• Tidak ada hasil yang ditemukan

Instrumen Perbankan Islam Di Malaysia Ma

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Instrumen Perbankan Islam Di Malaysia Ma"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Instrumen Perbankan Islam Di Malaysia: Mampukah Mereka Mencapai Maqasid Shariah

Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 1008

Abd. Ghafar B. Ismail

1

Umar Bashar

Research Center for Islamic Economics and Finance

School of Economics

Universiti Kebangsaan Malaysia

Bangi, 43600 Selangor D.E., Malaysia

e-mai:

agibab@ukm.my

Kertas di bentangkan di Muzakarah Pakar Sistem Kewangan Islam, 23 Februari 2010, Institut

Kefahaman Islam Malaysia

This Draft, February 2010

1

Professor of banking and financial economics, Universiti Kebangsaan Malaysia. He is also AmBank Group resident fellow for Perdana Leadership Foundation. ISRA

Fax: +603-89215789

http://www.ekonis-ukm.my

(2)

1.

Pengenalan

Di Malaysia, sistem kewangan yang wujud semenjak sebelum merdeka sebahagiannya diwarisi

daripada sistem kewangan berasaskan riba. Ini terbukti dengan tertubuhnya beberapa bank

perdagangan asing yang awal seperti Standard Chartered Bank (1875), The Hong Kong and Shanghai

Banking Corporation (1884) dan Algemene Bank Negerland NV (1888) yang diterajui oleh doktrin

yang dibawa oleh penjajah. Cara pemikiran dalam mengoperasikan bank perdagangan asing tersebut

juga telah diterapkan ke dalam bank perdagangan tempatan yang awal seperti Kwong Yik Bank Bhd.

(1913) dan The Pacific Bank Bhd. (1922).

2

Pada akhir Disember 2009, penguasaan sistem kewangan

berasaskan riba berdasarkan ukuran jumlah aset masih tinggi iaitu lebih kurang 82%.

Doktrin ini diwarisi daripada pandangan St Thomas Aquinas,

3

salah seorang ahli teologi abad

ke 13 dan 14,

4

yang telah berjaya membangunkan ekonomi Eropah. Beliau percaya bahawa

pengembangan wang melalui pembayaran dan penerimaan bunga dapat meningkatkan aktiviti

ekonomi.

5

Walaupun pandangan ekonomi St Thomas Aquinas dan pengikut berikutnya seperti pemaham

Keynes, klasik dan neo-klasik ada kesamaannya dengan pandangan ilmuan besar Abu Hamid

Al-Ghazali (1058

1111), namun ilmuan besar tersebut mengemukakan idea bahawa wang boleh

berperanan dalam ekonomi tanpa melibatkan riba.

6

Pandangan tersebut membuktikan sistem

kewangan tanpa riba (selepas ini disebut sebagai institusi kewangan Islam) boleh dilaksanakan.

Contohnya, institusi kewangan Islam swasta yang muncul di Pakistan pada 1950an dan Mit Ghamr di

Mesir pada 1963, dan Lembaga Tabung Haji di Malaysia pada 1963 dan Dubai Islamic Bank pada

1975. Oleh sebab itu, pada hari ini institusi kewangan yang terbentuk dibahagikan kepada dua jenis,

iaitu sistem kewangan konvensional yang berasaskan riba dan sistem kewangan Islam tanpa riba.

Kebelakangan ini, minat ahli ekonomi mengkaji kedua-dua sistem kewangan tersebut

khususnya kajian terhadap sistem kewangan Islam amat meluas dan tertumpu kepada beberapa bidang

antara yang utama ialah: (i) sistem kewangan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi; (ii)

kepatuhan syariah instrumen yang ditawarkan.

7

Persoalannya ialah adakah memadai dengan

menyatakan instrumen yang ditawarkan oleh perbankan Islam patuh syariah. Sedangkan dalam kaitan

yang serupa dalam solat umpamanya, solat yang dilakukan bukan sahaja sah (jika rukun dan syarat

dipenuhi), tetapi juga objektif solat harus mencapai tujuannya, seperti kebaikannya ialah mencegah

mungkar.

8

Dalam berzakat juga, selain terpenuh syarat bagi orang yang membayar zakat, zakat juga

mampu untuk memberi kebaikan: seperti membersihkan dan mensucikan harta (9:103). dan

menghindarkan seperti kedekut (25:67).

Maka, tujuan makalah ini ialah untuk memeriksa kemampuan instrumen yang ditawarkan oleh

perbankan Islam dalam mencapai maqasid syariah. Namun begitu, dalam makalah ini, aspek rukun

dan syarat bagi setiap instrumen dianggap telah dipatuhi supaya instrument tersebut patuh syariah.

Untuk tujuan tersebut, pandangan beberapa ulama tentang maqasid syariah akan dibincangkan dahulu,

sebelum menentukan kriteria maqasid syariah bagi menentukan kemampuan intstrumen perbankan

Islam mencapai maqasid syariah.

2

Perbincangan lanjut, sejarah perbankan diMalaysia, rujuk Ismail dan Smith (1993) dan Ismail dan Hassan (1993).

3

Lihat Ismail (2006).

4

Pandangan beliau masih menjadi sebahagian kandungan kuliah sejarah ekonomi politik dinegara eropah masa kini, rujuk http://en.www.wikipedia.org/wiki/History_of_economics.

5

Dahulunya St. Thomas Aquinas pernah berguru dengan Imam Ghazali, seperti dinyatakan oleh Ghazanfar dan Azim (1990), tetapi idea yang dibawanya tentang fungsi wang masih dikekalkan tetapi maqasid syariahnya diabaikan. Maka terjadilah bunga.

6

Perdebatan ini dapat dilihat dengan jelas dalam Ghazanfar dan Azim (1990)

7

Langkah kea rah kepatuhan ini diambil dengan meminta perbankan Islam menerapkan parameter kontrak yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia.

8

(3)

2.

Maqasid Syariah mengikut Pandangan Al-Ghazali, Shatibi dan Ibn Athur

Ramai ulama telah cuba menjelaskan tujuan dan objektif syariah diadakan. Antaranya ulama tersebut

ialah al-Shatibi, al-

‘Izz ibn ‘Abd al

-Salam, Ibn Qayyim, al-Ghazali dan Ibn Athur. Setiap ulama ini

telah membincangkan dengan lebih mendalam. Dalam bahagian ini, pandangan a-Shatibi, Ibn Athur

dan al-Ghazali sahaja yang akan dibincangkan.

Umumnya ketiga-tiganya bersetuju tentang perkara berikut: kategori dan pengkelasan

maqasid. Mereka berhujah bahawa kategori maqasid dibahagikan kepada puncanya; dan pensabitan

dalil dan maslahat.

Menurut al-shatibi (1996) punca maqasid terbahagi dua:

9

(a)

Maqasid Syari'

Iaitu maqasid yang ditentukan oleh Allah dalam mensyariatkan hukum. Ianya adalah

untuk menberi kebaikan dan menolak kemudaratan di dunia dan di akhirat kepada

hamba-Nya. Menurut al-Shatibi, Maqasid Syari' terbahagi kepada empat bahagian:

(i)

Maqasid Syari' di dalam mencipta Syariat itu sendiri. Ia bertujuan untuk

mecapai maqasid kepada sekalian manusia dengan memberi kebaikan

(maslahah) dan mengelakkan kerosakan (mafsadah). Setiap yang disyariatkan

terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kepentingan Asas (al-Dharuriyyat),

Keperluan Biasa (al-Hajiyat), dan Keperluan Mewah (al-Tahsiniyat). Beliau

juga membahagikan kepentingan asas kepada lima, iaitu menjaga agama,

nyawa, keturunan, harta dan akal. Menurut beliau lagi, semua agama

memandang perkara ini sebagai kepentingan asas.

(ii)

Maqasid Syari' (Allah) di dalam menciptakan Syariat untuk difahami. Syariat

tersebut adalah untuk difahami oleh manusia untuk mereka melaksanakanya,

jika ianya tidak dapat difahami oleh manusia, tiada erti pada penurunan syariat

tersebut.

(iii)

Maqasid Syari' (Allah) menjadikan Syariat untuk dilaksanakan. Tanggung

jawab untuk melaksanakannya ini dipanggil taklif. Taklif menurut al-Shatibi

hendaklah mampu dipikul oleh manusia, malah para ulama telah bersepakat

tiada taklif di luar kemampuan manusia.

(iv)

Maqasid (Allah) meletakkan mukallaf di bawah hukum Syarak. Ia bertujuan

untuk semua manusia patuh dengan hukum syarak tersebut dan mengelakkan

daripada terikut

ikut dengan hawa nafsu agar dengan itu mereka akan

menjadi hamba Allah dengan penuh sukarela . m.s.425.

(b)

Maqasid Mukallaf (hamba)

Iaitu maqasid atau tujuan mukallaf dalam melakukan sesuatu perbuatan. Maqasid

mukallaf berperanan menentukan sah atau batal sesuatu amalan. Tujuan mukallaf di

dalam melaksanakan sesuatu syariah hendaklah selari dengan tujuan syariah itu sendiri.

9

Rujuk kitab beliau dalam

(4)

Manakala pensabitan dalil dan maslahat menurut Ibnu Athur dalam kitabnya Maqasid

al-Shariah al-Islamiyyah

10

dibahagikan kepada beberapa bahagian berikut:

(a)

Maqasid Qatiyyah iaitu sabit dengan dalil qat'iy atau pasti

(b)

Maqasid Zanniyah iaitu sabit dengan dalail zanniy atau tidak diyakini oleh akal

(c)

Maqasid Wahmiyyah iaitu maslahat yang disangka baik tapi bila dikaji secara

mendalam ia tidak baik.

Pengkelasan Maqasid Syariah mengikut tahap kepentingan seperti yang dijelaskan oleh.

terbahagi kepada tiga iaitu:

(i)

Maqasid Syariah Daruriyah. Imam al-Shatibi : sesuatu yang mesti ada untuk

maslahat agama dan dunia. Ibnu ashur : maslahat secara keseluruhan dan

individu untuk menghindari kezaliman.

(ii)

Maqasid Syariah Hajiyah. Imam Al-Shatibi: untuk kelonggaran dan

mengelak kesempitan yang secara amnya membawa kepada kesusahan tetapi

tidak sampai merosakkan. Ibnu Ashur: memenuhi keperluan dan mengatur

maslahah yang baik

(iii)

Maqasid Syariah Tahsiniyyah. Imam Al-Shatibi: Mengambil adat-adat yang

baik dan menghindar keadaan najis yang tidak diterima oleh akal yang sihat.

terhimpun di dalam kumpulan akhlak yang mulia. Ibnu Ashur: keadaan yang

sempurna bagi ummat sehingga dapat hidup aman, tenang dan nampak bagi

umat lain kehidupan yang baik dan indah sehingga disukai oleh umat lain

tersebut.

Selanjutnya ketiga-tiga mereka telah menggariskan beberapa kaedah untuk mengenali

maqasid syariah. Menurut mereka terdapat tiga cara untuk kita mengenali maqasid syariah iaitu:

(a)

Penelitian kuantitatif. iaitu penelitian terhadap dalil-dalil yang mensabitkan maqasid

syariah sama ada diteliti dari semua dalil sehingga mendapat natijah yang qat'ie atau

penelitian sebahagian dalil sahaja sehingga mendapat natijah yang zanniy.

(b)

Penelitian terhadap illah hukum. Kaedah ini tertumpu kepada usaha untuk mengetahui

rahsia di sebalik setiap hukum atau lebih dikenali sebagai masalik al-'illat di dalam

ilmu usul fiqh.

(c)

Penelitian terhadap semata-mata terhadap suruhan atau larangan Allah Taala terhadap

sesuatu.

Hujah diatas dapat dirumuskan dalam bentuk kata-kata yang dinyatakan oleh Imam

al-Ghazali iaitu:

“The very objective of the Shari’ah is to promote the well

-being of the people, which lies in

sa

feguarding their faith (deen), their self (nafs), their intellect (‘aql), their postery (nasl) and

their wealth (mal). Whatever ensures the safeguard of these serves public interest and is

desirable and whatever hurts them is against public interest and it

s removal is desirable.”

Perkataan “safeguarding” tidak seharusnya digunakan bagi menggambarkan “preservation” terhadap

lima keperluan diatas. Seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Athur (1879-1973: pengkayaan secara

berterusan keperluan manusia sehingga kesejahteraan manusia berterusan dapat diperbaiki mengikut

perubahan keperluan dan persekitaran individu dan masyarakat.

11

Salah satu perubahan keperluan ini

10

Refer to p. 271, in Muhammah al-Tahir ibn Ashur (2006) Ibn Ashur: Treatise on Maqasid al-Shari’ah. Translated by Mohamed el-Tahir El-Mesawi. London: The International Institute of Islamic Thought.

11

(5)

ialah kekayaan. Islam mengiktiraf kekayaan ekonomi.

12

Juga, kepentingan kekayaan kepada

kebajikan masyarakat yang ditunjukkan melalui kedua-dua: cara mendapatkannya dan cara

membelanjakannya.

13

Ini menunjukkan kepentingan menguruskan kekayaan individu, yang

kemudiannya memberi menafaat kepada masyarakat.

Walaubagaimanapun, kekayaan boleh memberi menafaat dan kerosakan. Ini bergantung

kepada beberapa faktor berikut: (i) niat. Niat yang baik akan mendapat ganjaran dari Allah; (ii)

bagaimana kekayaan diperoleh? Bukan dijana daripada operasi perbankan berdasarkan riba, perjudian

dan mengurusniagakan barangan yang boleh mensyirikkan Allah; (iii) bagaimana kekayaan ini

dikembangkan (dilaburkan)? Kekayaan harus dilaburkan dan tidak dijadikan sebagai dana “terbiar”;

(iv) bagaimana kekayaan dibelanjakan. Kekayaan harus digunakan untuk memberi barangan dan

perkhidmatan yang dibenarkan (seperti barangan halal); (v) Hak orang miskin dan mereka yang

memerlukan.

Oleh kerana kekayaan ini akan disalurkan melalui perbankan Islam. Maka, apakah bentuk

instrumen yang boleh digunakan untuk menjaga dan mengembangkan kekayaan tersebut.

3.

Instrumen Di Perbankan Islam

Kekayaan yang dimiliki akan disalurkan melalui perbankan Islam dalam pelbagai bentuk instrumen.

Instrumen ini boleh menyalurkan kekayaan dalam bentuk harta alih dan harta tak alih. Antara

instrumen tersebut ialah: produk berstruktur deposit murabahah, pembiayaan modal kerja murabahah,

kontrak sewaan kereta kadar terapung, sukuk musyarakah, sukuk ijarah bagi inisiatif pembiayaan

swasta, pembiayaan projek mudarabah, dan pembiayaan rumah musyarakah mutanaqisah.

Contoh 1: Produk Berstruktur Deposit Murabahah

Mekanisme deposit murabahah komoditi, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, melibatkan

urusniaga berikut:

Pelanggan melantik institusi kewangan Islam-A (IKI-A) sebagai agen (melalui kontrak

wakalah) bagi menguruskan dananya.

IKI-A, kemudiannya melantik IKI-B sebagai agen untuk membeli komoditi daripada rumah

komoditi (CH-A) (berasaskan belian tunai)

IKI-B menjualnya kepada CH-B atas dasar tertangguh pada harga belian campur margin

untung.

12

We find ample supporting evidence, such as Surah al-Hashr, verse 8, God says “(Some part is due) To the indigent Muhajirs, Those who were expelled from their homes and their property, while seeking grace from Allah and (His) good pleasure, and aiding Allah and His Messenger: such are indeed the truthful.”

13

(6)

Rajah 1:

Deposit Murabahah Komoditi

Contoh 2: Pembiayaan Modal Kerja Murabahah

Produk ini boleh digunakan untuk menyediakan pembiayaan keperluan modal kerja untuk membeli

stok dan inventori atau barang separuh siap dan bahan mentah.

Modus operandi pembiayaan modal kerja murabahah dapat dilihat dalam Rajah 2.

Mekanismenya melibatkan beberapa langkah berikut:

Institusi kewangan Islam (IKI) membeli aset daripada pelanggan atau melantik pelanggan

sebagai agennya untuk membeli barang yang diperlukan bagi pihak IKI.

IKI membayar kepada pelanggan/pembekal pada harga belian

IKI menjual balik barang tersebut kepada pelanggan pada harga jualan yang dipersetujui yang

termasuk margin untung. Margin untung dikira berdasarkan kepada tanda aras campur tebaran

margin untung.

Pada masa matang, membayar harga jualan.

IKI-A

Pelanggan

CH-B

(1) wujudkan perjanjian

perwakilan

(7)

Bayar kepada pelanggan

beserta keuntungan

(6)

terima tunai daripada

IKI-B

(2)

wujudkan

kontrak agensi

(4) Jual

komodoti

(5)

Pembayaran

(3) beli komoditi

(7)

Rajah 2: Modus Operandi Pembiayaan Modal Kerja Murabahah

Dalam kontrak Ijarah pula, institusi kewangan Islam, yang memiliki aset, menyewakan kepada

penyewa dan sebagai ganjarannya penyewa membayar sewaan. Penyewa mendapat menafaat penuh

hasil penggunaan aset tersebut selagi tempoh sewaan berjalan, dan syarat dan terma kontrak ijarah

dipenuhi. Diakhir tempoh sewaan, aset tersebut dipulangkan kepada institusi kewangan Islam. Contoh

berikut dapat dilihat aplikasi kontrak ijarah tersebut.

Contoh 3: Kontrak Sewaan Kereta Kadar Terapung

Modus operandi kontrak sewaan kereta kadar terapung dapat dilihat dalam Rajah 3. Mekanisme

urusniaga melibatkan beberapa langkah berikut:

Institusi kewangan Islam membeli kereta daripada pelanggan atau wakil penjual kereta.

Institusi kewangan Islam membayar harga belian kepada wakil penjual atau pelanggan.

Institusi kewangan Islam menyewakan kereta kepada pelanggan untuk tempoh yang ditetapkan

serta syarat dan terma yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak

Pelanggan membayar sewaan berdasarkan syarat dan terma yang telah dipersetujui

Secara berkala, institusi kewangan Islam akan menyemak semula kadar sewaan dan jika

berlaku perubahan kadar sewaan, institusi kewangan Islam akan memberitahu pelanggannya

amaun sewaan baru dan tempoh sewaan baru (jika ada)

Diakhir tempoh sewaan, pelanggan boleh membeli kereta tersebut daripada institusi kewangan

Islam pada harga yang diperstujui dengan amaun sewaan yang telah dibayar diambilkira

(d)

Pembayaran harga jualan

(c)

Jualan barang

Pelanggan

IKI

(a)

Belian barang

(8)

Rajah 3: Modus Operandi Kontrak Sewaan Terapong

Contoh 4:

Sukuk Musyarakah

Penerbitan sukuk Musyarakah adalah untuk memperoleh hak, hak milik, kepentingan dan manfaat

yang belum terima terhadap keperluan pembayaran. Ia adalah satu alternatif yang terbaik dalam

sistem kewangan yang melibatkan kaedah pengeluaran dan agihan. Terbitan sukuk ini merupakan satu

cara pembiayaan yang mempunyai jaminan, terutama yang melibatkan projek yang besar di mana

nilai yang terlibat juga adalah besar. Setiap pemilik akan diberikan satu sukuk Musyarakah yang

mewakili pemilikannya yang sama dalam perkongsian aset yang terlibat.

Sukuk Musyarakah dikeluarkan bermatlamat untuk menggunakan aliran dana bagi mewujudkan

satu projek baru serta membangunkan sebuah sistem pembiayaan untuk urusniaga perniagaan

berdasarkan perkongsian. Pemilik sukuk yang terlibat dalam perkongsian aset ini akan berkongsi

keuntungan dan kerugian berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Mekanisme pembentukan bagi sukuk musyarakah dapat dilihat dalam Rajah 4. Terbitan sukuk

musyarakah melibatkan pengaturan perkongsian antara pelbagai pihak untuk mendapatkan modal bagi

membiayai sebuah usaha niaga. Keuntungan dan kerugian akan dikongsi bersama berdasarkan

penyertaan ekuiti.

d

Pembayaran sewaan

Pelanggan

IKI

f

Pelanggan membeli aset pada jumlah nominal

c

Penyewaan aset

a

Pembelian aset

b

Pembayaran harga belian aset

(9)

Rajah 4: Struktur Sukuk Musyarakah

Proses struktur sukuk musyarakah adalah seperti berikut:

Penerbit (SPV) dan pelabur memeterai kontrak musyarakah. Masing-masing menyumbang

modal untuk membina bangunan rumah di atas sebidang tanah.

SPV menyediakan sebahagian modal

Pelabur juga menyediakan sebahagian modal

Kedua-dua modal (b) dan (c) digabungkan dan pemilikan modal ini akan ditunjukkan dengan

SPV mengeluarkan sijil sukuk. Modal yang digabungkan ini, kemudiannya digabungkan

dengan modal yang dipunyai oleh pengusaha untuk melaksanakan suatu projek.

Dalam hal ini, modal yang disumbangkan oleh pengusaha adalah dalam bentuk sebidang tanah. Oleh

itu, tanah ini harus dinilai semula supaya nilainya dapat disetarakan dengan matawang (modal) yang

disumbangkan oleh SPV dan seterusnya peratusan sumbangan modal masing-masing dapat

ditentukan.. Kedua-dua pihak yang berkontrak iaitu pengusaha dan SPV berjanji untuk melaksanakan

pembinaan rumah diatas tanah tersebut. Keuntungan (atau kerugian jika ada) hasil penjualan rumah

tersebut akan dikongsi bersama antara pengusaha dan SPV. SPV, kemudiannya akan membahagikan

keuntungan tersebut kepada pemegang sukuk.

Kaedah pembiayaan yang boleh disekuritikan ini biasanya digunakan untuk membiayai

projek yang memerlukan modal yang besar. Kebiasaannya individu atau syarikat yang kurang

berkemampuan sering menggunakan cara pembiayaan seperti ini. Setiap pelanggan yang

menggunakan kaedah pensekuritian berasaskan musyarakah akan diberikan sijil musyarakah yang

menunjukkan bahagian pemilikan masing-masing dalam aset tersebut. Sijil musyarakah ini akan

digunakan sebagai instrumen boleh niaga (negotiable) dan boleh dijual dan dibeli di pasaran sekunder.

Walaubagaimanapun urusniaga sijil ini tidak dibenarkan sekiranya keseluruhan aset yang digunakan

di dalam urusniaga tersebut masih dalam bentuk yang cair seperti dalam bentuk tunai dan sebagainya.

Contoh 5: Sukuk Ijarah bagi Inisiatif Pembiayaan Swasta

Mekanisme pembentukan bagi sukuk ijarah dapat dilihat dalam Rajah 5. Diandaikan pemerintah

sebagai penyewa dan SPV pemilik bangunan. Oleh itu, pembentukan sukuk ijarah akan melibatkan

beberapa langkah berikut:

Pemerintah (pemilik asal) men

jual bangunannya kepada SPV (”Special Purpose Vehicle”)

(10)

SPV

(Penerbit)

Pemegang

Sukuk

(Investor)

SPV membayar tunai untuk mendapatkan bangunan tersebut

Untuk membiayai (2), SPV mendapatkan modal daripada pemegang sukuk (boleh

menggunakan kontrak mudarabah atau kontrak musyarakah)

SPV menerbitkan sukuk dan menyerahkan sijil sukuk sebagai tanda kepemilikan kepada

pemegang sukuk.

Oleh kerana pemerintah ingin menggunakan bangunan tersebut, maka ia menyewanya daripada

SPV

SPV mendapat bayaran sewa daripada pemerintah

Pemerintah

(

Obligor

)

1 2

3

Rajah 5: Struktur Sukuk Ijarah

Unsur penting yang dapat dikenalpasti dalam menerbitkan sukuk ijarah:

Aset.

Aset yang sesuai sebagai asas kepada penerbitan sukuk ijarah. Aset ini perlu bagi memenuhi syarat

dalam kontrak jualbeli tunai dan kontrak sewaan. Aset yang pada mulanya dipunyai oleh pemerintah,

telah dijual kepada SPV dan SPV menjadi pemilik baru. Manakala pemerintah sebagai penjual asal

aset ingin terus menggunakan aset tersebut, maka aset telah dijadikan sebagai objek sewaan.

Kadar Sewaan.

Kadar pulangan sewa bagi jenis sukuk ini boleh sama ada secara tetap atau berubah atau

kedua-duanya bergantung kepada persetujuan pihak yang berkontrak. Jika sewaan dibayar tetap, maka

4

(11)

pemegang sukuk juga akan mendapatkan pulangan yang tetap. Tetapi jika kadar sewaan berubah,

maka pemegang sukuk akan mendapat kadar pulangan berubah.

Pemilikan sijil sukuk

Oleh kerana pemegang sukuk mengeluarkan wang sebagai modal untuk SPV menjalankan aktiviti

urusniaganya, maka pengeluaran sijil sukuk menggambarkan perolehan hak atau hak milik atau

kepentingan atau manfaat yang belum diterima oleh pemegang sukuk

Contoh 6:

Pembiayaan Projek Mudarabah

Pembiayaan projek mudarabah ialah satu kontrak antara dua pihak dengan institusi kewangan Islam

menyediakan pembiayaan dan pelanggan menyediakan kepakaran, pengurusan dan buruh.

Keuntungan hasil usaha pelanggan akan dikongsi oleh kedua-dua pihak mengikut nisbah yang telah

dipersetujui, tetapi jika berlaku kerugian, keseluruhan kerugian akan ditanggung oleh institusi

kewangan Islam.

Langkah bagi mengeluarkan produk pembiayaan projek mudarabah, seperti ditunjukkan oleh

Rajah 6, melibatkan langkah berikut:

Kedua-dua institusi kewangan Islam dan pelanggan bersetuju membentuk kontrak mudarabah.

Institusi kewangan Islam menyumbangkan semua modal. Mereka bersetuju dengan agihan

keuntungan iaitu Y% and X% masing-masing diagihkan kepada institusi kewangan Islam dan

pelanggan.

Pelanggan melabur dalam projek, dan keuntungan akan diagihkan mengikut nisbah yang telah

dipersetujui. Sebarang kerugian akan ditanggung oleh institusi kewangan Islam.

Rajah 6: Modus Operandi Pembiayaan Projek Mudarabah

(12)

Contoh 7: Pembiayaan Rumah Musyarakah Mutanaqisah

Deskripsi lanjut struktur dan mekanisme pembiayaan ditunjukkan dalam Rajah 7. Langkah yang

terlibat dalam menstrukturkan pembiayaan tersebut adalah seperti berikut:

Institusi kewangan Islam bersetuju melaksanakan perjanjian pembiayaan rumah musyarakah

mutanaqisah dengan pelanggan. Perjanjian tersebut dimeterai untuk membeli rumah dengan

harganya menyamai harga belian.

Mengikut perjanjian tersebut, pelanggan melantik institusi kewangan Islam sebagai rakan

kongsi dan menyumbang sebahagian (katakan 10%) daripada harga belian rumah sebagai

sumbangannya dalam perkongsian tersebut. Institusi kewangan Islam pula menyumbang baki

harga belian (katakan 90%).

Perkongsian akan membeli rumah, hak kepemilikan rumah didaftarkan atas nama pelanggan

(bertindak sebagai agen bagi pihak perkongsian).

Institusi kewangan Islam menyewakan sahamnya dalam rumah tersebut kepada pelanggan

berdasarkan kontrak ijarah. Sewaan bulanan sepanjang tempoh sewaaan akan dirujuk kepada

peratusan saham milik institusi kewangan Islam dalam rumah tersebut. Pada masa yang sama,

pelanggan akan membeli saham institusi kewangan Islam sedikit demi sedikit.

Rajah 7: Mekanisme Musharakah Mutanaqisah

Kesimpulannya, pertama, berbeza dengan institusi kewangan konvensional yang hanya menjadi

pemiutang-penghutang, institusi kewangan Islam boleh bertindak dalam pelbagai bentuk sebagai

mudarib, rabbul mal, wakeel, arranger dan underwriter.. Kedua, kedua-dua pelanggan dan institusi

kewangan Islam boleh saling bantu membantu membuat kebaikan dengan mewujudkan produk

kewangan yang dapat memberi impak ekonomi melalui pembiayaan lunak dan deposit waqaf.

Ketiga, sistem kewangan Islam yang direkabentuk mempunyai ciri kepelbagaian produk dan

seterusnya kepelbagaian pasaran serta institusi yang menawarkannya juga pelbagai. Umumnya,

produk yang terhasil terbahagi kepada dua iaitu produk berasaskan hutang dan ekuiti. Tidak seperti

sistem kewangan konvensional yang membahagikan rekabentuk berdasarkan institusi dan pasaran,

tetapi sistem kewangan Islam menekankan kepada produk yang berasaskan kontrak. Walaupun sistem

kewangan konvensional menekankan sistem kewangan berasaskan pasaran dan sistem kewangan

berasaskan bank dan umumnya, agen ekonomi yang ingin mendapatkan pembiayaan hutang dan

pembiayaan ekuiti dalam bentuk pukal boleh memperolehinya dipasaran modal (maksudnya peranan

sistem kewangan berasaskan pasaran) dan pembiayaan hutang kecil atau pukal dari sistem kewangan

Pelanggan

IKI

b. Musyarakah

Mutanaqisah

90%

c. Rumah

Milik rumah IKI mempunyai caj atas

rumah 10%

(13)

berasaskan bank. Tetapi sistem kewangan Islam samada berasaskan pasaran atau bank, jika melalui

pembiayaan ekuiti, akan turut sama memegang kepentingan ekuiti firma atau terlibat sama dalam

pengurusan.

4.

Perbincangan

Our discussion will be split over two topics: (a) on how to maintain and protect wealth and how this is

legislated and encouraged; (b) aspects which threatens wealth and how this is outlawed and

discouraged.

Jadual 1: Analisis Maqasid Syariah bagi Produk Berstruktur Deposit Murabahah

Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan Ya (√) atau Nota

tidak (x)

Galakan Pelaburan - wang pendeposit diwakilkan kepada bank untuk dilaburkan √

Galakan dagangan - berlaku jual beli komoditi yang akan menghasilkan √

pulangan pelaburan kepada pendeposit

Kepemilikan - pendeposit dibenarkan memiliki wang dan bank Islam dibenarkan √

memiliki komoditi

Sadaqah - kedua-duanya wajib membayar zakat apabila cukup nisab

Ancaman terhadap Kekayaan

Riba x dan √ Jual beli dengan harga tangguh dan jika kelewatan bayaran balik bagi keraguan

Kecurian x dan √ Jika akaun tidak dipisahkan, keuntungan orang lain lain diambil oleh pendeposit

(14)

Jadual 2: Analisis Maqasid Syariah bagi Produk Modal Kerja Mudarabah

Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan Ya (√) atau Nota

tidak (x)

Galakan Pelaburan - bank melaburkan wangnya kepada pelanggan yang √ memerlukan modal kerja

Galakan dagangan - pelanggan pula boleh membeli input untuk pengeluaran √

Kepemilikan - bank yang memiliki wang (modal) dan pelanggan √ memiliki komoditi

Sadaqah - kedua-duanya wajib membayar zakat apabila cukup nisab x

Ancaman terhadap Kekayaan

Riba x

Kecurian √ Input yang dimiliki oleh bank, tetapi disimpan oleh pelanggan

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan √ Ditanggung oleh penjual atau pembeli komoditi (bank Islam boleh menanggung kedua-duannya) (Jika diinsurankan - siapa yang membayar takaful) Larangan sorokan √ Pelanggan menyorok barang (tidak menjual)

(15)

Jadual 3: Analisis Maqasid Syariah bagi Instrumen Sewaan Kereta

Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan

Ya (√) atau

Nota

tidak (x)

Galakan Pelaburan - bank melaburkan wangnya kepada pembelian kereta

Galakan dagangan - wang dipindahkan dalam bentuk kereta

Kepemilikan - bank yang memiliki kereta

Sadaqah - bank wajib membayar zakat apabila cukup nisab

x

Ancaman terhadap Kekayaan

Riba

x

Kecurian

kereta harus ditakafulkan

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan

dibayar oleh pengendali takaful

(Jika diinsurankan - siapa yang membayar takaful)

Larangan sorokan

x

Larangan Penggunaan secara membazir dan tanpa had

x

Jadual 4: Analisis Maqasid Syariah bagi Instrumen Sukuk Musyarakah

Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan Ya (√) atau Nota

tidak (x)

Galakan Pelaburan - rakan kongsi berkongsi modal √ Jika modal berlainan jenis, maka tarikh penandatangan

menjadi tarikh penilaian modal

Galakan dagangan - perkongsian untuk mendapatkan aset (cara belian) √

Kepemilikan - bersama √

Sadaqah - entiti bersama (SPV) yang membayar zakat x

Ancaman terhadap Kekayaan

Riba x

Kecurian √ terhadap aset yang dimiliki

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan √ terhadap aset yang dimiliki (perlu disediakan pelan takaful)

Sorokan x

(16)

Jadual 5: Analisis Maqasid Syariah bagi Instrumen Sukuk Ijarah bagi Inisiatif Pembiayaan Swasta

Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan

Ya (√) atau

Nota

tidak (x)

Galakan Pelaburan - SPV menggunakan dana

pemegang sukuk untuk membeli aset

Galakan dagangan - pembelian aset oleh SPV

Kepemilikan - SPV pemilik aset

Sadaqah - entiti bersama (SPV) yang membayar zakat

x

Ancaman terhadap Kekayaan

Riba

x

Kecurian

x

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan

terhadap aset yang dimiliki

(perlu disediakan pelan takaful)

Sorokan

x

(17)

Jadual 6: Analisis Maqasid Syariah bagi Instrumen Musyarakah Mutanaqisah

Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan

Ya (√) atau

Nota

tidak (x)

Galakan Pelaburan - bank dan pelanggan mengumpulkan modal

bersama untuk melakukan pelaburan

Galakan dagangan - pembelian rumah

Kepemilikan - bersama

Sadaqah - entiti bersama yang membayar zakat

x

Ancaman terhadap Kekayaan

Riba

x

Ada jika ada moritorium, kerana cara pelapuran kaedah terakru

Kecurian

x

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan

terhadap aset yang dimiliki

(perlu disediakan pelan takaful)

Sorokan

x

Penggunaan secara membazir dan tanpa had

x

(penggunaan kos penyelenggaraan akan memberi kesan kepada kos)

5.

Implikasi

Cara pelapuran kewangan mengikut kontrak

Prestasi kewangan

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pengaruh pendapatan pembiayaan mudharabah, musyarakah, murabahah dan ijarah terhadap profititabilitas atau tingkat

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk menganalisis respon dari aset, DPK, NPF dan pembiayaan perbankan syariah akibat shock yang terjadi pada instrumen moneter syariah periode

oleh itu, berdasarkan isu di atas, kajian ini akan menganalisis bagaimana pengurusan perbankan islam di malaysia membuat penentuan tingkat pembiayaan dengan mengambil kira

Dalam kajian ini, terdapat empat hipotesis nol yang diuji: (i) Tidak wujud hubungan yang signifikan antara deposit permintaan perbankan Islam dengan kadar pulangan

Hibah merupakan konsep shariah bersifat sokongan kepada kontrak-kontrak shariah yang utama dalam sistem perbankan Islam di Malaysia Tujuannya antara lain ialah

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui bagaimana pengaruh adanya instrumen moneter syariah maupun non syariah terhadap total pembiayaan yang disalurkan oleh

Berdasarkan hasil penelitian Puteri dkk 2014 yang berjudul pengaruh pembiayaan mudharabah, musyarakah, murabahah, Istishna dan Ijarah terhadap profitabilitas bank umum syariah di

Sebagian besar bank syariah saat ini lebih suka menggunakan akad murabahah, mudharabah, musyarakah dan ijarah dalam produk pembiayaan mereka karena bank syariah masih berorientasi pada bisnis dan umumnya waktunya relatif singkat. Selain itu ketertarikan masyarakat memang kurang pada produk-produk yang berkaitan dengan kurangnya edukasi dan sosialisasi juga bisa menjadi salah satu penyebab kurangnya produk