• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Akhbar and Majalah Dalam Sastera

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peranan Akhbar and Majalah Dalam Sastera"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Paper2

Peranan Akhbar & Majalah

Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum

Ding Choo Ming

Dalam makalah “Penulis sebagai Intelek Awam Dalam Karya Sastera Melayu Tentang Masalah Hubungan kaum”, kita telah lihat sepintas lalu kemunculan generasi baru penulis Melayu yang pro-rakyat sejak Abdullah Munsyi. Mereka menceritakan kemiskinan dan kemunduran orang Melayu yang juga telah dipinggirkan di tanah air mereka, yang membuat mereka benci kepada penjajah British dan orang bukan Melayu. Karya seumpama itu telah disiarkan dalam lebih kurang 30 buah akhbar dan majalah Melayu dalam tempoh dari tahun 1920-an ke 1940-an. Selain itu, mereka telah juga menjauhkan diri daripada orang bukan Melayu, walaupun tidak memotong atau menolak kaum yang lain itu dengan sepenuhnya bagi melindungi kepentingan orang Melayu daripada orang bukan Melayu, dan juga menggesa orang Melayu bersatu dan bekerjasama. Menyedari hikmatnya ‘bersatu teguh, bercerai runtuh’, lagipun ‘semakin ramai semakin selamat’, mereka sedar diri orang Melayu tidak boleh memencilkan diri sesama sendiri dengan berpecah belah menjadi kumpulan yang lebih kecil yang hanya akan membuat mereka menjadi lebih lemah lagi.

(2)

Walau bagaimanapun, berbekalkan dengan segala macam ide dan cita-cita tinggi yang dibakar semangat untuk melindungi kepentingan orang Melayu, mereka telah menggunakan dengan sepenuhnya peluang keemasan yang didapati daripada perkembangan teknologi percetakan, terutamanya akhbar dan majalah, dan juga novel secara amnya, untuk menyebarkan ide, cita-cita dan cara mereka untuk membebaskan orang Melayu daripada belenggu penjajahan dan kuku orang bukan Melayu yang sudah ‘mencerobohi’ tanah mereka dan mengambil hak-hak mereka. Dalam kontek ini, akhbar dan majalah Melayu, walaupun dikatakan masih di peringkat bayi perkembangannya, telah memainkan peranan mereka yang besar sebagai agen kebangkitan kesedaran orang Melayu terhadap diri mereka sebagai satu bangsa dalam sejarah.

Sebagai orang yang berwibawa, yang penting dan yang berpengaruh besar di bidang kerja mereka masing-masing, sama ada di lapangan pendidikan, agama, politik, kewartawanan dan lain-lain, penulis-merangkap-intelek-awam itu telah memainkan peranan besar membuat pembaca mereka menyedari kemiskinan dan kemunduran mereka, dan seterusnya membuat mereka bukan sahaja tidak dapat bersaing dengan orang bukan Melayu yang sudah ada di tengah-tengah mereka, tetapi juga membuat mereka tidak terdaya untuk menyertai perkembangan dunia yang sudah berubah dengan cepat sekali di pinggir abad ke 19, selepas Revolusi Perindustrian. Menjadi sebagai penjaga kepentingan dan masa depan orang Melayu, mereka tidak mahu melihat orang Melayu menjadi miskin dan menderita lagi di tanah air mereka yang kaya raya, makmur dan cepat membangun. Dari banyak segi, penulis-penulis Melayu itu adalah pencetus pembangkitan kesedaran diri orang Melayu.

Antara majalah yang popular dan yang berpengaruh besar di kalangan orang Melayu masa itu tidaklah lain daripada

(3)

itu untuk menerbitkan karya kreatif dan esei mereka yang berbau politik. Inilah yang dapat mereka lakukan dan telah mereka lakukan dengan baik sekali.

Ramai daripada guru-penulis itu adalah graduan dari Kolej Latihan Perguruan Melayu (yang ditubuhkan pada 1909) dan juga daripada Maktab Perguruan Sultan Idris (yang dibuka pada tahun 1922 dan telah menggantikan kolej di Melaka). Mereka ini bukan sahaja telah membangkitkan semangat persekutuan (fellowship) yang kuat di kalangan orang Melayu, tetapi juga mempunyai rasa kemegahan yang tinggi terhadap sejarah gemilang masa lampau yang sudah hilang (Virginia 2000: 76). Selain itu, Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek dan Ahmad Kotot yang prolifik itu bukan sahaja telah menarik perhatian khalayak pembaca, tetapi juga telah mempengaruhi ramai orang yang lain. Contoh sehubungan itu akan diberi nanti.

Oleh kerana mereka adalah kakitangan kerajaan, dan tidak dibenarkan menulis secara langsong tentang isu politik, mereka telah menggesa orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran sebagai jalan keluar yang penting untuk maju ke depan setelah menyedari orang Cina dan India bukan sahaja sudah semakin kaya, tetapi juga semakin kukuh kedudukan sosio-ekonomi mereka berbanding dengan orang Melayu. Mereka juga menggalakkan orang Melayu untuk rajin membaca buku, majalah dan akhbar untuk membolehkan mereka tahu diri mereka dengan lebih baik. Sehubungan itu, dalam Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan (1927), Ahmad Kotot menceritakan ayah Yazid sudah berulang kali menggesa Yazid dan sepupunya untuk mengikut ajaran ugama Islam dan juga bekerja keras agar negara ini tidak akan diambil alih oleh orang bukan Melayu (Virginia 2000: 44). Inilah cara yang lain untuk membuat orang Melayu berkuasa dan kuat untuk maju ke depan dan naik ke atas. Jika tidak, mereka akan mendapati diri mereka sangatllah daif dan serba kekurangan berbanding dengan orang Cina dan India yang sudah hidup mewah di bandar-bandar besar yang telah berubah menjadi pusat baru aktiviti kebudayaan, pentadbiran dan politik.

(4)

mendesak untuk solidariti kumpulan dan perpaduan. Seperkara yang penting sehubungan perkembangan itu adalah sudah timbul dalam kontek ini semangat dan misi untuk memujuk, mengajar, mendidik dan mempengaruhi. Kesemua itu memang mampu dilakukan penulis-wartawan Melayu yang terkemuka, termasuk Abdul Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad.

Apabila Abdul Rahim Kajai dilantik sebagai editor Warta Ahad, Warta Malaya dan lain-lain, dan Ishak Haji Muhammad dilantik sebagai editor Utusan Melayu, Berita Malai dan lain-lain, mereka tidak sahaja menentukan apa yang boleh diterbitkan, tetapi juga memilih cerita untuk diterbitkan untuk selanjutnya mempengaruhi dan membentuk tanggpan dan pendapat umum di kalangan orang Melayu. Hal ini sama dengan tanggungjawab yang dipikul penulis dan wartawan yang lain yang terkemuka, seperti Keris Mas dan Tongkat Warrant, ketika mereka dilantik untuk menerajui jawatan ketua editor atau editor kanan majalah Dewan Bahasa, Mastika dan lain-lain selepas kemerdekaan.

Antara perkara penting daripada kedudukan editorial kanan mereka dalam majalah dan akhbar yang popular dan yang berpengaruh itu ialah pendapat, pandangan dan ulasan mereka tentang isu-isu ‘nasional’ dan dasar telah menarik perhatian pihak pemerintah. Ini bermakna bahawa penglibatan mereka dengan akhbar dan majalah yang popular dan berpengaruh itu telah dengan sendirinya memberi pentas atau membuka gelanggang yang mereka perlukan untuk menyebarkan ide dan cita-cita mereka. Daripada situlah juga mereka turut membentuk kedudukan mereka daripada segi sosio-budaya, ekonomi dan politik Melayu dan seterusnya mempunyai suara dalam hal-hal itu. Dalam kontek inilah ramai penulis Melayu yang terkemuka itu sudah memainkan peranan mereka sebagai agen perubahan, sekaligus kebangkitan kesedaran diri dalam masyarakat Melayu semasa, menggantikan peranan golongan elit Melayu di istana Melayu pada masa lalu.

(5)

mengkritik orang besar Melayu yang didapati telah membelakangkan kepentingan orang Melayu, selain sudah menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi mereka, dan bukanlah untuk kepentingan anak buah mereka yang sepatutnya dijaga dan dilindungi mereka.

Dalam kontek itulah pembangunan percetakan massa media didapati telah juga membina semacam pelantar, jambatan dan penghubung kepada orang Melayu yang tahu membaca dan menulis itu bagi mengumpulkan mereka daripada seluruh negara. Sehubungan ini, Virginia (2000: 66) menganggap kumpulan orang Melayu yang menjadi pembaca baru bahan-bahan penerbitan akhbar dan majalah masa itu adalah kumpulan sosial baru yang penting. Kesemua perkembangan itu berlaku kerana kuasa penulisan karya sastera yang disiarkan dalam akhbar, majalah dan novel dalam tempoh dari tahun 1920-an ke 1940-an. Perkembangan dramatik akhbar dan majalah Melayu itu telah membuat bahan-bahan cetak masa itu mudah diakses di seluruh negara. Penyebaran semacam itulah telah juga memberi banyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu itu penting kepada orang Melayu untuk mengetahui pendirian penulis-wartawan dalam mempertahankan hak-hak mereka daripada dieksploitasi oleh penjajah British dan mengurangkan rasa takut mereka kepada orang Cina dan India.

(6)

dengan jawatan yang berpengaruh dan penting yang mereka sendiri pegang itu dalam bidang masing-masing untuk mempengaruhi pendapat umum di kalanganak pembaca mereka.1

Pengaruh mereka semakin lama semakin berkembang (bukan sahaja terus dan tetapi juga tersebar dengan cepat) setelah mendapat kuasa tambahan daripada segi politik. Yang dimaksudkan itu adalah pada masa itu terdapat seramai 35 orang pelajar di Maktab Perguruan Sultan Indris (MPSI), atau Kolej Sultan Idris Training (SITC) yang telah menubuhkan sebuah organisasi yang dipanggil Belia Malaya (Belia Malaya) di bawah kepimpinan Ibrahim Yaakob (dalam tahun 1930-an). Organisasi ini telah menolong menyemaikan benih yang kemudiannya telah tumbuh menjadi pohon rendang nasionalisma orang Melayu yang sampaikan sudah meliputi semua pelusuk negara setelah mereka tammat pengajian dan mengajar di sana sini beberapa tahun terkemudian.

Pada tahun 1938, Kesatuan Melayu Muda (KMM) atau Kesatuan Pemuda Melayu, parti politik yang pertama di Tanah Melayu, sudah ditubuhkan. Sehubungan itu, Harun Aminurrashid dan Za'ba telah juga membuat yang terbaik untuk menyemai sentimen anti-British ke dalam jiwa pelajar mereka semasa mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Untuk menyekat pengaruh kedua-dua mereka ke atas pelajar, Za'ba sudah ‘dipindahkan’ ke Biro Terjemahan, Jabatan Pelajaran, di Kuala Lumpur, sementara Harun Aminurrashid telah ‘dibuang’ ke Brunei.

Tentang kuasa sastera dan massa media cetak dalam membangkitkan nasionalisma orang Melayu, ada dua buah karya sastera Melayu yang telah mengisahkan orang muda Melayu bertindak sebagai pembawa obor nasionalisma Melayu itu perlu ditonjolkan di sini. Yang pertama adalah seorang muda Melayu, Ajmain, dalam cerpen Nasib Pengarang Muda (1940) daripada Belia Teluk Pulai - Kelang. Watak ini telah berusaha untuk menghidupkan semula semangat Melayu dalam karya-karyanya itu sudah terhenti setelah dia dibuang negeri ke Hong

1 Othman Puteh, 1994: 15, Keris Mas menghasilkan antara 20 - 40 cerita

(7)

Kong untuk selama 10 tahun. Pengorbanannya cuba memberi kuasa kepada (empower) orang Melayu daripada segi politik itu agaklah sama dengan yang dialami Harun Aminurrashid yang sudah ‘dibuang’ negeri ke Brunei. Ajmain dibuang negeri kerana aktivitinya dianggap berbahaya kepada politik penjajah British. Dalam cerita yang kedua, Osman, seorang lagi orang muda Melayu dalam cerpen Nasib Penganjur Melayu (1940) daripada Muhammad Yasin b. Makmur. Setelah lulus dari sekolah Melayu, watak Osman, yang melengkapkan diri dengan ilmu agama Islam dan bahasa Inggeris itu telah membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana dia lebih suka menjadi penulis untuk membangkitkan semangat nasionalisma orang Melayu. Dengan berbuat demikian, dia percaya akan berpeluang untuk mengembara ke seluruh dunia seperti cerita dalam cerpen Cerita Awang Putat (1941), karya Abdul Rahim Kajai.

Selepas mengembara sambil belajar selama lapan tahun, dia pulang ke tanah air untuk menubuhkan Persatuan Beliau Melayu Semenanjung. Tetapi, kegiatannya menulis di akhbar dan majalah sudah didapati seperti duri dalam daging kepada kerajaan penjajah. Seperti yang dijangka, dia ditangkap dan dibuang ke Bombay. Selepas dua tahun, dia pulang semula untuk memburu cita-citanya. Sekali lagi dia ditangkap buat kali yang kedua atas tuduhan mengetuai demonstrasi yang haram. Cerita ini berakhir dengan dia rela menerima hukuman mati. Dilihat dalam konteknya, kita dapati penulis Melayu masa itu kuat mempercayai kuasa sastera sebagai agen perubahan dan kebangkitan. Mereka menulis atas inisiatif sendiri. Bersama-sama dengan penulis Melayu yang lain, mereka telah melakukan apa yang disebut sebagai ‘menyimbah minyak ke atas api’ dalam erti kata sudah telah menyemarakkan lgi rasa kebencian dan dendam orang Melayu terhadap penjajah British dan orang bukan Melayu. Kesedaran kolektif mereka itu datang daripada kesedaran mereka sendiri tentang apa yang mereka fikir dan lihat pada diri mereka dan juga orang Cina dalam perjuangan yang berasingan untuk menegakkan dan melindungi kepentingan diri masing-masing.

(8)

komunikasi yang lain. Di sini, jaringan jalan raya, pelayaran kapal stim dan perkhidmatan kereta api serta perkhidmata pos yang baru muncul itu, turut memainkan peranran bear dalam membantu menyebarkan kisah-kisah mereka kepada pasaran yang baru di sekolah, perpustakaan, kedai-kedai buku dan institusi sosial yang lain di lebih banyak tempat. Tidak kurang pentingnya ialah penerbit dan kedai buku di bandar-bandar besar seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka juga memang mempunyai agen dan pengedar di banyak lagi bandar dan kampong yang lebih kecil. Rangkaian itu telah membolehkan lebih ramai lagi orang Melayu di seluruh negara dapat berfikir tentang diri mereka, lebih-lebih lagi membuka peluang yang baru kepada mereka untuk menghubungi orang yang lain. Perkembangan seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum itu.

Perbincangan dalam bahagian ini boleh dirumuskan dengan memetik pendapat daripada Hashim Awang (1975: 189-90) yang telah memberi tiga sebab tentang pertumbuhan dinamik cerpen yang berbau anti-penjajahan Inggeris dan orang Cina dari tahun 1920-an ke 1940-an. Pertama, cerita dalam cerpen mudah ditampung dalam ruang yang terhad di dada akhbar dan majalah. Kedua, cerita pendek dalam cerpen dapat memenuhi keperluan pembaca yang sibuk, maka tidak banyak masa untuk membaca novel yang lebih panjang. Ketiga, cerpen yang membawa masalah ekonomi, politik dan sosial yang dihadapi orang Melayu adalah sumber maklumat alternatif kepada pembaca Melayu berbanding dengan esei yang amat didaktik sifatnya, maka membuatnya popular.

(9)

dan identiti orang Melayu mereka sudah bertambah tinggi dan kukuh (Virginia 2000:80).

Rujukan

A M Thani. Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.

Abdul Rahim Kajai. Cerita Awang Putat. Utusan Zaman, 1- 8 Nov 1941.

Ahmad Kotot. Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Al-Matbaah al-Rawdzah al-Islam wa Syarikah, 1927.

Belia Teluk Pulai Kelang. Nasib Penganjur Melayu. Warta Ahad, I: Bil. 286, 20 Okt. 1940, Bil. 287, 27 Okt. 1940, Bil. 288, 3 Nov. 1940

Hashim Awang. Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Ke-dua: Satu Analisa Tentang Tema dan Struktur, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.

Muhammad Yasin b. Makmur. Nasib Pengarang Muda. Warta Ahad, Bil. 276, 11.8.1940.

Referensi

Dokumen terkait

Rasa atau Prabu Siliwangi, 2) Strategi Sunan Gunung Jati dalam menyebarkan Agama Islam di Cirebon dilakukan dengan pendekatan agama, ekonomi, politik dan kultural. Dengan

Setelah melakukan pengumpulan data lapangan pada masing-masing objek penelitian mengenai peranan elemen desain dalam membentuk atmosfer interior restoran di

Tingkat pencahayaan alami di dalam ruangan ditentukan oleh tingkat pencahayaan langit pada bidang datar di lapangan terbuka pada waktu yang sama. Elemen paling penting

Pembangunan Nasional yang merupakan pembangunan di segala bidang, maka pembangunan di bidang politik adalah bagian yang sangat penting dan strategis. Disebut penting karena

Seperkara lain yang tidak kurang penting di sini adalah sifat-sifat asal kampung Melayu terus kekal, sementara orang bukan Melayu yang menjadi residennya telah

Pada masa-masa permulaan, banyak pergaulan sosial yang lancar terdapat di antara kaum muslim, Kristen dan Yahudi, sementara menganut agama masing-masing. Mereka mem-bentuk

Solusi lain yang mungkin bisa dikaji adalah dengan mereka yang berbeda agama bisa melakukan akad dengan memeluk agama mereka masing- masing, tanpa ada kepura-puraan dari

Sebagai negara demokrasi, partai politik dan calon politik memiliki peran penting dalam menentukan arah perpolitikan di Indonesia, arah tersebut sudah ditanamkan oleh masing- masing