Wawasan 2020 Beri Kesan Besar Pada Negara
Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM Ulasan artikel Mstar.
KUALA LUMPUR: Wawasan 2020 yang bertujuan mewujudkan Malaysia sebagai negara maju
menjelang tahun 2020, merupakan antara tiga aspek kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri yang meninggalkan kesan besar kepada pembangunan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata dua lagi aspek ialah menyelamatkan ekonomi negara semasa krisis ekonomi dunia pada 1997, serta membina keyakinan emosi dan psikologi rakyat bahawa mereka mampu melakukan sesuatu yang di luar jangka melalui slogan Malaysia Boleh.
"Bila Tun Mahathir mengungkapkan visi untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, ia telah mencetuskan satu semangat baru di kalangan rakyat, yang mana hari ini kita berada di pusingan akhir ke arah mengisi Wawasan 2020 itu.
"Pada saya, ada satu cara yang sangat baik untuk mengenang jasa seorang pemimpin negara yang begitu besar jasanya, iaitu kita kena mengisi segala impian yang beliau lahirkan," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala 'Tun Dr Mahathir: Legasi Tersohor' serta pelancaran Program Kepimpinan Ulung Mahathir (MDIP) di sini, Selasa.
Turut hadir Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah meneruskan usaha yang dicetuskan Dr Mahathir dengan melaksanakan pelbagai perancangan termasuk Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi, yang kesemuanya diilhamkan atas visi Dr Mahathir, ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Najib berkata Dr Mahathir juga telah menjadi penyelamat ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis kewangan apabila menolak untuk menyerahkan Malaysia kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
"... dan saya boleh menyokong apa yang Tun (Mahathir) sebut bahawa dia tentu sekali tidak akan menyerahkan negara kita kepada penguasaan IMF dalam apa jua keadaan.
"Sebaliknya kalau ada orang nak tuduh dia (Tun) menulis surat itu, saya fikir itu mengarut belaka,"
katanya.
Sebelum ini dilaporkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Dr Mahathir pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk mendapatkan bantuan dana semasa krisis ekonomi dunia dan krisis kewangan Asia.
Najib berkata daripada segi emosi dan psikologi, Dr Mahathir telah memberikan rakyat sesuatu yang mungkin tidak dimiliki sebelum ini iaitu semangat Malaysia Boleh, suatu keyakinan diri yang akhirnya menjadi inspirasi kepada pembangunan negara sehingga wujudnya Malaysia seperti sekarang ini.
"Itulah antara yang saya fikir kesan besar kepimpinan Tun Mahathir kepada negara. Beliau telah selamatkan negara dalam keadaan krisis, meletakkan landasan ke arah misi negara maju dan memberi keyakinan diri kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Najib berkata untuk memastikan Wawasan 2020 menjadi kenyataan kerajaan memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua, khususnya daripada bekas perdana menteri itu.
"Untuk Wawasan 2020 menjadi kenyataan, kita terpaksa menyeberangi satu jambatan tidak lama lagi. Kita harap kita akan menyeberangi dengan jayanya berkat sokongan Tun Mahathir," tambahnya.
Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapan balasnya melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong pentadbirannya sebelum ini, serta mendoakan kesejahteraan kepada beliau dan keluarganya.
Dr Mahathir berkata dengan kelebihan kesihatan yang dimilikinya pada usia 86 tahun, beliau berjanji akan terus memberi sumbangan, dalam apa juga bentuk, untuk memastikan pembangunan negara berterusan.
Sementara itu, MDIP merupakan sebuah program penyelidikan intelektual peringkat global yang diwujudkan dengan kerjasama antara Majlis Profesor Negara, Yayasan Wangsa Perdana dan Institut Pemikiran Tun Mahathir sebagai penghormatan atas jasa dan kepimpinan Dr Mahathir terhadap pemodenan negara selama 22 tahun.
Program itu yang dibuka kepada calon luar negara menjalani 'internship' selama enam bulan di negara ini bagi menjalankan kajian dan analisis mengenai gaya, kemajuan serta kejayaan kepimpinan semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Majlis itu, yang diadakan sempena hari jadi Dr Mahathir ke-86 hari ini, turut diserikan dengan majlis memotong pulut kuning oleh Dr Mahathir. – BERNAMA
Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?
Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1%
setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun- tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.
KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan
pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar),
berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020
berbanding 1990.
Mahathir bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Jawi: دمحم نب ريضاحم, IPA: [maˈhaðɪr bɪn moˈhamad]; dilahirkan pada 10 Julai 1925)[2][3][4] atau juga dikenali sebagai "Tun M" ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 (1981-2003) dan ke-7 (2018- 2020). Perkhidmatan beliau sebanyak 2 kali dan 24 tahun menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat dan yang pertama menyandang jawatan itu 2 kali.
Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che
Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom”
(Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[5] Semasa pentadbirannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara.[6]
Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, suatu kawasan yang diakui oleh beliau sendiri sebagai kawasan miskin. Ibu bapa beliau ialah Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanafi.
Mahathir adalah anak bongsu daripada sembilan beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua tahun sebelum memasuki sekolah Inggeris kerajaan yang kemudian bertukar nama kepada Kolej Sultan Abdul Hamid, di mana ayahnya adalah guru besar.
Sebagai pelajar, Mahathir aktif berdebat dan dikenali dengan ntuk kemahiran bahasa Inggerisnya.
Beliau dilantik sebagai editor majalah sekolah dan bermain untuk pasukan ragbi sekolah.
Semasa di kolej, Mahathir telah bertemu dengan Siti Hasmah Mohamad Ali, juga seorang pelajar perubatan. Pada tahun 1956, mereka berkahwin dalam satu majlis di Jalan Imbi di Kuala Lumpur.
Mereka mempunyai tujuh anak, iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
Pada 1965, beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pada PRU 1969, Mahathir bertanding PRU, tetapi ditewaskan oleh wakil PAS. Pada 1972, permohonan Dr Mahathir untuk menyertai semula UMNO telah diterima dan beliau dilantik sebagai Senator pada 1973 serta ahli mahkamah universiti dan Majlis Universiti Malaya. Pada tahun berikutnya, beliau memenangi kerusi Kubang Pasu tanpa bertanding pada PRU tahun berkenaan sebelum dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan menutup Klinik Maha di Alor Setar.
Pada tahun 1976, Mahathir dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dua tahun kemudian, beliau mengambil alih jawatan Menteri Perdagangan dan Industri di mana beliau memimpin beberapa misi mempromosi pelaburan. Pada 1981, setelah Hussein Onn meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketiga atas sebab kesihatan, Mahathir menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri keempat Malaysia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.[7][8] Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin ketiga paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia.[9] Beliau juga berkhidmat sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari tahun 2004 hingga 2016.
Mahathir kekal sebagai tokoh politik aktif selepas bersara. Beliau menjadi pengkritik tinggi terhadap penggantinya yang dipilih Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006 dan kemudiannya, Najib Razak pada 2015.[10] Anaknya Mukhriz Mahathir adalah Menteri Besar Kedah sehingga awal 2016. Pada 29
Februari 2016, Mahathir keluar dari UMNO memandangkan sokongan UMNO terhadap tindakan Perdana Menteri Najib Razak. Antara sebab lain ialah isu RM2.6bil dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[11] Pada 9 September 2016, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberikan kelulusan terakhirnya untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru Mahathir Mohamad, menjadikannya parti politik rasmi. Mahathir menjadi pengerusi parti itu.[12] Pada 8 Januari 2018, Mahathir diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri untuk pilihan raya 2018, dalam rancangan untuk mengampuni Anwar Ibrahim dan menyerahkan peranan kepadanya jika berjaya. Sehingga peletakan jawatannya pada 2020, beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tertua dan ketua negara atau kerajaan tertua di dunia.[13]
Pada 31 Ogos 2022, Mahathir, 97, disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).[14][15][16]
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Selepas tamat Perang Dunia II, beliau menyambung
pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pada dasarnya, Mahathir ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, namun beliau harus melupakan hasratnya kerana tidak mendapat biasiswa dalam bidang yang diminatinya.
Sebaliknya, beliau mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.
Sekolah Melayu, Seberang Perak, Alor Setar
Goverment English School, Alor Setar
Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Universiti Malaya
PENGAJARAN
1. Sesebuah negara haruslah memiliki perancangan pembangunan yang sistematik agar kelestarian pembangunan sosioekonomi terjamin.
2. Demi kepentingan semua pihak, sesebuah negara mestilah memiliki perancangan pembangunan yang telus.
3. Semua warga negara Malaysia bertanggungjawab untuk menyokong segala dasar-dasar kerajaan.
4. Dasar-dasar pembangunan sosial yang diperkenalkan oleh Negara sesungguhnya amat bermanfaat dalam memupuk perpaduan, kesamarataan dan integriti rakyat.
Kesan kepada bangsa dan negara
5. Semua kehendak dan kepentingan masyarakat haruslah diambil kira dalam perancangan pembangunan negara agar tiada pihak yang terabai dalam mengecapi kemajuan negara.
6. Pembangunan negara yang rancak berkembang pesat pada masa ini adalah disebabkan kesan kebijaksanaan pemimpin pada masa lepas.