• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH DAKWAH DAN PENGURUSAN PENDEKATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAEDAH DAKWAH DAN PENGURUSAN PENDEKATAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KAEDAH DAKWAH DAN PENGURUSAN

Islam berkembang ke seantero alam berdasarkan usaha dakwah yang dilakukan dari zaman baginda Nabi Muhammad SAW serta zaman para sahabat RA dan seterusnya bergerak tanpa henti sehingga ke hari ini. Walaupun usaha dakwah ini dilihat telah bergerak dalam pelbagai cara namun di Negeri Johor sendiri lebih tertumpu kepada dakwah secara konvensional iaitu secara ceramah, forum dan kuliah. Kaedah percakapan sehala ini dilihat agak formal dan terbatas. Secara langsung, ianya berkesan kepada kumpulan sasaran yang mendengar ucapan dakwah tersebut. Pendekatan yang utama adalah mewujudkan suatu kesinambungan atau wasilah dakwah yang bersifat semasa dan terkini untuk dilaksanakn. Seterusnya dapat menyebarkan dakwah Islamiyyah secara meluas. Kaedah yang dilaksanakan adalah lebih tertumpu kepada golongan muslim yang datang bermusafir di kawasan tesebut. Sementara itu, program seperti ini turut disertai oleh unit dakwah dan terbiah bahagian dakwah Jabatan Agama Johor. Diharapkan pendekatan yang dijalankan ini dapat membantu memperkukuhkan lagi dalam penyebaran syiar Islamiyyah secara santai yang akhirnya akan membawa minat bagi golongan muda dalam menyampaikan dakwah.

(2)

hanya dilihat dakwah dilaksanakan dalam pelbagai hal (Mohd Yunus, Ahmad Redzuwan. 2001).

PELAKSANA DAKWAH JALANAN (ORANG AWAM)

Melalui kamus dewan edisi ketiga, pelaksana membawa erti badan yang menjalankan suatu tugasan atau pengerak kerja dalam sesuatu program yang telah dirancang. Kerja dakwah perlu disertai oleh golongan yang setia akan kewajaran iaitu sukarelawan dalam melancarkan sesuatu aktiviti atau program. Dalam konteks dakwah, pelaksana lebih tetumpu kepada badan penggerak sesuatu progam tersebut agar ianya dapat membantu dalam memudahkan segala jua bidang tugas yang diagihkan (Abu Zaid, Ahmad Mahmud , 1996).

(3)

Dalam pada itu, golongan pelaksana dakwah jalanan ini turut disertai oleh beberapa kumpulan tetap oleh sahabat dakwah dan dibantu oleh rakan muda masjid di daerah Mersing. Tujuan penglibatanya adalah membantu anggota Pejabat Kadi Daerah Mersing dalam segala aktiviti dakwah yang dijalankan. Tambahan pula, hubungan sillaturrahim diantara orang Islam daerah Mersing dapat lagi dieratkan dengan mengganjurkan program seperti ini.

Sebagai pelaksana dakwah seharusnya menanamkan dan melahirkan nilai-nilai murni dalam diri agar menjadi sebuah insan yang kamil (sempurna). Meliputi dari aspek fizikal (jasmani) dan mental (rohani) individu kerana menjadi kayu ukur keperibadian apabila berenteraksi dengan masyarakat umum. Tetapi harus ditegaskan bahawa tidak semua masyarakat mempunyai tanggapan yang sama dalam melalui proses penerimaan dakwah jalanan. Sikap berlapang dada haruslah dijadikan titik tolak serta penerimaan segala pendapat dan cadangan dari pelbagai penjuru kaum yang hadir. Pelbagai persoalan yang sering bermain di minda mereka tentang agama Islam itu sendiri. Terutamanya oleh golongan bukan Islam, apabila diajukan beberapa soalan berkaitan pandangan secara umum. Ringkasnya, dakwah jalanan memerlukan persiapan mental dan fizikal yang kuat justeru ia berkembang samada menerima respon yang positif apatah lagi jika negatif.

KAEDAH DAKWAH JALANAN

(4)

sasaran dengan mengikut peredaran masa. Hal ini dibuktikan melalui firman Allah (Syaikh Abu Bakar, Jabir Al – Jazari. 2006):





  















 









 

 













 









Terjemahanya; dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

(Surah ali Imran 3: 104)

Menyeru melakukan perkara kebaikkan adalah suatu amalan yang dituntut di dalam al – Quran serta suatu syariat Islamiyah. Malahan dakwah bil lisan membawa erti yang cukup sinonim dengan jiwa masyarakat disamping terdapat unsur yang berbentuk pengajaran melalui pengisiannya sendiri. Maka program kali ini tidak hanya berlalu bergitu sahaja bahkan pengunjung juga turut dihidangkan dengan persembahan kumpulan busker islamik yang terkandung lagu-lagu berbentuk sebuah nasihat dan menjurus kearah konsep ketuhanan, bagi menyerikan suasana dakwah. Perkara ini tidaklah dianggap semata-mata sahaja tetapi naluri manusia amat gemar akan hiburan ditambah lagi, dengan unsur islamik agar objektif yang dituju itu dapat dicapai dengan sempurna.

(5)

Islam terhadap Islam itu sendiri. Kemunculan contoh teladan yang baik dalam kehidupan harian orang Islam merupakan suatu ikutan atau perkara yang penting dalam berdakwah kerana ianya dapat mempertonjolkan terhadap kemuliaan agama Islam yang perlu ditauladani oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh pemberian hadiah berupa belon atau gula-gula kepada golongan muslim dan “Button Budget dan stiker dakwah” kepada orang bukan muslim (Mohd Zain, Ab. Aziz. , 2001).

Selain dari itu, dakwah bit tadwin membawa makna berdakwah melalui tulisan dalam pelbagai bentuk seperti membukukan buku-buku dakwah, berdakwah melalui media massa dan memperbanyakkan pengeluaran pencetakkan al-Quran serta Hadis (Mohd Zain, Ab. Aziz., 2001). Kaedah dakwah seperti ini haruslah diperbanyakkan bagi mengekalkan kesinambungan dakwah dalam konteks penulisan Islamiyah. Antara contoh dakwah bit tadwin yang digunakan dalam program kali ini, adalah dengan mengedarkan nota ringkas mengenai Solat Jamak dan Qasar, borang soal selidik dan risalah yang berunsurkan keagamaan tanpa menyentuh sebarang unsur-unsur perkauman.

Dakwah secara ammah dilihat, merupakan suatu bentuk penyampaian yang memerlukan persedian yang rapi sebelum melaksanakanya. Kebanyakkan pendakwah pada hari ini, dalam konteks menyampaikan sesutu mesej atau mengeluarkan hujah secara membuta tuli. Maka akan memberikan impak yang negatif terhadap fahaman oleh sesetengah kelompok yang mendengarkannya mengenai isu Agama Islam (Mohd Zain, Ab. Aziz. , 2001).

(6)

sasaran tersebut dapat menerima penyampaian dakwah dengan hati yang terbuka dan berhikmah. Hal ini dibuktikan melalui firman Allah (Syaikh Abu Bakar, Jabir Al – Jazari. 2006):







 

 

























 



 





 







  





















Terjemahannya: serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk

(Surah al – Nahl 16:125)

Secara manhajnya, pengisian pada program ini, pendakwah yang telah dilantik disarankan menyampaikan penerangan tentang solat Jamak dan Qasar kepada penghujung yang hadir teruatamanya kepada golongan muslim, bagi membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang sering berlaku terhadap kehidupan seharian ketika bermusafir. Bagi yang bukan beragama Islam, para pendakwah hanyalah menceritakan serba ringkas kepada mereka tentang agama Islam dan bertanyakan persoalan mengenai pendapat diri mereka keatas orang Islam.

KELEBIHAN DAKWAH JALANAN

(7)

ruang tentang perkara ini dalam mempergiatkan lagi usaha dakwah kearah modenisasi sejagat (Amat Basri, Muhammad Shakiff. 2016, Disember 9). Penyertaan dari pelbagai ahli dan kumpulan ditambah lagi dengan kehadiran sukarelawan secara langsung. Sedikit sebanyak dapat membantu bagi melancarkan lagi perjalanan program agar objektif yang dirancangkan akan terlaksana selaras dengan moto penganjuranya “Ambil Tahu Ilmu, Jangan Keliru.”

Kepelbagaian kaedah berdakwah, dapat digunakan dalam membangunkan institusi dakwah yang berdaya saing secara sihat. Ia seharusnya dijadikan sebagai manhaj tauladan yang baik kepada golongan remaja mahupun dewasa (Don, Ghafar Abdul et al. 2000). Kegiatan dakwah bukanlah hanya di ruang tertutup sahaja bahkan boleh dilaksanakan dimana-mana tempat. Oleh yang demikian, persepsi masyarakat hari ini terhadap perkembangan dakwah yang sebelumnya agak ketinggalan dari pelbagai aspek. Namun perkara ini tertentu sekali tidak boleh disangkal lagi oleh sesetengah golongan tertentu, kerana sehingga ke hari ini pelbagai medium yang boleh digunakan sebagai medan dalam menyampaikan risalah Nabi Muhammad SAW (Ghafar Don, Abdul & Mohd Ali, Zaleha 2008).

Masyarakat amat gemar menyaksikan bentuk dakwah yang tidak formal serta santai ditambah lagi dengan pelbagai perisa jenaka dalam berdakwah (Mohd Zain, Ab. Aziz. 2001). Ini dapat dibuktikan apabila program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang muslim dan bukan muslim dengan menyambut baik akan kehadiran program seperti ini. Jelaslah bahawa dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan kaedah mengikut kesesuian tempat dan keadaan semasa.

(8)

penelitian tersebut, ia dapat dirumuskan bahawa masih lagi terdapat ramai golongan muslim yang sebelum ini tidak ambil kisah tentang kaedah pelaksanaan dalam melakukan Solat Jamak dan Qasar, maka perkara ini amat membimbangkan. Bagi membantu menyelesaikan permasalahan ini, program ini turut diserikan oleh kehadiran seorang pendakwah selebiriti yang turut hadir bersama-sama dalam menjayakan program ini dengan memberikan penerangan serba ringkas tetapi padat dalam memberi panduan bagi melaksakana kaedah Solat Jamak dan Qasar. Tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan khususnya golangan umat Islam yang hadir pada hari tersebut.

Seterusnya, golongan bukan muslim yang turut hadir telah diminta bagi mengutarakan sedikit tentang beberapa pandangan yang khusus berkaitan agama Islam dan pemikiran mereka tehadap konsep ketuhanan. Berbekal pemikiran yang terbuka oleh orang bukan muslim, pelbagai maklum balas yang diberikan oleh mereka tentang ajaran agama Islam dan konsep ketuhanan. Sejajar itu, penganut bagi agama meraka menyambut baik serta menghormati antara satu dan yang lain terhadap Agama Islam. Pendakwah yang ditugaskan tersebut menerima apa jua kritikan sekiranya ada dengan hati yang terbuka dan turut diselangi dengan sedikit nasihat berbentuk pedoman kepada mereka. Tujuan meminta pandangan dari orang bukan Islam ini ialah dengan melihat persepsi (maklum balas) orang bukan muslim terhadap orang Islam dan agama Islam itu sendiri.

(9)

PROSPEK DAKWAH JALANAN

Takrifan prospek dalam erti kata lain bermaksud kejayaan atau kemenangan dalam sesuatu. Walhal apabila ianya diaplikasikan dalam medan dakwah secara khususnya dalam dakwah jalanan. Ianya akan menjadi suatu kepuasan serta keinginan yang jelas dalam melaksanakan tugas – tugas dakwah sekiranya semua angota yang terlibat ini bekerjasama dalam menjayakan sebuah program (Mohd. Simpol, Nor Haliza. 2017 , Januari 3). Hal ini dibuktikan melalui firman Allah (Syaikh Abu Bakar, Jabir Al – Jazari. 2006):

















 













………. 

Terjemahan: dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,

(Surah al Ma’ idah 5 :2)

Sesuatu kejayaan yang diperolehi semasa melaksanakan ruang aktiviti seperti ini haruslah seiring dengan matlamat serta tujuan asalnya. Pendekatan ini dapat dilihat dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada golongan sasaran. Maka pada akhirnya dapatan tersebut dapat dikumpul dan dianalisa secara telus demi melihat ketepatan objektif yang telah ditetapkan dalam perancangan.

(10)

RUMUSAN

Adalah perlu ditekankan bahawa, hasil daripada dakwah tidak akan membuatkan seseorang yang telah kembali kepada fitrah untuk menjadi Muslim yang sebenar-benarnya. Tarbiah dan bimbingan secara berterusan perlu dilakukan kepada mereka. Dan ini adalah tanggungjawab setiap Muslim di dunia ini. Hal ini kerana, seseorang itu tidak boleh mendakwahkan manusia menuju akhirat tanpa perjalanan duniawi yang sempurna. Sekiranya cabaran dakwah yang dikaitkan diatas dapat dibawa secara umum maka pendekatan dakwah haruslah diberikan nafas baru, supaya ia dapat diselaraskan dengan jelas bagi menghasilkan kekesanan yang lebih.

RUJUKAN

Al - Qarni Abdullah, Aidh Dr. (2007). Petunjuk Berdakwah Dengan Berkesan. Kuala Lumpur, Malaysia: Jasmin Enterprise.

(11)

Amat Basri, Muhammad Shakiff. (2016, Disember 9). Kaedah Dakwah Vs Kelebihan dakwah . [Interview].

Ghafar Don, Abdul, Abdullah, Behanudin & Abd. Ghani, Zulkiple. (2000). Dakwah Dan Pengurusan Islam Di Malaysia Konsep Dan Pelaksanaan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ghafar Don, Abdul & Mohd Ali, Zaleha (2008). Dakwah Dan Cabaran De - Islamisasi Di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Karisma Publications Sdn Bhd.

Hassan, Abdullah. (2007). Teori Dan Teknik Moden Mendorong Perubahan Tingkah Laku Berdakwah Dengan Efektif. Selangor Darul Ehsan: Pts Islamika.

Mohd Yunus, Ahmad Redzuwan. (2001). Sejarah Dakwah. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Mohd. Simpol, Nor Haliza. (2017 , Januari 3). Pandangan Prospek Terhadap Dakwah Di Malaysia. [Interview].

Mohd Zain, Ab. Aziz. (2001). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaysia.

Mohd Zain, Ab. Aziz. (1997). Penghantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Eksplan pada perlakuan memberikan respon pertumbuhan yang tidak berbeda nyata terhadap kontrol ada periode regenerasi sehingga dapat diduga bahwa P3 merupakan

Penelitian ini mencoba menentukan hambatan pada kapal tanpa awak berbentuk kapal tongkang untuk beberapa kecepatan menggunakan metode CFD dengan program OpenFOAM.. Metode

Pada penelitian ini peneliti menggunakan PTK (Penelitian Tindakan Kelas) dengan pembelajaran menggunakan media pembelajaran program Festo Fluidsim pada mata

Pada kromatografi lapis tipis, fase diam berupa lapisan tipis yang terdiri atas bahan padat yang dilapiskan pada permukaan penyangga datar yang biasanya terbuat dari kaca, dapat

Dalam makalah ini akan dibahas penelitian yang bertujuan untuk mengetahui penurunan TS pada limbah cair industri perminyakan dengan teknologi AOP kombinasi ozon dan UV

Menyusun teks deskriptif lisan dan tulis, pendek dan sederhana, terkait tempat wisata Menyusun teks deskriptif lisan dan tulis, pendek dan sederhana, terkait

Penerapan model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBM) juga meningkatkan kualitas proses pembelajaran dimana hasil aktivitas guru dalam proses pembelajaran dari siklus I

Modul microcontroller dapat mengirimkan pesan ke telepon genggam melalui jaringan GSM dan sebaliknya modul microcontroller juga dapat menerima pesan yang diterima melalui