• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesihatan diri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesihatan diri"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

KESIHATAN DIRI

Selepas mempelajari bab ini,pelajar akan:-

Menyatakan jenis –jenis pemeriksaan ujian dalam saringan kesihatan

Menjelaskan faedah melakukan saringan kesihatan

Menyenaraikan 4 daripada 5 permasalahan fizikal yang boleh

(2)

Sub-Topik

a)Saringan kesihatan

b)Permasalahan fizikal

c)Penjagaaan kesihatan

(3)

Saringan kesihatan

i)Ujian tekanan darah

ii)Ujian air kencing

iii)Ujian senaman berperingkat (GXT)

iv)Pemeriksaan sendiri payu dara dan testis

v)Pemeriksaan sendiri payu dara (PSP)

(4)

Permasalahan fizikal

Obesiti

Kurang upaya

Keabnormalan postur

Keabnormalan ortopedik

Jerawat

(5)

Penjagaan kesihatan

Tahap kecergasan

Pemakanan

(6)

UJIAN TEKANAN DARAH

 Semakin usia meningkat, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan:-

 Serangan sakit jantung

 Lumpuh (strok)

 Buah pinggang tidak berfungsi

(7)
(8)

 1-Sekeping kain (cuff) akan dililitkan pada bahagian atas lengan anda. Ia akan disambungkan pada alat untuk menyukat tekanan darah iaitu sphygmomanometer

 2-Kain tersebut (cuff) akan dipamkan dan mengembung dan anda akan rasa sedikit tekanan di kawasan sekeliling lengan

 3-Doktor atau jururawat akan mendengar bacaan untuk mengesan tekanan darah anda dan sesudah itu tekanan tersebut akan dilepaskan

 4-Ada juga alat memeriksa tekanan darah tinggi secara automatik. Mesin ini secara automatik akan mengembung dan mengempiskan lilitan (cuff). Bacaan tekanan darah anda akan tertera pada skrin mesin dalam masa beberapa saat

(9)

UJIAN AIR KENCING

 Dilakukan untuk mengesan kandungan glukosa.

 Sedikit sampel air kencing dimasukkan ke dalam botol kecil

 Alat pengesan glukosa diendam ke dalam air kencing selama 2 minit.

 Sekiranya glokosa dikesan , warna kuning (neutral) kertas akn bertukar kepada warna hijau cerah atau gelap.

(10)

 Warna ini akan dibandingkan dengan warna pengukur pada bekas penguji untuk menentukan kadar glukosa.

(11)
(12)

UJIAN SENAMAN

BERPERINGKAT (GXT)

 Dilakukan untuk mengesan penyakit jantung.

 Aktiviti elektrik semasa jantung berdenyut boleh dikesan dengan elektrokardiogram (ECG).

 jantung yang sihat menghasilkan gelombang elektrokardiogram yang normal.

(13)

PROSEDUR UJIAN

 Pesakit dikehendaki berlari di atas treademill dengan peningkatan intensiti secara berperingkat.

 Elekttod diletakkan pada bahagian atas badan di tempat yang ditetapkan.

 Ukuran gelombang elektrik akan diambil semasa pesakit sedang melakukan larian .

 Sekiranya gelombang elektrik pesakit abnormal ,pesakit disyaki menghidap penyakit jantung

(14)

PEMERIKSAAN SENDIRI

PAYU DARA DAN TESTIS

1. Pemeriksaan dilakukan sebulan sekali untuk mengesan tanda-tanda awal kanser payu dara atau testis.

2. Kanser payu dara ata u testis berpunca daripada sel-sel kanser yang terdapat pada tisu-tisu payu dara atau testis.

3. Sel ini akan merebak ke kawasan lain dan boleh mebawa maut sekiranya tidak dirawat.

(15)

PEMERIKSAAN SENDIRI

PAYU DARA

 Risiko

1. Telah mengalami kanser pada sebelah payu dara.

2. Sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payu dara. Risiko lebih tinggi bagi ibu, anak, adik atau kakak ahli keluarga yang

mendapat kanser payu dara. Risiko anda mendapat kanser selepas umur 30 tahun meningkat 2 hingga 3 kali ganda.

3. Wanita yang tidak pernah melahirkan anak dan telah berusia lebih 30 tahun.

4. Wanita yang mengalami haid lebih awal (sebelum umur mencapai 12 tahun) atau lewat putus haid (selepas umur 55 tahun).

(16)

B A G A I M A N A C A R A

M E L A K U K A N N Y A ?

SEMASA MANDI

 Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payu dara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payu dara sebelah kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payu dara kanan. Periksa sama ada terdapat gumpalan/ketulan keras, menebal di payu dara anda.

(17)

BERDIRI DI HADAPAN CERMIN

 Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.

 Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payu dara anda ke hadapan.

 Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.

 Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

(18)

BERBARING

 Untuk memeriksa payu dara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara.

 Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala.

 Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

(19)

PEMERIKSAAN SENDIRI

TESTIS(PST)

Langkah pemeriksaan sendiri testis:-

 berdiri di hadapan cermin besar .Periksa skrotum untuk melihat tanda-tanda bengkak atau lebam pada kulit.

 Periksa kedua-dua testis dengan jari telunjuk dan jari hantu di bawah testis kanan serta ibu jari di sebelah atas testis. Golekkan testis dengan perlahan-lahan di antara jari-jari tersebut.

 Ulang perbuatan seperti langkah 2 di atas pada sebelah kiri testis. Sekiranya terjumpa ketulan kecil yang keras bersaiz biji kacang, segera berjumpa dengan doktor.

(20)

PERMASALAHAN FIZIKAL

OBESITI

KURANG UPAYA

KEABNORMALAN POSTUR

KEABNORMALAN ORTOPEDIK

JERAWAT

(21)

OBESITI

Adalah kegemukan dan masalah yang kerap dialami oleh

masyarakat kita.

Kita dianggap obes jika Indeks Jisim Badan atau Body

Mass Index (BMI) kita berada dalam julat 30 hingga 39.9.

sekiranya julat BMI melebihi 40, dia dilabel sebagai

(22)

 Punca obesiti adalah genetik, kerosakan pada salah satu bahagian otak, pola pemakanan berlebihan, kurang bersukan, pengaruh emosional dan lingkungan persekitaran.

 Kesan obesiti adalah kurang keyakinan diri, masalah fizikal kerana kesukarannya untuk bergerak cergas, mudah penat, tidak mempunyai kekuatan dan daya tahan otot yang baik lalu menyebabkan mudah tercedera, diabetes, kanser, sakit jantung dan hipertensi.

(23)

KURANG UPAYA

 Terdapat pelbagai bentuk kurang upaya daripada yang ringan kepada yang kronik.Kurang upaya boleh mengganggu

pergerakan individu. Kadangkala kerja-kejra harian seperti memakai baju, makan, menulis dan berjalan terpaksa dibantu oleh orang lain.

(24)

 Punca kurang upaya adalah disebabkan genetik (baka), kelahiran pra-matang (lahir tidak cukup bulan), sawan, demam panas,

pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan dan terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan kecederaan kekal.

 Kesan kurang upaya adalah pergerakan terhad, kerja harian

terbatas, kurang keyakinan diri, peluang terhad dalam aktiviti fizikal dan kurang pergaulan.

(25)

KEABNORMALAN POSTUR

 Keabnormalan postur berpunca daripada penyakit scoliosis (pertumbuhan tulang belakang tidak seimbang), dan

lordosis/kyphosis (pembesaran tulang belakang berbentuk bonggol.

 Keabnormalan postur disebabkan kecacatan sejak lahir, penyakit sarat dan otot, jangkitan dan pertumbuhan ketika bayi, duduk dalam keadaan janggal, duduk membongkok, dan tidur atas tilam nipis dalam tempoh masa yang panjang.

(26)

 • Kesan bagi individu yang mengalami keabnormalan postur adalah pergerakan sukar dilakukan (kurang kelenturan), dan mudah mengalami kecederaan sekiranya melakukan aktivit lasak.

(27)

KEABNORMALAN

ORTOPEDIK

 Ia berlaku disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak normal pada tulang dan otot kaki. Terdapat beberapa jenis keabnormalan ortopedik seperti pengkar (club foot), bow legged dan knock-knees.

 Pengkar berlaku disebabkan oleh serangan sawan ketika kecil. Ianya terjadi kerana otot kaki sebelah dalam gagal untuk membesar selari dengan otot kaki sebelah luar. Oleh sedemikian, tapak kaki akan berpusing ke sebelah dalam.

 Bow legged terjadi kerana otot kaki menarik tulang kaki keluar.

(28)

 Hal ini akan mengakibatkan individu tersebut berjalan kengkang, lutut bergesel ketika berjalan, sukar bergerak secara normal, dan kurang aktif dalam aktiviti fizikal.

(29)

JERAWAT

 Adalah radang kelenjar sebaceous yang mengandungi nanah pada bahagian kulit.

 Jerawat berpunca daripada infeksi bakteria khusnya bakteria staphylococcus, ketidakseimbangan hormon, makanan, cuaca, penggunaan bahan kimia, dan stres.

(30)

 Kesan berjerawat adalah kurang keyakinan diri, pergaulan sosial terganggu, menurungan, kegusuran, kurang harga diri, dan

pengangguran (kadar tidak bekerja).

 Kita perlu menjaga kebersihan muka untuk mengelakkan daripada jerawat.

(31)

PENJAGAAN KESIHATAN

TAHAP KECERGASAN

(32)

APAKAH KECERGASAN

FIZIKAL???

 Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.

 Kita digalakkan bersenam selama 30 minit sehari , tiga kali seminggu bagi mengekalkan tahap kecergasan yang minimum.

(33)

 Aktiviti yangdijalankan perlu bertumpu kepada membina daya tahan kardiovaskular, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan dan flexibiliti.

(34)

PEMAKANAN

 Amalkan diet yang seimbang dan mengurangkan makanan yang berlemak dan berminyak.

 Kita boleh mengambil makanan yang mengandungi kadar fitokimia

(phytochemical), antioksidan dan asid lemak omega-3 yang tinggi. Makanan ini melindungi kita daripada diserang penyakit jantung dan kenser.

(35)
(36)

KESIMPULAN:-

 Menjaga kesihatan diri amat penting bagi mengelakkan diri dari diserang penyakit kronik .

 Penjagaan kesihatan dapat dilakukan dengan bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang.

 Langkah ini akan dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.

Referensi

Dokumen terkait

Pengulangan reaksi ini akan membentuk asam lemak (fatty acids) yang mempunyai atom karbon genap dalam rantainya (Gambar 3 — 3).. Jadi bagian malonil-KoA, senyawa dengan

Langkah berikutnya adalah penggunaan media dan bahan ajar oleh siswa dan guru. Melimpahnya ketersediaan media dan bergesernya filsafat dari belajar

Analisis data dilakukan dengan menggunakan regresi linier berganda yang bertujuan untuk menguji dan menganalisis, baik secara parsial maupun secara simultan

Dan seteah dihitung besar koefisien elastisitasnya, sifat elastisitas pada tahun 2007 adalah elastis, yang artinya persentase ( % ) perubahan kuantitas daging sapi lebih besar

Pada hari ini Jum ’at tanggal Tiga Puluh Satu bulan Oktober tahun Dua Ribu Empat Belas bertempat di Kantor Unit Layanan Pengadaan Pemerintah Provinsi Jawa Barat Jalan

Kelompok Kerja ULP Dinas Pekerjaan Umum Kabupaten Padang Lawas Tahun Anggaran 2017 mengundang Penyedia Pekerjaan Konstruksi sesuai dengan Kualifikasi dan Klasifikasi untuk

○ Motorola dengan tipe 6800 Signetic dengan tipe 2650 ○ Rokwell dengan PPS8 Zilog dengan tipe Z80.  Digunakan

Demikian Berita Acara Penjelasan Pekerjaan ini dibuat dan merupakan dokumen yang tidak terpisahkan dari Berkas Pelelangan (Rencana Kerja dan Syarat-Syarat) untuk