Siri Penerbitan “Panduan Harta Intelek”
1. Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia 2. Soalan-soalan Lazim Harta intelek 3. Sistem Paten di Malaysia 4. Sistem Cap Dagangan di Malaysia 5. Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia 6. Sistem Petunjuk Geograi di Malaysia 7. Sistem Hakcipta di Malaysia
8. Sistem Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu di Malaysia
9. Maklumat Am Mengenai Harta Intelek
Penaian
Buku panduan ini mengandungi maklumat asas mengenai tajuk yang berkaitan tetapi tidak bermaksud sebagai ganti kepada dokumen atau khidmat nasihat perundangan profesional. Rujukan kepada produk dan perkhidmatan, nama syarikat, pertubuhan dan laman web tidak bermaksud sebarang sokongan atau pengiktirafan oleh MyIPO.
Hakcipta MyIPO (2009)
Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian penerbitan ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
Panduan Harta Intelek - 3
Sistem Paten di Malaysia
MAKLUMAT AM MENGENAI PATEN
1. Maklumat Am
1.1 Paten
1.2 Perbaharuan Utiliti 1.3 Pemohon
1.4 Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti
1.5 Kepentingan Perlindungan Paten dan Perbaharuan Utiliti 1.6 Kriteria untuk Mendapatkan Paten
1.7 Rekacipta yang Boleh Diberikan Sijil Perakuan Perbaharuan Utiliti 1.8 Rekacipta yang Tidak Boleh Dipatenkan
1.9 Pemfailan Pertama di MyIPO Demi Keselamatan Negara 1.10 Tempoh Perlindungan
2. Panduan Mengisi Borang Permohonan (Borang 1)
2.1 Bahagian I: Tajuk Rekacipta 2.2 Bahagian II: Pemohon 2.3 Bahagian III: Perekacipta 2.4 Bahagian IV: Ejen atau Wakil
2.5 Bahagian V: Permohonan Terbahagi
2.6 Bahagian VI: Penzahiran yang Diabaikan Sebagai Teknologi Terdahulu
2.7 Bahagian VII: Tuntutan Prioriti 2.8 Bahagian VIII: Senarai Semakan 2.9 Bahagian IX: Tandatangan
3. Spesiikasi Paten
3.1 Perihalan 3.2 Tuntutan 3.3 Ringkasan
3.4 Keperluan Fizikal dan Istilah Spesiikasi Paten 3.5 Keperluan Fizikal
4. Pemeriksaan
4.1 Peringkat Proses Pemeriksaan
4.2 Penentuan Tarikh Pemfailan
4.3 Pemeriksaan Permulaan
4.4 Semakan Awam
4.5 Permintaan Pemeriksaan Substantif
4.6 Permintaan Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai
4.7 Pemeriksaan Substantif
4.8 Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai
4.9 Laporan Pemeriksaan Substantif atau Substantif yang Diubahsuai 4.10 Pemberian Geran Paten atau Perakuan Perbaharuan Utiliti
4.11 Carta Aliran Prosedur Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti
5. Triti Kerjasama Paten (PCT)
5.1 Pengenalan
5.2 Carta Aliran Permohonan PCT
5.3 Permohonan Antarabangsa PCT
5.4 Fi
5.5 Laporan Carian Antarabangsa
5.6 Penerbitan
5.7 Pemeriksaan Permulaan Antarabangsa
5.8 Fasa Nasional
6. Fi dan Borang Berkaitan
6.1 Bahagian I 6.2 Bahagian II 6.3 Bahagian III
7. Bayaran bagi Permohonan PCT (Mac 2009)
7.1 Bayaran Transmital
7.2 Bayaran Pemfailan Antarabangsa
7.3 Bayaran Carian
7.4 Dokumen Prioriti
8. Klasiikasi Paten Antarabangsa (IPC)
9. Contoh Borang Permohonan Paten (Borang 1)
1. Maklumat Am
1.1 Paten
Paten adalah satu hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada satu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, atau pun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi di bawah Akta Paten 1983 dan perlindungan paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan permohonan.
Contoh – contoh paten:
A storage means for a rainwater harvester
system
Material handling equipment having lifting,
lowering and tipping capabilities
Television receiver
High reach harvesting pole
The new technology of using the water from rainfall for
1.2 Perbaharuan Utiliti
Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten. Perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan ke 5+5 tahun, tertakluk kepada penggunaan.
Contoh – contoh perbaharuan utiliti:
Combined toothbrush and tounge cleaner An air cinditioning system for a
small enclosure
Improvement made to a valve box or chamber
Filter unit for use with washing machines
1.3 Pemohon
Semua orang boleh mengemukakan permohonan paten ataupun perbaharuan utiliti sama ada secara individu atau secara pemunyaan bersama atau syarikat/organisasi.
1.4 Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti
Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan paten atau perbaharuan utiliti di dalam borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pemohon juga boleh memfailkan permohonan paten atau perbaharuan utiliti secara elektronik melalui laman web MyIPO.
Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak MyIPO untuk menentukan sama ada permohonan layak dianugerahkan paten atau tidak berdasarkan syarat-syarat di bawah Akta Paten 1983 dan Peraturan-Peraturan Paten 1986.
1.5 Kepentingan Perlindungan Paten dan Perbaharuan Utiliti
Perlindungan paten atau perbaharuan utiliti memberi hak eksklusif kepada pemunya untuk membuat, mengguna atau menjual rekaciptanya di Malaysia. Pemunya paten boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak lain yang melanggar haknya tanpa kebenaran pemunya paten.
1.6 Kriteria untuk Mendapatkan Paten
Bagi pemberian paten, suatu rekacipta mestilah :
- Baru, iaitu rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia;
- Melibatkan langkah merekacipta yang mana rekacipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut; dan
1.7 Rekacipta yang Boleh Diberikan Sijil Perakuan Perbaharuan Utiliti
Untuk mendapat Sijil Perbaharuan Utiliti, sesuatu rekacipta hanya perlu baru dan dapat digunakan dalam mana-mana industri.
1.8 Rekacipta yang Tidak Boleh Dipatenkan
- Penemuan, teori-teori saintiik dan kaedah-kaedah matematik;
- Varieti tumbuhan atau binatang atau proses yang ada pada dasarnya adalah proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang, selain daripada mikro organisma hidup buatan manusia, proses mikrobiologi dan keluaran-keluaran proses mikro-organisma itu;
- Skim, aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa permainan;
- Kaedah-kaedah merawat tubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi, dan kaedah-kaedah diagnosis yang dilakukan kepada tubuh manusia atau binatang.
1.9 Pemfailan Pertama di MyIPO Demi Keselamatan Negara
Demi kepentingan dan keselamatan negara, sesiapa yang tinggal atau bermastautin di Malaysia yang ingin memohon paten atau perbaharuan utiliti di luar negara, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pendaftar Paten.
Walaubagaimanapun, kebenaran bertulis ini tidak perlu jika permohonan telah dibuat di Malaysia selepas 2 bulan.
1.10 Tempoh Perlindungan
Paten dilindungi selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan tertakluk kepada pembayaran i tahunan. Manakala perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan selama 5 + 5 tahun tertakluk kepada penggunaannya.
2. Panduan Mengisi Borang Permohonan (Borang1)
2.1 Bahagian I: Tajuk Rekacipta
Pemohon perlu menyatakan tajuk rekacipta yang dipohon.
2.2 Bahagian II: Pemohon
Pemohon perlu menyatakan nama. Nama syarikat atau nama individu atau kedua-duanya sekali boleh digunakan sebagai nama pemohon.
2.3 Bahagian III: Perekacipta
Pemohon perlu menyatakan nama perekacipta. Nama syarikat atau pertubuhan tidak boleh digunakan sebagai nama perekacipta. Jika pemohon bukan perekacipta, “Statement Justifying the Applicant’s Right to the Patent” hendaklah dikemukakan.
2.4 Bahagian IV: Ejen atau Wakil
2.5 Bahagian V: Permohonan Terbahagi
Sekiranya terdapat lebih daripada satu rekacipta di dalam
satu permohonan, pemohon perlu membahagikan
permohonan tersebut kepada dua atau lebih
permohonan. Setiap permohonan terbahagi adalah layak memperolehi tarikh pemfailan permohonan yang terawal.
2.6 Bahagian VI: Penzahiran yang Diabaikan Sebagai Teknologi Terdahulu
Pemohon boleh memohon untuk mengabaikan penzahiran sebagai teknologi terdahulu dengan mengemukakan pengakuan yang berkaitan. Peruntukan ini hanya dibenarkan sekiranya penzahiran rekacipta yang sama berlaku dalam tempoh 1 tahun sebelum tarikh pemfailan di Malaysia.
2.7 Bahagian VII: Tuntutan PrioritI
Pemohon boleh membuat tuntutan prioriti ke atas tarikh pemfailan permohonan yang terdahulu. Permohonan yang terdahulu hendaklah difailkan tidak melebihi 12 bulan sebelum tarikh pemfailan permohonan di Malaysia.
2.8 Bahagian VIII: Senarai Semakan
Pemohon perlu melengkapkan senarai semakan untuk memastikan borang dan spesiikasi yang hendak difailkan adalah lengkap.
2.9 Bahagian IX: Tandatangan
3. Spesiikasi Paten
3.1 Perihalan
Rekacipta/ inovasi hendaklah dinyatakan dengan jelas dan lengkap bagi membolehkan seseorang yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang teknologi menjalankan pemeriksaan ke atas rekacipta tersebut. Perihalan hendaklah dinyatakan dengan menggunakan turutan tajuk di bawah:
(i) ”Tajuk”
- Tajuk hendaklah terang dan ringkas bagi menyatakan ”subject matter” berhubung dengan rekacipta/ inovasi dan hendaklah serupa dengan tajuk dalam borang permohonan dan ringkasan (abstrak).
(ii) “Bidang Teknikal”
- Ia adalah pernyataan umum menerangkan tentang seni atau teknologi berhubung rekacipta/ inovasi.
(iii) “Latarbelakang Teknologi”
- Ia harus mengandungi ringkasan latar belakang teknologi yang diketahui oleh pemohon yang berguna bagi memahami rekacipta/ inovasi tersebut.
(iv) “Penzahiran Rekacipta”
(v) “Contoh Spesiikasi”
- Termasuklah “Penerangan Tentang Lukisan” (jika ada) Ia hendaklah mengandungi penerangan tentang mod terbaik bagi pemohon untuk menonjolkan hasil rekacipta, menggunakan contoh yang sesuai dan rujukan gambarajah, sekiranya ada.
(vi) ”Pemakaian dalam Mana-mana Industri”
– Cara bagaimana rekacipta dapat digunakan di industri hendaklah dinyatakan dengan jelas. Lazimnya kepenggunaan di industri adalah jelas dari perihalan rekacipta dan contoh-contoh spesiik. Walau bagaimanapun di dalam kes-kes yang tertentu sebagai contoh rekaciptanya adalah kandungan bahan kimia yang baru, kepenggunaan di industri adalah mungkin tidak jelas.
3.2 Tuntutan
Fungsi utama tuntutan adalah untuk menjelaskan skop perlindungan paten. Tuntutan hendaklah jelas, ringkas dan mesti disokong oleh perihalan yang dizahirkan di bahagian penerangan di dalam perihalan paten [Peraturan 13 dan14].
Tuntutan adalah bahagian yang terpenting dari spesiikasi paten dan disebab oleh sifat perundangannya, adalah mungkin yang paling sukar untuk disediakan. Tuntutan boleh dibatalkan sekiranya dideraf terlalu umum menyebabkan ia tidak baru atau tiada langkah merekacipta. Tuntutan juga mungkin dideraf terlalu terhad sehingga mudah bagi pesaing untuk mendapatkan faedah dari rekacipta tersebut tanpa pelanggaran tuntutan.
bersesuaian, tuntutan harus menerangkan rekacipta/ inovasi terlebih dahulu dengan menyatakan latarbelakang teknologi terdahulu, diikuti oleh bahagian ”characterizing”. Bahagian ini menerangkan tentang ciri-ciri rekacipta/ inovasi yang ingin dilindungi. Setiap ciri-ciri teknikal yang dinyatakan di dalam tuntutan dan diilustrasikan dalam lukisan harus diikuti oleh rujukan angka tanda kurungan. Hanya satu tuntutan dibenarkan di dalam spesiikasi perbaharuan utiliti manakala lebih dari satu tuntutan dibenarkan di dalam spesiikasi paten. Walau bagaimanapun tuntutan-tuntutan di dalam spesiikasi paten hendaklah berkaitan dengan rekacipta yang sama.
3.3 Ringkasan
Ringkasan adalah penerangan ringkas mengenai penzahiran yang terkandung di dalam perihalan dan tuntutan. Ringkasan hendaklah dideraf dengan eisyen untuk tujuan carian teknikal. Ia tidak harus mengandungi pernyataan tentang merit atau nilai rekacipta/inovasi [Peraturan 16].
Ringkasan hendaklah dimulakan pada muka surat baru dengan tajuk rekacipta dan seringkas yang mungkin dari perihalan (tidak melebihi dari 150 perkataan). Pemohon harus menyatakan lukisan yang sesuai (jika ada) untuk disertakan bersama ringkasan, seharusnya dalam kurungan di penghujung ringkasan. Setiap ciri-ciri utama yang dinyatakan dalam ringkasan dan diillustrasikan di dalam lukisan hendaklah diikuti oleh angka rujukan di dalam kurungan.
PERHATIAN :
3.4 Keperluan Fizikal dan Istilah Spesiikasi Paten
1. Di bawah adalah ringkasan kepada keperluan izikal dan istilah berkaitan dengan penyediaan dokumen permohonan paten dan perbaharuan utiliti.
2. Pemohon perlu menggunakan borang rasmi
yang disediakan oleh Pejabat Pendaftaran Paten dan pejabat-pejabat cawangan. Sebagai contoh,
“Permohonan Bagi Pemberian Paten” harus
menggunakan Borang 1 dan ”Permohonan bagi Perakuan Perbaharuan Utiliti” harus menggunakan Borang 14.
3.5 Keperluan Fizikal
i) Permohonan dan sebarang pernyataan atau
dokumen yang disertakan hendaklah difailkan dalam 2 salinan.
ii) Semua dokumen permohonan yang dikemukakan
hendaklah jelas untuk penghasilan semula melalui fotografi, proses elektrostatik, photo offset dan mikrofilem.
iii) Semua helaian hendaklah dipastikan tiada kerosakan
atau kesan lipatan dan hanya menggunakan sebelah muka surat sahaja pada setiap helaian.
iv) Semua dokumen permohonan hendaklah
menggunakan kertas A4 (29.7cm x 21 cm) yang tahan, kuat, putih, licin dan tidak berkilat.
v) Dalam keadaan tertentu Pendaftar boleh menerima
kertas selain saiz A4.
vii) Semua helaian hendaklah dinomborkan pada sebelah atas, tengah helaian berkenaan dalam urutan angka Arab.
viii) Teks permohonan tersebut hendaklah dicetak dalam warna hitam yang tidak luntur, sekurang-kurangnya 1.5 ruang baris, tetapi simbol grafik, formula kimia atau matematik dan simbol tertentu dibenarkan. Lukisan dan tulisan tangan juga dibenarkan jika perlu.
ix) Dalam permohonan, setiap baris ke lima, setiap
helaian perihalan dan tuntutan hendaklah
dinomborkan dengan angka Arab di sebelah kiri baris yang berkaitan tetapi di sebelah kanan margin.
x) Permohonan dan sebarang pernyataan yang
berkaitan atau dokumen hendaklah difailkan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.
3.6 Ukuran, Istilah dan Tanda
i) Unit berat dan ukuran hendaklah dinyatakan dalam terma sistem metrik.
ii) Suhu hendaklah dinyatakan dalam darjah Celsius.
iii) Kepadatan hendaklah dinyatakan dalam unit metrik.
iv) Bagi kepanasan, tenaga, cahaya, bunyi, kemagnetan, juga formula matematik dan unit elektrikal, undang-undang amalan antarabangsa haruslah dilaksanakan.
vi) Secara umumnya, hanya istilah teknikal tertentu, tanda dan simbol yang diterima umum di dalam bidang yang berkaitan hendaklah digunakan.
vii) Istilah dan tanda hendaklah konsisten sepanjang permohonan.
4. Pemeriksaan
4.1 Peringkat Proses Pemeriksaan
1. Terdapat tiga peringkat dalam proses pemeriksaan :
(i) Penentuan tarikh pemfailan yang dijalankan oleh pemeriksa formaliti paten selepas permohonan diterima [Seksyen 28].
(ii) Pemeriksaan permulaan dijalankan sekiranya permohonan diberi tarikh pemfailan [Seksyen 29].
(iii) Pemeriksaan substantif dilakukan selepas
menerima permohonan untuk pemeriksaan substantif atau substantif diubahsuai dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pemfailan dengan bayaran i yang ditetapkan [Seksyen 29A, Seksyen 30].
4.2 Penentuan Tarikh Pemfailan
1. Adalah penting bagi pemohon untuk mendapatkan
2. Permohonan akan diberi tarikh pemfailan tertakluk kepada permohonan mengandungi :
(i) nama dan alamat pemohon;
(ii) nama dan alamat perekacipta; (iii) perihalan;
(iv) tuntutan atau tuntutan-tuntutan; dan
(v) bayaran i yang ditetapkan dibuat semasa
pemfailan.
PERINGATAN:
Fi tambahan dikenakan bagi setiap tuntutan yang melebihi 10 [Seksyen 28, Peraturan 25].
3. Pemohon akan dimaklumkan tentang sebarang
pindaan yang perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan untuk pembetulan. Pemohon akan diberikan tarikh pemfailan yang baru mengikut tarikh pembetulan yang diterima.
4. Tarikh pemfailan, akan diberi dan Pendaftar Paten akan mengeluarkan Sijil Pemfailan kepada pemohon.
4.3 Pemeriksaan Permulaan
1. Pemeriksaan permulaan akan dijalankan selepas
permohonan diberi tarikh pemfailan [Seksyen 29].
2. Permohonan akan diperiksa bagi memastikan
melalui percetakan atau mikroilem. Pemohon akan dimaklumkan mengenai sebarang kekurangan atau kesilapan dan diberi tempoh 3 bulan untuk pembetulan [Peraturan 26].
4.4 Semakan Awam
Selepas 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan, permohonan akan dibuka untuk semakan awam dengan bayaran i yang ditetapkan.
Maklumat yang Boleh Disemak Ialah:
• Nama dan alamat pemohon
• Nama dan alamat ejen (jika ada)
• Nombor permohonan
• Tarikh pemfailan dan maklumat prioriti (jika ada)
• Spesiikasi permohonan paten termasuk perihalan,
tuntutan, lukisan dan ringkasan
• Sebarang maklumat berkaitan pemohon dan perlesenan
(jika ada)
Semakan Awam Tidak Dibenarkan Sekiranya:
• Permohonan ditarikbalik oleh pemohon atau ditolak oleh Pendaftar sebelum tamat tempoh 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan.
• Pendaftar berpendapat bahawa permohonan
mengandungi maklumat yang bertentangan dengan ketenteraman awam dan nilai-nilai moral.
Selepas permohonan dibuka untuk semakan awam, pemohon boleh membuat amaran bertulis kepada mana-mana pihak yang telah secara komersil dan industri menggunakan rekacipta tersebut.
4.5 Permintaan Pemeriksaan Substantif
Selepas lulus pemeriksaan permulaan, pemohon boleh memohon pemeriksaan substantif. Pemeriksaan substantif hendaklah dibuat oleh pemohon melalui Borang 5 dengan i yang ditetapkan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pemfailan permohonan [Seksyen 29A dan Peraturan 27].
Permohonan bagi pemeriksaan substantif boleh disertakan dengan maklumat berkaitan dengan apa-apa hasil carian atau pemeriksaan yang dijalankan ke atas permohonan paten luar negara yang ditetapkan. Pemohon digalakkan untuk mengemukakan hasil carian dan pemeriksaan luar negara pada bila-bila masa, dan juga mengemukakan sebarang pindaan dengan mengambil kira perundangan Malaysia [Seksyen 29A (4)]. Di bawah peruntukan Seksyen 29A(8) Akta Paten, tempoh 2 tahun untuk mengemukakan permintaan bagi pemeriksaan substantif tidak boleh dilanjutkan di bawah Seksyen 82.
Walau bagaimanapun, di atas permintaan yang dibuat oleh pemohon sebelum tamat tempoh 2 tahun, penangguhan untuk memfailkan permintaan pemeriksaan substantif boleh dibuat dengan mengemukakan Borang 5B [Seksyen 29A(6)]. Tempoh maksima penangguhan yang ditetapkan adalah 5 tahun dari tarikh pemfailan permohonan [Peraturan 27B(2)].
4.6 Permintaan Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai
Bagi permohonan paten yang telah mendapat geran paten luar negara, pemohon boleh meminta pemeriksaan substantif yang diubahsuai dengan mengemukakan Borang 5A dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pemfailan dengan i yang ditetapkan [Seksyen 29A, Peraturan 27A].
Pemeriksaan substantif yang diubahsuai hendaklah
diperakui seperti yang ditetapkan. Jika perlu, ia juga hendaklah disertakan dengan pindaan bagi memastikan permohonan paten di Malaysia adalah mematuhi Akta Paten 1983 [Peraturan 27A(3)].
Di bawah peruntukan Seksyen 29A(8) Akta Paten, tempoh 2 tahun untuk mengemukakan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuai tidak boleh dilanjutkan di bawah Seksyen 82.
Walau bagaimanapun, di atas permintaan yang dibuat oleh pemohon sebelum tamat tempoh 2 tahun, pemohon boleh mengemukakan permohonan penangguhan untuk memfailkan permintaan pemeriksaan substantif yang diubahsuai dengan mengemukakan Borang 5B [Seksyen 29A(6)]. Tempoh maksima penangguhan yang ditetapkan adalah 5 tahun dari tarikh pemfailan permohonan [Peraturan 27B(2)].
4.7 Pemeriksaan Substantif
Di bawah pemeriksaan substantif, permohonan paten/ perbaharuan utiliti akan diperiksa dengan tujuan membuat laporan samada permohonan tersebut mematuhi kehendak Akta dan Peraturan Paten. Carian dibuat untuk perbandingan teknologi terdahulu (prior art) bagi menentukan kebaharuan
dan langkah-langkah merekacipta. Pemeriksaan juga
dijalankan bagi menentukan perihalan yang lengkap, tuntutan yang jelas dan menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan [Seksyen 30 dan Peraturan 27C].
4.8 Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai
Di bawah pemeriksaan substantif yang diubahsuai, pemeriksa melaporkan kesamaan di antara permohonan paten Malaysia dan pemberian paten luar negara. Pemeriksa paten hanya membuat carian lanjutan ke atas dokumen paten Malaysia dan keperluan Akta Paten 1983 [Seksyen 30 dan Peraturan 27D].
4.9 Laporan Pemeriksaan Substantif atau Substantif yang Diubahsuai
Sekiranya pemeriksa mendapati permohonan tidak
memenuhi kehendak bagi pemberian paten maka pemohon akan menerima laporan pemeriksaan tidak memenuhi syarat yang menyatakan kehendak-kehendak yang tidak dipatuhi. Pemohon akan diberi tempoh 3 bulan untuk menjawab laporan tersebut, samada dengan mengemukakan alasan bertulis atau meminda tuntutan yang berkenaan [Seksyen 30 (3), Peraturan 27C (4); 27D (5)].
4.10 Pemberian Geran Paten atau Perakuan Perbaharuan Utiliti
1. Apabila permohonan mematuhi kehendak Akta dan
Peraturan, Pendaftar akan mengeluarkan pemberian geran paten [Seksyen 31] atau perakuan perbaharuan utiliti.
2. Paten memberi hak kepada pemunya ke atas
rekaciptanya di Malaysia untuk tempoh 20 tahun dari tarikh pemfailan. Manakala perbaharuan utiliti diberi untuk tempoh 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan ke 5 + 5 tahun tertakluk kepada
penggunaannya. Walaubagaimanapun, paten/
4.11 Carta Aliran Prosedur Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti
CARTA ALIRAN
PROSEDUR PERMOHONAN PATEN/PERBAHARUAN UTILITI (AKTA PATEN 1983)
PERMOHONAN
(Borang 1 - RM200)/ (Borang 14 RM100)
Tidak diterima
Tidak mematuhi
Akta
* Sila rujuk Manual Paten untuk prosedur terperinci.
PEMBERIAN TARIKH
(18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan)
PERMINTAAN UNTUK PEMERIKSAAN SUBSTANTIF/SUBSTANTIF DIUBAHSUAI
(Borang 5 - RM700)/ (Borang 5A - RM450)
5. Triti Kerjasama Paten (PCT)
5.1 Pengenalan
Malaysia menjadi ahli PCT pada 16 Mei 2006. Triti ini yang dimeterai pada 1970. Ia terbuka kepada negara-negara anggota Konvensyen Paris bagi Perlindungan Harta Industri (1883). PCT menyediakan satu mekanisma pemfailan permohonan paten antarabangsa untuk memudahkan pemfailan paten di setiap negara ahli PCT.
Permohonan PCT boleh difailkan oleh sesiapa yang merupakan warganegara atau residen kepada negara-negara anggota, di Pejabat Paten Nasional negara-negara anggota, atau ke Biro Antarabangsa (IB), WIPO di Geneva, Switzerland.
Permohonan Paten antarabangsa seterusnya ini tertakluk kepada carian antarabangsa. Carian ini dijalankan oleh salah satu pejabat paten utama yang dilantik oleh WIPO sebagai Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa (International Searching Authority - ISA). Keputusan carian tersebut mengandungi senarai rujukan dokumentasi yang mungkin mempengaruhi kelayakan mempaten rekacipta yang dipohon dalam permohonan antabangsa. Pada masa yang sama, ISA akan menyediakan pendapat bertulis tentang kelayakan paten bagi rekacipta itu.
5.2 Carta Aliran Permohonan PCT
Fail Permohonan
Fail Permohonan PCT
Laporan Carian Antarabangsa
Penerbitan Antarabangsa
Permintaan Bagi Pemeriksaan Permulaan Antarabangsa
Laporan Pemeriksaan Permulaan dan Kebolehanpaten
Fasa Nasional
Bulan ke 12
Bulan ke 16
Bulan ke 18
Bulan ke 22
Bulan ke 28
5.3 Permohonan Antarabangsa PCT
Sistem PCT membolehkan pemohon memfailkan satu permohonan paten antarabangsa di Malaysia dan kemudian memilih sebanyak mana negara anggota kepada PCT yang mana pemohon ingin mendapatkan perlindungan. Sistem PCT adalah sistem pemfailan paten, ia bukan sistem pemberian paten. Pemberian paten adalah di bawah bidang kuasa setiap negara anggota. Tiada pemberian paten PCT atau paten antarabangsa diberikan.
Di Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertindak sebagai Pejabat Penerima (Receiving Oice). Untuk menerima pemfailan Permohonan Paten mengikut Sistem PCT permohonan PCT hendaklah mengandungi seperti berikut:
• Permohonan yang dikemukakan di MyIPO hendaklah di dalam Bahasa Inggeris; samada menggunakan borang PCT/RO/101 (3 salinan), atau secara permohonan elektronik (menggunakan perisian PCT-SAFE (WIPO)
• Perihalan rekacipta bersama tuntutan, ringkasan dan lukisan (jika ada)
• Fi-i yang ditetapkan oleh Triti dan MyIPO
Sila lawati laman web WIPO bagi maklumat lanjut mengenai perisian PCT-SAFE (WIPO)(http://www.wipo.intpct/en).
5.4 Fi
Terdapat tiga i utama yang mesti dibayar apabila mengemukakan permohonan. Ia adalah i penghantaran, i pemfailan antarabangsa dan i carian. Fi penghantaran adalah bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh MyIPO, i pemfailan antarabangsa bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh WIPO dan i carian bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa (ISA).
MyIPO menerima i penghantaran manakala dua i lain akan dihantar, masing-masing ke WIPO dan ISA. Semua i hendaklah dibayar dalam Ringgit Malaysia (RM).
5.5 Laporan Carian Antarabangsa
ISA akan menjalankan carian untuk memastikan samada rekacipta tersebut baru dan menepati ujian langkah merekacipta. Keputusan ke atas carian antarabangsa dapat membantu pemohon menilai peluang mendapatkan paten di negara-negara di mana pemohon ingin mendapatkan perlindungan patennya kelak.
ISA yang diakreditasi oleh MyIPO bagi carian antarabangsa adalah seperti berikut :
• Pejabat Harta Intelek Korea (KIPO)
• Pejabat Harta Intelek Australia (IP Australia)
• Pejabat Paten Eropah (EPO)
5.6 Penerbitan
5.7 Pemeriksaan Permulaan Antarabangsa
Pihak Berkuasa Pemeriksaan Permulaan (IPEA) akan
melaksanakan pemeriksaan permulaan sekiranya
pemohon memilih untuk meminta pemeriksaan permulaan
antarabangsa. Pemohon hendaklah mengemukakan
permintaan khusus dan hendaklah dikemukakan ke IPEA. IPEA akan mengeluarkan laporan pemeriksaan permulaan yang akan memberi pendapat kepada pemohon sama ada rekaciptanya sesuai untuk pemberian paten.
IPEA yang ditentukan oleh MyIPO bagi pemeriksaan permulaan antarabangsa adalah seperti berikut:
• Pejabat Harta Intelek Korea (KIPO)
• Pejabat Harta Intelek Australia (IP Australia)
• Pejabat Paten Eropah (EPO)
5.8 Fasa Nasional
Pemohon hendaklah memasuki fasa nasional bagi
meneruskan permohonan antarabangsanya secara
berasingan pada mana-mana negara-negara anggota PCT. Pemohon diberi tempoh 30 bulan dari tarikh prioriti untuk memasuki fasa nasional di Malaysia.
Pemohon hendaklah mengemukakan kepada MyIPO perkara berikut:
• Satu salinan permohonan antarabangsa dalam Bahasa
Inggeris
• Fi untuk fasa nasional menggunakan Borang 2A
Permohonan yang memasuki fasa nasional hendaklah
memenuhi syarat-syarat mengikut Akta Paten.
6. Fi Dan Borang Berkaitan
(a) Permintaan bagi pemberian paten (b) Tuntutan-tuntutan
(i) bagi sepuluh tuntutan pertama (ii) bagi tiap-tiap tuntutan tambahan
Akuan penarikan balik permohonan
Memasuki fasa nasional
(i) bagi sepuluh tuntutan pertama (ii) bagi tiap-tiap tuntutan tambahan
Permintaan bagi menghidupkan semula paten dibawah seksyen 78OA
Permintaan bagi pemeriksaan substantif
Permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuai
Permintaan bagi penangguhan pemfailan permintaan bagi pemeriksaan atau pemberian maklumat
Permintaan bagi salinan diperakui atau cabutan diperakui
Permohonan untuk meminda Daftar
Permintaan bagi menghidupkan semula paten yang luput
Permintaan bagi lesen untuk mengeksploitasi rekacipta yang dipaten
Permintaan untuk menukarkan permohonan bagi mendapatkan paten menjadi permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti atau vice versa
Permohonan bagi merekodkan penyerahhakan atau pemindahan
Permohonan bagi catatan dibuat dalam daftar bahawa mana-mana orang boleh mendapatkan suatu lesen
Borang Permohonan bagi pembatalan catatan dalam Daftar
bahawa mana-mana orang boleh mendapatkan suatu lesen
Permintaan bagi merekodkan butir-butir kontrak lesen dalam Daftar
Permintaan bagi merekodkan habis tempoh atau penamatan kontrak lesen dalam Daftar
Permohonan bagi lesen wajib
Permintaan bagi pindaan keputusan untuk memberi lesen wajib
Permohonan bagi pembatalan lesen wajib
Permohonan bagi pemberian perakuan bagi perbaharuan utiliti
Permohonan untuk melanjutkan tempoh perakuan bagi perbaharuan utiliti
Pemintaan untuk meminda permohonan bagi pemberian paten
Permintaan untuk meminda paten
Perlantikan atau pertukaran ejen paten
Permohonan bagi pendaftaran ejen paten
Permohonan bagi pendaftaran sebagai calon bagi peperiksaan
Permohonan bagi mengambil semula peperiksaan
Permohonan bagi membaharui pendaftaran ejen paten
Pemberian alamat penyampaian
6.2 Bahagian II
Perkara
No. Fi (RM)
Salinan paten
Salinan laporan pencarian
Pemeriksaan Daftar
Cabutan diperakui daripada Daftar
Salinan atau akuan dari pendaftar
Fi bagi pemeriksaan awam maklumat yang berhubungan dengan permohonan paten
Salinan cabutan apa-apa maklumat yang diperakui:- (a) bagi lima mukasurat yang pertama
(b) bagi tiap-tiap mukasurat tambahan
Fi tahunan bagi paten selepas di beri geran : a) bagi tahun ke - 2
Surcaj bagi menghidupkan semula paten
Penyerahan lesen wajib
Penyerahan paten 2.00 setiap mukasurat
Perkara
No. Fi (RM)
Fi tahunan bagi perakuan bagi perbaharuan utility selepas di beri geran:
(a) bagi tahun ke - 3
Perakuan bagi pemberian paten
Perakuan terhadap perbaharuan utiliti
Rayuan terhadap keputusan peperiksaan
Perlanjutan masa (bagi tiap-tiap bulan atau sebahagian daripada suatu bulan)
Surcaj bagi i pembayaran lewat i tahunan
Carian awam melalui komputer
Cetakan komputer (Data Bibliography)
Maklumat yang dibenarkan (atas permintaan)
Fi bagi menyediakan salinan permohonan antarabangsa 12.
200.00 setiap subjek
50.00 sebulan
100 % i bagi tahun yang berkenaan
20.00 sejam
5.00 setiap mukasurat
100.00 bagi kurang dari 10 muka surat 5.00 untuk mukasurat yang berikutnya
6.3 Bahagian III
Perkara
No. Fi (RM)
Fi penghantaran di bawah Kaedah 14 dan 19 Peraturan-peraturan di bawah Triti: (a) bagi 30 helaian pertama
(b) bagi setiap helaian melebihi 30 helaian
Fi bagi mengemukakan lewat terjemahan bagi maksud pencarian antarabangsa
Fi bagi kelewatan terjemahan bahasa bagi dalaman penerbitan
Kelewatan i di bawah undang-undang 16 bis.2 dari peraturan dibawah perjanjian
Fi bagi mematuhi kehendak nasional daripada sesuatu jemputan
45.00 bagi setiap helaian
25% daripada i pemfailan antarabangsa yang ditetapkan di bawah Triti
25% daripada i pemfailan antarabangsa yang ditetapkan di bawah Triti
(i) 50% daripada jumlah i yang belum dibayar; atau (ii) Satu jumlah yang sama
dengan i penghantaran;
Mengikut mana-mana yang lebih tinggi dengan syarat bahawa jumlah i pembayaran lewat tidak boleh melebihi 50% daripada i pemfailan antarabangsa yang ditetapkan di bawah Ttriti
7. Bayaran bagi Permohonan PCT (Mac 2009)
7.1 Bayaran Transmital
Item
Bayaran Transmittal bagi 30 helaian pertama
Bagi setiap helaian bagi 30 mukasurat
Amaun (RM)
375.00
45.00
7.2 Bayaran Pemfailan Antarabangsa
Item
Bayaran Pemfailan antarabangsa bagi 30 helaian pertama
Pengurangan
a) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan pengurangan jika permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik di mana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak tidak dalam format character-coded.
b) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan pemotongan jika permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik di mana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak adalah dalam format character-coded.
Untuk setiap capaian bagi 30 helai
Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan potongan 90% sekiranya permohonan antarabangsa diisi oleh pemohon yang biasa.
a) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan potongan sekiranya permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik di mana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak tidak dalam format character-coded.
b) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan pemotongan jika permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik dimana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak adalah dalam format character-coded.
Untuk setiap capaian bagi 30 helai
7.3 Bayaran Carian
Australia (RM)
4,041.00
EPO (RM)
8,348.00
Item
Bayaran Carian dibawah undang-undang 16/ 40.2
Korea (RM)
2,885.00
7.4 Dokumen Prioriti
Amaun (RM)
500.00
2.00 setiap helai
Item
Amaun Tetap (5 helai pertama)
Bagi setiap helaian tambahan
8. Klasiikasi Paten Antarabangsa (IPC)
Seksyen A: Keperluan Manusia
Seksyen B: Pelaksanaan Operasi, Pengangkutan
Seksyen C: Kimia, Logam
Seksyen D: Tekstil, Kertas
Seksyen E: Binaan Tetap
Seksyen F: Kejuruteraan Mekanikal, Cahaya, Haba
Seksyen G: Fizik
* Delete whichever does not apply
10. Pejabat Pendaftaran Paten
Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan paten atau perbaharuan utiliti di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Kuala Lumpur atau di pejabat cawangan di Sabah dan Sarawak.
Permohonan, surat-menyurat dan pertanyaan hendaklah dimajukan kepada:
Ibu Pejabat
Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Tingkat 32, Menara Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin, 50623 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 603-2263 2100 (Operator)
: 603-2274 5113 (Meja Bantuan)
: 603- 2263 2198/2199 (Perkhidmatan Kaunter) No. Faks : 603-2274 1332
E-mel Korporat : [email protected]
Cawangan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Cawangan Sarawak), Lot 9936, (Sub Lot 5), Tingkat 3,
Queen’s Court, Block E, Jalan Wan Alwi, 93350 Kuching, Sarawak.
No. Telefon : 6082-459075
No. Faks : 6082-455052
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Cawangan Sabah), Tingkat 6, Blok C, Kompleks KUWASA,
49, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Telefon : 6088-233571