• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN DASAR DASAR NEGARA behaviouris

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGENALAN DASAR DASAR NEGARA behaviouris "

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

DASAR-DASAR NEGARA

Fokus utama kertas kerja ini ialah dasar pembangunan negara kearah mencapai wawasan 2020 dalam aspek cabaran dan kejayaan.Dalam melahirkan sebuah negara yang mampu bersaing di peringkat global dan mencapai status negara maju . Menurut Farland,Parkinson &Satiman,( 2003) Malaysia dikenali sebagai “a multilingual culture. The major languages are Bahasa Malaysian and English (the official business language), with Chinese, Tamil, and Hindi also spoken by many of its residents. Malaysia is an Islamic state that has succeeded in balancing religious fundamentalism with pragmatism in application of its laws and business environment. Malaysia practices parliamentary democracy and has been a stable, single government since achieving independence in 1957”. Pemimpin-pemimpin Malaysia telah memperkenalan banyak dasar-dasar pembangunan negara yang bermatlamat dan bertujuan ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara makmur dan bersatu padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana yang aman dan stabil. Dasar-dasar ini juga banyak menunjukan keterampilan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang compleks dengan bangsa dan agama, dimana satu dasar yang menyeluruh dan adil amat diperlukan dalam membina sebuah negara bangsa yang setia dan stabil (Zurinah Hassan,1994). Sesuai dengan firman allah dalam surah al-nhal ayat 90:

(2)

Dalam mencapai matlamat sebuah negara maju, Malaysia perlu merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang sesuai. Ini bagi menjamin potensi pembangunan yang tinggi dan secara langsung menjadi faktor pemangkin kepada masa hadapan negara. Dasar-dasar negara banyak menyentuh aspek-aspek kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat. Selain itu, meningkatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan perpaduan dan kestabilan negara. Antara contoh dasar-dasar negara adalah dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional,wawasan 2020,dasar perindustrian negara,dasar pertanian negara dan lain-lain lagi.

WAWASAN 2020

Dasar Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991, sewaktu persidangan Majlis Perdagangan Malaysia di mana beliau telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk „Malaysia-The Way Forward‟.Wawasan 2020 adalah satu wawasan strategi jangka panjang yang menjadi panduan arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan dengan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya. Menurut buku yang bertajuk Readings on Development: Malaysia 2057, petikan dari Tun Mahathir Mohamed (1991) “…setiap negara maju ada kekuatannya tersendiri. Tetapi, setiap negara maju juga ada kelemahan. Kita masih dapat berkembang dan maju ke hadapan mengikut acuan kita sendiri, tanpa meniru negara lain. Selain daripada pembangunan ekonomi, Malaysia juga perlu maju dalam pelbagai dimensi seperti aspek politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya. Malaysia perlu dibangunkan sepenuhnya, terutama dari segi perpaduan negara dan sosial, dalam aspek ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, kualiti hidup, nilai sosial dan rohani, kebanggaan negara dan tahap keyakinan.” (Nungsari dan Suryani, , 2009, 4)

Wawasan 2020 berfungsi dalam memberi panduan kepada negara untuk mencapai negara maju sepenuhnya dalam jangka masa 30 tahun. Ia merupakan tumpuan utama bagi peringkat umum supaya wawasan ini dapat diterima dengan jelas supaya misi dan objektif wawasan ini dapat bergerak kehadapan dengan tumpuan yang lebih jelas,yakin dan serentak. Dalam masa yang sama wawasan 2020 haruslah dimplementasikan secara nasional iaitu dalam perbezaan penduduk yang berbilang kaum dan struktur geografinya yang dipisahkan dengan gunung-ganang dan lautan, serta pandangan penduduk di negara ini yang berbeza-beza dalam aspek pembangunan masa depan negara.

(3)

CABARAN DAN KEJAYAAN

CABARAN MEMBINA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU

Membina Bangsa Malaysia yang bersatu padu merupakan salah satu cabaran Wawasan 2020. Pembentukan bangsa yang bersatu dianggap syarat utama di dalam menjayakan segala cita-cita negara yang terkandung di dalam Wawasan 2020.

Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun jika sekiranya rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama. Kata-kata seperti “Muafakat membawa berkat”, “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.”, dan “Bersatu Teguh Bercerai Runtuh” menjadi kata kata azimat yang menjadi tunjang kefahaman dan keharmonian negara. Negara hanya dapat dibina di dalam suasana yang aman dan damai. Ketenteraman ini hanya dapat dijamin dengan adanya persefahaman di antara rakyat.

Kita juga telah menyaksikan beberapa negara di dunia yang menderita akibat dilanda sengketa dan rusuhan kaum. Oleh itu Malaysia menjalankan berbagai usaha untuk menjauhkan rakyat dari bencana ini. Perpaduan di antara rakyat berbilang kaum adalah asas yang kukuh untuk pembinaan negara. Menerusi penyatuan dan perpaduan ini dapatlah kita berusaha menangani cabaran-cabaran seterusnya bagi merealisasikan wawasan gemilang sebagai bangsa Malaysia yang berkeyakinan, demokratikbertolak ansur, liberal, penyayang, bermoral dan beretika.

(4)

KEJAYAAN KEPADA CABARAN MEMBINA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU

Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Perpaduan negara adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan. Kesemua dasar dan program ini boleh menyumbangkan ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangan masyarakat majmuk

1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) danDasar Pembangunan Nasional (DPN)

DPN telah dilancarkan bagi meneruskan hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum sebagai langkah pengukuhan perpaduan negara.DPN menggariskan beberapa strategi yang diantaranya memakmur dan membina bangsa yang bersatupadu. Ianya mengambil langkah-langkah bagi memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan menjadi lebih sama rata dan saling melengkapi di antara satu dengan lain, memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan dalam masyarakat perindustrian melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyususnan semula masyarakat.

2. Dasar Pendidikan Negara

(5)

CABARAN MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT MAKMUR

Cabaran wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat makmur dengan ekonomi yang sesungguhnya berdaya saing, dinamik, tahan lasak dan mempunyai daya ketahanan. Masyarakat makmur bermaksud masyarakat yang berada pada tahap ekonomi yang baikng sangat baik . di dalam kamus dewan perkataan “makmur” bererti mempunyai hasil yang banyak. Penduduk yang makmur hidup mewab dan serba cukup. Ini bererti di dalam masyarakat makmur, rakyat menikmati hidup yng serba serbi mencukupi dan mampu menikmati taraf hidup yang baik.

Untuk mencapai taraf masyarakat makmur, rakyat negara ini mestilah mempunyai daya keusahawanan yang tinggi, mampu berfikir, mahir, tekun, bermaklumat dan bijak bertindak. Mereka hendaklah bersedia dan berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan di dalam pencapaian mereka. Semua ini didokong oleh penggunaan teknologi tinggi dan sentiasa diubahsuai untuk meningkatkan kekesanan. Peningkatan teknologi dan pendapatan rakyat tidak pula bermakna kos sara hidup akan turut meninggi. Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sejahtera dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang rendah.

Pandangan Islam Terhadap Masyarakat Makmur

Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan menyeru manusia supaya bekerja keras bagi mencari rezeki di atas muka bumi. Islam tidak melarang umatnya mengumpul harta atau mencari kekayaan. Apa yang dipentingkan ialah harta yang dicari itu ialah dari sumber yang halal. Islam mewajibkan zakat dan menyeru umatnya mengeluarkan sedekah jariah supaya kekayaan dapat dimanfaatkan bersama oleh orang lain.“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir),

pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia

(6)

KEJAYAAN KEPADA CABARAN MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT MAKMUR

Dasar Perindustrian Negara

Sejak tahun 70an kerajaan menitikberatkan pertumbuhan industri bagi menampung keperluan pekerjaan. Mulai tahun 80an, program perindustrian negara mengalami perubahan dengan galakkan industri berat yang bertujuan memperkukuhkan asa perindustrian negara dan menambah kemahiran rakyat yang dapat mempercepatkan proses pembinaan negara perindustrian.

Dasar Pertanian Negara

Penggubalandasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untukmempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985-1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenal pasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang-peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran

CABARANMENJAMIN SEBUAH MASYARAKAT YANG ADIL DAN SAKSAMA EKONOMINYA Cabaran ini memberikan tumpuan kepada bidang ekonomi. Ekonomi dianggap sebagai keperluan asas sesebuah negara. Masyarakat perlu berada pada tahap ekonomi yag memuaskan sebelum ia dapat membangunkan aspek aspek lain.

(7)

KEJAYAAN KEPADA CABARAN MENJAMIN SEBUAH MASYARAKAT YANG ADIL DAN SAKSAMA EKONOMINYA

Peristiwa 13 Mei 1969 semakin menyemarakkan jurang perbezaan antara etnik. Oleh itu visi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berdaulat dan didasarkan pada setiakawan yang tiggi perlu diperhebatkan (wawasan 2020, Fatimah Azzahra, Yusri Abd Malik, 1995, 15). Peristiwa tersebut telah memberi pengajaran bahawa kerajaan tidak lagi dapat membiarkan hala tuju negara negara mengikut arusnya tersendiri. Justeru itu Rukun Negara telah diperkanalkan. Rukun Negara menjadi pegangan dan prinsip negara. Justeru itu juga Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1970. Dasar Ekonomi Baru mempunyai matlamat penting untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang perbezaan antara rakyat serta menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan.

MEMBINA MASYARAKAT YANG MAJU DAN SAINTIFIK

Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Dasar Pembangunan kearah Wawasan 2020 memperlihatkan bahawa masyarakat yang diingini oleh Wawasan 2020 adalah masyarakat yang maju, saintifik, dan progresif. Masyarakat yang maju bermaksud masyarakat yang sentiasa bersedia menerima perubahan kearah kebaikan untuk menjadi masyarakat yang lebih baik. Kemajuan bermaksud perubahan dari keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Masyarakat yang maju sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima idea dan dapat mengubahsuai dengan situasi yang baru untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Masyarakat yang berdaya maju juga tidak akan menutup pemikiran mereka kepada unsur-unsur dari luar selagi mana unsur-unsur itu dapat digunakan untuk kebaikan. Masyarakat progresif tidak seperti ibarat katak dibawah tempurung tetapi sebaliknya mereka sentiasa mengikuti peredaran zaman.

(8)

Wawasan 2020 bertujuan berlandaskan negara kepada tahap negara maju yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Ini tidak bermakna kita ingin menjadi seperti keadaan Negara maju yang lain yang menjurus kepada keruntuhan moral dan keangkuhan kuasa yang melanda sesetengah negara maju. Yang dimaksudkan negara maju ialah kebolehan, pengetahuan dan kecekapan serta taraf yang sama atau lebih baik daripada negara maju. Kemajuan yang memenuhi piawaian masyakrakat yang maju ialah kemajuan yang lebih menyeluruh dengan mengambil iktibar dari keruntuhan aspek kerohanian yang berlaku di negara maju.Usaha serta tenaga yang berlipat ganda perlulah dicurahkan untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

KEJAYAAN UNTUK MEMBINA MASYARAKAT YANG MAJU DAN SAINTIFIK.

Pelbagai langkah untuk merealisasikan wawasan 2020 dapat dikecapi seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.. Ini termasuklah menyediakan biasiswa pendidikan untuk mengalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang saintifik dan teknikal seperti bidang-bidang teknologi maklumat, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kepakaran tenaga manusia dan kemudahan R&D (Research and Development). Usaha R&D negara telah banyak memberi sumbangan kepada peningkatan hasil pengeluaran negara, terutamanya kelapa sawit dan getah. Sebagai contoh, institusi penyelidikan telah banyak menjalankan kajian untuk menghasilkan tenaga atau polimer gantian seperti biodisel daripada kelapa sawit dan termoplastik getah.

(9)

MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA

Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya. Apalah ertinya kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh berbagai jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Berjuta-juta rakyat menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku pelbagai masalah sosial seperti perpecahan keluarga. Fenomena yang berlaku di negara-negara maju pada masa ini seolah-olah menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia, semakin lemah daya tahan moralnya. Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik. Dr. Mahathir menerangkan “Sebenarnya Wawasan 2020 bertujuan mengimbangkan pembangunan material dengan pembangunan rohaniah”.

Faktor manusia ialah yang paling penting di dalam menjayakan Wawasan 2020. Berjaya atau tidak wawasan ini bergantung kepada kesanggupan dan kemampuan rakyat untuk bekerja dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Kejayaan wawasan 2020 tidak hanya bergantung kepada kecanggihan teknologi atau kesempurnaan sesuatu sistem yang diamalkan. Segala teknologi atau sistem yang canggih akan gagal jika rakyat tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti kejujuran, kerajinan, berdisplin dan amanah

Sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya. Pembangunan sumber tenaga manusia banyak bergantung kepada perubahan nilai dan sikap dikalangan penduduknya. Nilai-nilai yang dikongsi bersama akan membantu memupuk budaya dan membina bangsa yang beretika. Nilai dan sikap positif harus diamalkan. Menyedari hakikat inilah negara memberi penekanan kepada faktor pembangunan manusia. Kita memberi penekanan kepada sistem keluarga kerana keluarga yang sejahtera adalah asas kepada pembangunan masyarakat yang sejahtera. Anak-anak yang terdidik di dalam suasana keluarga yang penyayang akan membesar sebagai individu yang mempunyai nilai-nilai positif, memiliki keyakinan diri dan mewarisi sifat-sifat yang murni.

(10)

Islam mengajar umatnya untuk mengutamakan kejujuran. Setiap amal ibadat mesti didahului dengan niat dan setiap insan diberi ganjaran pahala mengikut niatnya. Displin juga menjadi pegangan Islam kerana jemaah yang hendak bersembahyang diingatkan supaya membetulkan saf-saf. Kemajuan tercapai bila anggota masyarakat terdidik dan menjalankan hidupnya dengan berdisiplin. Menghormati dan mengurus waktu dengan sempurna adalah juga ciri penting di dalam Islam. Dengan moral dan etika yang tinggi terbentuklah masyarakat yang bermoral dan beretika.

KEJAYAAN UNTUK MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA.

Dalam tempoh pelaksanaan RMK 8, Pelan Intergriti Nasional (PIN), telah dilancarkan bertujuan membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika serta mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan tahap etika yang tinggi dan seterusnya menyahut cabaran Wawasan 2020. Undang-undang dan peraturan disemak semula serta langkah penguatkuasaan diperketat oleh pelbagai badan kawal selia untuk mempertingkat tadbir urus korporat. Langkah juga telah diperkenal untuk memperkukuh etika perniagaan yang baik dalam sektor korporat.Selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 ini, iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika dan mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan menghayati budi pekerti yang luhur, usaha ditumpu ke arah memperkukuh dan mempertingkat institusi serta organisasi tempatan seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga danJawatankuasa Penduduk serta menggunakan media massa untuk menyumbang ke arahmenjadikan integriti sebagai satu cara hidup. Kempen kesedaran dan program pendidikan akan diperluas untuk mengingatkan individu mengenai perlunya menerap nilai murni dan resam secara berterusan supaya dapat dihayati dan diamalkan sehingga akhirnya menjadi sebahagian daripada cara hidup individu dan budaya masyarakat. ( RMK 9, Tadbir Urus Baik Untuk Pembangunan, Bab 25, 511 ).

(11)

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulanya, wawasan 2020 jika dilihat pada perspektif kasar ia seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia sahaja iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian, tetapi jika diperhalusi dan diperincikan ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral, dan etika, kebudayaan, kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untunk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yanh benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, diantaranya ialah kualiti tenaga kejra yang dihasilkan oleh sistem pendidiakn, perubahan sikap dan nilai, penekanan keatas sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik..

Dalam menghadapi tahun-tahun yang mendatang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai kualiti hidup yang tinggi Malaysia harus mempelajari kelemahan dan kekuatan yang berlaku di negara maju. Wawasan 2020 tidak meminta Malaysia menjadi negara barat atau jepun tetapi sebuah negara baru yang lebih maantap dalam semua aspek kehidupan dan kemajuaan.

Oleh itu, apa yang telah disimpulkan didalam kertas kerja ini, adalah sebahagian visi dan misi kerajaan dalam mepertingkatkan ekonomi dan sosiobudaya masyarakat Malaysia dengan mewujudkan satu rangka kerja dan strategi demi untuk mencapai apa yang Malaysia inginkan. Dengan dasar-dasar yang telah kerajaan wujudkan kami berharap agar Malaysia terus mempertahankan apa yang telah dirancang iaitu mencapai wawasan 2020 dengan mewujudkan lebih banyak dasar agar hala tuju negara berada dalam landasan yang betul. Selain itu, kami berharap agar kerajaan yang sedia ada sekarang lebih telus dan prihatin dengan nasib rakyat dalam segi ekonomi mahupun persekitaran dalam melahirkan sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

(12)

SARANAN DAN CADANGAN

Persoalan yang sering ditimbulkan oleh pemimpin dan rakyat,adakah dasar pembangunan negara itu efektif dan realistik dalam mencapai wawasan 2020?, dimana Malaysia menginginkan status negara maju berdasarkan apa yang dirancang. Dalam segi ekonomi,seperti mana yang kita ketahui pada dekat 1960-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8%semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhansebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.KDNK Malaysia pada tahun1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira$920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020.Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0%(dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai,dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar),berbanding dengan tahun 1990 .Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990 (Unit Penggurusan Prestasi Dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri,2010,9).

Bagi mengharungi cabaran wawasan 2020, kedudukan ekonomi yang stabil dan berdaya saing harus diwujudkan dan dipertahankan. Kita dikejutkan dengan berita kenaikan inflasi negara dari tahun ke tahun sebanyak 3 ke 4 peratus bermula pada tahun 2010 sehingga kehari ini. Perkara ini dapat membantutkan pertumbuhan negara dan mengakibatkan apa yang telah diancang oleh pemimpin terdahulu lari dari landasan. Pihak kerajaan harus melakukan transformasi dalam menghalang kadar inflasi terus meningkat. Dengan melakukan rangsangan ekonomi bagi meningkatkan kadar pelaburan dan pembangunan melalui dasar transformasi ekonomi dan nasional.Selain itu, keborosan negara dalam membahagikan wang negara kepada sektor-sektor yang kurang penting dan memberangsangkan harusalah dikurangkan dan diagihkan kearah sektor-sektor yang lebih penting demi untuk menjimatkan dan memoptimumkan penggunaan wang negara melalui dasar transformasi negara.

(13)

dan pengagihan saksama diantara rakyat dan kerajaan. Selain itu, dapat memasatikan pembangunan yang seimbang bagi sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling dan melengkapi

antara sektor, bagi mengoptimumkan pertumbuhan ekonomi negara. Ia akan menghasilkan pengurangan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara dalam mengalakan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi negara.

(14)

RUJUKAN

1.berita harian,(25 disember 1993), URL:library.perdana.org.my/digital_content/s/mahthir/new_1969-2004/1993-1995/1993/00011486.pdf

2.Zurinah Hassan, (1994),Wawasan 2020:Huraian 9 Cabaran, shah alam, penerbitan pewarna

3.Bahagian Penerbitan Dasar Negara,(2013), Kesinambungan Kempimpinan Jayakan Wawasan 2020, Percetakan Nasional Berhad

4. Fatimah Azzahara, Yusri Abd Malik,(1995),wawasan 2020 ,petaling jaya, penerbitan setiamas

5. Kerajaan Malaysia,(2001), Rancangan Malaysia Ke8 2001-2005, kuala lumpur, percetakan nasional berhad

6.Abdullah Haji Ahmad Badawi (Datuk),(2006), Tadbir Urus Baik Untuk Pembangunan.

7.Nungsari dan Suryani ,Readings on Development: Malaysia 2057, Kuala Lumpur: Khazanah Nasional Berhad, 2009, ms. 4

8. Unit Penggurusan Prestasi Dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri,2010,Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaaan,9,Percetakan Nasional Malaysia Berhad

9.Zin, Razali Bin Mat;Talet, Amine Nehari,(2014), Managing Resource Toward Achieving Malaysia Vision 2020:Policies,Prospects And Challanges,

Referensi

Dokumen terkait

9) Pita parafin dimekarkan dengan ditempelkan langsung pada kaca benda yang telah dibasahi dengan air. 10) Dimulai proses pengecatan dengan Hematoxylin Eosin 11)

Hasil yang diperoleh menunjukkan ada perbedaan skor rata-rata yang signifikan pada beberapa program studi, antara lain: Terdapat perbedaan skor rata-rata yang signifikan

Kompres hangat adalah suatu tindakan pemberian kompres hangat untuk memenuhi kebutuhan rasa nyaman, mengurangi nyeri dan mengurangi atau mencegah terjadinya spasme otot

Penggunaan reduplikasi pada novel Sarinah: Kewadjiban Wanita dalam Perdjoangan Republik Indonesia terdiri dari reduplikasi idiomatik, reduplikasi seluruh, reduplikasi

Bacillus tumbuh pada medium yang mengandung Cd karena Bacillus mempunyai gen cad - operon di dalam plasmid menyandi resistensi terhadap logam Cd (Silver, 1996).. Perbedaan

Responden dengan pengetahuan baik diikuti dengan perilaku responden yang positif, yaitu 70% (103 responden dari 147 responden dengan pengetahuan baik). Persentase tersebut

Jujur saja ini melebihi harapan kami yang awalnya hanya ingin mengetahui apakah tana- man padi lokal ini bisa tumbuh tanpa harus dibakar ternyata padi yang ditanam bisa tumbuh

Kualitas Pelayanan (X) berpengaruh secara signifikan terhadap Kepuasan Wajib Pajak (Y) Temuan penelitian ini menunjukkan bahwa Kualitas Pelayanan memiliki pengaruh yang