• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH IBN KHALDUN: SATU PERBAHASAN RINGKAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH IBN KHALDUN: SATU PERBAHASAN RINGKAS"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

506

TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH IBN KHALDUN: SATU PERBAHASAN RINGKAS

Rushda Amirah Binti Ishaki & Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razaliii

i (Corresponding author). Calon Sarjana, Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia.

rushdamirah@raudah.usim.edu.my

ii Pengarah, Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia. wmfazrul@usim.edu.my

Abstrak

Ibn Khaldun merupakan sejarawan dan ahli sosiologi Islam yang telah mendapat pengiktirafan dunia Islam dan Barat. Menerusi kitab Muqaddimah, beliau membentangkan sejarah bangsa Arab, Ajam dan Barbar, termasuk penelitian mengenai beberapa firāq Islam seperti Muktazilah, Al-Ashʿariyyah dan Syiah. Ibn Khaldun mengkhususkan sebuah subtopik bertajuk Mazhab Syiah mengenai Imamah di bawah bab atau fasal yang ketiga dalam Muqaddimah untuk menjelaskan mengenai Syiah. Makalah ini membentangkan beberapa pandangan Ibn Khaldun mengenai Syiah seperti yang terkandung dalam Muqaddimah. Melalui kaedah kajian kualitatif iaitu kajian kandungan secara semantik ke atas kitab Muqaddimah Ibn Khaldun (1984) mengenai Syiah, terdapat empat tema utama mengenai Syiah yang dapat dibincangkan dalam makalah ini. Empat tema utama mengenai Syiah ini adalah seperti berikut: pertama, definisi Syiah. Kedua, kategori teks (Nusus) dalam Syiah. Ketiga, Imamah. Dan keempat, pecahan kumpulan dalam Syiah. Makalah ini menghuraikan dan menganalisis keempat-empat tema tadi dengan pandangan-pandangan daripada para ulama firāq Ahli Sunnah Waljamaah seperti al-Ashāʿirah, al-Shahrastanī dan Muḥammad Abū Zahrah. Terdapat beberapa kritikan yang telah diberikan oleh Ibn Khaldun kepada pandangan-pandangan Syiah mengenai isu kepemimpinan yang wajar diambil iktibar dan teladan kepada para peneliti moden mengenai kajian firāq Islamiyyah.

Kata kunci: Ibn Khaldun, Muqaddimah, firāq, Syiah, Imamah.

PENDAHULUAN

Nama Ibn Khaldun bukanlah satu nama yang asing dalam tradisi keilmuan Islam mahupun Barat. Nama tokoh ini dan karya penulisannya telah menjadi rujukan serta kajian oleh ilmuwan pelbagai bidang kepakaran termasuk bidang kajian Ilmu Agama. Ibn Khaldun (732H-808H) atau nama penuh beliau ialah al-ʿAllāmah Walī al-Dīn Abū Zayd ʿAbd al-Raḥmān Ibn Muḥammad Ibn Khaldūn al-Tūnisī al-Haḍramī (Enan, 2007,

(2)

507

p. 4; Razali, 2018, p. 2; Alatas, 2011, p. 12; Ibn Khaldūn, 1984, p. 5) telah dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadhan 732H/ 27 Mei 1332M dan meninggal dunia pada 26 Ramadhan 808H/ 16 Mac 1406M (Enan, 2007, pp. 4, 72; Razali, 2018, pp. 3-4; Mahdi, 2014, p. 11). Beliau disemadikan di Perkuburan Sufi di luar Bāb al-Naṣr di Kaherah, Mesir (Enan, 2007, p. 83; Swiney, 2015, p. 2).

Nama Ibn Khaldun masyhur melalui magnum opusnya iaitu Muqaddimah yang telah banyak memberikan sumbangan kepada sejarah peradaban bangsa Arab, Ajam dan Barbar sehinggakan Nathaniel Schmidt menggelarkan beliau sebagai Sejarawan, Ahli Sosiologi dan Ahli Falsafah (Enan, 2007, p. 129; Schmidt & Smith, 1931, p. 594).

Muqaddimah merupakan jilid pertama atau pengenalan kepada Kitāb ʿIbar wa Diwān al-Mubtadā wa al-Khabar fi Ayyām al-ʿArab wa al-ʿAjam wa al-Barbar wa Man ʿĀṣarahum min Dhawī al-Sulṭān al-Akbar atau Tarīkh Ibn al-Khaldūn. Ketelitian dan keintelektualan Ibn

Khaldun jelas diperlihatkan melalui kandungan dan garapan beliau mengenai sejarah bangsa Arab, Ajam dan Barbar yang ditulis dengan begitu sistematik. Hal ini diakui oleh Arnold Toynbee, seorang orientalis dan pakar sejarah yang menyifatkan Ibn Khaldun sebagai seorang genius yang cemerlang dalam bidang kajian morfologi sejarah (Toynbee, 1988, p. 490).

Antara kandungan Muqaddimah yang menarik minat penulis adalah pandangan Ibn Khaldun mengenai firāq Islamiyyah atau kumpulan-kumpulan dalam Islam seperti al-Asyaʿirah, al-Muktazilah, al-Khawarij dan Syiah. Di dalam bab atau fasal ketiga

Muqaddimah yang bertajuk Faṣl Thālith min Kitāb fi Duwal wa Muluk wa al-Khilāfah wa al-Marātib al-Sulṭāniyyah atau Dinasti, Raja, Khalifah, Pangkat dan Pemerintahan,

Ibn Khaldun mengkhususkan satu subtopik membincangkan mengenai Syiah. Subtopik tersebut merupakan subtopik yang ke-27 bertajuk Faṣl fi Madhāhib al-Syīʿah fi Hukm

al-Imāmah atau Mazhab Syiah Mengenai Imamah. Oleh itu, makalah ini memfokuskan huraian

tema-tema yang dapat dikeluarkan mengenai Syiah khususnya Imamah menurut pandangan Ibn Khaldun berdasarkan subtopik yang ke-27 tersebut. Huraian tema-tema tersebut disokong berdasarkan karya penulisan ulama firāq Ahli Sunnah Waljamaah yang menukilkan Syiah dalam penulisan mereka seperti al-Ashāʿirah, al-Shahrastanī dan Muḥammad Abū Zahrah.

METODOLOGI

Makalah ini secara asasnya menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan secara semantik melibatkan penggunaan sumber pertama dan sumber kedua. Sumber pertama bagi makalah ini ialah al-Qur’an al-Karīm, al-Hadith al-Sharīf dan karya penulisan Ibn Khaldun iaitu Muqaddimah. Manakala sumber kedua merupakan buku, jurnal

(3)

508

akademik, artikel dan kajian tesis lepas yang berkaitan dengan Syiah. Kedua-dua sumber ini merupakan sumber yang penting bagi mengumpulkan maklumat dan pemahaman mengenai isu Syiah khususnya Imamah. Makalah ini juga akan menggunakan kaedah analisis deskriptif untuk menganalisis fakta yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun melalui kaca mata sarjana Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah. Oleh itu, kaedah ini digunakan bagi mendapatkan penjelasan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai mazhab Syiah.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Perbincangan mengenai firāq dalam Islam bukanlah satu perbincangan baru mahupun lapuk kerana pengetahuan yang jelas mengenai firāq Islamiyyah mampu memberikan gambaran yang jelas mengenai akidah yang benar menurut Islam, sekaligus memelihara akidah seorang muslim daripada jauh terpesong. Justeru, perbincangan mengenai firāq

Islamiyyah dibincangkan secara terperinci oleh ulama Ahli Sunnah Waljamaah

khususnya dalam bidang akidah dan Ibn Khaldun tidak terkecuali dalam membincangkan perkara ini dalam Muqaddimah beliau.

Namun demikian, makalah ini hanya menumpukan perbincangan ke atas mazhab Syiah dan konsep Imamah daripada sudut pandang Ibn Khaldun. Seperti yang disebut pada bahagian pengenalan, Ibn Khaldun mengkhususkan satu subtopik membincangkan mengenai Syiah. Subtopik tersebut merupakan subtopik yang ke-27 bertajuk Faṣl fi Madhāhib al-Syīʿah fi Hukm al-Imāmah atau Mazhab Syiah Mengenai Imamah. Berdasarkan analisis terhadap subtopik tersebut, terdapat empat tema yang dapat dikeluarkan iaitu pertama, definisi Syiah. Kedua, kategori teks (Nusus) dalam Syiah. Ketiga, Imamah. Dan keempat, pecahan kumpulan dalam Syiah.

Tema Pertama: Definisi Syiah

Ibn Khaldun mendefinisikan Syiah kepada dua kategori iaitu etimologi dan terminologi. Menurut bahasa, Syiah bererti sahabat dan pengikut. Manakala menurut istilah fuqaha dan mutakallimin samada klasik (salaf) dan kontemporari (khalaf), Syiah adalah pengikut Ali bin Abi Talib dan putera-puteranya (Ibn Khaldūn, 1984, p. 250; Ibn Khaldun, 2002, p. 209). Definisi Syiah daripada sudut bahasa atau etimologi umumnya tiada percanggahan dan disepakati oleh Sunni dan Syiah dengan menyebut erti Syiah sebagai kumpulan, partisan, pengikut, penyokong, penolong dan pencinta (Ṭabāṭabā'ī, 2010, p. xlii; Nanji & Daftary, 2007, p. 1; Almaany.com, 2020; Teh, as-Saadi, & al-Athrasy, 2012, pp. 4-5; Izzah, 2008, pp. 11).

(4)

509

Daripada segi terminologi pula, pendapat Ibn Khaldun juga dipersetujui oleh ulama Sunni dan Syiah. Antaranya al-Shahrastānī menyebut Syiah sebagai golongan yang memberi penghormatan kepada Ali secara khusus, dan mereka mengatakan pelantikan Ali sebagai imam berdasarkan dalil nas dan wasiat Rasulullah samada secara eksplisit (jaliy) atau implisit (khafiy). Dan mereka percaya bahawa imamah tidak berpindah kepimpinan kepada selain daripada keturunan Ali kerana sekiranya berlaku demikian, ia merupakan satu kezaliman daripada pihak yang menerima kepimpianna itu atau sebagai taqiyyah daripada keturunan Ali (al-Shahrastānī, 1992, p. 144; Teh, as-Saadi, & al-Athrasy, 2012, p. 6). Pernyataan ini disokong oleh Ṭabāṭabā'ī dan artikel daripada The Institute of Ismaili Studies (Ṭabāṭabā'ī, 2010, p. xlii; Nanji & Daftary, 2007, p. 1) sekaligus menjadikan tiada percanggahan daripada segi etimologi mahupun terminologi dalam mendefinisikan Syiah.

Tema Kedua: Kategori Teks (Nusus) dalam Syiah

Bagi tema kedua ini, kategori teks yang dimaksudkan adalah dalil-dalil yang dikemukakan oleh Syiah dalam pelantikan Ali sebagai imam atau khalifah selepas kewafatan Rasulullah serta pewaris selepasnya. Ibn Khaldun menjelaskan bahawa Syiah membawa bukti teks-teks hadis dan al-quran yang telah dikutip dan ditakwil oleh mereka sesuai dengan keinginan mereka. Teks-teks tersebut tidak dikenali oleh ulama Ahli Sunnah Waljamaah bahkan tidak terdapat dalam kitab-kitab hadis yang sebahagian besarnya berstatus palsu dan terdapat cela dalam sanadnya (Ibn Khaldūn, 1984; Ibn Khaldun, 2002; Kadir, 2014, p. 3).

Menurut Ibn Khaldun lagi, Syiah membahagikan teks tersebut kepada dua kategori iaitu eksplisit atau tersurat (jaliy) dan implisit atau tersirat (khafiy) (Ibn Khaldūn, 1984, p. 250; Ibn Khaldun, 2002, p. 209; Kadir, 2014, p. 3). Antara contoh teks eksplisit menurut Syiah yang diambil berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

.هلاوم ٌّيِلَعَ ف ُهَلاْوَم ُتْنُك ْنَم

“Barangsiapa menganggap aku sebagai Mawla-nya, maka Ali adalah Mawla-nya”.

Menurut Syiah, penguasaan hanya diserahkan kepada Ali. Oleh yang demikian, Umar berkata kepada Ali, “Kamu telah menjadi ketua bagi setiap mukmim lelaki dan perempuan”. Dan contoh yang lainnya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ali bertugas

memutuskan hukum kepada kalian”.

Berdasarkan dua dalil eksplisit ini, Imamah bermaksud melaksanakan hukum-hukum Allah yang merujuk kepada ūlī al-amr yang wajib ditaati segala perintahnya (Ibn

(5)

510

Khaldūn, 1984, p. 250; Ibn Khaldun, 2002, pp. 209-210) berdasarkan firman Allah SWT (Al-Qur’an. Al-Nisā’. 4:59): : ۡمُتۡعَزََّٰنَت ن�إَف �ۡمُكن�م �ر ۡمَ ۡ�ٱ ي�لْوُأ َو َلوُسارلٱ ْاوُعي�طَأ َو َ اللَّٱ ْاوُعي�طَأ ْا ٓوُنَماَء َني�ذالٱ اَه�يَأََّٰٓي �اللَّٱ ىَل�إ ُهو�دُرَف ٖء ۡيَش ي�ف � إ �لوُسارلٱَو ً�ي�وۡأَت ُنَسۡحَأ َو ٞرۡيَخ َك�لََّٰذ �ر ��خٓ ۡ�ٱ �م ۡوَيۡلٱَو �اللَّٱ�ب َنوُن�م ۡؤُت ۡمُتنُك ن 9

Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah

kamu kepada Rasulullah dan kepada " ūlī al-amr" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-quran) dan (sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Manakala teks implisit yang menunjukkan pelantikan Ali sebagai imam atau khalifah pula apabila Ali diutuskan semula oleh Rasulullah SAW untuk membacakan surah Baraah selepas Abu Bakar membaca surah tersebut. Hal ini kerana baginda menerima wahyu memerintahkan supaya Rasulullah mengutuskan seorang lelaki dalam kalangan keluarga atau suku baginda. Ekoran daripada ini mereka mendakwa Ali lebih layak menjadi imam berbanding Abu Bakar dan belum pernah terjadi Rasulullah mendahulukan orang lain berbanding Ali. Namun, terdapat juga teks lain yang tidak masyhur dan sukar difahami (Ibn Khaldūn, 1984, pp. 250-251; Ibn Khaldun, 2002, p. 210).

Tema Ketiga: Imamah

Secara keseluruhan daripada subtopik yang ke-27, dapat dikeluarkan tiga isu penting mengenai Imamah. Pertama, Ali dilantik oleh Rasulullah menjadi imam selepas kewafatan baginda. Kedua, Syiah berbeza pandangan mengenai status Ali sebagai imam. Dan ketiga, Syiah berbeza pandangan mengenai pewaris imam selepas Ali. Secara umumnya, Syiah bersepakat bahawa imamah bukan termasuk kepentingan umum yang pemilihannya ditentukan oleh pandangan umum dan pelaksanaanya dipilih atas kehendak mereka.

Hal ini kerana, Imamah merupakan rukun dan ajaran dalam Islam, dan seorang nabi tidak boleh mengambil mudah dan menyerahkannya kepada ummah sebaliknya wajib ke atas nabi menentukan seorang imam yang akan menjadi pemimpin mereka. Syiah menggariskan bahawa seorang imam mestilah maksum atau terbebas daripada dosa besar dan kecil. Dan mereka menyatakan Ali telah dipilih oleh Rasulullah sebagai imam berdasarkan dua jenis dalil yang telah dibincangkan pada tema kedua.

Namun demikian, terdapat sebahagian daripada golongan Syiah yang ekstrim dalam mengagungkan Ali sehingga menolak Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah,

(6)

511

menganggap Ali sebagai nabi bahkan setaraf dengan tuhan. Dan ada yang menyebut imam mereka sebagai manusia yang memiliki sifat tuhan atau tuhan dalam bentuk jelmaan manusia. Pendapat mereka ini menyerupai kepercayaan Kristian terhadap nabi Isa (Ibn Khaldūn, 1984, p. 251). Ini merupakan isu pertama dan kedua yang dapat dilihat mengenai imamah. Hal ini juga disokong oleh Jād al-Haq Ali Jād al-Haq dan Hasanain Muhammad Makhlūf yang menyebut antara perkara usul al-Imāmiyyah adalah mengkafirkan sahabat dan mencaci mereka khususnya Abu Bakar dan Umar. Hal ini juga turut disebut oleh Muhibbuddin al-Khatib sebagai perasaan benci dan dendam yang tidak berkesudahan (Ahmad, 2017, pp. 26, 31; al-Khatib, 1980, p. 19).

Al-Ashʿariyyah berpendapat bahawa Imamah adalah wajib berdasarkan syarak dan menegaskan ke atas perkara ini, al-Baghdādī mengatakan bahawa adalah wajib menentukan imam pada setiap keadaan yang tidak memiliki imam yang jelas, dan sekiranya dilihat jelas maka wajib mentaatinya. Manakala, al-Jūwainī mengatakan Imamah bukanlah ketetapan dalam akidah tetapi merupakan sepenuhnya amanat umum (Marjūnī, 2014, p. 388). Selain itu, penggunaan kata imam hanya digunakan oleh Syiah dan tidak dijumpai penggunaan istilah tersebut oleh Ahli Sunnah Waljamaah kerana istilah imam adalah lebih umum berbanding khalifah dan syiah berpendapat sebaliknya (al-Taftazani, 2017, pp. 258-259).

Merujuk kepada isu khalifah diwasiatkan secara naṣ kepada Ali merupakan sebuah penyelewengan Syiah daripada sudut akidah kerana tidak terdapat naṣ al-quran mahupun hadis sahih yang jelas mengenai kekhalifahan Ali selepas kewafatan Rasulullah. Seterusnya kepercayaan mereka terhadap kemaksuman imam mereka yakni sunyi daripada dosa besar dan kecil serta tidak lupa juga menyimpang jauh daripada pegangan akidah yang benar (Mas'od, 2015, pp. 136-137). Menjawab kepada pelantikan imam adalah wajib daripada kalangan Syiah, al-Taftazani menggariskan beberapa syarat yang mesti ada pada seorang imam seperti berikut (al-Taftazani, 2017, pp. 259-264):

1. Imam mestilah nyata zahir di sisi orang ramai. 2. Imam mestilah tidak tersembunyi.

3. Iman mestilah tidak ditunggu-tunggu.

4. Imam mestilah daripada Quraish dan tidak boleh selain daripadanya, dan tidak dikhususkan untuk berasal daripada Bani Hasyim dan keturunan Ali.

5. Tidak disyaratkan kepada imam untuk menjadi maksum.

6. Tidak disyaratkan untuk menjadi orang yang terbaik pada zamannya.

7. Imam disyaratkan untuk menjadi sebahagian daripada golongan yang memiliki kewibawaan yang mutlak dan sempurna (ahli wilayah).

8. Imam ialah seorang yang mahir mentadbir dan berkemampuan melaksanakan hukum-hakam, menjaga sempadan wilayah Islam dan menyelamatkan orang yang dizalimi daripada orang yang zalim.

(7)

512

Isu yang ketiga pula, menunjukkan perbezaan pendapat mereka mengenai pelantikan imam selepas Ali dan disinilah dapat dilihat perpecahan kumpulan Syiah mula berlaku. Perpecahan ini berlaku khususnya semasa pemilihan imam baru selepas kematian tiga imam mereka iaitu Hussein (imam ketiga), Ali Zainal Abidin (imam keempat) dan Jaafar Sadiq (imam keenam). Jadual dibawah menjelaskan secara ringkas kumpulan-kumpulan yang terbentuk berdasarkan perbezaan mereka mengenai pengganti tiga imam yang telah disebutkan:

Peristiwa Kumpulan Keterangan

Penggantian imam yang ketiga iaitu Hussein

Al-Kaisāniyyah Berpendapat bahawa yang lebih

berhak untuk gantikan Hussein ialah anak Ali (bukan daripada Fatimah) iaitu Muhammad Abu Hanafiah

Golongan lain Berpendapat bahawa pengganti Hussein ialah Ali Zainal Abidin Penggantian imam yang keempat

iaitu Ali Zainal Abidin

Al-Zaidiyyah Berpendapat bahawa harus

menggantikan dengan Zaid bin Ali

Al-Imāmiyyah Berpendapat bahawa pengganti

Ali Zainal Abidin ialah Jaafar Muhammad al-Baqir

Penggantian imam yang kelima iaitu Jaafar Sadiq

Al-Ismāʿīliyyah Berpendapat bahawa Ismail bin

Jaafar sebagai imam yang ketujuh

Al-Ithnā ʿAshariyyah

Berpendapat bahawa Musa al-Kazim sebagai imam yang ketujuh

Jadual 1: Peristiwa perpecahan kumpulan Syiah (Ibn Khaldūn, 1984, pp. 251-255; Rasjidi, 2005, pp. 54-61).

Tema Keempat: Pecahan Kumpulan dalam Syiah

Pecahan kumpulan dalam Syiah ini (rajah 1) disusun berdasarkan turutan pendapat Syiah mengenai Imamah seperti yang terkandung dalam Muqaddimah. Perpecahan

(8)

513

kumpulan dalam Syiah berlaku disebabkan mereka berbeza pandangan daripada segi prinsip dan ajaran dan perbezaan dalam menentukan imam disebabkan oleh keturunan Ali serta puteranya yang ramai sehinggakan mereka berselisih pendapat dalam menentukan siapa yang layak menjadi imam. Namun demikian, pecahan kumpulan dalam Syiah boleh dibahagikan kepada empat kumpulan besar (Rasjidi, 2005, p. 8; Teh & Nasih, 2014, pp. 28-29). Pertama, al-Ghulāh. Kedua, al-Kaisāniyyah. Ketiga, al-Zaidiyyah. Dan keempat, al-Imāmiyyah (Teh, as-Saadi, & al-Athrasy, 2012, pp. 29-34). Manakala Muḥammad Abū Zahrah membahagikan Syiah kepada tiga kumpulan iaitu ekstrim

(al-ghulāt), sederhana dan liberal (Zahrah M. A., 1996, p. 39; Zahrah M. A., 1963, p. 35).

Rajah 1: Pecahan Kumpulan dalam Syiah (Ibn Khaldūn, 1984, pp. 251-255).

Pada akhir subtopik yang ke-27 dalam bab ketiga Muqaddimah, Ibn Khaldun mencadangkan kepada para pembaca yang mahu mendapatkan pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai Syiah supaya merujuk kitab Milal wa

al-Nihal karangan Ibn Hazm dan al-Shahrastānī serta penulisan-penulisan yang lain. Ibn

Khaldun menegaskan bahawa beliau hanya mengambil pendapat yang popular mengenai Syiah. Akhir sekali, belau menukilkan kata-kata berikut sebagai penutup kepada subtopik yang ke-27 tersebut:

“Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”.

Pecahan Kumpulan dalam Syiah Al-Wāqifiyyah Al-Kaisāniyyah Al-Hāshimiyyah Al-Zaidiyyah Al-Imāmiyyah Al-Ithnā ʿAshariyyah Ismāʿīliyyah / Al-Bāṭiniyyah / Al-Mulhidah

(9)

514 KESIMPULAN

Makalah ini menghuraikan perbahasan tema-tema mazhab Syiah mengenai Imamah secara ringkas berdasarkan subtopik ke-27 dalam Muqaddimah Ibn Khaldun. Namun demikian, makalah ini tidak membincangkan secara terperinci mengenai isu-isu yang diketengahkan sebaliknya hanya menyentuh pendapat-pendapat yang masyhur mengenai imamah berdasarkan isu-isu yang dapat dikeluarkan melalui tema yang dibentuk.

Secara ringkasnya, penulisan makalah ini bermula dengan pengenalan yang menceritakan sedikit latar belakang Ibn Khaldun, perihal Muqaddimah dan skop kajian makalah ini. Kemudian, makalah ini mengemukakan kaedah kajian yang digunakan seterusnya memasuki intisari utama makalah ini iaitu hasil kajian dan perbincangan. Berdasarkan penelitian penulis ke atas subtopik yang ke-27, terdapat empat tema utama yang dapat dikeluarkan.

Empat tema tersebut adalah pertama, definisi Syiah merangkumi dua bahagian iaitu etimologi dan terminologi. Kedua, kategori teks (Nusus) dalam Syiah yang juga mengandungi dua bahagian itu eksplisit (jaliy) dan implisit (khafiy). Ketiga, Imamah yang merupakan topik utama perbahasan Ibn Khaldun mengenai Syiah. Tema ketiga ini mengandungi tiga isu penting mengenai imamah iaitu Ali dilantik oleh Rasulullah menjadi imam, Syiah berbeza pandangan mengenai status Ali sebagai imam dan Syiah berbeza pandangan mengenai pewaris imam selepas Ali. Dan tema yang keempat, pecahan kumpulan dalam Syiah.

Kajian yang lebih mendalam masih diperlukan bagi mengupas secara terperinci mengenai mazhab Syiah khususnya pandangan mereka terhadap Imamah seperti apa yang dinukilkan oleh Ibn Khaldun. Kemudian membandingkan dan mencari persamaan pandangan Syiah terhadap isu Imamah dengan pandangan ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar serta mengambil sumber daripada kitab-kitab klasik yang terkenal seperti Tarīkh al-Ṭabarī dan karya penulisan tokoh yang sezaman dengan Ibn Khaldun.

RUJUKAN

Buku Al-Qur’an.

Ahmad, S. (2017). Fatwa Ulama al-Azhar terhadap Syiah 12. Sungai Buloh: Santai Ilmu Publication.

(10)

515

al-Khatib, M. (1980). Asas-asas Mazhab Syiah Imam Dua Belas (Imamiah). (S. Abdullah, Trans.) Kuala Lumpur: Utusan Printcorp.

al-Shahrastānī, A. a.-F.-K. (1992). Al-Milal wa al-Niḥal. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah. al-Taftazani, S. (2017). Huraian al-Aqaid al-Nasafiyyah. (M. H. Marjunit, A. Yusof, & F.

Affandi, Trans.) Rawang: Awal Nahdah Resources.

Enan, M. A. (2007). Ibn Khaldūn: His Life and Works (Revised ed.). Petaling Jaya: The Other Press.

Izzah, K. (2008). Meniti Titian Kebenaran. Al-Muntazar Resources. Ibn Khaldūn. (1984). Al-Muqaddimah. Tunis: Dār al-Qalam.

Ibnu Khaldun. (2002). Mukadimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahdi, M. (2014). Falsafah Sejarah Ibnu Khaldun: Kajian tentang Dasar Falsafah Ilmu Budaya. (A. A. Rahman, Trans.) Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Marjūnī, K. a.-D.-D. (2014). Al-ʿAqīdah al-Islāmiyyah wa al-Qaḍāyā al-Khilāfiyyah ʿinda

ʿUlamā' al-Kalām: Dirāsah Muqāranah (1st ed.). Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Mas'od, M. A. (2015). Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Rasjidi, H. M. (2005). Apa itu Syiah? Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Ṭabāṭabā'ī, S. M. (2010). Shiʿite Islam. (S. H. Nasr, Trans.) Kuala Lumpur: Islamic Book

Trust.

Teh, W. Z., & Nasih, M. S. (2014). Mengenal Hakikat Syiah. Putrajaya: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri.

Teh, W. Z., as-Saadi, A. R., & al-Athrasy, R. J. (2012). Hakikat Syiah. Putrajaya: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri.

Toynbee, A. (1988). A Study of History. London: Thame and Hudson.

Zahrah, M. A. (1963). Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah fī al-Siyāsah wa al-ʿAqāi’d wa Tāríkh

al-Madhāhib al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dār al-Fikr al-ʿArabiyy.

Zahrah, M. A. (1996). Aliran Politik dan 'Aqidah dalam Islam. (A. R. Dahlan, & A. Qarib, Trans.) Batu Caves: Penerbit Edaran Kalam.

(11)

516 Jurnal

Alatas, S. F. (2011). Ibn Khaldūn. In G. Ritzer, & J. Stepnisky (Eds.), The Wiley-Blackwell

Companion to Major Social Theorists (1st ed., Vol. I, pp. 12-29). Oxford: Blackwell

Publishing. doi:10.1002/9781444396621

Razali, W. M. (2018). Al-Ashʿariyyah Menurut Ibn Khaldun: Sejarawan dan Ahli Sosiologi Islam. Prosiding Seminar Kebangsaan Asyairah Ahli Sunnah Waljamaah 2.0 (pp. 1-19). Bangi: Pusat Akidah dan Keamanan Global.

Schmidt, N., & Smith, P. (1931). Ibn Khaldun: Historian, Sociologist and Philosopher. The

Philosophical Review, 40(6), 594-595. doi:10.2307/2180052

Swiney, C. (2015). Ibn Khaldun (1332-1406). In M. T. Gibbons (Ed.), The Encyclopedia of

Political Thought (1st ed., pp. 1-5). West Sussex: John Wiley & Sons.

doi:10.1002/9781118474396.wbept0562

Internet

Almaany.com. (2020, September 24). Taʿrīf wa Maʿnā Shīʿah fī Muʿjam al-Maʿānī al-Jāmiʿ -

Muʿjam ʿArabiyy ʿArabiyy. Retrieved from Almaany.com:

https://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/%D8%B4%D9%8A%D8%B9%D8%A9/ Kadir, I. (2014). Kesesatan Syiah Menurut Ibn Khaldun. Retrieved from Academia.edu:

https://www.academia.edu/37658840/Kesesatan_Syiah_Menurut_Ibn_Khaldun Nanji, A., & Daftary, F. (2007). What is Shi‘a Islam? Retrieved from The Institute of Ismaili

(12)

517 LAMPIRAN H U R A IA N TE M A -TE M A M EN G EN A I M A Z H A B S Y IA H M EN U R U T I BN K H A LD U N DALAM M U Q A D D IM A H DEFINISI SYIAH ETIMOLOGI TERMINOLOGI

KATEGORI TEKS (NUSUS) DALAM SYIAH

EKSPLISIT (JALIY)

IMPLISIT (KHAFIY)

IMAMAH

ALI DILANTIK OLEH RASULULLAH MENJADI IMAM

SYIAH BERBEZA PANDANGAN MENGENAI STATUS ALI SEBAGAI IMAM

SYIAH BERBEZA PANDANGAN MENGENAI PEWARIS IMAM SELEPAS

ALI PECAHAN KUMPULAN DALAM SYIAH AL-ZAIDIYYAH AL-KAISĀNIYYAH AL-HĀSHIMIYYAH AL-WĀQIFIYYAH AL-IMĀMIYYAH AL-ITHNĀ ʿASHARIYYAH ISMĀʿĪLIYYAH / BĀṬINIYYAH / AL-MULHIDAH

Referensi

Dokumen terkait

Perbedaan kualitas tersebut diinterpretasikan disebabkan oleh kondisi gambut pembentuk kedua batubara tersebut berada pada kondisi lingkungan pengendapan topogeneus mires

Di dalam kitab al-Muhaz\z\ab yaitu mazhab Syafii beragumentasi salat Jumat harus dilaksanakan pada bangunan yang khusus untuk salat berjamaah yang disediakan secara khusus

6. Time deposits: money put in savings accounts usually stays there for a periotl time. Demand deposits: money put into a checking can be withclrawn or transferred from the

Judul Skripsi : Analisis Strategi Diplomasi Koersif Amerika Serikat dalam Menekan Program Nuklir Iran Periode Pemerintahan Donald Trump (2017-2021) Telah berhasil dipertaruhkan

Setelah terbentuk matrik perbandingan maka dilihat bobot prioritas untuk perbandingan kriteria. Dengan cara membagi isi matriks perbandingan dengan jumlah kolom yang

Berdasarkan simpulan yang telah diperoleh, dalam penelitian ini peneliti mengajukan beberapa saran untuk dipertimbangkan bahwa penggunaan model Discovery Learningdalam

ANGKAP PER BULAN caharian  utam ktor  pertania dengan  kondi alami  maupu ga sumber day tepatan denga kendala  untu auan  Mentawa touluk. Jumla g  tahun  2008  d

Sesungguhnya setiap orang yang terhubung dengan Islam melalui mazhab dan aliran manapun dalam Islam yang mengikrarkan kesaksian bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bahwa