• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ulasan Kartun Perebutan Kepulauan Spartl

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Ulasan Kartun Perebutan Kepulauan Spartl"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

SKSJ 2053: TRANSFORMASI POLITIK DUNIA

Nama: Arif Anwar bin Lokmanol Hakim

No Matrik: A152409

(2)

Kartun seperti ditunjukkan pada gambar tersebut menceritakan perebutan kapal-kapal (negara-negara) terhadap tuntutan Laut China Selatan terutama di kepulauan Spartly. Kepulauan ini mempunyai beratus-ratus kepulauan yang menjadi lokasi strategik yang sesiapa menguasainya, maka negara tersebut boleh mengawal laluan perdagangan Asia Timur dan kaya kerana di situ mengandungi pelbagai sumber hasil alam dan terumbu karang. Oleh kerana ia berada di tengah Laut China Selatan, maka ia menjadi perebutan Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei, Jepun, Taiwan dan China. China dan Filipina adalah antara negara paling agresif menuntutnya sehingga semua negara enggan menerima 9 titik poin tuntutan kepulauan berdasarkan pentadbiran Parti Komunitang China dulu mengikut sejarah.

Pertikaian Laut China Selatan terutamanya di kalangan negara-negara Asean berkenaan siapa yang memiliki pulau-pulau di laut dan had EZZ masing-masing. Sebagai contoh, Malaysia dan Filipina saling membuat tuntutan ke atas Kepulauan Spratly yang terdiri daripada beratus-ratus pulau dan terumbu karang di sebelah timur laut Sabah. Malaysia telah membuat tuntutan ke atas ciri-ciri bahagian selatan Kepulauan Spratly dan mempunyai beberapa pangkalan tentera kecil di lima daripadanya tetapi Filipina mempertikaikan beberapa tuntutan-tuntutan ini seperti mana Brunei. Bagaimanapun, China dan Taiwan juga menuntut kedaulatan ke atas pulau-pulau di Laut China Selatan termasuk Kepulauan Spratly serta 'hak bersejarah' di laut berkenaan lebih yang dikenali sebagai kawasan 'nine-dash line'. Asas tuntutan tersebut ialah peta 1947/1948 (terdapat percanggahan akaun pada tarikh ini) disediakan oleh Jabatan Kementerian Dalam Negeri China semasa China berada di bawah pemerintahan republik. Ia mempunyai garis terlerai yang terdiri daripada 11 garisan putus-putus bahagian besar laut sebagai wilayah China, walaupun beberapa buah peta lain turut menandakan kawasan yang sama dengan sembilan garis putus-putus. Tuntutan-tuntutan berkenaan bertindih dengan beberapa tuntutan semasa Malaysia dan seperti yang dilakukan oleh banyak negara lain.

(3)

sementara membenarkan kebebasan ruang udara dan pelayaran. Selama bertahun-tahun, China menjadi semakin tegas dalam tuntutannya berhubung Laut China Selatan termasuk mengadakan rondaan tentera laut dan menuntut kembali beberapa pulau yang dipertikaikan sebagai markas tenteranya. Tahun lalu, sebuah kapal pengawal pantai Cina didapati berlabuh di perairan Malaysia berhampiran Luconia Shoals (juga dikenali sebagai Beting Patinggi Ali) dan dilaporkan enggan berganjak walaupun mendapat bantahan daripada Wisma Putra. Pada tahun 2015, China telah menggali terumbu untuk menghasilkan 3 pulau tiruan untuk tujuan pendaratan lapangan terbang (Malaysiakini 2016).

Di sini diterangkan teori geopolitik dunia menyebabkan terjadi di atas. Konflik biasanya menimbulkan kekerasan yang terancang dan muncul dari keadaan spesifik yang berasal dari beberapa pihak iaitu pandangan berlawanan dari suatu masalah sikap permusuhan dan tindakan diplomatik atau ketenteraan dari beberapa negara (isu China halau nelayan Malaysia di perairan Patinggi Ali), pihak-pihak yang terlibat dalam suatu konflik antarabangsa biasanya tidak mutlak adalah kerajaan negara bangsa. Konflik biasanya terjadi pada pihak yang berusaha untuk mencapai tujuan tertentu, misalnya mendapatkan wilayah tambahan (Pulau Spratly) dalam konteks ini. Untuk mendapatkan atau dalam usaha mencapai dan mempertahankan tersebut, tuntutan dan tindakan negara-negara tersebut akan berlawanan dengan tujuan atau kepentingan pihak-pihak lain (isu pertindihan), bidang yang paling tradisional dalam ketegangan yang menjurus kepada konflik adalah wilayah sebenar dalam konflik antarabangsa. Akhirnya konflik mengakibatkan kemungkinan tindakan, iaitu ancaman dan hukuman yang bersifat diplomatik, propaganda dan tindakan ketenteraan.

(4)

Kesemua persengketaan ini merujuk kepada solusi dan ketetapan PBB tahun 1982, iaitu Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) yang berkuat kuasa pada tahun 1994. Pada masa ini, UNCLOS telah disahkan oleh 168 negara termasuk dengan China dan negara-negara rantau Asean kecuali Kemboja. Ia mengikuti prinsip undang-undang lebih matang yang dikenali sebagai 'la terre domine la mer' yang bermaksud kedaulatan wilayah maritim ditentukan oleh pihak yang mempunyai kawalan ke atas daratan bersebelahannya. UNCLOS mengiktiraf beberapa jenis wilayah maritim. Secara umum, garis air surut pantai diambil sebagai asas untuk ukuran. Antara lain, negara-negara pesisir berhak untuk menuntut wilayah perairan sehingga 12 batu nautika (22 kilometer) arah laut seperti yang diukur dari garis dasar tersebut.

Negara-negara adalah dibenarkan untuk mempunyai kedaulatan penuh ke atas perairan ini tetapi harus membenarkan 'laluan ikhlas' kepada kapal asing termasuk kapal-kapal tentera. Negara-negara pesisir juga berhak ke atas penggunaan eksklusif sumber semula jadi yang terdapat dalam lingkungan 200 batu nautika (370 kilometer) dari garis dasar. Ini dikenali sebagai zon ekonomi eksklusif (EEZ). UNCLOS juga mengiktiraf rak-rak Eropah bawah laut dan membolehkan hak ekonomi yang bersamaan dengan EEZ kepada negara jiran. Kawasan ini boleh melangkaui EEZ tersebut. Untuk hal ini, UNCLOS menyatakan ciri-ciri geografi bawah laut semasa air pasang tidak berhak kepada sama ada perairan wilayah atau EEZ di sekelilingnya (Malaysiakini 2016). UNCLOS dan EEZ inilah menggariskan pulau mana menjadi milik negara tersebut, akan tetapi seperti diceritakan di atas, China melanggar UNCLOS dengan membuat 9 garisan titik besar berdasarkan sejarah 1947/48.

(5)

yang sangat bervariasi dari kes-kes konflik tersebut. Peranan pendamai atau pihak ketiga (dalam konteks ini Indonesia/US adalah pihak ketiga) meneruskan rundingan dari kedua-dua belah pihak yang bertikai dan ia tidak memihak dan berusaha menekan kedua-dua belah pihak yang bertikai untuk menerima usul perdamaian yang telah dirumuskan oleh pendamai itu.

RUJUKAN

Malaysiakini 2016. Perihal pertikaian Laut China Selatan. http://www.malaysiakini.com/news/349300. [26 Oktober 2016].

Saripedia t.th. Kajian Internasional: Solusi Penyelesaian Masalah ‘Sengketa Wilayah’ Laut China Selatan Dan Timur. https://saripedia.wordpress.com/tag/kepulauan-spratly/. [26 Oktober 2016].

Tasha 2011. Politik International. http://tashagultomblog.blogspot.my/2011/06/politik-internasional.html.

(6)
(7)

Referensi

Dokumen terkait

disebutkan dalam penjelasan menejemen konflik, tindakan kompromi sangat perlu dilaksanakan demi terciptanya suatu keadaan yang nyaman dan tidak akan terpengaruh

Konflik merupakan suatu hal yang dapat menurunkankinerja karyawan.Dalam penyelesaian konflik, karyawan harus memiliki kecerdasanemosional dalam pengelolaan konflik.pengelolaan

Apakah dalam suatu penyelesaian konflik, seorang pemimpin benar-benar menjadi penentu arah satu-satunya, atau ada pihak- pihak lain yang ikut menentukan arah penyelesaian konflik

selanjutnya, konflik mencapai puncak ( klimaks ) dan terjadi keseimbangan dalam suatu penyelesaian yang dramatis. Sedangkan, antiklimaksnya berupa penyelesaian artistik yang

Bersabar ( Lumping ), yaitu suatu tindakan yang merujuk pada sikap yang mengabaikan konflik begitu saja atau dengan kata lain isu- isu dalam konflik itu mudah untuk

2) Kompromi adalah bentuk akomodasi di mana pihak-pihak yang terlibat saling mengurangi tuntutannya, agar tercapai suatu penyelesaian terhadap perselisihan yang

Lebih lanjut bila kompromi tidak dapat dicapai di kawasan tersebut, maka Laut Cina Selatan dan Asia Pasifik akan menjadi lapangan konflik yang baru di masa mendatang.. Kata Kunci -

Permasalahan Mitra Solusi dan Target Luaran Solusi atas isu-isu serta tujuan yang diharapkan dapat dicapai dalam Program Pemberdayaan Masyarakat di Pulau Lancang Besar, Wilayah