Bisnes
& Bekerja Dari Rumah
SURVIVAL KIT
Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran pihak penulis dan penerbitan. Tindakan undang-undang akan diambil.
Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat professional mungkin diperlukan.
Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat.
Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab tentang apa-apa kerugian dan risiko secara langsung atau tidak langsung akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini.
Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumatnya mungkin berbeza dari semasa ke semasa.
Hak Cipta Terpelihara
© RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD.
Dalam menuju kejayaan dan perkembangan bisnes yang telah dirancang, ada banyak roadblock yang boleh menghalang matlamat bisnes anda. Ini termasuk bencana dunia yang boleh datang tanpa disangka. Dulu, pada tahun 1997, pernah berlaku krisis kewangan dan ekonomi di negara Asia. Malaysia tidak ketinggalan terkena
tempias daripada perkara tersebut.
Kini, bermula pada pertengahan Disember 2019, Wabak Covid-19 mula dikesan di bandaraya Wuhan, Hubei China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik atau wabak
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.
Itali telah menjadi negara pertama di luar China mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara itu akibat ancaman COVID-19. Wabak ini memberi impak yang besar dalam pasaran ekonomi. Perbandingan yang dibuat terhadap penguncupan
ekonomi dalam tempoh 16 hari hampir sama dan berada di bawah faktor Perang Dunia Kedua dengan perbezaan hanya 3.9%.
Bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan
‘Perintah Kawalan Pergerakan’ kepada semua rakyat Malaysia. Sedikit banyak banyak bisnes yang terkena tempias daripada penularan wabak ini. Ramai peniaga yang panik dengan kemerosotan jualan mereka dalam tempoh kawalan pergerakan.
Walaubagaimanapun, sebagai peniaga, anda perlu bijak menangani masalah dan situasi bisnes yang anda hadapi.
Survival Kit #1
Tips Berniaga Dalam Tempoh ‘Perintah Berkurung’
Survival Kit #1
Tips Berniaga Dalam Tempoh ‘Perintah Berkurung’
Selepas pengumuman ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin, keadaan ini membuatkan ramai orang panik! Ada yang berpusu-pusu pergi ke pasaraya untuk dapatkan bekalan selama 2 minggu. Paling tak percaya!
Banyak bahan kering dan basah habis dalam tempoh masa yang singkat! Memang betul-betul panik ni!
Ada juga segelintir peniaga yang panik.
‘Alamak! Habis lah sales 2 minggu ni menurun! Tak ada orang datang kedai’
‘Apa nak buat ni? Apa akan jadi dengan bisnes kita? Rugi lah nanti!’
Panik! Panik! Panik! Sangat panik!
Sabar! Jangan panik kalau anda seorang peniaga yang bijak!
Kata Dr Azizan Osman,
“Di mana ada masalah di situ ada peluang.
Don't look at the problem, but find the solution!”
#1 Contactless Delivery
5 Tips Berniaga Dalam Tempoh
‘Perintah Berkurung’
Sekiranya anda menjalankan perniagaan makanan atau restoran, teruskan bisnes dengan buat delivery kawasan yang berdekatan sahaja. Tapi pastikan anda buat langkah berjaga-jaga. Jaga kebersihan dan keselamatan.
Sebagai contoh, ada dikalangan mereka yang perlu bekerja dari rumah. Jadi mereka masih tak ada masa untuk masak atau keluar beli makanan.
Menurut FoodPanda, mereka akan melakukan contactless delivery dalam tempoh perintah berkurung. Pelanggan dan rider berhubung melalui mesej sahaja.
Pelanggan perlu membayar secara online dan cashless.
Kemudian, rider dan pelanggan perlu berada dalam jarak 1 meter. Selepas rider hantar makanan, perlu cuci atau sanitize tangan secepat mungkin.
#2 Pre-Order
5 Tips Berniaga Dalam Tempoh
‘Perintah Berkurung’
Sekiranya produk anda limited atau dapat permintaan ramai, buat pre-order dan pelanggan anda boleh collect produk selepas perintah berkurung tamat. Pastikan promosi yang anda lalukan dapat tarik perhatian mereka untuk membeli.
Ini lah masanya untuk fokus cari jualan dengan maksimum sebab anda tak perlu fokus untuk jalankan operasi bisnes anda.
#3 Grab And Go
5 Tips Berniaga Dalam Tempoh
‘Perintah Berkurung’
Ambil pesanan melalui media sosial, call, atau mesej. Kemudian, minta mereka ambil dalam masa yang anda tetapkan sekiranya order mereka dah siap. Sebagai contoh, kedai bunga.
Sekiranya ada pelanggan perlukan produk anda. Ambil order, siapkan gubahan dan minta pelanggan anda ambil pada waktu yang dah ditetapkan.
Ini supaya pelanggan dapat mengurangkan tempoh pergerakan di luar rumah. Tapi pastikan anda lakukan langkah berjaga-jaga dan pencegahan.
#4 Berniaga Dan Berurusan Secara Online
5 Tips Berniaga Dalam Tempoh
‘Perintah Berkurung’
Sekiranya anda buat servis perkhidmatan seperti buat design, buat kerja-kerja online seperti handle media sosial, set up website, cipta content dan yang berkaitan, anda boleh teruskan perniagaan seperti biasa. Berinteraksi dengan pelanggan melalui media sosial, mesej atau email sahaja.
Sekiranya anda buat institut pengajian, anda boleh lakukan online seminar. Tapi pastikan anda ada sumber internet yang kuat macam anda berada di office. Bayaran juga boleh dibuat secara online atau cashless.
#5 Rancang Dan Bersedia Dengan Strategi
Perniagaan Selepas ‘Perintah Berkurung’ Tamat
5 Tips Berniaga Dalam Tempoh
‘Perintah Berkurung’
Ada bisnes yang terpaksa ditutup dan tak boleh beroperasi seperti kilang, sewa kereta, pelancongan dan sebagainya.
Langkah yang anda boleh lakukan adalah rancang strategi bisnes anda selepas tempoh berkurung tamat.
Apakah perkara yang anda boleh lakukan untuk naikkan bisnes?
Sentiasa konsisten dalam tindakan untuk pastikan anda capai matlamat bisnes anda. Cari strategi baru supaya anda tetap boleh buat sales.
Jangan jadikan tempoh kawalan pergerakan ini sebagai satu alasan untuk anda jatuhkan atau sabotaj bisnes anda sendiri.
Cari jalan penyelesaian yang efektif dan bersesuaian dengan bisnes anda. Kekalkan momentum bisnes anda dan sentiasa konsisten!
Survival Kit #2
Cara Bekerja Yang Efektif Semasa ‘Perintah Berkurung’
Survival Kit #2
Cara Bekerja Yang Efektif Semasa ‘Perintah Berkurung’
Kita semua sedia maklum atas arahan perintah kawalan pergerakan kerana wabak Covid-19 Banyak institusi, syarikat dan banyak organisasi wajib ditutup. Ini menjadi kebimbangan ramai orang dari segi mendapatkan bekalan makanan, keperluan harian dan gaji harian bekerja.
Jadi macam mana nak pastikan bisnes dan kerja anda boleh dijalankan seperti biasa?
Ada 5 cara yang boleh anda gunakan untuk bekerja dari rumah semasa perintah kawalan pergerakan:
1. Berinteraksi dalam aplikasi online
2. Rancang jadual kerja sepanjang tempoh berkurung 3. Pastikan ada key leader atau manager yang pantau
4. Pastikan anda berada di ruang yang selesa walaupun berada di rumah 5. Ambil tindakan sekiranya pekerja anda tak jujur dan amanah
#1 Berinteraksi Dalam Aplikasi Online
5 Cara Bekerja Yang Efektif Semasa ‘Perintah Berkurung’
Gunakan video call atau apps yang boleh membantu pekerja anda berinteraksi antara satu sama lain. Pastikan anda ada internet yang kuat kerana online platform adalah option yang relevan untuk digunakan dalam tempoh berkurung.
Ini akan membantu syarikat anda dapat mematuhi arahan kerajaan dan boleh jalankan bisnes dan bekerja seperti biasa.
Cari jalan penyelesaian dan bukan alasan.
#2 Rancang Jadual Kerja Sepanjang Tempoh Berkurung
5 Cara Bekerja Yang Efektif Semasa ‘Perintah Berkurung’
Siapkan jadual bekerja dalam tempoh berkurung ini, supaya semua pekerja ada direction dan tahu apa yang mereka perlu lakukan.
#3 Pastikan Ada Key Leader Atau Manager Yang Pantau
5 Cara Bekerja Yang Efektif Semasa ‘Perintah Berkurung’
Untuk pastikan bekerja secara online ini lebih efektif, minta key leader anda pantau pekerja mereka. Pastikan mereka bertanggungjawab dengan tugasan yang diberikan.
Sentiasa minta mereka update kerja yang patut dilakukan dalam tempoh masa yang anda tetap kan.
#4 Pastikan Anda Berada Di Ruang Yang Selesa Walaupun Berada Di Rumah
5 Cara Bekerja Yang Efektif Semasa ‘Perintah Berkurung’
Elakkan gangguan semasa bekerja. Walaupun sukar tapi cuba untuk kurangkan dan cari jalan yang terbaik.
Sediakan equipments yang sepatutnya macam anda berada di office. Sekiranya pekerja perlu bawa balik barang office, sediakan surat kebenaran.
#5 Ambil Tindakan Sekiranya Pekerja Anda Tak Jujur Dan Amanah
5 Cara Bekerja Yang Efektif Semasa ‘Perintah Berkurung’
Semua orang maklum untuk hanya dibenarkan berada di rumah sahaja, jadi kepada sesiapa yang beri alasan, anda boleh ambil tindakan kepada mereka.
Bekerja di rumah akan ada lebih banyak masa sebab tak perlu travel dari office ke rumah.
Bertindak sekarang dan jangan biarkan bisnes anda bersawang dalam masa tempoh ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ ini dijalankan.
Survival Kit #3
Strategi Perancangan Bisnes Dalam Keadaan Yang ‘Panik’
Survival Kit #3
Strategi Perancangan Bisnes Dalam Keadaan Yang ‘Panik’
Penularan wabak Covid-19 semakin meningkat. Hari demi hari, banyak arahan dan pengumuman langkah berjaga-jaga telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Banyak pihak yang terpaksa bekerja demi merawat dan membasmi wabak ini daripada terus menular di Malaysia.
Jadi apa yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka? Ikut arahan yang diberikan dan terus memberi manfaat. Anda masih boleh terus berniaga secara online dan contactless.
Anda 4 strategi perancangan bisnes yang anda perlu tekankan dalam keadaan yang
‘panik’ ini:
1. Berkomunikasi secara jelas 2. Peka dengan situasi 3. Jaga aliran kewangan
4. Bina kekuatan strategi jualan online yang maksimum
#1 Berkomunikasi Secara Jelas
4 Strategi Perancangan Bisnes Dalam Keadaan Yang ‘Panik’
Sekiranya ada situasi yang membuatkan anda terpaksa bekerja di rumah. Pastikan anda berkomunikasi dengan jelas.
Ini kerana memberi arahan secara terus semasa anda berada di office tidak sama apabila anda bercakap secara virtual.
Pastikan ayat yang digunakan lebih ringkas dan mudah untuk difahami. Kenapa perlu gunakan ayat dan mesej yang lebih ringkas dan padat? Kekuatan berkomunikasi bekerja di rumah hanya bergantung kepada kekuatan telekomunikasi.
Bayangkan anda bercakap dengan bahasa yang sukar difahami dan tiba-tiba line terputus? Adakah mesej tersebut akan diterima? Keep it short and brilliant!
#2 Peka Dengan Situasi
4 Strategi Perancangan Bisnes Dalam Keadaan Yang ‘Panik’
Sentiasa kekalkan momentum pemasaran. Jangan biarkan media sosial anda bersawang. Sentiasa peka dengan situasi dan tunjukkan anda prihatin dengan keadaan situasi.
Rancang jadual posting pemasaran anda di media sosial seperti biasa. Ini supaya pelanggan akan sentiasa ingat dan nampak anda.
Walaupun bekerja dari rumah, jangan bekukan pemikiran anda untuk bantu dan lahirkan idea yang terbaik untuk pelanggan anda.
#3 Jaga Aliran Kewangan
4 Strategi Perancangan Bisnes Dalam Keadaan Yang ‘Panik’
Jangan laburkan duit anda kepada tempat atau kempen yang tidak sepatutnya. Kurangkan kos dan perbelanjaan bisnes anda.
Rancang aliran kewangan bisnes anda sebaiknya supaya tidak berlaku kerugian.
#4 Bina Kekuatan Strategi Jualan Online Yang Maksimum
4 Strategi Perancangan Bisnes Dalam Keadaan Yang ‘Panik’
Inisiatif yang terbaik adalah kuatkan penjualan online di media sosial atau e-commerce.
Lakukan strategi jualan online ini secara maksimum.
10X gandakan jualan online anda daripada biasa. Dalam keadaan yang serius ini, kawalan pergerakan di luar rumah semakin ketat.
Pelanggan sangat-sangat memerlukan bantuan anda untuk mereka dapatkan keperluan harian mereka terutamanya peniaga barangan runcit, makanan, minuman, dan keperluan harian.
Jangan sekat matlamat bisnes anda tapi fikirkan jalan penyelesaian walaupun ada banyak roadblock yang menghalang.
Survival Kit #4
Perancangan Bisnes Selepas Tamat ‘Perintah Berkurung’
Survival Kit #4
Perancangan Bisnes Selepas Tamat ‘Perintah Berkurung’
Dah berhari-hari kita jalani tempoh ‘perintah berkurung’. Mesti anda masih terfikir-fikir lagi idea bisnes yang perlu anda lakukan selepas perintah berkurung ini tamat.
Ada 3 perancangan bisnes yang anda boleh lakukan selepas tamat ‘perintah berkurung’:
1. Aktiviti pemasaran yang maksimum 2. Pre-order - Beri jaminan pembelian
3. Tunjukkan bukti dan pengesahan pembersihan / sanitize premis perniagaan
#1 Aktiviti Pemasaran Yang Maksimum
3 Perancangan Bisnes Selepas Tamat ‘Perintah Berkurung’
Buat tawaran atau promosi untuk meraikan kejayaan ‘bebas dari perintah berkurung’ Pelanggan anda akan mula cari keperluan atau kehendak yang mereka perlukan selepas berkurung selama 2 minggu di rumah.
Sebagai contoh: Restoran atau kedai makan. Berikan tawaran atau hadiah sekiranya mereka makan di kedai anda. Ini ah masa mereka mula jumpa rakan-rakan mereka. Buat bisnes anda nampak dan prihatin dengan situasi semasa.
#2 Pre-Order - Beri Jaminan Pembelian
3 Perancangan Bisnes Selepas Tamat ‘Perintah Berkurung’
Sekiranya anda ada buat pre-order dalam tempoh perintah berkurung, fikirkan jaminan yang anda boleh berikan kepada mereka supaya mereka percaya anda.
Sebagai contoh: berikan invoice atau resit pembelian kepada pelanggan walaupun mereka cuma beli sebotol air mineral.
Ingat! Feedback is gold.
Pastikan pelanggan berpuas hati dengan servis bisnes anda walaupun dalam perintah berkurung.
#1 Tunjukkan Bukti Dan Pengesahan Pembersihan / Sanitize Premis Perniagaan
3 Perancangan Bisnes Selepas Tamat ‘Perintah Berkurung’
Akan ada pelanggan yang masih ragu-ragu untuk keluar walaupun dah tamat ‘perintah berkurung’. Jadi anda perlu tunjukkan bukti yang anda dah lakukan aktiviti pembersihan.
Tunjuk gambar atau dapatkan surat pengesahan dari syarikat yang jalankan aktiviti pembersihan di premis perniagaan anda.
Dapatkan semula keyakinan pelanggan anda!
Fast action, fast result!
RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD.
RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia Hotline: 1-300-88-2424, +6019 244 2244 | Website: www.richworks.com