NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM JALAN BATU TIGA,40300 SHAH ALAM
KOD SEKOLAH BHA8004
FOLIO INDIVIDU
KURSUS MODUL PENDIDIKAN UMUM – PENGAJIAN
MALAYSIA
SEMESTER/KOD SEMESTER 1
KELAS 1DVM IPD
NAMA MURID MOHAMMAD FAKHRUDDIN BIN SUPORIO
AZHAR@AZHAR
NO KAD PENGENALAN 980116-10-6111
TARIKH PENTAKSIRAN 10-31 JULAI 2015
NAMA PENSYARAH
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 3
3 MATLAMAT WAWASAN 2020 5
4 USAHA-USAHA MENCAPAI MATLAMAT WAWASAN
2020
6 - 9
5 9 CABARAN WAWASAN 2020 10 - 11
6 STRATEGI MALAYSIA MENGHADAPI CABARAN 9
7 KESIMPULAN 10 8 LAMPIRAN 11 9 RUJUKAN 12
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan penghargaan ini kepada pensyarah saya, Pn. Yani Binti kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara dari segi kewangan dan lain-lain untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. 1.02 Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020.
Sepanjang fasa 15 tahun pertama, banyak kemajuan telah dicapai dalam pelbagai bidang. Namun, perubahan pesat dunia hari ini menuntut Malaysia untuk segera berubah agar mampu melonjak ke tahap maju. Fasa tersebut juga telah mengetengahkan bidang pendidikan yang masih memerlukan penambahbaikan dan perhatian khusus agar dapat melakukan
lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020. 1.03 Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan Negara Bangsa menjadi semakin mencabar terutama dalam era globalisasi.
Globalisasi bukan sahaja berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi juga berupaya mengubah gagasan, budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan, budaya, nilai dan jati diri sesebuah Negara Bangsa akan lenyap begitu sahaja sekiranya bangsa tersebut lalai dan menerima sewenang-wenangnya segala yang dibawa oleh arus globalisasi.
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020 iaitu mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Seterusnya, Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Selain itu, Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
Seterusnya, Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkanadat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
Seterusnya, Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
Seterusnya, Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Dan akhir sekali, Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
WAWASAN 2020
Keunikan dalam kemerdekaan Malaysia adalah Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, etnik, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik supaya tidak berlakunya sebarang isu pilih kasih atau menyentuh isu sensitif mana-mana kaum atau dalam erti kata lain tidak berlakunya isu berat sebelah. Sekiranya ada sebarang kelemahan atau ketiadaan sentimen perpaduan, maka negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Negara akan senang dimanipulasi atau disabotaj oleh mana mana negara asing. Dasar Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991, sewaktu persidangan Majlis Perdagangan Malaysia di mana beliau telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk ‘Malaysia-The Way Forward’. Apakah maksud sebenar wawasan dan bagaimana wawasan dapat membantu dalam pembangunan Malaysia? Wawasan merupakan satu panduan yang menetapkan satu sasaran negara yang harus dicapai dalam suatu tempoh masa tertentu. Wawasan yang baik dan adil akan meliputi pelbagai aspek berkaitan dengan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia secara keseluruhannya serta seharusnya jelas dan diterima umum untuk memastikan negara sentiasa maju ke hadapan. Arah tujuan, matlamat, strategi, jangkamasa dan pencapaian sesebuah negara akan berlandaskan wawasan yang telah ditetapkan. Negara tanpa wawasan adalah bagaikan kapal laut yang dibawa belayar tanpa sebarang petunjuk, peta atau kompas – hanya menunggu masa untuk sesat atau karam. Matlamat Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan menjelang tahun 2020. Ini
bermaksud bahawa untuk membina langkah bagi mencapai Wawasan 2020 dan
menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju, seseorang itu harus tahu dan melengkapi diri dengan pengetahuan mengenai sembilan cabaran Wawasan 2020. Demi mencapai
Wawasan 2020, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan
wawasan tersebut dapat dicapai. Ini termasuklah menyediakan biasiswa pendidikan untuk menggalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang saintifik dan teknikal seperti bidang teknologi maklumat, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kepakaran tenaga manusia dan kemudahan R&D (Research and Development-Kajian dan
Penyelidikan). Usaha R&D negara telah banyak memberi sumbangan kepada peningkatan hasil pengeluaran komoditi, terutamanya kelapa sawit dan getah. Sebagai contoh, institusi penyelidikan telah banyak menjalankan kajian untuk menghasilkan tenaga atau polimer gantian seperti biodisel daripada kelapa sawit dan termoplastik getah. Dengan adanya masyarakat yang berteknologi juga, negara membangunkan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya yang dilengkapi dengan teknologi komunikasi dan infrastruktur serta maklumat yang terkini. Selain itu juga pembangunan lain yang wujud berasaskan teknologi seperti MSC, sistem pengangkutan Komuter, LRT, Monorel dan ERL, MEASAT dan Terowong SMART merupakan cetusan hasil daripada kemajuan negara dalam sains dan teknologi. Kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertama juga adalah antara langkah bijak negara untuk menunjukkan keprihatinan
Malaysia terhadap kemajuan dunia sains dan teknologi. Di samping itu, kerajaan dengan kerjasama badan berkanun dan badan bukan kerajaan telah menjalankan banyak aktiviti kemasyarakatan dan ceramah yang berkisarkan tentang perpaduan rakyat, kempen budi bahasa termasuk iklan budi bahasa yang disiarkan melalui media massa. Tujuan program sebegini dijalankan adalah untuk menerapkan nilai-nilai asas kemanusiaan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Di samping itu,
penggunaan Facebook dan Twitter sebagai medium perantaraan untuk berinteraksi dengan rakyat juga dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan suara masyarakat serta mengenal pasti masalah mereka secara lansung. Tindakan ini harus dipuji kerana pemimpin negara berfikir secara moden dan ‘up to date’ dengan arus pembangunan melalui cara komunikasi yang moden. Tindakan ini disokong lagi dengan kajian kadar penggunaan Facebook dalam kalangan rakyat yang mencecah hampir 12 juta orang sehingga penghujung tahun 2011 dan ini menunjukkan bahawa sesuatu pesanan atau mesej dapat disampaikan dengan cepat melalui Facebook. Bagi mewujudkan sebuah negara yang makmur dan berdaya saing, pembangunan dalam bidang ekonomi dan perbendaharaan turut dipertimbangkan. Antaranya adalah dengan menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar. Selain itu, program pembangunan sumber manusia dipertingkatkan dengan pesatnya. Masyarakat Bumiputera digalakkan untuk bersaing serta anjal dalam kegiatan ekonomi supaya setara dengan masyarakat bukan Bumiputera. Dengan ini maka matlamat keadilan ekonomi dalam masyarakat akan tercapai di mana konsep pengenalan perniagaan atau status ekonomi tidak lagi dikelaskan mengikut agama atau kaum. Kerajaan telah banyak menyalurkan sumbangan kepada rakyat dalam bentuk bonus dan peningkatan gaji. Sementelahan pula, baru-baru ini bermula dari Januari 2012, semua kakitangan kerajaan
telah menerima peratus kenaikan gaji sebanyak 13% di mana tindakan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah jumlah pendapatan setiap isi rumah. Peningkatan gaji akan menjana pendapatan yang lebih kepada setiap masyarakat dan peningkatan ekonomi keluarga juga akan menjadi lebih kukuh yakni kuasa membeli rakyat akan meningkat. Kerajaan Malaysia sentiasa mementingkan kebajikan insan yang kurang bernasib baik dengan memberi sumbangan kepada insan-insan tersebut. Hal ini terbukti dengan tertubuhnya persatuan-persatuan kebajikan seperti Majlis Kanser Negara, Persatuan Orang Buta, Persatuan Orang Cacat, dan sebagainya. Kerajaan sentiasa
mengalu-alukan penubuhan badan-badan amal seperti ini untuk membela nasib golongan yang kurang bernasib baik. Pertolongan disalurkan kepada semua yang memerlukan tanpa mengira kaum atau darjat. Selain itu, kempen derma darah di hospital kerajaan mahupun swasta serta Pengumpulan Dana untuk Bantuan Mangsa Bencana adalah antara petunjuk bahawa kerajaan sememangnya prihatin dan sedang berusaha untuk mewujudkan
masyarakat yang penyayang serta berbudi pekerti. Modal Insan adalah sebuah revolusi idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kerana beliau ingin memberikan penekanan terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang
menjelang WAWASAN 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai Murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Dalam satu ucapan di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 yang diadakan di Hotel Sunway Lagoon Resort, Tun Abdullah telah mengatakan bahawa sebagai sebuah negara membangun yang bersaing, Malaysia akan menerima tekanan dan dalam usaha untuk menyaingi negara-negara lain dalam Rangkaian Tambah Nilai (Global Value Chain). Selain itu Malaysia perlu membuat anjakan besar untuk menuju ke arah pembangunan yang seterusnya namun anjakan ini tidak akan tercapai hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau melalui tenaga murah. Beliau menyatakan bahawa anjakan tersebut memerlukan peningkatan kukuh dalam kesanggupan masyarakat untuk menambah nilai dan inovasi serta memerlukan perkembangan dari segi keupayaan dan intelek manusia serta penerapan kesedaran
integrasi nasional dalam bidang pendidikan supaya anak-anak muda akan dididik menjadi lapisan masyarakat yang berintelek tinggi dengan berakhlak mulia pada masa hadapan seperti kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sebagai contoh pengenalan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara oleh Kementerian Pengajian Tinggi di mana pelan ini terdiri daripada tujuh strategi untuk memerkasakan pengajian tinggi sejajar dengan hala tuju negara ke arah mencapai Wawasan 2020 bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu tapi juga berakhlak tinggi dengan berdaya saing. Konsep 1Malaysia adalah konsep satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasardasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Wawasan 2020 boleh dicapai jika ‘tapak’ atau rakyat negara ini telah menjadi kukuh dan utuh dan dengan itu, segala pencapaian atau pembangunan boleh dilakukan dengan senangnya kerana rakyatnya sedia menerima apa jua cabaran pada masa depan. Aset penting untuk sesuatu negara adalah rakyatnya sendiri. Menjelang tahun 2020, Malaysia akan dapat menjadi sebuah negara yang bersatu, di mana rakyatnya sentiasa yakin dan mempunyai nilai moral serta etika yang kukuh. Masyarakat Malaysia juga akan sentiasa hidup dalam suasana demokratik, liberal, bertolak ansur dan penyayang. Dengan
mewujudkan suatu lapisan masyarakat Malaysia yang berakhlak tinggi, maka kejayaan dan pembangunan yang mantap serta utuh dapat dikecapi menjelang tahun 2020 dan juga pada masa hadapan.
Cabaran pertama yang tersenarai dalam 9 cabaran wawasan 2020 ialah mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama, iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Cabaran kedua pula ialah mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang di capai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai kecemerlangan, sedar semula kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Seterusnya iaitu cabaran ketiga, mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang di capai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai kecemerlangan , sedar semula kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Cabaran ketiga pula ialah mewujudkan dan membangunkan masyarakat demoktratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
Cabaran keempat iaitu mewujudkan masyarakat yag bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.
Cabaran kelima ialah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Seterusnya yang keenam, mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
Yang ketujuh pula iaitu Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
Cabaran yang kelapan ialah Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Cabaran wawasan yang terakhir iaitu yang kesembilan iaitu Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan
masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.
STRATERGI MALAYSIA DALAM MENGHADAPI
CABARAN MASA KINI
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.
Antara stratergi Malaysia dalam menghadapi cabaran masa kini ialah dengan mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama. Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepadanegara.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat dalam mengadapi cabaran ini. Konsep ini selari dengan apa yangtermaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang
perludiwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati,keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
Malaysia juga akanmewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan
Mewujudkan negara perindustrian
Negara Malaysia yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertaniankepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan.
Ini adalah kerana proses bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengansumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal,pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran.
Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera pertumbuhan.
Mewujudkan negara yang berkeadilan dalam ekonomi & Sosial
Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapatdisangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara majudan bersatu. Ini adalah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.
Pernyataan Wawasan ini adalah menampakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini, Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidakadilan.
Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia yang Keenam.
Membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika.
Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan,negara maju ala Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moraldan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.
Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan.Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak
Membentuk pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok system sosial iaitu pembangunan keluargaberdasarkan hakikatbahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakatpula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuansesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan iniamatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara.
Budaya bangsa yangmerangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budayamenyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dariawal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalammemajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga danmasyarakat yang sempurna.
KESIMPULAN
Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.
Jika kita lihat, Wawasan 2020 ini bukan satu wawasan yang hanya mementingkan kemajuan negara sahaja malah ia juga mementingkan kemajuan insaniah di kalangan
rakyatnya sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan berbudi di samping ingin mewujudkan masyarakat yang berteraskan sains. Ini jelas menunjukan komitmen kerajaan yang juga mementingkan elemen kemanusiaan di dalam mengejar arus kemajuan negara.
Wawasan 2020 ini bukanlah percakapan kosong sahaja tetapi ia harus menjadi cita–cita setiap lapisan masyarakat Malaysia. Melalui merekalah, impian untuk melihat Malaysia sebagai negara maju dapat direalisasikan.
RUJUKAN
Buku
- Modul Sejarah 2015 Kolej Vokasional Shah Alam Internet - https://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020 - http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/255-perspektif-wawasan-2020.html - http://www.poliku.edu.my/v3/images/doc/tinta/Deenesh-Wawasan%202020.pdf - http://www.scribd.com/doc/54294149/Cabaran-Dalam-Merealisasikan-Wawasan-2020#scribd