Maruwiah Ahmat
BAB 4
PERADABAN ISLAM DI
NUSANTARA I
IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN
Menjelaskan kesan kedatangan Islam ke Nusantara Menjelaskan faktor-faktor perkembangan Islam di Nusantara 4.1 Kedatangan Islam ke Nusantara 4.2 Kegemilangan Islam di Nusantara 4.3 Kedudukan Islam di Malaysia 2
FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN
3 Nusantara termasuk wilayah Asia Tenggara yang termasuk pulau-pulau Melayu seperti Borneo, Sumatera, Kepulauan Riau, Jawa, Maluku, Luzon, dan Mindanao.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
4
Terdapat 2 jenis kepercayaan yang menguasai Alam Melayu iaitu:
1. Amalan warisan budaya tempatan yang kuat berpegang kepada aninisme dengan
mempercayai wujudnya roh yang boleh menguasai manusia.
2. Pengaruh Hindu-Buddha, ajaran Hindu-Buddha yang mengagongkan dewa dewi telah mempengaruhi masyarakat Melayu. Budaya agama Hindu masih mempengaruhi masyarakat Melayu.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
5
Pengaruh agama Hindu dari kitab-kitab Mahabratha, Bhagawad Gita dan Baratayudha mempengaruhi kesenian masyarakat Melayu.
Contoh seperti wayang kulit.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
6
Kesusateraan Hindu yang mempengaruhi kesusasteraan Melayu ialah dari Epik Mahabharata:
Hikayat Pendawa Lima Hikayat Pendawa Jaya Hikayat Panca Kelima Hikayat Pandawa Hikayat Sang Boma
Daripada Epik Ramayana:
Hikayat Seri Rama Hikayat Maharaja Rawana
7
Pengaruh Hindu terhadap sistem politik Nusantara mewujudkan sistem feudal berasaskan sistem kasta yang dipraktikkan oleh agama Hindu. Raja Pembesar/ Bangsawan Pegawai-pegawai Kerajaan Tuan-tuan tanah Rakyat/petani 8
Kerajaan-kerajaan Hindu yang menguasai rantau Asia Tenggara ialah kerajaan Langkasuka, Tambralinga, Kedah Tua (Lembah Bujang), Srivijaya, Mataram dan Majapahit.
9
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
Kedatangan Islam ke Nusantara?China
India
Arab
10
Islam dari India:
Teori ini dibawa oleh sarjana Barat – Snouck Hugronje, Moquette, Brian Harrison, Thomas Arnorld, Weirtheim. Kerana telah ada hubungan perdagangan masyarakat
Nusantara dengan pedagang India Muslim di sekitar abad ke-13 M.
Namun orientalis Barat tidak sepakat dari mana tempatnya, sama ada Gujerat, Banggala atau Malabar.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
11
Gujerat – Kebanyakan orientalis dan G. P. Moquette; hujah -
batu nisan di Pasai (Maulana Malik Ibrahim) bertarikh 1428 M dan Gerisek (Umar ibn Ahmad Kazaruni) 1419 M mempunyai bentuk di Gujerat.
Tolak - Tetapi Kesultanan Pasai telah menerima Islam pada
tahun 1042 M lagi, sedangkan Gujerat menerima Islam semasa berada di bawah Kesultanan Delhi iaitu tahun 1301 M.
Banggala atau Malabar – Thomas Arnorld & B. Harrison; hujah
- pedagang Mazhab Syafie yang terdapat di daerah-daerah ini adalah sama mazhab dengan mazhab di Nusantara. Sedangkan di Gujerat Mazhab Hanafi.
Tolak – mereka mengatakan Islam datang pada abad ke-13
M, tetapi Islam telah bertapak di Nusantara sejak abad ke-7 M lagi berdasarkan batu nisan di Jawa.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
12
Pengaruh India di Tanah Melayu:
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
Pedagang Muslim terutama di utara – mamak atau keling
Budaya India-Hindu di Tanah Melayu
Masjid berseni bina India/dibina orang India-Muslim
Strata sosial dalam Hukum Kanun Melaka
13
Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang dibina pada abad ke-18 oleh saudagar India Muslim.
Masjid India Muslim di Ipoh dibina pada 1908 digunakan oleh masyarakat India-Muslim bermazhab Hanafi.
14
Islam dari China:
Teori ini berdasarkan catatan orang Cina Islam bahawa
orang Arab-Islam telah datang ke China pada zaman pemerintahan Maharaja T’ai Tsuing dari Dinasti Pang (627-650 M).
Dicatatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah
mengutus seorang pendakwah bernama Wahab Abi Kabsyah yang kemudian meninggal dunia di Canton dan dikebumikan di sini.
Khalifah Uthman ibn Affan pernah mengutus Saad ibn Abi
Waqqas yang telah mengasaskan sebuah masjid di Canton yang diberi nama Wan Shin-zi (masjid kenangan Nabi). 15 Masjid Huaisheng telah dibina oleh Saad bin Abi Waqas pada 650-an.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
16
Hubungan erat antara Islam dengan China terjalin apabila
Khalifah Abu Jaafar dari kerajaan Abbasiyah telah menghantar 10,000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan untuk membantu Maharaja Hsnan Tsung (755 M) mengalahkan pemberontakan menentangnya. Kesannya, kerajaan China memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada orang Islam di sana.
Pada tahun 878 M, tercetus satu pemberontakan besar di Canton yang dikaitkan dengan rasa tidak senang hati dengan kemajuan ekonomi yang dicapai oleh orang Islam di China.
Seramai kira-kira 100,000 orang asing terbunuh, majoritinya orang Arab. Ini menyebabkan baki orang Arab di Canton melarikan diri ke Nusantara dan menyebarkan Islam.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
17
Terdapat juga catatan Dinasti Sung bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari negara China pada awal 977 M.
Terdapat batu nisan Fatimah binti Maimon yang bertarikh 1082 M di Leran, Jawa Timur ada persamaan dengan batu nisan di Phanrany, Champa Selatan bertarikh 1035 M dan 1039 M.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
18
S. Q. Fatimi & R. O. Windstedt – hujah-
Terdapat kewujudan batu nisan yang bertulis khat Khufi bertarikh 1039 M dan tugu yang bertarikh 1025 M dan 1039 M di Champa (Vietnam).
Khat khufi popular di China. Pada tugu ini terdapat catatan yang
berkait dengan hukum-hukum Islam.
Penemuan batu bersurat di Kuala
Berang, Terengganu memperkukuhkan teori Islam dibawa dari China dan Champa kerana penggunaan khat Khufi.
Tolak – orang Cina bermazhab
19
Pengaruh/Hubungan China-Tanah Melayu:
Masjid berseni bina China di Melaka
Sejarah kedatangan Laksamana Cheng Ho
Penyebaran penggunaan khat khufi
Hubungan diplomatik kerajaan Melaka-China (Dinasti Tang)
20
Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Keling (1748) dibina pada abad ke-18, antara masjid tertua di Malaysia. Namun seni binanya juga mempunyai pengaruh Hindu pada ukiran selain pengaruh China pada menara pagoda.
21
Islam dari Arab:
Teori kedatangan Islam dari Arab mendapat sokongan kebanyakan ahli sejarah, terutama sejarawan tempatan + Prof. Dr. Syed Muhammas Naquib Al-Attas, Prof. Dr. HAMKA.
Hujah – Pengaruh tulisan jawi, sama dengan Arab, Cuma beberapa penambahan utk disesuaikan dengan bahasa Melayu.
Cara sebutan Arab (bacaan Al-Quran) di Nusantara sama dengan cara di Asia Barat dan Timur Tengah.
3.2 KEMASYARAKATAN
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
22
Bukti daripada catatan sejarah
dengan jelas menyatakan pengislaman raja-raja di Alam Melayu dilakukan oleh pendakwah dari Timur Tengah.
Contohnya Maharaja Derbar II
(Kedah) yang memerintah pada 1136 M telah memeluk Islam daripada Syed Abdullah bin Syeikh Ahmad dari Yaman dengan memakai nama Sultan Muzaffar Shah.
Negeri Kedah juga digelar Darul
Aman.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
23
Parameswara (1414), raja Melaka yang pertama pula memeluk Islam dari Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah serta menukar namanya kepada Megat Iskandar Shah.
Pengislamannya membawa kepada
tersebarnya Islam di Melaka.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
24
Semua catatan sejarah melaporkan sultan-sultan Melayu dari Melaka hingga Sulu disilamkan oeh orang Arab.
Para pedagang Arab yang berdagang di Nusantara melalui pelabuhan Yaman. Pelabuhan Hadhramaut menjadi tempat persinggahan pedagang dari seluruh dunia termasuk pedagang Melayu. Antara barang dagangan orang Melayu ialah rempah ratus dan kapur barus.
Bahasa Melayu menerima banyak pengaruh bahasa Arab.
25
C. A. Manjul & Wang Gungwu – perkembangan Islam di Nusantara walaupun datang dari India tetapi disebarkan oleh orang Arab. Tiada catatan sejarah menyebut bahawa kedatangan Islam di Alam Melayu dilakukan oleh pendakwah berketurunan India mahupun China.
Khalifah Muawiyah ibn Abi Sufyan pernah melakukan dakwah Islamiyah ke atas Kerajaan Srivijaya.
Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pemerintah Srivijaya yang dikenali sebagai Raja Sri Indavarman telah memeluk Islam. Kerajaan Srivijaya dinamakan Sribuza Islam. Khalifah al-Makmun dan rombongannya telah sampai di Perlak,
Sumatera.
26
Pada tahun 100 H (718 M) Maharaja Srivijaya yang bernama Sri Indravarman mengutus sepucuk surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan memohon baginda menghantar seorang ulama bagi menerangkan tentang agama Islam. Surat tersebut berbunyi:
27
Daripada Raja kepada sekalian Raja yang merupakan
keturunan dari seribu Raja-Raja, yang permaisurinya juga merupakan cucu kepada seribu Raja-Raja, yang taman haiwannya mengandungi seribu gajah, yang di dalam wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon jadam, rempah wangi, buah pala dan limau nipis yang aromanya tersebar sejauh 12 batu. Ke hadapan Raja Arab yang tidak menyembah tuhan-tuhan yang lain selain Allah. Aku telah mengirim padamu satu hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan. Aku mohon agar kamu menghantar padaku seseorang yang boleh mengajarku tentang Islam dan menerangkan padaku undang-undangnya.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
28
Kajian tentang salasilah kebanyakan raja-raja Melayu seperti Brunei, Perlis, Acheh, Patani, Champa dan Pontianak menunjukkan mereka berketurunan Ahli Bait. Orang Arab yang berdakwah datang dari
Hadhramaut, Yaman menyebarkan Islam di Tanah Melayu.
Buktinya nama-nama keluarga seperti Syed/Syarifah
di Alam Melayu seperti al-Sagoff, al-Junaid, al-Bar dan al-Hadid mempunyai perkaitan dengan Hadhramaut.
Mazhab Hadhramaut adalah Mazhab Shafie.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
29 Yaman India Nusantara Arab Saudi China 30
Islam datang dari pelbagai arah sama ada secara kecil-kecilan atau secara berkelompok. Memang ada orang Islam datang dari India dan China menyebarkan Islam di Nusantara namun tidak menyeluruh.
Islam di Nusantara khususnya di Malaysia lebih terkesan dengan fahaman atau cara pembawaan Islam yang datang dari Tanah Arab. Bukti yang jelas ialah cara sebutan huruf Arab orang Melayu tidak sama dengan cara sebutan orang India di India dan orang Islam tanah besar China.
4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA
31
Aktiviti 11 – Pemahaman (Lisan)
1. Sebenarnya, pada pendapat kamu, golongan manakah yang menyebarkan Islam di Nusantara berdasarkan hujah-hujah yang nyata?
2. Bagaimana persamaan mazhab mempengaruhi punca penyebaran Islam?
3. Apakah faktor-faktor lain yang boleh menjadi bukti dari mana Islam itu disebarkan?