• Tidak ada hasil yang ditemukan

36 Strategi Menarik Pelanggan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "36 Strategi Menarik Pelanggan"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

36 Strategi Menarik Pelanggan 2

PILIH “GERILA” ANDA DENGAN TELITI DAN BETUL

Terdapat beratus malah mungkin beribu teknik pemasaran yang anda boleh gunakan. Teknik gerila merupakan teknik pemasaran yang menggunakan kesemua alat pemasaran secara keseluruhan. Anda boleh bermula dengan menggunakan alat pemasaran yang tidak memerlukan modal dahulu kemudian perlahan-lahan diikuti dengan yang bermodal

rendah sehingalah bermodal tinggi. Pemilihan alat pemasaran haruslah diteliti dengan

baik dan pastikan ia adalah tepat dengan konsep p e r n i a g a a n

anda. Contoh alat pemasaran, emel, media sosial (Facebook, Twitter, YouTube), telefon, website, blog, sms, billboard, TV, radio dan banyak lagi.

MAJALAH ONLINE

Dengan adanya teknologi, ramai orang sudah mula beralih medium pembacaan dari majalah fizikal kepada majalah digital. Ini mungkin terjadi kerana wujudnya teknologi smartphone yang memudahkan para pembaca mendapat majalah digital melaluinya. Gunakan peluang ini! Bina majalah digital anda sendiri dengan memasukkan input yang menarik dan berguna kepada orang ramai. Pastikan majalah yang ingin dikarang mempunyai hubung kait dengan perniagaan anda contoh, jika berniaga kek, anda boleh mencari bahan penulisan berkaitan dengannya seperti membuat temuduga dengan pakar membuat kek, kongsi resepi kek, tips-tips dan sebagainya. Beri majalah digital ini secara percuma melalui online, dapatkan nama dan email orang ramai untuk dijadikan

database pemasaran.

1

(3)

3 36 Strategi Menarik Pelanggan

MEMBERI RESPON DENGAN CEPAT DAN

SEGERA

“Fast action, fast result”. Jika ingin berjaya di dalam perniagaan, anda mesti bertindak dengan cepat apabila peluang lumayan wujud. Tidak kira apa jenis keadaan pun, jika anda nampak sesuatu perkara yang menguntungkan diri, perniagaan dan orang ramai, anda perlu bertindak dengan segera sebelum orang lain mendapatkannya. Contoh, memberi respon yang cepat apabila menerima maklumbalas dari pelanggan berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Pelanggan suka bila diservis dengan segera.

KONGSIKAN PENGALAMAN PELANGGAN ANDA YANG BERPUAS HATI

Dapatkan maklumbalas dari pelanggan yang menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Dapatkan keizinan untuk menggunakan maklumbalas mereka untuk tujuan promosi perniagaan. Kongsikan pengalaman pelanggan ini secara meluas dengan menggunakan alat pemasaran yang ada, seperti media sosial, emel, website dan lain-lain. Dengan adanya cerita pengalaman pelanggan, orang ramai mula bertambah yakin untuk membeli produk anda.

3

4

(4)

36 Strategi Menarik Pelanggan 4

LANTIK PEKERJA JUALAN YANG

BERTAULIAH

Jangan susahkan diri dengan menjadi penjual kepada produk sendiri jika tidak

mempunyai pengalaman di dalam bidang jualan. Dapatkan bantuan dengan melantik pekerja jualan yang bertauliah. Dengan pengalaman mereka, anda tidak perlu lagi bersusah payah memikirkan teknik atau dialog jualan secara sendirian. Gunakan pekerja bertauliah ini untuk melatih pekerja baru sehingga pekerja ini menjadi mahir.

KARANGKAN SATU “ELEVATOR SPEECH”

‘Elevator Speech’ atau ‘ucapan lif’, adalah ringkasan penyataan pendek yang digunakan dengan cepat untuk mencerminkan idea serta nilai sesuatu produk atau perkhidmatan dalam jangka masa pendek seperti masa dalam perjalanan lif, antara kira-kira tiga puluh saat sehingga dua minit. Elevator Speech ini berasal dari senario perjumpaan atau pengenalan dengan seseorang yang penting dalam lif. Perbualan di dalam lif hanya beberapa saat, dan jika ia dapat menarik perhatian seseorang, perbualan itu akan diteruskan dengan lebih lanjut dengan pertukaran kad perniagaan atau mesyuarat yang dijadualkan.

6

(5)

5 36 Strategi Menarik Pelanggan

AMBIL PELUANG PADA SENARAI DIREKTORI

PERCUMA

Gunakan peluang sumber direktori percuma untuk membina rangkaian (network) perniagaan atau bagi mendapatkan pelanggan baru. Direktori ini boleh didapati melalui Internet atau anda boleh dapatkannya di persatuan-persatuan yang mempunyai senarai rangkaian perniagaan seperti Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Malaysia (PPPKM).

MUDAHKAN CARA PELANGGAN MEMBUAT

BAYARAN

Pelanggan akan beli jika ianya (produk) mudah dibeli. Sediakan pelbagai jenis perkhimatan pembayaran bagi memudahkan pelanggan untuk memilih jenis bayaran yang selesa bagi mereka. Antara contoh jenis pembayaran, secara tunai, kad kredit, wang pos, bank-in bank, cek, bank draft, paypal dan lain-lain lagi.

7

8

(6)

36 Strategi Menarik Pelanggan 6

BERIKAN JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN

Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan

jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuas hati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

MEMINTA DAN GUNAKAN TESTIMONIAL

PELANGGAN

Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat penggalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

11

9

(7)

7 36 Strategi Menarik Pelanggan

11

BERIKAN

HADIAH

PERCUMA YANG

LAIN DARI YANG

LAIN

Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin

membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari?

MENCIPTA SUASANA YANG SESUAI DENGAN TEMA SEMASA

Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta

memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai

anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?

Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

(8)

36 Strategi Menarik Pelanggan 8

KONGSIKAN APA YANG ANDA TAHU KEPADA ORANG LAIN

Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful

atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai

pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan

kewangan pendidikan anak-anak mereka.

Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman

yang sama.

SENTIASA TERSENYUM DAN TERUJA

Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang m e m b e r i k a n

mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!

14

(9)

9 36 Strategi Menarik Pelanggan

LANCARKAN PUBLISITI TERGEMPAR

Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.

LAKUKAN SESUATU YANG ORANG

LAIN TIDAK LAKUKAN ATAU TIDAK

DAPAT LAKUKAN

Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik.

15

(10)

36 Strategi Menarik Pelanggan 10

KEMPEN MENGUTIP SAMPAH

Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim.

Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan

masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen

tersebut.

17

18

SERTAI MANA-MANA ORGANISASI YANG

BOLEH MENYOKONG PERNIAGAAN ANDA

Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.

(11)

11 36 Strategi Menarik Pelanggan

BUAT SESUATU YANG DILUAR

JANGKAAN

Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya

sebagai tanda penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit

percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah sangat efektif.

19

MENJUAL HADIAH/VOUCHER

PENGHARGAAN

Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.

(12)

36 Strategi Menarik Pelanggan 12

GUNAKAN KREW PROMOSI

Anda boleh mendapatkan krew “part-time” atau sementara yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila

menyertai kempen ini.

21

MENAIKKAN HARGA

Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang “low-end” tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.

(13)

13 36 Strategi Menarik Pelanggan

KAIN RENTANG

Perkembangan teknologi baru menawarkan banyak kelebihan untuk percetakan kain rentang terutamanya menggunakan kain vinil. Kain rentang lebih fleksibil dari segi reka bentuk dan ketahanan. Pengiklanan kain rentang juga lebih murah berbanding pemasaran papan iklan tradisional yang lebih mahal. Cara pengiklanan kain rentang berkesan untuk mencapai sasaran pelanggan yang luas. Ia boleh menarik perhatian orang dan mempunyai tetapan trafik yang tinggi jika diletakkan di tempat yang menjadi laluan orang ramai.

21

24

BERKAWAN DENGAN SELEBRITI

RADIO ATAU TV

Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran.

(14)

36 Strategi Menarik Pelanggan 14

PAPAN KENYATAAN KEDAI 7-ELEVEN

Jangan terkejut jika papan kenyataan 7 eleven merupakan salah satu alat pemasaran yang berkesan untuk promosikan produk atau perkhidmatan perniagaan anda. Gunakan papan kenyataan ini, kos murah, efektif dan berfungsi sebagai alat pemasaran 24 jam tanpa henti.

TAMBAH MAKLUMAT BARU DI

LAMAN WEB ANDA

Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untukmeningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

25

26

(15)

15 36 Strategi Menarik Pelanggan

PAY PER CLICK

Jikan anda ingin membuat sasaran pemasaran pelanggan secara spesifik di dalam online, PPC merupakan cara terbaik untuk di aplikasikannya. Terdapat beberapa syarikat online yang sediakan perkhidmatan ini seperti Google (google adsense), Facebook (facebook ads) dan lain-lain lagi. Kaedah PPC ini memerlukan anda mengeluarkan sedikit modal untuk menggunakannya. Modal bergantung

kepada berapa jumlah klik iklan yang anda sanggup untuk membelanjakannya. PPC ini bagus bagi produk atau perkhidmatan yang mempunyai sasaran pelanggan yang spesifik.

HARI TERBUKA

Cara terbaik untuk melakukan demo produk atau ingin menyebarkan maklumat secara langsung dengan pelanggan adalah dengan menggunakan kaedah “hari terbuka.” Buat satu majlis, jemput pelanggan yang sedia ada serta bakal pelanggan. Berikan sedikit saguhati atau sajian makanan secara percuma jika mereka menghadiri majlis hari terbuka ini bagi menarik lebih ramai untuk hadir pada hari tersebut.

28

27

(16)

36 Strategi Menarik Pelanggan 16

PEMBELIAN DARI RUMAH

Trend membeli produk melalui dari online telah menjadi salah satu cara isirumah ber-shopping. Dengan memberli secara online, pelanggan

tidak perlu risau lagi untuk menempuh halangan berbelanja seperti jalanraya yang sesak, parking penuh, letih berjalan dan lain-lain lagi. Gunakan peluang ini, bina satu perniagaan online yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang ke rumah. Anda boleh menggunakan perkhidmatan pos barangan (darat, laut atau udara), dispatch, dan sebagainya.

29

KALENDAR

Membuat kalendar tahunan. Di dalam kalendar anda boleh letakkan maklumat produk dan perniagaan bagi memudahkan pelanggan hubungi anda. Berikan kepada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan anda setiap hujung tahun. Kalendar merupakan alat pemasaran unik yang dapat menarik perhatian para pelanggan.

(17)

17 36 Strategi Menarik Pelanggan

MENAWARKAN PERUNDINGAN ATAU

MEMBERIKAN UCAPAN

Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang

tersebut.

32

MEWUJUDKAN SISTEM

MEMPERKENALKAN KAWAN

Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan

mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.

(18)

36 Strategi Menarik Pelanggan 18

BERKENALAN DENGAN HAMPIR

SESIAPA SAHAJA

Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. “Terpaksalah” anda

kongsikan tentang perniagaan anda.

33

MEMBUAT KATALOG PRODUK

Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut di senaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.

(19)

19 36 Strategi Menarik Pelanggan

BERIKAN KAD DISKAUN ATAU

VOUCHER PERCUMA

Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang

anda menghargai mereka.

36

MENGGUNAKAN KAEDAH PEMASARAN YANG

MENYERONOKKAN

Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai logo perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.

(20)

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian lanjutan yang berkenaan dengan karakter dapat dikembangkan lagi, yaitu (a) perubahan karakter siswa akibat pengaruh strategi pembelajaran yang digunakan,

Berita yang dimuat oleh media seharusnya tidak menyudutkan sosok remaja dalam pemberitaan tawuran pelajar yang dianggap telah meresahkan oleh masyarakat.. Tujuan

Program Pelaksanaan PPL sudah telah terlaksana selama kurang lebih satu bulan yang bertempat di SKB Sleman, banyak sekali pengalaman yang didapatkan, setelah

Yang menjadi rumusan masalah dalam penelitian ini adalah bagaimana mengimplementasikan suatu sistem keamanan data yang mampu melakukan proses enkripsi dan dekripsi suatu data

1) Beberapa Desa dapat melakukan kerjasama untuk kepentingan Desa yang diatur dengan Keputusan Bersama Kepala Desa dan diberitahukan kepada Camat. 2) Keputusan

Alamat Kuasa : K&K ADVOCATES - intellectual property KMO Building, Fl. Kyai Maja No.. Alamat Pemohon : 104-2, Goldenroot-ro, Juchon-myeon, Gimhae-si, Gyeongsangnam-do,

Enzim ini banyak ditemukan pada jack bean, kacang kedelai dan beberapa biji tanaman lainnya,yang memiliki peran yaitu menyediakan energi internal dan eksternal bagi organisme