• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

SEJARAH

PENDIDIKAN

ISLAM I

NOTA RUJUKAN BAGI

PERINGKAT DIPLOMA

BAGI PEMBELAJARAN:

PENDIDIKAN ISLAM

PADA ZAMAN

(2)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

SEJARAH KEMUNCULAN KERAJAAN ATAU PEMERINTAHAN ABBASIYYAH

Kerajaan Bani Abbasiyyah adalah sebuah rejim pemerintahan Islam yang berada di bawah kekuasaan keluarga Abbasiyyah yang berlangsung dari tahun 132 sehingga tahun 656 H. Nama Abbasiyyah diambil bersempena nama bapa saudara Rasulullah s.a.w, Abbas bin Abdul Muttalib dari Bani Hasyim, yang mana pengasanya merupakan Abdullah as-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas.

Munculnya kerajaan ini dengan cara kekerasan yang berlaku di kala kejatuhan kerajaan Umayyah dengan pergolakan kuasa dan politik yang diakhiri dengan terbunuhnya khalifah mereka yang terakhir iaitu Marwan bin

Muhammad. Disamping itu terdapat khalifah-khalifah dalam kerajaan bani

Umayyah yang tidak berminat dalam bidang politik bahkan menghabiskan masa mereka dengan berfoya-foya contohnya Yazid bin Muawiyah yang lebih mementingkan diri dari soal negara.

Salah satu sebab kejatuhan kerajaan mereka ialah kerana berlakunya penghinaan yang keterlaluan yang mereka taburkan ke atas Syiah dan ia merupakan satu daripada sebab yang membangkitkan kebencian orang-orang Islam terhadap mereka. Antaranya pembunuhan Hussain bin Ali di Karbala dan cacian terhadap keturunan Ali di atas mimbar dalam khutbah Jumaat.

Keburukkan yang terbit dari cara perlantikan khalifah Bani Umayyah iaitu menentukan bakal khalifah dimana terdapat dua orang putera mahkota dalam satu masa, juga merupakan sebab kepincangan pentadbiran mereka pada masa itu. Ini telah membangkitkan pergaduhan sesama sendiri dalam keluarga Bani Umayyah kerana khalifah yang dilantik kemudiannya cuba menyingkirkan bakal khalifah yang sudah terlantik dan menggantikan anaknya atau orang pilihannya sendiri. Dalam suasana inilah pihak Bani Hasyim melancarkan gerakkan mereka merebut pemerintahan.

Kemunculan pemerintahan Abbasiyah merupakan permulaan suatu order baru yang berasaskan ekonomi pertanian dan perdagangan serta kuasa pemerintah kosmopolitan yang terdiri daripada orang Arab Yaman yang menentang Umayyah dan kelas Mawali (bukan arab) yang berasal daripada orang-orang Parsi, Mesir, Berber, dan lain-lain. Mereka terlibat dalam revolusi Abbasiyah dan berjaya menggulingkan Umayyah pada tahun 750 m. Ibu kota pemerintahan Islam di pindah ke Ambar dan kemudiannya ke Baghdad. Oleh itu,

(3)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

fokus politik Islam berpindah dari Syria dan Mediterranean ke Mesopotamia. Sistem politik dan pemerintahannya telah banyak dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Parsi. Baghdad menjadi pusat kegiatan ekonomi dan intelektual dan mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid dan anaknya Al-Ma’mun.

Tokoh-tokoh khalifah terkenal zaman Abbasiyah diantaranya ialah Khalifah Abu Abbas Al-Saffah, Khalifah Harun Al-Rashid, Al-Amin , Al-Ma’mun dan lain-lain.

Para ahli pengkaji sejarah telah membahagikan zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah kepada 5 period (jangkamasa)

1) Period Pertama (132 H/750 M-232 H/847 M), disebut period pengaruh

Persia pertama dimana ianya diperintah oleh para khalifah

Pada period pertama pemerintahan Bani Abbasiyyah mencapai masa keemasannya. Secara politik, para khalifah merupakan tokoh-tokoh yang kuat dan pahlawan-pahlawan yang memimpin angkatan tentera dan terlibat di dalam peperangan. Pada period ini juga kebanyakkan dari para khalifah memiliki ilmu-ilmu Islam dan merupakan dikalangan pencinta ilmu-ilmu serta mampu menyampaikan hujah dan pidato yang padat lagi menaikkan semangat para pendengar. Di sisi lain,kemakmuran masyarakat mencapai peringkat tertinggi. Period ini juga berhasil menyiapkan landasan bagi perkembangan falsafah dan ilmu pengetahuan dalam Islam. Namun setelah period ini berakhir, pemerintahan Bani Abbasiyyah mula menurun dalam bidang politik, meskipun falsafah dan ilmu pengetahuan terus berkembang.

2) Period Kedua (232 H/847 M-334 H/945 M), disebut period pengaruh

Turki Pertama

3) Period Ketiga (334 H/945 M-447 H/1055 M), masa kekuasaan dinasti

Buwaih dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah. Period ini disebut juga masa pengaruh Persia kedua.

4) Period Keempat (447 H/1055 M-590 H/l194 M), masa kekuasaan dinasti

Bani Seljuk dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah; biasanya disebut juga dengan masa pengaruh Turki kedua

Pada ketiga-tiga period ini, kekuasaan telah pun hilang dari tangan para khalifah yang berwibawa.

(4)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

5) Period Kelima (590 H/1194 M-656 H/1258 M), masa khalifah bebas dari

pengaruh dinasti lain, tetapi kekuasaannya hanya berkesan di sekitar kota Baghdad sahaja.

Kerajaan Bani Abbasiyyah secara seluruhnya telah berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258M selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.

PEMILIHAN KOTA BAGHDAD SEBAGAI PUSAT PEMERINTAHAN

Kota Baghdad telah dipilih kerana lokasinya yang strategik yang menjadi tempat laluan timur dan barat. Begitu juga kerana dengan adanya tempat yang menarik para pedagang Parsi ke kota itu yang dinamakan Souq Baghdad dan terdapat ladang pertanian dan penternakan serta sebuah pasar yang dikenali

dengan Souq Al-Baqar. Tindakan khalifah Abu Jaffar Al-Mansur memindahkan

pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad telah berjaya menggiatkan aktiviti ekonomi kerana Baghdad memiliki banyak keistimewaan.

PERKEMBANGAN ILMU YANG BERPENGARUH PADA ZAMAN INI

Pada permulaannya, pendidikan yang berlangsung di zaman pemerintahan Abbasiyyah ini berkembang dengan sangat hebat di seluruh negara Islam dan menyebabkan kelahiran dan timbulnya sekolah atau madrasah-madrasah yang tersebar di seluruh kota hingga ke desa. Sekalian rakyat dari kalangan anak-anak dan pemuda-pemuda masing-masing dahagakan ilmu pengetahuan. Mereka mengambil kesempatan ini untuk berlumba-lumba menuntut ilmu di institusi pendidikan yang telah disediakan oleh kerajaan pada kala itu dengan meninggalkan tempat asal mereka demi untuk memperkasakan diri dengan ilmu serta peradaban yang kian menular pada zaman itu.

Kerajaan Islam di Timur yang berpangkalan di Baghdad-Iraq dan Cordova-Sepanyol merupakan tempat bersejarah dimana terdapatnya segala cabang ilmu pengetahuan. Jika dikaji dalam lembaran sejarah, sememangnya zaman kegemilangan berkisar pada zaman pemerintahan bani Abbasiyyah di Baghdad

(5)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

pada tahun 750M dengan berakhirnya ia pada tahun 1258M selaras dengan waktu kejatuhan kerajaan ini.

Pengaruh daripada budaya ilmu yang telah lama terjadi membuatkan kerajaan bani Abbasiyyah tetap meneruskan perjuangan mengangkat kepentingan ilmu dalam hidup. Walaupun menentang kerajaan bani Umayyah, kerajaan baru ini tetap menyambung legasi budaya cintakan ilmu pengetahuan bahkan mereka telah memperkukuhkan lagi institusi-institusi yang sedia ada.

Para pencinta ilmu yang berlumba-lumba belajar dan mengajar semakin ramai dengan adanya galakkan dari para khalifah yang menubuhkan pelbagai fasiliti atau persediaan-persediaan yang cukup lengkap berbanding dengan zaman sebelumnya.

Antara perkembangan yang telah disediakan adalah Baitul Hikmah, Majlis Munadzarah serta yang tersohor, Madrasah Nizamiyah.

BAITUL HIKMAH

Baitul Hikmah adalah sebuah akademi atau pusat penyelidikan dan pengajian di Baghdad yang telah diperkembangkan pada zaman pemerintahan Al-Ma’mun sekitar tahun 198-218H. Pengasas-pengasas baitul hikmah ini adalah Abu Jaafar Al-Mansur (136-158H) dan ayahnda Al-Ma’mun sendiri, Khalifah Harun Ar-Rasyid sekitar zaman pemerintahannya pada tahun 170-194H.

Walaupun Baitul Hikmah ini pada asalnya merupakan sebuah perpustakaan diraja, ia kemudiannya berubah status dan fungsinya menjadi sebuah kolej dan pusat penyelidikan. Bahkan, ramai sarjana yang menganggap ianya merupakan satu universiti pertama di dunia.

Sebagai satu institusi, tentunya Baitul Hikmah mempunyai peranan yang hebat di dalam sistem pendidikan pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Antara peranan terbesarnya adalah, Baitul Hikmah merupakan pusat penterjemahan negara bagi menterjemah karya asing seperti Yunani, Parsi dan Romawi ke bahasa Arab, pusat pertemuan para sarjana dalam penyelidikan dan perbahasan ilmu, perpustakaan terbesar dan rujukan ilmu pengetahuan terkemuka yang dilaporkan mempunyai kira-kira 36 buah perpustakaan dan

(6)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

lebih setengah juta buku berjilid, dan disamping itu ia juga merupakan pusat latihan para sarjana.

Kaedah pembuatan kertas yang berasal dari Cina juga telah diperolehi pada zaman ini, yang mana ianya merancakkan lagi hasil karya dan

pengumpulan kitab-kitab ilmiah, bahkan Baitul Hikmah merupakan

perpustakaan yang memperkenalkan cara penyusunan kitab yang sistematik berdasarkan jilid, tajuk dan pengkhususan sesuatu ilmu.

Gerakan penterjemahan yang bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah menjadi kian pesat di era awal pemerintahan Bani Abbasiyyah dari pimpinan Al-Mansur hingga Al-Wathiq, yang dikatakan juga sebagai era pemindahan budaya asing ke dalam budaya ilmu Islam.

Yang membezakan gerakan penterjemahan diantara dua kerajaan ini adalah jenis-jenis kitab ilmu yang diterjemah. Menurut Hassan Langgulung , pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, penterjemahan hanya terbatas kepada ilmu kedoktoran, astronomi, pentadbiran dan arkitektur.

Menurut Abdul Halim Mahmud pula, pada zaman Bani Abbasiyyah di era pemerintahan Al-Mansur hingga Al-Rasyid, kegiatan penterjemahan semakin aktif dan merangkumi pelbagai aspek ilmu termasuk ilmu fizik dan kejuruteraan (engineering) disamping ilmu-ilmu yang ada.

Manakala kitab-kitab ilmu mengenai falsafah,metafizika dan logika hanya mula diterjemahkan pada era pemerintahan Al-Ma’mun.

Namun begitu Baitul Hikmah yang merupakan pusat penterjemahan dan simpanan karya-karya para ilmuwan telah hancur lebur ketika Baghdad jatuh ke tangan bangsa Mongol pada 1258M. Ketika Hulagu Khan, cucu Genghis Khan, menyerang Baghdad, kota ini jatuh setelah dikepung dan dihujani panah api dan Baitul Hikmah telah diratakan dengan tanah. Dikatakan, air Sungai Tigris yang melalui Baghdad, berubah menjadi merah dan hitam. Merah dari darah para ilmuwan dan ahli falsafah yang terbunuh, sedangkan hitam dari tinta buku-buku berharga koleksi Baitul Hikmah yang luntur setelah dibuang ke sungai itu.

MADRASAH NIZAMIYAH

Madrasah Nizamiyah didirikan pada pertengahan akhir abad ke-5H. Pengasasnya, Nizam Al-Mulk atau nama asalnya Abu Ali al-Hasan bin Ali ibn Ishaaq at-Tusi yang merupakan seorang perdana menteri Seljuk telah bernaung

(7)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

dengan salah seorang nama besar di dalam ahli cendekiawan Islam iaitu Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali.

Nizam Al-Mulk mempercayai bahawa Imam Al-Ghazali mempunyai potensi untuk menyangkal aliran fikiran yang didatangkan oleh para esoteric (yang mana karya puisinya hanya difahami oleh beberapa orang sahaja),

anthropomorfian (mengaitkan sifat-sifat fizik manusia terhadap objek atau

konsep bukan manusia), dan ahli-ahli falsafah yang menyebabkan banyak kekeliruan dikalangan masyarakat Islam pada ketika itu.

Madrasah Nizamiyah ini mempunyai satu sistem pendidikan yang disusun rapi dan menjadi tanda pencapaian terhadap kematangan institusi pengajian tinggi di dunia Islam.

Menurut George Makdisi, Nizam Al-Mulk lebih menonjol peranannya sebagai pengasas madrasah. Dia juga berpendapat bahawa perpindahan lembaga pendidikan Islam dari masjid ke madrasah terjadi secara tidak langsung, tetapi melalui tahap perantaraan, iaitu masjid-masjid. Bahkan dalam kajiannya lebih terfokus pada Madrasah Nizamiyah ini, dan dia mengajukan teori bahawa asal penumbuhan madrasah adalah hasil perkembangan dari tiap tahap, iaitu tahap masjid, tahap khan dan tahap madrasah.

Adapun latar belakang berdirinya madrasah adalah dengan tercetusnya sistem pengajaran dan pendidikan yang ada di masjid-masjid kemudian berkembang menjadi lembaga pendidikan formal dalam bentuk sekolah-sekolah atau madrasah-madrasah.

Namun begitu Prof. Ahmad Syalabi mengemukakan bahwa perkembangan dari masjid ke madrasah terjadi secara langsung, tanpa memakai sebarang lembaga perantaran (ahmad syalabi,19544: 257-259)

Muhammad Abdul Rahman Ghanimah Al-Maqrizy dalam karyanya Itti’adz Al-Hunafa bi Akhbar Al-Aimmah Al-Fatimiyyin Al-khulafa berpendapat bahawa madrasah dalam Islam tidak dikenali pada masa sahabat dan tabiin, bahkan merupakan sesuatu yang baru iaitu setelah 400 tahun sesudah hijrah dan madrasah juga merupakan prestasi abad ke-5H. Hal ini terbukti dengan terdirinya madrasah pertama pada abad ke-5 H (11 M) iaitu madrasah Nizamiyah ini yang didirikan pada tahun 457 H oleh Nizam Al-Mulk.

(8)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

Diantara rektor-rektor yang terkemuka bagi Madrasah Nizamiyah ialah, Abu-Ishaq Al-Shirazi (rektor pertama 475H), Imam Haramain Al-Juwaini

(478H) dan semestinya Imam Abu Hamid Ibn Muhammad Ibn Muhammad

Al-Tusi Al-Shafi'i Al-Ghazali (520H)

MAJLIS MUNADZARAH

Majlis Munadzarah merupakan lembaga pengkajian keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana khalifah. Lembaga ini menjadi tanda kekuatan penuh kebangkitan Timur, di mana Baghdad mula menjadi pusat kebudayaan ilmu pengetahuan dan puncak keemasan Islam.

Majlis ini juga merupakan tempat pertemuan para pujangga, ilmuan, para

ulama, cendikiawan dan para ahli falsafah dalam menyeminarkan dan mengkaji ilmu yang mereka cintai. Majlis ini juga dipergunakan untuk sarana perdebatan mengenai suatu masalah oleh para ulama.

Menurut Syalabi, khalifah Muawiyah pada zaman pemerintahan Bani Umayyah sering mengundang para ulama untuk berdiskusi dan berbincang di istananya, demikian juga khalifah Al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah. Diluar istana majlis ini ada yang dilaksanakan secara berterusan dan spontan, bahkan ada yang berupa terbuka dikalangan ulama’.

KURIKULUM PENDIDIKAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN ABBASIYYAH

Kurikulum pendidikan pada zaman ini dapat dibahagikan kepada dua: 1) ilmu naqli, iaitu segala ilmu agama yang berteraskan wahyu seperti ilmu tafsir, ilmu hadith, ilmu fiqh dan ilmu tauhid

2) ilmu aqli iaitu segala ilmu yang berteraskan akal seperti ilmu matematik, ilmu falak, ilmu kimia, ilmu fizik, ilmu geografi, ilmu sastera, muzik, senibina dan ilmu perubatan.

Dengan kesepaduan antara ilmu fardu ain (roots) dengan ilmu fardu kifayah (branches) pada masa itu telah membentuk umat yang kuat dari segi fizikal, mental dan spiritual.

(9)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

Adapun kurikulum pendidikan Islam sebelum terjadinya madrasah adalah seperti berikut:

a. Kurikulum pendidikan rendah

Sebelum berdirinya madrasah, tidak ada peringkat pengajian dalam pendidikan Islam, tetapi hanya satu peringkat yang bermula di kuttab sebagai pusat pembelajaran asas ilmu dan berakhir di perbincangan melalui halaqah. Tidak ada kurikulum khusus yang diikuti oleh seluruh umat Islam, di institusi kuttab biasanya diajarkan membaca dan menulis disamping Al-Qur’an, dan kadang-kadang ada juga diajarkan bahasa nahu dan arudh.

Sedangkan kurikulum yang ditawarkan oleh Ibnu Sina untuk peringkat ini adalah dengan mengajar Al-Qur’an kerana sememangnya kanak-kanak dari segi fizikal dan mental telah siap menerima pendidikan.

b. Kurikulum pendidikan tinggi

Kurikulum pendidikan tinggi bermacam-macam bergantung kepada guru yang mengajar para murid dan tidak terikat untuk mempelajari mata pelajaran tertentu sahaja, demikian juga guru tidak mewajibkan kepada murid untuk mengikuti kurikulum tertentu.

Kurikulum pendidikan pada peringkat ini dibahagikan kepada dua jurusan, jurusan ilmu-ilmu agama dan jurusan ilmu pengetahuan.

Al-Khawarazmi (Yusuf al-kutub, tahun 976) meringkaskan kurikulum agama sebagai berikut: Ilmu fiqih, ilmu nahu, ilmu kalam, ilmu kitabah , ilmu arudh, dan lain-lain.

Pengaruh dari kebudayaan bangsa yang sudah maju, terutama melalui gerakan terjemahan, bukan sahaja membawa kemajuan di bidang ilmu pengetahuan umum, malahan juga ilmu pengetahuan agama.

Dalam bidang tafsir, sejak awal sudah dikenali dua cara penafsiran, pertama, tafsir bi al-ma’tsur iaitu, interpretasi tradisional dengan mengambil interpretasi dari Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Kedua, tafsir bi al-ra’yi iaitu cara rasional yang lebih banyak bertumpu kepada pendapat dan fikiran dari pada hadith dan pendapat sahabat.

Adapun kedua cara ini memang berkembang pada masa pemerintahan Abbasiyah, akan tetapi nampak jelas bahawa tafsir dengan cara bi al ra’yi (tafsir rasional), sangat berpengaruh oleh perkembangan pemikiran falsafah dan ilmu pengetahuan. Hal yang sama juga dapat kita lihat dalam ilmu fiqh, dan terutama

(10)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

sekali dalam ilmu teologi perkembangan logika dikalangan umat Islam sangat mempengaruhi perkembangan dua bidang ilmu tersebut.

Imam-imam mazhab hukum yang empat hidup pada masa pemerintahan Abbasiyah pertama. Imam Abu Hanifah (700-767 M) dalam pendapat-pendapat hukumnya dipengaruhi oleh perkembangan yang terjadi di Kuffah, kota yang berada ditengah-tengah kebudayaan Parsi yang kehidupan kemasyarakatannya telah mencapai peringkat kemajuan yang lebih tinggi, kerana itu mazhab ini lebih banyak menggunakan pemikiran rasional daripada hadith. Muridnya dan sekaligus pelanjutnya, Abu Yusuf, menjadi Qadhi Al-Qudhal pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid.

Berbeza dengan Abu Hanifah, imam Malik (713-795 M) banyak menggunakan hadith. Pendapat dua tokoh mazhab hukum ditengahi oleh imam Syafi’i (767-820 M) dan imam Ahmad ibn Hambal (780-855 M), yang menggunakan kedua-dua cara pemikiran tradisional dan rasional.

Disamping empat pendiri mazhab besar tersebut, pada masa pemerintahan Bani Abbasiyyah banyak mujtahid mutlak lain yang mengeluarkan pendapatnya secara bebas dan mendirikan mazhabnya sendiri, akan tetapi kerana pengikutnya tidak berkembang pemikiran dan mazhab itu hilang bersama berlalunya zaman.

Aliran teologi sudah ada sejak masa Bani Umayyah, seperti khawarij, murji’ah, dan mu’tazilah, akan tetapi perkembangan pemikirannya masih terbatas. Teologi rasional mu’tazilah muncul di penghujung pemerintahan Bani Umayyah. Namun pemikirannya yang sudah kompleks dan sempurna baru dirumuskan pada masa pemerintahan Bani Abbasiyyah pada period pertama. Selain itu dalam bidang sastera, penulisan hadith juga berkembang pesat pada masa Bani Abbasiyyah. Hal itu mungkin lebih utama memandangkan kelengkapan yang disediakan kerajaan dari sudut fasiliti dan pengangkutan sehingga memudahkan para pencari dan penulis hadith melakukan tugas masing-masing.

(11)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

BIDANG-BIDANG ILMU SERTA TOKOH-TOKOH ILMU PADA ZAMAN INI

Sistem pendidikan pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah amat tersusun rapi dan mempunyai pelbagai bidang ilmu yang khusus diantaranya:

1) FALSAFAH

Proses penterjemahan yang dilakukan umat Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah mengalami kemajuan yang cukup besar. Para penterjemah tidak sekadar menerjemahkan ilmu pengetahuan dan peradaban bangsa-bangsa Yunani, Romawi dan Parsi sahaja bahkan mereka juga memindahkannya ke dalam bentuk pemikiran. Diantara tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu dan falsafah Islam adalah:

• Al-Kindi: satu-satunya yang berketurunan asal Arab.

• Abu Nasr Al-Farabi: banyak menulis buku tentang falsafah, logika, jiwa, kenegaraan, etika, dan interpretasi terhadap falsafah Aristoteles.

• Ibnu Sina: dikenali di barat dengan nama Avicenna, mula menunjukkan minat dalam ilmu falsafah pada umur yang muda dengan membaca kitab-kitab falsafah hasil karya dari ilmuwan Yunani. Mempelajari ilmu logika dan ilmu-ilmu yang lain melalui Abu Abdullah Natili, ahli falsafah yang terkenal pada masa itu. Ibnu Sina juga cendrung dalam bidang kedoktoran sewaktu mudanya.

• Al-Ghazali: beliau diberi gelaran sebagai hujjatul islam, karyanya tidak kurang dari 70.

• Ibnu Rusydi: di barat lebih dikenali dengan nama Averoes, banyak berpengaruh di barat dalam bidang falsafah, sehingga disana terdapat aliran yang disebut averroisme.

2) ILMU KALAM

Menurut A. Hasimy lahirnya ilmu kalam adalah kerana dua faktor: pertama, untuk membela Islam dengan bersenjatakan falsafah. Kedua, kerana semua masalah termasuk masalah agama telah berkisar dari rasa kepada akal dan ilmu. Diantara tokoh ilmu kalam adalah: Wasil bin Atha’ (pengasas Mu’tazilah), Baqilani, Asy’ary, Al-Ghazali, Sajastani dan lain-lain.

(12)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

3) KEDOKTORAN DAN FARMASI

Seiring dengan ilmu-ilmu lain, ilmu kedoktoran juga sempat mencapai masa keemasannya, zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah telah melahirkan ramai doktor ternama. Sekolah-sekolah tinggi kedoktoran juga banyak didirikan pada

masa ini.Ilmuwan muslim dalam bidang ini antara lain:

• Al-Haitham: ahli mata dengan karyanya optics

• Ibnu Sina: telah mengkaji dan menemui sistem peredaran darah pada manusia di antara karyanya adalah Al- Qur’an fi al rhibb yang merupakan ensiklopedia kedoktoran paling besar dalam sejarah dan buku Qamm fit Tibbi.

4) FIZIK DAN MATEMATIK

Bidang matematik dan sains juga diantara ilmu yang berkembang pesat. Antara punca masyhurnya pelajaran ini ialah untuk mendapatkan perkiraan yang tepat bagi pembinaan bangunan tamadun yang berprestij ini. Antara tokoh-tokohnya:

Al-Khawarizmi: dengan bukunya al jabr dan al Mukabala yang merupakan asal istilah aljabar (algebra) dalam matematik. Bahkan kemajuan ilmu matematik yang dicapai pada masa ini telah menyumbangkan pemakaian angka-angka Arab dalam matematik.

5) KIMIA

Ilmu kimia juga termasuk salah satu ilmu pengetahuan yang dikembangkan oleh kaum muslimin. Dalam bidang ini mereka memperkenalkan eksperimen objektif. Hal ini merupakan suatu pembaikkan yang tegas dari cara spekulasi yang ragu-ragu dari masyarakat Yunani. Diantara tokoh kimia yaitu: Jabir bin Hayyan, yang dikenali di barat dengan nama Geber. Beliau dilaporkan orang pertama yang menemui ilmu kimia.

(13)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

6) ASTRONOMI

Ilmu astronomi atau perbintangan berkembang dengan baik, bahkan sampai mencapai puncaknya dan kaum muslimin pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah mempunyai modal yang terbesar dalam mengembangkan ilmu perhitungan. Mereka mempersatukan aliran-aliran ilmu bintang yang berasal atau dianut oleh Yunani, Persia, India, Kaldan dengan ilmu falak arab jahiliyah. Diantara para ahli ilmu astronomi pada masa ini adalah:

• Al-battani atau Albatagnius: seorang ahli astronomi yang terkenal

dimasanya.

• Al-Fazzari: seorang pencipta atrolobe, iaitu alat pengukur tinggi dan jarak

bintang.

• Abul Wafak: mengkaji dan menemui jalan ketiga dari bulan, jalan pertama

dan kedua telah ditemui oleh ilmuan yang berbangsa Yunani.

• Rahyan Al Bairuny: seorang ahli astronomi.

• Abu Mansyur Al Falaky: seorang ahli ilmu falaq.

Sebagai pendorong perkembangan ilmu ini, para khalifah telah banyak membangunkan observatorium di pelbagai kota, disamping observatorium milik peribadi ilmuan sendiri.

7) SEJARAH DAN GEOGRAFI

Dalam bidang sejarah, ulama yang terkenal : Ibu Ishaq, Ibnu Hisyam, Al-Waqidi, Ibnu Qutaibah, Al-Thabari dan lain-lain. Dalam bidang ilmu bumi atau geografi ulama yang terkenal: Al-Yakubi dengan karyanya al Buldan, Ibnu Kharzabah dengan bukunya al mawalik wa al Mawalik dan lain-lain

KESIMPULAN

Sistem pendidikan di zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah secara amnya merupakan sistem yang teratur dan rapi dari segi perancangan kurikulumnya. Walaupun kerajaan ini bertakhta melalui peperangan ke atas Bani Umayyah, namun sisa-sisa peninggalan institusi masih dikekalkan bahkan pihak kerajaan

(14)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

Bani Abbasiyyah telah menambah pelbagai kemudahan fasiliti dan pengangkutan bagi para pencinta ilmu.

Disamping itu, gerakan agama, falsafah dan yang paling terkemuka iaitu gerakan penterjemahan juga pesat dijalankan dan kerajaan ini telah melahirkan ramai cerdik pandai dalam pelbagai bidang ilmu, keagamaan dan ilmu-ilmu lain.

Tokoh-tokoh ini merupakan nama yang bukan hanya masyhur di dunia Islam, bahkan mereka juga dikenali di dunia barat kerana kehebatan mereka yang diakui hingga kini, yang mana kajian dan ilmu mereka masih diguna pakai di dalam kurikulum pembelajaran di seluruh dunia.

Namun kerajaan yang gemilang ini akhirnya tewas di tangan tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan (1258M) yang memerangi khalifah dan sekalian rakyat di Baghdad. Kejatuhan Baghdad yang dulu dianggap sebagai satu kota yang ternama dari segi ilmu dan ketamadunan seantero dunia telah merupakan satu kehilangan yang dirasakan oleh semua.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian terhadap ROA sesuai dengan hipotesis yang diajukan yang menyatakan bahwa terdapat perbedaan yang signifikan ROA (Return on Assets) bank sebelum dengan setelah

Menrt Mlyasa9 'ara mem#angkitkan na(s #elajar pada peserta didik dapat dengan 'ara Berdasarkan penjelasan di atas dapat kita pa"ami #a"&a se'ara positi(9

Menggunakan sistem informasi geografis untuk melakukan pemetaan secara akurat, dimana Sistem Informasi Geografis disini dapat menentukan titik kordinat secara cepat

adalah permasalahan dalam pemilihan kombinasi yang optimal membagi sejumlah modal ke dalam beberapa maksimalkan return atau pendapatan dan meminimalkan risiko dari

Penelitian ini merupakan penelitian pengembangan yang bertujuan untuk 1) mengembangkan bahan ajar analisis real berbasis pembuktian pada mata kuliah analisis real,

Hasil analisis ragam menunjukkan bahwa perlakuan konsentrasi bubuk batang kecombrang bagian dalam (K) tidak berpengaruh nyata terhadap total mikroba, sedangkan lama

Tidak dapat dielakkan bahwa hukum yang dipandang sebagai himpunan norma- norma yang bisa dipaksakan akan menjadi perhatian utama para ulama setelah periode Umayyah berikutnya dan

 SAIDI ( System Average Interruption Duration Index ) menginformasikan tentang durasi pemadaman rata-rata untuk tiap konsumen dalam kurun waktu setahun pada suatu area