• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PELABURAN GETAH BRITISH DAN JEPU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH PELABURAN GETAH BRITISH DAN JEPU"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH PELABURAN GETAH BRITISH DAN JEPUN DI SEMENANJUNG

TANAH MELAYU 1909 - 1911

THE HISTORY OF BRITISH AND JAPANESE RUBBER INVESTMENT IN

MALAY PENINSULA 1909 – 1911

ABSTRAK

Kajian ini akan melihat dan menganalisis pelaburan getah British dan Jepun di

Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1909-1911. Kaedah kajian yang digunakan

adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di

perpustakaan dan arkib negara. Kajian ini akan melihat faktor-faktor yang menyumbang

kepada pelaburan British dan Jepun, dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam

menjayakan pelaburan ini. Selain itu, kajian ini juga akan melihat dasar kerajaan British

dalam membantu penguasaan mereka ke atas sektor getah di Semenanjung Tanah

Melayu. Kajian menunjukkan bahawa ledakan harga getah tahun 1909-1911 telah

menimbulkan minat pelabur British dan Jepun untuk melabur.

Kata Kunci : Pelaburan Getah, British, Jepun, Syarikat Perdagangan, Rumah Agensi

ABSTRACT

This study will examine and analyze the British and Japanese rubber investments in the

(2)

resources available at the library and national archives. This study will examine the

factors that contributed to the British and Japanese investment, as well as the parties

involved in making this investment. In addition, this study will also look at the policy of

the British government in helping their dominance on the rubber sector in the Malay

Peninsula. Studies show that rubber price boom in 1909-1911 has raised interest in

British and Japanese investors to invest.

Keywords: Rubber Investment, British, Japanese, Trading Company, Home Agency

PENDAHULUAN

Kajian ini akan melihat dan menganalisis pelaburan getah British dan Jepun di

Semenanjung Tanah Melayu antara tahun 1909-1911. Kaedah kajian yang digunakan

adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di

perpustakaan dan arkib negara. Sumber-sumber tersebut akan dikumpul dan dipilih dari

awal tahun kajian ini iaitu pada tahun 1909 sehingga tahun 1911, iaitu bersesuaian

dengan tempoh kajian ini. Objektif kajian ialah melihat faktor-faktor yang menyumbang

kepada pelaburan British dan Jepun, pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan

pelaburan, dan dasar kerajaan British dalam membantu penguasaan pelaburan mereka di

(3)

KAJIAN LEPAS

P.J. Drake dalam tulisan Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia,1 beliau menyatakan pembangunan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Pertama ialah tahap pertumbuhan dan perkembangan

pesat industri sumber asli seperti getah dan bijih timah yang bermula pada pertengahan

abad ke-19 sehingga tahun 1914. Kedua ialah tahap pengembangan sumber asli dalam

tempoh Perang Dunia Pertama dan Kedua. Ketiga ialah tempoh penggabungan dan

penyeragaman industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas

tahun 1945.2 Beliau juga mengkaji tentang kesan pendudukan British terhadap kegiatan

ekonomi Semenanjung Tanah Melayu, dan juga kesan sosial terhadap masyarakatnya.

Kajian ini penting kerana ia membantu pengkaji untuk memahami sejarah ekonomi

Semenanjung Tanah Melayu terlebih dahulu khususnya semasa zaman kolonial British.

Mengenai sejarah penglibatan British dalam sektor penanaman getah di

Semenanjung Tanah Melayu antara tahun 1909-1911, ia ada disentuh sepintas lalu oleh

beberapa orang penulis. Antara kajian yang dilihat penting ialah Poroor Radhakrishnan

dalam tulisan The Role of Rubber in the West Malaysian Economy,3 Voon Phin Keong dalam tulisan Western Rubber Enterprise in Southeast Asia 1876-19214 dan J.H. Drabble dalam tulisan Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922.5 Kesemua sumber-sumber ini membantu dalam penghasilan kajian.

(4)

kewangan dan perbankan di Malaysia dan Singapura, evolusi sistem lembaga

matawangnya dan kesan evolusi ini terhadap kegiatan perdagangan semasa zaman

kolonial British. Bank-bank British adalah perintis perbankan di Semenanjung Tanah

Melayu. Perniagaan awal mereka adalah kebanyakannya dalam pertukaran, pada

mulanya emas dengan perak, dan kemudian sterling dengan dolar tempatan. Sejarah

sistem kewangan Semenanjung Tanah Melayu bermula dengan Ordinan Wang Kertas

1899 dan Reformasi Mata Wang 1903-1906,7 yang telah menubuhkan sistem Lembaga

Mata Wang8 dan taraf pertukaran Sterling.

Perundangan berikutnya seperti Ordinan Mata Wang 1938, dan Perjanjian Mata

Wang Semenanjung Tanah Melayu dan British Borneo tahun 1950 dan 1960 bertujuan

membuat pindaan kepada sistem Lembaga Mata Wang.9 Kajian ini juga memberi

perhatian terhadap perkembangan bank-bank asing dan tempatan di Malaysia dan

Singapura. Di samping itu, permasalahan terhadap sektor kewangan dan kadar

pertukaran asing juga dibincangkan. Kajian ini membantu pengkaji untuk memahami

dengan lebih mendalam lagi terhadap sistem kewangan Malaysia dan Singapura yang

membentuk struktur ekonomi negara supaya pelaburan asing dapat dibawa masuk untuk

pembangunan negara.

Yuen Choy Leng dalam tulisan Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-194110, beliau menyatakan gelombang pertama pelaburan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu adalah dalam bidang penanaman getah dan bidang perlombongan bijih

besi.11 Kajian ini mengkaji perkembangan minat Jepun terhadap dua industri ini dan

(5)

Melayu terhadap kegiatan perindustrian Jepun. British dilihat akan mengenakan

halangan apabila terdapat percanggahan kepentingan antara mereka dengan Jepun di

dalam industri getah, dan memberi galakan apabila tidak terdapat percanggahan

kepentingan12 seperti di dalam industri perlombongan bijih besi.13 Sikap British ini telah

menyebabkan Jepun membuat keputusan untuk menakluki Semenanjung Tanah Melayu

semasa Perang Dunia Kedua, bagi menguasai sumber bahan mentah di negara ini.

Kajian ini dipilih kerana ia membincangkan mengenai pelaburan Jepun di Semenanjung

Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.14 Yuen Choy Leng juga membuat kajian

yang sama ini dalam tesisnya, Expansion of Japanese Interest in Malaya 1940-41.15

PELABURAN GETAH BRITISH

Pada zaman kolonial British di Semenanjung Tanah Melayu, pelaburan asing tertumpu

dalam sektor getah dan bijih timah.16 Pelaburan British tertumpu kepada kerja

pengekstrakan dan pengeluaran komoditi utama17 kerana ekonomi Semenanjung Tanah

Melayu ketika itu bergantung kepada penghasilan komoditi utama. Semenanjung Tanah

Melayu ketika itu diperintah oleh dua lapisan kerajaan, metropolitan dan tempatan.18

Pejabat Kolonial adalah jabatan utama kerajaan imperialis pusat di Britain dan

mempunyai kuasa tertinggi untuk menjalankan kuasa penuh ke atas hal ehwal luar

negeri di dalam empayar British.19 Sumber utama modal bagi sektor getah datangnya

dari pasaran modal British.

Perubahan dalam revolusi pengangkutan di Eropah telah membawa kepada

(6)

berlakunya permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan sebagai tayar

berangin bagi kenderaan tersebut.20 Semasa ledakan harga getah pada tahun 1909-11,21

syarikat getah British meraih keuntungan besar yang membolehkan mereka untuk

membayar dividen setinggi 30 ke 40 peratus.22 Dividen besar ini menimbulkan minat

pelabur British untuk melabur dalam syarikat getah di pasaran modal British.23

Terdapat pertubuhan perdagangan yang memainkan peranan dalam mempengaruhi

pembuatan keputusan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1910, Agensi

Maklumat Semenanjung Tanah Melayu ditubuhkan untuk menyediakan maklumat

tentang peluang perniagaan dan menyelesaikan isu berhubung perdagangan dan

pelaburan antara British dan Semenanjung Tanah Melayu.24 Pertubuhan British

Semenanjung Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1920 bagi menjaga kepentingan

British di Petempatan Selat dan Negeri-negeri Melayu.25 Pertubuhan Penanaman Getah

ditubuhkan pada tahun 1907 untuk mengawal industri getah Semenanjung Tanah

Melayu.26

SYARIKAT PERDAGANGAN

Syarikat-syarikat perdagangan British memainkan peranan penting dalam

mempromosikan industri getah di kalangan pelabur British. Syarikat-syarikat

perdagangan seperti Harrison and Crosfield, Bousted Buttery Estate Agency, Guthrie

and Company, Barlow and Company, dan Sime Darby27 telah terlibat dalam

perdagangan eksport dan import Semenanjung Tanah Melayu selama beberapa dekad

(7)

integriti kewangan di British dan Semenanjung Tanah Melayu.28 Tambahan lagi, mereka

juga mempunyai jaringan dengan komuniti penanaman Eropah, pegawai-pegawai

kerajaan, dan berpengalaman dalam sektor ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu.

Syarikat-syarikat perdagangan ini menjadi pengantara antara sumber modal asing,

pelabur British, dan pengguna modal asing iaitu industri perladangan di Semenanjung

Tanah Melayu. Rumah agensi dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di

Semenanjung Tanah Melayu.29 Rumah-rumah agensi mengapungkan syarikat-syarikat

kecil di London Stock Exchange dan pasaran saham yang lain seperti Mincing Lane Tea

dan Rubber Brokers Association. Integriti dan reputasi syarikat-syarikat ini menjamin

keselamatan dan kestabilan kepada pelaburan British di Semenanjung Tanah Melayu.

Pengapungan ini diterima baik oleh pelabur British, dan jumlah modal yang besar

mengalir dari Britain ke Semenanjung Tanah Melayu.

Semua dana ini pada mulanya digunakan untuk memperolehi ladang getah bagi

orang Eropah. Kemudian, dana ini telah digunakan untuk memperolehi tanah yang

sudah ditanam getah oleh orang Asia dan untuk membuka kawasan hutan bagi tujuan

penanaman. Lebih daripada separuh ladang-ladang getah yang berkeluasan 100 ekar,

iaitu 1.1 juta ekar, dimiliki oleh syarikat-syarikat British.30 Selain pelabur British,

pelabur dari Eropah turut melabur ketika harga getah melambung, malah termasuk juga

syarikat industri Barat yang berasaskan getah, walaupun penglibatannya kurang ketara.31

British juga telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Semenanjung

Tanah Melayu bagi membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun

(8)

Melayu Bersekutu. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar ini telah membolehkan

pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

RUMAH AGENSI

Rumah agensi dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di Semenanjung

Tanah Melayu.32 Ejen pengurusan bertanggungjawab untuk menjalankan hal ehwal

syarikat di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka mengupah pengurus dan kakitangan

yang sesuai untuk estet syarikat, membekalkan input yang diperlukan oleh

ladang-ladang, memasarkan getah yang dihasilkan, dan memastikan dana tidak

disalahgunakan33. Untuk perkhidmatan ini, rumah agensi mendapat bayaran bagi

kawasan yang diuruskan dan komisen atas input-input yang dibekalkan dan pemasaran

getah. Biasanya, rumah agensi diwakili dalam lembaga pengarah syarikat dan sering

kali rumah agensi akan memegang saham dalam syarikat-syarikat yang mereka uruskan.

Sistem rumah agensi juga menyeragamkan sumber pengurusan yang terhad di Semenanjung Tanah Melayu dengan membenarkan sumber-sumber ini dikongsi oleh

sebilangan besar syarikat-syarikat kecil.34 Seterusnya, rumah-rumah agensi telah

berkembang dan mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah Melayu

untuk muncul sebagai salah satu institusi yang paling penting dari segi pemilikan dan

kawalan dalam ekonomi.35 Menjelang akhir tahun 1910, kawasan getah Semenanjung

Tanah Melayu adalah 541,000 ekar, yang mana 337,000 ekar adalah milik orang Eropah

(9)

juta dolar modal Eropah telah dilaburkan dalam industri getah Semenanjung Tanah

Melayu.37

PELABURAN GETAH JEPUN

Ledakan harga getah pada tahun 1909-1911 telah mendorong Jepun untuk memperoleh

tanah di Semenanjung Tanah Melayu.38 Sebelum ini, terdapat hanya beberapa estet milik

Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Keluasan ladang getah di bawah pemilikan Jepun

meningkat daripada hanya 92 ekar pada tahun 1907 kepada 83,750 ekar pada tahun

1911.39 Kebanyakan ladang-ladang ini diperolehi pada tahun 1910 dan 191140 apabila

harga getah berada pada tahap tertinggi.41 Kepentingan Jepun pada getah membawa

kepada penubuhan Japanese Planters’ Association di Singapura pada tahun 1912.42 Terdapat juga Japanese Rubber Planters Association di Selangor.43 Johor menjadi negeri utama pelaburan getah Jepun kerana dasar pajakan tanah selama 999 tahun.44

Senarai ladang-ladang getah Jepun di Johor yang disusun oleh Setiausaha Persatuan

menyatakan keluasan yang ditanam oleh ahlinya adalah sebanyak 23,180.25 ekar

berbanding yang ditanam oleh bukan ahli sebanyak 1,270 ekar. Apabila angka ini

dibandingkan dengan keluasan 114,116 ekar getah yang ditanam di Johor,45 dapat dilihat

Jepun menguasai satu perlima dari keluasan ekar getah di Johor.46 Pengambilalihan

tanah bagi tujuan penanaman getah oleh Jepun berterusan pada awal tahun Perang

Dunia Pertama walaupun terdapat penurunan ketara dalam penjualan tanah kepada

(10)

Sementara orang Jepun di Semenanjung Tanah Melayu membeli tanah untuk

penanaman getah,48 rakan-rakan mereka di Jepun telah memasuki industri perdagangan

getah dengan pembuatan tayar basikal dan kasut getah.49 Industri perdagangan getah

tidak wujud di Jepun sebelum tahun 1900, ia hanya mula berkembang dengan pesat

selepas tahun 1909 apabila Syarikat Dunlop membina kilang mereka di Kobe bagi

pembuatan tayar basikal.50 Walaupun import getah Jepun meningkat sepanjang tahun

hasil industri pembuatan, perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai

pengeluaran getah Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Tiada sebarang angka dapat

menunjukkan sumbangan pengeluaran getah Jepun di Semenanjung Tanah Melayu

terhadap penggunaan bahan mentah di Jepun.51 Walau bagaimanapun, dapat

disimpulkan daripada merosotnya jumlah pengeluaran getah Jepun di Semenanjung

Tanah Melayu dan peningkatan import oleh Jepun bahawa sumbangan ini tidak begitu

ketara.

SISTEM PENGANGKUTAN

Selain modal dalam sektor getah, British juga melabur dalam bidang pengangkutan52

untuk memastikan hasil getah dapat dieksport. Sebelumnya, sungai telah digunakan

untuk mengangkut bijih timah ke pantai dan bekalan kepada pelombong. Tetapi

pengembangan besar dan pesat industri perlombongan telah membawa kepada lalu

lintas sibuk, yang seterusnya memberikan bebanan terhadap kapasiti sistem sungai.

(11)

Antara tahun 1885 dan 1895, empat landasan telah diletakkan, setiap satunya

menyambungkan sebuah pelabuhan pantai dengan lombong bijih timah di Utara-Barat

atau Barat-Tengah Semenanjung Tanah Melayu.53 Menjelang tahun 1903 landasan

Utara-Selatan telah menghubungkan bandar-bandar perlombongan, dan menjelang

tahun 1910 landasan ini yang dibiayai sepenuhnya daripada hasil Negeri-negeri Melayu

Bersekutu, telah menghubungkan Prai dan Johor Bahru.54 Pembinaan landasan keretapi

terus menggalakkan penanaman getah dengan mengurangkan kos. Ia memberikan

pendapatan besar kepada kerajaan dalam bentuk duti eksport getah serta pendapatan

mereka sendiri.

Rangkaian pengangkutan yang maju di sepanjang pantai barat Semenanjung

Tanah Melayu bagi penghantaran bijih timah dari lombong di Perak dan Selangor55 ke

pusat pemprosesan di Pulau Pinang dan Singapura telah memenuhi keperluan

syarikat-syarikat getah Jepun. Mereka telah membuka tanah di kawasan-kawasan yang memberi

mereka akses kepada kemudahan ini. Industri getah menambah satu dimensi baru

kepada perdagangan entrepot di Pulau Pinang dan Singapura, dan mengesahkan

peralihan pusat ekonomi kepada kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.56

Apabila aktiviti eksport British semakin meningkat, ini menyumbang kepada

peningkatan bilangan bank British dan ini membawa kepada suatu corak kawalan ke

atas bidang perdagangan dan pelaburan demi memenuhi keperluan British, seterusnya

kelahiran suatu corak penjajahan dari segi pelaburan asing.57 Daripada 11 buah bank

asing58 yang beroperasi di Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu,59 tidak kurang

(12)

ialah Chartered Bank of India, Australia and China, Hong Kong and Shanghai Banking Corporation dan Mercantile Bank of India.61 Singapura menjadi pusat bagi kegiatan

kewangan dan perbankan di Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu.62 Ia juga

merupakan pelabuhan utama dan pusat pentadbiran British di Semenanjung Tanah

Melayu. Laluan keretapi telah dibina untuk mengangkut barangan mentah seperti getah,

timah dan minyak mentah dari Semenanjung Tanah Melayu ke Singapura untuk

diproses dan hasil keluaran akan dihantar ke Britain dan pasaran antarabangsa yang lain.

Pada zaman kolonial British, pelabuhan Singapura memainkan peranan penting.63

KESIMPULAN

Ledakan harga getah tahun 1909-11 telah menimbulkan minat pelabur British dan Jepun

untuk melabur. Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan pada tahun 1907 untuk

mengawal industri getah Semenanjung Tanah Melayu Kepentingan Jepun pada getah

membawa kepada penubuhan Japanese Planters’ Association di Singapura pada tahun 1912. Syarikat-syarikat perdagangan British memainkan peranan penting dalam

mempromosikan industri getah di kalangan pelabur British dan Eropah. Rumah agensi

dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di Semenanjung Tanah Melayu.

Selain modal dalam sektor getah, British juga melabur dalam bidang pengangkutan

untuk memastikan hasil getah dapat dieksport. Apabila aktiviti eksport British semakin

meningkat, ini menyumbang kepada peningkatan bilangan bank British dan ini

membawa kepada suatu corak kawalan ke atas bidang perdagangan dan pelaburan demi

(13)

pelaburan asing. Pada zaman kolonial British, pelabuhan Singapura memainkan peranan

penting.

RUJUKAN

Allen, G.C. & Donnithorne, A.G. 1962. Western Enterprise in Indonesia and Malaya: a study in economic development. London: Allen and Unwin.

Allen, G.C. 1962. A Short Economic History of Modern Japan, 1867-1937. Ed. ke-2. London: Praeger.

Bauer, P.T. 1948. The Rubber Industry: A Study in Competition and Monopoly. London: Longman.

Caldwell, M. 1977. The British “Forward Movement”, 1874-1914. Dlm. Mohamed

Amin & Malcolm Caldwell (pnyt.), Malaya: The Making of a Neo-colony,hlm. 13-37. London:Spokesman Books.

Callis, Helmut G. 1976. Foreign Capital in Southeast Asia. New York: Arno Press Inc.

Chai Hon Chan. 1967. The Development of British Malaya, 1896-1909. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

(14)

Ding, C.H. 1978. History of the Straits Settlements Foreign Trade, 1870-1915. Singapore: National Museum.

Drabble, J.H. 1968. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm.

Paper presented at the International Conference on Asian History. Ogos 1968. Kuala Lumpur.

Drabble, J.H.1972.Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922. Journal of Southeast Asian Studies 3 (2): 247-261.

Drabble, J.H. 1973. Rubber in Malaya 1876-1922: The Genesis of the Industry. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Drabble, J.H. 1991. Malayan Rubber: The Interwar Years. London: Macmillan.

Drake, P.J. 2004. Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia. Hampshire: Ashgate Publishing Limited.

Emerson, R. 1964. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR

(15)

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR

5469/1913. 1913. Rules of the Japanese Rubber Planters Association, 30 Disember 1913.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR

1441/1915. 1915. Enquiry whether Companis registered in Japan under Japanese Law are accepted in the Federated Malay States for Registration as proprietors of land under the Registration of Titles Enactment, 15 Mac 1915.

Figart, D.M. 1925. The Plantation Rubber Industry in the Middle East. Washington, D.C.: Government Printing Office.

George Juris, N. 1988. British Management of the Japanese Problem in Malaya During

the Tenure of Governor Shenton Thomas, 1934-1942. Journal of the South Seas Society 52: 98-136.

German, R.L. 1937. Handbook to British Malaya. London: Malay States Information Agency.

Gullick, J.M. 1964. Malaya. London: Ernest Benn.

(16)

Hajime Shimizu. 1993. The Pattern of Economic Penetration of Prewar Singapore and

Malaysia dlm. Saya Shiraishi & Takashi Shiraishi (pnyt.), The Japanese in colonial Southeast Asia, hlm. 63-86. Ithaca, NY: SEAP Publications.

Harper, T.N. 1999. The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge: Cambridge University Press.

Hla Myint. 1984. Export and Economic Development of Less Developed Countries

dlm. Carl K. Eicher & John M. Steaz, Agricultural Development in the Third World. Baltimore: The Johns Hopkin University Press.

Huff, W. G. 1993. The Development of the Rubber Market in Pre-World War II

Singapore. Journal of Southeast Asian Studies 24 (2): 285-306.

Huff, W.G. 1994. The Economic Growth of Singapore: Trade and Development in the Twentieth Century. Cambridge: Cambridge University Press.

Iwao Hino & Raja Singam. 1927. Straits Settlements Police Journal. t.tp.: t.pt.

Iwao Hino & S. Durai Raja Singam, 1944. Stray Notes on Nippon-Malaisian Historical Connections. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Meseum.

Kamarudin bin Othman, Rosman bin Mahmood & Mohamad Shukri bin Johari. 2006.

(17)

Satu Kajian Granger Causality. Projek Penyelidikan, Februari 2006. Dungun: Universiti

Teknologi MARA Cawangan Terengganu.

Kanapathy, V. 1971. Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects. Singapore: Nanyang University.

Kassim Thukiman. 1992. Penglibatan Orang-orang Jepun dalam Sektor Ekonomi di Negeri Johor pada awal abad ke-20. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies 20: 57-73.

Kee Yeh Siew. 1965. The Japanese in Malaya before 1942. Journal of the South Seas Society 20: 48-88.

Kratoska, Paul H. 1998. The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945: A Social and Economic History. St Leonards, Australia: Allen & Unwin.

Lee Sheng-yi. 1974. The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia. Singapore: Singapore University Press, National University Of Singapore.

Li Dun Jen. 1982. British Malaya: An Economic Analysis. Ed. ke-2. Petaling Jaya: Institute of Social Analysis.

(18)

Mehmet Sami Denker & Sharifah Mastura Alsagoff. 1988-1989. Kepentingan Ekonomi

Jepun di Malaysia dan Hubungan Jepun-Malaya Dari Pespektif Sejarah. Ilmu Masyarakat 14: 28-46.

Mehmet Sami Denker. 1990. Internationalization of the Malaysian Economy: Role of Japan. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Mohamad Isa Othman. 1992. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Ridzuan Amin. 2009. Perkembangan Ekonomi di Malaysia. Subang Jaya: Mika Cemerlang Sdn. Bhd.

Nurkse, R. 1954. International Investment To-Day in the Light of Nineteenth Century

Experience. The Economic Jurnal 64: 744-758.

Ooi Loy Mui. 1997/1998. Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an. Tesis Sarjana Muda Sastera. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(19)

Puthucheary, J.J. 1960. Ownership and Control in the Malayan Economy, Singapore: Eastern Universities Press.

Ramakrishna, K. 2001. ‘Transmogrifying’ Malaya: the impact of Sir Gerald Templer

(1952-54). Journal of South East Asian Studies 32 (1): 79-92.

Rubi Ahmad & Sieh Lee Mei Ling. 2007. Sektor Kewangan. Dlm. Sieh Lee Mei Ling

(pnyt.). Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Shakila Yacob. 2008. The United States and the Malaysian Economy. London: Routledge.

Stahl, K.M. 1951. The Metropolitan Organization of British Colonial Trade. London: Faber and Faber.

Stockwell, A.J. 1979. British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiment, 1942-48. Kuala Lumpur: Malayan Branch of Royal Asiatic Society.

Stockwell, A.J. 1993. “A Widespread and Long-concocted Plot to Overthrow the

(20)

Sumafiiatiee binti Sulong. 2003. Kesan dan Peranan Pelaburan Langsung Asing Ke Atas Pertumbuhan Ekonomi Malaysia. Tesis Sarjana Ekonomi. Universiti Utara Malaysia.

Thio, E. 1969. British Policy in The Malaya Peninsula, 1880-1910. Volume 1: The Southern and Central States. Singapore: University of Malaya Press.

Thompson, V. 1941. Japan Frozen Out of British Malaya. Far Eastern Survey 10 (20): 238-239.

Voon Phin Keong. 1976. Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921, Kuala Lumpur: University Malaya Press.

White, N.J. 1996. Business, Government, and the End of Empire: Malaya, 1942-1957. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Wong Lin Ken. 1965. The Malayan Tin Industry to 1914. Tucson: University of Arizona Press.

Yeo Kim Wah. 1982. The Politics of Decentralisation: Colonial Controversy in Malaya 1920-29. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Yoji Akashi. 2008. The Nanyo Kyokai and British Malaya and Singapore, 1915-45.

(21)

Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, hlm. 21-32. Singapore: NUS Press.

Yoshimura Mako. 2002. Japanese Occupation and Economic Policy in Malaya. Sejarah -Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya 10: 21-51.

Yoshimura Mako, Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Akashi Yoji &

Yoshimura Mako (pnyt.). 2008. New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945. Singapore: NUS Press.

Yuen Choy Leng. 2001. Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941.

Dlm. Wolf Mendl (pnyt.). Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, hlm. 126-148.London: Routledge.

Yuen Choy Leng. 1973. Expansion of Japanese Interest in Malaya 1940-41. Tesis Sarjana Sejarah. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

(22)

2 Ibid., hlm. 15. Lih. juga Kamarudin bin Othman, Rosman bin Mahmood & Mohamad Shukri bin Johari,

Hubungan Eksport Terhadap Peningkatan Produktiviti Sektor Pembuatan di Malaysia: Satu Kajian Granger Causality,

Projek Penyelidikan, Februari 2006, Dungun, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu, 2006, hlm. 10-14.

3 Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,

Stanford University, California, 1974.

4 Voon Phin Keong, Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921, Kuala Lumpur: University Malaya Press, Kuala Lumpur, 1976.

5 J.H. Drabble. 1968. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Paper presented at the

International Conference on Asian History, Kuala Lumpur, Ogos 1968.

6

Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore, Singapore

University Press, National University of Singapore, 1974.

7 Lih. ibid., 1974, hlm. 28-29. Kajian ke atas perdagangan dan pelaburan asing di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 menunjukkan bahawa penubuhan Lembaga Mata Wang tahun 1899 dan

Reformasi Mata Wang tahun 1903-1906, bersama-sama faktor lain telah mengalakkan perkembangan ekonomi,

perdagangan dan pembangunan. Faktor-faktor lain itu ialah peningkatan permintaan dunia terhadap getah dan bijih

timah, kawalan British ke atas Negeri-negeri

Melayu Bersekutu yang mengeluarkan bijih timah, peningkatan keadaan buruh, dan polisi tanah lombong British.

Selepas Reformasi Mata Wang, pelaburan British dan negara Eropah lain dalam sektor getah dan bijih timah telah

meningkat dengan ketara. Reformasi Mata Wang berlaku ketika tahap pengembangan industri getah Semenanjung

(23)

8 Lih. Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore, Singapore University Press, National University of Singapore, 1974, hlm. 29. Aktiviti utama Lembaga Mata Wang

adalah menguruskan pengagihan keuntungan mata wang, peratusan rizab mata wang, dasar pelaburan, memudahkan

urusan akaun pada tempoh awal, peraturan-peraturan mengenai bahagian duit syiling atau cecair, dan pergerakan terhad

ke atas kadar pertukaran dolar dan sterling, seperti perbezaan di antara kadar membeli dan menjual bagi Pesuruhjaya

British.

9 Ibid., hlm. 27.

10

Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

Japan And South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London,Routledge, 2001.

11 Ibid., hlm. 126. Lih. juga Yoji Akashi, The Nanyo Kyokai and British Malaya and Singapore, 1915-45 dlm.

Yoji Akashi & Yoshimura Mako (pnyt.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore,

1941-1945. Singapore, NUS Press, 2008, hlm. 21-32. Beliau menyatakan Nanyo Kyokai memainkan peranan penting

dalam kemasukan ekonomi Jepun ke Semenanjung Tanah Melayu semasa pentadbiran British.

12

Untuk maklumat lanjut, sila lih. N. George Juris, British Management of the Japanese Problem in Malaya During the Tenure of Governor Shenton Thomas, 1934-1942dlm. Journal of the South Seas Society 52, 1988, hlm.

98-136.

13

Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, 2001, hlm. 141.

14 Lih. Kee Yeh Siew, The Japanese in Malaya before 1942 dlm. Journal of the South Seas Society 20,

(24)

16 Ibid., hlm. 1. Lih. juga Sumafiiatiee binti Sulong, Kesan dan Peranan Pelaburan Langsung Asing Ke Atas

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, Tesis Sarjana Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, 2003, hlm. 10.

17 V. Kanapathy, Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects, Nanyang University, Singapore, 1971 hlm. 2.

18

Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 7. Pentadbiran kolonial British mengambil pelbagai bentuk di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk Petempatan Selat, sila lih. R.

Emerson, Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1964. Untuk

Sistem Residen, sila lih. J.M. Gullick, Malaya, Ernest Benn, London, 1964, hlm. 41. Lih. juga J.M. Gullick, Rulers and

Residents: Influence and Power in the Malay States, 1870-1920, Oxford University Press, Singapore, 1992. Untuk

Negeri-negeri Melayu Bersekutu,

sila lih. E. Chew, Swettenham and British Residential Rule in West Malaya dlm. Journal of the Malaysian Branch of

the Royal Asiatic Society 5, 1974, hlm. 165-178. Untuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, sila lih. Shakila Yacob,

The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 8, 73. Untuk Persekutuan Tanah Melayu

1948, sila lih. C.H. Ding, History of the Straits Settlements Foreign Trade, 1870-1915, National Museum, Singapore,

1978. Lih. juga W.G. Huff, The Economic Growth of Singapore: Trade and Development in the Twentieth Century,

Cambridge University Press, Cambridge, 1994. Lih. juga T.N. Harper, The End of Empire and the Making of Malaya,

Cambridge University Press, Cambridge, 1999, hlm. 376. Untuk ancaman komunis, sila lih. K. Ramakrishna,

‘Transmogrifying’ Malaya: the impact of Sir Gerald Templer (1952-54) dlm. Journal of South East Asian Studies 32,

2001, hlm. 79. Lih. juga A.J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiment,

1942-48, Malayan Branch of Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, 1979. Lih. juga A.J. Stockwell, “A Widespread and

Long-concocted Plot to Overthrow the Government in Malaya”?: The Origins of the Malayan Emergency dlm. Journal

of Imperial and Commonwealth History 21, 1993, hlm. 66-68.

(25)

20 P. J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate Publishing Limited, 2004, hlm. 34, 56. Lih. juga Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore

and Malaysia, Singapore, Singapore University Press, National University of Singapore, 1974, hlm. 41.

21 Yoshimura Mako, Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Yoji Akashi & Yoshimura Mako (pnyt.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore,

1941-1945, Singapore, NUS Press, 2008, hlm. 121. Lht. juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di

Malaysia, Subang Jaya, Mika Cemerlang Sdn. Bhd, 2009, hlm. 11.

22 Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Ph.D., Stanford

University, 1974, hlm. 35. Lih. juga D. M. Figart, The Plantation Rubber Industry in the Middle East, Washington,

D.C., Government Printing Office, 1925, hlm. 93.

23 Lih. P. J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate

Publishing Limited, 2004, hlm. 34. Ladang-ladang getah bagaimanapun tertumpu di kawasan barat-pusat dan

selatan-barat Semenanjung Tanah Melayu, di mana terdapat pengangkutan yang cekap dan rangkaian komunikasi sudah wujud,

lantas memudahkan dan mengurangkan harga bagi eksport getah dan import bekalan dan buruh. Lih. juga Lim Chong

Yah, Economic Development of Modern Malaya, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1967, hlm. 108-109. Beliau

mengkaji berasingan mengenai pengeluaran primer, penduduk, pengurusan kewangan dan infrastruktur.

24 K.M. Stahl, The Metropolitan Organization of British Colonial Trade, London, Faber and Faber, 1951, hlm. 71-73.

25 Lih. ibid., hlm. 76-78. Lih. juga Yeo Kim Wah, The Politics of Decentralisation: Colonial Controversy in

(26)

hektar ladang getah menjelang tahun 1950-an. Agensi getah lain ialah United Planting Association of Malayayang yang

ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1934. Lih. juga N.J. White, Business, Government, and the End

of Empire: Malaya, 1942-1957, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 30-33.

27

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Ph.D., Stanford University, California, 1974, hlm 35. Lih. juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di Malaysia, Subang

Jaya, Mika Cemerlang Sdn. Bhd, 2009, hlm. 12. Lih. juga P. J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth

in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate Publishing Limited, 2004, hlm. 56, 57.

28 Lih. ibid., hlm. 56, 57. Syarikat-syarikat perdagangan ini sudah mempunyai pengetahuan pemasaran,

pembiayaan dan jaringan perhubungan yang kuat di British, dan mempunyai pengalaman dan agensi dalam perkapalan

dan insurans. Tambahan pula, mereka dalam beberapa tahun telah terlibat dengan pembukaan Semenanjung Tanah

Melayu untuk pertanian komersil berskala besar. Apa paling penting, imej baik mereka dalam jaringan perdagangan

London memberikan jaminan untuk masyarakat British melabur dalam syarikat-syarikat getah baru yang ditubuhkan

dengan bantuan syarikat-syarikat perdagangan.

29 Lih. ibid., hlm. 35. Pelabur Barat bersedia untuk membiayai pengembangan industri getah kerana

syarikat-syarikat yang menjemput mereka untuk melabur, mendapat sokongan dari rumah-rumah agensi yang biasa dengan

keadaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Untuk maklumat lanjut tentang peranan Rumah Agensi di Semenanjung

Tanah Melayu, sila lih. Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore,

Singapore University Press, National University Of Singapore, 1974, hlm 46-79.

30 Lih. Malcolm Caldwell, The British “Forward Movement”, 1874-1914 dlm. Mohamed Amin & Malcolm Caldwell (pnyt.), Malaya : The Making of a Neo-colony. London, Spokesman Books, 1977, hlm. 39. Ladang getah

orang Eropah bertambah dari 168,000 ekar pada tahun 1907 kepada 1,050,000 ekar pada tahun 1918, manakala ladang

getah milik orang Asia meningkat dari 2,000 ekar kepada 836,000 ekar dalam tempoh yang sama.

(27)

1914-15, seramai 1,025 orang daripada mereka adalah warganegara British, sementara Sembilan orang pengarah yang

lain terdiri daripada warganegara Belgium dan Perancis.

32

Lih. P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate Publishing Limited, 2004, hlm. 35. Pelabur Barat bersedia untuk membiayai pengembangan industri getah kerana

syarikat-syarikat yang menjemput mereka untuk melabur, mendapat sokongan dari rumah-rumah agensi yang biasa

dengan keadaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Lht. juga G.C. Allen & A.G. Donnithorne, Western Enterprise

in Indonesia and Malaya: a study in economic development, London, Allen and Unwin, 1962. Untuk penjelasan lanjut

tentang peranan Rumah Agensi di Semenanjung Tanah Melayu, sila lih. Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking

Development of Singapore and Malaysia, Singapore, Singapore University Press, National University Of Singapore,

1974, hlm 46-79.Lih. jugaK.M. Stahl, The Metropolitan Organization of British Colonial Trade: four regional studies,

London, Facer & Faber, 1951.

33 Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,

California, Stanford University, 1974, hlm. 36, 37. Lih. juga Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of

Singapore and Malaysia, Singapore, Singapore University Press, National University Of Singapore, 1974, hlm. 54.

Memandangkan rumah agensi Barat menguasai sebahagian besar eksport getah dan bijih timah dan import

barang-barang pembuatan di zaman British, bil-bil perdagangan ini biasanya akan pergi melalui bank-bank Barat dan kerana itu

bank-bank Barat menyediakan kebanyakan pinjaman dan pendahuluan. Untuk maklumat lebih lengkap, sila rujuk buku

J.J. Puthucheary, Ownership and Control in the Malayan Economy, Singapore, Eastern Universities Press, 1960.

34

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah, California, Stanford University, 1974, hlm. 37. Lih. juga G.C. Allen & A.G. Donnithorne, Western Enterprise in

Indonesia and Malaya, London, George Allen and Unwin, 1957, hlm. 53. Lih. juga P.J. Drake, Currency, Credit and

Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate Publishing Limited, 2004, hlm. 35.

(28)

Economy, Singapore, Eastern University Press, 1960, hlm. xiii.

36

J.H. Drabble, Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Paper presented at the International Conference on Asian History, Kuala Lumpur, Ogos 1968, hlm. 253.

37 Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,

California, Stanford University, 1974, hlm. 37. Lih. juga J.H. Drabble, Investment in the Rubber Industry in Malaya c.

1900-1922 dlm. Journal of Southeast Asian Studies 3(2), 1972, hlm. 260.

38 Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, , 2001, hlm. 126, 127, 132. Pada

masa ini Jepun telah memasuki industri perdagangan getah dengan menghasilkan tayar basikal dan kasut getah. Lih.

juga Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah), Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 78. Lih. juga juga Ooi Loy Mui, Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun:

Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya Jepun di

Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia,

1997/1998, hlm. 3.

39

Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, , 2001, hlm 126. Lih. juga

Yoshimura Mako, Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Yoji Akashi & Yoshimura Mako (pnyt.), New

Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, Singapore, NUS Press, 2008, hlm. 121.

Lih. juga Iwao Hino & S. Durai Raja Singam, Stray Notes on Nippon-Malaisian Historical Connections, Kuala

Lumpur, Kuala Lumpur Meseum, 1944, hlm. 123. 92 ekar ini terdiri dari empat estet dan 83,750 ekar terdiri dari 81

estet.

40 Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

(29)

Lumpur, Oxford University Press, 1973, hlm. 213.

42 Untuk maklumat lanjut mengenai Japanese Planters’ Association, sila lih. R. L. German, Handbook to

British Malaya, London, Malay States Information Agency, 1937, hlm. 100. Lih. juga V. Thompson, Japan Frozen Out

of British Malaya dlm. Far Eastern Survey 10 (20), 1941, hlm. 238. Ia ditubuhkan semula sebagai United Society of

Johore Planters pada tahun 1934. Lih. juga W. G. Huff, The Development of the Rubber Market in Pre-World War II

Singaporedlm. Journal of Southeast Asian Studies 24(2), 1993, hlm. 285-306.

43 Lih. surat dari The Secretary to Resident, Selangor kepada S. Matsuda, Kuala Lumpur dlm. fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR 5469/1913, Permission to open a ‘Japanese Rubber

Planters Association’, 29 Oktober 1913. Permohonan untuk menubuhkan persatuan ini hendaklah diajukan kepada

Registrar of Societies (Protector of Chinese). Lih. juga surat dari S. Matsuda kepada The Resident of Selangor bertarikh

28 Oktober 1913 dlm. fail ibid.Lih. juga surat dari

Registrar of Societies, Selangor, Acting Protector of Chinese, Selangor and Negeri Sembilan kepada The Secretary to

Resident, Selangor dlm. fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR 5469/1913, Rules

of the Japanese Rubber Planters Association, 30 Disember 1913. Keanggotaan persatuan ini dalah terbuka kepada

mana-mana penanam Jepun di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, manakala perjumpaan persatuan akan diadakan di

Kuala Lumpur pada hari ke 10 jam 10 pagi setiap bulan. Objektif persatuan adalah mengkaji penanaman getah, terlibat

dalam aktiviti menoreh pokok getah, terlibat dalam pembuatan lateks, menganjurkan pertukaran idea antara ahli-ahlinya

bagi mempromosi kepentingan mereka di dalam industri getah. Bagi menyertai persatuan ini, bakal ahli hendaklah

menghantar maklumat mengenai tempat kelahirannya, tempat kediaman terkini dan tempat di mana terletak ladang

getahnya kepada presiden persatuan yang akan membawa perkara itu kepada jawatankuasa untuk keputusan mereka.

Setiap ahli akan membayar yuran keahlian bulanan sebanyak $

1.20 kepada Bendahari sebelum hari ke 10 setiap bulan bagi memgekalkan keahlian mereka. Jika yuran keahlian tidak

dibayar selama 3 bulan, ahli itu dianggap sudah berhenti dan namanya akan dialihkan dari senarai nama ahli.

44 Yoshimura Mako, Japanese Occupation and Economic Policy in Malaya dlm. Sejarah-Jurnal Jabatan

(30)

bulletin of the Federated MalayStates 20, 1914, t.tp., t.pt. hlm. 42.

46 Lih. Kassim bin Thukiman, Penglibatan Orang-orang Jepun Dalam Sektor Ekonomi Di Negeri Johor Pada Awal Abad Ke-20 dlm. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies 20, 1992, hlm. 57. Johor

menjadi pilihan pelaburan getah Jepun disebabkan kedudukan geografinya yang strategik, berhampiran dengan

pelabuhan Singapura yang merupakan penghubung jalan perdagangan di antara Timur dan Barat. Tambahan pula, Johor

mengamalkan dasar tanah yang liberal dan sistem hak milik diperkenalkan sejak tahun 1910.

47 Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, 2001, hlm 126.

48 Hajime Shimizu, The Pattern of Economic Penetration of Prewar Singapore and Malaysia dlm. Saya Shiraishi & Takashi Shiraishi (pnyt.), The Japanese in colonial Southeast Asia, Ithaca, New York, SEAP Publications,

1993, hlm. 81. Pada awal abad ke-20, kebanyakan orang Jepun di Semenanjung Tanah Melayu bekerja dalam sektor

getah. Pada kemuncak industri pada tahun 1917, terdapat seramai 1,776 orang Jepun bekerja dalam sektor getah di

Semenanjung Tanah Melayu.

49

Ooi Loy Mui, Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga

Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Tesis Sarjana

Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997/1998, hlm. 3. Lih. juga Mehmet Sami Denker,

Internationalization of the Malaysian Economy: Role of Japan, Tesis Ph.D., Universiti Malaya, 1990, hlm. 63. Lih. juga

Mehmet Sami Denker & Sharifah Mastura Alsagoff, Kepentingan Ekonomi Jepun di Malaysia dan Hubungan

Jepun-Malaya Dari Pespektif Sejarah dlm. Ilmu Masyarakat 14, Januari 1988-Jun 1989, hlm. 34.

50 G. C.Allen, A Short Economic History of Modern Japan, 1867-1937, Ed. ke-2, London, Praeger, 1962, hlm. 87.

51 Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

(31)

52

P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing Limited, Hampshire, 2004, hlm. 41.

53

Ibid., hlm. 27.

54 Ibid.,hlm. 27. Lih. juga Chai Hon Chan, The Development of British Malaya, 1896-1909, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1967, hlm. 71.

55 Lih. surat dari Sd. O. F. Stonor, Secretary to Resident , Selangor kepada The Under Secretary, F.M.S., Kuala Lumpur bertarikh 24 Mac 1915 dlm. fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR

1441/1915, Enquiry whether Companis registered in Japan under Japanese Law are accepted in the Federated Malay

States for Registration as proprietors of land under the Registration of Titles Enactment, 15 Mac 1915. Mengikut

peruntukan “The British and Foreign Companies Enactment”, Nombor 9 tahun 1912, syarikat yang didaftarkan di Jepun

mengikut undang-undang Jepun perlu didaftarkan semula di Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah peruntukan ini

sebagai pemilik tanah di Selangor.

56 Paul H. Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945: A Social and Economic History, London, C. Hurst and Co. (Publishers) Ltd, 1998, hlm. 21.

57 V. Kanapathy, Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects, Singapore, Nanyang University, 1971, hlm. 3. Untuk maklumat lanjut mengenai perbezaan pelaburan asing antarabangsa pada kurun ke-19 dan 20, sila

lih. R. Nurkse, The Problem of International Investment Today in the Light of Nineteenth Century Experience dlm.

Economic Jurnal 64, 1954, hlm. 744-758. Lih. juga Helmut G. Callis, Foreign Capital In Southeast Asia, New York,

Arno Press Inc, 1976, hlm. 51.

(32)

pembiayaan dan menggalakkan perdagangan antara negara-negara Barat dengan Semenanjung Tanah Melayu, dengan

mendorong aliran modal dari negara-negara Barat ke Semenanjung Tanah Melayu. Lih. juga V. Kanapathy, Foreign

Investment in Malaysia: Experience and Prospects, Singapore, Nanyang University, 1971, hlm. 6. Tujuan utama

penubuhan bank-bank asing adalah untuk perkhidmatan industri negara mereka, dan mengambil bahagian dalam

keuntungan deposit perbankan dan perniagaan perbankan antarabangsa.

59 Lih. P. J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate Publishing Limited, 2004, hlm. Notes. Pada masa itu Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura menggunakan

matawang Dollar ($).

60 Lih. Rubi Ahmad & Sieh Lee Mei Ling, Sektor Kewangan dlm. Sieh Lee Mei Ling (pnyt.). Menangani

Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di Malaysia, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2007,

hlm. 328. Dari segi sejarah, keperluan untuk berada di tempat yang sama dengan pelanggan mereka adalah sebab yang

membawa syarikat-syarikat kewangan ke Semenanjung Tanah Melayu pada lewat kurun ke-19. Peranan mereka adalah

untuk memberikan perkhidmatan pertukaran asing kepada pedagang asing, selalunya mereka yang berasal dari negara

yang sama.

61 Helmut G. Callis, Foreign Capital in Southeast Asia, New York, Arno Press Inc, 1976, hlm. 52. Lih. juga Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore, Singapore University Press,

National University of Singapore, 1974, hlm. 47. Dengan perkembangan pesat industri getah dan bijih timah, bank-bank

ini mula mendirikan cawangan dan agensi di banyak Bandar di Semenanjung Tanah Melayu. Lih. juga ibid., hlm. 41.

Terdapat juga bank Belanda dan Amerika Syarikat seperti Nederlandsche Handel-Maatschappij N.V. dan First National

City Bank of New York. Lih. juga ibid., hlm. 48. Dua bank British yang lain ialah P. And O. Banking Corporation dan

Eastern Bank. Lih. juga ibid., hlm. 49. Dua bank Jepun yang aktif sebelum Perang Dunia Kedua ialah Bank of Taiwan

dan Yokohama Specie Bank. Keduanya ditutup menjelang penghujung Perang Dunia Kedua. Untuk maklumat lanjut,

(33)

63 D. Heng, Continuities and Changes: Singapore as a Port-City over 700 Years dlm. Biblioasia (Singapore:

Referensi

Dokumen terkait

Vertical Integration (integrasi vertikal) Strategi pertumbuhan dengan pende- katan integrasi vertikal adalah partum- buhan yang dilakukan dengan meng- akuisisi perusahaan lain

Analisis Kepuasan Wisatawan Terhadap Produk Wisata di Maribaya Natural Hot Spring Resort Lembang Kabupaten Bandung Barat.. Universitas Pendidikan Indonesia

Peta Karnaugh ( K - map ) mirip dengan tabel kebenaran yang menampilkan keluaran persamaan Boolean untuk tiap kemungkinan kombinasi variabel masukkan, menentukan

Pembelajaran adalah proses dan usaha yang dilakukan oleh guru atau pendidik untuk menyampaian materi kepada siswa melalui proses pengorganisasian materi, siswa dan

Untuk mengatasi permasalahan tersebut maka digunakan metode Warehouse Management System dengan mengusulkan untuk diterapkannya Standart Operating Procedure (SOP)

Divisi Cyanophyta merupakan indikator untuk perairan yang kotor, Berdasarkan (H’), kondisi sungai pada stasiun 2 termasuk dalam katagori tercemar berat dengan

Berdasarkan analisis statistik menunjukkan pengaruh pemberian dosis pupuk bio-slurry terhadap pertumbuhan dan produksi tanaman kembang telang ( Clitoria ternatea )

Berdasarkan hasil observasi yang telah dilakkan oleh pengamatan terhadap pengamatan aktivitas siswa pada siklus I selama pembelajaran berlangsung dengan menerapkan