• Tidak ada hasil yang ditemukan

PRINSIP PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PERUN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PRINSIP PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PERUN"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

NOTA SKPS6023

PRINSIP PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN

ALAM SEKITAR

1. Undang-undang

Suatu ketetapan yang dibuat oleh pihak yang berkuasa

berdasarkan sumber tertentu bertujuan mengatur uruskan

kehidupan dalam hubungan antara manusia dengan manusia,

manusia dengan alam sekeliling dan manusia dengan Tuhan.

2. Tujuan Undang-undang

untuk mengatur-uruskan perlakuan (behaviour).

mengatur-uruskan hubungan individu dengan individu;

mengarur-uruskan hubungan individu dengan masyarakat;

mengatur-uruskan hubungan individu dengan alam sekeliling;

mengatur-uruskan hubungan manusia dengan tuhan;

mengatur-uruskan kehidupan di dunia ini;

3. Definisi Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

s.2 “termasuklah faktor-faktor fizikal (udara, tanah, air, cuaca iklim , biologi (tumbuh-tumbuhan dan haiwan) dan estetika” faktor-faktor fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, faktor-faktor biologi bagi binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan dan faktor sosial estetika.

a. Faktor fizikal yang dimaksudkan ialah atmosfera, biosfera, litosfera dan hidrosfera yang meibatkan tanah tanih, air, udara, cuaca atau iklim, bunyi, bau dan rasa.

b. Manakala faktor biologi pula melibatkan persekitaran manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta lain-lain organisma. c. Faktor sosial estetika adalah bagaimana masyarakat itu berinteraksi dengan persekitarannya iaitu persekitaran gubahan manusia seperti pembentukan kawasan pertanian, kawasan perindustrian, bangunan dan kawasan petempatan serta jaringan perhubungan dan pengangkutan.

4. Undang-Undang Alam Sekitar

“environmental law constitutes a body of common law and

statutory rules relating to:

i.

land use, planning and control;

ii.

pollution and control;

iii.

environmental impact assessment; and

iv.

nature conservation.

Perundangan ini merupakan kawalan terhadap apa-apa

aktiviti yang mendatangkan kemudaratan kepada manusia

atau kesan terhadap alam sekitar.

5. Adakah Undang-undang Alam Sekitar Mampu menangani

masalah alam sekitar

Keberkesanan Undang-Undang

Kesemua undang-undang bertulis yang berkaitan dengan alam

sekitar tidak akan memberikan sebarang kebaikan dan faedah

kepada usaha menangani masalah persekitaran khususnya

pencemaran melainkan:

i.

disokong oleh agensi penguatkuasaan yang kuat

(supported by strong enforcement

ii.

disokong oleh agensi teknikal yang kuat )strong technical

agencies);

iii.

tenaga kerja yang mencukupi dan berkelayakan

(adequate and qualified manpower);

iv.

sumber kewangan yang mapan (sustainable financial

resources);

v. kepedulian politik di setiap peringkat (political concern at

all levels);

vi.

dasar alam sekitar negara yang seiring dengan strategi

pembangunan dan agencies);

vii.

pertumbuhan negara dalam memulihara kualiti

(2)

6. Akta Kualiti Alam Sekeliling

1974 (Akta 127) Pengenalan AKAS

 Alam sekitar dan isu perundangan mula menjadi perbincangan umum penting awal 1970an dan isu-isu berkaitan dengannya masih diperkatakan sehingga hari ini.

 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) cuba untuk mewujudkan suatu keseimbangan dalam pertelingkahan yang berlaku antara keperluan perlindungan alam sekitar dan yang berkaitan dengan pembangunan persekitaran dalam konteks kemajuan negara.

Objektif Akta i. mencegah;

ii. menghapus;

iii. mengawal pencemaran; dan iv. membaiki alam sekeliling.

 Keempat-empat objektif ini pada dasarnya cukup untuk menangani sebarang isu mengenai alam sekitar di negara ini.

 Akta 127 berorentasikan kawalan dan menjadikan perlesenan sebagai suatu mekanisma mengawal pencemaran di samping langkah-langkah penguatkuasaan dan kerjasama semua agensi yang berkaitan ini bukan suatu yang mudah untuk dicapai.

Kandungan Akta 127

Akta 127 ini dibahagikan kepada 8 Bahagian adalah seperti berikut: BAHAGIAN I

 Bahagian Permulaan - pemakaian Akta 127 di seluruh Malaysia  Takrif/definisi,melibatkan dua seksyen iaitu seksyen-seksyen 1 dan

2.

BAHAGIAN II

 Berkaitan dengan pentadbiran.

 seksyen 3 hingga seksyen 9 mewujudkan suatu struktur organisasi khas bagi menangani isu pengurusan dan pentadbiran alam sekitar.

 Jawatan Ketua Pengarah telah diwujudkan

 Penubuhan JAS di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.

 Menubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai Majlis Kualiti Alam Sekeliling - penasihat Menteri di Kementerian Sumber Asli Dan

Alam Sekitar mengenai Akta ini. BAHAGIAN III

 Bahagian ini pula berkaitan dengan perlesenan. Bermula dengan seksyen 10 hingga ke seksyen 17. Ia melibatkan perkara2 seperti: i. kuasa mengeluarkan, kuasa mengubah, membatalkan

permohonan, memindahmilik, membaharui, penamatan pindahmilikan, syarat & kadar-kadar bayaran lesen

BAHAGIAN IV

 Larangan dan kawalan mengenai pencemaran.  seksyen-seksyen 18, sehingga seksyen 34A.  Sekatan-sekatan mengenai:

i. pencemaran udara; ii. bunyi bising,

iii. tanahtanih,

iv. pencemaran air (termasuk perairan daratan & perairan); v. buangan

BAHAGIAN IVA.

 satu seksyen - s 34B yang mengenai larangan terhadap penempatan, perletakan dan sebagainya apa yang disebutkan sebagai ‘buangan terjadual’.

BAHAGIAN V.

 Bahagian V memperuntukan perkara mengenai rayuan dan pembentukan Lembaga Rayuan.

BAHAGIAN VA

 Peruntukan yang baru dimasukkan melalui pindaan AKAS (Pindaan) 1996, (A953) - pembayaran ses & kumpulan wang alam sekeliling.

 Peruntukan s 36A, 36B, 36C, 36D dan 36E - melibatkan pembayaran ses, penubuhan jawatankuasa, penggurusan dan penggunaan dan caruman ke dalam tabung kumpulan wang. BAHAGIAN VI

 merangkumi pelbagai perkara: pengurusan, pentadbiran, perlaksanaan dan penguatkuasaan Akta berkenaan bagi mengwujudkan suatu kesempurnaan.

 Bermula dengan seksyen 37 hingga ke seksyen 51.

(3)

perlucutan hak kenderaan atau kapal, kuasa perwakilan, kuasa mengkompoun kesalahan-kesalahan dan kuasa membuat pendakwaan.

 ruang yang amat luas kepada Menteri untuk membuat apa-apa peraturan baru sebagai tambahan kepada Akta ini dalam usaha menangani masalah alam sekeliling.

Peruntukan Penting i. Pengurusan Dan Pentadbiran

 Badan penasihat iaitu Majlis Alam Sekitar dan Jabatan Alam

Sekitar

 Kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mentadbir dan mengurus  Tugas-tugas dan kewajipan Ketua Pengarah -

perenggan-pereggan khusus menurut seksyen 3(1) (a)-(o) Akta. ii. Peruntukan Mengenai Pencegahan & Kawalan Pencemaran;

 Akta memperuntukan lima perkara yg menjadi tumpuan utama

a.pencemaran udara b.pencemaran bunyi bising c.pemcemaran air;

d.pencemaran tanah tanih; dan e.kawalan buangan terjadual

 Penetapan syarat-syarat / kadar - jenis, bilangan, jumlah serta

kekerapan pelepasan bahan-bahan cemar sebelum lesen di keluarkan.

 Tindakan pencemaran - kebenaran terlebih dahulu daripada

pihak berkuasa.

iii. Kuasa Menteri Dan Perwakilan Kuasa;

 Kuasa Menteri yang dimaksudkan terbahagi kepada

a. kuasa menetapkan syarat-syarat; kuasa menahan, memasuki, menaiki, menyiasat, memeriksa, mengelidah premis, kenderaan atau kapal termasuk menyita; kuasa untuk memeriksa orang yang mengetahui kes atau sesuatu kesalahan di bawah Akta

b. kuasa untuk mengenakan hukuman kompaun

c. kuasa membuat undang-undang kecil sebagai tambahan

 Kuasa perwakilan atau penurunan kuasa daripada Ketua

Pengarah memudahkan pengurusan Akta ini.

 Ketua Pengarah boleh mewakilkan mana-mana daripada

kuasa,

iv. Tanggungan Individu Dan Pengguna;

 Mana-mana orang yang terlibat secara langsung dengan

apa-apa aktiviti yang mencemarkan persekitaran yang berlawanan dengan peruntukan undang-undang yang ada, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman.

 Ia juga melibatkan konsep tanggungan pendudukan

(occupier’s liability) dan tanggungan beralih (tanggungan vikarius).

 Dalam kedua-dua konsep tanggungan - ada kemungkinan

orang yang terlibat secara tidak langsung akan turut sama dipertanggungjawabkan.

 Mana-mana orang perseorangan, agen atau penjawat/pekerja

yang melakukan kesalahan di bawah Akta 127 boleh menyebabkan tanggunganya beralih kepada syarikat, firma, pertubuhan atau lain-lain kumpulan orang.

v. Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA)

 Perkara ini cuma ditimbulkan sepuluh tahun kemudian melalui

Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 1985 (A636). – 34A

 Menteri boleh membuat ketetapan terhadap apa-apa aktiviti

yang mungkin mempunyai kesan terhadap persekitaran supaya dibuat suatu laporan lengkap sebelum aktiviti itu diluluskan atau dilaksanakan.

 Sehingga kini terdapat 19 aktiviti yang disenaraikan di bawah

Perintah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987

vi. Hukuman Dan Penalti;

 Hukuman - melibatkan denda dan penjara

 Kadar denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.  Hukuman penjara - tidak melebihi lima tahun.

 Mengenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.  Pihak yang bersalah boleh diperintahkan membayar

pampasan ke atas kerosakan atau kerugian vii. Pendakwaan.

 Seksyen 44 Akta 127 memperuntukan bahawa

(4)

di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di

bawahnya tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya

”.

 Pendakwaan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran

bertulis daripada Jabatan Peguam Negara.

 Pindaan kepada selsyen 44 ini adalah selari dengan seksyen

376 Kanun Acara Jenayah yang memperuntukan bahawa

Peguam Negara hendaklah menjadi Pendakwaraya dan mempunyai kuasa dan arahan bagi semua pendakwaan dan tatacara jenayah di bawah Kanun tersebut.

 Pindaan yang dilakukan terhadap seksyen 44 Akta 127 ini

menjadikan ianya seiring dengan Perkara 145(3) Perlembagaan dan juga seiring dengan keperluan seksyen 376 Kanun Acara Jenayah. Kini sebarang pendakwaan tanpa keizinan bertulis Peguam Negara ianya adalah tidak sah dan terbatal dengan sendirinya.

Perkembangan Dan Pencapaian

a. Pindaan-Pindaan Terhadap Akta 127 sehingga 2013. Siri pindaan yang berlaku adalah seperti berikut:

i. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1985 (Akta A636)

 Pindaan pertama kali dilakukan dalam tahun 1985 lebih kurang

sepuluh tahun setelah ianya dikuatkuasakan. Ia melibatkan pindaan kepada:

a. peruntukan seksyen 34A - (EIA),

b. pertambahan kepada bilangan dan komposisi keahlian dalam Majlis Alam Sekitar,

c. mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat terhadap kegagalan pematuhan peruntukan; dan

d. kuasa untuk menguji dan meneriksa kenderaan. ii. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1996 (Akta A 953 )

 Pindaan kali kedua ini melibatkan empat perkara:

a. Pengurusan dan kawalan produk serta buangan terjadual b. memperkenalkan audit alam sekeliling

c. perintah pembayaran ses & kumpulan wang alam sekeliling.

d. hukuman yang semakin berat di atas keengkaran atau pelanggaran daripada seratus ribu kepada lima ratus ribu.

iii. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1998 (Akta A 1030)  Pindaan melalui Akta A1030 ini melibatkan isu jerebu dan

kemerosotan kualiti udara persekitaran

 Soal pengurusan sumber asli dan kesedaran terhadap pelepasan benda-benda berbahaya kepada alam sekeliling - seksyen 30A yang memberi kuasa kepada Menteri untuk mengawal penggunaan benda-benda berbahaya dan dikurangkan penggunaannya atau mensyaratkan keperluan mengitar semula.

 Pengguna turut diberikan pendidikan dan kesedaran terhadap pengenalan pelabelan berkaitan dengan penggunaan, rekabentuk, penjualan benda atau keluaran yang diperakukan sebagai tidak memudaratkan persekitaran. Peruntukan baru ini memberi kuasa kepada Menteri menetapkan keperluan peratusan kandungan benda-benda berbahaya dalam setiap keluaran pengilangan.

 Seksyen 44 yang asal dibuat memandangkan kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah melakukan pendakwaan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Pindaan baru memasukan peruntukan yang memberi kuasa pendakwaan sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak memulakan sesuatu kes bagi setiap kesalahan di bawah Akta 127. iv. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 (Akta A1120)

 Dua pindaan dilakukan:

i. memasukkan takrifan ‘pihak berkuasa tempatan’ dalam s.2; ii. pengertian ‘pembakaran terbuka’ dengan tambahan kepada

s 29AA yang baru. Ekoran daripada pindaan-pindaan ini suatu Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan)(Pembakaran Terbuka) 2003 telah diluluskan. v. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Akta A1441)

(5)

Isu Semasa Dan Cabaran Masa Depan.

 Isu alam sekitar ada yang bersifat sejagat menyeluruh dan melampaui sempadan mendatangkan kebimbangan.

 Pelbagai pendekatan mengekalkan persekitaran semulajadi yang selamat dan berterusan untuk generasi yang akan datang.

o Menyatupadukan perancangan pembangunan dengan pertimbangan alam sekitar,

o penggunaan teknologi lebih bersih, o galakan kewangan dan pelepasan cukai, o pendidikan & kempen-kempen kesedaran serta

memperkukuhkan perundangan dan peraturan.

 Pendekatan perundangan bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah alam sekitar di Malaysia.

 Tindakan perundangan memerlukan penguatkuasaan dan kejayaan penguatkuasaan undang-undang banyak bergantung kepada soal sosial budaya dan kemanusiaan. Bermula dengan kuasa yang ada di bawah Menteri, Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah,

o Pengarah dan pegawai serta kakitangan hinggalah kepada setiap individu maka setiap bahagian itu mempunyai peranan masing2

o Ketegasan daripada pihak kerajaan, komitmen yang tinggi di peringkat pengurusan

o kecekapan dan kemahiran tenaga kerja

o peruntukan kewangan yang kukuh untuk meneruskan penyelidikan, dan kesedaran terhadap pentingnya alam sekitar yang membawa kepada perubahan sikap

o Budaya dan amalan masyarakat terhadap alam sekitar mampu menjayakan apa sahaja yang diharapkan.

7. Pencemaran Air

Pencemaran

Air dianggap tercemar berdasarkan 2 pertimbangan:

1. Kandungan air:

-

Kandungan kimia

-kandungan dua atom hidrogen dan satu atom oksigen dan air yang dimaksudkan ini hanya akan diperolehi dalam persekitaran makmal.

-

Kandungan biologi

--

Fizikal

- Warna

2. Unsur pencemar

 Penanda aras cemar yang diletakkan sebagai pengukur kepada

tahap cemar kandungan air termasuklah:

i. BOD-Permintaan Oksigen Biokimia (

Biological Oxygen

Demand

ii. COD Permintaan Oksigen Kimia (

Chemical Oxygen Demand

) iii.

SS

Jum kdgn Pepejal Terampai

(Total Suspended Solids

) iv.

pH -

Nilai pH (

pH value

)

v.

NH3-N

- Ammonia Nitrogen (

Ammoniacal Nitrogen)

vi.

DO

Oksygen Terlarut (

Dissolved Oxygen)

 Penanda aras ini merujuk kepada sudut kandungan kimia dalam air

sedangkan penilaian umum kualiti air harus juga mengambil kira unsur-unsur lain seperti biologikal, kandungan nuterien dan nilali-nilai estetik.

Agensi-Agensi Berkaitan Air

Persekutuan / Negeri/Persendirian:

i. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); ii. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),

iii. Jabatan Bekalan Air (JBA),

iv. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), v. Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH),

vi. Kementerian Perdagangan dlm Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP),

vii. Pejabat Tanah Dan Galian (PTG), viii. Puncak Niaga, Indah Waters,

(6)

Pengurusan Air Selangor (PUAS), (SYABAS), dll. Undang-Undang Berkaitan Air Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Seksyen: s. 21, 25, 27, 28, 29, 34A, 34B, 47, 48, 51.

Seksyen-seksyen ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

 perairan daratan (seksyen-seksyen 21,25, 28)

 perairan Malaysia (seksyen-seksyen 21, 27, 28 dan 29) dan  peruntukan umum –

Kuasa untuk menentukan syarat-syarat pengeluaran , pelepasan dsb

Seksyen 21: syarat2 pengeluaran, pelepasan atau perletakan benda berbahaya kepada alam sekeliling

Sekatan pencemaran perairan daratan

Seksyen 25(1) : melainkan jka dilesen, tiada seseorang boleh mengeluar, melepas atau meletakkan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling (langgar syarat s.21)

Seksyen 25(2): seseorang disifatkan sebagai mengeluar, melepas atau meletakkan buangan2 ke dalam perairan daratan jika ia mengakibatkan buangan itu masuk ke mana2 perairan

Seksyen 25(2)(c)- seseorang itu hendaklah disifatkan mengeluar, melepas @ meletakkan buangan2 ke dlm perairan daratan menyebabkan suhu perairan naik @ turun sebanyak lebih daripada had

Sekatan pencemaran perairan Malaysia

Kawalan mencemarkan perairan dengan bahan-bahan buangan, minyak atau benda-benda bebahaya kepada alam sekeliling. Ini tergambar melalui seksyen-seksyen 21, 27, 29 dan 34A.

Seksyen 27(1):melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia (langgar syarat s.21)

Seksyen 29(1)

Melepaskan benda-benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan-buangan ke dalam perairan Malaysia Seksyen 34A:

Laporan EIA disediakan. Menurut

Perintah Kualiti Alam Sekeliling

(Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling)

1978

, Bahagian Jadual dalam Perintah tersebut ada menyentuh

mengenai:

 saliran dan pengairan,  perikanan,

 perhutanan,  pelabuhan,  petroleum,

 penjanaan dan pemancar kuasa,  rekreasi dan peranginan,

 pengolahan dan pelupusan buangan  bekalan air.

Keperluan Lesen

Seksyen-seksyen 25(1), 27(1) dan 29(1) sekurang-kurangnya mengandungi ungkapan ‘melainkan jika dilesen atau melainkan ia telah diberi lesen…”

Peraturan & Perintah di bawah AKAS1974

1. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977;

2. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Getah Asli Mentah) 1978;

3. Peraturan2 Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 4. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)

(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1978

5. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 6. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen

Perindustrian) 2009.

7. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1993

8. EQA (Control of Pollution from Solid Waste Transfer Station and Landfill) Regulations 2009

9. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Penyiasatan Ke Atas Kawalan Hakisan Dan Kelodakan) 2012.

Kesalahan di bawah AKAS 1974

i.

Kesalahan mencemar perairan daratan.

s.25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

(7)

bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas notis yang diberi oleh KP menghendakinya memberhentikan perbuatan

ii.

Kesalahan melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia.

s.27(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Langgar s27(1) - denda x > RM500, 000.00 atau penjara x > lima tahun atau kedua-duanya. Ini khusus bagi kesalahan melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia.

iii.

Kesalahan melepaskan benda berbahaya, pencemar, buangan ke

dalam perairan Malaysia

s.29(2) denda x > RM500, 000.00 atau penjara x > lima tahun atau kedua-duanya kerana melepaskan benda berbahaya kepada alam sekeliling, atau pencemar apa-apa buangan ke dalam perairan malaysia.

Pembelaan Terhadap Dakwaan di Bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. ( S.28)

Kesalahan seksyen 27 - pembelaan baginya membuktikan bahawa pelepasan atau penumpahan itu adalah –

a) bagi maksud menjamin kselamatan vesal

b) bagi maksud menyelamatkan nyawa manusia

c) langkah telah diambil mengelak, menghenti @ mengurangkan pertumpahan itu

d) tidak adanya kecermatan, langkah munasabah telah diambil untuk menghenti atau mengurangkan kebocoran itu

e) akibat suatu pengaliran yang disebabkan oleh kerja pembersihan minyak, dan bahawa segala langkah yang munasabah telah diambil untuk menghapuskan minyak itu dari pengaliran itu dan bahawa melupuskan pengaliran itu dengan apa-apa cara yang lain daripada melepas atau menumpahkannya ke dalam perairan Malaysia tidak boleh dipraktikkan dengan munasabah,

Undang-undang lain yang berkaitan i. Perlembagaan Persekutuan

 Sungai di negara ini diletakkan di bawah bidang kuasa Negeri  Enakmen Air (Bab 59) - semua sungai dalam negeri adalah di

bawah kuasa Sultan.

ii. Akta Air 1920 (Disemak 1989(Akta 418)

 Kawalan terhadap sungai-sungai dan tali air. Ia menyediakan

peruntukan khas kawalan pencemaran di bawah s 7A. iii. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655)

 Mengenai dan mengawal selia perkhidmatan air dan

perkhidmatan pembetungan dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya Seksyen 121. Kesalahan mengenai pencemaran air

iv. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

 Seksyen 69- kacauganggu atau meletakkan apa-apa kekotoran

dalam atau di atas tebing mana-mana anak sungai, saluran, parit awam atau lain-lain alurair

 Seksyen 70, Seksyen 71

v. Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

 Seksyen 53, 54 dan 55 - pembinaan, penyelengaraan dan

memelihara mana-mana parit air permukaan dan parit hujan lebat, pembetung, salur dan alur air.

vi. Akta Kapal Dagang (Pencemaran Minyak) 1994 (Akta 515)

vii. Ordinan Kapal Dagang 1952

 Mengawal aktiviti kapal-kapal dagang yang melalui perairan

negara.

viii. Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) ix. Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750)

 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi laut wilayah

Malaysia dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya

x. Akta Perikanan 1985 (Akta 317).

xi. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654)

xii. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 (Akta 311).

xiii.

B aselines of Maritime Zones Act 2006 (Act 660)

xiv.

Kanun Keseksaan (Akta 574)

(8)

8. Pencemaran Tanah Tanih

Pencemaran Tanahtanih

‘apa-apa perubahan langsung atau tak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi alam sekeliling amnya dan secara khususnya menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah tanahtanih tersebut yang menyebabkan berbahaya kesihatan, keselamatan kebajikan awam’.

Tafsiran

Akta Tafsiran 1967

tanah’ termasuklah:

a) permukaan bumi & semua benda2 yg mbentuk permukaan tersebut; b) Tnh di bwh permukaan & semua benda2 yg wujud di tmpt tersebut; c) semua tumbuhan dan lain-lain hasil semula jadi, sama ada atau

tidak memerlukan penggunaan pekerja untuk keluarannya, dan sama ada di atas atau di bawah permukaan;

d) semua benda-benda yang terlekat di bumi atau terikat secara tetap kepada apa-apa benda yang terlekat di bumi sama ada di atasau di bawah permukaan; dan

e) tanah diliputi air.

Undang-Undang Berkaitan Tanahtanih Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Seksyen 24 , Seksyen 34A.

Larangan melakukan pencemaran

Seksyen 24(1) mencemar atau menyebab atau membenar dicemarkan mana-mana tanah tanih atau permukaan mana2 tanah

Perilaku yang dikata mencemar tanahtanih itu?

Seksyen 24(2)

(a) ia meletakkan apa-apa benda sama ada cecair, pepejal atau gas di dalam atau di atas mana-mana tanahtanih atau di sesuatu tempat di mana benda itu boleh masuk ke dalam mana-mana tanahtanih;

(b) ia mengadakan di atas mana-mana tanah suatu tempat melonggok sampah-sarap, tempat membuang kotoran, tempat membuang tanah tanih dan batu-batan, tempat meletakkan enap cemar, lobang pancitan buangan atau guna tanah untuk tempat melonggok buangan pepejal atau cecair sehingga mencela atau mengganggu manusia atau mengganggu air di bawah tanah atau menjadi mudarat kepada apa-apa kegunaan berfaedah akan tanahtanih atau permukaan tanah itu.

Seksyen 34A:

Laporan EIA disediakan. Menurut

Perintah Kualiti Alam Sekeliling

(Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kpd Alam Sekeliling) 1978

, Peraturan di bawah Akta 127

a. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009

b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009

c. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Sistem Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009.

d. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling)1989

(Kerja-kerja berkaitan dengan guna tanah: Perintah - Butiran 18(a), 18 (b), 18 (c)

Apakah seksaan bagi kesalahan mencemarkan tanah tanih?

Kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 24(3) berikut: Denda x . RM100,000 @ penjara x > 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan x > RM 1000.00 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan

Undang-undang lain yang berkaitan i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 ss 81, 82, 110,

Seksyen 81. Kacau ganggu yang tindakan secara terus boleh diambil atasnya di bawah Akta ini

Seksyen 82. Notis menghendaki kacau ganggu dihapuskan Seksyen 110. Kuasa untuk memasuki premis

ii. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976

Seksyen.2 - "kerja tanah" termasuklah apa-apa perbuatan mengorek, merata, menimbus dengan apa-apa bahan, atau menebang pokok atas mana-mana tanah, atau apa-apa perbuatan lain yang menyentuh atau mengganggu mana-mana tanah;

Seksyen18(1) Penggunaan tanah dan bangunan

Seksyen20- . Larangan terhadap pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang

iii. Akta Pemuliharaan Tanah 1960

Seksyen. 5 Prohibition of short-term crops except under permit. Seksyen. 6 - Restrictions on clearing and cultivation of hill land. iv. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

(9)

Seksyen.70(2) – pelan dan spesifikasi kerja tanah mesti diserahkan

9. Buangan dan Pepejal

Pencemaran Buangan & Pepejal

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

‘buangan’ ditakrifkan sebagai:

termasuklah apa-apa benda yang ditetapkan sebagai buangan terjadual, atau apa-apa benda sama ada dalam bentuk pepejal, separuh pepejal, atau cecair, atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling dalam apa-apa isipadu, komposisi atau cara yang menyebabkan pencemaran’. (s 2)

Jenis & Kategori Buangan JENIS / KATEGORI BUANGAN

a. sampah

b. buangan isirumah (

domestic waste

); c. buangan perbandaran (

municipal waste

); d. buangan perdagangan (

commercial waste

); e. buangan pepejal

(solid waste)

f. buangan industri (

industrial waste

); g. buangan institusi

(institutional waste);

h. buangan pertanian / ternakan (

agriculture/animal waste

);

i. buangan sisa perlombongan dan kuari (

waste from mines and

quarries

);

j. kumbahan (

sewage sludge

);

k. buangan daripada janakuasa (

waste from power stations

); l. buangan berbahaya (

hazardous waste

)

m. buangan toksid

(toxic waste)

n. buangan terjadual (

schedule waste

).

Undang-Undang Berkaitan Buangan & Pepejal Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

 Larangan-Larangan Terhadap Buangan Dan Buangan Terjadual.  Larangan terhadap perbuatan-perbuatan seperti berikut:

i. melepaskan, ii. meletakkan atau iii. mengeluarkan

apa-apa buangan ke dalam alam sekeliling (udara, atas tanahtanih atau dalam tanah, atau ke dalam air)

i. Larangan Melepaskan Atau Mengeluarkan Buangan Ke Udara

Seksyen 22(1) -mengeluar atau melepaskan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau

buangan ke dalam udara

dengan (Langgar s 21)

ii. Larangan Meletakkan Buangan Ke Atas Tanah Tanih.

Seksyen 24(2): mencemarkan sesuatu tanahtanih atau permukaan sesuatu tanah jika ia meletakkan apa-apa benda sama ada cecair, pepejal atau gas di dalam atau di atas mana-mana tanahtanih atau disesuatu tempat di mana benda itu boleh masuk ke dalam mana-mana tanahtanih.

iii. Larangan Mengeluar, Melepas Atau Meletakkan Buangan Ke Dalam Perairan

Seksyen 25 perairan daratan; mengeluar, melepas atau meletakkan buangan-buangan ke dalam perairan daratan jika ia meletakkan apa-apa buangan di dalam atau di atas mana-mana perairan atau disuatu tempat di mana buangan itu boleh masuk ke dalam mana-mana perairan.

Seksyen 29 – perairan Malaysia. larangan melepaskan buangan ke dalam perairan Malaysia.

iv.Larangan terhadap penempatan, peletakan, mentransit dan sebagainya buangan terjadual. (khusus untuk buangan terjadual)

Seksyen 34B:

(1). Tiada seorang pun boleh -

a) menempatkan, meletakkan atau melupuskan atau menyebabkan atau membenarkan ditempatkan, diletakkan atau dilupuskan, kecuali dipremis yang ditetapkan sahaja, apa-apa buangan terjadual di daratan atau ke dalam perairan Malaysia;

b) menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau membenarkan diterima atau dihantar apa-apa buangan terjadual di dalam atau di luar Malaysia; atau

(10)

Peraturan-peraturan di bawah AKAS 1974

a. Peraturan2 Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005;

b. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 2005;

c. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual)1989 d. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)(Kemudahan

Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual)1989;

e. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977;

f. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977;

g. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978;

h. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978;

i. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009

j. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 k. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Kawalan

Pencemaran Daripada Stesyen Pemindahan Sisa Pepejal Dan Kambus Tanah) 2009

Undang-undang lain yang berkaitan i. Akta Kerajaan Tempatan 1976

a. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis-Majils Daerah) Seluruh Malaysia

ii. Akta Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)

iii. Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam 2007 (Akta 673)

iv. Atomic Energy Licensing Act 1984 [Act 304]

Undang-undang yang mengawai buangan industri i. Getah

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

a. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978

b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978

ii. Kelapa sawit

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

a. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977;

b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977

iii. Efluen industri

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

a. EQA (Industrial Effluent) Regulations 2009 iv. Kumbahan (sewerage)

1. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655 2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974(Akta 133) 3. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

a.EQA (Sewage) Regulations 2009; v. Buangan terjadual (schedule waste)

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

a. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005;

b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual)1989;

c. Perintah Kualaiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 2005;

d. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)

(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual)1989. vi. Buangan pepejal (solid waste)

a. Akta Kerajaan Tempatan 1976

a. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis-Majils Daerah) Seluruh Malaysia

b. Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)

c. Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673)

vii. Air larut-resapan (leachate) 1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

a. EQA Control of Pollution from Solid Waste Transfer Station & Landfill) Regulations 2009

(11)

Pencemaran Bunyi

 Gelombang terhasil oleh getaran yang kemudiannya dapat didengar

oleh telinga manusia disebut sebagai bunyi.

 Bunyi yang dapat didengari oleh telinga manusia adalah hasil

perubahan pantas pada tekanan udara di sekitar sesuatu nilai malar yang dikenali sebagai tekanan atmosfera.

 Bunyi boleh terhasil apabila udara terganggu sama ada secara semula

jadi seperti desiran tiupan angin, air terjun, ribut petir dan ombak atau secara buatan sama ada oleh manusia atau binatang

 Punca bunyi bising  Bunyi bising persekitaran

 Bunyi bising kenderaan dan lalulintas  Bunyi bising kapal terbang

 Bunyi bising industri, pembinaan dan pembangunan

 Bunyi bising komuniti– (residential -55 dB(A) siang; 45 dB(A) mlm)

Tahap bunyi bising dan tindak balas pendengaran diukur menggunakan unit desibel ini dapat digambarkan seperti di bawah:

Sumber Bunyi dB(A) Kriteria Tindakbalas --150

Jet di landasan --140 bingit

--130 tersangat bising --120

--110

--100 sangat bising

Bunyi jentera --90

Jalan raya / jalan awam --80 agak bising dan bunyi kenderaan berat

Pengucapan /suara bila bercakap --70

Suasana sebuah pejabat --60 sederhana bising Suasan dalam ruang tamu --50 Senyap

Perpustakaan --40

Keadaan dalam bilik tidur --30 Sangat Senyap Bilik penyiaran radio --20

--10

--0 Sunyi sepi. Undang-undang mengawal bunyi

i. KENDERAAN

1. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127),

 Seksyen 23(1): bunyi bising yang lebih kuat bahana, keamatan atau

kualitinya dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.

 Seksyen 23(2) Melanggar seksyen kecil (1) adalah melakukan suatu

kesalahan dan boleh dikenakan denda X > RM100,000.00 atau penjara X > 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00] sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan

 Seksyen 48A(2) kuasa menguji & melarang penggunan kenderaan.  Undang-Undang Kecil di Bawah Akta 127.

a. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987

Sila lihat Peraturan-Peraturan berkenaan.

 Pemakaian

 Syarat pemakaian Peraturan-Peraturan – Peraturan utk siapa?  Tafsiran ‘kenderaan motor’

- Pengecualian pemakaian – Peraturan 3

 Tahap bunyi – 3 – maximum sound level standard; Std A,B,C.

b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Perlesenan) 1977.

 Peraturan 3 - mengarahkan supaya suatu permohonan lesen

dibuat mengikut Borang 2 Jadual yang mengatakan lesen diperlukan sebagai dikehendaki oleh s.23(1)

2. Akta Pengangkutan Jalan 1987 i. Kaedah-kaedah.

Seksyen. 66

66 (1) Bahagian ini dan pada amnya mengenai pembinaan, penyenggaraan, penggunaan, usia dan kelengkapan kenderaan motor dan syarat-syarat yang menurutnya kenderaan-kenderaan motor itu boleh digunakan, dan selainnya bagi maksud menguatkuasakan Bahagian ini dan khususnya, tetapi dengan tidak menjejaskan keluasan makna peruntukan-peruntukan yang terdahulu, boleh membuat kaedahkaedah

(12)

ii.

Kuasa untuk menghadkan kenderaan

Seksyen.71.

(1) Tanpa menjejaskan seksyen 70, -melarang atau menghadkan pemanduan atau penggunaan mana-mana kelas atau perihalan kenderaan atau kenderaan dengan sekian bilangan penumpang yang ditentukan.

ii. PERSEKITARAN DAN KOMUNITI - KACAUGANGGU 1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Seksyen.80 – kuasa PBT memberhentikan, memusnahkan & menghapuskan segala kacauganggu dari jenis awam;

Seksyen.81- tindakan terus terhadap sebarang kacauganggu Seksyen.82 – hantar notis menghendaki kacauganggu dihapuskan. Seksyen.84 – kuasa mengambil tindakan terhadap kacauganggu walupun di luar kawasan PBT.

2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Seksyen.2- takrif kacauganggu – termasuk sesuatu yang bising – boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan harta

3. Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)

MINOR OFFENCES ACT 1955 (REVISED - 1987)

Seksyen.13 Excessive Noise – bunyi bising yang keterlaluan. iii. KAPAL TERBANG.

Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3)

Akta turut menyentuh bunyi bising oleh pesawat udara

berdasarkan Chicago Convention on International Civil Aviation 1944 Seksyen 20(2) Tiadalah apa-apa tindakan boleh diambil berkenaan dengan kemudaratan semata-mata oleh sebab bunyi dan getaran yang disebabkan oleh kapal udara disesebuah padang terbang.

iv. INDUSTRI

Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139)

Seksyen 24 – mengenai perlindungan keselamatan terhadap pekerja dengan menyediakan alat-alat khas bagi menghindar bunyi bising, haba, gas dan bahan beracun.

11. Pencemaran Udara

Pencemaran Udara

Udara-

 Terbentuk daripada keseimbangan beberapa unsur penting

 Atmosfera ialah lapisan udara yang melingkungi yang terdiri daripada

bahan-bahan gas dan di antara gas-gas tersebut sebagai contohnya termasuklah nitrogen (78 %), oksygen (20%) dan karbon dioksida (0.03%);

 Melakukan sebarang gangguan terhadap keseimbangan ini akan

memberi kesan terhadap udara persekitaran Terdapat lebih kurang 7 jenis unsur dalam kandungan udara yang diguna-sukat bagi menentukan tahap pencemaran udara:

i. particulate matter – bahan terampai ii. sulfur oxides; sulphur dioksida (SO2) iii. carbon monoxides; karbon monoksida (CO) iv. nitrogen dioxide; nitrogen dioksida (NO2) v. ozone; ozon (O3)

vi. hydrocarbon; vii. lead.;plumbum

Punca Pencemaran a. Punca setempat / Tetap (

Stationary Sources

)

 Aktiviti perindustrian dianggap sebagai penyumbang kepada

pencemaran udara

-mencemarkan udara dengan melakukan pelepasan benda-benda asing/cemar ke udara seperti carbon dioxide, oxides of nitrogen, sulphur dan lain-lain

 Punca ‘stationary’ yang dimaksudkan:

i. Industri Kimia ( baja & racun serangga, asid, cat dan varnish, plastik, sabun dan bahan pencuci);

ii. Industri berasaskan pertanian dan makanan (makanan haiwan, kilang minyak sawit, kilang padi, getah, rumah asap); iii. Industri logam (besi dan keluli, aluminium, tin smelting); iv. Industri petroleum (kilang penapisan minyak dan gas); v. Industri galian (

asbestos, asphalt & concrete batching

, batu

bata dan tanah liat, simen, kaca, batu marma dan kuari); vi. Industri berasaskan kayu (arang, kertas, pembalakan dan

kayu gergaji/ kilang papan);

(13)

Waste disposal sites, incinerator)

b. Punca bergerak (

Mobile Sources

)

 Kenderaan motor.

CO, NO2, SO2, hidrocarbon, organic compounds dan lead compounds dikatakan berpunca daripada pelepasan ke udara oleh kenderaan motor.

Undang-Undang Berkaitan Udara Akta Kuliti Alam Sekeliling 1974

Sekatan mengenai pencemaran udara.

Seksyen.22. (1), tiada seseorang boleh mengeluar atau melepaskan benda-benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam udara dengan (langgar syarat s.21)

Seksyen.22 (2).Tanpa menghadkan kelulusan seksyen kecil (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai mengeluar atau melepaskan buangan-buangan ke udara jika –

i. ia meletakkan apa-apa benda di suatu tempat di mana benda itu boleh dilepaskan ke dalam udara ;

ii. ia menyebabkan atau membenar dilepaskan bau-bau yang, oleh sebab keadaan, kepekatan, isipadu atau takatnya, adalah mencela atau mengganggu ;

iii. ia membakar apa-apa buangan tred, proses @ perindustrian ; @ iv. ia menggunakan apa-apa kelengkapan membakar bahan api

yang tidak dilengkapi dengan sesuatu alat atau kelengkapan kawalan yang dikehendaki dipasang pada kelengkapan itu.

Seksyen.22 (3). Denda X > (RM100, 000.00) atau penjara X > 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan X> RM1,00 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan.

Undang-Undang Kecil Di bawah Akta 127:

1. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 2. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan

Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor) 1985 3. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan

Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996

4. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996

5. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003

6. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Motorsikal) 2003

7. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Dioxin dan Furan) 2004

8. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003

9. Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(Pembakaran Terbuka) 2000

10. Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) 1978

11. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungann Petrol Dan Diesel) 2007

12.

EQA (Control of Pollution from Solid Waste Transfer Station

and Landfill) Regulations 2009

Undang-Undang Lain Berkaitan

AKTA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN 1994

Peraturan-Peraturan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Kimia berbahaya Terhadap Kesihatan) 2000

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (AKTA 333)

Seksyen 66(1)(b) Langkah-langkah kawalan pencemaran udara di peruntukkan di bawah seksyen 66 Akta berkenaan.

mengenai pembinaan, penyenggaraan, penggunaan, usia dan kelengkapan kenderaan-kenderaan motor dan syarat-syarat yang menurutnya kenderaan-kenderaan motor itu boleh digunakan, dan selainnya bagi maksud menguatkuasakan

(b). bagi mengawal, berhubungan dengan penggunaan kenderaan-kenderaan motor, pengeluaran asap, benda berminyak, abu, air, stim, wap boleh Nampak, wasap berbahaya, bunga api, bara mati gas atau kersik;

Seksyen 71 sekatan kemasukan kenderaan ke dalam bandar. Selain dapat mengurangkan kesesakan pd waktu2 puncak di jalan-jalan utama dalam bandar, peruntukan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan pelepasan asap kenderaan dalam bandar KL

KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)

(14)

kesihatan orang-orang amnya yang tinggal atau menjalankan urusan dalam kawasan yang berhampiran atau yang melalui jalan awam, hendaklah diseksa dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit’.

Pembakaran Terbuka Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 i. LARANGAN ATAS PEMBAKARAN TERBUKA.

Seksyen.29A

(1) Walau apa pun yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis.

(2) didenda tidak melebihi denda X > RM100,000.00 atau penjara X > 5 tahun atau kedua-duanya.

(3) Bagi maksud subseksyen (1) –

“pembakaran terbuka” ertinya apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan yang tidak dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong, tetapi tidak termasuk apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan

ii. TIDAK TERMASUK SEBAGAI “PEMBAKARAN TERBUKA”

Seksyen.29AA

(1) Perintah itu bukan pembakaran terbuka sebagaimana yang ditakrifkan dalam dan bagi maksud seksyen 29A selagi aktiviti itu dijalankan mengikut @ di bawah syarat2 yang dinyatakan dlm perintah itu dan tidak di dalam tempat @ kawasan yang ditentukan dalam perintah itu.

(2) Walaupun apaa-apa kebakaran, pembakaraan atau pembaraan tidak termasuk dalam takrif pembakaran terbuka di bawah subseksyen (1) atau bahawa ia adalah bagi maksud apa-apa aktiviti yang ditentukan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), tiada seorangpun boleh membenarkan atau menyebabkan kebakaran, pembakaran atau

pembaraan-a. kualiti udara di kwsn itu telah mencapai tahap yg tidak sihat; dan b. bahawa kebakaran, pembakaran atau pembaraan bagi maksud

apa-apa aktiviti selain aktiviti yang ditentukan dalam pemberitahuan itu akan merbahayakan alam sekeliling.

(3). Sebagai tambahan dalam subseksyen (2) tiada seorang pun boleh menyebabkan apa-apa kebakaran, pembakaran atau

pembaraan walaupun kebakaran, pembakaran atau pembaraan itu tidak termasuk dalam takrif pembakaran terbuka di bawah subseksyen (1)atau bahawa ia bagi maksud apa-apa aktiviti yang ditentukan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1). iii. PEMUNYA ATAU PENDUDUK PREMIS BERTANGGUNGJAWAB

BAGI PEMBAKARAN TERBUKA

Seksyen.29B

Jika pembakaran terbuka berlaku di mana-mana premis – (a).pemunya; atau (b) penduduk

premis itu yang mempunyai kawalan atau premis itu adalah disifatkan telah melanggar subseksyen 29A(1) melainkan dibuktikan selainnya. iv.PEMBELAAN

Seksyen.29C -

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen 29A atau 29B, adalah menjadi pembelaan jika orang, pemunya atau penduduk premis itu

membuktikan-(a) bahawa pembakaran terbuka itu berlaku di luar kawalannya atau tanpa pengetahuan atau pembiaran atau persetujuannya; atau (b) bahawa dia –

(i) mengambil segala langkah-langkah berjaga-jaga yang munasabah; atau

(ii) menjalan segala usaha yang wajar,

untuk mencegah perlakuan kesalahan yang sepatutnya diambil dan dilaksanakan olehnya dengan mengambil kira jenis

tanggungjawabnya atau sifat itu dan kepada segala hal keadaan. v. PEMUNYA ATAU PENDUDUK PREMIS BERTANGGUNGJAWAB

BAGI PEMBAKARAN TERBUKA

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003.

Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(Pembakaran Terbuka) 2000

Kaedah2 Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan2) 1978 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313): Seksyen.82

Akta Perlombongan Petroleum 1966 (95): Seksyen.12

Kanun Keseksaan (Akta 574) :Seksyen 278.

(15)

 Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan

dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun.

 Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja

walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.

 Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya

lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka.

 Kurang pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam

sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.

 Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik

dan ekonomi, pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai.

 Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul

yang menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui umum.

 Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguatkuasa

sendiri akan membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .

Referensi

Dokumen terkait

Memberikan laporan kemajuan pencapaian program kerja secara periodik disertai rekomendasi atas setiap permasalahan yang ada dalam pengelolaan kegiatan perencanaan

Kecamatan Kemiling adalah salah satu kecamatan dalam wilayah Kota Bandar Lampung. Kecamatan Kemiling merupakan kecamatan pemekaran dari Kecamatan induk yaitu

sebelumnya pada tahun 2012, sosialisasi GCG ini dilakukan secara offline, dengan mendatangkan pihak Compliance untuk membantu menerangkan cara pengisian boundary

Menurut Tsai (2000) aplikasi elektroporasi dengan perantara sperma pada ikan memiliki beberapa keuntungan antara lain yaitu : (1) Teknik ini merupakan teknik transfer gen

Kontrak Niaga Hadapan satu derivatif yang didagangkan di Bursa atau sebuah Bursa Ditentukan yang mewujudkan suatu obligasi untuk penghantarserahan fizikal atau

ƒ Tidak menjadi rakan niaga, tidak menerima apa-apa faedah kewangan, dan tidak pernah melakukan apa-apa peranan pentadbiran, pengawasan, kawal selia, pengurusan atau nasihat

Dengan jumlah kendaraan tempur yang lebih dari 1000 unit, TNI AD berada dalam posisi yang sulit jika menginginkan armada Ranpur nya berada pada tingkat kesiapan 100% jika tetap

Berdasarkan hasil analisis data diperoleh bahwa : (1) Profil proses berpikir siswa RE (reflektif) dalam memecahkan masalah matematika adalah : (a) dalam memahami masalah,