• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4 PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA III

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 4 PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA III"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Maruwiah Ahmat

BAB 4

PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA III

IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN

Menghuraikan

kegemilangan Islam di

Nusantara.

Menghuraikan

pengaruh Islam

terhadap masyarakat

Nusantara.

4.1 Kedatangan Islam ke Nusantara 4.2 Kegemilangan Islam di Nusantara 4.3 Kedudukan Islam di Malaysia 2

FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN

3

Islam merupakan agama yang mempunyai bilangan

penganut terbesar di Malaysia iaitu sekitar

60%

daripada jumlah penduduk.

Majoriti penganut beragama Islam di malaysia

menganut

Mazhab Syafie

, iaitu sebuah daripada

Aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Namun terdapat golongan minoriti India yang

mempraktikkan Mazhab Hanafi

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

4

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Agama Islam ialah anutan orang Melayu

sejak lebih 500 tahun lalu. Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris, orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Walaupun penjajah British berjaya

mendapat hak untuk menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, namun mereka tetap membiarkan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu kekal di bawah kuasa raja-raja Melayu.

5

 Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi Persekutuan. Pada masa yang sama, kebebasan beragama terus dipertahankan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan aman di mana-mana bahagian dalam Persekutuan.

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

6

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri diberi kuasa oleh perlembagaan untuk menubuhkan, menyelenggara atau membantu pertubuhan dan institusi Islam, atau mengeluarkan peruntukan tertentu untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undang Syariah, serta majlis-majlis keagamaan yang berkaitan dengan Islam.

(2)

7

Perlembagaan Persekutuan juga membenarkan sejumlah peruntukan untuk pengajaran agama Islam kepada para pelajar yang beragama Islam di semua sekolah bantuan penuh kerajaan dengan syarat jumlah pelajar Islam di sekolah itu tidak kurang daripada 15 orang.

8

Islam dalam Perlembagaan

 Peruntukan mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna Malaysia adalah sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama negara (agama persekutuan) tetapi hak untuk penganut agama lain mengamalkan agama dan kepercayaan mereka tidak disekat. Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan- Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

 Namun, hak seseorang untuk mengembangkan agama lain boleh disekat atau dikawal oleh undang-undang negeri, atau undang-undang persekutuan bagi Wilayah Persekutuan. Mereka dilarang menyebarkan agama lain kepada umat Islam. Perkara 11(4). Agama Islam Buddha Kristian Hindu Lain-lain 9

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Agama-agama di Malaysia

60.8% 18.9% 9.1% 6.2% 5% 10

Kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan

Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah

Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Takrifan Melayu - sosiobudaya dan Perlembagaan Persekutuan.

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

11

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Masjid

adalah pusat ibadat dan institusi agama yang

penting.

Masjid akan ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang

terdiri daripada nazir, imam, bendahari, bilal dan

siak. JK ini dilantik oleh Jabatan Agama Islam negeri.

Fungsi masjid

:

Tempat ibadat solat fardu dan sunat.

Tempat majlis ilmu seperti ceramah agama, kelas

fardu ain dan fardu kifayah.

Tempat sosial – seperti majlis-majlis kenduri;

korban, perkahwinan, khatan, aqiqah.

12

(3)

Yang

di-Pertuan Agong Islam Malaysia Majlis Agama Majlis Agama Islam Negeri

Jabatan Agama Islam Mahkamah Syariah Pendidikan Islam 13 Sultan/Raja

Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan, penasihat agama ialah Yang di-Pertuan Agong

Institusi Majlis Agama Islam di Malaysia

1

2

3

4

5

6

14

Yang di-Pertuan Agong

 Perkara 32 menyatakan YDP sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan,

dan Isterinya.

 Perkara 32 (1) - Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi

Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan

daripada segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas.

 Perkara 32 (2) - Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong)

hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

 Perkara 32 (3) - Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja

bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja.

1

15

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan hak:

Memperkenankan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen Melantik Perdana Menteri dan

Jemaah Kabinet, Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim, Duta-duta dan Pesuruhjaya Tinggi ke luar negara

Menerima nasihat daripada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

16

Mengampunkan setiap

kesalahan sama ada di mahkamah sivil yang dilakukan di Wilayah Persekutuan atau di mahkamah tentera. Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

17

Sebagai

Ketua Agama Islam

di negeri-negeri

yang tidak beraja

‡Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam

politik dan pemerintahan negara.

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

18

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Majlis Agama Islam Malaysia

1. Membincang, menimbang dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujukkan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja, mana-mana kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atau seseorang ahli Majlis, dengan tujuan hendak memberi nasihat atau pengesyoran.

2. Memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran agama Islam atau pelajaran agama Islam. Majlis ini menjadi forum tertinggi agama bagi membincang dan memutuskan masalah-masalah dasar agama yang memberi kesan yang besar kepada agama dan umat islam di negara ini.

(4)

19

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri

Berfungsi menjadi badan penasihat Sultan/Raja dalam hal agama dan adat

istiadat Melayu. Bertanggungjawab dalam negeri masing-masing. Jabatan Agama Islam bernaung di bawah Majlis Agama Islam.

3

20 Sultan/Raja

Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai

bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam.

Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi.

Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam.

Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja

seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong.

4

21

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Jabatan Agama Islam merupakan sebuah daripada institusi

keagamaan yang penting bagi penganut Islam di Malaysia.

 Setiap negeri di Malaysia mempunyai Jabatan Agama Islam

masing-masing (JAIK, JAIP, JAIS, JAINS, JAIJ, JAWI)

 Fungsinya adalah untuk mentadbir dan menguruskan aktiviti

berkaitan dengan agama Islam bagi setiap negeri.

 Antara aktiviti yang dijalankan termasukkan urusan

perkahwinan dan perceraian, pentadbiran masjid, mengeluarkan risalah dan penerangan berkaitan dengan isu-isu terkini, menjalankan program dakwah dan juga penguatkuasaan undang-undang kekeluargaan Islam dan jenayah syariah.

5

22

Fungsi Jabatan Agama Islam

Urusan zakat Baitulmal Dakwah Pendidikan Pengurusan masjid

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

23 Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

24

Mahkamah Syariah adalah satu lagi institusi keagamaan

yang penting. Percanggahan dan pertelingkahan dalam undang-undang kekeluargaan Islam akan diselesaikan di Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah hanya berkuasa membicarakan

mereka yang beragama Islam sahaja, dan bidang kuasanya tidak merangkumi orang bukan Islam.

Perkara yang kerap dibicarakan di mahkamah ini

termasuk pertelingkahan dalam perceraian, tuntutan harta sepencarian dan nafkah, hak penjagaan anak-anak selepas perceraian dan kesalahan jenayah syariah.

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

(5)

25

 Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.

 Pada kurun ke-15, Islam telah bertapak di Melaka. Undang-undang Islam mula digunakan apabila pembesar dan raja-raja memeluk agama Islam. Risalah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Pahang adalah undang-undang Islam yang telah wujud ketika itu. Sebelum kedatangan British, undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Tanah Melayu.

26 Bangunan Mahkamah Syariah Kuching 27 Bangunan Mahkamah Syariah Ipoh

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

28

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan dan undang-undang negara. Meskipun pada 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudiannya Belanda telah menjajah Melaka, kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas.

Mulai 1786, kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik mula usaha mengesampingkan Undang-undang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu tidak mempunyai sebarang sistem perundangan (undang-undang) dan mendakwa undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim. Dakwaan mereka palsu kerana ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis.

29

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

 Pada 1880, Inggeris mula memenuhi kehendak rakyat Tanah Melayu dengan akhirnya bersetuju menggubal Ordinan Perkahwinan Mohammedan No. 5 Tahun 1880 (kahwin dan cerai umat Islam).

 Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah.

 Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama.

30

Sejak tahun 1952, Enakmen Pentadbiran

Undang-Undang Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan dikuatkuasakan. Ia merupakan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang pertama, terlengkap ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan Islam.

Kuatkuasa undang-undang itu adalah khas untuk umat

Islam dan terhad kepada bidang munakahat, waris kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir sahaja. Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat.

(6)

31 Kompleks Mahka-mah Jalan Duta yang memuat-kan semua jenis mahka-mah WP. 32

Tujuan dan peranan Mahkamah Syariah

 Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan

kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah swt berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

 Menjalankan pentadbiran agama Islam mengikut Al-Quran

dan Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam

 Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada

ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.

33

Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumah tangga.

Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumah tangga.

Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumah tangga agar dapat membina rumah tangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.

Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai.

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

34

 Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.  Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi,

minum arak, riba, khalwat, dan perkara mungkar lain.  Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka

dan hal-hal berkaitan seperti wasiat.

 Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan.  Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab

memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa.  Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan

sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh.

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

35

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

36

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Pelaksanaan pengadilan di Mahkamah Syariah Mahkamah Rendah Syariah

 Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri.

 Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut.  Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan

(7)

37

Mahkamah Tinggi Syariah

Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan

kepadanya.

Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah.

Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid.

Menguruskan kes-kes rayuan.

Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan

(bagi sesetengah negeri).

38

Mahkamah Rayuan Syariah

Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan. Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan

hukuman oleh Mahkamah Syariah.

Mengurangkan hukuman.

Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula

atau ulang bicara.

Menerima rayuan responden yang dihukum penjara

atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

39

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Bidang Kuasa

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagai-mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.

40

Contoh kes-kes yng dibicarakan di Mahkamah Syariah Melaka.

41

Perlembagaan Malaysia 1965

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh

Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:

Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman

penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja:

- Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau - 6 bulan penjara atau

- Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

42

Perlembagaan Malaysia 1984

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:

Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja:

- Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau - 3 tahun penjara atau

- Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau

- Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan).

(8)

43

Kebebasan Beragama

 Kebebasan beragama bagi semua agama dijamin dalam Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama yang menjadi pilihannya sendiri dalam keadaan aman dan damai dalam mana-mana bahagian Persekutuan.

 Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan setiap kumpulan agama mempunyai hak-hak berikut:

Mengurus hal ehwal agamanya sendiri.

Menubuhkan, mengurus dan menyelenggara yayasan bagi maksud agamanya.

Memperoleh, memegang dan mentadbirkan hartanya untuk agamanya.

Mengajarkan agamanya kepada anak-anak mereka.

M A K L U M A T T A M B A H A N 44

Kebebasan agama-agama lain, selain agama Islam

telah diperkukuh lagi dalam perlembagaan

menerusi beberapa peruntukan berikut:

Setiap orang tidak boleh dipaksa untuk membayar cukai yang akan digunakan sebahagian atau sepenuhnya untuk maksud agama yang lain daripada agamanya sendiri. Peruntukan ini membawa maksud orang bukan Islam tidak boleh dipaksa untuk membayar zakat dan fitrah. M A K L U M A T T A M B A H A N

x

45

Perlembagaan mengharamkan amalan diskriminasi di antara warganegara atas sebab agama yang dianutinya. Namun amalan beza-membeza dalam menawarkan jawatan yang berkaitan dengan sesuatu agama, atau jawatan dalam yayasan yang diuruskan kepada orang yang menganut agama berkenaan tidak dilarang.

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

M A K L U M A T T A M B A H A N 46

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

M A K L U M A T T A M B A H A N

Dalam bidang pelajaran, setiap warganegara tidak

boleh dibezakan antara satu sama lain dengan

sebab-sebab agama. Amalan diskriminasi in juga

ditegah dalam:

Pentadbiran institusi pendidikan awam yang diselnggara oleh kerajaan.

Pengambilan pelajar ke institusi pendidikan itu dan yuran yang dikenakan.

Pemberian bantuan wang yang diambil daripada tabung wang pihak berkuasa awam - pelajar itu mendapat pendidikan di mana-mana institusi pendidikan awam atau swasta dalam atau luar Malaysia.

47

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

M A K L U M A T T A M B A H A N

Penggubalan undang-undang tentang institusi pendidikan dan pentadbiran undang-undang itu. Walaupun demikian, perlembagaan dibenarkan memberikan beberapa pengecualian, iaitu undang-undang Persekutuan dan negeri boleh menyediakan peruntukan kewangan untuk menubuhkan atau menyelenggarakan yayasan Islam dan memberikan pendidikan Islam kepada orang yang beragama Islam.

48

Dari segi undang-undang, pekerjaan, jawatan,

perniagaan dan pemilikan harta, perlembagaan

juga melarang seseorang warganegara

dibezakan antara satu sama lain semata-mata

sebab agama yang dianutinya.

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

M A K L U M A T T A M B A H A N

(9)

49

Segala hak yang diperuntukkan kepada penganut

agama lain seperti yang dinyatakan di atas tidak akan terganggu walaupun agama Islam menjadi agama rasmi negara, kecuali peruntukan yang menyekat agama-agama lain daripada disebarkan kepada orang Islam seperti yang termaktub dalam

Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

M A K L U M A T T A M B A H A N 50

Di bawah peruntukan ini, undang-undang negeri dan di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya diberi kuasa untuk mengawal atau menyekat penyebaran agama-agama lain kepada orang Islam.

Sekatan di bawah undang-undang ini juga boleh

dikenakan kepada orang Islam atau bukan Islam yang cuba mengembangkan agama lain kepaa orang Islam.

M A K L U M A T T A M B A H A N 51

Kebebasan beragama memperuntukkan bahawa

semua pihak tidak boleh melanggar

undang-undang am tentang ketenteraman, kesihatan dann

keelokan akhlak awam.

Kewujudan mana-mana kumpulan agama yang

percaya bahawa agama mereka memaksa mereka

membunuh orang dan melakukan perbuatan keji

tidak dibenarkan dalam perlembagaan kerana

tindakan ini boleh menjejaskan keselamatan awam.

4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

M A K L U M A T T A M B A H A N 52

Aktiviti 14 – Pemahaman

Berpandukan nota kuliah

Bab 4, jawab

soalan-soalan yang diberi.

Tengok nota bukan

tengok jawapan

kawan.

53

Aktiviti 15 – Latih Tubi

Berdasarkan semua

kandungan kuliah, jawab

soalan-soalan yang

diberi.

Cuba jawab dahulu tanpa merujuk sebarang

nota untuk menguji kemampuan anda.

Referensi

Dokumen terkait

Pada 1999, melanjutkan studi Pascasarjana pada program studi Pengkajian Seni Pertunjukan dan Seni Rupa, Fakultas Ilmu Budaya Universitas Gajah Mada (UGM)

kelompok domba tangkas Wanaraja dan domba tangkas Sukawening memiliki nilai terkecil yaitu 1,16, sedangkan nilai matriks jarak genetik yang lebih besar adalah antara kelompok

Pendapat sebagian mahasiswa FAI UNISSULA yang lain (25% responden) bahwa nikah siri tidak sah sebab tidak memiliki kekuatan hukum. Adapun akibat dari nikah siri

Penelitian sebelumnya yang berusaha untuk mengungkapkan perbedaan dalam atribut komunikasi pemasaran layanan perbankan Syariah dibandingkan dengan Bank konvensional..

Penekanan yang dilakukan oleh peneliti adalah penelitian ini berbeda dengan penelitian sebelumnya dengan melihat objek penelitian yang memfokuskan pada perusahaan

Sebelum ada inisiatif ini, BPK dalam melakukan pemeriksaan atas pengelolaan dan tanggung jawab keuangan negara bidang sumber daya alam, lingkungan hidup dan infrastruktur telah

Orang yang bertanya kepada Rasulullah dalam hadis S{ahi>h Muslim tersebut adalah ‘Imra>n bin al-H{us}ayn dan yang masuk neraka adalah ayahnya yang bernama

Lari sambung adalah salah satu jenis lari dalam atletik khususnya pada nomor lari.. Lari sambun dimulai dari