• Tidak ada hasil yang ditemukan

TRANSFORMASI PERTANIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TRANSFORMASI PERTANIAN"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

Bagaimana kita mencukupi

kepada penduduk dunia yang semakin

bekalan makanan

meningkat?

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Menara LPP, No. 20, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur. Tel : 03-2610 9600 | Faks : 03-2697 0987 | Emel : info@lpp.gov.my

Dunia memerlukan lebih banyak makanan. Pada 2060, akan ada 10 bilion orang di planet kita. Bagaimana kita menyediakan cukup makanan berkualiti tinggi dan memelihara alam sekitar kita? Pada Lembaga Pertubuhan Peladang, kami percaya jawapannya ada dalam potensi penanaman tumbuhan. Kami membangunkan benih baru yang lebih tinggi menghasilkan dan cara yang lebih baik untuk melindungi tanaman dari serangga, rumpai dan penyakit. Jadi petani boleh mendapatkan lebih banyak daripada tanah ladang yang sedia ada dan tanah baru yang kurang ke dalam penanaman. Ia hanya satu cara di mana kita membantu pertumbuhan di seluruh dunia untuk memenuhi cabaran ini pada masa akan datang ini berkembang lebih pesat.

TRANSFORMASI

PERTANIAN

Edisi

APRIL

2015

L a h i r Pe l a d a n g P r o g r e s i f

MAJLIS SAMBUTAN

ULANG TAHUN LPP KE-42

1

PEMUTUAN PADI

SEBENAR

3

KURSUS MANDATORI

13

(2)

Penaung

Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat

Dato’ Haji Mohd Salim bin Haji Taha Mohd Naser bin Harun

Ketua Pengarang

Nik Mohd Shaharil bin Nik Md. Hashim

Penyunting

Rosli bin Yaakub Mohd Asyraf bin Mohd Fauzi

Edisi Internet

Haninah binti Abdul Rahman Shahzunizam bin Zulkafli

Grafik

Azizan bin Othman Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto

Muhammad Afiq bin Azman

Diterbitkan oleh :

Lembaga Pertubuhan Peladang No. 20, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur.

Edaran

Nik Mazri bin Mat Yusof Mohd Haniff bin Asim@Hasyim Naharuddin bin Abdul Rahman Shafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Rekabentuk dan cetakan oleh:

Giga Wise Network Sdn Bhd Tel: 03-5191 1115 www.gigaprint2u.com

1

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

KALI KE-42

3

PERMUTUAN PADI SEBENAR

5 PENANAMAN DAN PASARAN CILI

10

PUSAT PENGUMPULAN HASIL LADANG

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK)

KUALA LANGAT MEMBANTU MEMERANGI

ORANG TENGAH

13 KURSUS MANDATORI AHLI JEMAAH

PENGARAH PERTUBUHAN PELADANG

MEMANTAPKAN PENGURUSAN

16

PROGRAM YB MENTERI BERSAMA

PEMIMPIN PELADANG DAN NELAYAN

ZON TIMUR

15

PERMUTUAN PADI SEBENAR

Editorial

Kandungan

17

13

3

6

(3)

P

ada tanggal 14 Februari 2015 adalah ulang tahun penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang, (LPP) kali ke-42. Majlis sambutan bagi meraikan ulang tahun penubuhan LPP kali ke-42 ini telah dilangsungkan pada 26 Februari 2015 bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP. Majlis sambutan ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sambutan ulang tahun ini dapat memberi kesedaran kepada anggota LPP, anggota Pertubuhan Peladang, masyarakat peladang dan orang ramai mengenai penubuhan LPP yang merupakan tonggak penggerak kepada pertubuhan peladang dan sektor pertanian di dalam negara. Sambutan bukan sahaja disambut oleh anggota LPP ibu pejabat, malah sambutan juga turut disambut oleh semua pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri dan pertubuhan peladang di seluruh negara.

Pelbagai program telah direncanakan pada majlis sambutan kali ini, terdapat program disediakan sebelum dan semasa majlis perasmian sambutan ulang tahun tersebut. Antara programnya adalah

Sambutan bukan

sahaja disambut oleh

anggota LPP ibu pejabat,

malah sambutan juga

turut disambut oleh

semua pejabat Lembaga

Pertubuhan Peladang

Negeri dan pertubuhan

peladang di seluruh negara.

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

KALI KE – 42

temu ramah di siaran Radio Nasional pada 12 Februari 2015 yang melibatkan Encik Nasir Harun, Pengarah Bahagian Perniagaantani di LPP. Program temuramah di Selamat Pagi Malaysia di siaran RTM 1 yang melibatkan Tan Sri Dato Zainal bin Dahalan, Pengerusi LPP dan Dato’ Arpan Shah bin Satu, Ketua Pengarah LPP yang telah diadakan pada 14 Februari 2015. Kedua-dua program temuramah ini adalah untuk memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai peranan LPP dalam sektor pertanian, serta kerjayaan yang dicapai sepanjang 42 tahun penubuhan LPP .

(4)

Selain itu sambutan juga dibuat menggunakan media cetak pada “Advertorial” yang mempaparkan kejayaan dan sumbangan LPP dalam sektor pertanian dan pembangunan negara. Akhbar yang telah digunakan adalah akhbar Utusan Malaysia, bekerjasama dengan PPN Perak, PPN Johor, PPN Selangor, NAFAS dan PASFA. Bagi media massa siaran “Crewler” di stesen tv bagi kenyataan sambutan ulang tahun Lembaga Pertubuhan Peladang ke-42 manakala menggunakan siaran radio di slot “Hari Ini Dalam Sejarah” berkaitan ulang tahun Lembaga Pertubuhan Peladang ke-42 yang akan disiarkan pada 14 Februari 2014.

Beberapa pengisian program juga diadakan pada 25 dan 26 Februari 2015. Pengisian pertama adalah pameran dan jualan di booth usahawan yang diadakan di perkarangan concorse LPP, dimana program ini melibatkan pelbagai usahawan dan produk. Antara produk yang dipamerkan ialah makanan basah, makanan kering, makanan segar, buah-buahan dan produk-produk usahawan. Seminar keusahawanan telah diadakan khusus

kepada usahawan muda dan ahli kortani LPP selama dua hari iaitu bermula pada 25 dan 26 Februari 2015. Antara penceramah jemputan yang telah mengendalikan “Bicara Usahawan” adalah Tan Sri Muhamad Ali Hashim, Dr Azizan Osman dan Irfan Khairi. Program ini dapat membantu peserta dalam memperkukuhkan bidang keusahawanan dan cara menghadapi cabaran.

Majlis sambutan ini secara langsung dapat memberi kefahaman orang ramai tentang peranan LPP dengan lebih jelas.

(5)

PEMUTUAN PADI SEBENAR

Tentukan pendapatan pesawah tinggi

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato` Sri Ismail Sabri bin Yaakob

telah mengumumkan pada November 2013 penyelarasan harga padi sebanyak

RM1,200/tan bagi seluruh negara dan kearah pemutuan padi sebenar tahun

2016.

Namun begitu, kerajaan akan melaksanakan pemutuan padi sebenar secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 2 tahun bagi memastikan peladang mendapat maklumat serta pemahaman berkaitan perkara tersebut.

Demi memastikan pemutuan padi sebenar kualiti hasil padi hendaklah sentiasa diambil berat dan serius oleh peladang-peladang agar tidak mengalami

masalah peratusan pemotongan hasil padi yang tinggi dikenakan.

Penerangan mengenai pemutuan sebenar akan dipergiat melalui pertubuhan-pertubuhan peladang bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan amalan pertanian baik untuk peningkatan hasil padi dan ke arah penuaian padi berkualiti dan seterusnya akan meningkatkan hasil serta pendapatan peladang-peladang.

(6)

Tanggungjawab peladang tidak hanya tertumpu kepada penjagaan tanaman sahaja tetapi peladang-peladang hendaklah sentiasa memantau kerja-kerja sebelum dan semasa penuaian agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna selain hadir ke kilang atau pusat jualan untuk mengetahui sendiri proses pemotongan dan membuat rundingan harga padi bersama pengilang.

Terdapat empat komponen utama dalam menentukan pemotongan padi iaitu wap basah, hampa atau kekotoran, padi hijau atau muda serta padi rosak. Faktor yang menyebabkan peningkatan wap basah adalah petak yang tidak dikeringkan awal sebelum penuaian manakala pemotongan padi disebabkan oleh padi hampa atau benda asing termasuk hampa berat atau hampa ringan, kulit luar, sekam, tangkai padi, batang padi dan serangga.

Bagi komponen kadar kekotoran pula disebabkan oleh peladang tidak menjalankan kawalan rumpai serta jentuai yang terlalu laju semasa penuaian manakala faktor biji padi yang rosak serta hitam tidak akan menghasilkan beras yang baik sekiranya dikeringkan kerana dikategorikan sebagai padi rosak selain dari serangan perosak dan penyakit padi serta penuaian lewat yang melebihi tahap matang 100% sehingga kondisi padi menjadi patah.

Faktor bagi komponen padi muda atau hijau yang menyebabkan pemotongan padi adalah kerana jika ia dituai terlalu awal akan menghasilkan beras berkapur dan mudah patah apabila dikilangkan. Peladang-peladang khususnya yang mengusahakan industri padi perlulah memainkan peranan penting melalui pengawalan faktor-faktor penyebab dengan melakukan penjagaan tanaman yang sempurna serta dalam memastikan peratus pemotongan hasil padi tidak tinggi serta sentiasa memantau proses penuaian dan jualan hasil padi.

(7)

Cili merupakan salah satu bahan makanan dikalangan masyarakat Malaysia.

Ia tidak dapat dinafikan apabila kebanyakkan masakan di negara ini sering menggunakan

cili sebagai bahan dalam masakan khusus bagi mereka yang gemar rasa pedas. Cili atau

nama saintifik “Capsium” ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga “Solanaceae”.

Cili dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas

di serata dunia terutamanya di kawasan beriklim tropika. Ia terdiri daripada pelbagai

spesis dan varieti. Namanya berasal dari bahasa “Nahuatl” melalui perkataan Sepanyol

Chile. Di Malaysia, cili ditanam di tanah rendah dan kawasan pengeluaran utama adalah

di Johor, Kelantan dan Perak. Umumnya penduduk Malaysia menggunakan 33,000 tan

cili setahun berdasarkan maklumat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Cili merupakan sejenis tanaman yang tumbuh menegak berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua. Manakala bunga yang terdapat di pokok cili adalah berkelopak lima berwarna putih dan buahnya berbentuk tirus memanjang. Pensenyawaan bagi pokok cili adalah persenyawaan sendiri.

PENANAMAN DAN

PASARAN

CILI

Jenis – Jenis Cili

Berikut adalah cili – cili yang terdapat di Malaysia 1. Cili Merah

2. Cili Hijau 3. Cili Benggala 4. Cili Padi

(8)

PENANAMAN DAN PENJAGAAN CILI

Penanaman cili boleh dibuat melalui dua kaedah. Kaedah pertama adalah penanaman secara ladang. Pemilihan tanaman menggunakan kaedah ladang perlu dilihat melalui beberapa perkara sebagai contoh lokasi ladang tersebut perlu berdekatan dengan jalan raya, mudah untuk mendapatkan bekalan air dan elektrik, tanaman tidak terdedah dengan haiwan perosak, tidak terlindung daripada matahari, tidak mudah ditengelami oleh air dan tapak ladang perlulah luas dan segi empat tepat. Apabila anak benih mencapai umur 6 minggu, ia sudah boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman mesti di antara 90 cm (30inci) antara pokok dan 150 cm antara baris (Sumber: Jabatan Pertanian). Cara membaja tanaman adalah tabur baja NPK blue special dengan nisbah 12:12 17:2 di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.

Bagi kaedah kedua pula adalah penanaman di dalam pasu atau polibag. Tanaman kaedah ini sesuai untuk pengeluaran skala kecil. Di mana boleh ditanam di halaman rumah dan di kawasan yang kecil. Walaubagaimanapun tanaman ini telah digunapakai untuk pengeluaran skala besar pada masa kini ini kerana ia lebih mudah dan jimat. Cara penanamannya adalah dengan menggunakan kaedah tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. Diisikan pasu tersebut

dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu. Bagi cara membaja pada pasu bunga ia perlu ditabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special 12:12 : 17:2 di sekeliling pokok setiap minggu yang berbeza. Bagi membaja di polibag iaitu gunakan baja cecair A+B sepanjang penanaman cili.

Manakala kaedah yang terbaru yang telah digunapakai secara meluas ketika ini, ia dipanggil tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan tapak yang banyak dan mudah dijaga dan hasil pengeluaran agak memberangsangkan. Tetapi kos menggunakan kaedah ini lebih tinggi sedikit berbanding dengan kos dua kaedah di atas. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Langat menggunakan sistem fertigasi sebagai salah satu projek mereka.

Kos Pengeluaran Am Bagi Keluaran Cili

Dalam setiap pengeluaran barangan komoditi sudah tentu mempunyai kos pengeluaran. Seperti juga pengeluaran cili terdapat beberapa kos yang terlibat. Kos yang yang pertama akan dihadapi oleh pengusaha adalah kos tetap iaitu bayaran cukai tanah, alat–alat pertanian dan sistem pengairan terutama bagi yang menggunakan kaedah tanaman secara ladang. Kos kedua pula adalah kos pengeluaran, contoh kos pengeluaran adalah seperti kos racun kimia, pengangkutan, alat–alat ladang, pemasaran dan bijih benih. Kos yang terakhir adalah kos upah bagi tenaga kerja yang memungut hasil tanaman.

(9)

Penyakit Pokok Cili Dan Cara Merawat

Pokok cili merupakan pokok yang begitu sensitif kerana ia mudah dijangkiti oleh penyakit. Antara penyakit yang menyerang pokok cili ialah kerinting daun, kulat, penyakit akar, bintik hitam, dan buah reput serta ulat pengorek buah. Penyakit kerinting daun adalah penyakit yang selalu menyerang pokok cili. Pokok cili yang diserang akan berdaun kecil, berkedut dan kerinting. Langkah awal yang perlu diambil adalah mencabut, memusnahkan dan membakar pokok cili tersebut.

Apabila pokok cili kering, mati dan daun kering menunjukkan tanda-tanda pokok cili tersebut telah dijangkiti oleh kulat. Pokok boleh dirawat dengan menggunakan racun yang bersesuaian. Manakala bagi penyakit akar berpunca daripada bakteria, pokok akan kelihatan segar pada waktu pagi dan layu pada waktu tengahari dan akan kembali segar pada waktu malam.

Pasaran Cili Dan Produk Cili

Sektor pertanian negara semakin berkembang dengan ditambah lagi galakkan dan sokongan daripada pihak kerajaan masa kini, seterusnya akan memberi perkembangan positif dalam pengeluaran sektor pertanian negara. Malaysia masih mengimport cili dalam bentuk kering mahupun segar dari luar negara, ini disebabkan hasil keluaran cili di Malaysia masih belum mencukupi untuk

menampung keperluan masyarakat di Malaysia. Keadaan ini menunjukkan pasaran cili di Malaysia terbuka dengan luas dan akan memberi pulangan positif kepada pengusaha cili.

Kebanyakkan cili di Malaysia dieksport ke negara Singapura, ini kerana pasaran di sana lebih tinggi berbanding harga pasaran di pasaran Malaysia. Kebanyakkan Pengusaha akan menjual hasil kepada pemborong dan pemborong akan menjual kepada peruncit. Harga pasaran cili merah Malaysia dilihat terus meningkat, ia berlaku disebabkan oleh permintaan yang begitu tinggi.

Selain dipasarkan sebagai cili segar, hasil cili juga boleh dipasarkan dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, cili kisar serbuk cili dan sos cili, kesemua produk tersebut diproses daripada cili segar. Seperti kita ketahui cili mengandungi bahan perasa pedas “capsaicin” yang sangat popular digunakan sebagai bahan pedas dalam kebanyakkan jenis makanan terutama sambal belacan, kerepek pedas, asam pedas dan sebagainya. Pasaran yang begitu luas ini secara langsung akan dapat meningkatkan pendapatan di kalangan pengusaha cili di Malaysia.

(10)

Lawatan Pameran Kraf Jalan Conlay Lawatan PPIN Majlis Tilawah Al-Quran MKSR Maulidur Rasul

(11)

Mesyuarat Exco Pertanian MOA Mesyuarat Peladangnita Puspanita Maulidur Rasul Seminar Agropreneur Muda Kortani

(12)

PUSAT PENGUMPULAN HASIL LADANG

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN

(PPK) KUALA LANGAT MEMBANTU

MEMERANGI ORANG TENGAH

PPK Kuala Langat telah membuka

sebuah Pusat Pengumpulan Hasil

Ladang bermula pada Februari

2015 dengan pembukaan Pusat

Pengumpulan Hasil Ladang

tersebut, ia dapat membantu para

peladang dalam memasarkan

produk pertanian mereka.

Antara produk pertanian yang

ditempatkan pusat pengumpulan

hasil ladang adalah cili, timun dan

buah-buahan.

Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat telah mula beroperasi pada 9 Februari 2015. Projek yang diselenggara oleh Encik Sakran Samsuddin Pengurus Besar PPK Kuala Langat dan dibantu oleh Pengurus Projek Encik Ahmad Firdaus Abdul Halim. Peruntukkan diperolehi dari Lembaga Pertubuhan Peladang di Bawah Program Khas “Jihad Memerangi Orang Tengah” berjumlah RM 100,000. Bangunan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat telah dibina di alamat PT 373, Jalan Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor dengan saiz bangunan 75 kaki X

45 kaki, tanah tapak bangunan ini adalah hak milik Lembaga Pertubuhan Peladang.

Objektif pertama penubuhan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat ialah untuk menjadi ruang pasaran yang stabil kepada peladang, dengan menghantar hasil pertanian ke Pusat Pengumpulan Hasil Ladang pasaran akan menjadi stabil disebabkan ruang pasaran produk petani yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat. Objektif kedua adalah salah satu kaedah dalam jihad memerangi orang tengah, contoh Pusat Pengumpulan Hasil Ladang dapat memerangi orang tengah dengan peladang menghantar produk mereka terus ke pusat pengumpulan untuk dipasarkan tanpa melalui orang tengah atau peraih untuk memasarkan produk mereka dipasaran. Objektif terakhir ialah untuk memasarkan produk secara berterusan iaitu dengan menggunakan pasaran yang telah disediakan oleh pihak PPK Kuala Langat di mana produk dapat dipasarkan secara berterusan. Berikut adalah pasaran yang disediakan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang, PPK Kuala Langat :

(13)

Pasaran Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat

05

04

03

02

01

Jualan Borong kepada

Pengguna

Jualan di Hypermarket Jualan kepada Pemborong dan Agen Pemasar

“Contract Marketing” dengan Pengeksport dan Pemborong

Ladang Kontrak NAFAS Pusat Pengumpulan Hasil

Ladang

Matlamat utama Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat adalah untuk memasarkan produk cili, oleh yang demikian matlamat pertama yang ditetapkan adalah memasarkan cili sebanyak 3 tan sehari ke pasaran. Antara contoh pasaran cili yang telah dipasarkan oleh Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat adalah pasaran awam (kedai runcit dan syarikat catering), Hypermarket (Segi Fresh dan Giant) dan Pasar Tani (Putrajaya, Kuala Langat, Banting dan Klang). Matlamat kedua pula adalah meningkat pendapatan peladang sehingga mencecah RM 3500.00 sebulan, matlamat ini akan disokong dengan pasaran yang begitu luas untuk memasarkan produk peladang dengan stabil. Pada masa ini pendapatan petani RM 3500.00 kebanyakkan mereka adalah peladang yang mengeluarkan produk cili, ia berikutan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat memberi tumpuan pada produk cili buat masa ini. Matlamat terakhir ialah menstabilkan harga produk dengan mewujudkan kontrak dengan peladang. Di mana harga distabilkan melalui kontrak, pada ketika ini produk harga cili telah ditetapkan sebanyak RM 4.00 sehingga RM 6.00 mengikut permintaan pasaran cili.

Pembukaan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat telah dapat menyelesaikan beberapa isu yang telah dihadapi oleh peladang dengan orang tengah dan cara untuk memasarkan produk mereka. Sebelum ini petani mengalami masalah untuk memasarkan produk mereka di pasaran kerana hasil produk petani tidak dapat memenuhi permintaan pasaran, melalui penubuhan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat peladang tidak menghadapi masalah kerana produk peladang digabungkan dengan produk peladang lain. Masalah kedua peladang sebelum ini adalah harga produk yang tidak tetap ini berlaku apabila tiada ikatan kontrak dan dipengaruhi permainan harga oleh orang tengah. Masalah ketiga adalah terma dan syarat yang ditetap oleh pasar raya adalah ketat di mana para peladang tidak dapat untuk memenuhi syarat yang ditetapkan berbanding selepas penubuhan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat kerana keluaran dapat dibuat dengan skala yang besar.

Setiap pengoperasian kilang atau perniagaan perlu mempunyai strategi dan cara sendiri bagi memastikan operasi berada di tahap yang terbaik, bagi Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat akan melaksanakan dua fasa. Berikut adalah strategi yang akan dilaksanakan:

(14)

Fasa Pertama: 3 bulan pertama

- produk ditawarkan Cili Gred A dan Timun Gred A dan B

PESERTA PUSAT PENGUMPULAN

HASIL PASARAN

Fasa Kedua: 3 hingga 6 bulan Ditambahkan produk : - Terung - Cili - Timun - Bendi - Kacang Panjang

Pada permulaan projek ini hanya tertumpu pada cili gred A sahaja yang akan diterima oleh Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat untuk dijual di pasaran, walaubagaimanapun pada ketika ini gred B dan C telah mula diterima berikutan diatas permintaan pasaran. Cili Gred A selalunya akan dipasarkan di pasar raya besar manakala kebanyakan cili gred B pembelinya terdiri terdiri daripada kedai runcit. Gred bagi cili tersebut ditentukan berdasarkan speksifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat. Setiap gred cili akan diasingkan terlebih dahulu oleh peladang sebelum dihantar ke pusat pengumpulan hasil ladang PPK Kuala Langat.

Dengan wujudnya Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat, ia dapat memerangi orang tengah yang sering mendatangkan masalah kepada para peladang dengan menetapkan harga dengan kadar yang rendah dan berubah-ubah. Bagi pasaran pula, peladang tidak perlu bimbang lagi dengan adanya pasaran yang luas melalui projek pusat pengumpulan hasil ladang PPK Kuala Langat dan seterusnya dapat memenuhi kehendak pasaran yang sebelum ini tidak dapat dimasuki oleh peladang. Dengan ini dapat membantu meningkatkan pendapatan petani.

(15)

Pengalaman dan ilmu merupakan satu kelebihan, namun pelbagai cara boleh digunakan

mendapatkan ilmu. Salah satu cara adalah dengan menghadiri kursus, seminar dan

bengkel yang dianjurkan. Oleh itu satu kursus mandatori telah dilaksanakan untuk

ahli jemaah pengarah pertubuhan peladang. Kursus ini telah disaranankan oleh YB

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, di mana kursus mandatori ini bertujuan

memberi pendedahan dan pengetahuan di kalangan ahli jemaah pengarah PPK yang

telah dilantik melalui mesyuarat agung tahunan, lalu dapat memberi impak kepada

Pertubuhan Peladang yang bermatlamat bertransformasi dalam bidang pertanian

dapat dicapai

KURSUS MANDATORI

AHLI JEMAAH PENGARAH

PERTUBUHAN PELADANG

MEMANTAPKAN

(16)

Bagi kursus mandatori tahun ini seramai 1,932 orang peserta yang terpilih menghadiri kursus ini terdiri daripada Ahli Jemaah Pengarah lantikan PPK. Keutamaan yang diberikan di dalam kursus ini ditekankan kefahaman dalam membaca dan memahami laporan PPK serta tugas Ahli Jemaah Pengarah, seterusnya ia dapat membantu Ahli Jemaah Pengarah membawa kemajuan PPK pada masa akan hadapan.

Objektif kursus mandatori dilaksanakan untuk memberi kefahaman kepada Ahli Jemaah Pengarah mengenai penjalanan PPK, oleh itu Ahli Jemaah Pengarah dapat membuat perancangan yang jelas mengenai hala tuju PPK. Kursus ini juga memberi penerangan mengenai tanggungjawab Ahli Jemaah Pengarah. Dengan pemahaman ini ia dapat membantu melancarkan lagi penjalanan operasi di PPK mereka. Seterusnya kursus mandatori ini, memberi kefahaman yang jelas terutama cara-cara membaca laporan akaun dan akhir sekali memahami prosedur undang-undang berkaitan dengan perjalanan PPK.

Pengisian kursus mandatori Ahli Jemaah Pengarah telah dibentuk kandungannya selaras dengan objektif kursus di atas. Antaranya adalah

penerangan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan iaitu perjalanan PPK termasuk sejarah penubuhan PP, penerangan mengenai pembangunan dan kecemerlangan PP, penerangan tentang undang-undang yang digunakan di PPK, memahami perlembagaan PP dan perkara-perkara penting dalam kelulusan pendaftar, penerangan mengenai kepimpinan dari sudut

Keutamaan yang

diberikan didalam

kursus ini ditekankan

kefahaman dalam

membaca dan

memahami laporan

PPK serta tugas Ahli

Jemaah Pengarah,

seterusnya ia dapat

membantu Ahli Jemaah

Pengarah membawa

kemajuan PPK pada

masa akan hadapan.

(17)

tugas dan tanggungjawab Ahli Jemaah Pengarah dan mengenai kesalahan – kesalahan yang lazim yang berlaku dalam pengurusan PP. Seterusnya pengisian melibatkan operasi dan kewangan PP tentang pengenalan asas perakaunan dan kewangan PP, asas dalam penyediaan belanjawan PP, dan kefahaman membaca dan menganalisa kewangan PP.

Konsep yang diterapkan dalam kursus mandatori yang pertama menggunakan syarahan yang dibentangkan penceramah yang dilantik terdiri dari pegawai-pegawai yang telah berkhidmat bersama PPK atau PP. Konsep yang kedua adalah akan dibuat perbincangan di antara penceramah dan peserta tentang isu-isu terkini tentang perjalanan PPK dan PP. Penggunaan persembahan LCD juga digunakan semasa syarahan disampaikan kepada peserta kursus mandatori.

Perlaksanaan kursus mandatori ini secara langsung dapat membina keyakinan, kemahiran dan keupayaan dalam memahami tatacara pengurusan PP dan perakaunan PP dengan baik dan lancar seterusnya memberi kemajuan kepada PPK dan transformasi dalam bidang pertanian dapat dicapai.

(18)

PROGRAM YB MENTERI

BERSAMA PEMIMPIN

PELADANG DAN NELAYAN

ZON TIMUR

Lembaga Pertubuhan

Peladang (LPP) dengan

kerjasama agensi seperti

Lembaga Kemajuan Ikan

Malaysia (LKIM), MADA dan

KADA, telah menganjurkan

“Program YB Menteri

Bersama Pemimpin Peladang

Dan Nelayan Zon Timur”

yang diadakan pada 1 dan 2

Mac 2015 bertempat di Bukit

Gambang Resort, Pahang.

(19)

Program ini telah mengumpulkan kesemua pemimpin peladang yang berada di zon timur meliputi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan, iaitu seramai 736 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jemaah Pengarah dan Ketua Unit Peladang PPK seliaan LPP, Ahli Jemaah Pengarah dan Ketua Unit Peladang PPK seliaan MADA, Ahli Jemaah Pengarah dan Ketua Unit PPK seliaan KADA dan Ahli Lembaga PNK seliaan LKIM menyertai program ini.

Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai dasar dan program transformasi baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Melalui anjuran ini nanti penerangan dipanjangkan kepada Ketua Unit Peladang dan Ahli Persatuan Nelayan Kawasan dapat disampaikan dengan lebih jelas dan memudahkan mereka untuk lebih memahami tentang dasar baru dan program transformasi oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dalam pembentangan kertas program ini telah dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, mengenai pelaksanaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Industri dan Asas Tani. Ini diikuti dengan sesi panel bersama Ketua Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Industri dan Asas Tani dengan pemimpin peladang yang terlibat. Antara dasar yang akan dibentangkan:

a) Sektor Tanaman

• Program Tanaman Semula Pokok Buahan Terpilih.

• Pembangunan Tanah Terbiar.

• Pelancaran “Urban Farming Horticulture Atau Hortikultur Bandar”

b) Sektor Ternakan

• Mewujudkan Pusat Persembelihan Berpusat di Setiap Daerah

c) Sektor Ternakair

• Pengharaman Penggunaan Pukat Tunda Saiz Mata 38MM.

• Pembatalan Lesen Pengusaha Laut Dalam Yang Memajak Bot Mereka Kepada Pengusaha Vietnam Atau Menggunakan Nelayan Asing Sepenuhnya.

• Mewujudkan Dasar 50% Pengeluaran Ikan Darat Dan 50% Pengeluaran Ikan Hasil Laut

(20)

d) Sektor Pemasaran

• Merealisasikan Permit Import (AP) Kepada Semua Syarikat Berminat Bagi Mengelakkan Monopoli. AP Yang Dibuka Adalah Ayam, Lembu, Kambing, Kopi, Kelapa, Kobis Dan Babi

• Melaksanakan Penubuhan Agrobazaar

• Jihad Memerangi Orang Tengah di Sub-Sektor Padi dan Beras, Perikanan, Sayuran dan Buah-Buahan.

• Program Rantaian Nilai • Program Jimat Belanja Dapur

• Usahasama Kerajaan Malaysia Dengan Acheh Dalam Pembangunan Pertanian

Selain itu diterangkan juga penyertaan golongan muda dalam pertanian dengan mewujudkan unit Agropreneur Muda, ia merupakan persedian program bagi meremajakan bidang pertanian. Seterusnya

dasar penyediaan kertas “Agriculture Transformation Programme” (ATP), dasar ini menyatakan peranan dan sasaran Jabatan dan Agensi. Program dianjurkan adalah untuk meningkatkan pengetahuan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Persatuan Nelayan mengenai dasar kerajaan.

Penganjuran program ini akan dilakukan di setiap zon iaitu Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara. Dengan adanya program seperti ini setiap maklumat dapat disampai secara terus kepada pihak terlibat, ia lebih cepat dan efektif seterusnya pihak yang terlibat lebih memahami. Oleh itu perlaksanaan setiap program dapat diselaraskan dengan dasar yang telah dibentuk oleh pihak Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani dalam memacu transformasi dalam sektor pertanian negara.

Referensi

Dokumen terkait

Methods of data collection are historical data (documentary historical) data analysis techniques, namely: multiple linear regression analysis techniques. The results showed that:

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh penambahan Ca(OH) 2 , penambahan air, temperatur pemanasan, dan lama pemanasan terhadap susut lignin, serta mencari

Bukti adanya perbaikan system pendidikan di Negara kita untuk mencapai tujuan pendidikan yang sesuai dengan UU diantaranya, munculnya proses pembelajaran saat ini dimana siswa

perhitungan matematika ● Perangkat lunak pengolah angka ● 8ungsi logika pada perangkat lunak pengolah angka ● Re0erensi berdasarkan sel ● Re0erensi berdasarkan nilai ● Gra+ik

Pernyataan (1) dan (2) adalah akibat dari suatu penyebab yang sama. Lima orang pelari P, Q, R, S, T mengikuti suatu perlombaan. Perenang yang menjadi juara kedua adalah ....

Variabel motivasi belajar akan diukur dengan skala berdasarkan teori dari Anderson dan Faust (dalam Prayitno, 1999). Semakin tinggi skor yang diperoleh maka motivasi belajar

Disamping hologram ada stiker hitam yang kalau dikerok akan muncul angka yang bisa di cek validitas (keasliannya) di website resmi nokia. Dan yang palsu hologramnya

Hasil wawancara yang dilakukan Sunarjo (2014) dengan salah satu anggota polisi lalu-lintas yang bertugas di Pos Lantas Blok M, banyak faktor yang dapat