• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS PERUTUSAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA: AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN 2018 TEMA:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TEKS PERUTUSAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA: AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN 2018 TEMA:"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

2

TEKS PERUTUSAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEMPENA:

AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN 2018

TEMA:

MEMACU INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: MELANGKAH KE HADAPAN

(3)

3

Assalaamualaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuh.

Kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikasihi sekalian.

UCAP SELAMAT

1. Alhamdulillah, setinggi- tinggi syukur ke hadrat Allah SWT di atas

limpah Rahmat dan InayatNya kita terus berada di tahun baru 2018 ini dalam keadaan sihat sejahtera dan tetap beriman kepadaNya.

2. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad

SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi’in serta atba’ tabiin dan pengikutnya hingga ke hari Kiamat.

TERIMA KASIH

3. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pentadbir dan barisan

pendidik yang telah berjaya mengurus perjalanan sekolah dengan baik, dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan cemerlang sehingga SMKA dan SABK dapat menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara dalam akademik, ko-kurikulum dan kemenjadian murid sepanjang tahun 2017.

4. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada ibu-bapa

terutama pihak PIBG yang telah memberi sumbangan kepada kecemerlangan sekolah dalam melahirkan modal insan yang pintar, mempunyai pegangan akidah yang kukuh serta berakhlak mulia.

MISI DAN VISI

5. Pertamanya, marilah kita sama-sama memahami, menghayati dan

menjayakan misi KPM iaitu Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Untuk itu, setiap warga sekolah mempunyai tanggungjawab mereka sendiri. Kesepaduan inilah yang akan

(4)

4

memastikan visi KPM iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera akan tercapai.

IMBASAN 2017

6. Kita amat bersyukur kerana banyak kejayaan yang diraih oleh

SMKA dan SABK dalam bidang inovasi dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 2017. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam mencipta kejayaan ini. Diharapkan kejayaan ini akan diteruskan pada tahun 2018 dan berusaha meningkatkan lagi bilangan penyertaan aktiviti dan pencapaian cemerlang di peringkat antarabangsa oleh semua SMKA dan SABK.

7. Tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang telah membuktikan

kecekapan dalam kepimpinan dan pentadbiran sehingga

menerima Bayaran Insentif Tawaran Baharu (New Deal) dan

dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Tidak lupa juga di atas kejayaan-kejayaan lain yang dicapai oleh sekolah dalam pelbagai bidang. Namun kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian semasa malah perlu terus merancang dan berusaha untuk mempertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.

8. Sebagaimana yang kita maklum, keberhasilan utama pendidikan

di Malaysia dilihat dari perspektif penting dalam PPPM 2013-2025 iaitu kualiti kemenjadian murid. Fokus dan gerak kerja profesional KPM lebih kepada keberkesanan dan pelaporan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menekankan Pentaksiran Berpusat, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Ini adalah untuk memastikan matlamat untuk meningkatkan kemenjadian murid secara menyeluruh tercapai.

9. Dalam konteks sekolah-sekolah agama KPM, dasar pemilihan

kemasukan dan pengekalan murid telah disemak semula berdasarkan kriteria baharu ini. Bermula pada tahun 2018 ini, murid-murid yang berada di sekolah agama adalah murid-murid yang mempunyai keseimbangan dalam pelbagai dimensi: akademik, kokurikulum, sahsiah dan kebolehan personal. Ianya akan memudahkan guru-guru dalam membina kemenjadian murid yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(5)

5

Sebagai tambahan, murid-murid sekolah agama diberi penekanan berterusan dalam aspek kerohanian dan penghayatan agama agar lebih mendalam dan menghayati isinya bagi melahirkan murid

yang berpotensi menjadi profesional yang mutadayyin atau

agamawan yang muthaqqaf.

10. Syukur ke hadrat Ilahi kerana pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) berjalan dengan baik dan lancar sepertimana yang dirancang. Inilah hasil kerjasama semua pihak yang terlibat dan menyokong pembangunan Pendidikan Islam di negara ini.

11. Sehingga tahun 2017 jumlah murid di SMKA dan SABK telah

mencapai 125,029 orang dan sejarah telah tercipta dimana buat

kali pertama PT3 bagi KBD dan KBT ditaksir mengikut format

pentaksiran kebangsaan dengan pencapaian yang

memberansangkan. Ini merupakan satu permulaan yang baik dan positif namun ia memerlukan kesungguhan dan sokongan yang sangat tinggi oleh semua pihak.

12. Disamping itu juga, kita telahpun berjaya menghasilkan 146 murid yang menghafal 30 juzuk dan 653 murid telah mencapai sekurangnya - kurangnya 15 juzuk Al-Quran daripada 1,422 murid iaitu 56.2% (Tingkatan 3 dan 4). Dalam masa yang sama kita juga telah berjaya mewujudkan 1,159 jawatan guru opsyen tahfiz yang melaksanakan KBT dan TMUA.

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2018

13. Ketibaan tahun 2018 menandakan kita sedang berada di pertengahan Gelombang Kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelbagai inisiatif telah dirangka dan sedang dilaksanakan oleh KPM untuk merealisasikan aspirasi ke arah memacu peningkatan sistem pendidikan negara sepanjang gelombang kedua bermula tahun 2016 sehingga tahun 2020. Antara inisiatif tersebut ialah pengukuhan perpaduan di sekolah,

pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT),

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dan pengukuhan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Selain itu,

(6)

6

program Transformasi Daerah (DTP), peluasan penglibatan sektor swasta dan pelaksanaan struktur baharu Kementerian Pendidikan merupakan agenda utama yang akan kita saksikan berlaku sepanjang tempoh gelombang kedua ini.

14. Gelombang Kedua juga mengariskan dua sasaran mikro bagi meneruskan kesinambungan Gelombang Pertama yang memberi tumpuan terhadap transformasi sistem sokongan guru dan kemahiran utama. Dua sasaran mikro tersebut adalah kualiti sekolah dan kemenjadian murid yang berkait antara satu sama lain. Dengan kata lain, kemenjadian murid yang kita hasratkan melalui enam Aspirasi Murid sangat bergantung kepada usaha yang kita berikan bagi meningkatkan kualiti sekolah, terutama dari aspek kepemimpinan, kualiti para pendidik dan pembentukan persekitaran sekolah yang kondusif, menyeronokkan serta mampu meransang murid untuk belajar dan berfikir.

15. Bagi melahirkan generasi murid yang berkualiti, dalam erti kata murid bukan sahaja cemerlang dari aspek penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, bahkan murid juga perlu cemerlang dari aspek kerohanian, sahsiah serta kemahiran insaniah. Ini adalah merupakan agenda utama pendidikan negara selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sejak sekian lama. Inilah juga agenda pendidikan ummah yang diperjuangkan oleh KPM melalui slogan “Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak”, agenda perjuangan yang bukan hanya didendang dalam majlis-majlis rasmi di peringkat KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah, bahkan perlu mengalir deras dalam jiwa setiap pemimpin sekolah serta seluruh warga pendidikan di negara bertuah ini.

16. Pada masa yang sama, kita juga harus sedar segala cabaran yang sedang dihadapi oleh generasi muda masa kini seperti pengaruh negatif media sosial, gejala dadah, kecanduan internet, pornografi, Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), pergaulan bebas dan jauh dari penghayatan agama dalam kehidupan. Murid-murid sekolah adalah sasaran mudah kepada segala jenis pengaruh negatif ini kerana merekalah golongan yang sangat terdedah kepada teknologi maklumat dan komunikasi selain sifat ingin tahu dan kecenderungan mencuba sesuatu yang baharu dalam kehidupan mereka.

(7)

7

17. Tuntasnya, strategi, pendekatan dan proses pendidikan secara holistik terhadap generasi masa kini hendaklah dilaksanakan secara berterusan melalui program-program seperti Program Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR), Program Surau Imarah dan lain-lain yang merupakan pelukisan watak kepada pembentukan jati diri dan sahsiah murid.

18. Pembudayaan pemeriksaan kebersihan diri dan persekitaran atau

eisei shirabe (hygiene check) merupakan satu contoh amalan di sekolah-sekolah di negara Jepun yang perlu diimplementasikan di SMKA dan SABK bagi memastikan setiap murid berada dalam keadaan bersih dan rapi di segenap aspek kehidupan mereka sama ada di asrama atau di sekolah terutamanya dalam pembudayaan kebersihan tandas.

19. Akhir kata, saya merakamkan ucapan selamat meneruskan usaha dengan penuh dedikasi buat semua warga SMKA dan SABK sepanjang tahun 2018. Saya berkeyakinan bahawa sekolah-sekolah agama yang dikendalikan oleh KPM memiliki kemampuan untuk menjadi peneraju dan contoh teladan dalam usaha melaksanakan konsep pendidikan bersepadu dan holistik, melahirkan generasi yang berkualiti; berilmu, beriman, bertaqwa dan berbakti terhadap pembangunan negara yang sejahtera pada masa hadapan. Segala ramuannya sudah ada ditangan kita untuk diadun dan dilaksanakan sebaiknya, pendidikan berasaskan ajaran al-Quran, sunnah junjungan besar kita, Rasulullah SAW serta segala hikmah yang boleh kita petik dari pelbagai sumber. Kita bukan sahaja menjadi saksi kepada pelbagai perubahan yang bakal berlaku pada setiap detik waktu yang berubah, tetapi kita perlu menjadi penggerak kepada perubahan-perubahan ini.

20. Marilah bersama - sama kita berdoa agar sentiasa dalam limpah rahmat dan pemeliharaan kasih sayang Allah SWT sepanjang masa.

21. Selamat Tahun Baharu 2018. Selamat bertugas kepada semua guru dan staf dan selamat meneruskan proses pembelajaran kepada semua anak-anak SMKA dan SABK.

(8)

8

22. Bagi murid tahun satu dan tingkatan satu yang baru diterima masuk sebagai warga SMKA dan SABK diucapkan selamat mengikuti sesi pembelajaran baharu dan selamat maju jaya.

Wabillaahi taufiq wal hidaayah wassalaamu alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Sekian.

Selamat Tahun Baharu 2018, semoga setiap usaha dalam kehidupan kita diberkati Allah Subhanahu wa Taala.

DR. HJ. AZHAR BIN HJ. AHMAD

PENGARAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

Referensi

Dokumen terkait

Adapun hasil penelitian menunjukkan bahwa pemberian upah yang dilakukan oleh Catering An Nur peraturan di Indonesia tidak memiliki kesesuaian dengan ketentuan peraturan

KEPALA BAGIAN TATA USAHA KASUB BAGIAN UMUM KEPALA BIDANG PROGRAMA SIARAN KEPALA BIDANG PEMBERITAAN KEPALA BIDANG TEKNOLOGI DAN MEDIA BARU KEPALA BIDANG LAYANAN &

Data karakteristik devitrifikasi gelas limbah yang diperoleh seperti kandungan limbah yang optimal (< 30 %berat), saat mulai terjadinya devitifikasi (suhu sekitar 1000 0

We have evaluated 20 networks (five designs for four switch topologies) in terms of the design complexity, the host-to-host average shortest path length (h-ASPL), the diameter,

Hasil penelitian menggunakan aplikasi etap 12.6 dengan skenario sumber energi pada penyulang Belinyu (SL4), saat PLTD dan PLTS kondisi masuk sistem dengan

Dalam hal ini, Majelis Taklim memiliki peran besar baik dalam bantuan sosial maupun yang berkaitan dengan kegiatan, pendidikan, kesehatan dan peningkatan

Berdasarkan penjelasan tersebut, untuk mendapatkan rancangan perpustakan dengan pendekatan pencahayaan alami, maka diperlukan analisis berupa objek dan kebutuhan

Dalam konteks sengketa LTS, kerja sama militer antara AS dengan Filipina dan Vietnam memberikan kesempatan bagi kedua negara tersebut untuk bersaing secara lebih