalan, seni bina, pertanian, pengairan dan lain-lain. Selain memiliki tamadunnya tersendiri, masyarakat di Alam Melayu juga telah terdedah dengan kepelbagaian tamadun asing. Kedudukan geografi yang strategik dan kekayaan sumber alam semula jadi menjadi faktor utama perkembangan teknologi dan inovasi yang mana sebahagiannya memberi sumbangan dan kesan terhadap politik ekonomi antarabangsa.
KATA KUNCI Alam Melayu, teknologi, perkapalan, pelayaran, ekonomi antarabangsa.
Received: Aug 10, 2020
Accepted: Sept 05, 2020 Published: Oct 16, 2020