• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemi njaman bahasa diberikan kepada

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pemi njaman bahasa diberikan kepada "

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN A

Tajuk : Peminjaman Bahasa telah Memperkayakan Bahasa Melayu : Bincangkan secara kritis.

1.0 Pengenalan

Mengikut tinjauan dari aspek etimologi, istilah Melayu merupakan kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini asal usul bahasa Melayu masih tidak dapat dipastikan dengan jelas. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi dan ahli lingustik bagi mendapatkan kesahihan asal usul penutur bahasa Melayu, kajian berterusan secara mendalam berhubung asal usul penutur bahasa Melayu giat dijalankan. Menurut John Carol (1997), bahasa merupakan satu sistem berstruktur daripada vokal dan urutan bunyi yang diguna untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. Dengan kata lain, melalui bahasa manusia dapat berkomunikasi di antara satu sama lain secara berkesan. Selain itu, bahasa juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Ia digunakan sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan. Bahasa juga dapat menyemarakkan semangat cinta akan negara kerana bahasa dikatakan sebagai alat pengantara yang dapat menyampaikan perasaan dan pemikiran sama ada dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat.

(2)

2. Definisi Peminjaman Bahasa

Peminjaman bahasa merupakan satu proses di mana satu bahasa meminjam kata-kata atau istilah daripada satu bahasa yang lain untuk kepentingan tertentu kepada masyarakat yang meminjam bahasa tersebut. Terdapat tujuh jenis peminjaman iaitu peminjaman tulen, peminjaman maksud, peminjaman kacukan, peminjaman pemerian, peminjaman berpindah, peminjaman dialek dan peminjaman kuno.

Peminjaman tulen adalah peminjaman yang dilakukan secara penuh daripada sesuatu bahasa asing seperti perkataan polis yang diambil terus daripada bahasa Inggeris iaitu police. Manakala peminjaman maksud pula adalah kata-kata yang berasal daripada bahasa asing yang diberi maksud baru dalam bahasa Melayu seperti plantation (bahasa Inggeris) dan ladang (bahasa Melayu). Peminjaman kacukan berlaku bila ciri-ciri budaya asing yang ada persamaan dengan budaya sedia ada dalam bahasa Melayu seperti cuba dari terai. Peminjaman pemerian adalah kata-kata bahasa Melayu yang sedia ada digunakan untuk mengisi kekosongan kerana terdapat kata daripada budaya asing sukar digantikan dengan kata dalam bahasa Melayu seperti kapal terbang. Peminjaman berpindah pula berlaku disebabkan bunyi-bunyi kata yang dipinjam menyebabkan maksud kata yang pertama berpindah kepada maksud kata yang kedua seperti kata vowel (bahasa Melayu) bermaksud bahagian tertentu di rongga tekak. Kata vowel digunakan dalam bahasa Melayu sebagai vokal walaupun kedua kata vowel dan vokal mempunyai makna yang berbeza. Seterusnya peminjaman dialek dilakukan daripada dialek Kedah, Perak ataupun Kelantan. Peminjaman kuno pula dianggap sebagai menghidupkan semula kata-kata lama untuk memenuhi keperluan pada zaman moden seperti dermaga.

3. Bagaimana Peminjaman daripada bahasa-bahasa lain dilakukan dan apakah yang dipinjam? Berikan contoh.

(3)

Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Arab ialah dari segi kosa kata, struktur ayat dan juga sistem bunyi. Imbuhan Arab-Parsi yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu ialah : -bi, -i, -wi, -iah, -in, -at dan –ah. Contohnya seperti perkataan syarat dan tahniah.

Seterusnya kehadiran penjajah Barat juga memaksa bahasa Melayu menerima kosa kata bahasa-bahasa dari Eropah. Bahasa-bahasa itu ialah bahasa Portugis, bahasa Belanda, dan bahasa Inggeris. Namun, kosa kata bahasa Inggeris lebih mempengaruhi bahasa Melayu kerana pembudayaan yang mendalam melalui sistem pendidikan, tempoh penjajahan yang panjang semenjak pendudukan di Pulau Pinang hingga Malaysia mencapai kemerdekaan, dan penerimaan aspek dan bidang moden yang diasaskan oleh tamadun Barat yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Selain itu peminjaman bahasa asing juga melibatkan bahasa Cina. Hampir sebahagian besar perkataan yang dipinjam dalam bahasa Cina berasal daripada bahasa Hokkien. Hal ini terjadi berdasarkan faktor sejarah di mana orang-orang Hokkienlah yang mula-mula sekali datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini dan pergaulan dengan orang Cina khususnya melalui perniagaan di Semenanjung Tanah Melayu semenjak pendudukan Inggeris di Pulau Pinang dan penubuhan Negeri-Negeri Selat. Antara perkataan yang dipinjam dalam bahasa Hokkien adalah berkaitan dengan makanan, pakaian dan kata-kata lain yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti laici, bihun, cincau, kekwa, tocang, tanglung, dacing dan teko.

Bahkan dikatakan juga bahawa bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada bahasa Nusantara, iaitu bahasa Jawa, bahasa Sunda, bahasa Bugis, bahasa Sumatera, dan lain-lain lagi. Pengaruh bahasa Jawa terhadap bahasa Melayu menjadi semakin dominan pada zaman kerajaan Majapahit yang menjadikan bahasa Jawa sebagai teras perkhidmatannya. Pada zaman Melayu Klasik, bahasa Jawa bukan sahaja mempengaruhi kosa kata bahasa Melayu tetapi turut mempengaruhi aspek tulisan. Penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu berlaku melalui beberapa saluran termasuklah dalam kesusasteraan Jawa dalam bentuk cerita-cerita panji dan juga melalui pengaruh interaksi sosial dan ekonomi.

(4)

Melayu terdiri daripada tiga kumpulan utama, iaitu Sanskrit, Arab dan Inggeris. Walaupun begitu, bahasa sumber ini boleh dilihat dengan lebih luas berdasarkan kelompok-kelompok:

(a) Bahasa India – Sanskrit, Tamil, dan Hindustani (b) Bahasa Tanah Arab – Arab, dan Farsi

(c) Bahasa Nusantara – Jawa, Sunda, Bugis, Sumatera, dan sebagainya (d) Bahasa Cina,

(e) Bahasa Eropah – Portugis, Belanda, dan Inggeris, (f) Bahasa lain di Asia Tenggara – Siam, dan lain-lain.

Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa lain akan mengakibatkan perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau sintaksis. Dalam bahasa Melayu perubahan fonologi berlaku apabila bahasa Melayu bertembung dengan bahasa Arab dan Inggeris. Menurut Hashim (1993) dan Abdullah (2006), peminjaman bahasa akan mengakibatkan perubahan bunyi (fonologi), bentuk kata (morfologi) dan bentuk ayat (sintaksis). Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu 6 vokal, 3 diftong, dan 18 konsonan. Beberapa bunyi konsonan yang dipinjam adalah daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris.

3.1 Bahasa Sanskrit

(a) Pinjaman Bunyi: sy – syurga, sw – swasta (b) Pinjaman Kata Dasar

Perkataan bahasa Sanskrit yang disenaraikan oleh Za’ba tidak kurang daripada 388 patah, tetapi yang digunakan tidak lebih daripada 200 patah sahaja, melibatkan sekurang-kurangnya 14 bidang.

(i) Tubuh manusia - anggota, bahu, kepala, lidah, nadi, nama, roma, rupa, sendi

(ii) Waktu - bila, dewasa, dinihari, hari, kala, kali, ketika, masa, purnama, pertama, sedia (iii) Barang dagangan dan perniagaan - angka, arang gula, bahara, benda, cendana, gaharu

(5)

(v) Barang dan perkakas - bangsi, catur, cerana, genta, gergaji, jala, jentera, judi, kecapi, kendi

(vi) Pergaulan dan persaudaraan - ayah, bangsa, baya, belia, dara, isteri, keluangsa, keluarga,

(vii) Berkenaan bintang dan awang-awangan - angkasa, bima sakti, buana, cahaya, cakerawala

(viii) Binatang - biri-biri, cenderawasih, cerpelai, cintamani, gagak, gajah, gembala, geroda

(c) Pinjaman Imbuhan

Imbuhan yang dipinjam berbentuk awalan dan akhiran kata nama.

(i) Awalan : eka- (“satu”) : ekabahasa; ekabunyi; ekasuku; ekawarna

(ii) Akhiran : -man : budiman; seniman;

3.2 Bahasa Arab

(a) Pinjaman Bunyi : kh - khairat, bakhil, fasakh, gh - ghaib, maghrib, baligh , sy - syarikat, masygul, Quraisy

(b) Pinjaman Kata Dasar

(i) Agama - syahadat, syaitan, syarat, syariah, syariat, taat, tahlil, takdir, umrah, wali, wuduk, (ii) Ilmu - ahad, ahli, ahmak, alim, arif, falak, falsafah, fasal, fatwa, hadis, hafaz, hakim, hikayat (iii) Fikiran dan perasaan - aib, ajaib, akal, akhir, am, aman, asyik, awal, bahas, dahsyat, faham, (iv) Hukuman dan peraturan - adi , amir, baitulmal, daerah, daftar, dakwa, had, hakim, hukum, (v) Benda-benda kejadian dan perbuatan - insan, jati, jubah, kawat, kopiah, kuat, kubah, layak (vi) Adat dan pergaulan manusia - muhrim, musafir, musibat, nafkah, nasab, nazar, nazir, nikah,

(c) Pinjaman Imbuhan

Pinjaman imbuhan daripada bahasa Arab juga tidak produktif, dan hanya berbentuk akhiran.

(6)

3.3 Bahasa Inggeris

(a) Pinjaman Bunyi : f - filem, focus, v- vokal, variasi , novel, sy – syif, z - zoo, zink

(b) Pinjaman Kata Dasar - aiskrim, bank, bas, basikal, bee , beg, besen, bikin, bil, biskut, botol, brek, buku, coklat

(c) Pinjaman Imbuhan

Imbuhan daripada bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu meliputi awalan dan akhiran.

(i) Awalan : supra- (“atasan”; “tinggi”) : suprakebangsaan; supranasional; suprasegmental ultra- (“keterlaluan”; “terlampau”) : ultralembayung; ultramerah; ultraungu

(ii) Akhiran : -is (“ahli”) : artis; cerpenis; kartunis; novelis; sosialis, -isme

3.4 Bahasa Jawa (a) Pinjaman Imbuhan

Imbuhan bahasa Jawa tidak produktif, ianya digunakan dalam awalan sahaja seperti tata-(peraturan) : tatabahasa, tatacara, tatasusila, tatatertib

Bahasa Melayu juga meminjam bahasa-bahasa lain untuk memperkayakannya. Antaranya ialah bahasa Tamil, Hindustan, Parsi, Thai, Siam dan Jepun. Contoh-contoh perkataan pinjaman daripada bahasa lain ialah seperti berikut:

3.5 Bahasa Tamil

(7)

kekeluargaan iaitu berkaitan dengan orang-orang India dan Hindi yang datang berniaga ke Tanah Melayu. Antara perkataan yang dipinjam adalah apam, bagaimana,bapa, keldai, asmi, kuil guni, peti, pili

3.6 Bahasa Jepun

Terdapat sebilangan kecil sahaja perkataan dari bahasa Jepun dipinjam untuk memperkayakan bahasa Melayu iaitu sejumlah 16 perkataan yang dipinjam dan ditulis dalam Kamus Dewan. Kebanyakan perkataan yang dipinjam adalah perkataan yang digunakan pada zaman pendudukan Jepun di mana membawa maksud benda-benda tradisi dan moden dari Jepun. Ada di antara perkataan yang dipinjam ini jarang digunakan. Contoh perkataan Jepun yang dipinjam adalah ginko, kimono, samurai, syogun, taiso, dan takeyari.

3.7 Bahasa Hindustan : boria, basi, baldi, dunia, kubis 3.8 Bahasa Siam : kop, makyung, menorah, perai, senarai

Sesungguhnya peminjaman bahasa telah memperkayakan Bahasa Melayu. Menurut kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu dari Hotel York di Singapura pada 17-18 Julai 1998, menyatakan bahawa terdapat sejumlah 3.5% bahasa asing yang telah dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu. Manakala proses peminjaman leksikal berlaku pada setiap bahasa ketika pertembungan beberapa bangsa melalui proses globalisasi. Contohnya terdapat 65% dari bahasa Inggeris mengandungi asal-usul bahasa Latin, Greek dan lain-lain. Secara tidak disedari peminjaman bahasa telah memperkayakan bahasa Melayu. Proses peminjaman ini juga membawa perubahan tamadun Melayu. Kebanyakkan penutur tidak menyedari bahawa perkataan yang dipinjam telah digunakan dalam kehidupan seharian iaitu dalam pendidikan, pengajian tinggi dan media massa.

4. Bukti peminjaman daripada bahasa-bahasa lain juga boleh menjejaskan Bahasa Melayu

(8)

lain. Sebaliknya, Za’ba beranggapan bahawa menggunakan perkataan daripada bahasa asing dengan sengaja atau dipaksa-paksa dapat menimbulkan kerugian, kerana akan memburukkan rupa dan bunyi bahasa Melayu, dan membanyakkan perkataan yang tidak akan difahami oleh pembaca. Kemungkinan besar terjadinya pencemaran bahasa. Hal ini terjadi sekiranya peminjaman dibuat sesuka hati.

Salah satu kesan daripada peminjaman bahasa asing ialah hilangnya identiti bahasa Melayu itu sendiri. Penggunaan bahasa asing akan mencemari martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu akan menghilangkan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lama kelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dan digantikan dengan ciri-ciri bahasa lain. Lantaran itu, bahasa Melayu akan menjadi bahasa rojak dan kemudiannya akan melucutkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Selain itu, peminjaman bahasa asing juga akan menyebabkan struktur ayat dalam bahasa Melayu akan terganggu. Unsur asing dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu bahasa terutama apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa peminjam. Peminjaan perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebih-lebihan akan mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu sendiri. Di samping itu struktur ayat akan terganggu di mana akan bercampuraduk dengan bahasa asing yang tidak betul dari segi tatabahasa.

Penggunaan bahasa slanga yang sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok social tertentu untuk tujuan berkomunikasi. Kata-kata slanga ini biasanya diambil daripada kata-kata biasa dan diberi erti tertentu sehingga orang bukan ahli kumpulan tersebut tidak akan memahaminya. Sebagai contoh: Fulamak, lagu baru Ramli Sarip mantaplah brader.

5. Penutup

(9)

bahasa berlaku maka perubahan akan berlaku dari sudut linguistik iaitu yang bersifat sistematik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Maka, peminjaman kata memberi impak kepada masyarakat yang mana ianya memperkayakan bahasa dan memperkemaskan sistem komunikasi kebahasaan. Oleh yang demikian, memandangkan begitu banyaknya perkataan bahasa asing yang masuk ke dalam bahasa Melayu, maka secara langsung atau tidak langsung ia bukan sahaja memperkayakan khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu, malah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekaligus sebagai bahasa lingua franca di Nusantara.

(10)

TAJUK :

Memartabatkan Bahasa Melayu untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia: Bincangkan.

1.0 Pengenalan

Bahasa ialah alat perhubungan penting dalam kehidupan manusia. Melaluinya manusia boleh berkomunikasi dalam menyampaikan kehendak, keinginan, emosi, pendapat, pengalaman, pengetahuan, gagasan, mendapatkan maklumat, memahami orang lain dan juga menambah ilmu pengetahuan. Semakin luas bahasa digunakan maka semakin banyak pula pengguna dan penuturnya. Dengan demikian bahasa itu merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa (Kamaruddin Hj Hussin: 1). Bahasa Melayu dikatakan merupakan enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi malahan mampu hidup untuk selama-lamanya terutama jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa bertaraf dunai satu ketika dahulu seperti bahasa Inggeris sekarang. Walaupun keadaannya berbeza sekarang, bahasa itu akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan Negara. Sehinggakan ada anggaran yang mengatakan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

(11)

2.0 Usaha-usaha memartabatkan Bahasa Melayu

Proses memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses yang dijalankan secara berterusan. Beberapa usaha telah dilaksanakan ke arah memantapkan bahasa Melayu dari sudut system ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2004) menyatakan bahawa pemantapan system bahasa dalam hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, tetapi proses ini masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Dalam memartabatkan Bahasa Melayu peranan Dewan Bahasa dan Pustaka amat dititikberatkan. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya.

Di antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah menaiktaraf kelulusan guru-guru bahasa Melayu. Pihak Kementerian Pendidikan seharusnya menyediakan lebih banyak peluang melanjutkan pelajaran bagi guru-guru yang belum mempunyai ijazah pertama. Hal ini sedemikian dapat membantu perkembangan potensi diri guru-guru dan memperoleh ilmu yang lebih mendalam daripada tenaga pengajar yang sememangnya mahir dalam bidang bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan juga sewajarnya memberikan latihan dan kursus kepada guru-guru untuk memperdalam bahasa Melayu supaya guru-guru-guru-guru tersebut dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka peroleh kepada para pelajar. Segala usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ini banyak bergantung kepada kepakaran golongan pendidik dalam menurunkan ilmu yang betul kepada golongan pelajar.

(12)

masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.

Di samping itu peranan sektor swasta juga diperlukan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Sebagai contoh, lebih banyak kegiatan dan aktiviti penganjuran bahasa di luar Negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk barangan dan perkhidmatan di pasaran secara terancang telah memberi pulangan memberangsangkan kepada perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, sains dan teknologi. Ini akan terlaksana jika papan tanda dan iklan menggunakan kata-kata bahasa Melayu dengan betul. Secara tidak langsung cara ini dapat mendaulat dan memartabatkan bahasa Melayu di pentas dunia.

Seterusnya, usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah menambah buku-buku ilmiah dan buku-buku rujukan dalam bahasa Melayu. Masalah yang dihadapi oleh golongan pelajar maupun pendidik dewasa ini ialah kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar. Para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.

3. Halangan-halangan Untuk Memartabatkan Bahasa Melayu

Banyak usaha telah dijalankan untuk memartabatkan Bahasa Melayu namun usaha-usaha yang diberikan itu masih belum mencukupi. Banyak halangan atau kekangan yang dihadapi dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu.

(13)

sebagai bahasa ilmu. Di Institut Pengajian Tinggi berlaku apabila 600 lesen diluluskan kepada pihak swasta untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamanya, akta yang sama memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya.

Seterusnya melalui konteks globalisasi, ancaman bahasa Inggeris terhadap bahasa Melayu adalah kenyataan. Kini hampir 600 buah institur pengajian tinggi swasta di negara ini mengamalkan dasar berkembar dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahaga pengantar dan juga sebagai strategi menjadikan Negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Kepesatan ekonomi yang memberangsangkan turut melonjakkan bahasa Inggeris sebagai lingua franca golongan elit dan sektor swasta.

Mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam situasi formal sehingga terbit bahasa rojak turut menjadi penyumbang kepada halangan memartabatkan bahasa Melayu. Situasi ini sering terjadi dan berlaku melalui rancangan televisyen seperti drama-drama tempatan, rancangan temubual atau wawancara dan sebagainya dalam siaran televisyen swasta. Oleh itu wajar rasanya pihak media disalahkan kerana membenarkan perkara ini berlaku.

Selain itu adalah pengaruh bahasa slanga. Kekacauan bahasa sering kali berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam berkomunikasi. Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa ini sering digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan melepak, atau pelajar universiti. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai.

(14)

pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar. Dasar mempercayai budaya orang luar telah menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia. Para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.

4. Penutup

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini untuk menganalisis pengaruh faktor predisposisi (umur, pendidikan, pekerjaan, pengetahuan, sikap), faktor pemungkin (pendapatan, dukungan suami,

Akad Wakalah : Akad wakalah tertanggal 1 Mei 2007, yang dibuat dibawah tangan, bermaterai cukup, berikut segala perubahan dan penambahannya dimana Perseroan bertindak sebagai

Pengujian dan pengamatan yang dilakukan penulis merupakan pengujian dan pengamatan yang dilakukan terhadap perangkat keras dan perangkat lunak dari sistem secara keseluruhan

[r]

Model ANFIS dan model FTS yang memiliki AFER terkecil selanjutnya digunakan untuk meramalkan kunjungan wisatawan Australia ke Bali pada periode Januari 2013 – Desember

Adapun untuk kredit UMKM pada bank umum, hingga triwulan II-2011, kredit yang disalurkan tercatat sebesar Rp1.72 triliun atau mengambil pangsa sebesar 41,56% dari total

Perbedaan hasil belajar antara kelas eksperimen dan kelas kontrol disebabkan karena kelas eksperimen menggunakan pendekatan kontekstual berbasis learning community, dimana

Dari Tabel 13 dan Tabel 15 dapat disimpulkan bahwa Tingkat Partisipasi Sekolah di Propinsi Jawa Timur Wilayah Kota status belum / tidak pernah bersekolah mengalami penurunan