• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 3 Medium / Saluran Komunikasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab 3 Medium / Saluran Komunikasi"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1 Kemahiran Komunikasi| FS1010

Sebagaimana komunikasi itu memerlukan penyampai dan penerima, ianya juga perlu kepada platform iaitu dari saluran mana ia disampaikan kepada penerima.

Medium dalam komunikasi boleh terdiri dari medium media cetak, media elektronik, media baharu mahupun medium konvensional.

Pemilihan saluran yang tepat mampu memastikan idea atau mesej yang ingin disampaikan diterima oleh individu mahupun kumpulan sasaran.

Setiap saluran yang dipilih mempunyai kesan yang berbeza ke atas individu/kumpulan sasaran.

Berikut merupakan medium-medium yang kerap digunakan pada perihal komunikasi:

1. Komunikasi Langsung Secara Bersemuka

Komunikasi langsung merupakan yang paling kerap berlaku dan ianya hampir tidak melibatkan sebarang kos. Komunikasi langsung meliputi perbualan bersemuka secara terus (verbal communication) atau komunikasi melalui bahasa isyarat (bahasa tubuh, ekspressi wajah dan sebagainya) di mana maklum balas boleh diberi dalam tempoh yang singkat.

Medium ini merupakan yang paling telus jika penilaian terhadap maklum balas adalah apa yang diharapkan. Ini disebabkan komunikasi langsung melibatkan

Bab 3– Medium / Saluran Komunikasi

(2)

2 Kemahiran Komunikasi| FS1010

ekspressi nada suara, wajah dan bahasa tubuh yang dapat dinilai secara terus oleh pihak penghantar mesej atau penerima.

2. Komunikasi Langsung Melalui Telefon

Komunikasi melalui kaedah ini adalah sangat popular kerana ianya dapat menjimatkan kos dan masa apabila melibatkan komunikasi jarak jauh. Menjimatkan kos kerana tidak perlu berkelana jauh untuk bertemu dan menjimatkan masa jika dibandingkan dengan perajalanan ke sesuatu lokasi atau melalui kiriman surat mahupun emel.

Pun begitu, terdapat beberapa kelemahan melalui kaedah ini iaitu :

tiada ekspressi wajah untuk menyokong aktiviti komunikasi;

kebergantungan ekstrem kepada telefon bimbit sehingga meliputi golongan awal remaja (pelajar sekolah rendah); dan

terdedah kepada bahaya radiasi gelombang radio electromagnet;

3. Komunikasi Melalui Media Elektronik

Media elektronik adalah medium komunikasi paling popular di kalangan pengiklan. Secara

amnya terdapat tiga medium komunikasi media elektronik yang terdapat secara melauasnya

di Malaysia:

(3)

3 Kemahiran Komunikasi| FS1010

i) Televisyen – Dengan kombinasai muzik, pergerakan dan warna; televisyen (TV) merupakan medium media elektronik paling menarik minat dan paling banyak dimilki oleh setiap isi rumah rakyat Malaysia dengan minimum satu unit TV bagi setiap rumah. Berdasarkan kajian oleh Carat dan Nielson pada 2009, purata jumlah jam yang diperuntukkan oleh seorang penonton TV adalah sekitar 4 jam 36 minit dan wanita merupakan kumpulan jantina yang lebih banyak meluangkan masa menonton rancangan TV. Keberkesanan TV sebagai medium komunikasi sehala dan dua hala telah mendorong syarikat-syarikat pengeluar produk untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi mengiklan produk mereka di TV dan tidak terkecuali agensi-agensi kerajaan yang menggunakan TV sebagai medium kempen-kempen khidmat masyarakat seperti kempen anti merokok, kempen pulihara alam sekitar dan sebagainya. TV dipilih sebagai medium kerana liputan yang meluas iaitu hampir 10 juta penonton bagi TV siaran am (tidak berbayar).

ii) Radio – Tahukah anda terdapat lebih 35 saluran radio di Malaysia? RTM selaku penyedia siaran radio milik kerajaan telah mewakili 29 saluran radio manakala baki dioperasikan oleh syarikat swasta seperti rangkaian radio Astro dan Media Prima. Radio Era fm sebagai contoh telah merekodkan jumlah pendengar seramai 5.2 juta pendengar berdasarkan kajian oleh Nielsen Media pada suku pertama tahun 2014. Berdasarkan trend kehidupan di kota, purata tiga jam diluangkan untuk memandu kenderaan (pergi dan balik) untuk ke tempat kerja, ini menjadikan radio sebagai medium komunikasi umum paling berkesan untuk warga kota pada awal pagi dan lewat petang. Slot berita semasa dan trafik melalui radio merupakan medium komunikasi berkesan untuk warga kota.

Sebagaimana pendengar boleh menghubungi konti untuk berkomunikasi dengan

juruhebah bertugas, ianya menjadikan radio sebagai medium komunikasi

interaktif bergerak yang efektif.

(4)

4 Kemahiran Komunikasi| FS1010

iii) E-mel – Medium ini popular di kalangan individu bekerja dan pelajar di peringkat siswazah. Komunikasi di dalam sesebuah organisasi banyak menggunakan e-mel terutama dalam menyampaikan makluman/arahan dari pihak pengurusan kepada kakitangan peringkat pelaksana. E-mel boleh diakses di mana-mana jua di seluruh dunia asalkan mempunyai bekalan talian internet atau jalur lebar. Ciri ini menjadikan ia popular dan mudah didapati atas pelbagai pengelola samada google, yahoo atau sebagainya. Bercirikan pantas dan murah, internet telah menjadikan medium komunikasi secara surat menyurat semakin kurang mendapat perhatian dan ini dibuktikan dengan aplikasi e-card yang mengambil alih hampir secara keseluruhan tugas kad hari raya yang biasa digunakan dahulu.

4. Komunikasi Melalui Media Cetak / Kertas

Walaupun telah digunakan sebagai medium penyampai maklumat lebih dari 1 abad, kertas tetap kekal relevan sebagai alat komunikasi sehingga kini. Fungsinya ketara untuk dua medium di bawah:

Akhbar – Akhbar merupakan medium komunikasi satu hala yang masih diterima

secara meluasnya di dunia. Walaupun berita elektronik (e-news) telah diperkenalkan

pada awal tahun 2000, akhbar masih menjadi pilihan bagi kebanyakan pembaca

dewasa dari kalangan umur 25 hingga 60 tahun. Di Malaysia, akhbar saiz tabloid

merupakan yang paling mendapat perhatian dan Harian Metro keluaran Berita

Harian merupakan yang paling tinggi jumlah jualannya iaitu lebih 100,000 naskah

dijual setiap hari. Pun begitu, komunikasi melalui akhbar adalah kurang efektif

berbanding media elektronik kerana kebanyakan pengeluar menyiarkan berita yang

berlaku pada hari sebelumnya dan ia bukanlah bersifat ‘siaran pada waktu/hari

berlaku’ sebagaimana mampu dilakukan oleh TV.

(5)

5 Kemahiran Komunikasi| FS1010

Brosur/Pamphlet – Medium ini kerap digunakan untuk komunikasi bertujuan memperkenalkan produk atau promosi khas. Helaian kertas ini diberikan secara percuma di pasaraya atau pintu masuk kedai. Bersifat komunikasi satu hala; ianya agak informatif, murah dan mampu kekal lama namun dari satu aspek, ianya kurang mesra alam kerana penggunaan kertas yang banyak menjurus kepada penebangan pokok secara meluas. Brosur juga kadangkala diposkan kepada pelanggan apabila terdapat promosi bermusim.

Surat – Ianya merupakan kaedah komunikasi jarak jauh paling tua dalam sejarah komunikasi. Pada suatu ketika, burung merpati pernah digunakan sebagai alat untuk menyampaikan surat dan filem Harry Potter telah memperlihatkan burung hantu (owl) menjalankan tugas tersebut. Selain kertas, kain, kayu dan batu juga pernah digunakan sebagai bahan untuk ditulis. Kelemahan menggunakan kaedah ini adalah ianya mengambil masa antara satu hari atau lebih sebelum maklum balas diterima oleh pengirim. Dengan adanya kemudahan seperti e-mel dan media sosial, kaedah menulis surat bukanlah lagi medium yang popular namun ianya masih digunakan secara meluas di dalam sektor perkhidmatan seperti kiriman bil telefon serta surat dari jabatan kerajaan kepada rakyat.

5. Komunikasi Melalui Media Baharu

Media baharu merujuk kepada media sosial dan media interaktif yang diperkenalkan pada mulai awal tahun 2000. Media baharu adalah kombinasi melibatkan komputer, sistem digital dan jalur lebas di mana video dan audio terlibat secara langsung.

Antara media sosial yang popular adalah:

facebook – Berdasarkan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 13 Oktober 2013, Malaysia berada di tangga ke-18 dari jumlah pengunjung Facebook paling ramai di sesebuah negara. Dari sejumlah 13 juta rakyat Malaysia, 70%

memiliki akaun Facebook iaitu hampir 10 juta rakyat Malaysia menggunakan

facebook. Laman sosial percuma ini menduduki tempat pertama dari

sejumlah laman sosial yang ada di seluruh dunia. facebook membolehkan

penggunanya berkongsi kenyataan, foto dan video bersama maksimum 5,000

rakan di satu-satu laman. Selain individu, terdapat syarikat korporat dan

entiti perniagaan yang turut mempunyai akaun facebook bagi

memperkenalkan produk dan mengekalkan komunikasi dengan pelanggan

mereka. Dari aspek komunikasi, pengenalan facebook telah memecahkan

tradisi dan terori-terori baharu mula wujud dalam memahami kesan dari

pengenalan medium ini. Di Malaysia, terdapat kes dimana keretakan

hubungan keluarga dan rumah tangga berlaku akibat perkongsian maklumat

yang tidak sepatutnya di laman ini. Dengan hampir 1 billion pengguna setiap

hari, Facebook merupakan laman yang paling sibuk dan paling kerap

dikemaskini.

(6)

6 Kemahiran Komunikasi| FS1010

Twitter – ‘Tweet’ dan simbol ’#’ (hash tag) merupakan satu perkataan yang begitu popular di kalangan pengguna twitter. Di Malaysia, selebriti atau tokoh termasuk ahli politik merupakan mereka yang memiliki akaun twitter dan mempunyai pengikut (follower) yang ramai antaranya adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Hj Abdul Razak dan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin. Komunikasi melalui twitter adalah cepat dan murah namun jumlah teks yang boleh dimasukkan adalah terhad.

Whatsapp – Mula mendapat perhatian pada tahun 2009, Whatsapp adalah saluran sembang media sosial yang membolehkan anda berkomunikasi di dalam komuniti secara dalam talian sehingga 50 peserta. Ianya percuma untuk tahun pertama dan kemudiannya pengguna akan dikenakan caj USD1 atau lingkungan RM3.60 untuk tahun-tahun berikutnya. Selain teks, pengguna boleh menyiarkan foto, video bersaiz kecil dan pesanan suara. Atas kejayaan Whatsapp memperoleh sehingga 1 billion pengguna menarik minat Ketua Pegawai Eksekutif Facebook; Mark Zuckerberg dan beliau telah membeli pegangan saham Whatsapp dengan nilai USD19 billion.

Skype – Direalisasikan pada Ogos 2003, Skype merupakan medium

komunikasi persidangan video percuma yang dimiliki oleh Microsoft. Melalui

aplikasi ini, pengguna dapat berkomunikasi secara bersemuka (dalam talian)

dengan jangkaan kelewatan (delay) maklumbalas antara 1-3 saat. Ianya kerap

digunakan di organisasi termasuk organisasi akademik ketika menjalankan

proses pembentangan cadangan (proposal defence) melibatkan calon

program Master atau PhD dari luar negara.

Referensi

Dokumen terkait

Tabel 19 menunjukkan bahwa pernyataan di dalam kuesioner terkait strategi penanganan risiko sumber daya manusia tidak dijawab oleh responden karena Taman Wisata Candi

Berdasarkan argumen-argumen yang telah diajukan, maka masalah yang akan diteliti dapat dirumuskan sebagai berikut: (1) Apakah terdapat perbedaan yang signifikan antara

Guru membantu peserta didik untuk menjelaskan hal-hal yang diragukan sehingga informasi menjadi benar dan tidak terjadi kesalah pahaman terhadap materi.. Secara bersama-sama

Konsep tawassul yang diperaktekkan oleh sebahagisn masyarakat muslim tidak bertentangan dengan ajaran Islam, sebab orang yang bertawassul tidak pernah meyakini

Hasil penelitian menunjukkan: (1) Prediksi ramalan volume penjualan tape mengalami fluktuasi yang cenderung meningkat setiap bulannya; (2) variabel-variabel diantara variabel

Stanley J.. organisasi kepada publik. Publik yang menjadi sasaran tersebut adalah publik di dalam organisasi sendiri atau publik di luar organisasi. 2) Majalah

Umat Islam sepatutnya amat berhati-hati dalam hal ehwal kepimpinan dan pentadbiran negara kerana kejahilan dan kurang kepakaran dalam aspek ini boleh menyebabkan umat Islam hilang

Selaras dengan penjelasan ini menunjukkan bahawa ajaran yang dibawa oleh semua nabi terdahulu kepada umat mereka dan ia harus diterima sebagai agama dan semua ajaran dan wahyu