Nama : Siti Nabilah binti Che Musa ( AEL120019) / Nor Shazwani binti Zambri Sham (AEE1200935)
Soalan 9 : Bincangkan perkembangan politik Iraq sejak tahun 1979 sehingga menyebabkan negara tersebut menjadi sebuah negara yang gagal ( A failed State) dan apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku?
Fokus soalan :
1. Perkembangan politik Iraq dari tahun 1979 - 2003.
2. Kemasukan (invasion) Amerika Syarikat dan pasca- pemerintahan Saddam Hussien 3. Pendefinisian ‘failed state’
4. Faktor-faktor Iraq diisythiharkan sebagai negara yang gagal.
- Saddam Hussien telah menjadi presiden Iraq pada tahun 1979 bagi menggantikan Ahmed Al-Bakr.1
- Peranan beliau dimainkan melalui Baath Party yang disertai sejak tahun 1950-an lagi. - Saddam Hussien menjadi Presiden telah menjadikan pembentukan kuasa dipegang
oleh Islam yang bermazhabkan Sunni ( Sunni uphold) .2
- Beliau telah mendominasi dan memberikan idea taat setia kepada parti.
1980 – Perang Iran-Iraq
- Pada tahun 1979, negara Iran telah mengalami satu revolusi bagi mengantikan rejim Syah dan digantikan oleh golongan fundamentalis agama iaitu Ayatollah Khomeini. - Kebangkitan yang berlaku di Iran telah mendatangkan kebimbangan kepada Saddam
Hussien.
- Kepengaruhan kebangkitan terutamanya daripada golongan Syiah akan berlaku sekiranya tidak ditangani dengan segera oleh beliau.
- Tambahan pula, Iraq boleh dikatakan mempunyai majoriti Islam yang bermazhabkan Syiah.
- Iraq dan Iran telah bersetuju Shat El Arab sebagai sempadan mereka melalui perjanjian yang telah dilakukan bersama-sama dengan Iran pada tahun 1975.
- Kawasan Khouzestan: telaga minyak. Iraq telah memberikan kritikan bahawa kawasan ini adalah milik mereka kerana ia berada pada sekitar 200 meter.
- Iran tidak menerima alasan tersebut atas dasar perjanjian 1975 menggunakan sempadan Shet Al Arab.
- Iraq telah mengambil langkah untuk menyerang Iran pada September 1980.
- Saddam telah diberi tanggapan bahawa beliau mahu menguasai ekonomi minyak yang ada di negara Iran.
- Perang ini berlanjutan sehingga tahun 1988 dan berakhir melalui peranan PBB untuk genjatan senjata.
-1990- Serangan Iraq terhadap Kuwait
- Serangan ke atas Kuwait berlaku apabila Kuwait enggan untuk memberikan pinjaman yang pernah diberikan kepada Iraq semasa perang Iran-Iraq.
- Kuwait tidak bersetuju ‘membantu’ tetapi hanya memberi pinjaman kepada Iraq.
- Perang ini digelar sebagai “Gulf War” yang berlaku antara tahun 1990 hingga 1991.
- Seperti juga objektif yang Saddam gunakan semasa Perang Iran-Iraq, Iraq menyerang dan memberi tekanan kepada Kuwait juga atas dasar ekonomi iaitu minyak dan wang sebanyak $10 oleh Kuwait.3
1991 – Tuduhan Amerika terhadap Iraq dalam penggunaan senjata nuklear
- Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush telah dikemukakan tuduhan kepada Iraq memiliki senjata nuklear.
- Tindakan ini adalah satu tindakan untuk mengusir Iraq daripada Kuwait.
- 15 Januari 1991, PBB telah memberikan satu resolusi 687(1991)4 yang membenarkan
penggunaan kekerasan untuk mengusir Iraq daripada Kuwait.
- Selepas kekalahan Iraq, Amerika Syarikat telah bersetuju melalui keputusan PBB untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap Iraq sehingga 16 Disember 1998.
- Resolusi ini telah dicapai melalui Special Commision on Iraq ( UNSCOM ).
- Semasa tahun 1998, Amerika Syarikat melalui Iraq Liberation Act telah menyatakan bahawa Iraq akan menggunapakai demokrasi dan Saddam akan dijatuhkan daripada pemerintahan.5
- Namun, pada tahun 2002, PBB dan Majlis Keselamatan PBB mengisytiharkan bahawa Iraq perlu sekali lagi dilakukan pemeriksaan dan pemantauan melalui Resolusi 1441 (2002) .6
- Iraq bersetuju untuk menerima pengisytiharan ini.
- Pada tahap ini, pemantauan dilakukan bersama dengan U.N. Monitoring, Verification, and Inspection Commission (UNMOVIC) and the International Atomic Energy Agency (IAEA). 7
2003 – ‘Operasi Kebebasan Iraq’ pada 19 Mac 2003.
- Resolusi pemeriksaan kedua tidak berjaya. Amerika Syarikat bersama Britain dan beberapa sekutu seperti Perancis, Jerman dan Rusia telah melancarkan ‘Operasi Kebebasan Iraq’ pada 19 Mac 2003.
- 1 Mei 2003, Bush telah mengisytiharkan bahawa Iraq adalah zon konflik (conflict zone)
- Saddam Hussien telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman.
Pendefinisian ‘failed state’.
a) Ciri ‘Strong State’
- Peranan kerajaan sebagai sebuah negara yang mempunyai ciri-ciri tertentu dalam autoriti memberikan aturan kepada satu atau lebih masyarakat sama ada dalam negara atau jajahan.
4 Melalui rancangan Weapon of Mass destruction (WMD) 5 Saddam Hussien: The Legendary Dictactor m/s
6 Resolution 1441 (2002) Invansion of Iraq in Iraq and Use of Force in international Law 7 Iraq and Weapons of Mass Destruction National Security Archive Electronic Briefing Book No. 80
- Perlu menyediakan kehendak awam ; perlindungan, keselamatan, politik dan ekonomi.8
- Robert L. Rotberg mencirikan ciri kehendak awam:
1. Keselamatan : melindungi sempadan daripada berlakunya pencerobohan , ancaman dalam negeri dan sebagainya.
2. Kebebasan dalam berpartisipasi : politik dan proses politik, hak asasi manusia dan sebagainya.
3. Keperluan awam : pendidikan, kesihatan, kemudahan awam, sistem perbankan dan sebagainya.
b) Ciri ‘ Failed State’
- Krisis dan masalah dalam yang berlaku dalam sesebuah negara.
- Kelemahan undang-undang dan ketenteraman ( collapse law and order)
- Institusi pembangunan dan keselamatan tidak lagi berfungsi.
- Robert L. Rotberg: sebuah negara yang mempunyai krisis dan konflik sehingga membawa kepada bahaya dan peperangan. Negara ini juga berhadapan dengan satu atau lebih pencerobohan. 9
- Ciri-ciri ‘failed states’ yang dicirikan beliau ialah : 1. Perang sivil ( etnik, agama dan sebagainya )
2. Pemerintahan secara rejim – menekan rakyat sendiri
3. Ketidakupayaan mengawal kawasan negara. Dikawal oleh pihak luar ( outer-group) – hilang sebahagian besar daripada kawasan yang diperintah.
4. Peningkatan jenayah keganasan. c) Indikasi ‘strong states atau failed states’
- GDP per capita.
- UNDP Human Development Index.
- The Fund for Peace
Apakah faktor-faktor yang menyumbang Iraq kepada negara yang gagal? a) Ekonomi
- Ekonomi negara Iraq berada di tahap yang membimbangkan.
- Bermula dengan kos pembaziran apabila terpaksa membeli teknologi persenjataan dalam perang Iran-Iraq yang berlangsung selama lebih kurang 10 tahun.
- Begitu juga dengan kerosakan infrastruktur yang berlaku akibat daripada perang ini.
- Iraq menangung hutang yang banyak –anggaran kasar sebanyak $75 billion USD
- Kekangan ekonomi juga berlaku dalam Iraq apabila sumber utama ekonomi Iraq iaitu minyak telah mengalami penurunan akibat kemusnahan paip saluran pam minyak dan tangki.
- Pendapatan Iraq berdasarkan minyak pada tahun 1950 menunjukkan GDP telah disumbangkan kepada 3 peratus ($654). 1980 meningkat kepada 56 peratus ($4219) kerana kenaikan harga pasaran. Tetapi pada tahun 1990-an ( $485), sumbangan minyak terhadap GDP telah menurun kepada 12 peratus dan 4.5 peratus pada tahun 1995.
- Harga minyak telah menurun secara mendadak daripada $20 M kepada $ 26.3 B (1979)
- Pengeluaran hasil minyak tidak dapat berjalan dengan lancar apabila berlakunya kemusnahan fasiliti minyak seperti terminal, stesen pam, paop dan sebagainya.
- Hal ini jelas apabila ada pengeluaran hasil minyak daripada 3.4 M barrel per day kepada 0.9 M barrel per day pada tahun 1981.
- Keadaan ini memberikan tekanan kepada kerajaan dan rakyat.
- Berlakunya inflasi dalam ekonomi kerana pendapatan melebihi pengeluaran di tambah pula dengan hutang kepada negara-negara Arab.
- Keadaan yang berlaku ini mendatangkan inflasi, pengurangan belanjawan dalam pembangunan dan penambahan belanjawan dalam perkhidmatan tentera.
- Tentera : 1975 - $ 3.1 B 1980- $ 19.8
- Selain itu, ia juga memberikan impak kepada rakyat yang mana banyak kehilangan pekerjaan dan menganggur.
b) Politik
- Pemerintahan “autoriti” oleh Saddam Hussien.
“Ethnic and religious politics”
- Pemerintahan Saddam Hussien memperlihat dasar pecah dan perintah yang meningkatkan lagi pembahagian yang jelas antara mazhab.
- Golongan Syiah dan Kurdish telah ditekan semasa pemerintahan beliau.10 - Misalnya, penggunaan senjata kimia terhadap golongan Kurdish. 11
- Pada 16 March 1988, Saddam telah mengeluarkan arahan untuk menyerang Hallabjah dengan menggunakan gas beracun sehingga membunuh hampir 5,000 orang.
- Penghapusan etnik Kurdish ini tersenarai semasa kempen yang dilaksanakan oleh beliau dalam kempen ‘Al-Anfal’12
- Pun begitu, beliau juga menekan golongan Sunni yang dirasakan menentang pemerintahan beliau walaupun berada dalam satu parti yang sama.
- Pelbagai bentuk hukuman terhadap ‘pesalah politik’ Saddam Hussien telah dilakukan misalnya ditangkap dan dipenjarakan serta hukuman mati. 13
10 Politics in a development, ms 330
11 Saddam Hussien, A Legendary Dictactor ms 18 12 Failed state : m/s 13
- Pemerintahan secara kejam yang telah dilakukan oleh Saddam Hussien ini diletakkan pelanggaran hak asasi manusia yang tertinggi.
- Perang Sivil yang berlaku.
- Pemerintahan Saddam Hussien banyak melancarkan perang terhadap negara-negara jiran. Misalnya, perang yang berlaku sepanjang tahun 1980 sehinggalah 1990-an.
- Memberikan kesusahan kepada pemerintahan kerana kekurangan sumber seperti ekonomi dalam meneruskan pentadbiran.
c) Sosial
- Dari segi pembangunan sosial, negara Iraq masih lagi mampu untuk memberikan kemudahan sosial kepada rakyatnya sendiri.
- Pembangunan dari segi pendidikan, taraf kesihatan, kemudahan awam dan sebagainya.
- Perang yang banyak berlaku sejak tahun 1979 sehinggalah sekarang telah menyebabkan pembangunan sosial tidak berlaku secara pesat.
- Dalam pendidikan misalnya, peluang untuk mendapat pendidikan masih lagi terhad.
- Tambahan pula, golongan cerdik pandai atau golongan pertengahan banyak yang mendapatkan perlindungan sebagai pelarian di negara-negara lain dan bermastautin.
- Begitu juga hal dengan kemudahan awam seperti pengangkutan awam.
- Pengangkutan awam tidak mampu untuk disediakan oleh Iraq atas sebab kekangan ekonomi kerana perlu diperbaiki akibat rosak teruk berikutan berlakunya beberapa perang sama ada dalam atau luar Iraq.14
- Misalnya, dalam kejadian serang udara terhadap Iraq oleh Amerika Syarikat pada tahun 1990-an telah merosakkan infrasruktur, sistem telekomunikasi, sekolah, hospital dan sebagainya.
- Ketidakcekapan dalam sistem perubatan berlaku kerana kekurangan bekalan ubat-ubatan dan sistem bekalan asas seperti air dan elektrik.
- Menyebabkan kematian terutamanya dalam kalangan ibu dan kanak-kanak.
- Peristiwa pengeboman pada tahun 1991 telah menyebabkan sistem jana kuasa elektrik musnah sama sekali.
- Keadaan ini memberikan kesusahan kepada rakyat kerana sektor perubatan dan hospital akan terjejas, bekalan air bersih tidak dapat disalurkan.
- Tahap kematian meningkat.
- 1991 – kematian bayi 330 peratus ( 1987-1990) d) Krisis dalaman yang berlaku dalam Iraq
- Dalaman :
- Kebangkitan golongan yang bertelagah : anti – Amerika, Sunni-Syiah
- Selepas kejatuhan Saddam Hussien dan Amerika Syarikat melakukan invasi ke dalam Iraq, telah muncul pelbagai golongan yang memanjangkan lagi perang sivil dan ketidaktenteraman yang berlaku dalam negara Iraq.
- Golongan-golongan ini telah bangkit untuk menguasai negara Iraq.15
- Golongan Syiah mempunyai populasi yang agak banyak berbanding populasi masyarakat yang bermazhab Sunni.
- Perbezaaan pegangan ini jelas terlihat pada tahun 2005 masyarakat bermazhab Syiah menyokong penubuhan sebuah negara demokrasi. Manakala sebaliknya, masih lagi berpegang kepada sistem tradisional.
e) Kemasukan Amerika Syarikat ke dalam Iraq
- Amerika Syarikat pada hakikatnya tidak mampu untuk meneruskan pembangunan di negara Iraq seperti mana yang pernah dijanjikan.
- Analisis daripada sarjana Sains Politik telah berhujah bahawa kemasukan Amerika Syarikat ke Iraq tidak banyak membawa perubahan malah dalam sesetengah aspek menjadi lebih teruk.
- Misalnya, dalam bidang ekonomi, pendapatan per kapita tahunan Iraq pada tahun 2005 hanyalah sekitar $3,400 setahun. Kadar pengangguran rakyat berada pada tahap 25 peratus.16
- Walaupun adanya pelaburan (investment) daripada negara luar. Ia masih dipelopori oleh syarikat luar (foreign company).