Maruwiah Ahmat
BAB 4
PERADABAN ISLAM DI
NUSANTARA II
IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN
Menghuraikan kegemilangan Islam di Nusantara. Menghuraikan pengaruh Islam terhadap masyarakat Nusantara. 4.1 Kedatangan Islam ke Nusantara 4.2 Kegemilangan Islam di Nusantara 4.3 Kedudukan Islam di Malaysia 2
FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN
PENDAHULUAN
3
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Selepas kedatangan Islam, perubahan paling ketara ialah
perkembangan sektor pendidikan secara Islam. Sikap mementingkan ilmu membawa kepada berkembangnya pendidikan dan institusi pendidikan formal.
Sistem pemerintahan berasaskan Islam iaitu institusi
kesultanan.
Seni khat, seni bina dan seni ukir masyarakat Nusantara
dipengaruhi oleh kesenian Islam.
Institusi ekonomi seperti Baitul Mal diperkenalkan. Unsur-unsur
yang halal semasa urus niaga diamalkan. Amalan riba, penindasan dan penipuan adalah dilarang.
Mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu ditingkatkan. Cara hidup atau budaya Islam diasimilasi dalam budaya
masyarakat Asia Tenggara.
4
Politik
Peruntukan tentang kuasa-kuasa perundangan (legislatif), pentadbiran (eksekutif) dan kehakiman (judiciary) yang tertinggi adalah mengikut sistem Sahifah Madinah yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW.
Tujuannya untuk mengikat perjanjian persefahaman bersama antara golongan sesama Islam dan golongan bukan Islam untuk menjaga hak dan tanggungjawab bersama bagi menjamin keutuhan negara Islam.
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
5
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Selain itu, Islam juga telah membentuk pemikiran politik yang
berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, dan antaranya ialah wujudnya kerajaan Melayu yang menggunakan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara, contohnya kerajaan Melaka dan Aceh.
Kerajaan Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomasi
kerajaan China. Ketika Melaka muncul sebagai kerajaan yang tersohor, hubungan dengan kerajaan China terutama semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo semakin erat kerana pada ketika itu Islam sistem Islam banyak memainkan peranan dalam pentadbiran.
Kemunculan empayar Melaka dan Aceh telah meluaskan lagi
pengaruh Islam di sekitar kepulauan Nusantara.
6
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Kewujudan kerajaan Islam
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membuka banya pusat dagangan dan juga kerajaan Islam. Kerajaan yang pernah muncul ialah:
Ta-Shih (abad ke-7), Sribuza Islam (718), Perlak (840-986 M), Samudera-Pasai (1042-1450 M), Acheh Darussalam (1205-1675), Demak (1475-1550), Pajang (1568-1586), Mataram II (1586-1755), Brunei, Sulu dan Patani.
Kerajaan Islam juga pernah lahir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Beruas, Melaka dan Johor.
7
Sistem kesultanan dipraktikkan secara meluas di Nusantara.
8
Undang-undang
Selepas kedatangan Islam, undang-undang Melayu telah diubah suai mengikut undang-undang Islam. Undang-undang-undang Islam bermula bermula apabila Raja Melaka memeluk Islam pada abad ke-15.
Pada peringkat awal undang-undang adat ditokok tambah dan diubah suai dengan unsur-unsur Islam. Ini dapat dilihat dalam versi Hukum Kanun Melaka yang mengandungi undang-undang adat dan undang-undang Islam.
9
Dalam Hukum Kanun Melaka, hanya 40.95% atau 18 fasal menurut undang-undang Islam. Contohnya dalam kesalahan membunuh. Selain itu terdapat undang keluarga berdasarkan undang-undang Islam.
Manakala Undang-undang Laut Melaka yang mempunyai 25 fasal, satu fasal sahaja
menghuraikan tentang zina yang mengikut undang-undang Islam sebenar. Undang-undang-undang berkenaan hal-hal di laut banyak berunsurkan hukum dan peraturan adat.
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
10
Pendidikan
Pengaruh terbesar kedatangan Islam dapat dilihat dalam pendidikan.
Pengajaran ilmu berasaskan Islam dilakukan secara meluas.
Kanak-kanak Islam diwajibkan mempelajari cara-cara membaca Al-Quran.
Pada awalnya, guru-guru agama adalah orang asing – Arab, India dan Parsi.
Kemudiannya lahir ulama Melayu.
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
11
Sebelum itu pendidikan masyarakat lebih menjurus
kepada adat-istiadat terutama faham Hindu dan unsur animisme, tetapi setelah Islam sampai pendidikan lebih kepada penilaian akal budi serta adab dan akhlak.
Pendidikan lebih kepada memahami Allah atau Maha
Pencipta, seperti pengenalan ilmu Tauhid, Fekah (Fiqh), Muamalat (Jual Beli), Usuluddin dan Syariah.
Kanak-kanak mula mempelajari al-Quran sebagai asas
utama, kelas-kelas al-Quran dibuka oleh guru-guru agama dan imam-imam.
Surau, Masjid, Rangkang dan Pondok (Pesantren)
didirikan bagi memberi ruang kepada masyarakat mempelajari agama dengan lebih luas lagi.
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
12
Peranan institusi pendidikan ini juga bukan sahaja terhad kepada bidang keilmuan, tetapi lebih kepada pusat pentadbiran dan perbincangan. Istana turut dijadikan kutab dan medan
pembicaraan keilmuan yang turut melibatkan pihak pemerintah pada masa itu.
Semangat jihad juga turut didedahkan kepada masyarakat, kesannya masyarakat sanggup mempertaruhkan diri demi mempertahankan agama Islam.
13
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Selepas kedatangan Islam, pendidikan madrasah sangat popular dan terus berlangsung hingga sekarang. Pelajaran yang diajar biasanya pengajian Al-Quran dan Fardu Ain.
14
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Bahasa dan Tulisan Jawi
Sebelum kedatangan Islam Bahasa Jawa Kuno dan bahasa Melayu Kuno merupakan bahasa tempatan yang dominan.
Manakala bahasa Sanskrit dari India merupakan bahasa ilmu.
Selepas kedatangan Islam, bahasa Sanskrit digantikan dengan bahasa Melayu, dan menjadi bahasa lingua franca di Alam Melayu.
15
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
Arca yang ditemui di Lembah Bujang bertulisan Sanskrit.
28 Huruf Arab
• Huruf-huruf
berdasarkan Al-Quran
6 huruf Parsi/Melayu • Tambahan untuk disesuaikan
dengan bahasa Melayu
• (ﭺ .r. ? . t. ڠ, ڽ ) 16
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
Perkembangan tulisan Jawi
17
Faktor bahasa dan tulisan mempengaruhi masyarakat Melayu,
penggunaan tulisan jawi sebagai alat komunikasi utama.
Tulisan jawi digunakan secara meluas, bahkan tulisan jawi
masih berterusan terutama apabila berhubung dengan raja-raja Melayu.
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa penyebaran Islam di
alam Melayu atau Nusantara. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa Islam telah memantapkan kekuatan Islam di Nusantara.
Di samping itu, ia juga menjadi bahasa ilmu yang boleh
menyesuaikan pelbagai istilah Arab sebagai kata pinjam.
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
18
Perkataan Melayu berasal dari Arab 4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
19
Kesenian (Seni Bina/Ukir)
Pengaruh Islam - batu nisan, makam, masjid dan khat.
Antara batu nisan yang menampakkan pengaruh Islam ialah batu nisan Syeikh Abd al-Qadir bertarikh 903 M di Kedah.
Batu nisan Maulana Malik Ibrahim berbentuk kapal terbalik menunjukkan pengaruh Parsi. Ini termasuk pengaruh tulisan dan hiasan dedaunnya.
20
Kesenian Islam (Seni Bina/Ukir)
21 22
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Kesenian Islam (Muzik dan Dendangan)
Islam tidak melarang kegiatan hiburan dijalankan. Tokoh Islam terkenal, al-Farabi adalah ahli muzik
yang handal sehingga mampu mencipta alat muzik. Muzik Islam pada awalnya adalah berasaskan
ketuhanan dan memuji-muji Rasulullah SAW. Marhaban, berzanji dan hadharah masih popular
dan didendangkan di majlis-majlis keramaian Islam. Nyanyian lagu-lagu keagamaan juga berkembang
pesat di negara-negara Islam termasuk Malaysia (nasyid).
23
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA Kesenian Islam (Seni Muzik dan Hiburan)
24
Sosial dan Budaya
Islamisasi yang berlaku di Alam Melayu pada ketika itu
telah memberi kesan besar terhadap dunia Melayu. Antaranya ialah pembentukan sosial dan budaya Melayu Islam. Kedatangan Islam telah banyak merubah budaya dan sosial masyarakat Nusantara.
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas perubahan
sosial dan budaya pada masyarakat adalah amat jelas terutama yang berkaitan undang-undang kekeluargaan.
Islam telah menyatukan masyarakat melalui asimilasi
budaya yang dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Budi bahasa serta adab masyarakat banyak berteraskan ajaran Islam.
25
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Perubahan sosial Cara bergaul Pakaian Amalan bermasya rakat Kejiranan Perayaan 26
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Ekonomi
Kedatangan Islam juga turut memberi kesan terhadap sistem
ekonomi, di mana penggunaan mata wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam.
Selain itu, sistem perdagangan yang diamalkan terutama di
Melaka pada masa itu banyak merujuk kepada perniagaan yang berlandaskan Islam. Contohnya, Hukum Jual Beli dan Hukum Riba turut dikuatkuasakan.
Kesan terhadap sistem ekonomi yang berlandaskan Islam ini telah
menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Para pedagang luar datang ke Melaka untuk menguruskan
perniagaan mereka, antaranya China, India (Gujerat), Arab, Parsi dan negara-negara di Nusantara sendiri.
27
3.2 KEMASYARAKATAN
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Keselamatan di perairan Nusantara juga turut mempengaruhi kegiatan ekonomi Islam, terutama Selat Melaka yang telah membantu merancakkan lagi hubungan perdagangan serta kegiatan ekonomi rantau Nusantara.
28
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
29
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
30
3.2 KEMASYARAKATAN
31 32
Sumbangan Kerajaan Pasai (1009-1444 M)
Penerimaan Islam di Perlak yang diikuti oleh Pasai berlaku pada sekitar kurun ke-12 M.
Seorang ulama dari Tanah Arab bernama Sheikh Ismail al-Siddiq yang diutus oleh Syarif Makkah ke Sumatera Utara, berjaya mengislamkan daerah Barus, Lamri, Haru (Aru), Perlak dan Pasai. Negeri Pasai ketika itu diperintah oleh Meurah Silu
(1261-1289 M) yang kemudian menukar nama kepada Malik al-Salih setelah memeluk Islam.
33
Sultan Malik al-Salih memeluk Islam dengan mengahwini
puteri Perlak.
Kegiatan pengislaman di Alam Melayu makin meningkat
dan menjadikan Samudera-Pasai sebagai sebuah negara Islam pada abad ke-13 M.
Pada 1345 M, kerajaan Pasai dikunjungi oleh Ibn
Battutah, dengan melaporkan sultan Pasai ketika itu ialah Sultan Malik al-Dzahir II yang merupakan seorang yang salih.
Sultan itu juga memberi penghormatan yang tinggi
kepada pedagang dan orang asing terutama golongan ulama.
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Kesannya, Pasai berjaya mengislamkan kawasan-kawasan sekitarnya terutamanya di Sumatera Utara.
34
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
35
Tokoh-tokoh Kerajaan Pasai 4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Sultan Malik Al-Salih (1261-1289 M)
• Nama sebenarnya Meurah Silu, raja Samudera
yang pertama Islam.
• Sangat mengambil berat mengenai penyebaran
Dakwah Islamiyah.
Sultan Ahmad Malik al-Zahir (1326- 1350 M)
• Nama sebenarnya Raja Ahmad. • Seorang yang alim.
• Sering bermuzakarah dengan ulama membicarakan sesuatu hukum. • Pasai menjadi pusat pendidikan teragung
di Nusantara ketika itu. • Sultan Mansur Shah pernah mengirim
36
Sumbangan Kerajaan Melaka (1409-1511 M)
Melaka dibuka pada tahun 1400 M. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
pada abad ke-15 bermula dari Melaka.
Parameswara memeluk Islam pada
1414 M menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah.
Pengislaman ini diikuti oleh pembesar
dan rakyat jelata.
37
Setelah memeluk Islam, Megat
Iskandar Syah mengujungi China atas galakan Laksamana Cheng Ho, duta besar China ke Melaka.
Laksama Cheng Ho telahpun
Islam.
Rombongan Melaka pulang
bersama beberapa ahli pertukangan yang kemudian ditugaskan membina masjid di Melaka.
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
38 Melaka menjadi tumpuan negara-negara Islam.
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
39
Kesannya, empayar Majapahit di Jawa runtuh kerana merosotnya kegiatan perdagangan.
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
40
Tokoh-tokoh Kerajaan Melayu Melaka 4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Sultan Muzaffar Syah (1446-1456 M)
Sultan Mansur Syah (1456-1477 M)
Bendahara Tun Perak (1456-1498 M)
41
Sultan yang ke-4. Menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Pertama bergelar sultan.
Menguatkan pertahanan Melaka, dgn menggagalkan serangan Siam pada 1456 M.
Pernah melawat China.
Sultan yang ke-5. Memantapkan hubungan Melaka-China. Berkahwin dengan Puteri Hang Li-po.
Pada 1470 M, Melaka menjadi sebuah empayar yang terkuat di rantau Nusantara.
Bendahara ke-5. Menjadi bendahara kepada 4 orang sultan. Berjaya mematahkan serangan Siam di Batu Pahat. Bertanggungjawab melantik sultan, contohnya Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud.
4.2 KEGEMILANGAN ISLAM DI NUSANTARA
42
Sumbangan Kerajaan Acheh (1500-1650 M)
Setelah Melaka dijajah oleh Portugis, pusat
penyebaran dan perdagangan Islam berpindah ke Acheh.
Kerajaan Acheh didirikan oleh Raja Pasai, Raja
Ibrahim yang bergelar Sultan Alaiddin Ali Mughayat Syah (1511-1530 M).
Acheh mempunyai jajahan takluk yang luas – Haru
(Aru), Deli, Siak, Asahan, Tanung Balai, Rokan, Inderagiri, Salida, Johor, Pahang, Perak dan Kedah.
43
Kesannya, peranan Acheh dapat menyekat kemaraan Portugis di rantau Nusantara terutama di sebelah Barat.
44
Tokoh-tokoh Kerajaan Melayu Acheh
Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636 M)
• Memerintah selama 29 tahun.
• Sangat gigih menentang Portugis di Melaka. • Memperkemaskan angkatan tentara,
memperkukuhkan ekonomi dan institusi pendidikan.
Sultan Iskandar Thani (1636-1641 M)
• Seorang yang warak.
• Kerajaan Acheh menghadapi ancaman Portugis
dan Belanda.
• Lebih giat menyebarkan dakwah Islamiyah.
45
Aktiviti 12- Pemahaman (Lisan)
1. Apakah perubahan masyarakat Nusantara paling ketara sekali selepas kedatangan Islam? 2. Apakah persaman kerajaan Pasai, Acheh dan
Melaka yang menyumbang kepada kepesatan kerajaan-kerajaan ini?
3. Bagaimanakah pengislaman Parameswara mempengaruhi kepesatan pengislaman masyarakat Melaka?
46
Aktiviti 13 - Kuiz 3
Jawab soalan-soalan yang diberi.
Anda tidak dibenarkan merujuk nota atau