• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masalah sosial Seks Bebas Masalah sosial Seks Beba

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Masalah sosial Seks Bebas Masalah sosial Seks Beba"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Masalah sosial merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan daripada berlaku dalam masyarakat pada masa kini. Setiap hari kita dapat melihat di kaca televisyen dan suratkhabar pendedahan mengenai pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku dalam masyarakat. Masalah sosial mempunyai pengertian yang luas, ia bukan hanya mencakup permasalahan kemasyarakatan tetapi juga yang mencakupi permasalahan dalam

masyarakat yang berkaitan dengan gejala-gejala abnormal dalam kehidupan masyarakat. Masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan. Sosial pula adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu masalah sosial boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang

memerlukan penyelesaian bagi keadaan yang menimbulkan kesulitan kepada sesebuah masyarakat.

Gejala sosial ataupun masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat pada masa kini berada pada satu tahap yang membimbangkan pemimpin politik mahupun rakyat biasa. Pelbagai pihak merasa resah dan gelisah dengan gejala berkenaan kerana dalam tempoh jangka masa yang panjang, ia akan memberi kesan negatif terhadap generasi akan datang.

Masalah ini sering dibicarakan dalam komuniti hari ini, ia tidak sahaja melanda masyarakat membangun tetapi turut melanda masyarakat yang membangun seperti negara kita Malaysia. Sekalipun para pemimpin negara mendakwa bahawa masalah sosial berada pada tahap yang terkawal, tetapi untuk jangka masa yang panjang dan juga untuk masa depan negara kita, sudah tentu perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ia akan menjadi satu tragedi yang menakutkan apabila para belia telah mula terperangkan dengan gejala sosial ini.

(2)

percintaan merupakan faktor utama responden melakukan seks bebas. [CITATION Moh03 \l 1086 ].

Seks merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan setiap manusia. Tanpa seks ketamadunan manusia tidak akan berkembang dan kelangsungan generasi kini tidak akan wujud. Menurut[ CITATION Alp03 \l 1086 ], seks dilihat sebagai suatu kuasa dalaman yang utama dalam mengarah dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Ini bermakna seks juga meliputi golongan pelajar atau pun remaja. Zaman remaja merupakan salah satu daripada tahap perkembangan manusia. Masa ini merupakan masa perubahan atau peralihan dari masa kanak-kanak yang meliputi perubahan biologi, perubahan psikologi dan perubahan sosial. Disebahagian besar masyarakat, masa remaja bermula pada usia 10 hingga 13 tahun dan berakhir pada usia 18 hingga 22 tahun.[ CITATION Not07 \l 1086 ].

Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar atau remaja khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah di dalam negara. Gambaran keruntuhan moral dalam kalangan ahli masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah mahupun remaja digambarkan menerusi salah laku seks, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah dan sebagainya semakin meningkat.

Penglibatan remaja dalam salah laku seks ini menimbulkan keresahan dan

kebimbangan yang tinggi dalam masyarakat. Kebimbangan ini didasari oelh ketirisan nilai moral dan akhlak dalam kalangan pelajar yang semakin berleluasa. Pelajar atau remaja masa kini sudah tidak risau tentang apakah kesan yang bakal mereka hadapi dikemudian hari apabila terlibat dengan gejala seks bebas tersebut. Menurut[ CITATION Sul05 \l 1086 ], apa yang lebih membimbangkan peratusan remaja Melayu yang melakukan hubungan seks bebas juga meningkat sejak sedekad lalu. Majoriti remaja yang terlibat adalah orang melayu iaitu sebanyak 65%. Malah peratus ini juga menunjukkan mereka adalah yang beragama islam. Menurut Mariam & Hamidah lagi, amalan hubungan seks ketika usia terlalu muda ini adalah sangat jelas dan secara perlahan-lahan menunjukkan peningkatan yang ketara.

(3)

Faktor-Faktor yang Mendorong Berlakunya Seks

Bebas

Institusi Keluarga

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh[ CITATION Moh14 \l 1086 ], dapatan kajian yang mereka dapati dapat menerangkan dan menunjukkan beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar, ataupun remaja terlibat dalam gejala hubungan seks yang antaranya ialahm faktor ibu bapa, pegangan agama yang longgar, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh teknologi.

Pengaruh persekitaran sosial yang paling awal dalam kehidupan seorang manusia adalah dari ibu bapanya sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam mencorak

pembentukan jati diri seseorang manusia. Peranan penting ini tidak boleh diabaikan kerana kegagalan asas dalam kehidupan seorang manusi banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:

“Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah(bersih dari sebarang dosa), maka kedua ibu bapanyalah

yang akan menjadikan anak itu sama ada sebagai seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Dalam perspektif ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan dan menanam nilai-nilai serta etika kehidupan yang harmonis. Kegagalan institusi keluarga yang disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mendidik anak-anak ke arah kehidupan yang tidak sihat. Sikap ibu bapa yang gagal menjalinkan hubungan yang baik dengan anak mereka dalam konteks sosial kehidupan seharian akan menjelmakan masalah kekecewaan terhadap anak itu dan mewujudkan tingkah laku yang negatif dan tekanan psikologikal kepada anak itu sendiri. Dalam kajian mereka, hubungan yang tidak baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa telah memberi tekanak emosi yang mendalam kepada anak remaja yang boleh membawa mereka kepada masalah yang lebih besar ataupun negatif. Dapatan kajian mereka ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh [ CITATION Mah93 \l 1086 ] yang menyatakan bahawa tingkah laku negatif dalam kalangan remaja juga disebabkan konflik dan tekanak

(4)

membahagiakan mereka. Punca konflik antara remaja dengan ibu bapa adalah berkaitan dengan isu interpersonal. Kekurangan dan gangguan interaksi yang berkesan menyebabkan jiwa remaja memberontak dan boleh mendorong mereka bertingkahlaku yang negatif.

Selain itu, keprihatinan ibu bapa terhadap permasalahan anak mereka juga amat di perlukan. Perlunya ruang dan masa oleh ibu bapa untuk anak-anak khususnya remaja untuk membincangkan tentang sesuatu masalah yang dihadapi atau sekadar memenuhi interaksi sosial antara mereka. Situasi sebegini membolehkan anak-anak khususnya remaja

merasakan kasih sayang ibu bapa dan sekaligus dapat membentuk emosi yang sihat. Kegagalan institusi rumah tangga khususnya ibu bapa yang gagal merancang dan mewujudkan situasi yang harmoni dalam sesebuah keluarga akan memberi impak yang besar walaupun dilihat dari segi mata kasar ianya sesuatu perkara yang mudah. Dapatan kajian [ CITATION Moh14 \l 1086 ] menunjukkan ibu bapa yang tidak meluangkan masa untuk anak mereka berbincang ataupun mewujudkan suasana kasih sayang dalam kalangan keluarga akan mewujudkan jurang dan perasaan yang tidak sihat terhadap emosi remaja. Kegagalan institusi rumah tangga telah membawa berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari rumah, salah laku seks, pelacuran, buang bayi, vandalisme, gangsterisme dan sebagainya. Institusi keluarga pada hari ini gagal memainkan peranan dan fungsi

sewajarnya dalam membentuk generasi muda bersahsiah tinggi. Kurangnya kasih sayang sesama keluarga telah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial seperti sumbang mahram, lari dari rumah dan gejala hubungan seks.

Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting yang lebih menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat membesar dengan gaya hidup yang positif. Tetapi ibu bapa kini terlalu berlepas tangan dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Sehinggakan ada di antara ibu bapa yang menonton video lucah bersama anak-anak dan secara tidak

langsung mereka mendedahkan unsur kelucahan pada anak. Ini menyebabkan anak-anak kehilangan contoh ikutan untuk membentuk diri mereka menjadi manusia yang berakhlak dan bersahsiah tinggi. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak terjerumus

kedalam kancah yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup masing-masing. Akhirnya berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari rumah, bohsia, pelacuran, buang bayi, vandalisme dan sebagainya.

(5)

Dalam laporan kajian oleh [ CITATION Har14 \l 1086 ] beliau menyatakan kos

kehidupan yang tinggi di bandar, mendorong ibu bapa bekerja lebih masa untuk menampung keluarga. Keadaan ini menyebabkan tidak banyak masa yang dapat diluangkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, terutamanya anak remaja. Kesibukan dengan tugas harian dan kealpaan membahagikan masa, ramai ibu bapa tidak dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak mereka. Kesannya ikatan kekeluargaan semakin tipis dan anak remaja akan mudah terdorong untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kesibukan ibu bapa dengan tugas harian menyebabkan kurangnya pengawasan mereka ke atas aktiviti anak, tidak berkesempatan untuk memberi didikan agama asas kepada anak serta tidak mengambil berat tentang pencapaian akademik anak-anak. Selain itu, ibu bapa yang mementingkan kerja juga mengabaikan tanggungjawab mereka berkongsi masalah dengan anak remaja dan menerapkan akhlak mulia dalam diri anak-anak/

Kekurangan pengawasan oleh ibu bapa ke atas anak-anak, terutamanya remaja memudahkan berlakunya pelbagai bentuk salah laku.[ CITATION Abd04 \l 1086 ]. Seterusnya menurut [ CITATION Abd04 \l 1086 ] lagi, dalam kebanyakan komuniti, penyelewengan yang paling lazim ialah perbuatan delinkuen, jenayah dan percubaan hubungan seksual antara lelaki dan perempuan. Ketidakupayaan ibu bapa

menguatkuasakan pengawasan ke atas anak-anak ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti tanggungjawab kerja yang berat, ketidakupayaan akibat daripada umur yang meningkat atau kecacatan fizikal, masalah dalam hubungan perkahwinan ibu bapa, kedegilan anak dan anak meninggalkan rumah ibu bapa mereka

Tindakan anak remaja meninggalkan rumah ibu bapa mereka dilihat sebagai langkah permulaan mereka untuk hidup berdikari. Keadaan ini dipermudahkan lagi dengan

terdapatnya tarikan peluang pekerjaan di bandar-bandar besar. Peluang pekerjaan ini telah mendorong ramai golongan remaja, terutamanya wanita untuk berhijrah ke bandar-bandar besar. Menurut [ CITATION Abd04 \l 1086 ] pengaruh jarak dari keluarga ini telah

memudahkan keterlibatan remaja, terutamanya wanita untuk terjerumus kedalam kancah maksiat seperti seks bebas ataupun pelacuran.

(6)

Diri Sendiri

Berdasarkan analisis daripada hasil dapatan kajian oleh [ CITATION Zai11 \l 1086 ], didapati faktor utama remaja terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan oleh

keinginan mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah mereka lakukan. Analisis daripada kajian tersebut juga menunjukkan aspek ini mempunyai peratusan yang agak tinggi jika dibandingkan dengan aspek-aspek yang lain. Penyelidik berpendapat, pada usia remaja, mereka mengalami perubahan dari segi peningkatan usia, pemikiran dan keadaan sekeliling. Ketika melalui proses-proses perkembangan pada keadaan sekeliling, akan wujud perkara-perkara yang tidak pernah mereka lihat atau alami.

Oleh itu remaja akan mempunyai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang tidak pernah mereka alami, dalam kajian [ CITATION Zai11 \l 1086 ] yang menjelaskan, pada peringkat usia remaja , mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mendorong wujudnya

perasaan ingin tahu di dalam diri mereka, keadaan ini membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Oleh itu, perasaan ingin tahu yang wujud dalam diri mereka akan mendorong mereka melakukan apa sahaja tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara-perkara tersebut.

Sebilangan besar responden dalam kajian oleh [ CITATION Zai11 \l 1086 ] adalah remaja yang berumur 17 tahun, dan mereka berpendapat bahawa responden ketika usia ini berfikiran lebih positif berbanding ketika awal remaja mereka. Mereka akan berusaha mencari sebab yang munasabah bagi setiap persoalan yang mereka lihat, lantas merekan akan melakukan apa sahaja asalkan persoalan yang timbul dalam diri mereka terjawab. Keghairahan mencari musabab baru menyebabkan remaja pada tahap ini suka mencuba perkara-perkara yang baru. Mereka terus mencuba bagi mencari pengalaman baru walaupun mereka terpaksa mengalami kegagalan dan kesukaran.

Situasi ini adalah sesuatu keadaan yang baik apabila mereka mengarahkan sifat ini kearah yang positif. Akan tetapi kajian [ CITATION Zai11 \l 1086 ] mendapati bahawa, responden lebih menggunakan sifat ini kepada perkara yang merugikan iaitu mencuba perkara-perkara yang tidak elok untuk mengetahui sebab musababnya. Dapatan kajian mereka juga mendapati bahawa responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan aspek inginkan kebebasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Faktor ini juga menunjukkan peratusan yang tinggi.

(7)

peringkat perkembangan kematangan dari segi mental, sosial, intelektual dan emosi. Pada usia remaja, mereka mula mempunyai keinginan kebebasan dalam pelbagai perkara dan pada masa yang sama juga, mereka mengalami perkembangan fizikal dan mental yang cepat.

Remaja memerlukan kebebasan dalam membuat keputusan yang dapat memenuhi citarasa mereka. Selain aspek keinginan mencuba sesuatu yang baru dan keinginan kebebasan dalam setiap perkara yang dilakukan, antara aspek yang mempengaruhi berlakunya masalah sosial, adalah kerana remaja tersebut inginkan perhatian. [ CITATION Zai11 \l 1086 ] berpendapat, secara umumnya remaja mempunyai jiwa yang sensitif. Mereka sentiasa ingin dibelai dan diberi perhatian dalam setiap perkara yang mereka lakukan walaupun kadangkala ibu bapa merasakan perkara tersebut adalah sesuatu yang biasa dan remeh. Kesilapan ibu bapa yang tidak memberikan perhatian kepada anak-anak mereka ini akan menyebabkan berlakunya masalah sosial iaitu budaya seks bebas, yang secara umumnya bermula dengan percintaan yang akhirnya akan membawa kepada pelbagai masalah lain seperti pembuangan anak, kes bunuh diri remaja dan sebagainya.

Seks bebas banyak mendatangkan kesan buruk sama ada dari sudut jasmani, akhlak, emosi, sosial dan ekonomi. Dari sudut kesihatan, ia membabitkan kesan reproduktif khususnya bagi wanita termasuk berlaunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan yang terpaksa disembunyikan. Akhirnya berlaku gejala sosial lain termasuklah pembuangan bayi, pengguguran kandungan, pembunuhan seperti yang telah dijelaskan dalam perenggan sebelumnya.

Jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV (Human Immunideficiency Virus), AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) dan pelbagai lagi jenis penyakit kelamin juga mudah merebak melalui amalan seks bebas. Kesan daripada penyakitpenyakit ini akan memberi impak yang negatif terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Apatah lagi jika ia melibatkan mahasiswa universiti yang diharap dapat membangun dan membentuk sebuah negara yang bertamadun.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh [ CITATION Far11 \l 1086 ] mereka

(8)

melakukan seks bebas kerana terlalu mengikutkan kehendak hati dan naluri yang terlalu inginkan kebebasan, lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikirannya.

Pada peringkat ini remaja berminat untuk meneroka dan bereksperimen tentang seksual, fantasi dan realiti dalam usaha untuk menyesuaikannya dengan identiti mereka. Remaja mula mempunyai keinginan untuk mengetahui tentang seksual, berfikir tentang tarikan seksual dan bagaimana untuk melakukan seks. Mereka sudah pandai berimaginasi tentang seksual, seterusnya menjalinkan hubungan percintaan berlainan jantina.

Selain ingin mencuba, faktor percintaan juga tidak dapat dinafikan. Pasangan yang asyik bercinta kadangkala tidak menyedari bahawa tindakan seperti berdua-duaan, bergaul, bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim boleh mendorong seseorang melakukan seks bebas. Senario parah yang kian menular di Malaysia hari ini apabila remaja banyak terlibat dengan percintaan dan melakukan seks bebas demi cinta sejati. Kebanyakan pasangan melakukan seks bebas ataupun seks luar nikah untuk mencari pengiktirafan bagi membuktikan kasih sayang terhadap pasangan. Mereka tidak dapat menolak cinta yang hadir malah gagal mengawal nafsu daripada menguasai jiwa.

Seseorang yang terjebak dengan seks bebas, kebanyakannya adalah ekoran daripada berkhalwat atau duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan. Secara psikologinya, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang sedang berdua-duaan akan mudah mengalami total reflex. Iaitu keadaan di mana seorang wanita tidak mampu berbuat apa-apa pada saat lelaki terdorong melakukan hubungan seksual dengannya. Di samping itu berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim juga biasanya akan

membenarkan rangsangan-rangsangan seperti bersentuhan, berpelukan dan bercumbuan yang akhirnya membawa kepada perzinaan.

(9)

Pengaruh Agama Longgar

Pendidikan agama dalam kehidupan seorang manusia tidak dapat dipisahkan. Kepentingan nilai agama ini boleh dikatakan sebagai memandu kehidupan manusia ke arah kehidupan yang sejahtera. Tanpa pegangan agama, seseorang akan hilang panduan dan jati diri dalam menempuh kehidupan dunia yang mencabar. Pegangan agama yang longgar atau tidak menitikberatkan kehidupan beragama dari ibu bapa akan memberi impak secara langsung kepada anak mereka khususnya dari segi sahsiah dan jati diri. Dapatan kajian [ CITATION Moh14 \l 1086 ] menunjukkan kedua-dua peserta tidak menekankan nilai-nilai kehidupan beragama yang sepatutnya menjadi amalan seorang Islam. Perkara pokok dan asas dalam Islam iaitu solat tidak dikerjakan dangan sebaiknya dan perkara yang sama juga dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa responden. Jika dinilai dari sudut sahsiah, secara

relatifnya seseorang yang mempunyai pegangan agama yang longgar akan mudah

terjerumus ke arah masalah sosial yang wujud. Ini menunjukkan ketiririsan nilai keagamaan dalam kehidupan menjadi asas kepada masalah sosial yang berlaku. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh ([ CITATION Zul06 \l 1086 ] yang menyatakan wujudnya masyarakat hari ini yang kurang kesedaran terhadap kepentingan agama sama ada dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum.

Pengaruh Rakan Sebaya

Remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini merupakan perkara yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang berusaha untuk mendapatkan identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru perilaku temannya hanya supaya dia diterima oleh kelompok tersebut [CITATION Moh03 \l 1086 ]

Dapatan kajian [ CITATION Moh14 \l 1086 ] menunjukkan rakan sebaya merupakan faktor yang sangat mempengaruhi pelajar terlibat dengan hubungan seks. Ini dapat dilihat apabila kedua-dua peserta mengakui bahawa, mereka terlibat dengan masalah ini akibat dorongan dari rakan sebaya yang kebanyakan mereka juga terlibat secara langsung dengan kegiatan salah laku seks. Salah satu sumber yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas sikap dan nilai seksual golongan muda adalah pengaruh rakan sebaya. Seseorang yang mempunyai rakan sebaya yang terlibat dengan hubungan seks, mereka lebih cenderung terlibat dalam hubungan seks.

Dalam kajian ini juga mendapati bahawa, pandangan dan pegangan yang dipegang oleh peserta dan rakan-rakannya juga adalah salah dan merupakan pegangan yang

(10)

masyarakat yang menolak perkara itu. Ini dapat dilihat apabila kedua-dua peserta terlibat dengan masalah ini juga disebabkan oleh rakan sebaya mereka sudah biasa dalam melakukan perkara tersebut.

Pengaruh Teknologi dan Media Massa

Dapatan dalam kajian [ CITATION Moh14 \l 1086 ] menunjukkan bahawa, teknologi merupakan salah satu faktor yang sangat kuat mendorong pelajar ke arah salah laku seks. Dengan hanya menggunakan telefon pintar atau telefon bimbit yang dilengkapi dengan kemudahan akses internet pelajar boleh mengakses apa jua maklumat termasuklah bahan lucah. Bahan yang diperolehi ini sangat mudah dikongsikan dengan perisisan sistem “WhatsApp, ataupun Share it” yang sedia ada dalam sistem telefon pintar masa kini. Bahan lucah yang mudah diakses dengan menggunakan internet ini memberi kesan langsung kepada pelajar terlibat dengan salah laku seks. Keterujaan melihat bahan lucah yang sangat mudah di akses memberi dorongan yang kuat kepada peniruan tingkah laku dan

menjerumuskan pelajar melakukan sesuatu di luar batasan.

Penyalahgunaan terhadap internet menyebabkan kepincangan dan keruntuhan akhlak melanda golongan remaja pada masa kini. Pelbagai perkara yang tidak baik berlaku seperti mencuri, merompak, rogol, berzina, terlibat kegiatan samseng, ponteng sekolah dan sebagainya. Yang paling parah ialah perkara ini banyak berlaku kepada remaja Islam.

Media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk

keperibadian masyarakat. Walau bagaimanapun, media massa hari ini memberi ruang yang terlalu luas kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh negatif yang boleh meruntuhkan peribadi masyarakat [ CITATION Zul06 \l 1086 ]Media elektronik umpamanya, banyak menayangkan tayangan yang berbentuk kemaksiatan seperti adegan bercumbu-cumbuan, berpelukan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya remaja ke arah perilaku negatif. Apa yang menyedihkan ada antara adegan tersebut dilakukan oleh orang Islam yang bukan muhrim untuk

(11)

Kerajaan

Kerajaan memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian masyarakat menjadi insan yang berakhlak dan bersahsiah tinggi. Kerajaan berperanan membangun dan menstabilkan ekonomi negara, mewujudkan persekitaran yang selamat serta melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertakwa dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek khususnya melalui sistem pendidikan.

Pihak kerajaan dilihat tidak telus dalam menangani masalah seks bebas yang melanda masyarakat hari ini. Ini terbukti apabila banyak aktiviti atau program yang

(12)

Kesan Budaya Seks Bebas

Hubungan seks bebas memudahkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit seperti gonorhea, sifilis, AIDS, syankroid dan sebagainya. Gonorhea merupakan penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya inflamasi dan kronik pada rahim, testis dan

kadangkala ia boleh membawa kepada kemandulan. Sifilis pula adalah penyakit pada kulit, sendi, tulang, otot, jantung dan penglihatan. Ia juga menyebabkan luka (yang tidak berdarah) pada kulit, muka dan lidah.

Bagi kaum wanita apabila sudah dinodai, mereka akan merasakan dirinya sudah rosak, tetapi tidak bagi lelaki. Malah persepsi yang diberikan kepada kaum wanita juga adakalanya begitu memalukan kerana telah melakukan perzinaan. Keadaan ini boleh memberi tekanan kepada mereka hingga sesetengahnya mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Tidak kurang juga ada yang mengambil keputusan pintas mengambil najis dadah dengan tujuan untuk

mengurangkan dan melupakan masalah dan tekanan yang dihadapi.

Hubungan seks luar nikah kadangkala menyebabkan kehamilan yang sekaligus melahirkan anak luar nikah. Apabila lahirnya anak luar nikah, besar kemungkinan bayi yang dilahirkan tidak diingini oleh ibu-ibu mereka. Akhirnya wanita-wanita ini akan terjebak dengan anasir-anasir yang lebih teruk. Apabila perasaan rendah diri dan merasakan diri sudah kotor ada yang terdorong untuk terus melibatkan diri dalam kancah negatif seperti pelacuran Bagi wanita yang hamil pula akan mencari jalan menggugurkan kandungan, membuang bayi dan lebih menyedihkan dengan membunuh bayi tersebut. Contohnya mayat bayi lelaki yang ditemui di dalam beg dan mati selepas dibuang dari atas sebuah flat.

Seseorang yang melakukan perzinaan atau seks bebas biasanya akan dibenci dan dihina oleh saudara mara dan kemungkinan ahli keluarga sendiri. Secara tidak langsung pelaku seks bebas sebenarnya telah menyebabkan keluarga terutamanya ibu bapa dihina dan dicaci oleh orang lain.

Bahaya zina kepada masyarakat kadangkala lebih buruk daripada penyakit kelamin. Ini kerana perzinaan dapat merosakkan masyarakat di mana asas masyarakat itu

(13)

Kehidupan yang tidak diterima oleh masyarakat menyebabkan mereka hidup dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi apabila mengetahui dirinya adalah benih dari perhubungan seks yang haram dan dipelihara di pusat bimbingan tertentu seperti rumah bimbingan Raudhatus Sakinah. Kadangkala dimomokkan pula dengan penyakit berjangkit yang mungkin diperoleh dari ibu bapa seperti HIV sehingga menjauhkan diri dari mereka.

Fenomena ini membuatkan jiwa anak luar nikah memberontak sekaligus mendorong mereka melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral dengan tujuan untuk mendapat perhatian masyarakat.

Dunia hari ini sedang berhadapan dengan masalah seks global. Malaysia khususnya, gejala seks bebas, pengguguran, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja hari ini tidak lagi menjadi perkara asing dalam masyarakat. Budaya seks bebas yang di bawa dari Barat ini sebenarnya telah menyeret manusia jauh dari peradaban manusia, apatah lagi mematuhi prinsip dan dasar Islam.

(14)

Cadangan Penyelesaian

Semua pihak perlu memandang serius akan perkembangan masalah sosial ini keana perkembangannya dalam masyarakat boleh mempengaruhi aspirasi pembangunan negara pada masa depan. Ini kerana sebilangan besar yang terlibat dalam masalah sosial ini terdiri daripada golongan muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinand an pemerintahan negara kita pada masa depan. Tanpa komitmen daripada semua pihak dan langkah

penguaktkuasaan susulan, golongan ini akan mudah hanyut dan terjerumus ke dalam kancah masalah lain yang seterusnya boleh menggugat pencapaian pembangunan negara pada masa depan. Pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang adalah penting dalam membendung masalah sosial yang berlaku.

Aktiviti dan program membendung masalah sosial perlu mengambil kira aspek yang berkaitan dengan faktor risiko yang boleh membiakkan masalah sosial dalam masyarakat. Pendedahan kepada risiko atau berada dalam keadaan berisiko boleh mencambahkan seseorang individu kepada kecenderungan melakukan tingkah laku anti sosial. Lazimnya faktor yang menggalakkan kepada salah laku sosial adalah faktor yang berkemampuan untuk mencambahkan lagi berbagai-bagai masalah sosial lain dalam masyarakat.

Pengenalpastian faktor risiko bagi kejadian masalah sosial memerlukan kerjasama bersungguh-sunggh daripada semua pihak. Masalah tidak akan selesai sekiranya setiap pihak saling lepas tangan dan mengabaikan tugas yang dipertanggungjawabkan keatas mereka. Oleh itu ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan mestilah gigih

mengenalpasti keadaan berisiko ‘the roots of the problem’ dan menggunakan alternatif yang terbaik bagi menyekat percambahan keadaan berisiko yang boleh menyumbang kepada kejadian masalah sosial.

(15)

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Masalah sosial wujud sekiranya perubahan sosial menghakis faktor proaktif dan banyak mencetuskan faktor risiko. Hakisa faktor proaktif dan pengukuhan faktor risiko boleh mencetuskan tingkah laku bermasalah dan seterusnya tingkah laku tersebut akan membawa kepada pelbagai masalah lain. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya perlu untuk mengukuhkan faktor protektif dalam kehidupan masyarakat. Faktor protektif ini akan bertindak sebagai alat kawalan sosial yang tidak formal dan membolehkan individu akur pada norma masyarakat.

Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan budi pekerti anak-anak amat ditekankan bagi membentuk generasi yang berguna dan berwawasan. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka yang boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial dan tidak mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan. Dengan melihat kepada dapatan kajian, ibu bapa yang mewujudkan suasana tegang dalam

perhubungan dengan anak-anak memberi kesan lansung kepada emosi remaja dan tekanan psikologikal. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa mewujudkan dan memberi perhatian yang khusus kepada anak-anak supaya mereka merasa lebih disayangi dan diperlukan. Ibu bapa bukan sahaja menumpukan tanggungjawab dalam memenuhi keperluan dari segi fisiologi sahaja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal, malah keperluan keselamatan dan kasih sayang amat penting dalam mewujudkan suasana harmonis dan bahagia.

Kepada ibu bapa yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mampu menyediakan keperluan gajet untuk anak-anak mereka seperti telefon pintar agar memantau penggunaan dan memberi garis panduan yang khusus dalam penggunaan gajet tersebut. Kegagalan ibu bapa membentuk dan mengawal pengunaan gajet tersebut akan

mendatangkan kesan yang buruk kerana keperluan dan kematangan remaja dalam arus modenisasi ini lebih mencabar dalam mereka lebih terdedah kepada masalah sosial dengan dunia globalisasi hari ini.

Ibu bapa dicadangkan agar melakukan pemantauan yang berterusan kepada anak remaja dan dilakukan secara konsisten. Ibu bapa tidak boleh memberi kepercayaan kepada anak mereka seratus peratus terutama sekali didalam pergaulan mereka dengan kawan-kawan yang berlainan jenis. Meletakkan kepercayaan kepada anak-anak sepenuhnya akan mendedahkan mereka kepada pergaulan bebas dan menjurus ke arah salah laku sosial khususnya salah laku seks.

(16)

sosial dalam memenuhi ruang masa pelajar agar diisi dengan perkara yang berfaedah seperti khidmat masyarakat, kem jati diri, kem kepimpinan, aktiviti sukan, kembara dan sebagainya mampu mengelak pelajar terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Aktiviti-aktivit kokurikulum yang mampu membentuk jati diri pelajar perlulah dirancang, disusun dan di atur oleh guru secara sistematik agar ia memberi imapak yang tinggi kepada nilai dan sahsiah pelajar yang terlibat. Kekangan dari segi dana dan masa bukanlah satu alasan yang digunakan untuk mengelak dalam melaksanakan program-program tersebut. Kerjasama dengan masyarakat dan agensi luar perlulah diperkasakan untuk memasyarakatkan sekolah itu sendiri. Program ini amat ditekankan seperti dalam anjakan yang kesembilan iaitu

(17)

Rujukan

Abd Hadi, Z. (2004). Ketiadaan Reaksi Masyarakat Terhadap Kelakuan Anti Sosial. The Malaysian Journal of Social Administration, Vol.3(1) : 71-82.

Ahmad Redzuan, M. Y. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam. Utusan Publications Distributors.

Alphonsus, Y. S. (2003). Pengetahuan Seks Dan Sikap Terhadap Seks Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Jabatan Psikologi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berhanuddin, A. (1997). Seminar Kebangsaan Dakwah dan Perubahan Sosial. Pengurusan Dakwah Dalam Menangani Masalah Sosial. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Farahwahida, M. Y., & Norzila, B. S. (2011). Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Terhadap Amalan Seks. Journal of Education Psychology & Counselling, Vol 1 : 94-114.

Haris, A. W. (2014). Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia : Tinjauan Daripada Persektif Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mahmood Nazar Mohamed. (1993). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Malek Bennabi. (2009). Asal Usus Masyarakat Manusia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Mariani, b. N., & Hamidah, b. S. (2005). Seks Bebas : Mengenal Pasti Punca Perlakuan dalam Roziah Omar dan Sivarumugam Pandian. Malaysia: Unit Penerbitan ISM Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Mohamad Faizal, M., & Mohd Zaki, I. (2014). Gejala Hubungan Seks Dalam Kalangan Pelajar : Satu Kajian Kes. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga (hlm. 5-7). Kota Kinabalu: Fakulti Psikologi dan Pendidikan.

Mohamad Shatar, S. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Kuala Lumpur: Mcgraw-Hill.

(18)

Rohayati Derani. (2004). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Masa Kini: Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Zainudin Sharif, & Norazmah, M. R. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.

(19)

Senarai Kandungan

Pengenalan... 1

Faktor-Faktor yang Mendorong Berlakunya Seks Bebas...3

Institusi Keluarga...3

Diri Sendiri... 6

Pengaruh Agama Longgar...9

Pengaruh Rakan Sebaya...9

Pengaruh Teknologi dan Media Massa...10

Kerajaan... 11

Kesan Budaya Seks Bebas...12

Cadangan Penyelesaian...14

Referensi

Dokumen terkait

Kejahatan mutilasi termasuk dalam kejahatan yang tergolong sadis,dimana pelaku kejahatan tersebut membunuh orang lain dan pelaku juga memotong-motong setiap bagian

pembuangan dan itu mengakibatkan dampak bagi lingkungan di sekitar tetapi sekarang banyak ditemukan cara atau solusi untuk menangani dampak-dampak yang dihasilkan oleh limbah,

PENENTUAN BERAT MOLEKUL BERDASARKAN PENGUKURAN MASSA JENIS PENENTUAN BERAT MOLEKUL BERDASARKAN PENGUKURAN MASSA JENIS.

Investasi Jangka Panjang, yaitu penanaman modal yang biasanya dilakukan dengan tujuan untuk memperoleh penghasilan tetap atau untuk menguasai perusahaan lain dan

20 Urusan Wajib Otonomi Daerah, Pemerintahan Umum, Administrasi Keuangan Daerah, Perangkat Daerah, Kepegawaian, dan Persandian Organisasi : 1. 13 SATUAN KERJA PENGELOLA

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 16 ayat (1) Peraturan Komisi Pemilihan Umum Nomor 13 tahun 2010 tentang Pedoman Teknis Tata Cara Pencalonan Pemilihan Umum Kepala Daerah dan

Dari hasil pengujian tersebut, dapat disimpulkan bahwa variabel independen secara simultan berpengaruh signifikan terhadap variabel dependen, yang artinya variabel

Hasil yang dicapai adalah sebuah aplikasi Sistem Informasi Geografis yang dapat memberikan kemudahan bagi pihak PHKA dalam melaksanakan tugas-tugasnya serta memberikan