• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cita cita dan masa depan (2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Cita cita dan masa depan (2)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1 M. Zaki MY | mzmy@um.edu.my

Persoalan yang sering diperkatakan semasa zaman persekolahan adalah “Bila besar nanti nak jadi apa?”. Jawapan yang sering kita dengar adalah “Nak jadi guru!”. Kenapa semasa zaman kanak-kanak kita menyintai perkerjaan sebagai seorang guru?. Apa yang ada pada pekerjaan guru ini yang menyebabkan setiap orang dari kita menginginkan perkerjaan ini? Namun segalanya berbeza sekarang di mana pekerjaaan sebagai seorang guru tidak lagi menjadi pilihan utama, tetapi sebaliknya kerjaya sebagai usahawan, doktor, peguam menjadi pilihan. Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada perubahan ini? Didalam analisa kajian-kajian yang telah dijalankan kali ini, kita akan membincangkan konflik yang timbul di dalam alam pekerjaan sebagai seorang guru. Kita akan lihat kepada faktor-faktor yang mendorong seorang guru untuk kekal, berpindah atau berhenti terus dari bidang perguruan. Di bahagian seterusnya kita akan lihat kepada permasalahan-permasalahan yang timbul di dalam dunia perguruan, contoh-contoh dari luar negara, kemudian kita akan melihat kepada perkara-perkara yang memberi suntik semangat atau motivasi kepada guru dan di akhir pemerhatian ini kita akan bincangkan tentang masa hadapan pekerjaan sebagai seorang guru.

Daripada artikel-artikel yang telah dipilih, menurut akta 2001, No Child Left Behind memperkatakan bagi melaksanakan hasrat ini setiap kelas/ bilik darjah perlulah dilengkapkan bukan sahaja dari segi infrastrukturnya malahan keperluan guru yang berkelayakan adalah perkara utama yang mendorong kepada keberkesanan kejayaan akta ini. Walaubagaimana pun Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat mendapati bahawa hampir 7% daripada guru meninggalkan sektor perguruan antara tahun 1994 dan 1995. Ini menyebabkan persediaan untuk melahirkan guru-guru pakar terganggu dan hasrat untuk melaksanakan No Child Left Behind tidak menjadi kenyataan. Daripada kajian-kajian yang telah dilaksanakan didapati banyak kajian adalah berfokus pada apa yang menyebabkan guru untuk meninggalkan pekerjaan mereka iaitu pekerjaan mengajar, bukan hanya difokuskan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan guru( mengarah pada keputusan guru untuk meninggalkan pekerjaan mereka). Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini boleh dikategorikan ke dalam empat peringkat: ciri-ciri guru,ciri-ciri sekolah, sifat-sifat daerah, dan dalam konteks negara yang lebih besar. Kita harus pelajari apakah ciri-ciri individu, ciri-ciri sekolah, dan sifat-sifat daerah yang berkesan mengekalkan bekalan guru sedia ada. Pada hakikatnya kita dapati bahawa guru yang cenderung memiliki peluang lebih besar di luar sistem persekolah mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk meninggalkan pekerjaan mengajar mereka, sedangkan guru yang gemar mengajar kebarangkalianya amat kecil untuk berlaku keadaan dimana ia akan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang guru. Dari perasaan gemar inilah yang akan mengwujudkan rasa puas di dalam diri setiap guru tersebut. Apabila kepuasan ini tercapai guru-guru ini akan memaparkan tahap motivasi diri yang lebih tinggi dan kecenderungan untuk mereka mendapat tekanan (stress), keletihan dan kegelisahan adalah rendah. (contoh daripada, Brouwers & Tomic, 2000; Caprara, Barbaranelli, Borgogni, & Steca, 2003; Caprara, Barbaranelli, Steca, & Malone, 2006; Greenglass & Burke, 2003). Kepuasan ini hanya berlaku di dalam diri setiap individu yang bergelar guru sahaja. Apabila sesorang guru itu telah menetapkan sasarannya (gold) sendiri dan berusaha untuk mendapatkanya beliau akan mencapai tahap kepuasan yang tinggi apabila sasarannya tercapai sepenuhnya dengan usaha dan pengorbanan yang telah diberikan. Ianya hanya akan dirasai oleh masyarakat apabila dizahirkan kelakuanya. Sebab itu kepuasan tempat kerja ini masih bergantung kepada bagaimana guru ini berinteraksi dengan rakan dan pelajar, tetapi kedua-dua faktor ini juga mungkin dipengaruhi oleh persekitaran budaya dan nilai-nilai budaya sesebuah Negara dan masyarakat tersebut (contoh daripada, Huang & Van de Vliert, 2004; Yetim & Yetim, 2006).

(2)

pemalar intrinsik (keberkesanan pengajaran peribadi, bekerja dengan pelajar, dan kepuasan bekerja) yang dianggap berpengaruh dan berkadarlangsung terhadap kepuasan pada pengajaran, sementara dua pemalar ekstrinsik (gaji rendah dan kelebihan peranan) tidak mempunyai kesan apapun terhadap keputusan untuk kekal di dalam bidang perguruan.

Terdapat juga kajian yang dijalankan untuk melihat peranan pengetua atau guru besar di dalam mengekalkan minat guru agar ia kekal didalam bidangnya tanpa memperdulikan atau melupakan kesanya kepada pelajar. Dari kajian yang dilakukan didapati sekiranya pengetua atau guru besar gagal memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada persekitaranya dan menilai kembali polisi-polisi serta nilai-nilai baik yang digubal, kesannya adalah akan menimbulkan rasa ketidakpuasan dan kejatuhan moral di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar akan keluar dari norma-norma ketatasusilaan yang ada. Terdapat perkaitan diantara keadaan persekitaran sekolah dengan peningkatan pencapaian pelajar dan mengurangkan masalah disiplin. Perkara ini sering digunakan sebagai langkah penambahbaikan berterusan di sekolah. Tetapi belum ada kajian menyeluruh yang dilakukan sejauh mana kebenaran bahawa terdapat perbezaan tanggapan berhubung fungsi individu, bilik darjah dan ciri-ciri sekolah diantara guru-guru dan pelajar-pelajar.

Untuk meningkatkan bekalan guru yang berkesan, kerajaan persekutuan harus meningkatkan jumlah pelaburan dalam latihan dan persiapan guru. Latihan dan persiapan ini bukan sahaja difokuskan kepada guru-guru sedia ada malahan untuk guru-guru-guru-guru baru juga perlu di sediakan. Hal ini perlu ditekankan dahulu agar proses mengenalpasti, melatih dan meningkatkan mutu guru dapat dipersiapkan dan kita dapat menghasilkan lebih ramai guru-guru yang berkualiti tinggi. Dari guru-guru yang berkualiti tinggi ini nanti akan dihantar ke setiap sekolah dan dari pengalaman , latihan dan minat yang telah dipupuk di peringkat awal membolehkan sesebuah sekolah itu dievolusikan menjadi sebuah sekolah yang kompleks. Pengwujudan sebuah sekolah yang kompleks juga memainkan peranan di dalam penentuan kualiti sekolah tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan sekolah yang kompleks? Sekolah yang kompleks adalah sekolah dimana terdapat komuniti guru didalamnya. Komuniti-komuniti ini mungkin lebih dari satu dan bergantung kepada jumlah mata pelajaran yang diajar di sekolah tersebut. Komuniti ini akan menjadi sebagai pusat kepada segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta perkaitanya dengan keadaan persekitaran (environment) di sekolah. Komuniti-komuniti ini keanggotaannya terdiri daripada guru-guru yang dipilih secara semi-sukarela. Aktiviti komuniti ini lebih kepada perbincangan berhubung kurikulum, ko-kurikulum serta pencapaian pelajar. Kewujudan komuniti ini telah memberi kesan yang berkadaran terus dengan pencapaian pelajar. Dari itu bukan sahaja minat kepada bidang perguruan ini dapat dipupuk tetapi kualiti penghasilan pelajar dapat dipertingkatkan dari masa ke masa.

(3)
(4)
(5)
(6)
(7)
(8)
(9)
(10)
(11)
(12)

Referensi

Dokumen terkait

Semua data yang dikumpulkan kemudian dianalisis dan dapat disimpulkan bahwa bahan ajar matriks yang dikembangkan menggunakan pendekatan saintifik dapat meningkatkan aktivitas

tidak benar pembeliannya murni memakai uang Pemohon, namun yang benar Termohon juga turut andil dalam pembelian rumah tersebut; Menimbang, bahwa terkait dengan dalil bantahan

JIMKI menerima artikel penelitian asli (original article) yang berhubungan dengan dunia kedokteran, kesehatan masyarakat, ilmu dasar kedokteran, baik penelitian

Resolusi Konflik Pertanahan Studi Kasus Strategi Ulama Bassra Dalam Mengelola Konflik Pertanahan Pembangunan Jambatan Suramadu, Tesis Uniersitas Gadjah Mada.. Sudjana,

Implementasi kurikulum 2013 dalam meningkatkan mutu pembelajaran pendidikan agama Islam di SMA Negeri Durenan dan SMA Negeri 1 Trenggalek adalah penerapan pembelajaran

 Dari sudut pandang cerita siapa film akan dibuat, apakah dari tokoh utama, atau pihak ke-2 (orang yang diajak berdialog langsung oleh..  Di mana bagusnya adegan akan

Berkenaan dengan hal tersebut diatas dan juga dalam rangka pelaksanaan ketentuan pasal 122 dan pasal 123 Undang-undang Nomor 32 Tahun 2004 perlu dibuat Peraturan Daerah

bantuan Dana Kubermas di luar Daerah  Kreativitas mahasiswa Kubermas menurun  Pengelolaan Kubermas Tematik  Terbangunnya kerjasama dengan stakeholders  Daerah