Oleh : Mohd Zakri Kamari

19 

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Teks penuh

(1)

Oleh :

Mohd Zakri Kamari

(2)

Penafian

PERHATIAN!

Anda boleh memberikan kepada rakan-rakan, saudara, pelawat laman web

dan sesiapa sahaja tanpa kebenaran dari penulis selagi isi kandungannya

tidak diubah.

Segala kandungan didalam ebook ini adalah benar semasa ia ditulis. Penulis tidak bertanggungjawab diatas segala risiko, kesalahan maklumat, secara lansung atau tidak lansung dengan penggunaan maklumat dari ebook ini.

Panduan ini bertujuan memudahkan anda memohon Kad Debit Public Bank

terutamanya untuk anda yang susah untuk keluar pada waktu 0800-1700 ataupun malas untuk berurusan dengan cawangan bank.

Penulis cuba menyampaikan maklumat dengan cara yang paling mudah dan ringkas. Jika anda inginkan bantuan, email kepada saya di alamat zekcrafts[at]gmail.com

ataupun berurusan terus dengan kaunter perkhidmatan Public Bank yang terdekat. Cap Dagang Public Bank adalah Hak Milik Public Bank Berhad.

(3)

Kandungan

Bil. Isi Kandungan Muka Surat

1. Penafian 2

2. Kandungan 3

3. Pengenalan 3

4. Layari Laman Web Public Bank 4

5. Mengisi Borang Pendaftaran 6

6. Memohon penggunaan Kad Debit untuk tujuan “Online” 12

7. Menggunakan Kad Debit secara “Online” 13

8. Penutup 19

Pengenalan

Mohd Zakri Kamari atau dikenali sebagai Zek baru menceburi bidang netpreneurs tidak lagi mencapai umur setahun. Cabaran baru sahaja bermula. Ini semua diatas sifat terdorong oleh usahawan netpreneurs seperti SmartZul, Irfan Khairi, Team SaifulSham, Shuth SempoiHosting, Sham RajaAdsense, IrwanDahnill dan banyak lagi nama jika disenaraikan tidak mencukupi ruang ini.

Kewujudan http://www.zekcrafts.com adalah untuk menjadikan ia portal bagi kraftangan buatan sendiri. Khusus bagi yang berminat untuk melakukan kraftangan menggunakan rotan.

Juga ditekankan disini, portal tersebut merangkumi kraf pembuatan sabun dan lilin dirumah. Sebenarnya sesiapa sahaja dapat melakukannya dirumah. Tidak mustahil Bukan! Sedangkan apa yang kita gunakan seharian dapat dibuat sendiri (Do It Yourself).

Penulis amat tertarik dengan corak perniagaan masa kini. Secara tidak lansung maka wujudlah portal http://www.zekcrafts.com yang masa ini sedang dalam pembinaan. Nantikan kemunculan sulungnya pada masa yang terdekat ini. Untuk sementara waktu, layarilah blog penulis di http://www.zekcrafts.com/blog .

(4)

Layari Laman Web Public Bank

Mula-mula sekali anda buka alamat Public Bank di http://www.pbebank.com . Anda dapat melihat halamannya seperti Gambar 1 dibawah:

Gambar 1: Halaman utama public bank di www.pbebank.com

Pada bahagian kiri & atas halaman tersebut, anda klik pada Links “Cards” seperti yang ditunjukkan anak panah pada Gambar 2.

(5)

Anda akan dibawa ke halaman berikut:

Gambar 3: Halaman “Cards”

Kemudian, klik pada PB Visa Electron untuk memohon debit Kad Secara Online. Anda tidak perlu pergi ke cawangan Public Bank.

Gambar 4: Klik pada PB Visa Electron

Anda akan dibawa ke halaman seperti gambar 5. Disini anda perlu mengisi butiran lengkap mengenai anda secara benar dan tepat.

(6)

Mengisi Borang Pendaftaran

Mula-mula sekali isi pada bahagian personal data.

(7)

Seterusnya isi bahagian tempat tinggal anda.

(8)

Langkah ketiga, isi pula maklumat pekerjaan anda.

(9)

Langkah keempat, anda dikehendaki mengisi maklumat akaun Public Bank (jika anda telah mempunyai akaun simpanan atau akaun semasa) dan lokasi untuk mengambil Kad Debit anda apabila ia siap nanti.

(10)

Langkah kelima, anda perlu “check” pada YES jika anda bersetuju dengan syarat² yang diberikan. Kemudian klik “Submit” untuk menghantar borang.

Gambar 9: Check “Yes” dan klik butang submit

Setelah itu anda dikehendaki mencetak PB Card Online Application Customer Copy

yang akan ditunjukkan beserta signature anda( menggunakan pen dakwat hitam pekat sahaja).

Rujuk gambar 10. Setelah anda selesai meneyediakan PB Card Online Application Customer Copy, anda perlu kepilkan bersama salinan Kad Pengenalan depan & belakang(bagi warganegara Malaysia) atau salinan Permit Kerja/Pass Pelajar(bagi bukan warganegara Malaysia).

Hantar ke alamat yang tertera seperti pada gambar 10.

PERHATIAN!

Jika dokumen yang diperlukan oleh

Public Bank

tidak sampai dalam masa 30

hari dari tarikh permohonan anda, maka permohonan anda akan terbatal

secara automatik.

(11)

Gambar 10: Dokumen yang perlu dihantar

Apabila permohonan anda berjaya, anda akan menerima surat daripada Public Bank untuk memasukkan deposit minimum kedalam kad anda sebanyak RM25.00. Ia boleh dilakukan samada melalui kaunter ataupun melalui Mesin “Cash Deposit Machine(CDM).

Setelah transaksi anda diterima, sekali lagi anda perlu menunggu surat daripada pihak bank (lebih kurang seminggu waktu bekerja) bagi memungut kad anda di tempat yang anda telah tentukan( jika anda memilih option: send my card to the PB Branch).

Jika anda tidak sabar menunggu surat anda sampai, anda boleh menelefon nombor pusat perkhidmatan pelanggan (03-2176 8000) bertanyakan samada kad anda sudah sampai di cawangan Public Bank.

(12)

Memohon penggunaan Kad Debit untuk tujuan “Online”

Kad anda berupa sedemikian (design mungkin berbeza mengikut keluaran semasa public bank):

Gambar 11: Kad Debit Public Bank OK. Rehat seketika. Take 5 ya. Penat membaca kan.

Terdapat Kad Debit dari bank lain yang juga menawarkan kemudahan online

seperti Kad Debit CIMB(dahulunya Bumiputra Commerce Berhad) dan Kad

Debit NexG keluaran AmBAnk Group. Bagi NexG, Ianya boleh didapati di

7-Eleven terpilih dan outlet yang mengambil bahagian sekitar lembah klang.

Baiklah, sambung semula pada topik perbincangan. Saya andaikan anda telah memiliki kad kredit tersebut. Perkara yang utama sebelum anda boleh melihat penyata transaksi anda secara online adalah dengan pergi ke cawangan Public Bank. Anda perlu tahu bahawa dengan mendapat perkhidmatan online urusan kita menjadi lebih mudah, seperti untuk mendapatkan expuse number dari paypal. Jika anda menunggu penyata yang sampai sebulan sekali, ini membuang masa anda. Dengan penyata online, anda dapat melihat segala transaksi dari Kad Debit anda dengan cepat.

Anda perlu berjumpa dengan customer servis personnel dan beritahu anda ingin membuat perkhidmatan online bagi kad debit anda. Anda akan diminta untuk mengisi borang dan tunggu sebentar. Anda akan diberikan sekeping surat yang berisi userID sementara dan password sementara bagi Log in di halaman

http://www.pbebank.com .

Adalah perlu diingatkan disini, anda hanya dapat mengakses menggunakan userID & password sementara yang diberi pada keesokan hari. Ini bertujuan bagi pihak bank mengupdate akaun anda kedalam sistem.

(13)

Menggunakan Kad Debit secara “Online”

Gambar 12: Klik pada “login here”

Pada halaman utama Public Bank, anda lihat bahagaian kanan & atas. Anda akan nampak seperti didalam gambar 12. Klik pada “login here”.

Seterusnya anda akan dibawa kehalaman seperti gambar 13. Anda diminta untuk masukkan UserID & Password sementara yang diberi dan “klik” butang Login.

(14)

Sebelum anda klik butang login, terdapat info berkaitan siapa yang patut dihubungi untuk perkhidmatan yang dikehendaki seperti gambar 14. Anda boleh menyimpan nombor ini bagi rujukan dimasa akan datang.

(15)

Setelah anda klik pada butang login, anda akan dibawa ke halaman seperti gambar 15. Anda dikehendaki menukar userID dan password mengikut selera anda.

(16)

Klik pada Account Inquiry dan satu menu drop down akan terhasil. Anda klik pula pada Credit/Debit Card pada bahagian Balance Enquiry seperti anak panah berwarna kuning dibawah.

Gambar 16:Paparan pada bahagian kiri panel

Anda akan dipaparkan seperti gambar 17. “anda perlu “check” radio button pada akaun pilihan anda(jika ada lebih 1 akaun di Public Bank) dan klik pada “View Details”. Suatu paparan seperti gambar 18 akan ditunjukkan. Disini terdapat maklumat berkaitan baki akaun anda.

(17)

Gambar 18:Baki akaun anda ditunjukkan disini

Jika anda klik pada bahagian Account Inquiry>>Transaction History>>Credit/Debit Card seperti anak panah berwarna pink pada mukasurat 16, anda akan dibawa kepada paparan seperti gambar 19. Disini anda akan diberi pilihan untuk memilih samada mahu melihat “Unbilled Transactions” @ “Latest statement” @ “Billed 2 months ago”

Paparan untuk “Unbilled Transactions” sila rujuk gambar 20 dan untuk “Latest Statement” sila rujuk gambar 21.

(18)

Gambar 20:Unbilled Transactions

(19)

Penutup

Mudah bukan! Hanya dengan 6 langkah anda sudah boleh memiliki kad debit Public Bank. Cuma anda perlu bersabar untuk mendapatkan kad Debit tersebut.

Dapat disimpulkan disini, 6 langkah tersebut untuk memohon kad debit Public Bank adalah:

1. Memohon kad debit Public Bank “PB Visa Electron” di halaman

http://www.pbebank.com .

2. Menghantar salinan dokumen yang dikehendaki samada melalui pos.

3. Masukkan duit sejumlah RM25.00 minimum kedalam Kad Debit apabila telah menerima surat yang disertakan dengan nombor kad anda.

4. Mengambil Kad Debit anda di cawangan berdekatan(jika anda memilih untuk mengambil kad di cawangan berdekatan)

5. Semasa mengambil kad. Anda boleh terus memohon untuk membuat per”bank”kan online bagi kad debit anda.

6. Masuk kedalam akaun online anda di http://www.pbebank.com .

Diharap, dengan ini anda dapat memahami proses untuk memohon kad debit Public Bank dengan berpanduan. Semasa saya membuat kad ini, saya tiada panduan dan terkapai².

Mungkin, bagi sesetengah pihak ia amat mudah dilakukan walaupun tanpa ebook ini. Ebook ini hanya sebagai panduan bagi orang yang betul² tidak tahu seperti saya pada mulanya dahulu.

Akhir kata, pastikan anda mendapatkan tips² perniagaan internet, kraf, dan ebook percuma yang akan saya beri nanti (nantikan kemunculannya!) di

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...

Related subjects :