• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENDAHULUAN PENGENALAN PROJEK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BAB 1 PENDAHULUAN PENGENALAN PROJEK"

Copied!
51
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 PENDAHULUAN

PENGENALAN PROJEK

Pada era globalisasi, perkembangan teknologi kian meningkat dan telah menguasai dunia secara berleluasa. Bahkan, dalam kalangan masyarakat kini juga telah beralih kepada teknologi untuk melakukan sesebuah pekerjaan. Hal ini kerana, penggunaan alat teknologi dapat memudahkan urusan seharian manusia, sekali gus mempercepatkan dan menjimatkan masa khususnya. Kecanggihan teknologi telah menyebabkan hampir semua pekerjaan harian manusia menggunakan teknologi untuk melakukan pekerjaan. Selain itu, perkembangan inovasi juga merupakan salah satu dorongan kepada perkembangan teknologi untuk merealisasikan pelbagai idea. Tambahan pula, generasi kini mempunyai kelebihan dan kemudahan untuk mencipta pelbagai inovasi dalam apa jua bentuk bagi memudahkan sesuatu pekerjaan. Dalam menyokong perkembangan transformasi ini, teknologi dan inovasi telah diguna pakai melalui penghasilan produk inovasi tersebut yang bertujuan untuk memudahkan kerja pembersihan.

Kerja pembersihan merupakan salah satu pekerjaan yang menggunakan peralatan teknologi untuk membantu manusia untuk memudahkan kerja pembersihan. Perkembangan teknologi dalam kerja pembersihan sekitar tahun 1860-an secara tidak langsung telah mencipta sebuah peralatan iaitu tong sampah bertujuan untuk kerja pembersihan. Tong sampah merupakan medium yang digunakan untuk mengumpul sisasisa kotoran sebelum dibuang.

(2)

Terdapat banyak jenis tong sampah telah dicipta dan diinovasikan. Contohnya, tong sampah kitar semula, tong sampah besi dan lain-lain lagi tong sampah. Tong sampah amatlah penting untuk menjaga kebersihan. Namun begitu, ia juga boleh memberi peranan yang penting dalam hidup kita. Tempat sampah adalah salah satu lambang kebersihan yang memang tidak dapat kita abaikan akan keberadaannya, dari sebuah tempat yang biasa menampung berbagai macam sampah tersebut terasa dimana letaknya tong sampah akan berguna untuk menjaga lingkungan agar orang tidak akan membuang sampah secara

sembarangan. Dengan kajian yang lebih mendalam, penciptaan tong sampah boleh memberi peranan penting dalam kehidupan. Oleh itu, projek ini ingin memberi penekanan dekat terhadap tong sampah yang ingin diciptakan. Ini kerana tong sampah terdapat banyak kelemahan. Projek yang direka cipta supaya tong sampah lebih bermutu dan berguna.

Diharap projek ini dapat mengatasi masalah dan membantu masyarakat.

Pelbagai inovasi telah dilakukan terhadap teknologi ini, namun begitu, masih terdapat pelbagai kekurangan yang perlu diperbaiki. Salah satu idea utama dalam menyokong transformasi perkembangan teknologi ialah mencipta Pemampat sampah, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat pemampat bermaksud alat penekan dan pengasak. Peralatan yang menggunakan konsep pemampat ternyata lebih memudahkan kerja pembersihan dan menjimatkan ruang.

(3)

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada hari ini, banyak alat-alat atau mesin-mesin yang direka oleh manusia untuk melakukan proses mengecat di Malaysia atau diluar negara. Seterusnya, terdapat banyak mesin di Malaysia yang digunakan untuk mengecat sesuatu permukaan ataupun coating terutamanya dalam industri-industri kecil ataupun di bengel-bengkel. Selain itu, kos untuk membeli alat ini agak tinggi dan ini menyebabkan alat-alat ini kurang popular. Mesin ini bernilai tinggi kerana mesin mengecat menghasilkan kualiti cat yang sangat cantik dan kemas.Statistik yang dikaji, ramai orang masih gemar mengecat dengan menggunakan cara yang manual iaitu dengan menggunakan berus cat. Ini kerana mereka beranggapan dengan menggunakan cat berus, maka kerja mengecat sesuatu permukaan atau objek akan menjadi lebih senang. Masalah yang menjadi keutamaan adalah alatan tidak mempunyai pelbagai kelengkapan dan kebolehan dengan adanya pelbagai fungsi untuk pengguna untuk menggunakan alatan ini.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Berdasar pelbagai masalah yang dihadapi oleh orang ramai terhadap penggunaan pemampat sampah adalah:-

a) Sampah sukar untuk dimampatkan dalam kuantiti yang banyak.

(4)

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasar objektif terhadap penggunaan pemampat sampah adalah:-

1. Mereka bentuk satu alat yang dapat memampatkan sampah kering dalam tong sampah yang berkapasiti 120 liter.

2. Menghasilkan alat berdasarkan reka bentuk pemampat sampah.

3. Membuat pengujian data untuk kapasiti sampah yang telah dimampatkan untuk 120 liter.

1.4 SKOP

Terdapat beberapa cara dan had yang perlu dituruti semasa menggunakan pemampat sampah ini. Secara umumnya, antara skop untuk pemampat sampah manual ini adalah :-

1) Pemampat ini akan memampat sampah yang kering seperti plastik dan kertas.

2) Pemampat ini digunakan secara manual yang dihasilkan oleh tenaga manusia. Ianya tidak memerlukan sumber elektrik.

3) Pemampat sampah ini berdimensi tinggi 24cm , lebar 24cm dan panjang 24cm berbetuk segi empat sama .

4) Pemampat sampah ini diletakkan di dalam rumah di kawasan dapur kering(dry kitchen).

(5)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR 2.0 PENGENALAN TONG SAMPAH

Tong sampah adalah bekas tempat sampah dibuang secara sementara yang biasanya diperbuat daripada plastik, logam atau besi. Sampah didefinisikan oleh manusia ialah sesuatu barang yang telah terpakai. Antara jenis sampah yang sering dibuang di tong sampah ialah sampah organik dan anorganik. Sampah Organik ialah sampah yang mudah membusuk seperti sisa makanan, sayuran, daun-daun kering dan sebagainya. Sampah Anorganik pula ialah sampah yang tidak mudah membusuk, seperti plastik pembungkus makanan, kertas, plastik mainan, botol dan gelas minuman, kayu, dan sebagainya.

Kesan pembuangan sampah merata-rata tempat akan menjejaskan kesihatan

masyarakat sekeliling dan eko sistem alam sekitar serta memberi impak kepada negara kita.

Selain daripada itu, memberi kesan visual yang negatif dan menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak bersih serta boleh menyebabkab kedatang pelancong asing ke dalam negara akan berkurangan dari tahun ke tahun.

(6)

2.1 BENTUK DAN SAIZ

Terdapat pelbagai jenis bentuk dan saiz tong sampah yang kini berada di pasaran.

Antara contoh yang sering diguna pakai oleh orang ramai ialah:- a) Tong sampah kecil

Rajah 2.1 : Tong Sampah Kecil

Diperbuat daripada Plastik tebal, tidak mudah bengkok dan pecah. Terdapat empat pilihan warna: Merah, Biru, Ungu, Hijau. Tong sampah jenis ini sesuai untuk diletakkan di ruangan yang tertutup seperti di tempat kerja, bilik pejabat, bilik tidur, tandas dan lain lain.

b) Tong sampah sederhana

(7)

Diperbuat daripada plastik tebal, tidak mudah bengkok dan pecah. Hanya terdapat satu sahaja pilihan warna iaitu hitam. Tong sampah ini sesuai untuk diletakkan di ruangan dapur kerana memiliki saiz yang sederhana ia tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

c) Tong sampah besar

Rajah 2.3 : Tong Sampah Besar

Diperbuat daripada plastik tebal dan tidak mudah bengkok namun berisiko untuk pecah kerana ia diletakkan di luar rumah, ini kerana sifatnya yang bersaiz agak besar dan

(8)

2.2 JADUAL PUNGUTAN SAMPAH KUANTAN

Jadual 2.1: Waktu pungutan sampah di kuantan

2.3 CARA PUNGUTAN SAMPAH

Bermula pada pukul 9 pagi, empat orang pekerja diperlukan iaitu seorang pemandu, seorang penjaga jalan untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan 2 orang lagi diperlukan untuk memungut sampah. Mereka akan mengangkat tong sampah lalu diletakkan dialat pembuangan. Ia merupakan pemegang sampah yang berada dibahagian belakang lori sampah. Pemegang tersebut bertujuan memegang sampah semasa menterbalikkan tong sampah, lalu sampah tersebut akan dibuang kedalam lori sampah secara automatik.

Pungutan sampah ini akan dilakukan 3 kali seminggu.

(9)

2.4 JENIS SISTEM PEMAMPAT

Rajah 2.4 Sistem Hidraulik

a) Hidraulik

Sistem hidraulik banyak digunakan di dalam industri automobil seperti sistem stering kuasa (Power Strering) ataupun sistem brek, satelit dan sebagainya. Sistem ini menggunakan cecair sebagai media penghantaran kuasa. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak yang tidak boleh di mampatkan dan berfungsi sebagai bahan pelincir.

Sistem hidraulik adalah tahan lasaknamun begitu kos penyelenggaraannya sangat tinggi. Sistem hidraulik mengaplikasikan hukum pascal di mana tenaga boleh di pindahkan melalui cecair.

(10)

Rajah 2.5 Sistem Pneumatik

b) Pneumatik

Pneumatik adalah sebuah sistem penggerak yang menggunakan tekanan udara sebagai tenaga penggeraknya. Cara kerja Pneumatik sama saja dengan hidraulik yang membezakannya hanyalah tenaga penggeraknya. Jika pneumatik, ia menggunakan udara sebagai tenaga penggeraknya, sedangkan hidraulik menggunakan cecair minyak sebagai tenaga penggeraknya. Dalam pneumatik tekanan udara inilah yang berfungsi untuk

menggerakkan sebuah cylinder kerja. Cylinder kerja inilah yang nantinya mengubah tenaga atau tekanan udara tersebut menjadi tenaga mekanika (gerakan maju mundur pada cylinder).

(11)

Rajah 2.6 Sistem Motor

c) Motor

Motor elektrik merupakan peranti yang menggunakan tenaga elektrik bagi menghasilkan tenaga mekanika melalui tindak balas medan magnet dan pengalir yang mengalirkan arus elektrik. Proses sebaliknya, iaitu yang menggunakan tenaga mekanika bagi menghasilkan tenaga elektrik, dicapai dengan penjanaan elektrik atau dinamo. Motor tarikan (traction motor) yang digunakan pada kenderaan seringkali melaksanakan kedua-dua tugasan.

Kegunaan motor elektrik boleh didapati dalam kegunaan seperti kipas, penghembus dan pam industri, alatan mesin, peralatan rumah, perkakasan kuasa, dan pemacu cakera komputer, antara kegunaan lain. Motor elektrik mungkin beroperasi menggunakan arus terus dari bateri dalam peranti mudah alih atau motor kenderaan, atau menggunakan arus ulang - alik dari grid pengagihan elektrik pusat. Motor terkecil boleh didapati dalam jam

(12)

Rajah 2.7 Sistem Elektronik

d) Elektronik

Elektronik adalah ilmu yang mempelajari alat elektrik arus lemah yang dikendalikan dengan cara mengawal aliran elektron atau zarah bermuatan listrik dalam suatu alat seperti komputer, peralatan elektronik, semikonduktor, dan sebagainya. Alat alat yang mengunakan dasar kerja elektronika ini disebut sebagai peralatan elektronik. Contoh peralatan (peranti) elektronik ini adalah Tabung sinar katode (CRT) dan lain-lain

lagi.

(13)

Rajah 2.8 Sistem Spring

e) Spring

Sistem gantungan ialah istilah yang diberikan kepada sistem spring, penyerap hentak dan sambungan mekanika yang menghubungkan kenderaan dengan rodanya. Sistem

gantungan memberikan dua tujuan membantu pengendalian kereta dan pemberhentian kereta (brek) untuk sistem keselamatan aktif dan kenikmatan pemanduan, juga memberikan penumpang pengasingan yang munasabah dah selesa dari bunyi bising jalan, bonggol dan getaran. Matlamat ini biasanya berlawanan, jadi menyesuai gantungan membabitkan mencari titik tengah tolak ansur. Sistem gantungan turut melindung kenderaan itu sendiri dan sebarang kargo dan barang dari kerosakan dan haus.

(14)

2.5 PERALATAN PEMAMPAT

a) Perspek

Rajah 2.9 : Perspek

Perspek adalah merupakan sejenis plastik yang keras dalam kumpulan thermoplastik. Ia juga dinamakan acrylic. Perspek terdapat dalam pelbagai warna dan ketebalan. Perspek biasanya digunakan untuk membuat pan tanda, kotak lutsinar dan gogal.

Boleh didapati dalam bentuk kepingan, rod dan tiub. Bahan ini ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudah retak dan tergores. Klorofom atau simen pelarut digunakan untuk

mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga boleh dibentuk dengan menggunakan haba.

Papan tanda digunakan sebagai komunikasi secara visual. Pengguna akan memahami maksud papan tanda tersebut dengan melihat grafik, teks, warna dan bentuk papan tanda tersebut. Pelbagai jenis papan tanda digunakan untuk memberi maklumat kepada pengguna.Papan tanda membawa maksud tanda atau pun notis.Kebiasaannya papan tanda digunakan untuk mengiklankan sesuatu produk dengan cara visual.Antara kegunaan papan tanda ialah mengiklankan produk,majlis,rumah untuk disewa dan sebagainya.

(15)

Papan tanda turut digunakan sebagai tanda amaran atau bertujuan untuk pendidikan.

Papan tanda untuk jalan raya dan lalu lintas amat penting untuk menyampaikan maklumat secara visual dengan pantas. Papan tanda yang baik boleh menyampaikan maklumat secara berkesan. Ini kerana, papan tanda yang baik menggabungkan bentuk, warna dan simbol.

Gabungan elemen warna, bentuk, teks memerlukan ketelitian supaya maklumat yang hendak disampaikan difahami oleh pengguna. Kecuali maklumat yang berkaitan dengan tulisan. Ada papan tanda yang hanya menggunakan teks untuk menyampaikan informasi dan ada menggunakan grafik sebagai komunikasi untuk menyampaikan maklumat mahupun amaran.

Menurut sejarah penciptaan papan tanda pada tahun 1389 King Richard III of

England telah meyakinkan atau memberitahu pemilik premis untuk meletakkan tanda di luar premis mereka. Pada abad ke - 19 sesetengah pelukis seperti Austro–Hugarian dan Demeter Laccataristel telah menghasilkan lukisan papan tanda. Masyarakat Rom dahulunya

menggunakan tanah liat untuk menghasilkan papan tanda. Masyarakat Mesir juga antara masyarakat yang tahu dan telah mencipta papan tanda dengan menggunakan media mereka sendiri. Papan tanda amat penting untuk meyampaikan maklumat secara visual. Pengguna dapat memahami maksud yang ingin disampaikan dengan melihat pada papan tanda yang dipaparkan.

(16)

b) Spring

Rajah 2.10 : Spring

Pelbagai jenis spring yang telah dicipta untung kegunaan harian seperti spring absorber, monoshock, spring valve dan pelbagai lagi jenis spring yang ada. Spring ini berfungsi untuk melantunkan sesuatu objek atau mengembalikan sesuatu objek ke tempat asal. Sebagai contoh spring kenderaan. Penggunaan spring kenderaan adalah untuk mengurangkan tekanan hentakan kenderaan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna manakala spring tongkat dan brek digunakan untuk mengembalikan kedudukan tongkat dan brek untuk kembali ke tempat asal. Spring ini diperbuat daripada keluli mengikut

kesesuaian spring.

(17)

c) Plate besi

Rajah 2.11 : Plat Besi

Tanda - tanda pertama kegunaan besi datangnya dari Sumeria dan Mesir, di mana sekitar 4000 SM, benda kecil seperti mata lembing dan perhiasan, dihasilkan dari besi yang didapati dari meteor. Oleh kerana meteor jatuh dari langit, sebahagian ahli bahasa

menjangkakan bahawa perkataan Inggeris iron, “which has cognates in many northern” dan bahasa Eropah barat, ia terhasil dari perkataan Etruska aisar yang bererti "Dewa dewa".

Sekitar 3000 SM hingga 2000 SM, semakin banyak objek besi yang dikerjakan dan dihasilkan (dibezakan dengan besi meteor melalui ketiadaan nikel dalam barangan besi tersebut) di Mesopotamia, Anatolia, danMesir. Bagaimanapun, kegunaannya

berkemungkinan untuk upacara tertentu, dan besi merupakan logam yang lebih mahal berbanding emas.

(18)

d) Klip

Rajah 2.12 : Klip

Klip mempunyai pelbagai jenis, sebagai contoh klip kertas, klip kereta dan pengepit baju. Pengepit baju juga merupakan sejenis klip.bKlip ini digunakan untuk mengepit sesuatu objek agar tidak terjatuh, tercabut mahupun terbuka. Klip diperbuat daripada besi, aluminium atau plastik.

(19)

e) Engsel

Rajah 2.13 : Engsel

Engsel pintu adalah poros mekanika yang menghubungkan dua objek padat, dan berkemungkinan terjadinya perputaran sudut secara terbatas antara keduanya. Meski nyaris tak terlihat, engsel pintu adalah buah teknologi yang sangat penting. Jejak sejarah engsel pintu telah tercatat, alkisah Raja Solomon telah menggunakan engsel pintu agar pintu - pintu emas kuilnya dapat dibuka dan ditutup. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahwa engsel pintu telah digunakan sejak 1600 SM. Engsel pintu juga ditemukan di antara peninggalan bangsa Mesir Kuno yang berpenanggalan 760-650 SM. Selanjutnya, bangsa Romawi Kuno memperluas penggunaan engsel bukan hanya pada pintu dan jendela. Catatan sejarah mengungkapkan bahwa engsel juga telah menjadi elemen penting pada peralatan rumah tangga Romawi Kuno (laci dan almari), bahkan peranti perang bangsa itu.

(20)

2.6 KAJIAN TERDAHULU

Rajah 2.14 : Pemampat Sampah Manual

Kelebihan pemampat sampah ini boleh memampat sampah dengan kuantiti yang banyak dan tidak menggunakan sebarang sistem pemampat yang mahal seperti sistem motor ataupun sistem pneumatik. Keburukan pemampat ini memiliki jisim yang terlampau berat kerana diperbuat daripada besi dan susah untuk dialihkan. Selain itu, pemampat ini berskala besar yang hanya boleh diletakkan di kilang sahaja.

Rajah 2.15 : Pemampat Sampah Solar

(21)

Kelebihan yang dimiliki oleh pemampat ini mempunyai sistem pemampat automatik dan penjimatan tenaga elektrik kerana menggunakan tenaga solar. Tetapi pemampat ini juga mempunyai kekurangannya iaitu kerosakan pada sistem disebabkan oleh air sampah dan memerlukan kos yang tinggi.

Rajah 2.16 : Pemampat Sampah Automatic

Pemampat ini mempunyai kelebihan yang menggunakan motor yang membuatkan pemampatan yang lebih sempurna dan mesin ini mudah dialihkan dengan menggunakan tangan. Keburukannya pula mesin ini mempunyai kos yang mahal dan mesin ini hanya boleh digunakan di kilang sahaja.

(22)

Rajah 2.17 : Pemampat Sampah Moden

Kebaikan pemampat sampah moden ini mudah alih dan kedap bau. Selain itu pemampat ini boleh berfungsi dengan hanya menggunakan telefon pintar. Keburukannya pula ialah risiko mengalami renjatan elektrik dan akan menyebabkan bil elektrik meningkat.

Rumus

Terdapat beberapa teori yang diguna pakai dalam projek ini. Teori ialah salah satu langkah untuk mendapatkan sesuatu ukuran atau membuktikan suatu fakta dengan jalan kerja serta pengiraan.Berikut adalah teori yang digunakan sepanjang perlaksanaan projek.

Antaranya ialah :

a) Tekanan

(simbol: P) ialah sukatan daya yang bertindak ke atas luas permukaan sentuh, atau daya per unit luas dalam arah yang berserenjang dengan permukaan berkenaan. Semakin kuat daya yang bertindak ke atas permukaan yang diberikan, semakin tinggi tekanan. Begitu juga semakin kecil luas permukaan yang disentuh oleh daya berkenaan, maka lebin tinggi

(23)

tekanan. Sementara tekanan boleh diukur dalam mana-mana unit tekanan dibahagi kepada mana-mana unit luas, unit SI bagi tekanan (newton per meter padu) tetap dipanggil pascal (Pa). Rumus bagi tekanan ialah :

Di mana :

P=tekanan adalah daya yang bertindak dengan luas permukaan F= daya

A= luas permukaan

b) Bending

Dalam mekanik pepejal, momen lenturan adalah tindak balas yang disebabkan oleh unsur struktur apabila daya luaran atau momen diterapkan pada elemen, menyebabkan elemen membengkok. Unsur struktur yang paling biasa atau paling sederhana yang dikenakan momen lenturan adalah balok. Rajah menunjukkan rasuk yang hanya disokong (bebas berpusing dan oleh itu tidak mempunyai momen lenturan) di kedua-dua hujungnya;

hujungnya hanya dapat bertindak balas terhadap beban ricih. Rasuk lain boleh mempunyai kedua-dua hujungnya tetap; oleh itu setiap sokongan hujung mempunyai momen lenturan

(24)

hujung dan bebas di hujung yang lain (tidak sederhana atau tetap). Pada hakikatnya, penyokong rasuk biasanya tidak betul-betul tetap atau tidak berputar dengan bebas.

Beban tindak balas dalaman dalam keratan rentas elemen struktur dapat diselesaikan menjadi kekuatan yang dihasilkan dan pasangan yang dihasilkan. Untuk keseimbangan, momen yang diciptakan oleh daya luaran (dan momen luaran) mesti diimbangi oleh

pasangan yang disebabkan oleh beban dalaman. Pasangan dalaman yang dihasilkan disebut momen lenturan sementara daya dalaman yang dihasilkan disebut daya ricih (jika melintang ke satah unsur) atau daya normal (jika berada di sepanjang satah elemen).

Momen lenturan pada bahagian melalui elemen struktur boleh didefinisikan sebagai jumlah momen mengenai bahagian semua daya luaran yang bertindak ke satu sisi bahagian itu. Daya dan momen di kedua-dua bahagian bahagian mestilah sama untuk saling

bertentangan dan mengekalkan keadaan keseimbangan sehingga momen lenturan yang sama akan terhasil dari penjumlahan momen, tanpa mengira bahagian bahagian mana yang

dipilih. Sekiranya momen lentur mengikut arah jam diambil sebagai negatif, maka momen lentur negatif dalam elemen akan menyebabkan "memonopoli", dan momen positif akan menyebabkan "kendur". Oleh itu, jelas bahawa titik sifar lentur lentur dalam balok adalah titik kontrafleksur - iaitu, titik peralihan dari memonopoli ke kendur atau sebaliknya.

Momen dan tork diukur sebagai daya yang didarab dengan jarak sehingga mereka mempunyai satuan unit meter-Newton (N · m), atau pound-kaki (lbf · ft). Konsep momen lenturan sangat penting dalam kejuruteraan (terutamanya dalam kejuruteraan awam dan mekanikal) dan fizik.

M= Fr

(25)

C) Tork

Dalam fizik dan mekanik, tork adalah setara putaran daya linier. Ini juga disebut sebagai momen, momen daya, daya putaran atau kesan putaran, bergantung pada bidang studi. Konsep ini bermula dengan kajian Archimedes mengenai penggunaan tuas. Sama seperti gaya linier adalah tolakan atau tarikan, tork boleh dianggap sebagai putaran pada objek di sekitar paksi tertentu. Definisi tork yang lain ialah produk dari kekuatan daya dan jarak tegak lurus dari garis tindakan daya dari paksi putaran. Simbol untuk tork biasanya τ, huruf Yunani huruf kecil tau. Ketika disebut sebagai kekuatan, biasanya dilambangkan oleh M.

Dalam tiga dimensi, torknya adalah pseudovector; untuk zarah titik, ia diberikan oleh produk silang vektor kedudukan (vektor jarak) dan vektor daya. Besarnya daya kilas badan kaku bergantung pada tiga kuantiti: daya yang dikenakan, vektor lengan tuas

menghubungkan titik di mana daya kilas diukur ke titik daya aplikasinya, dan sudut antara kekuatan dan lengan tuas vektor. Dalam simbol:-

τ = ϒ x F

𝜏 = | {𝑟}|, |{𝐹}|sin 𝜃

(26)

2.7 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

Kajian komponen telah dijalankan terhadap projek Alat Pemampat Sampah. Setelah merujuk daripada pelbagai sumber seperti laman sesawang, penyelia, dan ahli kumpulan, komponen telah dipilih mengikut kesesuaian. Jadual 2.4 hingga jadual 2.9 menunjukkan komponen-komponen yang digunakan dalam projek.

Jadual 2.1 : Jenis Besi Hollow

Jenis besi Penerangan

Besi Hollow 1. Besi hollow merupakan model besi berbentuk

kotak yang berrongga atau kosong di tengahnya.

2. Besi ini terbuat dari baja dengan campuran galvanis kemudian ditutupi dengan lapisan seng dan aluminium.

3. Varian besi ini banyak digunakan untuk

konstruksi besi pagar, kanopi, pintu gerbang, atau railing.

(27)

Jadual 2.2 : Jenis Besi Bulat

Besi Beton

1. Besi beton adalah jenis besi konstruksi yang biasa digunakan untuk tulang-tulang pada pondasi sebuah bangunan sehingga sering disebut beton bertulang.

2. Secara umum, besi beton terdiri dari dua model yaitu jenis besi ulir (deformed bar) dan jenis besi polos (plain bar).

3. Besi berbentuk bulat ini sangat bermanfaat untuk konstruksi besi pada pondasi sebuah bangunan karena bekerja saling melengkapi dengan beton bangunan.

Besi Assental 1. Meja dan kursi

a. Berbagai jenis meja dan kursi tersedia dipasaran untuk menambah kesan estetik sebuah ruangan baik itu di rumah, kantor, maupun di tempat lain. Salah satu jenis meja yang mudah digunakan adalah meja dari besi.

(28)

2. Buffet

3. Pada proses pembuatan buffet, terkadang juga terdapat komponen yang berasal dari besi. Salah satunya adalah pegangan dari penutup buffet. Selain untuk fungsi fungsional, komponen besi yang

disertakan dalam pembuatan buffet ini juga memiliki daya estetik yang mampu menampilkan desain furnitur yang lebih kokoh.

4. Berbagai macam rak

5. Berbagai macam rak juga dapat dibuat dengan bahan dasar besi. Rak yang seringkali digunakan dan dibutuhkan adalah rak sepatu, rak buku, hingga rak untuk hiasan ruangan seperti vas bunga dan guci berukuran kecil.

(29)

Jadual 2.3 : Jenis Besi Nipis

Jenis Besi Siku 1. Sesuai namanya, besi siku adalah varian besi yang berbentuk siku dengan sudut kemiringan 90 derajat.

2. Jenis jenis besi siku tersedia dalam ukuran yang bervariasi dimulai dari ukuran 2 cm, 3 cm, 4 cm, hingga 5 cm.

3. Besi siku banyak digunakan untuk konstruksi besi pada tangga, rak besi, menara air, dan kebutuhan konstruksi lainnya.

Jenis Besi Plat 1. Besi plat adalah bahan baku utama untuk membuat berbagai mesin, kendaraan beroda empat, kapal, dan keperluan industri lainnya.

2. Namun, besi berbentuk lempengan ini juga sering digunakan untuk berbagai kebutuhan konstruksi bangunan dan alat-alat rumah tangga.

3. Penggunaan besi plat untuk konstruksi sangat baik kerana varian besi ini terkenal memiliki daya tahan terhadap korosi yang sangat baik.

(30)

Jadual 2.4 : Jenis Klip

Jenis Button Clips Penerangan

Klip skru 1. Klip ini diperbuat daripada besi yang tahan karat.

Klip ini adalah di kategorikan bahan utama yang digunakan untuk penyambungan antara suatu objek dengan suatu objek contohnya digunakan untuk penyambungan papan.

2. Mempunyai daya tahan yang kuat.

Klip Paip 1. Klip paip ini terdapat jenis plastik dan besi.

2. Klip paip ini ada pelbagai saiz - 1/2", 3/4", 1" dan lain-lain.

3. Ukuran klip paip ini adalah berdasarkan batang paip yang digunakan.

4. Digunakan untuk melekatkan batang paip pada dinding kayu/simen.

(31)

Jadual 2.5 : Jenis Engsel

Jenis Engsel Peneragan

Jenis Engsel Damper

1. engsel kabinet adalah mekanisme kecil

dimana pelbagai loker dibuka dan di tutup.

2. Rekabentuk yang mudah di pelbagai sudut kabinet ataupun di almari dan mampu membuka sehingga 180° iaitu pintu dan sisi kabinet dalam kedudukan terbuka membntuk sudut yang terbentang.

Engsel H 1. Engsel Patrom adalah engsel yang berbentuk huruf H

makanya engsel ini disebut engsel H.

2.

Engsel ini berfungsi untuk Pintu yang bebannya tidak terlalu berat. Dengan menggunakan engsel ini maka pintu bisa dicabut/dilepas dan dipasang kembali dengan mudah.

Engsel Pintu Model Piano 1. Digunakan sebagai engsel untuk menutup piano.

Namun, seiring dengan perkembangan zaman, engsel model ini juga diaplikasikan pada lemari atau

jendela. Engsel ini memilki lebar yang mampu mengeratkan beberapa pintu sekaligus, sangat cocok

(32)

BAB 3 METODOLOGI

3.0 PENGENALAN

Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum

memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dipilih perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana ianya satu projek akhir sepanjang pengajian dalam kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini.

Selain itu, perbincangan dan penghuraian idea kerja perlulah dilaksanakan kerana ia penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Perbincangan bersama penyelia projek

mestilah dilakukan agar penghuraian idea-idea yang bernas dan berkaitan dengan projek dapat dilakukan serta mendapat sokongan daripada penyelia. Oleh itu, dalam perlaksanaan projek ini perancangan yang teliti adalah penting dan ternyata berkesan untuk memastikan projek berjalan lancar mengikut perancangan yang telah dilakukan.

Seterusnya, rangka kerja atau carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja lebih teratur dan sistematik. Ini dapat membantu dalam penghasilan kerja tanpa sebarang masalah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan serta masa. Selain itu juga, kerja dapat disiapkan tepat pada masa yang ditetapkan.

(33)

3.1 CARTA ALIR

(34)

3.2 PENYATAAN MASALAH

Berdasar pelbagai masalah yang dihadapi oleh orang ramai terhadap penggunaan pemampat sampah adalah:-

a) Sampah sukar untuk dimampatkan dalam kuantiti yang banyak.

b) Kaedah manual memampat sampah biasanya menggunakan tangan untuk memampat sampah.

c) Berlaku pembaziran dalam penggunaan plastik sampah yang bersaiz besar kerana plastik sampah bersaiz besar mempunyai kapasiti yang luas dan banyak.

a) Konsep Rekabentuk 1

Rajah 3.1 Lakaran 1

Konsep rekabentuk 1 ini menggunakan sistem mekanikal.Sistem ini menggunakan damper. Dimana 2 batang damper bersaiz kecil diletakkan pada bahagian kiri dan kanan penutup sampah agar lebih stabil dan diletakkan sekeping plate aluminium dibawah damper serta memiliki butang penekan dibahagian tengah penutup untuk memudahkan pengguna

(35)

b) Konsep Rekabentuk 2 `

Rajah 3.2 Lakaran 2

Konsep rekabentuk 2 juga menggunakan sistem mekanikal. Perbezaan diantara lakaran 1 dan 2 ini adalah cara penggunaan, dimana sistem ini menggunakan roda untuk menurunkan pemampat.

(36)

c) Konsep Rekabentuk 3

Rajah 3.3 Lakaran 3

Konsep rekabentuk 3 pula menggunakan sistem spring. Dimana 5 lingkaran spring di perlukan untuk proses pemampatan sampah. Spring ini diletakkan pada 4 penjuru penutup sampah dan satu lingkaran spring akan diletakkan ditengah – tengah penutup sampah untuk kestabilandan disertakan dengan sekeping plate aluminium dibahagian bawah spring agar dapat dimampatkan.

(37)

d) Konsep Rekabentuk 4

Rajah 3.4 Lakaran 4

Konsep rekabentuk 4 menggunakan sistem pemampat yang boleh dilekatkan pada dinding. Dimana pemampat ini tidak perlu mencipta apa – apa jenis tong sampah.

Pemampat ini hanya perlu dilekatkan pada dinding dan boleh digunakan oleh apa – apa jenis tidak kira bentuk dan saiz tongg sampah.

(38)

3.3 ANALISIS

Jadual Penilaian Bermatrik

Penilaian dan pemilihan konsep dibuat secara perbandingan dengan konsep

rekabentuk yang lain. Dengan cara ini dapat membezakan dari setiap sudut kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap lakaran konsep. Melalui kaedah penjadualan lebih mudah untuk memahami konsep mana yang akan dipilih. Untuk penilaian konsep, markah 1 hingga 5 akan diberikan kepada setiap konsep.

(39)

Jadual 3.2 : Jadual penilaian bermatrik Kriteria Konsep

1

Konsep 2 Konsep 3 Konsep 4

Kos penghasilan

- - -

+

Penyelenggaraan

- -

+ +

Struktur binaan + + + +

Berat

- - -

+

Mudah alih + + +

-

(40)

Berpandukan jadual tersebut ternyata konsep rekabentuk 4 mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan. Malahan hanya sedikit kekurangan yang ada. Konsep 4

memperoleh skor yang tertinggi kerana, kami dapat lihat ia adalah rekabentuk yang paling praktikal. Kami memilih rekabentuk 4 adalah kerana ia dipercayai menepati segala aspek yang kami ketengahkan. Oleh yang demikian konsep rekabentuk 4 dipilih sebagai konsep utama berbanding dengan konsep lakaran lain.

3.4 Reka Bentuk Akhir

Rajah 3.5: Reka bentuk akhir

(41)

3.5 ANGGARAN KOS

Jadual 3.3 : Jadual penilaian bermatrik

Senarai bahan Kuantiti Harga

Besi Hollow 12 Rm 53.00

Plate Besi 1 Rm 20.00

Button Clips 1 Rm 2.50

Engsel 1 Rm 3.00

(42)

3.6 PROSES PEMBINAAN a) Lukisan draft diatas kertas.

Proses pertama adalah melukis draft. Proses ini penting untuk menentukan rekabentuk sesebuah projek. Dalam proses ini kita perlu menentukan saiz, bentuk dan ukuran. Ini menyebabkan, proses ini adalah punca segala-galanya yang menjadi tujuan utama sesebuah projek untuk mendapatkan hasil yang terbaik supaya sesebuah produk dapat dipasarkan.

Rajah 3.6 lakaran 1 Rajah 3.7 lakaran 2

Rajah 3.8 lakaran 3 Rajah 3.9 lakaran 4

(43)

b) Lukisan Berbantu Komputer.

Proses kedua untuk memulakan pembinaan projek ialah dengan membuat lakaran bagi memudahkan untuk melakukan sesuatu perlaksaan projek kami ini. Lukisan atau lakaran bagi setiap bahagian asas tersebut telah dilukis dalam Software Autodesk Inventor supaya lakaran atau lukisan tersebut nampak lebih jelas dan menarik. Dalam proses melakar tersebut ukuran projek ini telah dikeluarkan dan dicatat dengan lebih tepat dan terperinci.

Setiap ukuran dan juga dimensi mestilah tepat supaya tidak berlaku perkara yang dapat menghalang perlaksanaan projek ini.

Rajah 3.10:Lukisan berbantu komputer

(44)

c) Pemotongan Besi Hollow, Plate Besi dan Besi Assental.

Proses seterusnya adalah, pemotongan besi hollow, plate besi dan besi assental. Pada proses ini, ketelitian amat penting untuk mengelakkan daripada kesilapan semasa

melakukan pemotongan. Setiap inci perlu diteliti kerana sekiranya berlaku kesilapan semasa memotong, ia akan mengganggu saiz dan bentuk sesebuah produk. Kesilapan yang kecil akan memberi impak yang besar dari segi ketahanan, kekuatan mahupun keselamatan kepada pengguna. Oleh itu, proses iniamat penting umtuk diteliti dari setiap aspek serta pada proses ini juga ia akan memakan waktu yang lama untuk disiapkan.

Rajah 3.11 Pemotongan besi hollow Rajah 3.12 Pemotongan plat besi

(45)

d) Proses penyambungan Besi Hollow.

Proses penyambungan besi Hollow ini adalah untuk menjadikan sebuah kerangka yang berperanan sebagai pemegang pemampat dan pemegang ini akan digantung pada dinding. Ini kerana, ruangan yang diambil oleh alat pemampat yang sedia ada berada di permukaan lantai yang menyebabkan ruangan di bahagian dapur akan berkurang. Manakala, pemampat sampah yang direka oleh kami ini tidak memakan banyak ruang di kawasan dapur kerana keadaan fizikalnya yang kecil dan boleh digantung. Selain itu, penggunaan besi Hollow ini telah dikaji oleh pihak kami terlebih dahulu untuk mengenalpasti jenis dan bahan yang baik agar pemampat ini dapat bertahan lebih lama berbanding besi-besi yang lain. Ini adalah kerana, pemilihan besi Hollow adalah yang terbaik berdasarkan kajian kami.

Tambahan pula, besi Hollow ini jauh lebih murah berbanding besi lain dan keaadan fizikal yang besifat ringan, tidak terlalu besar atau kecil serta lebih mudah semasa proses

membentuk dan mengimpal. Selain itu, ketahanan besi ini berada dalam keadaan yang baik serta memiliki jangka hayat yang lebih lama berbanding besi yang lain. Kami melakukan proses penyambungan ini secara kimpalan dengan menggunakan mesin Welding MIG.

Proses kerja ini adalah yang paling rumit dan mengambil masa yang lama kerana ketepatan ukuran sangat penting pada saat ini.

(46)

e) Proses pembuatan Batang Slot.

Proses kelima adalah, proses pembuatan Batang slot. Proses ini juga memiliki kepentingannya yang tersendiri kerana Plate Besi perlu dipasang pada Batang Slot untuk melakukan kerja-kerja pemampatan sampah dapat dilakukan. Fungsi, Batang Slot ini adalah untuk menurunkan Plate Besi yang berperanan sebagai pemampat. Untuk lebih difahami lagi, fungsi batang slot ini seperti pemegang pemampat . Ia ibabarat tangan kanan yang menjadi pembantu utama kepada kewudan pemampat. Terdapat beberapa lagi cara untuk dijadikan sebagai pemegang akan tetapi slot ini lebih kelihatan menarik dan moden berbanding cara lain. Sebagai contohnya, menggunakan damper, cara ini lebih menarik tetapi memanja belajan kos pembuatan yang tinggi.

Rajah 3.14: Proses pembuatan batang slot

(47)

f) Proses pemasangan Plate Besi pada Batang Slot.

Pada proses terakhr ini, pemasangan Plate besi pada Batang Slot perlu dilakukan untuk kerja pemampatan sampah. Ini adalah proses yang wajib kerana pemampatan sampah bergantung pada Batang Slot. Tanpa Batang Slot, tidak mungkin proses pemampatan dapat dilakukan. Saiz Plate Besi ini bergantung pada kelebaran saiz tong sampah. Manakala ketinggian Batang Slot pula bergantung kepada ketinggian tong sampah. Ketinggian dan kelebaran adalah penting dalam aspek keselamatan kepada pengguna dan orang di sekeliling.

Rajah 3.15 : Proses Pemasangan Rajah 3.16 : Proses kimpalan

(48)

g) Melakukan ujikaji terhadap alat pemampat sampah.

Proses ini adalah proses yang paling penting. Kami perlu menguji keupayaan pemampat ini untuk mencapai objektif kami. Kami menjalankan beberapa ujian terhadap alat pemampat ini untuk memastikan pemampat dapat berfungsi seperti yang dijangkakan sebelum kami membuat ujikaji yang sebenar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Rajah 3.17: Ujikaji terhadap pemampat

3.7 Pengujian

Ujian dan pengiraaan telah dilaksanakan untuk mendapatkan hasil ujikaji bagi alat pemampat sampah ini. Antara ujian dan pengiraan yang dilakukan adalah kelenturan maksimum dan timbang berat minimum untuk memampat sampah. Hasil ujian dan pengiraan untuk pemampat ini adalah seperti berikut :-

(49)

3.7.1 Analisis kelenturan maksimum

RA RB

↑ ∑ = 𝐹 = ∑ 𝐹 ↓ RA + RB = W

Langkah – langkah ujikaji :

a. Proses ujikaji ini dimulakan dengan menggunakan berat 3kg.

b. Mengambil kira kelenturan maksimum .

c. Ujikaji ini diulang dengan berat 5kg dan 30 kg .

(50)

3.7.2 Timbang berat minimum untuk memampat sampah Jadual 3.4 : Jadual berat minimum Pemberat Sampah sebelum

dimampat

Sampah setelah dimampat

3kg 120liter

5kg 120liter

30kg 120liter

3.8 KESIMPULAN

Kesimpulan dari projek ini adalah dapat melakukan perbaikan dan dapat menciptakan beberapa idea baru berdasarkan masalah yang ada di pemampat sampah yang sedia ada. Pemampat sampah ini dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat dalam memampat sampah kering tanpa menggunakan. Dengan kewujudan mesin ini juga dapat

menyelesaikan permasalahan kewangan penduduk di Malaysia.

(51)

Referensi

Dokumen terkait

Kekurangan dari penggerak manual untuk menghiris ubi kayu adalah pengeluaran lebih lama, ketebalan potongan tidak boleh disesuaikan, dan menggunakan penggerak

mengalami masalah dalam memenuhi kehendak pelanggan seperti dari segi saiz storan yang diperuntukkan sama ada terlalu sedikit ataupun terlalu mahal untuk mendapat saiz storan

Kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui keupayaan kamera digital yang digunakan dalam kaedah fotogrametri jarak dekat serta menguji perisian kalibrasi yang dapat

Data primer adalah data yang diperolehi melalui kaedah pengedaran borang soal selidik kepada responden dan kaedah temubual ke atas responden-responden di kawasan

Daripada kajian yang dilakukan dalam projek akhir ini adalah melalui kaedah temuramah dengan setiap pihak yang berkaitan dengan projek akhir kami ini. Dalam kaedah ini,

diikat menggunakan tali yang boleh diregang bagi memastikan haiwan tidak dapat menumbangkan badan tong sampah serta melarikanya.. “Auto-Self Locking” „ Dwi-Bin‟ dihasilkan

Dalam analisis konsep ini, projek ini mengetengahkan konsep dimana untuk memudahkan kerja pengguna. Dari segi rekabentuk, penapis manual tidak dapat membantu pengguna

Melalui pengendalian mesin pemotong plasma dengan kaedah manual iaitu secara kendalian tangan, pengguna mengambil masa yang lama untuk menghasilkan bentuk yang dikehendaki terutamanya