• Tidak ada hasil yang ditemukan

IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN MAHATHIR,

SUHARTO DAN LEE KUAN YEW: IKTIBAR UNTUK PEMIMPIN

MASA DEPAN

1

Oleh: Lutfan Jaes2

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja Batu Pahat Johor Malaysia

lutfan@uthm.edu.my

ABSTRAK

Penulisan ini bertitik tolak daripada wacana pembangunan yang melibatkan idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan berkesan pemimpin dalam menerajui proses pembangunan negara. Mahathir, Suharto dan Lee Kuan Yew (LKY) masing-masing negarawan unggul Asia Tenggara yang berjaya menggerakkan tindakan-tindakan pragmatik demi mencapai misi dan visi yang dirancang. Masing-masing mengambil semangat demokrasi barat namun pelaksanaannya cukup terbatas mengikut acuan sendiri. Idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan masing-masing berjaya membawa masyarakat berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin sezaman mahupun pada masa kini. Karl Marx dalam The German Ideology (1945) berpandangan “Idea Kepemerintahan” (ruling ideas) adalah milik golongan borjuis untuk mempengaruhi pola fikir golongan proletariat sehingga segala penindasan yang dilakukan oleh mereka itu seolah-olah diizinkan oleh rasional-rasional tertentu. Hujah Karl Marx berlandaskan dialektika materialisme, pertentangan kelas pemilik material dengan kelas yang hanya memiliki kudrat perburuhan. Namun demikian idea kepemerintahan di Asia (Malaysia, Indonesia dan Singapura) seharusnya dipertimbangkan dalam acuan latar sejarah

1 Kertas kerja ini telah dibentangkan di Seminar Ketahanan Nasional III anjuran bersama Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (IPDM-UUM) dan Yayasan Melaka pada 3-5 Disember 2012.

(2)

politik, ekonomi dan sosial tersendiri. Abdul Rahman (2009) mendefinasikan “Idea Kepemerintahan” sebagai kerangka pemikiran dan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin dalam memimpin masyarakatnya untuk menangani permasalahan hidup seharian yang dalam masa yang sama mempersiapkan untuk hari depan. Dalam hal kepemerintahan ini, penerapan nilai di dalam “gaya kepimpinan” mereka dilihat sebagai fomular kejayaan utama pembangunan. Nilai yang dimaksudkan ialah “nilai Asia” yang terangkum di dalamnya nilai budaya Melayu-Islam (Mahathir), nilai budaya Jawa (Suharto) dan nilai Konfucius (LKY). Nilai Asia berdasarkan kepercayaan bahawa negara-negara di Asia mempunyai satu set lembaga dan ideologi unik mencerminkan budaya daerah dan sejarahnya tersendiri. Terdapat sekelompok nilai dan kepercayaan bersama yang diikuti oleh kebanyakan orang Asia sebagai panduan hidup di dunia. Nilai-nilai yang dikongsikan ini bolehlah dipanggil sebagai “nilai Asia”, sepertimana kelompok nilai bersama yang boleh dipanggil sebagai “nilai Barat” (Mahathir, 1999; hal 79). Akhir sekali Michael Vatikiotis (1995), dalam bukunya Indonesian Politics Under Suharto menjelaskan bahawa jasa terbesar Suharto adalah menjadi tokoh yang mampu menciptakan kestabilan di Asia. Suharto berkuasa pada saat Singapura diperintah LKY dan Malaysia dipimpin Mahathir. Kestabilan negara besar Indonesia secara langsung meningkatkan pertumbuhan ekonomi Asia dan menyebabkan Malaysia dan Singapura digelar East Asia Miracle oleh Bank Dunia. Diharapkan dengan melihat kembali idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir, Suharto dan LKY, satu iktibar diperoleh untuk pemimpin generasi akan datang.

Kata Kunci : Idea Kepemerintahan, Gaya Kepimpinan, Mahathir, Suharto, LKY

(3)

Penulisan ini bertitik tolak daripada wacana pembangunan yang melibatkan “idea kepemerintahan” dan “gaya kepimpinan” berkesan pemimpin dalam menerajui proses pembangunan negara. Mahathir, Suharto dan Lee Kuan Yew (LKY) masing-masing negarawan unggul Asia Tenggara yang berjaya menggerakkan tindakan-tindakan pragmatik demi mencapai misi dan visi yang dirancang. Masing-masing mengambil semangat demokrasi barat namun pelaksanaannya cukup terbatas mengikut acuan sendiri. Mereka berjaya membawa masyarakatnya berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin sezaman mahupun pada masa kini. Dalam hal ini, penerapan dan manipulasi nilai di dalam idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan mereka dilihat sebagai fomular kejayaan utama dalam memastikan pembangunan bersama di Asia Tenggara. Nilai yang dimaksudkan ialah “nilai Asia” yang terangkum di dalamnya nilai budaya Melayu-Islam (Mahathir), nilai budaya Jawa (Suharto) dan nilai Konfucius (LKY).

Sehubungan dengan itu, penulisan ini secara umum cuba menyorot dua (2) perkara iaitu i) asas tindakan dan idea kepemerintahan Mahathir, Suharto dan LKY ii) gaya kepimpinan berkesan Mahathir, LKY dan Suharto.

Vatikiotis (1996, hal 29) dalam Hilley (2008, hal 46) menyatakan:

Kesemua ideologi politik moden yang didukung oleh negara Asia Tenggara sezaman, adalah berasaskan tradisi tetapi memperlihatkan dirinya sebagai moden, dan berfikir ke arah masa hadapan. Pancasila di Indonesia Prinsip Asas di Singapura dan Rukun Negara di Malaysia, kesemuanya menyokong prinsip masyarakat awam Barat seperti kebebasan, keadilan dan kehormatan manusia. Ia juga menekankan tradisi dan juga masyarakat kolektif: keperluan untuk bersikap toleransi, kesedaran komuniti yang teguh, disiplin bersama, menghormati pemimpin dan kerohanian.

(4)

IDEA KEPEMERINTAHAN DI ASIA

Idea kepemerintahan dikenali sebagai “ruling ideas”; digunakan oleh Karl Marx dalam The German Ideology (1945). Menurut Marx,3 “ruling ideas” adalah milik golongan borjuis untuk mempengaruhi pola fikir golongan proletariat sehingga segala penindasan yang dilakukan oleh mereka itu seolah-olah diizinkan oleh rasional-rasional tertentu. Konsep asalnya dinyatakan oleh Marx seperti berikut:

“The ideas of the ruling class are in every epoch the ruling ideas, i.e. the class which is the ruling material force of soceity, is at the same time its ruling intellectual force. The class which has the means of material production at its disposal has control at the same time over the means of mental production, so that thereby, generally speaking, the ideas of those who lack the means of mental production are subject to it. The ruling ideas are noting more then the ideal expression of the dominant material relationships, the dominant material relationships grasped as ideas; hence of the relationships which make the one class the ruling one, therefore, the ideas of its dominance”.

Hujah Karl Marx adalah berlandaskan dialektika materialisme, pertentangan kelas pemilik material dengan kelas yang hanya memiliki kudrat perburuhan. Kelas pemilik material melakukan penguasaan dengan cara mengeksploitasi buruh, demi menambahkan lagi kekayaan material dan intelektual mereka.

Dalam hubungan ini, keadaan masyarakat di Malaysia, Indonesia dan Singapura tidaklah seketat seperti yang dianalisis oleh Marx kerana pemimpin-pemimpin yang muncul, baik semasa pemerintahan kesultanan mahupun setelah mencapai kemerdekaan, kuat dipengaruhi oleh amalan budaya dan ajaran agama (Hindhu, Budhha, Islam). Mereka memimpin masyarakat dengan tujuan untuk memberikan keselesaan hidup dan peluang masa depan yang lebih baik. “Ruling Ideas” di Malaysia, Indonesia dan Singapura seharusnya dilihat dalam acuan sendiri dengan latar sejarah politik, ekonomi dan sosial serta pertimbangan gaya nilai peradaban Nusantara, Melayu-Islam dan Rukun Negara/Pancasila. Mungkin ada beberapa perbezaan di Singapura apabila nilai peradaban dari luar Nusantara wujud (Konfucius) bagi panduan hidup masyarakat Cina. Namun begitu ia masih merupakan kelompok nilai-nilai Asia malah mewakili kelompok terbesar dari nilai Asia Timur.

(5)

Sehubungan dengan itu “Ruling Ideas” hanya perlu dipinjam istilahnya sahaja (dari Barat) untuk mengupas dan memahami idea pelaku-pelaku utama. Ini kerana idea-idea pelaku utamalah yang menggerakkan pemerintahan. Abdul Rahman (2009, hal 3) mendefinasikan “Ruling Idea” atau “Idea Kepemerintahan” sebagai kerangka pemikiran dan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin dalam memimpin masyarakatnya untuk menangani permasalahan hidup seharian yang dalam masa yang sama mempersiapkan untuk hari depan. Sebuah hadis Rasullah SAW mengingatkan manusia mestilah dipimpin dengan penuh rasa tanggungjawab.

Semua kamu adalah pengembala dan semua kamu bertanggungjawab atas gembalaannya. Imam bertanggungjawab atas rakyatnya. Lelaki pengembala ahli rumahnya, dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Perempuan pengembala rumah suaminya dan bertanggungjawan atas rakyatnya. Khadam pengembala harta benda tuannya dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Bahkan seluruh kamu adalah pengembala dan bertanggungjawab atas rakyat gembalaannya.

(Hadis riwayat Bukhari-Muslim, dipetik daripada Hamka, 1977; hal 4)

Fitrah kehidupan manusia memperlihatkan wujudnya dua golongan utama dalam masyarakat – golongan yang memimpin dan golongan yang dipimpin. Golongan yang memimpin itu tercorak oleh budaya kelas sosial yang selalunya lebih tinggi daripada golongan yang dipimpin. Bagi orang Melayu pepatah ada menyebut, “Pemimpin itu mestilah yang didulukan selangkah, yang ditinggikan seranting, yang dilebihkan serambut, yang dimuliakan sekutu”. Dalam rumpun Melayu; ungkapan Jawa mengatakan hakikat kepimpinan itu “Ing Ngarsa Sung Tulada, Ing Madya Mangun Karsa, Tut Wuri Handayani” (Ghazali Shafie, 2001; hal 155-156). Maksudnya,

yang di hadapan menjadi teladan, yang di tengah membangun kehendak, yang dibelakang membimbing atau mempengaruhi.

PEMIMPIN DAN GAYA KEPIMPINAN DI ASIA4

Kepemimpinan diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan. Bagi menghadapi cabaran dan mewujudkan perubahan, sudah pasti memerlukan gaya tindakan untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Pemimpin yang bermatlamat akan mendorong masyarakat ke arah pencapaian dan kejayaan dalam sebarang tindakan yang dilakukan (Clark, 1999: hal 116). Sehubungan itu,

(6)

pemimpin yang hebat seharusnya mampu memikir dan mengemukakan nilai-nilai, norma-norma dan aspirasi yang boleh mengekal serta merubah golongan yang dipimpinnya (Mohd Ali, 1998: hal 29).

Kejayaan penerapan nilai-nilai Asia melalui gaya kepimpinan berkesan khususnya di Malaysia, Singapura dan Indonesia dibuktikan melalui kejayaan pembangunan ekonominya. Pembangunan ekonomi Asia Timur merupakan salah satu perkembangan paling penting di dunia pada separuh kedua abad ke 20. Proses ini bermula di Jepun pada tahun 1950 an, sebuah negara bukan Barat yang telah berjaya memodenkan dirinya dan menjadi maju dalam bidang ekonomi. Proses pembangunan ekonomi ini berbangkit pula kepada “Empat Harimau” (Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Singapura) dan kemudiannya merebak pula ke China, Malaysia, Thailand dan Indonesia dan kini sudah mula bertapak di Filipina, India dan Vietnam. Pengembangan perdagangan yang mendadak juga telah berlaku, pertamanya antara Asia dengan bahagian lain dunia dan kemudiannya antara negara-negara Asia sendiri. Prestasi ekonomi Asia ini sangat berlawanan dengan pertumbuhan sederhana ekonomi Eropah dan Amerika dan kebantutan yang sedang melanda sebahagian besar negara dunia yang lain (Huntington, 2008: hal 135-136). Salah satu daripada nilai-nilai Asia yang terserlah di dalam gaya kepimpinan Asia berkesan tidak kira dalam mana-mana bentuk organisasi ialah elemenb nilai Father Leadership dan Paternalistic Leadership. Ia mungkin dianggap tidak releven di era pasca modenisasi dan globalisasi ini tetapi

(7)

memastikan kestabilan politik tetapi juga untuk memberi nasihat yang baik dan menawarkan bantuan kepada rakyat. Keputusan yang sama dilaporkan oleh Yao (1987) di Republik Rakyat China yang menyokong konsep “paternal authoritative-ness”; di mana pemimpin perlu kuat, berkesan dan berpengetahuan. Sistem nilai negara Cina dan gaya kerjanya masih didominasi oleh sistem nilai tradisional (Low, 2006; hal 90).

Di negara Jepun juga konsep father leadership juga digunapakai dengan mengamalkan "oyabun" atau "Bapa Kepimpinan" (Hanada & Yoshikawa, 1991; hal 36). Begitu juga di Indonesia secara umumnya pekerja taat dan cenderung mengharapkan majikan menyediakan kemudahan seperti pengangkutan, makanan, bekalan air minuman. Konsep Sumonggo Dawuh kukuh diamalkan dalam konteks pemimpin perlu menjadi contoh ikutan kepada yang dipimpin. Dalam latihan kakitangan, bimbingan dan mentor menjadi kritikal. Pengurus seperti bapa menjaga kepentingan dan keperluan kanak-kanak. Sumonggo dawuh boleh ditafsirkan sebagai jalan dalam kakitangan mengaku beliau penyelia sebagai contoh untuk diikuti (Low, 2005; hal 32). Begitu juga dengan kerajaan Singapura yang mempunyai penguasaan ketat terhadap politik Singapura serta didokongi oleh sistem birokrasi awam yang "cekap" dan berpengaruh (Gale,1999; hal 2-3) Dalam hal yang lain pula negara Singapura sering dilabel sebagai “Negera pengasuh” dan “mendokong” terlalu banyak sektor dalam negara sebagai alasan utama kestabilan politik (Tay, 2001; hal 24).

Mahathir, Suharto dan LKY dilihat berjaya dengan cara mereka tersendiri tetapi di dalam kerangka gaya kepimpinan berkesan yang berteraskan nilai-nilai Asia. LKY dan Mahathir nampak lebih menjuarainya di pentas antarabangsa. Manakala Suharto menterjemah sepenuhnya melalui sistem nilai dalam gaya kepimpinan yang ditonjolkan. Kebersamaan mereka telah menjadikan rantau Asia Tenggara aman dan makmur secara bersama.

NILAI ASIA : SATU PERBINCANGAN

(8)

kepada masyarakat di Asia kesan daripada proses modenisasi dan industrilisasi. Turut dibincangkan ialah bagaimana untuk mengimbangi hal-hal berkaitan tradisi, pembangunan dan pembaratan dalam masyarakat di Asia. Manakala Metzger (2009; hal 6) menyatakan kemungkinan permulaaan perbicaraan nilai-nilai Asia ini berpunca daripada penerbitan karya Orientalism oleh Edward Said pada tahun 1978. Sebenarnya pada tahun-tahun 1980an,

perbincangan tentang nilai-nilai Asia hebat sekali oleh sebab ada pihak yang menyokong kuat nilai-nilai tersebut dan ada pula beberapa pemerhati yang menentang nilai-nilai itu atau yang tidak memberi perhatian yang seimbang kepada nilai-nilai yang dibincangkan itu.

Nilai Asia adalah merujuk kepada semua orang Asia tanpa mengira budaya, etnik, geografi, sejarah dan perbezaan agama tetapi berkongsi beberapa falsafah kehidupan yang sama. Asia adalah kumpulan yang menekankan kepada elemen spiritual dan kurang materialistik berbanding Barat. Dalam hubungan sesama manusia, terdapat kecenderungan mendalam untuk menilai moral seseorang berbanding status dan kuasanya. Nilai Asia menekankan sifat tolak ansur, tidak ganas, tidak militan, tidak agresif dalam konteks hubungan sesama manusia. Orang Asia juga selalu digambarkan sebagai sangat mencintai keamanan sesama manusia dan sanggup menyelesaikan konflik secara persetujuan bersama daripada berperang atau mengambil tindakan undang-undang (Seah & Ho, 1977: hal 11)

Mahathir (1999) dalam bukunya bertajuk Kebangkitan Semula Asia berpendapat nilai Asia yang pertama dan terpenting ialah berorientasikan masyarakat dan kekeluargaan5. Masyarakat di Asia lebih menghargai keluarga serta keperluan dan kepentingan masyarakat berbanding dengan individu dan hak untuk kebebasan perseorangan yang mutlak. Memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat adalah lebih diutamakan daripada menuntut manfaat individu. Seterusnya Mahathir berhujah nilai Asia juga termasuk perasaan hormat bagi pihak berkuasa.

(9)

Pihak berkuasa dianggap sebagai penjamin kestabilan untuk seluruh masyarakat.6 Tanpa kepercayaan atau perasaan hormat terhadap pihak berkuasa, sebarang masyarakat walau sebuah masyarakat Barat sekalipun yang mengagungkan hak individu akan reput menjadi anarki.

Manakala Kishore Mahbubani (1998) pula, “nilai Asia” ialah sebuah set pengajaran moral dan sosial yang membawa kepada pembangunan ekonomi yang pesat di negara-negara Asia sejak beberapa dekad yang lepas. Nilai-nilai ini termasuklah menjadikan keluarga sebagai sebuah institusi, penghormatan kepada kepentingan masyarakat, berjimat cermat, konservatif dalam adat istiadat sosial dan hormat kepada pihak berkuasa. Seterusnya, asas-asas “nilai Asia” dalam konteks sosiologi pula adalah hidup saling bantu membantu dikalangan masyarakat, perhubungan ibu bapa-anak dan kehidupan keluarga yang bersatu padu, pola persahabatan dan ideologi normatif dan konsep nilai (Seah & Peter, 1977; hal 30-37).

Pada mulanya perbincangan tentang “nilai Asia” lebih sinonim dengan ajaran Konfucius. Pengaruh tradisi ini telah membangkitkan kekuatan ekonomi dan politik Asia kerana konsep “Demokrasi Konfucius” mencadangkan penerimaan hierarki dalam masyarakat, keperluan dalam keharmonian sosial, rasa hormat pada keluarga dan kerajaan yang bertanggungjawab. Dalam konteks politik menunjukkan keakuran kepada autoriti pemerintah untuk mendapat “kebaikan bersama” sehingga menjadikan rakyat akur dan menerima kedudukan dan hierarki pemerintah (Hung, 1993).

Nilai Asia berkaitan dengan konsep tidak mementingkan diri, disiplin diri dan pengorbanan peribadi demi kebaikan bersama kumpulan. Ini adalah penting untuk persepsi moral keharmonian awam dan dinamika sosial. Dengan kepimpinan yang betul, ia adalah satu rangka kerja untuk "kemakmuran ekonomi, kemajuan, perhubungan yang harmoni di antara rakyat, dan undang-undang dan perintah". Nilai budaya khusus negara-negara Asia Timur dapat dilihat dengan jelas dari bawah ke atas melalui radas sosial dan politiknya. Bermula dengan ciri utama masyarakatnya

(10)

yang berorientasikan kumpulan; kepentingan masyarakat dirasakan datang sebelum individu. Malah, kadang-kadang berhujah sebagai communitarian, mungkin neo-Hegelian, seseorang perlu diiktiraf dalam sesebuah institusi dan berinteraksi dalam unit yang besar. Dalam lain perkataan juga bahawa individu itu bukanlah makluk yang terpencil, tetapi seorang ahli keluarga nuklear dan lanjutan kepada sesuatu puak, kejiranan, masyarakat, negeri dan negara. Masyarakat Asia Timur percaya bahawa apa sahaja yang mereka lakukan atau perkatakan hendaklah mengambilkira kepentingan orang lain. Setiap individu Asia perlu mengimbangi kepentingannya dengan keluarga dan masyarakat (Tommy Koh, 1993, hal 6).

Oleh yang demikian Takashi dan Edward (1997) menyatakan bahawa masyarakat Asia Timur adalah kumpulan yang lebih sedar daripada mereka yang liberal, bekerja untuk kebaikan masyarakat, tidak mementingkan diri sendiri dan menerima bahawa perpaduan dan kestabilan masyarakat adalah lebih penting mengatasi hak individu. Kelakuan dan adab diri merupakan motivasi berbentuk “kebimbangan” dalam diri setiap individu dan perlu diseimbangkan dengan tugas dan tanggungjawab. Sememangnya ini adalah benar dengan hanya melalui masyarakat yang teratur dan tidak mementingkan diri sahaja barulah semua anggota masyarakat boleh hidup dengan selamat dan bermakna. Tidak ketinggalan juga, Goh Chok Tong (1994, hal 417) menyifatkan “nilai Asia” melibatkan rasa masyarakat dan kenegaraan, manusia berdisiplin dan rajin, nilai-nilai moral yang kukuh dan hubungan keluarga.

(11)

Mahathir berkeyakinan bahawa faktor nilai-budaya memainkan peranan terhadap

kejayaan atau kemunduran sesebuah masyarakat. Begitu juga, LKY, percaya dan yakin

bahawa zaman awal kanak-kanaknya telah mendedahkan beliau kepada pegangan moral

yang kuat untuk mengharungi kehidupan sehingga zaman dewasa (Barr, 2000: hal 162).

Justeru, faktor persekitaran adalah penyumbang kepada kemajuan kerana faktor ini

membolehkan individu menghadapi cabaran bagi membentuk daya tahan dalam

kehidupan mereka.

IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN MAHATHIR

Idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir sangat dipengaruhi oleh latarbelakang sosial dan kerjayanya. Ia diterjemahkan melalui penulisan-penulisan seawal membicarakan sistem budaya dan nilai masyarakat Melayu dalam akhbar The Straits Times dan The Sunday Times. Dalam menggambarkan idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir, “seteru politik” beliau iaitu LKY merupakan tokoh yang selayak memberikan pendapat.7 Malah idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir dalam pandangan LKY banyak tercatat dalam pelbagai peristiwa dan insiden yang melibatkan hal antara kedua-dua negara Malaysia dan Singapura. LKY menyatakan;

He (Mahathir) was different from his predecessors. The Tunku, Razak and Hussein Onn were from the aristocracy or the traditional ruling families associated with the sultans. Like me. Mahathir is a commoner-a trained profesional doctor and self-made politician. I believed I had satisfied him that I was not interested in outmanoeuvring him, that I wanted a businesslike relationship. It was as well I initiated this dialogue and developed a working relationship. Had we carried our old antagonisms into the future, both countries would have suffered.

(LKY, 2010; hal 276-7)

Dalam satu siri ucapan LKY sempena kemerdekaan Singapura beliau mengucapkan;

He (Mahathir) understands the ideal state: peace, freedom, nutrality

Not everybody in Malaysia has got the courage of Dr Mahathir (and) also the sense of reality.

(Seow, 2010; hal 313)

LKY dalam satu temubual dengan The Washington Post pula dipetik berkata;

(12)

He (Mahathir) is a leader with a graps of the realities of superpower politics.

(Seow, 2010; hal 313)

Mahathir seorang yang tidak suka berselindung dalam menyuarakan pendapatnya. Beliau berani berterus terang walaupun dalam banyak keadaan melukakan hati dan perasaan orang yang ditegurnya. Malah Mahathir sering menegur khususnya sikap orang Melayu yang mempunyai perasaan malu yang tidak bertempat. Tulisan beliau dalam buku pertamanya The Malay Dilemma pada tahun 1970 antara lain membincangkan tentang ciri-ciri budaya Malayu seperti takdir dan kemajuan yang terikat dengan nilai orang Melayu. Beliau berpegang pendapat bahawa orang Melayu hanya boleh berjaya jika mengamalkan nilai-nilai yang progresif. Nilai-nilai ini termasuklah rasa hormat kepada orang tua, pentadbiran serta mengamalkan pakaian yang sopan, kelakuan yang baik serta amalan keagamaan, bertanggungjawab ke atas perkahwinan, keluarga, kerja dan sifat-sifat yang bermoral (Sivamurugan, 2005; hal 36).

Demi kepentingan negara, Mahathir sangat berterus terang menyatakan hasratnya. Ini diingati oleh LKY apabila Mahathir di awal pemerintahannya sebagai Perdana Menteri bersikap terlalu berterus terang meminta LKY memindahkan ketumbukan SAF (Singapore Arm Forces) dari pembentungan bekalan air dari Johor ke Singapura8. Mahathir juga meminta meminta LKY supaya memutuskan hubungan dengan pemimpin Cina di Malaysia khususnya dari DAP (Democratic Action Party). Mahathir amat bersahaja dan berterus terang dalam menyatakan anti-Singapura nya.

Mahathir was candid about his deep anti-Singapore feelings. He recounted how, as a medical student in Singapore, he had directed a Chinese taxi driver to the home of a lady friend, but had taken to the servants’ quaters of this house. It was an insult he did not forget. Singapore Chinese, he said, looked down upon the Malays.

(LKY, 2010 ; hal 276)

Malah cara Mahathir yang lantang dalam mengemukakan pendapat dan mengurus krisis kewangan yang melanda sekitar 1997-1999 juga menjadi ingatan kekal oleh LKY.

Prime Minister Mahathir of Malaysia was diminished by the Western media headlining his denunciations against currency speculators and Jews like George Soros.

(LKY, 2010; hal 384)

(13)

As the crisis spread, in July Malaysian Prime Minister Mahathir denounced George Soros as the speculator responsible. Then Bank Negara Malaysia announced changes limiting the amout of Malaysian ringgit that could be swapped into foreign currencies.

In September 1997, at an IMF/World Bank meeting of international bankers in Hong Kong, Mahathir said. “Currency trading is unnecessary, unproductive and totally immoral. It should be stop. It should be made illegal.” Another sell-out of all Asean currencies and stocks followed

(LKY, 2010; hal 386)

Kegagalan mengamalkan nilai-nilai era globalisasi dikatakan membawa kesan kepada permasalahan ekonomi negara-negara Asia khususnya sekitar tahun 1997. Ekonomi Asia yang begitu berjaya hingga mampu menyaingi Barat mengalami kehancuran dan tuduhan dilakukan disebabkan mereka mengamalkan kronisme, pemerintahan dan gaya kepimpinan yang tidak telus. Mahathir (1999, hal 123) dalam bukunya Kebangkitan Semula Asia menangkis tuduhan ini dan berhujah secara lantang bahawa Asia dibinasakan oleh sistem pasaran bebas yang tidak di kawal selia dimana pedagang matawang dibenarkan memanipulasikan sistem kewangan untuk mengaut keuntungan besar daripada penderitaan rakyat Asia.

LKY mengakui tidak ada pemimpin lain sehebat Mahathir (di Malaysia) terutamanya dalam keadaan yang paling sukar.9 Keberanian dan kelantangan Mahathir di peringkat antarabangsa dalam memperkata serta memperjuangkan sesuatu yang dipercayainya amat dikagumi. Sebagai contoh, LKY mengingati perkara-perkara ini dalam pengalamannya berurusan dengan kepimpinan di Australia dan New Zealand.

...when Australia and New Zealand wanted to join the Asia side of the Asia Europe Meeting (ASEM) of heads of government in Bangkok in 1996, Prime Minister Mahathir objected, saying they were not a part of Asia. It was his visceral reaction, one not shared by most of the other leaders.

(LKY, 2010; hal 445)

LKY mula mengenali dan membaca pemikiran Mahathir dan menjangkakan gaya kepimpinan berbeza dengan pemimpin Malaysia sebelumnya tetapi mewarisi idea kepemerintahannya yang sama dengan Perdana Menteri Malaya sebelumnya. Ia terkait dengan idealisme mempertahankan

(14)

kedaulatan hagemoni Melayu yang dituduh LKY sebagai lantang, agresif dan ultra. Beliau mencatatkan bahawa pertemuan susulan dan timbal balik lawatan antaranya dan Mahathir diharap positif walaupun tidak mampu mengelak perasaan syak wasangka.

I expected Mahathir to succeed Hussein as Prime Minister and wanted to put our old antagonism behind us. I knew he was a fierce and dogged fighter. I had seen the way he had fought the Tunku when the Tunku was at the height of his power. He had been expelled from UMNO but that did not deter him from carrying on the fight. I was not unwilling to clash with him when we were in Malaysia, but feuding between two sovereign states was different. I initiated this dialogue to clear away the debris of the past.

(LKY, 2010; hal 275)

Konsistensi Mahathir dalam memperjuangkan hagemoni Melayu10 mendapat perhatian LKY dalam catatannya;

In May that year (1999) Malaysian opposition leader, Lim Kit Siang, revived the concept Malaysian Malaysia. Mahathir reacted sharply to say it was a threat to their (Malay) identity, becuse Malaysia was previously called Tanah Melayu (Malay land).

(LKY, 2010; hal 286)

Mahathir belajar daripada semua orang. Beliau tidak pernah rasa malu untuk belajar walaupun dengan “seteru nya” sendiri. Ini dilakukan demi yang terbaik untuk agama, bangsa dan negaranya. LKY mengenangkan perkara ini dengan menyatakan;

“He (Mahathir) had asked his ministers and officers to learn from Singapore. No other Malaysia prime minister or minister had ever publicly said they had anything to learn from Singapore; Mahathir did not suffer from this inhibition. This open minded attitude of learning from anyone whose success he wanted to duplicate in Malaysia distinguished him from his predecessors.”

(LKY, 2000; hal 277)

Dalam masa yang sama, kesanggupan Mahathir yang sanggup meminta bantuan dan belajar dari “musuh”nya11 dalam membangunkan ekonomi orang Melayu agak membingungkan LKY. Mahathir dalam hal ini telah meminta Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry Malaysia membantu golongan usahawan bumiputera yang kerugian untuk membangunkan

semula perniagaan mereka.12

10 Isu yang terkait dengan kedaulatan dan hagemoni Melayu dalam penulisan ini merupakan sesuatu yang abstrak sahaja. Isu ini sebenarnya memerlukan satu wacana lainnya yang lebih khusus untuk dibincangkan.

11 Dalam hal ini LKY menganggap Mahathir menidakkan peluang sama rata khususnya kepada kaum Cina dalam bidang perniagaan.

(15)

Pemikiran dan usaha Mahathir yang saintifik dan pragmatik demi menyedarkan bangsa Melayunya agar bangun berusaha mengaplikasikan sains dan teknologi serta tidak terperangkap dengan amalan agama yang kabur juga di lihat LKY sebagai sesuatu yang luar biasa;

“He (Mahathir) had pushed the Malays towards science and technology and away from obscurantism. He had the courage to say in public that lady doctor using a pencil to examine a male patient (which the Muslim religious leaders wanted) was not the way to treat patients...he had educated younger Malays, open their minds with the vision of the future based on science and technology, especially computers and the internet...The majority of the Malays and all the Chinese and Indians in Malaysia want this future, not a turn towards extreme Islamic practices.”

(LKY, 2000;hal 290)

Mahathir berpendapat bahawa kemunduran orang Melayu adalah disebabkan faktor baka dan alam sekitarnya yang mudah. Oleh yang demikian Mahathir menyarankan perkahwinan campur dan penghijrahan ke penempatan bandar. Seterusnya Mahathir berpendapat kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tatasusila dan sistem nilai. Mahathir menjelaskan bahawa tatasusila dan sistem nilai menentukan kemajuan serta perkembangan sesuatu bangsa. Sehubungan itu beliau menyarankan orang Melayu mengenali diri sendiri dan mengkaji dengan lebih terperinci tentang sifat-sifat mulia yang membawa kepada kejayaan dan kemajuan. Sifat-sifat yang perlu untuk menghadapi hidup iaitu kesederhanaan, kebaranian dan kebijaksanaan/kesabaran (Rumaizuddin, 2011; hal 143-145).

(16)

memudahkan masyarakat Melayu berhadapan dengan komuniti yang lebih maju berbanding hanya sekadar menjadi petani dan petty trader (Sivamurugan, 2005; hal 45).

Dalam bukunya “the challenge” (1986) Mahathir menjelaskan tiga aspek utama bagi orang Melayu menghadapi cabaran iaitu i) Islam sebagai sumber dalaman (intrinsic) untuk membangunkan orang Melayu; ii) perlunya orang Melayu memperbaiki sistem nilai-budaya untuk mencapai kemajuan; dan iii) perlunya orang Melayu mempunyai organisasi yang berdisiplin (Ahmad Fawzi & Abdul Rahman, 2004) dalam (Ramlah Adam, 2004; hal 25).

Kemajuan bangsa Melayu hendaklah selari dengan agama Islam. Mahathir berpendapat bahawa mana-mana pihak yang ingin membawa kemajuan bangsa Melayu dengan membelakangkan nilai-nilai agama tidak akan berjaya (Rumaizuddin, 2011; hal 145). Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia membolehkan kerajaan melakukan perkara-perkara bersifat Islam dan agama lain diberikan kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing. Mahathir menyatakan bahawa:

...Malaysia is an Islamic country based on the accepted interpretation that Islam is the official religion. The fact that ours ia a multi-racial country with a Muslim majority, and the fact that many leaders of the country, including ministers, comprise non-Muslims, does not detract from that fact (The Star, 18 September 2002).

Mahathir menyedari bahawa dalam mana-mana masyarakat sistem nilai akan berubah. Beliau menyeru agar sistem nilai orang Melayu di kaji dan diambil sistem nilai yang dianggap terbaik untuk dijadikan teras yang serasi dengan tuntutan Islam dan orang Melayu. Melalui nilai-nilai budaya itulah, orang Melayu akan berupaya bergerak bersama-sama dengan bangsa lain untuk maju kehadapan. Budaya sesebuah masyarakat itu menentukan sama ada ia berjaya atau gagal. Budaya yang menentukan prestasi sesuatu kaum atau masyarakat iaitu sistem nilai yang mereka yakini dan pegang pada suatu masa (Rumaizuddin, 2011; hal 148-149).

(17)

hanya di capai apabila masyarakat itu berorganisasi dan berdisiplin (Rumaizuddin, 2011; hal 150). Sehubungan dengan itu, tindakan eksekutif Mahathir ialah dengan menjadikan Jepun sebagai role model untuk Malaysia dengan mewujudkan Dasar Pandang ke Timur (DPT). Faktor sejarah turut menjadi faktor penarik mengapa Mahathir condong ke arah mereka. Mohamed Rahmat (2009; hal 114) menyatakan:

“Mahathir terkenal dengan sifatnya yang tidak akan mengubah pendiriannya. Malah saya ingat lagi apabila beliau menjelaskan alasan mengapa kontraktor Jepun yang diambil (membina bangunan DayaBumi). Alasannya ialah orang Jepun mesti melatih orang Malaysia dalam semua bidang, sama ada penggunaan steel frame atau pengurusan projek. Niatnya ialah Malaysia sepatutnya mendapat pemindahan teknologi Jepun.”

Dalam hal berkaitan demokrasi, Mahathir berpendapat ia sepatutnya memberi kepentingan majoriti beserta dengan undang-undang dan sekatan-sekatan tertentu.

...a democracy is guided by the views and the consensus of the majority. A pressure group is minority. Clearly, therefore, a pressure group is not effective outside the lobby of the assembly hall unless it uses undemocratic weapons (Mahathir, 1983) .

Beliau juga mengaitkan demokrasi dengan tradisi. Demokrasi di katakan hanya akan berjaya sekiranya pengamalnya tahu batasan-batasan yang wujud dalam sistem tersebut. Dalam pandangan beliau, pemimpin-pemimpin di Asia perlu tahu hakikat sebenar sebagai seorang pemimpin, mempunyai inisiatif dari segi idea dan pemikiran serta mendapat kehormatan daripada rakyatnya. Beliau berpandangan bahawa sesetengah negara "suffer from to much democracy", dengan parti-parti politik yang terlalu banyak dan apabila pemimpin dipilih, mereka tidak boleh menyelesaikan kerja mereka atau hasil dalam tempoh yang singkat (Todays Managers, 2004/2005 ; hal 18).

(18)

lazimnya menggunakan sejarah kegemilangan Islam untuk mengukuhkan legimitasi beliau kerana agama dan bangsa dianggap saling melengkapi (Sivamurugan, 2005; ha1 74-175).

IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN SUHARTO

Satu kajian yang di adakan pada 25 April hingga 4 Mei 2011 oleh lembaga survei berpengaruh di Indonesia menemukan dapatan yang sangat menarik dan signifikan. Kajian dengan tajuk umum “Evualuasi 13 Tahun Reformasi dan 18 Bulan Pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono(SBY)-Boediono” dengan sub tajuk kajian “Order Terbaik Dalam Pemerintahan Indonesia” menghasilkan beberapa dapatan penting berikut:

a) Suharto merupakan pemimpin yang paling disukai rakyat (36.5%), disusuli SBY (20.9%) dan Sukarno (9.8%) - daripada 6 Presiden yang telah memimpin Indonesia.

b) Suharto merupakan pemimpin yang paling berjaya (40.5%), disusuli SBY (21.9%) dan Sukarno (8.9%) - daripada 6 presiden yang telah memimpin Indonesia.

c) Majoriti rakyat menyatakan bahawa era Order Baru di bawah zaman Suharto adalah lebih baik (40.9%) jika dibandingkan era reformasi-masa kini (22.8%) dan era Order Lama di bawah Sukarno (3.3%).

(Sumber : Indo Barometer, 2011) Suharto mempunyai komitmen dan semangat yang tinggi untuk melaksanakan nilai-nilai pembudayaan dan falsafah Jawa didasarkan pada kepercayaan bahawa tidak sulit bagi bangsa Indonesia untuk memperbaiki kesedarannya sebagai suatu bangsa Indonesia dalam kehidupan negara, kerajaan dan sosial berasaskan Pancasila sekiranya mereka faham tentang nilai-nilai pembudayaan Jawa (Totok, 2010; hal vii). Di bawah Presiden Suharto, Indonesia secara beransur-ansur pulih daripada kekusutan ekonomi yang telah jatuh di bawah Sukarno. Sehingga 1998, Suharto selama 32 tahun mengerahkan tenaga rakyat kepada satu matlamat, membawa kestabilan politik dan kemakmuran kepada Indonesia (Low, 2006; hal 93).

(19)

besar oleh budaya tradisional Jawa serta diharmonikan dengan nilai-nilai asas Islam dan “Order Baru” telah mewujudkan semangat kolektif, communitarisme, ketenteraman sosial dan keharmonian, menghormati mereka yang lebih tua, penghormatan kepada pihak berkuasa kerajaan yang memberi faedah kepada negeri dan rakyat. Ia diterima baik oleh golongan kelas pertengahan demi kestabilan dan pembangunan (Han, 1999; hal 121).13

Selama pemerintahannya, Suharto menggunakan dan memanipulasikan nilai-nilai pembudayaan dan falsafah Jawa sebagai panduan sama ada untuk kepentingan peribadi atau didalam melaksanaka pemerintahan. Beliau percaya bahawa beberapa pemikiran Jawa tradisional yang berbentuk panduan atau “pituduh” dan larangan atau “wewaler” apabila dilaksanakan akan menjadikan bangsa Indonesia “berbudi bowo leksono” iaitu berperilaku bijak dan bermurah hati atau “becik sajatining becik” iaitu baik dalam makna yang sesunguhnya. Suharto mempunyai komitmen penuh untuk melaksanakan nilai-nilai pembudayaan dan falsafah Jawa. Beliau percaya bahawa tidak sukar bagi bangsa Indonesia untuk hidupan bernegara, berkerajaan dan bersosial dengan berasaskan Pancasila sekiranya mereka faham tentang nilai-nilai pembudayaan Jawa (Totok Sarsito, 2010).

Di dalam kehidupan peribadi pula, amalan nilai budaya Jawa membawa makna agar beliau menjadi orang Jawa yang baik yang mempunyai martabat untuk menerima “wahyu” atau panduan dari Tuhan tertamanya dalam melaksanakan pemerintahan negara. Dalam melaksanakan pemerintahan, amalan budaya Jawa bermaksud untuk meyakinkan rakyat bahawa semua keputusan yang telah diambil secara sosial adalah adil dan secara fasafah adalah benar kerana telah diasaskan oleh falsafah yang tinggi iaitu falsafah Jawa. Maka rakyat wajib menerimanya (Totok Sarsito, 2010).

Mohamed Rahmat (2009; hal 52) yang merupakan bekas Duta Besar Malaysia ke Indonesia (bertaraf Menteri) dari 1982 hingga 1984 dalam bukunya yang bertajuk “UMNO: Akhir Sebuah Impian” halaman 52 mencatatkan:

(20)

“Saya ingat lagi sewaktu mengadakan kunjungan selamat tinggal kepada Presiden Suharto di Istana Merdeka di Jakarta, pemimpin Indonesia itu telah berkongsi falsafah Jawa dengan saya. Katanya, “Kenapa kita mahu bertinju dengan Barat? Kan orang Barat itu besar tubuhnya dan kuat pula. Kalau sekali dia tumbuk kita, pasti kita KO. Kenapa kita tak gunakan silat kita? Kalau silat, orang tumbuk kiri, kita elak ke kanan; kalau tumbuk kanan, kita elak ke kiri. Apabila kakinya lemah atau goyang, kita kaitkan saja kakinya. Sudah tentu dia akan jatuh. Itukan cara kita orang Timur.”14

Servas Mario Patty (1994, hal 10-31) menyatakan falsafah pengurusan Suharto bersumberkan budaya bangsa Indonesia iaitu ajaran “Hasta Brata”. “Hasta Brata” bermaksud Lapan Sikap yang diaplikasikan dalam lakon wayang Wahyu Mahkota Rama di mana pemimpin harus mengerti bersikap baik. Sikap tersebut terdiri daripada Surya/Matahari (sumber kehidupan), Chandra/Bulan (tenang dan motivator), Kartika/Bintang (pedoman dan tauladan), Angkasa/Langit (luas dan penampung aspirasi rakyat), Marut/Angin (memahami dan menyerap aspirasi rakyat), Samodra/Laut/Air (sejuk, adil, arif dan bijaksana), Dahana/Api (berwibawa, tegas dan menegakkan kebenaran) dan Bumi/Tanah (murah hati, jujur).

Suharto menerapkan “Pengurusan Kekeluargaan” dalam memimpin bangsa dan negara. Bagi Suharto “Pengurusan Kekeluargaan” merupakan salah satu inti dan kekuatan Nasional yang majmuk. Pengurusan kekeluargaan merupakan terjemahan daripada sila ke empat pancasila dan merupakan pegangan teguh kepada Undang-Undang Dasar 1945. Semangat kekeluargaan menyelaraskan hak dan kewajiban, antara perasaan dan fikiran, antara kepentingan peribadi dengan kepentingan rakyat. Melalui semangat kekeluargaan, semua golongan atau kelompok bangsa di Indonesia memiliki kesamaan kedudukan, hak dan kewajipan sebagai warga negara Indonesia dan bertanggungjawab ke atas setiap usaha pembangunan di segala bidang (Servas Mario Patty,1994, hal 67-69).

Keperibadian Suharto di ingati oleh LKY seperti berikut;

I saw him a careful, thoughtful man, the exact opposite of Sukarno. He was no extrovert. He did not set out to impress people with his oratory or his medals, although he had many. He maintained a humble, friendly appearance, but was clearly a tough-minded man who would brook no opposition to what he set out to do.

(21)

One man, his attitude, his approach, his philosophy of development changed the history of Southeast Asia. He was not interested in building an empire.

(Seow, 2010; hal 317)

Dalam satu siri ucapan sempena hari kemerdekaan Singapura pada 26 Ogos 1990 LKY menyatakan;

It is our singular good fortune that President Suharto took over from President Sukarno. It would have been totally different Southeast Asia, had we had a second Sukarno.

(Seow, 2010; hal 317)

LKY juga mengingati Suharto sebagai seorang pendengar yang baik, sangat faham sejarah dan berperilaku Jawa (quite central Javanese ways). Mereka banyak berkongsi pendapat yang sama khusus melibatkan isu-isu serantau dan antarabangsa.15 LKY sempat mencatatkan Suharto yang mempercayai “kuasa ghaib” (supernatural) yang di dalam banyak hal memberikan satu keyakinan terhadap dirinya dan apa juga keputusan yang dilakukannya.16 Suharto selesa berbahasa Indonesia dengan LKY, jarang mengambil nota dan gemar berbincang dengan konsep “empat mata” dalam apa juga hal.

When we meet, we talked directly and simply, no beating about the bush. It’s a four-eyes meeting, that the purpose of a four-eyes meeting.

(Seow, 2010; hal 317)

Transisi pemerintahan antara Sukarno kepada Suharto dinukilkan oleh LKY sebagai sesuatu yang begitu seni, unik dan sesuai dengan tradisi Asia. LKY menukilkan dengan panjang lebar;

Suharto played it out slowly and subtly, like an Indonesian wayang kulit, a performance with puppets shown in silhouette as shadows on the screen. So carefully was this shadow play choreographed, so gradual the moves to strip Sukarno of authority, for some time we did not see that power had already shifted away from Sukarno to Suharto.

(LKY, 2010; hal 296)

In March 1966 Sukarno signed a presidential decree that gave General Suharto power to take all necessary steps to guarantee security and preserve stability. I was still not sure that Sukarno was out, such was his charismatic hold on his people

. (LKY, 2010; hal 296)

15 Khususnya campur tangan Amerika di Vietnam dan Cambodia serta isu selat Melaka .

(22)

Suharto seorang yang misteri. Penampilan tradisonalnya dibayangi oleh kekuatan tersembunyi yang berlatarbelakangkan ketenteraan. LKY tahu kekuatan sebenar Suharto yang tidak “terduga”. Dalam satu seminar anjuran Persatuan Politik Universiti Nasional Singapura pada 24 Julai 1990, LKY menyatakan bahawa;

Whoever meets him (Suharto) cannot doubt the strength in the men. Behind the gentle, smiling appearance is decisiveness and determination. And it is not necessary for him to carry a big stick because his key ministers and his Armed Forces chief do not allow their President’s rulings to be flouted.

(Seow, 2010; hal 317)

Pada 13 Januari 2008 ketika LKY menziarahi Suharto di hospital Jakarta, Channel News Asia melaporkan (bagi menggambarkan pendiriannya terhadap Suharto di era kejatuhan Suharto)

I feel sad to see a very old friend with whom I had worked closely over the last 30 years, not really getting the honours that he deserves. He deserves recognition for what he did. The younger generations – both in Indonesia and in the world – do not remember where Indonesia started. I do. That’s why I came here to visit him.

(Seow, 2010; hal 317)

Yes, there was corruption. Yes, he gave favours to his family and his friends. But there was real growth and real progress. I think the people of Indonesia are lucky. They had a general in charge, had a team of competent administration – including a very good team of economist to built up the country.

(Seow, 2010; hal 317)

I’m very sad to see his life come to an end without the full glory that he deserves. There’s very few people of his age and my age who can remember the past. And if they can remember the past, they will know that in the 1960s, Indonesia was in very dire economic difficulties – hyperinflation like today’s Zimbabwe.

(Seow, 2010; hal 317)

If President Suharto’s successors are like him, following the same basic principles and policies, the Asean will thrive and prosper in peace.

(Seow, 2010; hal 316)

LKY dalam BBC (2008) mengatakan:

"Suharto mewariskan Asia Tenggara yang damai dan konstruktif. Dia memusatkan perhatian untuk membangun perekonomian, bukan projek-projek mercu tanda untuk menjadikan Indonesia semata-mata sebagai negara besar. Dia sengaja menghulurkan tangan kepada, negara-negara tetangganya khususnya Malaysia dan Singapura bahawa dia ingin perdamaian, kerjasama dan pertumbuhan ekonomi. Selama 30 tahun, Presiden Suharto memberi stabiliti dan pertumbuhan ekonomi kepada Asia Tenggara,"

IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN LKY

(23)

kemerdekaannya iaitu keselamatan nasional, ekonomi dan isu-isu sosial. Singapura selamanya bukan copy paste Malaysia atau Indonesia atau China atau India tetapi Singapura harus mempunyai identiti nilai-nilai Asia (yang diwarisi dari leluhur masing).17

LKY menyatakan bahawa beliau bukanlah seorang yang liberal ataupun terlalu konservatif. Beliau seorang realistik. Beliau berhadapan dalam pengurusan masyarakat majmuk yang kuat memegang nilai-nilai tradisi. Dalam konteks Singapura, nilai Konfuciusisme mendominasi sesuai dengan jumlah komposisi masyarakat Cinanya.

I absorbed Confucianism at a lower level. I knew, I have to be respectful of my elders, be loyal to my familiy, what I should not do to my friends, that I should not denounce the government or the prince.

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 167)

Dalam meletakkan dirinya ditengah-tengah antara ideologi realistiknya dan perjuangannya terhadap budaya nilai Asia (Konfucius) beliau menyatakan:

I am not bound by theorist, but my upbringing in a three-generation family made me an unconscious Confucianist. It seeps into you, the Confucianist belief that soceity works best where everu man aims to be gentlemen”

(Tom Plate, 2010: hal 178)

Antara langkah awal dan paling terkesan dalam idea kepemerintahannya terkait dengan pelaksanaan nilai-nilai Asia amat jelas dalam bidang pendidikan di Singapura.18 LKY sangat jelas untuk membezakan sesuatu bahasa sebagai bahasa pekerjaan atau bahasa penyatuan atau bahasa yang berfungsi sebagai alat penyerap nilai.

“English will be our working language, and you keep your mother tough. It may not be as good as your English but if you need to do business with China or India or Malaysia or Indonesia you can ramp it up”

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 292)

LKY sebenarnya melihat sekolah aliran Cina mempunyai kekuatan dalaman tersendiri khususnya dalam penyumbang utama pengekalan jati diri dan ketamadunan bangsanya.

17 Ini menjadi alasan mengapa beliau (LKY) “memaksakan” bahasa leluhur (ibunda) sebagai bahasa kedua bagi setiap rakyatnya. Beliau percaya bahawa “bahasa memindah nilai”. Mempelajari bahasa kedua akan menyerapkan akal budi nilai Asia.

(24)

“…..I have long felt that Chinese schools possess certain intrinsic qualities that are worth preserving. I started feeling this when I encountered Chinese schools students in my youth; I became certain in my adulthood, which was I sent all my children to Chinese primary and secondary schools. When I steered the Singapore education system towards one with English as the main language of instruction, I was keenly aware that doing so would result in the lost of those qualities unless proactive steps were taken to ensure their survival.

(LKY, 2012; hal 115)

Beliau telah mewujudkan satu rancangan khas dikenali sebagai Special Assistance Plan School (SAP) demi mengekalkan legasi terbaik sekolah aliran Cina. Elemen utama yang diterapkan di sekolah SAP ini ialah sejarah asal usul bangsa bagi memastikan generasi muda tidak mudah lupa diri. Sistem pendidikan ini telah menjadi teras kepada sekolah SAP dan menyumbang kepada pembangunan patriotisme dan pembangunan bangsa Singapura.

“The Chinese-medium schools of all imparted values like courtesy, respect for authority, discipline, awareness of one’s cultural roots and social responsibility. Students performed toilet-cleaning duties as matter of course. They learned, very early on, that discipline and hard work were important in life, unlike in the English-medium schools which tended to be more easy-going about discipline. In the latter, students could be chattering away even as teachers were trying to teach”.

(LKY, 2012; hal 115)

LKY berjaya melihat peranan dan fungsi bahasa ibunda dalam membentuk keperibadian mulia sesuatu bangsa.

“I am not saying that learning the Chinese language means you will also absorb the Chinese value system. No. But the chances are that it will help. The Western value system is premised on the primacy of the individual and his rights. The traditional Chinese ethical system, however, assumes that a person owes certain obligations to society. If its values could be taught to Singaporeans from young, our society would be stronger. SAP schools came about because of this reasoning.”

(LKY, 2012; hal 117)

LKY menyangkal bahawa globalisasi merosakkan “nilai-nilai Asia” yang kuat dan terpenting seperti nilai-nilai Konfucius yang wujud dalam kebudayaan dan naluri bangsa China, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Tegasnya apa yang luntur ialah elemen “nilai-nilai Asia” yang lemah. Beliau senantiasa membela nilai-nilai Konfucius kerana ''tiada teknologi terkini (no leading-edgetechnologies) boleh mengambil alih hubungan manusia yang menjadi akar umbi

(25)

menyokong keseluruhan kumpulan yang diperlukan untuk membangun dengan pesat (Huntington, 2008: hal 144).

LKY mengakui peranan agama dalam masyarakat Asia walaupun beliau sendiri agak terkebelakang dari segi tersebut.19 Bagi Asia Timur, LKY menjelaskan seperti yang berikut:

Masyarakat kami ialah masyarakat pertanian yang mengalami proses perindustrian dalam satu atau dua generasi. Apa yang berlaku di Barat selama lebih 200 tahun atau lebih itu berlaku disini dalam tempoh kira-kira 50 tahun atau kurang daripada itu. Perkembangan itu terpadat ke dalam kerangka masa yang suntuk dan dengan demikian tentulah berlaku kepincangan dan kesalahan fungsi. Jika anda melihat negara-negara yang pesat membangun – Korea, Thailand, Hong Kong, Singapura – kelihatan satu fenomena yang nyata : Kebangkitan agama....(Fareed Zakaria, 1994: hal 118)

LKY mengaku (conceded) tentang kepentingan beragama untuk masyarakat sebagai perkara yang memberikan ketenangan jiwa dan fikiran20. Dalam hal ini LKY melihat agama sebagai moral anchor (sauh moral) kepada 85 peratus daripada rakyatnya yang beragama. LKY ”mengikat”

kerukunan antara agama ini dengan peraturan dan undang-undang bersama.21

LKY menggunakan asas logik dan realistik dalam membina semangat patriotisme dan membangunkan negara bangsa Singapura. Selain usaha praktikal seperti National Service, LKY juga menggunakan kaedah ancaman serta rasa takut dan “kiasu”22 takut gagal. Rakyat juga dibentuk sebagai little capitalist sebagai ganti rasa cinta pada negara. LKY berkata;

“So what we are doing is not give welfare, but we give a good education and capital gain. You decide whether you’ll spend it or you build on it. ...What do we give them? A house. You haven’t got enough money? Give you a subsidy of up to $80,000 to buy a house. Top up your CPF. Give your bonus shares...You want free bus fares? No. You have trouble? Here I give you this cash or assets. You decide what you will do...We have created a property-owning democracy, that’s why we have stability in Singapore. You want people to defend this country, you must give them a stake. They are not going to defend this country for Far East Properties or Hong Leong or whoever. You own this home. You will fight for your family and yourself”

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 201)

19 Beliau berfahaman Agnostisme (Agnosticism). Agnostisme adalah pandangan bahawa nilai-nilai kebenaran tentang kewujudan tuhan atau dewa atau agama atau apa juga yang bersifat metafizik tidak mampu diketahui.

20 Ini berdasarkan kepada banyak pengalamannya terutamanya di kalangan rakan Kristian sama ada dalam menjalani kehidupan seharian dan menghadapi musibah atau kematian.

21

Beliau gagal untuk memahami makna sebenar “orang beragama” khususnya agama Islam. Isu ini sempat mengemparkan senario semasa khususnya negara jiran di Malaysia dan Indonesia. Beliau menyatakan bahawa masalah integrasi di Singapura tidak akan wujud kecuali dengan umat Islam. Mereka diharap tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam bagi membolehkan pelan integrasi masyarakat Singapura dapat dilaksanakan dengan sempurna.

(26)

Keselamatan negara merupakan idea kepemerintahannya yang tiada tolok banding dan komprominya. Kunci utama kepada apa juga tindakan dan kepengurusanan negara terletak kepada pertimbangan faktor keselamatan khususnya berkaitan aspek geopolitik dan kekuatan pertahanan. Singapura tidak boleh mempunyai ruang untuk membuat sebarang kesilapan. Faktor ini telah dipertimbangkan oleh LKY seawal wujudnya Singapura yang merdeka itu sendiri.

“Singapura sebuah pulau kecil seluas 214 batu persegi23 pada waktu air surut. Ia telah

berkembang maju kerana merupakan jantung Empayar British di Asia Tenggara; dengan perpisahan, ia menjadi sebuah jantung tanpa tubuh. Tujuh puluh lima peratus penduduk kami yang seramai dua juta adalah orang Cina, segolongan minoriti yang sangat kecil dalam gugusan 30,000 buah pulau yang diduduki lebih daripada 100 juta orang Melayu atau orang Islam Indonesia. Bagaimana kami boleh menakat dalam sekitaran yang bersikap bermusuhan itu?”

(LKY, 1998 ; hal 13)

“My purpose is to secure Singapore’s future and anything that consolidates or increases the stability and security for Singapore. No’ I’ve finished my work. I don’t need more achievement for Singapore”

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 35)

“If we are not vulnerable, why do we spend 5 to 6 per cent of GDP year after year on defence? Are we mad?

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 24)

Sehinggakan “ancaman kerapuhan” ini mendatangkan “sangka buruk” terhadap negara jirannya. LKY dengan jelas berkata;

“We have not got neighbours who want to help us prosper. When we prospered, they for many years believed we were living off their resource. It was only when they became aware that our economic policy of welcoming foreign investments made the difference that they were sufficiently convinced to also do likewise.”

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 25)

Jesturu itu LKY menegaskan pentingnya Singapura terus mengekalkan sistem yang kukuh (strong system) meliputi aspek ketenteraan, politik, ekonomi, sosial dan perpaduan bangsa.

“We are in upstart in this region because we survive for so long and I belive we can survive easily another 50-100 years given the international environment, provided we have strong system that enables us to maximise our chances”.

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 25)

Konsep “sama rata” merupakan asas pendirian politik beliau dikenalpasti dalam penegasannya;

“My fundamental belief is that whatever your background, you should have an equal chance in life, in education, in helth, in nutrition. So you may not be as well-fed with all the meat and vitamins as a wealthier person, but you should have enough to make sure that you’re not stunted, so you can perform and achieve your best in life. That’s the only way a soceity can grow. I

(27)

am against a soceity which has no sense of nurturing its best to rise to the top. I’m against a feudal soceity where your birth decides where you stay in the pecking order.”

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 50)

“Singapore and multiracial merithocracy, not a Malay nation, not a Chinese nation, not Indian nation but a place where everybody will have his place : equal; language, culture, religion”

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 219)

“The basic ones: upholding of multiracialism, equality of opportunity, not equality of rewards but equality of opportunity in education, housing, health and so on. And a system based on meritocracy. That’s the basis on which we have had intercommunal harmony and interreligious tolerance”

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 65)

LKY mendakwa bahawa “konsep samarata” jauh lebih baik daripada konsep equal soceity yang dianuti dan diimpikan oleh masyarakat komunis. Dakwaan beliau ini bertitik tolak dari pesepsi beliau terhadap pengukuhan pencapaian prestasi kaum Melayu di Singapura yang bertambah baik tetapi tidak mampu menyaingi kaum-kaum yang lain. Hujah beliau;

“..I told the Malay leaders they will never close the gap with the Indian and the Chinese, because as they improve, the others also improve. So the gap remains. They are improving but they are not closing the gap. That’s fact of life. Sidek (Saniff) finally accepted that. He never believed it. When he came in he was president of the Malay Teachers Union. So we brough him in. I said I’d put you in education, you just see it.” ...

“Do you think you can create an equel soceity, as the communist believed? After a while they stop believing in it.

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 206-207)

LKY melihat keadilan dalam konteks “persaingan sempurna” antara semua kaum. Beliau gagal untuk memahami bahawa sesetengah kaum perlu diberikan “bantuan” kerana sudah begitu lama ditinggalkan di belakang dalam arus pembangunan penjajahan.24

(28)

LKY menolak demokarsi liberal Barat untuk di amalkan di Singapura.25 Ia tidak akan sesuai untuk masyarakat Asia khususnya di negara yang mempunyai pelbagai etnik serta memerlukan pengurusan nilai keselamatan yang tinggi. LKY menegaskan;

“If liberal democracy is so superior it will take over the world just like the market economy...”

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 54)

Oleh yang demikian LKY berpendapat, demokrasi harus disesuaikan dengan akal budi dan budaya rakyat di Asia khususnya di Singapura. Beliau menyatakan;

“Well, they were hammering us for not following their prescription of what a democracy should be: their liberal democracy in America. So I answered, there are many form of democracy. We create a constitutional framework which suits us, the needs of our people and their basic values. I was talking of the Confucianist societies.

(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 59)

KESIMPULAN

Kepimpinan masa kini dilihat cenderung untuk cuba menyesuaikan diri dengan trenda idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan ala Barat. Sesetengahnya dilihat berusaha keras untuk menukar seluruh acuan sistem sedia ada bagi digantikan dengan sistem Barat yang kononnya lebih berjaya, lebih liberal, sama rata, memenuhi keperluan hak asasi manusia dan mendokong keadilan saksama. Malah dalam beberapa keadaan ia melibatkan campur tangan asing sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Seringkali ia dilakukan tanpa melihat keperluan yang mendasari sistem kepimpinan dan budaya masyarakat di sebelah Timur ini. Ini merupakan sesuatu yang sangat berisiko dilakukan malah kesan negatifnya telah pun wujud dalam institusi yang paling asas iaitu masyarakat di Malaysia khususnya dan di Asia Tenggara amnya. Nilai-nilai

(29)

Utilitarianiesme26, Hendonisme27, Egoisme28 dan hak-hak moral29 idea barat kini melanda masyarakat malahan menjadi satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Malah idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan masa kini juga terpaksa mendasari elemen-elemen ini dengan “acuan Timur” demi menjaga kerukunan kenegaraan. Sering kali globalisasi, modenisasi dan pembangunan dijadikan alasan terbuka untuk “menghalalkan” proses ini.

Kembali semula kepada nilai-nilai Asia terpilih adalah merupakan satu jalan balik yang paling jelas untuk menyelesaikan masalah ini. Beberapa perubahan mungkin telah berlaku kepada sistem nilai di Asia tetapi secara dasarnya terdapat empat dimensi nilai yang masih kekal kukuh dan berpotensi untuk di bugarkan semula sama ada dari aspek kepimpinan mahupun masyarakat. Dalam hal ini, dimensi nilai yang masih kekal dalam masyarakat Asia dan berpotensi dibangunkan oleh kepimpinan untuk menjadikan masyarakat Asia terus gah adalah merujuk kepada satu kajian kajian So Young Kim bertajuk Do Asian Values Exist? Empirical Tests of the Four Dimension of Asian Values di dalam Journal of East Asian Studies 10 (2010). Menurut

beliau dimensi nilai Asia yang masih kukuh dikalangan masyarakat Asia ialah i) “Familism” (Kekeluargaan), ii) “Communalism” atau “Communitarianism” (Kemasyarakatan), iii) “Authority” (Pihak Berkuasa dan Berwibawa) dan iv) “Work Ethic and Education” (Etika Kerja & Pendidikan).

Pemimpin besar seperti Mahathir, Suharto dan LKY telah membuktikan hal ini. Disepanjang pemerintahan mereka, empat (4) dimensi nilai ini cukup bijak dimanfaat dan dimanipulasi oleh di setiap sudut idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan mereka. Mahathir dalam A New Deal of Asia, menegaskan Asia tidak boleh dibentuk dengan acuan dan imej Barat. Asia mempunyai nilai

26

Teori yang dipelopori oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873) ini, betul atau salah sesuatu perbuatan itu tidak berkaitan dan terpisah daripada ciri/sifat yang dimiliki oleh individu yang melakukannya

27

Fahaman yang diterajui oleh Epicurus (341-270 S.M) ini berpegang kepada falsafah hidup yang mengatakan bahawa segala perbuatan yang membawa kepada keseronokan, kenikmatan dan kelazatan adalah baik dan beretika.

28

Teori egoisme meletakkan kepentingan diri/kumpulan itu sendiri sebagai prinsip dan panduan dalam berkelakuan. Sesuatu perbuatan itu adalah bermoral hanya jika ia memenuhi kepentingan satu-satu individu dan kumpulan tertentu.

(30)

dan kekuatan tersendiri. Elemen dan nilai Melayu-Islam merupakan elemen dasar idea kepemerintahnnya. Beliau menjuarai nilai-nilai Asia dengan mengambil kira nilai budaya positif dan negatif dalam komunitinya. Antara aspek nilai yang ditekankan oleh Mahathir adalah berorientasikan nilai komuniti dan keluarga daripada kepentingan individu; menghormati pemilik kuasa terutama hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak. Seperti LKY, Mahathir tahu bila mahu berhenti dan menyudahkan kerja-kerja pimpinannya.30 Tetapi beliau tidak secekap LKY31 untuk mengurus “sindrom persaraan”32nya. Sehingga kini Mahathir terus lantang memperkatakan sesuatu yang difikirkan baik untuk Malaysia di luar lingkungan eksekutif mahupun legastatif. Michael Vatikiotis (1998) pula dalam Indonesian Politics Under Soeharto menyebutkan bahawa jasa terbesar Suharto adalah menjadi tokoh yang mampu menciptakan kestabilan di Asia. Suharto berkuasa pada saat Singapura diperintah oleh LKY dan Malaysia dipimpin Mahathir. Keberhasilan Suharto menciptakan kestabilan di Indonesia telah menyebabkan Singapura dan Malaysia bertambah stabil. Kestabilan negara besar ini secara langsung meningkatkan pertumbuhan ekonomi Asia dan memacu Indonesia, Malaysia dan Singapura sehingga digelar East Asia Miracle oleh Bank Dunia. Penulis berpendapat kegagalan Suharto dipenghujung

kariernya ialah kegagalan menjustifikasikan salah satu nilai Asia yang wujud dalam diri pimpinannya iaitu paternalistic (kebapaan). Elemen paternalistic nya yang tebal (sesuai dengan nilai Jawa) tidak setara dengan kehendak dan keperluan rakyat Indonesia pada masa itu yang ditimpa musibah krisis ekonomi (1997-1998) yang dahsyat. Krisis ekonomi yang memerlukan penyelesaian segera tidak diurus dengan serius akibat kegagalan memahami tuntutan semasa dan meramal risiko terancang. Situasi yang begitu genting masih diurus dengan tenang menggunakan kaedah “alus”, “rukun”, hormat kalawan Gusti, Guru, Ratu, lan wong atuwo karo”, ; antara nilai-nilai Jawa. Sehingga akhirnya kewujudan pelbagai bentuk “Yayasan” dan “Perusahan” yang

30 Beliau mengambil pesanan ibunya (Wan Tempawan) “Jangan duduk lama sangat sampai orang benci”. 31 LKY terus releven di arena politik tempatan dan antarabangsa apabila dilantik sebagai Menteri Kanan (1990-2004) dan Menteri Mentor (2004-2011). Ia secara langsung terus melibatkan diri dalam sistem pemerintahan perdana Singapura.

(31)

terkait secara langsung dengan Suharto dan kerabatnya33 dikaitkan dengan kronisme dan nepotise. Sedangkan suatu masa dahulu “Yayasan” dan “Perusahan” inilah yang memainkan peranan “bekerja” dan “memakmurkan” Indonesia atas nama keluarga besar Indonesia (familism) iaitu salah satu lagi elemen nilai Asia bersama.

Sama ada suka atau benci, memuja atau mengeji, tiga tokoh serangkai (Mahathir, Suharto dan LKY) ini merupakan tokoh Gergasi Asia. Penulis berpendapat mereka berkongsi idea kepemerintahan yang hampir sama iaitu mahu melihat masyarakatnya berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain dengan cara i) kepesatan pertumbuhan ekonomi ii) menyederhanakan kehidupan berpolitik dan iii) kesaksamaan sosial terpilih. Gaya kepimpinan mereka yang berbeza-beza di dasari oleh kejayaan memanipulasi nilai-nilai tempatan masyarakat masing-masing. Inilah idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan yang sangat asli sifatnya. Dalam mana Malaysia, Indonesia dan Singapura berpotensi menjadi negara bergolak (disebabkan kepelbagaian kaum yang majmuk), Mahathir dan Suharto membuktikan sebaliknya. Inilah “Pemimpin Asia Gaya Asia!!”

Rujukan

Ackerly, B. (2005). Is Liberalism the Only Way Toward Democracy? Confucianism and Democracy. Political Theory 33 (4), hal 547-576.

Ahmad Fawzi Basri dan Abdul Rahman Abdul Aziz. (2002). Dilema Melayu: Satu

Kupasan Pemikiran Tun Dr. Mahathir Tentang Permasalahan Melayu. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Kolokium Pemikiran Dr. Mahathir Mohamad anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). 21-22 April 2002. Melaka.

Abdul Gafur (1987).

Pak Harto Pandangan dan Harapannya.

Jakarta: Pustaka Kartini

Barr, M.D., (2002). Cultural Politics and Asian Values : The Tepid War. London: Routledge Barr, M.D., (2000). Lee Kuan Yew and the ‘Asian Value” Debate. Asian Studies Review, 24(3), hal 309-334

(32)

Bary, de William T. (Spring 1995, Januari). The New Confucianism in Beijing. Economist: American Scholar, hal 38-39

Barr, Micheal. D. (2000). Lee Kuan Yew : The Beliefe Behind The Man. Richmond, Surrey: Curzon Press.

Barr, Micheal. D. (2002). Cultural Politics and Asian Values – The Tepid War. New York: Taylor & Francis Group.

Bary, D., & William, T. (1998). Asian Values and Human Right : A Confucian Communitarian Perspective. Cambridge: Harvard University Press.

Baker, J. (2009). Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore. Singapore : Marshall Cavendish.

Clark, T. J. (1999).

Success Through Quality.

Milwaukee, Wisconsin: ASQ Quality

Press.

Emmerson., & Donald, K. (1995). Singapore and the ‘Asian Values’ Debate. Journal of Democracy 6 (4), hal 95-105.

Eisenstadt, Shmuel N. (1973). Traditional Patrimonialism and Modern Neopatrimonialism. Beverly Hills: Sage Publications. ISBN0-8039-0371-5. OCLC866195.

Fareed Zakaria, (2002). Asian Values. Foreign Policy, November 1, 38-39

Fareed Zakaria. (1994, Mac/April). Culture Is Destiny: A Conversation with Lee Kuan Yew: Foreign Affair. hal 118

Gale, B. (1999), Evaluating Singapore’s national institutions, Political and Economic Risk Consultancy Ltd – Library, 28 July, PERC.

Han Foo Kwang & Rakan (2011). Lee Kuan Yew - Hard Truth To Keep Singapore Going. Singapura: Straits Times Press.

Hanada, M. and Yoshikawa, A. (1991), Shop-floor approach to management in Japan, in Putti, J. (Ed.), Management Asian Context, McGraw-Hill, Singapore.

Huntington, Samuel P. (1996). The Clash of Civilizations and the Remarking of World Order. New York: Simon & Schuster Inc

Huntington, Samuel P. (1993). The Clash of Civilization: The Debate?. Council on Foreign Relation. Diambil dari http://www.foreignaffairs.com/articles/48950/samuel-phuntington/the-clash-of-civilizations

Huntington, Samuel P. (2008). Pertembungan Tamadun dan Pembentukan Semula Order Baru (Mokhtar Ahmad, Terjemahan). Selangor: Dawama Sdn. Bhd

(33)

Han, S. J. (Ed.). (1999). Changing Values In Asia – Their Impact on Governance and Development. Tokyo: Japan Center for International Exchange Inc

Hilley, J. (2008). Malaysia: Mahathirism, Hegemony dan Pembangkang Baru. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Malaysia

Low, K.C.P. (2006). Father leadership: the Singapore case study. Managemnet Decision, 44(1), hal 89-104. Diambil dari : doi 10.1108/00251740610641481 Low, K.C.P. (2002). Corporate culture and values: perception of corporate leaders of co-operatives in singapore, PhD thesis, The University of South Australia, Adelaide.

Lee. K.Y. (1998). The Singapore Story. Singapore : Times Editions Pte Ltd Lee. K. Y. (2000). From Third World To First - The Singapore Story : 1965-2000. Singapore : Marshall Cavendish

Lee. K. Y. (2012). Lee Kuan Yew My Lifelong Challenge Singapore’s Bilingual Journey. Singapura: Straits Times Press.

Mahathir, M. (1999). Kebangkitan Semula Asia. Kelana Jaya: Pelanduk Publication Mahathir, M. (1986). The Challenge. Subang Jaya: Pelanduk Publication

Mahbubani, Kishore. (1994). Asia and a United States in Decline. Washington Quarterly Mohamed Rahmat (2009). UMNO-Akhir Sebuah Impian. Petaling Jaya: Malaysian Insider Mohd Rumaizuddin Ghazali (2011). Pembangunan Islam di Malaysia dalam Era Mahathir. Seremban : Universiti Sains Islam Malaysia

Metzger, L. (2009). Nilai-Nilai Melayu Satu Sudut Pandangan Orang Luar. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noor, F.A.(2002). The Other Malaysia: Writing on Malaysia’s Subaltern History. Kuala Lumpur: Silverfish Books

Ramlah Adam. (2004) ed. Pemikiran Tun Dr Mahathir. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Graha IKSEP

Retnowati Abdul Gani-Knapp. (2008). Suharto The Life and Legacy of Indonesia’s Second President. Fabulous Printers Sdn Bhd Singapore

Sivamurugan Pandian. (2005). Legasi Mahathir. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Sinha, D. & Kao, H.S.R. (1988). Social values and development: Asian Perspectives. India: Sage Publications.

Referensi

Dokumen terkait

Jembatan secara umum adalah suatu konstruksi yang berfungsi untuk menghubungkan dua bagian jalan yang terputus oleh adanya rintangan-rintangan seperti lembah yang dalam,

Uang Rp 6.000.000 tersebut dipotong terlebih dulu oleh Staf Kopontren Nurul Huda Al Hikmah cabang Blora Desa Kutukan untuk biaya administrasi sebesar Rp

Sehingga nilai-nilai etis yang terdiri dari prinsip etis dan aturan etika perlu serta wajib dipahami oleh setiap profesi akuntan dalam menjalankan tugas keprofesiannya, tak

Berdasarkan identifikasi masalah di atas, maka yang pembahasan dalam penelitian ini dibatasi pada permasalahan Pemanfaatan Laboratorium Komputer dan Motivasi Belajar

Dari hasil analisis dengan menggunakan uji Kappa didapatkaan nilai P-value=0.000 menandakan bahwa benar-benar terdapat tingkat ketepatan hasil pemeriksaan kanker

Hasil penelitian perhitungan statistik deskriptif menunjukkan bahwa variabel jenis asosiasi merek yang digunakan termasuk dalam kategori baik., keunggulan

Konstruksi dari aktuator jenis ini adalah slot pada sisi dari cylinder yang dibungkus dengan sebuah elastomeric seal backed dan juga sebuah potongan stainless steel

*Kemampuan Pengukuran Terbaik” dinyatakan sebagai ketidakpastian yang diperluas pada tingkat kepercayaan 95 % dengan faktor cakupan k = 2, dan memperhitungkan kontribusi