• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalan ASAS Membina Laman Web Jualan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengenalan ASAS Membina Laman Web Jualan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

ASAS

Membina

Laman Web Jualan

Mengetahui Kelebihan Untuk Membina Sebuah Laman

Web Jualan

Disediakan Oleh : Mohd Amirol

http://www1.usahaniaga.com © 2007

(2)

Prakata

Manual ini adalah preview tentang bagaimana seorang “newbie” boleh memulakan perniagaan di internet dengan membina sebuah laman web jualan.

Dalam penerangan yang diberikan, anda akan diterangkan kelebihan mengapa harus memiliki laman web jualan. Pelbagai manfaat yang dapat anda perolehi daripada kewujudan laman web jualan ini.

Niat dan impian saya sebenarnya adalah untuk membantu dan memahirkan anda menggunakan script dan software dalam membangunkan perniagaan Internet anda serta melahirkan lebih ramai usahawan Internet di Malaysia. Semoga usaha saya ini, dapat membantu anda dalam memulakan perniagaan Internet! ☺

Manual Preview Pengenalan Asas Membina Web Jualan ini adalah diberi PERCUMA kepada pelawat yang mendaftar sebagai mailing list www1.usahaniaga.com. Sekiranya anda memiliki manual ini selain daripada www1.usahaniaga.com, silalah mendaftarkan diri anda ke web saya agar anda akan mendapat lebih banyak info dan pelbagai tips menarik untuk membina sebuah laman web jualan ini. Anda boleh menyebarkan manual ini kepada sesiapa sahaja yang anda mahu dengan SYARAT tidak mengubah segala isikandungan yang telah saya sediakan.

Makluman HakCipta

Pakej Lengkap Membina Laman Web Jualan Sistem Affiliate & Autoresponder Hakcipta © 2007 oleh Mohd Amirol

(3)

Notis & Disclaimer

Panduan yang diberikan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman penulis sewaktu membina laman web jualan beliau.

Segala kaedah dan teknik yang ditunjukkan adalah berdasarkan kepada kemahiran yang ada pada penulis. Kaedah atau teknik yang ditunjukkan ini mungkin sangat berbeza dengan orang lain. Oleh itu, penulis tidak berjanji bahawa teknik ini sesuai digunakan untuk setiap individu yang memiliki manual ini. Mungkin lain orang, lain caranya. Jadi, jika anda mempunyai lain teknik yang lebih selesa anda gunakan, maka sila teruskan dengan teknik anda tersebut.

(4)

Isi Kandungan

Pengenalan

Topik 1 : Apa itu Laman Web Jualan

(5)

Pengenalan

Pakej Lengkap Membina Laman Web Jualan Sistem Affiliate dan Autoresponder ini disediakan adalah bertujuan untuk membantu orang baru ‘newbie’ membina sebuah laman web jualan yang mempunyai ciri – ciri professional iaitu penggunaan system affiliate dan system autoresponder.

Apakah sebenarnya yang saya maksudkan dengan laman web jualan? Sudah pasti anda tertanya – tanya apa yang saya maksudkan dengan laman web jualan… apatah lagi dengan system affiliate dan system autoresponder.

Buat anda yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan internet, sudah pasti maksud laman ‘laman web jualan’, ‘affiliate’ dan ‘autoresponder’ sudah biasa didengar. Mungkin anda juga telah memiliki beberapa laman web yang bercirikan seperti ini.

Namun jika anda seorang pemula ‘newbie’, saya yakin dan pasti anda sudah tentu masih lagi kurang pengetahuan tentang apa itu laman web jualan? Apa itu affiliate? Apa itu autoresponder? Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah kerana seketika dahulu, saya juga seperti anda!

Saya dahulunya tak tau apa itu Web Jualan. Saya juga tak tau apa itu affiliate? Malah saya juga tidak menyedari bahawa sistem autoresponder itu sangat penting untuk sesebuah laman web.

Setelah menghabiskan banyak masa dan juga sejumlah wang, akhirnya saya berjaya membina beberapa buah laman web yang berjaya menghasilkan jualan dan memberikan keuntungan kepada saya.

Jadi, hari ini, saya perkenalkan pakej lengkap membina laman web jualan system affiliate dan autoresponder ini dengan tujuan untuk menjimatkan masa anda belajar membina laman web serta memberikan anda peluang untuk bersaing dengan usahawan – usahawan internet yang lain dengan segera!. ☺

(6)

Topik 1 : Apa itu Laman Web Jualan

Secara ringkasnya, laman web jualan yang saya maksudkan adalah sebuah laman web yang mampu menghasilkan keuntungan dengan membuat penjualan terhadap apa – apa jenis produk yang diperlukan oleh pasaran.

Apa yang boleh anda jual? Pelbagai macam jenis produk yang mampu anda

pasarkan di internet. Contohnya… jika anda berasal dari Sarawak, anda boleh memasarkan produk – produk dari Sarawak contohnya rempah laksa Sarawak, tikar Sarawak, kek Sarawak dan sebagainya. Jika anda berasal dari Kelantan pula, mungkin anda boleh menjual kain batik, serunding, dodol dan sebagainya menerusi internet! Ya, banyak produk yang mampu anda jual melalui internet!

Pelbagai Jenis Produk Boleh Dijual menerusi internet!

Sesebuah laman web jualan mampu lakukan hal ini kerana pelawat dapat melihat kelebihan produk yang dijual tanpa perlu bergerak jauh untuk mendapatkannya.

Bayangkan, adakah anda yang berada di Perlis berkeinginan untuk membeli kek Sarawak, perlu pergi ke Sarawak untuk mendapatkan kek tersebut?

WAH! Banyak nya duit nak travel ke Sarawak semata – mata nak beli kek Sarawak?

Hehe… Perkara ini sudah tentu tidak akan berlaku sekiranya terdapat sebuah laman web jualan yang mengambil tempahan dan menjual kek ini. Sesiapa sahaja mampu merasai kek Sarawak tanpa perlu pergi Sarawak lagi! Mudah bukan?

(7)

Bang, jom pi Sarawak. I teringin nak makan laksa Sarawak la….

Tak payah pergi jauh – jauh darling, I boleh order perencah laksa Sarawak kat internet jer! Buat apa kita nak bazir duit pi jauh – jauh? Dari rumah jer kita boleh order. hehehe

Seronoknya! Ada 100 tempahan perencah laksa Sarawak hari ini! Untungnya aku!!!.. nak kena kirim ke perlis, kedah dan Kelantan. Masyuk!

Jadi, perkara inilah yang ingin saya perkenalkan kepada anda. Bina empayar perniagaan anda. Ambil tempahan menerusi online dan kemudian pasarkan kepada pembeli tanpa perlu bergerak jauh! Jika di lihat, 2 situasi menguntungkan dimana, penjual tak perlu bergerak jauh nak menjual produknya dan pembeli juga tak perlu bergerak jauh untuk mendapatkan produk tersebut! Mudah dan Menjimatkan!

Bak kata orang, “BEKERJA HANYA DARI RUMAH”…. ☺

AWAS!

Anda harus memahami bahawa laman web jualan haruslah menjual produk – produk yang diperlukan oleh pasaran. BUKANnya menjual produk yang tidak berguna semata – mata untuk mengaut keuntungan. JAUHI sikap tamak dan mementingkan diri sendiri dengan menipu orang lain apabila menjual produk yang tidak berguna seperti panduan menjana wang sejuta dalam 5 hari, RM500 dalam seminit dan sebagainya.

(8)

Contoh – contoh Web Jualan Yang Menjual Pelbagai Jenis Produk

URL http://www1.usahaniaga.com URL http://www.bloggingsteps.com

Produk Panduan Membina Web Jualan Affiliate & Autoresponder

Produk Panduan Membina Blog WordPress

Laman Web Jualan ini adalah umpama pamplet atau catalog yang mempamerkan produk – produk yang ingin dijual menerusi internet. Kelebihan anda memiliki laman web jualan adalah anda bakal mendapat pembeli dari seluruh Negara dan tempat

TANPA perlu berbelanja kos yang banyak untuk pengiklanan.

URL http://www.smswang.com URL http://www.sataydiy.com

Produk Panduan Membina Perniagaan Menerusi Sistem SMS

(9)

URL http://www.3dalam1.com URL http://www.gedungkristal.com

Produk Tempahan Kursus Perniagaan Internet

Produk Koleksi Kristal

Memiliki sebuah laman web jualan juga akan menjimatkan masa anda serta memudahkan segala urusan jual beli anda. Anda boleh mendapat banyak pelanggan 24 Jam sehari tanpa henti dengan adanya sebuah laman web jualan yang memasarkan produk – produk anda. Urusan jual beli juga akan menjadi lebih mudah kerana “order” atau “tempahan” boleh dibuat secara online dengan mengisi borang belian atau email.

URL http://www.abangpower.com URL http://www.maskahwin.com

Produk Produk Kesihatan Lelaki Produk Panduan Menguruskan Kewangan

(10)

Pendek kata, perniagaan anda pasti akan lebih berkembang pesat sekiranya anda memiliki sebuah laman web yang memasarkan produk – produk anda secara online. Skop pasaran anda akan menjadi lebih besar dijalankan secara online berbanding secara offline. Ini adalah kerana, jika perniagaan hanya dijalankan secara offline (tradisional), anda tidak berkemampuan untuk pergi jauh atau mendapatkan tempahan dari serata tempat kerana orang lain tidak mengetahui perniagaan yang anda jalankan. Perniagaan secara offline membataskan (limit) pasaran anda hanya disekitar kawasan tempat anda berniaga sahaja.

Namun, dengan adanya penyediaan sebuah pamplet / katolog Online iaitu laman web jualan anda, maka sesiapa sahaja mampu mendapatkan perkhidmatan dan produk anda walaupun mereka berada di luar Negara sekalipun. ☺ Inilah kelebihan anda memiliki sebuah laman web jualan!

Adakah cukup sekadar memiliki sebuah laman web jualan sahaja?

Sesebuah laman web jualan sudah pasti dapat membuat jualan terhadap produknya…

TETAPI adakah jualan yang dihasilkan sudah cukup

memuaskan hati anda? Adakah anda berjaya mendapat tempahan daripada serata tempat diseluruh negara?

Macam mana nak lebihkan

jualan ni? Adakah anda mampu untuk mempromosikan laman web anda kepada semua orang? Adakah anda mempunyai masa yang mencukupi untuk online semata - mata untuk melakukan pengiklanan terhadap laman web dan produk anda?

Adakah anda juga mampu untuk melakukan follow up terhadap pelawat – pelawat yang melawat ke laman web anda? Bagaimana anda nak dapatkan data

(11)

mereka yang pernah melawat ke web jualan anda tersebut? Adalah AMAT RUGI jika seorang penjual tidak dapat melakukan follow up terhadap prospek mereka.

Ini kerana penjual tersebut berkemungkinan akan dapat melakukan jualan jika dia sering melakukan follow up. Pelawat akan tertarik hati dan akan nampak kelebihan produk yang dijual jika sering di follow up. Sudah pasti hal ini akan menguntungkan! Tetapi bagaimana nak melakukannya?

Semua perkara ini akan merungsingkan anda setelah anda berjaya memiliki laman web jualan. Anda mungkin akan melihat bahawa, laman web jualan anda telah tersedia ada dengan cantik…. Tetapi penghasilan jualan di web tersebut sangatlah rendah! Malah pelawat yang datang juga mungkin tidak akan singgah lagi kembali. Sungguh malang jika hal demikian berlaku!

Dengan itulah SISTEM AFFILIATE dan SISTEM AUTORESPONDER diperkenalkan!

Apa itu affiliate?

1. Affiliate Program

Affiliate Program adalah satu program dimana pengusaha sesebuah laman web menawarkan perkongsian keuntungan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendaftar menjadi agen affiliatenya... Pendek kata, sesiapa yang sudi untuk menjadi salesman kepada produknya. Dengan memberikan tawaran sebegini, pengusaha tersebut akan memberikan komisyen terhadap agen affiliate yang berjaya melakukan jualan terhadap produknya.

Secara tidak langsung, program affiliate ini sebenarnya memberikan satu keuntungan yang besar kepada pengusaha laman web kerana sesiapa sahaja boleh menjadi agen affiliate dan mempromosikan laman web dan produk - produknya! Jualan meningkat, laman web menjadi terkenal! Affiliate Program juga memberi satu peluang perniagaan kepada sesiapa sahaja untuk mendapat pendapatan sampingan tanpa mengeluarkan

(12)

2. Affiliate Marketer

Mereka yang mendaftar menjadi agen affiliate untuk sesebuah program affiliate digelar sebagai affiliate marketer. Mereka ini akan mempromosikan laman web dan produk - produk yang dijual kerana ingin mendapatkan keuntungan daripada pengusaha web tersebut. Dengan wujudnya affiliate marketer inilah yang akan meningkatkan jualan dan promosi terhadap laman web perniagaan anda kelak!

Cuba anda fikirkan… jika anda berseorangan melakukan promosi, sejauh manakah anda mampu pergi untuk membuat promosi? Bagaimana pula jika anda memiliki sekumpulan kakitangan yang besar? Sudah tentu perniagaan anda cepat berkembangan dengan promosi yang dilakukan oleh kakitangan anda tersebut! Jualan anda akan meningkat, keuntungan anda juga akan meningkat!

Apa itu Autoresponder?

Autoresponder adalah serangkaian program yang membolehkan anda untuk

mengirimkan sejumlah email dengan jarak masa tertentu mengikut jadual yang boleh

di tetapkan bersesuaian dengan kehendak kita.

Dengan Program autoreponder anda seakan-akan mempunyai penolong peribadi yang menggantikan tugas follow up anda untuk 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan seterusnya. Inilah salah satu keunggulan daripada perniagaan online yang tidak dimiliki oleh jenis perniagaan offline. Anda mampu melakukan follow up secara

automatik tanpa campur tangan anda sama sekali.

Anda tidak perlu melakukan pengiriman email follow up setiap hari kepada prospek secara manual kerana sistem akan lakukan kerana mempunyai data prospek

Apa yang harus anda lakukan adalah hanya perlu sediakan email follow up dan menentukan setting pengirimannya pada bila bila masa yang anda inginkan!

(13)

Menarik Bukan?

Saya pasti anda kini mengakui bahawa kepentingan system autoresponder dan kelebihan menggunakan system affiliate pada laman web jualan anda. Dengan adanya kedua – dua system ini, saya yakin bahawa laman web anda pasti dapat melakukan jualan yang banyak serta menjana keuntungan kepada anda!

Anda tidak lagi perlu untuk bersusah payah nak tempah webmaster membina web untuk anda. Jimatkan segala kos yang ada dengan usaha sendiri.

Tidak kah Anda Berkeinginan Untuk Menjadi

BIGBOSS

Yang Mengusahakan Perniagaan Sendiri

Hanya Di Rumah Sahaja?

DAPATKAN SEGERA PAKEJ LENGKAP MEMBINA LAMAN

WEB JUALAN AFFILIATE & AUTORESPONDER

(14)

Penutup

Pakej Lengkap Membina Laman Web Jualan Sistem Affiliate & Autoresponder mengandungi 6 buah manual iaitu :

- 01 Pengenalan Asas Membina Web Jualan - 02 Manual Membina Database

- 03 Manual Memasang Sistem Affiliate - 04 Manual Membina Autoresponder

- 05 Manual Mengupload File Menggunakan FTP

- 06 Tips, Tricks & Teknikal Mengendalikan Web Jualan

Turut diberikan Script Affiliate dan Autoresponder yang telah dimodifikasi dan disesuaikan mengikut panduan yang diajar. Oleh itu, Jika anda masih belum memilikinya, silalah dapatkan pakej membina laman web jualan system affiliate dan autoresponder sekarang juga!

Layari ke http://www1.usahaniaga.com untuk keterangan lanjut.

Setiap pembeli manual ini akan layak untuk menerima bonus dan latest update daripada saya.

Akhir kata, moga kita sama – sama akan berjaya dalam apa jua yang dilaksanakan.

Salam Hormat dan Salam Maju Jaya.

Ikhlas,

Mohd Amirol

(15)

Antara Pakej – Pakej Sistem Web Lain Yang Disediakan

Web Utama Usahaniaga.Com

http://www.usahaniaga.com

Miliki Pakej Membina Web Jualan Sistem Affiliate & AutoResponder

http://www1.usahaniaga.com

Ruangan Khas Perbincangan, Tempahan, Bantuan

http://www.usahaniaga.com/forum Internet - WebHosting http://www.internet-webhosting.com Exabytes Hosting http://www.exabytes.com.my Autoresponder Berbayar http://www.getresponse.com Autoresponder Berbayar http://www.aweber.com Affiliate Berbayar http://www.idevdirect.com Affiliate Berbayar http://www.qualityunit.com

Referensi

Dokumen terkait

frekuensi, peserta didik dapat menentukan kuartil atas pada data tersebut C2 2 4.2 Menyelesaika n masalah yang berkaitan dengan penyajian data hasil pengukuran dan

Kuki adalah fail yang dihantar kepada peranti pengguna apabila pengguna mengunjungi Laman web. NovaKid boleh mengakses kuki semula apabila pengguna mengunjungi Laman web

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah diuraikan sebelumnya mengenai hubungan dukungan keluarga dengan tingkat self esteem (harga diri) pada

Materi perkuliahan logika matematika berkaitan dengan logika, kalau kita pahami tentang logika yaitu bagaimana seseorang dapat menginterpretasikan sesuatu yang ada dapat

Puji syukur saya panjatkan atas kehadirat Allah SWT karena berkat dan rahmatNya, saya dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul “Strategi Komunikasi dan Rekrut Anggota

Banyak anggapan bahwa setiap terjadinya kecelakaan adalah akibat kesalahan manusia, namun setelah dilakukan penelitian terlihat bahwa hal tersebut tidaklah benar sepenuhnya,

“Kalian tahu aku sudah habis-habisan menghafal Al-Quran. Sudah selama ini aku baru hafal 10 juzz atau sekitar 2000 ayat. Aku ingin semuanya lebih dari 6000 ayat. Tahukan kalian,

enyusunan Laporan Akuntabilitas Kinerja Instansi Pemerintah Kabupaten Purwakarta Tahun Anggaran 2018 ini merupakan wujud pertanggungjawaban instansi pemerintah