• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISA KEKUATAN KELEMAHAN PENDIDIKAN KE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANALISA KEKUATAN KELEMAHAN PENDIDIKAN KE"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISA KEKUATAN & KELEMAHAN PENDIDIKAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) DI SEKOLAH-SEKOLAH ZON PUSA, SARAWAK

Hafizul Rasdi, Abdul Razak Abdul Kadir, Mohd Ali Jainneh & Nor Azura Narawi

Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia

hafiz_alhakim@yahoo.com, abdurak1@sarawak.uitm.edu.my, albantayani@ymail.com, azuranarawi@yahoo.com

Keywords:

Kekuatan, Kelemahan, Pendidikan, Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain, KAFA, Sarawak

Abstrak

Pendidikan Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA) merupakan program pengukuhan Pendidikan Islam kepada pelajar sekolah rendah dan mula dijalankan di Malaysia sejak tahun 1990. Justeru dengan terlaksananya KAFA, subjek Pendidikan Islam sedia ada mampu dimantapkan dan diperkasa. Tujuan utama KAFA adalah untuk memastikan kemahiran membaca Al-Quran serta pemahaman asas-asas Fardhu Ain dapat dikuasai oleh pelajar. Kajian terhadap kekuatan dan kelemahan pendidikan KAFA ini perlu dijalankan bagi memastikan objektif penubuhannya tercapai. Persoalan kajian adalah untuk mengkaji apakah kekuatan dan kelemahan Pendidikan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Di Sekolah-Sekolah Zon Pusa, Sarawak?. Bagi melihat kekuatan dan kelemahan tersebut, penulis memilih untuk menggunakan metodologi kajian perpustakaan dan fokus perbincangan berkumpulan (Focus Group Discussion) bersama 40 orang guru KAFA di sekolah-sekolah Zon Pusa sebagai responden. Dapatan kajian ini adalah untuk melihat tiga aspek kekuatan dan kelemahan melalui analisa SWOT iaitu dari sudut latihan guru, bahan bantu mengajar dan kerjasama pihak sekolah.

PENGENALAN

(2)

dan kelemahan. Kajian berkenaan pendidikan ini penting dilakukan bagi menilai apakah kekuatan yang ada dan perlu ditambahbaik dan apakah kekurangan yang wujud dan perlu diselesaikan. Pendidikan KAFA adalah Pendidikan Islam yang mana ia bukan sahaja perlu dipelajari dari sudut teori, bahkan juga merupakan amalan dalam kehidupan sehari-hari seorang muslim. Ini justeru memperkukuh bahawa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlu sentiasa dikaji dari semasa ke semasa agar ia dilaksanakan menepati kehendak zaman.

Konferensi Antarabangsa pertama mengenai Pendidikan Islam yang diadakan di Mekkah pada tahun 1977 telah membuat kesimpulan bahawa objektif utama Pendidikan Islam adalah untuk mencapai keperibadian manusia yang seimbang dan menyeluruh melalui latihan jiwa, intelek, diri yang rasional, perasaan dan panca indera. Oleh sebab itu, pendidikan perlulah mencakupi seluruh aspek iaitu spiritual, intelek, imajinasi, fizikal, ilmu, bahasa dan juga perlu mendorong diri manusia ke arah kebaikan dan kesempurnaan. Tujuan akhir daripada Pendidikan Islam adalah menjadikan seseorang muslim tunduk kepada Allah SWT baik secara peribadi, komuniti dan juga seluruh umat manusia (Azyumardi Azra, 2014). Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan Falsafah Pendidikan Islam sebagaimana berbunyi, “Pendidikan Islam merupakan satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan kemahiran hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”, (Ahmad Mohd Salleh, 2011). Falsafah Pendidikan KAFA juga bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Islam yang mana Falsafah Pendidikan KAFA menggariskan bahawa, “Pengajian Al-Quran Dan Fardhu Ain adalah satu usaha berterusan untuk mendidik dan membentuk pelajar-pelajar Islam ke arah memperkembang fitrah individu (Insan) selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan Al-Quran dan As-Sunnah yang kuat iman dan amalannya kepada Allah serta menghayati akhlak dan cara hidup Islam”, (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2011).

(3)

dan Pendidikan KAFA saling menyokong dan memperkasa antara satu sama lain. Justeru, usaha pihak JAKIM dalam penubuhan KAFA ini perlu disokong oleh semua pihak demi membangunkan modal insan umat Islam yang akan mencorak masa depan negara dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Dasar-dasar Pendidikan Islam secara prinsipnya merupakan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW. Rujukan utama dalam perkembangan Pendidikan Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran menekankan prinsip paling utama dalam pendidikan iaitu penghormatan kepada akal, bimbingan ilmu, sesuai dengan fitrah manusia serta menyempurnakan keperluan sosial (Hasan Langgulung, 1980). Justeru para guru yang mengajar kelas KAFA perlu memahami dan mendalami falsafah, matlamat, konsep dan juga dasar-dasar serta intipati Pendidikan Islam itu sendiri agar melahirkan para pelajar sesuai dengan acuan yang hendak dicapai melalui penubuhan KAFA. Guru KAFA selaku pelaksana perlu dan menjadi kewajipan buat mereka memantapkan ilmu pengetahun mengenai isi pelajaran, beramal dengan ilmu, menyiapkan diri dengan teori, psikologi, amali serta ilmu pendidikan agar mereka mudah melaksanakan tugas mereka selaku penyampai ilmu. Untuk itu, menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru KAFA melengkapkan diri dan sentiasa mendalami ilmu keguruan dari semasa ke semasa.

PERBINCANGAN

1. Latihan Guru

Pada dasarnya, seorang guru perlu mengetahui ilmu pedagogi pendidikan, psikologi pendidikan dan paling penting ilmu mengenai apa yang diajarkannya. Pendidikan menurut Kamus Dewan (1998) membawa maksud perihal mendidik, menjaga, melatih dan mengajar. Pedagogi Pendidikan penting kerana ia berkisar mengenai kaedah dan cara mengajar ataupun mendidik. Oleh sebab itu, seorang guru perlu tahu kaedah mengajar ataupun mendidik sebelum menjadi guru. Psikologi pula penting kerana ia merupakan cabang ilmu psikologi yang memberi penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam ruang lingkup pendidikan (Santrock, 2001). Ia berkisar mengenai bagaimana teori-teori psikologi dapat diaplikasi dalam bilik darjah (Borich dan Tombari,1997). Ini bermakna, pengetahuan psikologi di kalangan guru akan membantu mereka mengawal pelajar dan mengawal suasana bilik darjah agar pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Untuk menyampaikan isi pelajar memerlukan guru KAFA memiliki ilmu yang mantap dalam bidang tersebut. Pendidikan KAFA adalah proses mengajar Pendidikan Islam, maka para guru perlu memperlengkap diri dengan ilmu Pendidikan Islam yang betul dan mencukupi sebelum mengajar ilmu tersebut kepada anak didik. Oleh sebab itu, latihan keguruan amat penting buat semua guru KAFA dan perlu dilakukan dari semasa ke semasa sebagai panduan buat mereka dalam pengajaran KAFA.

Untuk mengetahui mengenai aspek Latihan Guru, penulis telah mengadakan Fokus Perbincangan Kumpulan (Focus Group Discussion) kepada 40 orang guru KAFA di sekolah-sekolah Zon Pusa, Sarawak pada 23 Mei 2013 bertempat di Dewan SJKC Chung Hua Meludam. Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah :

(4)

c) Sekolah Kebangsaan (SK) Semarang, d) Sekolah Kebangsaan (SK) Spinang, e) Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin, f) Sekolah Kebangsaan (SK) Kalok, dan g) Sekolah Kebangsaan (SK) Pusa.

Hasil daripada Fokus Perbincangan Kumpulan ini, penulis mendapati kelemahan yang wujud adalah kebanyakan Guru KAFA kurang diberi latihan oleh pihak Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Betong dan juga pihak JAKIM. Kebanyakan guru-guru KAFA mengakui bahawa mereka masih kurang mahir dalam menguasai ilmu pedagogi pendidikan. Mereka hanya menggunakan kaedah menulis di papan hitam dan memberi penerangan sahaja. Ini disebabkan di awal pelantikan sebagai Guru KAFA mereka tidak diberi latihan yang mencukupi untuk menguasai ilmu psikologi dan pedagogi pendidikan. Mereka hanya diberikan kursus dalam tempoh waktu yang singkat sahaja. Ini tidak memungkinkan mereka untuk menguasai apa yang disampaikan jika tiada kursus mahupun bengkel lanjutan untuk mendalami ilmu-ilmu tersebut.

Kelemahan yang wujud juga dari sudut aspek Latihan Guru ini adalah, kebanyakan guru KAFA tidak menguasai kurikulum KAFA khususnya Bahasa Arab, Jawi, Kefahaman Ayat dan Ilmu Tajwid. Apabila guru kurang mengusai subjek yang diajar, besar kemungkinan isi pelajaran yang disampaikan sukar difahami oleh murid kerana penyampaikan ilmu yang kurang berkesan. Ini pastinya akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa subjek tersebut dan menjadikan pendidikan KAFA dilihat tidak mencapai matlamat sepertimana yang ditetapkan. Menurut Siti Norfaridah Sahperi (2013), Penyelia KAFA JAIS Betong, pihak jabatan tidak mempunyai peruntukan untuk menganjurkan bengkel dan kursus yang diperlukan. Ini menyukarkan mereka untuk mengadakan kursus-kursus kepada guru-guru KAFA.

Namun, terdapat juga kekuatan dari aspek Latihan Guru ini iaitu pihak JAIS Betong mengadakan kerjasama dengan beberapa buah sekolah yang sanggup menyediakan tempat dan keperluan kursus bagi menjemput mereka menyampaiakan ceramah. Ia semestinya tidak melibatkan peruntukan pihak JAIS Betong. Terdapat juga beberapa buah sekolah mengadakan kerjasama dengan pihak JAIS Betong dalam mengendalikan kursus serta bengkel berkaitan pedagogi dan psikologi pendidikan ini seperti SJKC Chung Hua Meludam. Ia sedikit sebanyak membantu pihak JAIS Betong dalam memperkasa kefahaman serta ilmu pengetahuan guru KAFA. Namun, ia tidak mampu melibatkan keseluruhan guru KAFA yang ada disebabkan peruntukan yang terhad. Usaha ini adalah bagi membantu pihak JAIS Betong memperkukuh semula pengetahuan di kalangan guru KAFA selain kursus yang pihak JAIS Betong sendiri anjurkan. Kekuatan yang penting juga adalah guru-guru KAFA sentiasa bersedia dan berminat untuk mengikuti setiap kursus, bengkel dan program yang dianjurkan berkenaan pengajaran KAFA.

(5)

mendekatkan sesuatu pendidikan dan perlu menggambarkan matlamat pembelajaran itu sendiri. Kedua-dua pendapat ini merupakan skop pedagogi pendidikan. Program yang dinamakan Bengkel Memperkasa Pendidikan KAFA Di Bahagian Betong Sarawak yang diadakan di SJKC Chung Hua Meludam pada 23 Mei 2013 itu telah mendedahkan dan memperincikan kepada guru-guru KAFA mengenai kaedah pengajaran KAFA yang boleh dipraktikkan di sekolah masing-masing. Ceramah disampaikan oleh penulis sendiri. Antara kaedah pengajaran yang dicangkan adalah;

i. Pemahaman, ii. Ulangan, iii. Lawatan,

iv. Latih Tubi, v. Dialog,

vi. Talaqi Musyafahah, vii. Soal Jawab,

viii. Perbincangan, ix. Hafazan,

x. Tunjuk Cara, xi. Projek, xii. Kuiz, xiii. Kuliah,

xiv. Permainan, xv. Nyanyian, xvi. Halaqah, xvii. Simulasi, xviii. Bacaan, dan

xix. Bercerita

Kesemua kaaedah tersebut boleh dipraktikkan untuk mengajar subjek-subjek KAFA di sekolah masing-masing (Hafizul Rasdi, 2013). Menurut Ahmad (2004), kaedah pengajaran permainan amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah.

2. Bahan Bantu Mengajar (BBM)

(6)

sebagai pemudahcara yang membantu pelajar memahami dengan lebih cepat dan mudah. Ia juga sebagai berfungsi untuk menarik perhatian pelajar dan cuba untuk mengaitkannnya dengan tajuk pelajaran sepertimana yang digunakan untuk set induksi.

Namun, kelemahan yang didapati hasil daripada Fokus Perbincangan Kumpulan penulis bersama guru-guru KAFA Zon Pusa mendapati bahawa, pihak JAIS Betong dan JAKIM tidak membekalkan mereka dengan BBM yang sepatutnya melainkan sedikit buku rujukan dan nota yang tidak juga didapati oleh sebahagian besar guru. Hanya segelintir sahaja disebabkan buku rujukan yang ada amat terhad. Pihak sekolah juga tidak menyediakan BBM untuk guru KAFA melainkan buku Iqra yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong. Apa yang lebih menyedihkan, guru-guru sendiri tidak mengambil inisiatif untuk menggunakan apa yang ada dan boleh dijadikan BBM berkaitan dengan subjek. Mereka hanya menerangkan apa yang terdapat di dalam buku sahaja.

Kekuatan yang ada dari aspek BBM ini adalah untuk subjek al-Quran yang menjadi teras kepada falsafah dan matlamat Pendidikan KAFA, terdapat BBM seperti buku Iqra yang ada di sekolah dan boleh digunakan oleh guru KAFA mengajar subjek al-Quran. Namun, buku Iqra ini pada hakikatnya tidak dibekalkan oleh pihak yang sepatutnya menguruskan KAFA itu sendiri, namun ia dibekalkan melalui peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Kerjasama Pihak Sekolah

Pada hakikatnya, pelaksanaan Pendidikan KAFA hanya menumpang bangunan sekolah yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini bermakna, pihak sekolah mempunyai hak untuk memberi kebenaran atau tidak kepada guru-guru KAFA untuk menggunakan kemudahan-kemudahan lain milik sekolah selain bilik darjah untuk mengajar KAFA. Kerjasama pihak sekolah amat penting khususnya pentadbir bagi memastikan perjalanan KAFA lancar dan memastikan guru-guru KAFA selesa dan gembira mengajar di sekolah tersebut.

Melalui Fokus Perbincangan Kumpulan bersama guru-guru KAFA ini juga, penulis mendapati bahawa kelemahan yang ada ialah kebanyakan sekolah tidak membenarkan guru KAFA untuk menggunakan mesin fotostat sekolah bagi mencetak latihan dan ujian. Ini kerana, peruntukan kertas yang ada hanya untuk sekolah sahaja dan amat terhad. Jadi, ia menjadi masalah kepada guru KAFA kerana terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk mencetak soalan ujian dan latihan di kedai fotostat. Ini juga menjadi penyebab utama guru tidak menyediakan ujian kerana tidak mahu mengeluarkan kos sendiri bagi mencetak soalan.

(7)

merasakan diri mereka terasing dan kurang dipedulikan oleh pihak sekolah. Tugas mereka hanya sebatas mengajar KAFA dan tamat apabila selesai kelas KAFA.

Namun, kekuatan dari aspek kerjasama pihak sekolah ini adalah, pihak sekolah menyediakan kelas yang lengkap dengan kemudahan kerusi, meja, kipas angin, papan hitam dan papan putih, kapur, dan keperluan yang ada di dalam kelas. Guru-guru KAFA boleh menggunakan apa sahaja yang ada di dalam kelas tempat mereka mengajar. Segala kos utiliti adalah ditanggung oleh pihak sekolah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, pihak sekolah tidak menuntut sebarang bayaran daripada pihak JAIS Betong mahupun JAKIM kerana sudah menggunakan segala kemudahan dan utiliti yang ada di sekolah.

Analisa SWOT Mengenai Kekuatan Dan Kelemahan Pendidikan KAFA Di Sekolah-Sekolah Zon Pusa, Sarawak

Analisa SWOT adalah merupakan metod perancangan strategik yang digunakan untuk mengevaluasi Kekuatan (Strengths), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Opportunities) dan Ancaman (Threats). Keempat-emat perkataan tersebut membentuk akronim SWOT (http://id.wikipedia.org). Bagi meringkaskan hasil dapatan kajian, berikut merupakan analisa SWOT hasil daripada kajian kekuatan dan kelemahan Pendidikan KAFA di sekolah-sekolah Zon Pusa, Sarawak yang dinilai dari tiga aspek iaitu Latihan Guru, Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan juga Kerjasama Pihak Sekolah. Berikut merupakan ringkasan analisa SWOT yang diperolehi;

a) Kekuatan

i. Minat mendalam guru KAFA terhadap pengajaran KAFA menjadikan mereka bersedia untuk mengikuti apa sahaja program yang dianjurkan oleh pihak JAIS Betong, JAKIM mahupun pihak sekolah,

ii. Terdapat buku Iqra sebagai BBM untuk mengajar al-Quran dan sememangnya subjek al-Quran sangat penting dalam kelas KAFA, dan

iii. Penyediaan kelas yang cukup serta dilengkapi kemudahan asas bagi proses pengajaran dan pembelajaran tanpa ditanggung oleh pihak JAIS Betong mahupun pihak JAKIM.

b) Kelemahan

i. Guru kurang memahami teknik pengajaran khususnya dalam ilmu pedagogi pendidikan dan psikologi pendidikan,

ii. Guru kurang memahami beberapa subjek seperti Bahasa Arab, Jawi, Ilmu Tajwid dan Kefahaman Ayat menyebabkan pembelajaran kurang berkesan,

iii. Tiada BBM dibekalkan oleh pihak JAIS Betong, JAKIM mahupun pihak sekolah untuk pembelajaran KAFA,

(8)

v. Sebahagian besar sekolah tidak membenarkan guru menggunakan mesin fotostat sekolah bagi mencetak ujian dan juga latihan, dan

vi. Terdapat sekolah yang tidak melibatkan guru-guru KAFA dalam aktiviti sekolah.

c) Peluang

i. Terdapat banyak sumber ilmu pedagogi dan psikologi pendidikan di pasaran yang boleh dibeli oleh guru KAFA bagi meningkatkan penguasaan mereka terhadap kedua-dua ilmu tersebut, Guru juga boleh mengunjungi perpustakaan awam bagi mendapat bahan rujukan,

ii. Terdapat juga kursus-kursus terbuka secara berbayar yang boleh guru KAFA sertai. Selain itu, persatuan guru KAFA juga boleh menganjurkannya sendiri dengan menjemput Guru Pendidikan Islam sekolah atau penceramah jemputan,

iii. Ruang yang banyak untuk penyelia KAFA JAIS Betong mengadakan program ilmiah kepada guru KAFA sama ada berskala besar mahupun kecil mengikut sekolah masing-masing tanpa melibatkan kos yang besar, dan

iv. Peluang kepada pihak sekolah untuk menggunakan sumber daya manusia dengan melibatkan guru KAFA dalam setiap program anjuran pihak sekolah dengan menjadikan mereka sebagai ahli jawatankuasa program.

d) Ancaman

i. Kurangnya kesedaran di kalangan guru KAFA untuk mencari inisiatif yang ada bagi memperkukuh kefahaman mereka terhadap ilmu psikologi pendidikan, pedagogi pendidikan dan ilmu Pendidikan Islam itu sendiri khususnya subjek Bahasa Arab, Jawi, Ilmu Tajwid dan Kefahaman Ayat,

ii. Kekuarangan BBM menjadikan kaedah lama iaitu “chalk and talk” digunakan dan pastinya kaedah ini amat membosankan pelajar, dan

iii. Sumber kewangan yang terhad daripada pihak JAKIM dan JAIS menyebakan program-program tidak dapat dilaksanakan.

Melalui analisa SWOT dari tiga aspek tersebut, ia menunjukkan bahawa terdapat banyak kelemahan berbanding kekuatan Pendidikan KAFA di sekolah-sekolah Zon Pusa, Sarawak. Sekolah-sekolah Zon Pusa ini mewakili sekolah-sekolah di seluruh Bahagian Betong, Sarawak kerana semuanya berada di bawah pengurusan yang sama. Pihak JAIS Betong perlu melihat dan menilai segala kelemahan yang ada dan perlu berusaha memperbaikinya dengan pelbagai usaha dan inisiatif. Ia penting agar Pendidikan KAFA di Bahagian Betong khususnya Zon Pusa mampu dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah di zon lain.

(9)

mereka boleh menyampaikan ilmu dengan baik serta berjaya mencapai objektif dan matlamat penubuhan KAFA.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian dan penganalisaan yang dilakukan, penulis mendapati bahawa segala kelemahan dapat diatas sekiranya pihak JAIS Betong sanggup turun padang bagi memberikan kursus ataupun bengkel secara kelompok kecil atau mengikut zon tanpa melibatkan sebarang kos penganjuran. Pihak JAIS Betong juga boleh mengadakan kerjasama dengan agensi Islam seperti Tabung Baitulmal Sarawak bagi mendapatkan dana. Selain itu, pihak JAIS Betong juga boleh memohon kepada wakil rakyat, badan kerajaan atau bukan kerajaan bagi menganjurkan atau mendapatkan dana untuk menganjurkan kursus, seminar ataupun bengkel. Pihak JAIS Betong juga boleh meminta setiap persatuan zon menganjurkan aktiviti menggunakan yuran zon masing-masing.Bagi guru KAFA pula, mereka perlulah bijak mengambil insiatif sendiri untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan menggunakan segala sumber yang ada.

Bagi memperkasa Pendidikan KAFA di sekolah-sekolah Zon Pusa, Sarawak, semua pihak perlu memainkan peranan penting. Bermula daripada pihak JAIS Betong, pihak pentadbir sekolah dan seterusnya di peringkat pelaksana iaitu guru-guru KAFA sendiri. Dengan komitmen padu dan usaha gigih ketiga-tiga komponen ini pastinya akan menjadikan Pendidikan KAFA di Zon Pusa lebih cemerlang dan lebih unggul berbanding zon-zon lain di dalam Bahagian Betong dan di seluruh negeri Sarawak. Justeru, peranan semua pihak perlulah dimainkan semaksima mungkin untuk mengangkat martabat Pendidikan KAFA.

Kesimpulannya, Pendidikan KAFA adalah amat penting dan perlu diteruskan dan diperkasakan dari semasa ke semasa. Peruntukan dari pihak kerajaan kepada JAKIM dan JAIS perlu bagi menyediakan pelbagai program untuk melatih guru-guru KAFA menguasai ilmu keguruan. Di samping itu juga, peruntukan daripada pihak kerajaan juga penting untuk menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan menyediakan keperluan lain untuk pengurusan KAFA di Malaysia. Oleh itu, kajian ini pastinya mampu mendedahkan segala kelemahan dan memberikan cadangan yang baik dan perlu diambil perhatian sewajarnya oleh pihak berwajib agar kualiti Pendidikan KAFA di Malaysia berjaya mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan.

RUJUKAN

Ahmad Mohd. Salleh (1997). Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti

(10)

Azyumardi Azra (2014). Pendidikan Islam : Tradisi Dan Modernisasi di Tengah Tantangan Milenium III. Jakarta : KENCANA PRENADAMEDIA GROUP.

Borich dan Tombari (1995). Educational Psychology : A Contemporary Approach. New York : Harper Collins College Publisher

Hafizul Rasdi (2013). Kekuatan Dan Kelemahan Pendidikan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Peringkat Bahagian Betong, (Projek Sarjana). Kuala Lumpur : Open Universiy Malaysia

Hasan Langgulung (1980). Beberapa Pemikiran Tentang Pendidikan Islam. Bandung : al-Ma’arif

http://id.wikipedia.org

JAKIM (2011). Garis Panduan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA). Putrajaya : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kamus Dewan (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Omar al-Syaibani (1991). Falsafah Pendidikan Islam. (Terj.). Shah Alam : Hizbi

Santrock (2001). Educational Psychology, New York : McGraw Hill. Co. Inc.

Referensi

Dokumen terkait

Yakup, MS dengan judul “Pengelolaan Hara dan Pemupukan Pada Budidaya Tanaman Jagung (Zea mays L.) Di Lahan Kering” telah diterima dan untuk dapat dipresentasikan pada Seminar

Risiko ini dipengaruhi oleh turunnya harga dari Efek (saham, obligasi, dan surat berharga lainnya) yang masuk dalam portfolio Reksa Dana tersebut. •

anggota pada khususnya dan masyarakat pada umumnya serta ikut membangun tatanan perekonomian nasional dalam rangka mewujudkan masyarakat yang maju, adil dan makmur

Merakit (pemasangan setiap komponen, handle, poros pemutar, dudukan handle alas atas bawah, dan saringan).. Mengelas (wadah dengan alas atas, saringan, handle, dan

Dengan produk-produk seperti pinjaman pribadi tanpa jaminan atau kredit pemilikan rumah, kreditur akan mengenakan suku bunga yang tinggi terhadap konsumen yang berisiko

SDIT AL uswah Surabaya is one unified Islamic elementary school that has problems ranging from frequent mistake inputting data, loss of data that has been collected, the data is not

Berdasarkan pada analisa pasar dapat disimpulkan bahwa proyek ini layak untuk dijalankan, mengingat belum adanya pesaing langsung dalam bisnis ini walaupun pesaing

– Zat atau obat yg berasal dari tanaman a bukan tanaman, sintetis a semi sintetis yg dapat menyebabkan penurunan atau perubahan kesadaran, hilangnya rasa, mengurangi