• Tidak ada hasil yang ditemukan

KKIA study case

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KKIA study case"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

JAUNDIS NEONATAL

PENGENALAN

Jaundis neonatal merupakan keadaan abnormal fizikal neonatal yang paling lazim. 3/4 jumlah bayi baru lahir mengalaminya di minggu pertama kelahiran. 25 – 30 peratus dari kejadian memerlukan rawatan

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

(2)

PENYATAAN MASALAH BUTIR-BUTIR PESAKIT

NAMA IBU : SITI MARIAM BINTI UDA

NAMA ANAK : MUHAMMAD HISYAM BIN LOIS

NO. PENDAFTARAN : B 81/15

BANGSA : MELAYU

ALAMAT : NO 4-1, BLOK DELIMA, RUMAH PANGSA PAROI JAYA,

70400, AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

UMUR NOMBOR K/P : 890304-10-5140

HOSPITAL/KLINIK : KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK AMPANGAN

TARIKH LAHIR : 17.12.2015 @ 2045 HOURS

TEMPAT DILAHIR : HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN

KEADAH LAHIR : LSCS

BERAT SEMASA LAHIR : 3.08 KG.

PERIHAL ATENATAL

 GRAVIDA : 04

 PARA : 03

 REDD : 15 DISEMBER 2015

 LAWATAN DATANG KE KLINIK : 17 MAC 2016

RIWAYAT PESAKIT

(3)

PENCARIAN LITEATUR DR ASMUNNI YAHYA

Pakar Perunding Paediatrik

JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.

Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning.

Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.

Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat.

Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis.

Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya, menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau neonatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

(4)

JENIS-JENIS JAUNDIS

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah:

* Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal, biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya

menyebabkan warna kuning- kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan dua - empat hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas satu hingga dua minggu.

* Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

* Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke empat hingga hari ke tujuh dan menghilang selepas tiga hingga sepuluh minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi tujuh hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

* Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu

dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi

(5)

* Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur lima-enam hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah sepuluh hari.

APAKAH PENYEBAB LAIN JAUNDIS

Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (biliary atresia).

Antara penyebab lain :

Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum

 Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)

 Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma

Masalah tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)  Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)

Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism)

Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)

 Kuning disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)

PERINGKAT JAUNDIS

(6)

ii) Zon 2 – Jaundis dikesan dibahagian muka, leher dan dada hingga ke paras pusat.

iii) Zon 3 – Jaundis dikesan dibahagian muka, leher, dada hingga ke pusat dan

abdomen hingga ke pertengahan peha.

iv) Zon 4 – Jaundis dikesan dibahagian muka, leher, dada hingga ke pusat dan

abdomen hingga ke pertengahan peha dan kaki serta tangan.

vi) Zon 5 – Jaundis dikesan pada semua bahagian tubuh bayi termasuk tapak tangan dan

kaki

BAGAIMANA JAUNDIS DIKESAN

Jaundis boleh dilihat dipermukaan kulit, dan boleh dikesan dengan mudah menggunakan kaedah ‘blanching’.

UJIAN ‘BLANCHING’

Ujian ini hendaklah dilakukan dibawah cahaya siang hari yang terang. Warna langsir dan dinding boleh mempengaruhi atau melindungi warna jaundis. Lampu yang kekuningan akan menyukarkan untuk membezakan tahap jaundis bayi.

Ujian ‘blanching’mesti dilakukan di kulit yang berada di atas permukaan tulang seperti di bahagian dahi, hidung, dagu, sternum dan lain-lain. Tekanan ibu jari dengan kemas (tanpa menyakitkan anak) untul beberapa saat (dalam pengiraan 5). Lepaskan bahagian tekanandan perhatikan kehadiran kekuningan di kulit.

Selain itu jururawat perlu perhatikan jaundis di permukaan mukosa mulut, bahagian posterior lelangit keras dan konjuktiva bagi anak yang berkulit gelap.

Sekiranya jaundis wujud, pemerhatian yang rapi perlu di lakukan untuk menilai keterukan jaundis.

Ini boleh di katakana mengikut ‘kramer rules’ iaitu penentuan keterukan mengikut zon yang terlibat untuk memudahkan rujukan ke hospital

(7)

RUJUKAN  http://www.alahkam.net/home/index.php? option=com_content&view=article&id=5203%3Ajaundis-neonatal-penyakit-kuning-bayi-juga-disebut-demam-kuning&catid=69%3Aartikel&Itemid=1 .  http://kautsarku.wordpress.com/2008/02/13/penyakit-kuning-di-kalangan-bayi-yang-baru-lahir/  http://www.sihatselalu.com.my/2009/06/penyakit-bayi-kuning.html  http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitDemamKuningJaundis

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

(8)

Nama Pelatih: ……… No. Matrik: ………….……….

Tahun: …… Semester: ……… Kawasan Penempatan: ...………

Bil. Perkara Wajaran Skor Catatan

1 Pengenalan dan penyataan

masalah yang jelas 10

2 Pencarian literatur yang lengkap

dan relevan 20

3 Perbincangan & hujah yang jelas,

kukuh serta menunjukkan keaslian 40

4 Rumusan yang padat dan konklusif 10

5 Sumber rujukan yang sesuai dan

mencukupi 10

6

Format:

- Kulit pakej yang jelas - Bilangan perkataan seperti ditetapkan

- Cetakan yang jelas dan bersih - Penjilidan yang kemas

- Format mengikut yang ditetapkan

Demerit:

- Kesilapan ejaan > 20 perkataan

2 2 2 2 2 - 5 JUMLAH Nota:

Kelewatan penghantaran tugasan akan diperiksa berdasarkan wajaran 80%.

(9)

Nama : ……….………

Referensi

Dokumen terkait